pemulihan

18
PROSEDUR PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN Proses Saringan Fungsi Ujian Saringan: . Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja- kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah : a. Skor yang lemah. b. Jenis masalah yang dihadapi oleh murid. c. Ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. Ujian Saringan (US) Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.

Upload: nazirah-alan-hafifi

Post on 27-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

proforma - 6 2013 sem1 ppismp

TRANSCRIPT

Page 1: Pemulihan

PROSEDUR PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN

Proses Saringan

Fungsi Ujian Saringan:. Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas

Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian.

Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkanBilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah :

a. Skor yang lemah.b. Jenis masalah yang dihadapi oleh murid.c. Ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.

Ujian Saringan (US) 

Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan. 

Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas. Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa. Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Faktor yang menentukan bilangan murid :• Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.• Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.• Masalah murid.• Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Pencalonan Murida) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:

Page 2: Pemulihan

• guru mata pelajaran / guru kelas• guru besar• ibu bapa/ penjagab) Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaianmereka dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik.c) Murid-murid boleh dicalonkan :Untuk Tahun 1 : setelah tidak melepasi Ujian PelepasanKIA 2M 3Untuk Tahun 2dan 3 : selepas meninjau prestasi murid dalammata pelajaran asas pada tahunsebelumnya. Masa yang paling baiksekali ialah di awal tahun persekolahan.

Pengumpulan Maklumat

a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong gurupemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini akanmembolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusansama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atautidak.b) Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahutentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, tarafekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkinada hubungan dengan kegagalan murid.c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi muriddalam mata pelajaran-mata pelajaran asas.d) Lain-lain sumber maklumat ialah :-i) Guru Besar boleh campur tangan berdasarkanpeninjauan rekod murid, pemerhatian danperhubungan.ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat denganmengambil tahu berkenaan dengan kehadiran,ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja,kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan denganmurid-murid lain.iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah lakuumum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidakgemar serta sikapnya terhadap pelajaran.iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secaraumum kelemahan-kelemahan murid.d) Borang Rujukan mengandungi:-i) kemahiran asas membaca

Page 3: Pemulihan

ii) kemahiran asas mengiraiii) tingkah laku di bilik darjah

Pencalonan Murid

a) Pencalonan murid boleh dibuat oleh: • guru mata pelajaran / guru kelas • guru besar • ibu bapa/ penjaga b) Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik. c) Murid-murid boleh dicalonkan : Untuk Tahun 1 : setelah tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M 3 Untuk Tahun 2 dan 3 : selepas meninjau prestasi murid dalam mata pelajaran asas pada tahun sebelumnya. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan. 5.2 Pengumpulan Maklumat a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. b) Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata pelajaran asas. d) Lain-lain sumber maklumat ialah :- i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.

Proses Diagnosis

Page 4: Pemulihan

Ujian diagnostik adalah Ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengsan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.

Fungsi Ujian Diagnostik.Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.

Instrumen Ujian Diagnostik.Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.

Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik tersebut , guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

PERANCANGAN PENGAJARANRANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUDefinisiRancangan Pendidikan Individu adalah satu perjanjian persetujuan di antara pemberi perkhidmatan dan kanak-kanak terlibat dan ibu bapa atau penjaga. Pemberi perkhidmatan bersetuju menyediakan perkhidmatan pendidikan yang khusus yang memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak tersebut.

Prinsip Keberkesanan RPI

i. Pemilikan/ownership- ibu bapa & kanak-kanak dengan pihak sekolah di bawah Kem. Pendidikan

ii. Tanggungjawab -Hanya pihak yang terlibat dengan kanak-kanak serta keluarganya sahaja yang terikat kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam RPI. -Semua pihak patuh kepada perkara yang telah dipersetujui. -Tiada pihak yang harus bertanggungjawab menyediakan

Page 5: Pemulihan

perkhidmatan yang tidak dinyatakan dalam RPI.

iii. KetelusanSemua pihak terlibat diberi:- peluang yang sama untuk beri pandangan- peluang yang sama melihat dan menyemak rekod murid- melihat proses perkembangan dan hasil dimaklumkan kepada ibu bapa

iv. Kebolehpercayaan

- Peranan semua pihak dinyatakan dengan jelas- Penilaian dan semakan perancangan dan hasil harus diberitahu, sah, boleh dipercayai dan telus kepada semua yang terlibat.- Matlamat sesuatu perancangan hendaklah dinyatakan dengan jelas

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( RPI )MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN(Langkah-langkah)

Langkah 1-Kenal pasti murid.Berdasarkan maklumat yang didapati guru boleh menilai dan mengenal pasti seseorang murid itu memerlukan bantuan pendidikan individu atau tidak melalui pemerhatian yang dijalankan.

Langkah 2-Maklumat murid.Mendapatkan maklumat latar belakang murid:Rekod/fail

maklumat psikososial pendidikan – pencapaian akademik & tingkah laku maklumat perubatan maklumat persekitaran – tempat tinggal, sejarah keluarga, tingkah laku murid di

rumah, temu duga keluarga, peg perubatan, terapi, dan pegawai kebajikan yang pernah dijalankan

Langkah 3-Analisis keputusan dan penentuan calon dan membuat HipotesisBerdasarkan pemerhatian dan rekod maklumat guru membuat penilaian/analisis dengan mengambil kira;

-adakah hipotesis awal telah buat oleh pihak lain seperti guru atau pakar -membuat penilaian kelebihan dan kelemahan murid berkenaan -maklumat yang terlalu lama atau baru sebelum membuat sesuatu keputusan/taksiran -program yang telah disediakan oleh pihak sekolah atau guru kelas, jika ada sesetengah maklumat mungkin tidak terperinci & pen.lanjut diperlukan. Perancangan x boleh dibuat dgn maklumat yg ada -jika tiada maklumat mengenai murid, orang yang pertama perlu dirujuk adalah guru sebagai permulaan. Jadi hipotesis x dpt dibuat dan penilaian harus dimulakan terhadap murid tersebut

Page 6: Pemulihan

-jika maklumat lengkap telah diperolehi, guru boleh membuat satu hipotesis mengenai kelebihan dan kelemahan murid utk dijadikan panduan merancang satu program pendidikan murid berkenaan

Langkah 4-Menilai kelebihan dan kelemahan individu

Pada peringkat ini satu proses penilaian blh dijlnkan utk menilai sejauh mana ketepatan hipotesis awal yg telah dibina boleh diterima atau perlu disemak semula atau diubah suai melalui maklumat yg diperolehi.

Jika maklumat awal mencukupi dan hipotesis awal masih relevan dgn keperluan murid, guru x perlu menilai semula maklumat yg ada utk membina H baru. Guru blh terus ke langkah seterusnya iaitu proses penilaian kaedah dan bahan pengajaran.

Jika maklumat x lengkap & maklumat baru diperlukan, guru blh gunakan maklumat dari penilaian umum (global) dan khusus utk membuat H.

a) penilaian umum

bertujuan utgk membantu mengenal pasti dgn lebih mendalam apakah yg mungkin mempengaruhi pemb. seseorang murid. Maklumat itu adalah mengenai cara bagaimana pel itu belajar.

Dari maklumat ini guru blh mendapat maklumat sama ada murid berkenaan mengalami masalah kecerdasan mental (IQ),keluarga, tingkah laku dsb.

b) Penilaian khusus

Boleh diperolehi selepas mendapat maklmat penilaian global. Ada 4 elemen penting;

i. Analisis kurikulum

utk menentukan apakah yg kanak2 perlu ketahui or pelajari maklumat diperolehi melalui kurikulum sedia ada yg digunakan guru dan kurikulum p. Khas. Guru blh menilai keupayaan murid berdasarkan kurikulum yg digunakan maklumat lebih khusus didapati dgn menilai kesesuaian umur atau kemampuan murid dgn kaedah dan bhn peng. yg disediakan.

ii. pemerhatian dalam kelas

- bantu mengetahui pencapaian atau perkembangan tingkah laku -dpt mengetahui sejauh mana murid menghabiskan masanya thp kerja, menumpukan perhatian terhadap pelajaran atau menunjukkan TL yg negatif or positif semasa dlm kelas

iii) Temu bual

Page 7: Pemulihan

-utk mengetahui lebih dekat lagi ttg murid itu - tanya cara yg digemari utk mempelajari sesuatu

iv) analisis contoh kerja

melihat contoh kerja murid utk mengetahui pencapaian dlm kelas

Langkah 5-Hipotesis baru

Jika H awal kurang tepat dan guru perlu membuat H baru

Berdasarkan maklumat yg diperolehi guru membina H baru dgn menyatakan kelebihan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran – 3 M

Langkah 6-Penilaian kaedah dan bahan pengajaran

Setelah semua maklumat diperolehi, dinilai, dan H baru dibina, guru mula memikirkan ttg kaedah dan cara bhn pengajaran yg sesuai digunakan utk PnP murid berkenaan.

Sebelum menyediakan RPI sebenar, satu siri percubaan harus dijlnkan atas kaedah dan bahan yg dipilih utk melihat keberkesanannya.

Rancangan pengajaran percubaan disediakan berdasarkan H yg dibina dgn menilai kelemahan utama dlm 3M dan menaakul.

Akhirnya guru menilai keberkesanan percubaan yg telah dijalankan. Guru boleh membuat pengubahsuaian

Hasil siri percubaan hendaklah dikemukakan kpd semua ahli yg terlibat dlam membentuk RPI murid berkenaan.

Langkah 7-Penyediaan RPI

Matlamat:-memenuhi keperluan tertentu individu dirancang utk membantu knk-knk utk mencapai dan mengekalkan keupayaan yg l/kurang atau hampir seimbang dgn rakan sebaya normal-dirancang utk melibatkan penjaga, murid, guru, & org yg berkaitan dlm proses membantu knk2 tersebut dirancang utk menyediakan tjawab profesional kpd knk2 b. Khas

Langkah 8-Pelaksanaan dan pengurusan program

Perlu mengambil kira pelbagai faktor yg mungkin timbul

Ada berlaku di mana sewaktu sesi percubaan kaedah yg digunakan berkesan ttp sebaliknya apabila program sebenar dilaksanakan kaedah tersebut tidak berkesan.

Page 8: Pemulihan

Polloway et.al (1989) mencadangkan:

i. guru memberi tumpuan kpd satu objektif peng. dlm satu jwaktu yg telah ditetapkan. Ini akan membantu guru memberi tumpuan dan penilaian thdp kemajuan yg sesuatu bidang kem. yg diajar

ii. pd akhir PnP guru catat perkara2 penting yg berlaku dlm proses PnP termasuklah keberkesanan bhn dan kaedah pengajaran, pencapaian murid, dan kesukaran atau masalah yg dihadapi

iii. keadaan kelas yg kondusif

iv. RPI bkn bermaksud murid berkenaan diajar secara individu ttp kemajuan dan kelemahan murid itu dinilai secara individu. Oleh itu, pada akhir peng. guru akan menilai sejauh manakah keupayaan murid itu mencapai kemahiran yg diajar

v. Guru mencatat pencapaian murid dlm rekod peribadi mereka. Murid ygmenunjukkan prestasi yg baik diinklusifkan ke kelas normal

Langkah 9-Penilaian program

Guru dan ahli jkuasa pelbagai disiplin akan membincangkan sejauh mana pencapaian murid berkenaan

Membuat penilaian semula ke atas kaedah dan bahan, isi kandungan, dan jmasa pengajaranDilakukan berterusan sepanjang program

Tindakan Susulan

Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan. 

Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

Page 9: Pemulihan

Program Pendidikan Pemulihan KhasProgram Pendidikan Pemulihan Khas mula diberi perhatian oleh pihak KementerianPelajaran Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan terdapat 25% muridmuridsekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulisdan mengira. Kursus dalam perkhidmatan diperkenalkan di mana guru-guru yangberminat dalam bidang pendidikan pemulihan ini dihantar mengikuti kursus 14minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas selama satu tahun bermula pada tahun1990an.Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kira-kira100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis danmengira sudah tentu mengejutkan. Jumlah ini mewakili 23 peratus keseluruhanmurid Tahun Satu.Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal berlaku pada peringkatpeperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak. Berdasarkan keadaan ini,Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan KursusPerguruan Lepas Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa, Latihan PerguruanBerasaskan Sekolah (LPBS) secara kursus dalam cuti dan diikuti Program IjazahSarjana Muda Perguruan bermula pada bulan Januari tahun 2009.Program Pendidikan Pemulihan Khas dilaksanakan di dalam sebuah kelas khassecara sistem ’withdrawal’. Program ini dikelolakan oleh guru yang menerima latihankhas dan mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam pendidikan pemulihan khas.Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas khas ini adalah murid dari kelas biasa23yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa. Murid yang akanditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu setelah dicalonkansebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan khas. Prosedur-prosedurini adalah seperti yang telah dijelaskan dibawah tajuk 1.1.2.2 di atas.Sistem ’withdrawal’ yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan pemulihan khasmelaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun, bertenaga denganbahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan model pengajarantertentu sehingga murid-murid yang ditempatkan di kelas pemulihan khas ini mampumenguasai kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai di kelas biasa danditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid yang terpilih ini akan hadir di kelaspemulihan khas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaranberkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis) dan Matematik(mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan mengikutipengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.1.2.4.2 Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSRProgram pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawabguru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran sepatut menilai pencapaian muridpada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran danpembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid danseterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiranyang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telahdiajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikanpemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan danjika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yanggagal dkuasainya.Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebihberfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktutersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata

Page 10: Pemulihan

pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti programpemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk24mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalamprogram pendidikan pemulihan khas.1.2.4.3 Program Literasi dan Numerasi (LINUS)Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua muridTahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi)dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaanprogram LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian PelajaranMalaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guruTahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursuspengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yangdikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruhnegara mengikut zon negeri masing-masing.1.2.4.4 Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, sertaberkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) danFalsafah Pendidikan Kebangsaan.Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib selarasdengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmiNegara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkanmurid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatahMelayu ‘melentur aur biarlah dari rebungnya’.Selaras dengan tujuan di atas,Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untukmemenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasaikemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani programTahun Pemulihan selepas Tahun 2.25Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum BahasaMelayu Tahun Pemulihan seperti berikut :1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan2. Modul Buku Aktiviti3. Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet).Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan senaraikemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, danmenulis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian SukatanPelajaran ini berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada.1.2.4.5 Program Tiga M (PROTIM)PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalamikesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di sampingmengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut :membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahirantertentumengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskanpembelajaranmemupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positifterhadap pembelajaran.Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian

Page 11: Pemulihan

saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namundemikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara gurupemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan.PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan.26PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3Mdalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagiTahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnyamengajar murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekelilingdikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yangditanggung oleh Guru Pemulihan.Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akandibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepadasetiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujianhendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersamasurat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan keatas hendaklah mengikuti PROTIM.1.2.4.6 IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan muriddalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yangmenggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlumeneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumattentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.1.2.4.7 Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satuprogram yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasaikemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masayang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belummenguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahunsatu.27Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belummenguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiridaripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukanpemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasaikemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuhmasa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankansepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjekPendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Senidigabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yangdijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua muridtahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yangterpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitukemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akanmeneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkandalam program ini.

Page 12: Pemulihan

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulahsesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas inidengan seberapa segera yang boleh.