pemulihan dalam komuniti

49
PDK PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM? Sebab utama adalah seperti berikut: - Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. - Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program- program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. - Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU. - Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. - Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan. - Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU? Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut: - OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. - Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta. - Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar. - Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh

Upload: rockin-wdy

Post on 13-Aug-2015

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemulihan Dalam Komuniti

PDK

PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM? Sebab utama adalah seperti berikut: - Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. - Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. - Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU. - Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. - Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan. - Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU? Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut: - OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. - Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta. - Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar. - Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran. PERINGKAT JKM - PEMULIHAN DALAM KOMUNITI Q Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)? A Â Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/ penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang

Page 2: Pemulihan Dalam Komuniti

tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagikeberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain. Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK? Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan. PERINGKAT JKM - KERJA KESUKARELAAN Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela? - Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenai peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan. - Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri - Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas-tugas dan tanggungjawab lain. - Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri. Bolehkah Pertubuhan Sukarela memohon bantuan daripada JKM? Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri. - Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966. - Pertubuhan bertaraf tempatan. - Pertubuhan bercorak Kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan. - Pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang di bawah Akta-akta berkaitan. - Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian. jAWAPAN ANDA MUNGKIN ......................,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Cadangan buat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 1. Petugas - petugas PDK acapkali disuruh oleh ???????+++++ untuk membuat kajian kes bagi kes kajisemula OKU . Mereka akan diminta mencari alamat OKU, menemuramah klien OKU tersebut . Kemudian menggula-gulakan pekerja pdk untuk diberikan elaun mileage....tapi malang sekali seringkali pekerja pdk tidak diberikan elaun mileage. Pertanyaan yang ingin dipaparkan di sini. Adakah itu termasuk dalam tugasan pekerjapdk ataupun ingin memudahkan pekerjaan pihak atasan lalu dipasskan kepada pekerja pdk.... cadangan agar pekerja pdk tidak diberikan tugasan tersebut kerana hakikinya pekerja pdk perlu membuat tugasan mengajar dan pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pdk.Jika pemulihan mereka tidak nampak , petugas pdk juga yang dipersalahkan sedangkan mereka dibebani dengan tugasan-tugasan lain misalannya perkeranian dan sebagainya.... banyak tuuuu jika nak disenaraikan.....

Page 3: Pemulihan Dalam Komuniti

2. Jawatan Penyelia di pusat pemulihan dalam komuniti dibubarkan. Namun demikian elaun mereka tetap diberikan kepada mereka sebanyak RM 1200 cuma yang ingin dibuat perubahan ialah setiap pekerja/petugas pdk yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun diberikan elaun sebanyak RM 1200 sama seperti penyelia pdk. Namun mereka dikehendaki untuk menjadi fasilitator kepada petugas baru dalam membuat pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pusat pemulihan dalam komuniti. 3. Cadangan agar cuti akhir tahun diberikan selama 2 bulan kepada pelatih-pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti setara seperti di sekolah, pendidikan khas, tadika dan pusat pemulihan yang lain. Ini secara tidak langsung mereka dapat berehat kerana bebanan pemulihan pembelajaran melebihi orang normal pula. Hubungan di antara ahli keluarga akan lebih rapat apabila mereka bersama2 keluar beriadah atau melancung ke negeri lain. Selalunya apabila cuti sekolah pelatih di pdk pun tidak ingin ke pdk kerana mereka berpendapat cuti apabila melihat kakak dan adik mereka cuti tidak ke sekolah. Selama ini pun mereka menganggap yang pdk itu ialah sekolah mereka dan kami petugas pdk dipanggil sebagai cikgu bukannya penyelia ataupun petugas. Pelikkan jika tugas utama mengajar, memberi pendidikan dan pemulihan dipanggil sebagai petugas. Jika begitu bagaimana pula dengan di pendidikan khas ? apa gelaran mereka gunakan? Jangan kita memalukan diri sendiri dengan kekurangan istilah bahasa Melayu? tak gitu?

4. Jawatan petugas pdk diserapkan dalam perkhidmatan perjawatan tetap. Ini secara tidak langsung akan memberi suntikan kepada mereka untuk lebih komited dalam perkhidmatan dan memberikan perkhidmatan lebih baik. KUALA LUMPUR 12 Okt. -

Page 4: Pemulihan Dalam Komuniti

Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat. Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad. Ini petikan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menyerapkan Guru sandaran tidak terlatih dalam perkhidmatan tetap. bagaimana pula tindakan Jabatan kebajikan Masyarakat. jangan hanya kerana pelbagai alasan tidak munasabah pula diberikan misalannya oh kamu tu sukarela... oh kamu tu di bawah komuniti. Tolonglah berfikiran profesional. Ini untuk mengelakkan tenaga berwibawa hilang kerana mencari kerja lain. Bahkan disarankan jika boleh semua pekerja kontrak di bawah kementerian / komuniti atau gaji/elaun mereka diberikan oleh kementerian/jabatan agar diserapkan dalam perkhidmatan tetap bukannya berstatus kontrak. 5. Petugas petugas pdk disarankan agar diberikan kursus yang menjurus ke arah profesional . Ini adalah ilmu yang dimiliki oleh mereka adalah di peringkat sijil penyertaaan sahaja dan di peringkat asas. Jadi bagaimanalah mereka akan nampak lebih profesional sedangkan ilmu hanya tiris sahaja. 6. Kursus yang menjurus ke arah pemulihan dan pendidikan kanak-kanak OKU ini diminta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bakti agar diberikan kepada sasaran utama mereka iaitu petugas bukannya penyelia .Ilmu yang disampaikan terus kepada sasaran akan lebih bermanafaat daripada ilmu yang disampaikan kepada orang kedua dan seterusnya orang ketiga. akhirnya jadilah seperti telefon karat. 7. Elaun pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti dinaikkan daripada RM 150 kepada tahap yang berpatutan . Ini adalah kerana elaun diperolehi mereka / pelatih OKU ini dibeza-bezakan antara pelatih OKU yang terlantar, tidak terlantar, tidak boleh bekerja, boleh bekerja. Jadi jika boleh pihak JKM perlulah mewujudkan satu mekanisme yang adil supaya tidak timbul perasaan irihati di kalangan ibubapa pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti seluruh Malaysia.

8. Bagi menjaga kualiti pendidikan dan pemulihan OKU perlulah diwujudkan mekanisma bagi menjaga kualiti pendidikan pemulihan OKU. Perlulah diwujudkan ketua panitia / ketua bidang setiap bidang pemulihan. Peluang perlulah diberikan kepada mereka yang telah lebih berkhidmat melebihi 5 tahun dengan didasari dengan ilmu pendidikan. Maksudnya lebih baik jika mereka

Page 5: Pemulihan Dalam Komuniti

ada pengalaman sebagai guru pendidikan khas atau guru sandaran. Jika perlu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bakti , PDK bekerjasama bersama kementerian pendidikan/kesihatan dan sebagainya perlulah dibuat. Ini sudah tahun 2012 dan tahun hadapan 2013 tetapi kualiti masih lagi sedih dibincangkan.

9. Jawatan job coach di pdk perlulah diwujudkan bagi memberi peluang kepada petugas pdk untuk mengenjak ke hadapan. Elaun mereka ini perlulah diupkan sedikit dengan mileage.

10 . Oh ye satu lagi setiap petugas pdk perlulah diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Jika mereka bawa kereta berilah elaun sesuai dan jika bawa motosikal biarlah berpadanan. Namun demikian malang sekali di setengah-setengah pdk , petugas tidak diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Lagipun jika nak diisikan air tidak berjalan pula kereta malahan bertambah rosak pula.... ha fikir-fikirkanlah ye....

11. Seharusnyalah dielakkan pertindanan dalam menerima elaun sama ada daripada JKM ataupun PDK . Oleh itu haruslah dielakkan daripada berlaku pertindanan tersebut . Aduan

Page 6: Pemulihan Dalam Komuniti

perlulah disemak dengan teliti dan bukan hanya menerima sahaja bulat2 aduan tersebut tanpa dilakukan siasatan terperinci dan adil. Fikir-fikirkanlah. kesimpulannya itu hanyalah cadangan daripada saya sahaja. Yang baik bolehlah diambil demi memajukan lagi pdk dan yang tidak baik bolehlah dibakulsampahkan . Tidak dipaksa menerima idea tersebut. Namun demi mengelakkan pekerja yang baik terlepas perlulah dibuat sesuatu akan sumber tenaga manusia ini. PDK penting kerana diibaratkan sebagai perantaraan kepada OKU yang hendak ke sekolah dan dalam perantaraan untuk bekerja. Tak gitu? Yang baik daripada Allah dan yang buruk hanya daripada manusia sesungguhnya kita manusia yang lemah ..... Wabillah hi taufik wal hidayah...........

…………………………………………………………

Reactions: 

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA:PEMULIHAN PENGAYAAN DAN KEPERLUAN KHAS

????????????????????? Bagaimanakah cara anda mengajar atau pemulihan kepada anak-anak OKU di pusat pemulihan dalam komuniti? adakah anda melakukan secara 1. chalk anda talk? macam cikgu2 dulu mengajar anda di sekolah 2. berasaskan kepada pemulihan dalam kumpulan 3. berasaskan kepada pemulihan seorang demi seorang Anda perlulah tahu bahawa kanak2 OKU di PDK ada pelbagai jenis daripada a. Attention defisit disorder b. hyper active c. masalah autisme d. masalah slow learner e. down ayndrome f. masalah otak kecil g. masalah otak besar h. masalah fizikal/anggota i. masalah pelbagai bercampur aduk 2/3 masalah umur yang berlainan

Page 7: Pemulihan Dalam Komuniti

kecacatan yang berlainan kehendak berbeza.... Adakah di pdk anda kelas anda ditemani oleh ibu/bapa/ penjaga? setiap tempat / pdk dengan penyelia dan kehendak berbeza.... jadi bagaimanakah supaya tidak timbul percanggahan di antara kanak2 OKU, ibu bapa, AJK , petugas, penyelia, JKM, Bakti???? Oh itu ada perlulah berfikiran profesional dan matang... gunakanlah kaedah yang sesuai.... Untuk makluman silalah baca maklumat di bawah ini ...K/ PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PEMULIHAN, PENGAYAAN, PELBAGAI KECERDASAN DAN BERKEPERLUAN KHAS PEMULIHAN - - Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 ‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. - Menurut Pringle (1966) ‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. -Menurut Kamus Dewan , pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. •Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. PENGAYAAN Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Faktor-faktor masalah pembelajaran Faktor peribadi Faktor kurang kecerdasan Faktor fizikal Faktor psikologi Kurikulum di sekolah tidak sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh pelajar. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat . Faktor peribadi keadaan ekonomi keluarga : kerja rumah menjaga adik-adik membuat kerja sambilan masalah sosial segan dan malu Faktor kurang kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental Ciri-ciri: lebih lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan Faktor fizikal Kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesihatan pelajar:cepat berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya Kekurangan tenaga dan semangat kurang sihat :mengambil cuti sakit Masalah kecacatan fizikal Peranan guru kelas biasa dalam pelaksanaan pemulihan mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya Langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan kelas 1 Mengenal Pasti murid 2 Penganalisian masalah 3 Perancangan dan penyediaan bahan 4 Pengajaran dan pembelajaran 5 Ujian dan penilaian 6 Tindakan susulan Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi lebih mudah berperasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri Langkah-langkah proses pengelolaan sesi pemulihan kelas 1 Pengajaran guru 2 Pembelajaran murid 3 Latihan lisan/ bertulis 4 Ujian dan penilaian Strategi pengajaran- pembelajaran pemulihan Boleh dibahagikan kepada 2 strategi:

a Secara kumpulan

Page 8: Pemulihan Dalam Komuniti

b Secara individu Konsep pengayaan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu Objektif-objektif pengayaan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka. memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada: bacaan (membaca) tulisan (menulis) kiraan (mengira) Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca) Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita. Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis) Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik. Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira) 1. Permainan - Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli. 2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi. 3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang. Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan 1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. 2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan murid-murid, tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. 3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar. Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. 2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan Kumpulan cerdas .................. pengayaan Kumpulan sederhana ................pengayaan Kumpulan lambat ...................pemulihan PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS Definisi Kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan

Page 9: Pemulihan Dalam Komuniti

keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental. Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif: i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. RUJUKAN Dr. Ragbir, (2009). “Panduan Ulangkaji ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI )”. Kumpulan Budiman,Kuala Lumpur. Mok Soon Sang, ( 2003 ). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi ). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya. Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 1997 ), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur http://www.moe.gov.my http://drragbirnet MUHAMMAD FARHAN BIN ISHAK - DB100343 NORZULINAH BINTI ZOLKEFLI - DB100332 MASDIANA BINTI AHMAD KAMIL - DB100933 NORMALA BINTI ABU TALIB - DB100027 NOR HAZEAN BINTI ISMAIL - DB100066 ZAIFIRUS SINAR SURIATI BINTI MAHMUD - DB100334 NAZARUDIN BIN ALI - DB100331 LIM AI PING - DB100509 LAM JIUN MEE - DB100553 YAP KIEN HUI - DB100554 sekian , terima kasih kerana berkongsi info bersama kami .....

………………………………………………………………

Reactions:

Wednesday, May 30, 2012

Teori Pelbagai kecerdasan

Teori Pelbagai kecerdasan

Page 10: Pemulihan Dalam Komuniti

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Jenis-jenis kecerdasan

Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk

Page 11: Pemulihan Dalam Komuniti

menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Intrapersonal Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Logik-Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam patern, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan Visual-Ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna. Faedah Teori pelbagai kecerdasan Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara Mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan Melalui pemikiran sebegini, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada murid

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Reactions: 

Mengajar Anak Menulis

Mengajar Anak Menulis by Mommy Lyna on July 14, 2010 · 0 comments daripada laman blog http://mysuperkids.net/mengajar-anak-menulis Fine motor skill adalah antara asas bagi anak-anak untuk menulis. Kemahiran motor halus (?) ini melibatkan pergerakan otot-otot yang kecil seperti jari-jari, mata, dan sebagainya. Kalau yang melibatkan otot besar seperti berjalan, melompat, mengimbangkan badan tu adalah gross motor. Fine motor skill bagi kanak-kanak kecil adalah sesuatu yang susah, tak macam kita bila menggerakkan tangan, kita boleh buat macam-macam. Bagi budak2 ni, nak buat PEACE pun kena practise banyak-banyak kali. Bukan sebab dia tak boleh, tapi tak biasa. Skill ini penting untuk anak-anak melakukan aktiviti, terutama yang melibatkan tangan contohnya menulis. Aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak kita semasa kecil, biasanya adalah preparation untuk mereka menguasai fine motor skill, walaupun kita tak sedar. Bila bayi kita yang merangkak, kelihatan mengutip barang-barang di

Page 12: Pemulihan Dalam Komuniti

lantai, sebenarnya itu adalah petanda dia memiliki fine motor skill yang baik. Antara aktiviti biasa yang boleh membantu membina fine motor skill pada anak-anak: ■Buka-tutup botol dan kabinet di dapur. ■Mengutip objek di atas lantai atau meja. ■Mengoyakkan kertas atau tisu. ■Menconteng. ■Merenyukkan kertas. ■Mencucuk sesuatu, walaupun lubang hidung sendiri. ■Bermain play-doh atau tepung. Kadang-kadang kita marah bila anak buat benda2 di atas, kan? Kan? Ini adalah Fahry yang sedang scribbling di kertas. Saya just nak tunjukkan cara dia pegang pensil. Pandai kan? Hahaha. Sejak hari pertama memegang pensil, tangannya dah begitu. Fahry kena puji dengan cikgu taska, kata cikgu-cikgunya “Fahry pandai pegang pensel, pegang macam kita pegang, lepas tu dia pandai gerakkan wrist dia instead of elbow”. Hafiy pun masih menggenggam lagi. Fahry kalau suruh scribble, memang tak tahu apa dia nak buat, sebab dia tak pandai cakap. Tapi hasilnya sama je dengan Hafiy, yang katanya nak buat train la, car la Tapi anak-anak ni, walau cemana pun hasil kerja mereka, tak boleh la kita bagi remark tak elok macam “Train apa macam tu? Tak jadi pun!” sebab mereka melukis tu umpama kita melukis di depan cermin, dan hasilnya adalah yang dalam refleksi cermin tu.Harusla terbalik kuang semua. Ini adalah kerana fine motor skill dan hand-eye-coordination mereka yang masih belum matang. Mereka memerlukan encouragement dan kasih sayang supaya mereka terus bersemangat. So far skill menulis, menconteng, melukis dan mewarna Hafiy masih di tahap ‘mendapat komen –belum mengusai lagi- dari cikgu taskanya. Kawan2 sekelas dah pandai kaler dalam garisan objek, dia masih conteng-conteng. Kat rumah pun macam tu. Bila Mommy nak tunjuk contoh, tak dibaginya Tapi tak apa… learning is ongoing process. Yang penting terus nak belajar. Kalau rasa dah pandai pastu terus malas belajar, tu lagi bahaya.

………………………………………………..

Reactions:

Saturday, August 4, 2012

makpem ...... kos untuk mengikuti kursus tidak ditanggung oleh pdk tetapi ditanggung sendiri oleh petugas/penyelia

beberapa hari yang lalu menerima surat daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengatakan bahawa kos untuk mengikuti kursus di makpem akan ditanggung sendiri oleh penyelia atau petugas yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut. sebelum ini jika mereka ingin mengikuti kursus tersebut di makpem kos perjalanan pergi dan balik akan ditanggung oleh majikan yakni pdk. Namun malang sekali selepas ini apabila kos tersebut ditanggung oleh penyelia / petugas itu sendiri. sudahlah elaun diterima oleh petugas hanya setakat RM 712 dan harga barangan berlipat kali ganda kerana gaji penjawat awam dinaikkan beserta bonus sekali dapat .... contoh sahajalah baju raya sudah menjangkau ke RM 150-RM 200 sehelai. sedangkan elaun diperolehi oleh petugas PDK hanya dapat menampung bil2 dan hutang ...JADI BAGAIMANALAH NAK MENDAPAT KURSUS UNTUK MENGAJAR PELATIH OKU DAN AKIBATNYA YANG MENDAPAT BIASANNYA IALAH PELATIH OKU TU SENDIRI DAN PDK JUGALAH.... BIASALAH ITU KAN NASIB PETUGAS SUKARELA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI YANG TIDAK

Page 13: Pemulihan Dalam Komuniti

DIPANDANG OLEH MANA2 PIHAK TERMASUKLAH OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WALAUPUN ELAUN MEREKA DIPEROLEHI DARIPADA PERUNTUKAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT...MAKLUMLAH SUKARELA KONTRAK LW KATAKAN ........????? JIKA BENAR DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK PRIHATIN DENGAN NASIB KAMI ..... TOLONGLAH BUAT SESUATU AGAR NASIB KAMI DIBELA DAN KAMI MENDAPAT HAK SAMA SEPERTI PEKERJA TETAP DAN BUKAN BERTARAF SUKARELA KONTRAK ...... FIKIR-FIKIRKANLAH YE......

///////////////////////////////////////

Reactions: 

refleks daripada blog pdk selayang mengenai entri bertajuk MAKPEM : Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK?

ditulis oleh admin pdk selayang pada Thursday, August 23, 2012 baiklah mari kita ikuti refleks yang ditulis oleh admin pdk selayang (jika tidak silap saya encik Yusof) mengenai entri bertajuk MAKPEM : Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK? Rasanya tiada masalah untuk Penyelia/Petugas PDK tanggung sendiri perbelanjaan untuk mengikuti kursus, kerana: Untuk kebaikan Penyelia/Petugas PDK tersebut, dapat menambah pengalaman dan pengetahuan, yang kena bayar sendiri pun cuma tambang pergi dan balik sahaja (cuma ada 2 atau 3 kursus yang kena bayar yuran, tu pun cuma RM50.00 sahaja) tempat tinggal dan makan minum dah MAKPEM tanggung. tetapi kalau yang dah kerja lama tu, nampak macam tak akan berhenti, OK jugalah kalau PDK tolong bayarkan yuran ke, tambang ke (biasanya kalau ke MAKPEM, dua pekara tu jelah yang kena tanggung) Juga untuk kebaikkan PDK (Jawatankuasa PDK dan JKM) juga, sebab boleh dikatakan antara 15-20% Petugas PDK sentiasa silih berganti, samada berhenti sendiri atau diberhentikan (diberhentikan???). Kalau diberhentikan ok jugalah, sebab mungkin kalau dia terus kerja akan menyusahkan Jawatankuasa PDK, PDK dan JKM. tetapi yang berhenti sendiri tu yang menjadi masalah besar (berhenti atas sebab cari kerja lainlah, dapat kerja lainlah, tak cukup makanlah (siapa suruh minta kerja kat PDK-dah tahu SAGUHATI (bukan gaji) rendah), sebab nak kahwinlah, macam-macam alasan bila dah taknak kerja ngan PDK). Jadi ianya akan merugikan PDK, Jawatankuasa PDK dan JKM, dah bayar macam-macam, tanggung macam-macam, last-last berhenti juga. Ialah, nama pun sukarela (sebab jawatan anda yang menyandang jawatan penyelia/petugas PDK adalah sukarela sambilan-dah lah sukarela, sambilan plak tuh! (mode nya senang je Boleh Berhenti Bila-Bila Masa-Boleh Diberhentikan Bila-Bila Masa), jangan PERASAN, ADA YANG KATA KERJA DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KAKITANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KONON, KONON, KONON-tak caya tengok dalam profail facebook), jadi kenalah rela juga untuk merelakan diri pada: Masa; dan/atau (X) Tenaga; dan/atau (X) Idea; dan/atau (X) RM; dan/atau (X) Kesemuanya di atas.......! (BETUL-BETUL-BETUL) Ada brani! Ada Brani!! ADA BRANI!!! KERJA DENGAN PDK BUKANLAH SATU PROFESSION, TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEMASYARAKATAN DALAM KESUKARELAWANAN

///////////////////////////////////////////

Page 14: Pemulihan Dalam Komuniti

Reactions:

Tuesday, August 28, 2012

balasan mengenai entri Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK?

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T Saya tidak minta admin pdk ini atau mana2 penyelia pdk dsb..... mengikuti blog saya sebab ini adalah blog peribadi saya dan bukannya blog mana2 pdk....... baiklah entri yang saya keluarkan betajuk Kos Kursus ditanggung sendiri oleh Penyelia/Petugas PDK dalam blog peribadi saya itu adalah hanya untuk makluman peribadi saya dan tiada kena mengena dengan pdk lain ..... cuma saya mengaku dalam entri tersebut ada meminta agar Dato Seri Najib jika prihatin dapatlah membantu kami petugas di pdk semalaysia...... sebelum ini pun kursus - kursus yang saya ikuti di makpem kos untuk pergi ke sana pergi dan balik adalah ditanggung oleh saya sendirian berhad tanpa dibiayai oleh JKM ataupun pdk .... inilah adalah kerana untuk mendapat ilmu agar dapat membantu OKU dan mengajar pemulihan ke atas mereka..... NAMUN RUMAH DAN EKONOMI SETIAP KELUARGA TIDAK SAMA ...BUKANKAH BEGITU??? RUMAH TUAN, RUMAH TUAN .EKONOMI TUAN EKONOMI TUAN ..........RUMAH SAYA TIDAK SAMA RUMAH TUAN ......DAN EKONOMI SETIAP PETUGAS PDK TIDAK SAMA SEPERTI EKONOMI TUAN???? BUKANKAH BEGITU??? namun begitu sayang seribu kali sayang ...... admin pdk tersebut hanya tahu menghentam sahaja dan tidak berusaha untuk memajukan diri petugas -petugas di pdk seluruh malaysia...??? Konon katanya dah buat persatuan pdk semalaysia ......kenapa senyap je??????? apa usaha anda selama ini????? apalah salah jika admin sama2 membantu petugas pdk seluruh malaysia untuk memajukan dan menaikkan taraf mereka dengan mengemukakan idea-idea yang dapat memajukan diri mereka dan menanam cinta demi mengajar dan membuat pemulihan kepada OKU.... saya tahu maklumlah pdk itu gah namanya seantero dunia....tapi jika gah di sana tanpa memberi apa2 sumbangan kepada petugas pdk apalah gunanya ....... ??? Saya tahu jawatan ini sukarela kontrak tapi tak salahkan jika nawaitu saya ingin membantu OKU memberi pemulihan pengajaran dan di samping itu turut membantu diri saya dan diri semua petugas di pdk ....dengan memerah idea dan mengeluarkannya walaupun sudah larut malam dan awal pagi demi memajukan diri petugas di pdk............ walaupun saya tahu idea itu tidak akan diterima bulat2 tapi setakat ini alhamdulillah 80 peratus diterima oleh pihak pengurusan. selama ini pun segala idea yang saya kemukakan dalam blog ini seperti pewujudan penyelia, Kenaikan elaun ke RM 1200 setaraf ijazah dsb telah diaplikasikan dalam pdk .........dan saya rasa pihak tuan pun telah dapat merasakannya ....janganlah tuan marahkan saya dan memaksa saya membakar kelambu dan menuangkan pasir ke periuk nasi saya dan memaksa saya ADA BERANI ADA BERANI ??????? tuan tidak mengenali saya dan kita bukannya bekerja bersama di bawah satu bumbung jadi janganlah menuduh melulu .......... baiklah saya sebagai manusia kerdil memohon maaf jika ada salah dan silap harap dimaafkan ....... apapun tuan dengan entri pdk tuan dan saya dengan entri blog periadi saya ......jika tak nak dengar dan ikuti celoteh saya yang menyakitkan hati tuan , maka saya mintalah janganlah masuk dan ikut apa yang saya tulis dalam blog peribadi saya ini ........... MAAF JIKA TERKASAR BAHASA DAN TERSILAP DIKSI DIPILIH ......... assalammualaikum

Page 15: Pemulihan Dalam Komuniti

///////////////////////////////////

ARKIB : 26/09/2012 Utusan online PEMBELA OKU Dabong, Kelantan

DALAM keadaan negara yang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, masih ramai pekerja kontrak ibarat dipinggirkan. Salah satunya ialah penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tugas mereka mendidik dan melatih kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang terdiri daripada kanak-kanak syndrome down, autisma cerebral palsy dan sebagainya untuk berdikari tidak dihargai. Hal ini jauh berbeza dengan guru pendidikan khas yang diberi banyak kemudahan oleh kerajaan. Mereka diberi taraf sukarelawan kontrak dengan diberi elaun RM800 untuk petugas atau guru dan RM1,200 untuk penyelia. Ini sukar diterima akal dengan beban kerja dan keadaan ekonomi semasa. Mereka yang dipilih bekerja juga bukan mereka memiliki kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma dan ramai juga terdiri daripada mereka berijazah. Ada antara mereka sudah berkhidmat selama belasan tahun tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka tidak diberi pengkhususan seperti mereka berkhidmat di tadika Kemas yang diberi kursus pendidikan awal kanak-kanak. Dengan tidak diberi kursus ini, mereka mudah dinafikan untuk kenaikan gaji dan pelbagai kemudahan lain. Oleh itu, ada antara mereka sudah bekhidmat dua atau tiga tahun berhenti kerja apabila mendapat tawaran kerja lain, sedangkan kanak-kanak OKU di PDK memerlukan kepakaran mereka untuk membentuk pelatih OKU untuk berdikari, bukan semata-mata menjaga makan minum mereka. Jika petugas atau guru bersilih ganti di mana kita mahu mendapat kepakaran mereka, sedangkan mereka yang sudah tahu selok-belok OKU berhenti untuk mencari kerja lain dan sebagainya. Dalam melatih petugas atau guru dan penyelia PDK yang baru, kerajaan juga ibarat terlepas pandang. Mujurlah ada pertubuhan yang prihatin terhadap nasib pekerja ini seperti Yayasan Sultan Idris Shah, Ipoh dan Semai Bakti yang memberi kursus asas kepada mereka. Jika keadaan ini berterusan, sampai bila-bila pun nasib OKU di Malaysia tidak akan terbela, sedangkan mereka terdiri daripada pekerja dan OKU memerlukan pembelaan sebaik-baiknya. Hal ini berbeza dengan negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat yang memberi banyak kemudahan kepada mereka bekerja dengan OKU. Diharapkan dalam pembentangan bajet kerajaan 2013 nanti, secebis harapan agar mereka yang bekerja di PDK mendapat sesuatu. Pekerja ini bukan meminta kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti permintaan CUEPACS dalam Bajet 2013 nanti tetapi mereka mengharapkan sedikit ehsan daripada kerajaan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120926/fo_03/Petugas-PDK-mohon-perhatian#ixzz29AYQn0Pt © Utusan Melayu (M) Bhd Posted by pekerjapdk ……………………………………….

Page 16: Pemulihan Dalam Komuniti

PDK Semerak(Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Semerak) telah di tubuhkan pada 1 Oktober 2000 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Kelantan dengan mendapat sokongan daripada  masyarakat setempat di sini.

Bermula dengan 7 orang kanak-kanak OKU  terdiri daripada kanak-kanak sindrom "down".Kelas diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis  dari jam 8.00 pagi -12.00 tengahari.Dan petugas  PDK pada masa tersebut seramai dua orang (di panggil cikgu PDK masa tersebut) Puan Suryani binti Hassan, Norasmah binti Abdullah.

Tetapi pada hari ini, PDK semerak telah berkembang  pesat  dengan jumlah pelatih OKU  seramai 30 orang dan aktiviti harian PDK juga telah ditukar  kepada aktiviti pemulihan anggota, pemulihan cara kerja  dan lawatan ke rumah.

Manakala kelas di PDK juga telah di ubah kepada 4 hari seminggu iaitu hari Ahad hingga rabu dan pada hari khamis adalah hari lawatan ke rumah OKU yang tidak ditempatkan di PDK seperti mereka yang mengalami masalah "celebral palsy" dan lain-lain.Juga turut diadakan pemulihan anggota dan  pemulihan carakerja dua kali sebulan.

PDK Semerak yang di tadbir urus oleh satu jawatan kuasa yang di lantik oleh ibu bapa/penjaga OKU  setempat .PDK Semerak di pengerusikan oleh YB Wan Hassan Bin Wan Ibrahim  dengan kekuatan ahli jawatankuasa seramai 11 orang.

Pada tahun 2009, seramai tiga orang kakitangan telah dilantik untuk berkhidmat  di PDK Semerak yang di ketuai oleh seorang penyelia PDK iaitu Puan Suryani Binti Hassan dan dua orang petugas iaitu Puan Asmah binti Abdullah dan Norliana binti Mohd Kassim.

///////////////////////////

:: MASALAH PEMBELAJARAN ::

Definisi Masalah Pembelajaran

 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997 

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Sebab-sebab Masalah Pembelajaran

Page 17: Pemulihan Dalam Komuniti

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

 Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

 Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

Ciri-ciri Pelajar Masalah Pembelajaran

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.

Ciri Kognitif

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi

Page 18: Pemulihan Dalam Komuniti

kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

 Ciri Akademik

Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.

Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.

Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

Ciri Sosial dan Emosi

Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

Kemahiran Sosial yang Lemah

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang

Page 19: Pemulihan Dalam Komuniti

mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

////////////////////////

: AUTISMA ::

Apakah Autisma

Autisma adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun.

Penyebab Autisma

Penyebab autisma adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif. Gejala yang sangat menonjol adalah sikap anak yang cenderung tidak mempedulikan lingkungan dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri.

Anak autistik juga mengalami kesulitan dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal.Disamping itu seringkali (prilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan lain sebagainya.

Gejala Autisma

Gejala autisme sangat bervariasi. Sebagian anak berperilaku hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinya dan sering tempertantrum (menangis dan mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, tertawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.

//////////////////////////

: DISLEKSIA ::

 Apa itu Disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.  Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh

Page 20: Pemulihan Dalam Komuniti

•   Mempunyai keupayaan intelek yang normal

•   Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

Mereka mungkin mengalami kesukaran

•   Membaca

•   Menulis

•   Memahami

•   Mengeja

•   Mengira

• Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia

• Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding                  perempuan.

 

Apakah ciri-ciri Disleksia?

Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

o   Lambat bertutur

o   Mengalami kesukaran sebutan atau rima

o   Sukar menulis nama sendiri

o   Payah mengenal bentuk atau warna

o   Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

o   Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis,                     mengeja atau mengira

o   Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

o   Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan             terbalik) :

             15 dengan 51

            “was” menjadi “saw”

Page 21: Pemulihan Dalam Komuniti

             ‘b’ dengan ‘d’‘

o   Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

o   Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

o   Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

o   Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

 

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

• Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli    politik (Lee Kuan Yew),   pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo          da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)

• Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir        dari pelbagai sudut / dimensi

• Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

 

Masalah yang mungkin dialaminya

• Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

• Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah           diri

• Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan

o Gangguan emosi (seperti kemurungan)

o Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)

o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

 

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina     keyakinan   diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan       Kurang Daya Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

Page 22: Pemulihan Dalam Komuniti

   o Terapi pertuturan

   o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer

   o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu       pembelajaran)

      1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)

      2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/             huruf)

      3. Merasa pergerakan bibir

      4. Menulis huruf atau perkataan

      5. Langkah-langkah pemulihan :

          o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur

          o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)

          o Gunakan video atau kaset untuk belajar

      6. Program pemulihan khusus :

          o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk              Disleksia

/////////////////////////////

:: SINDROM DOWN ::

Membantu Anak Sindrom Down

"Membantu anak Sindrom Down agar selesa dengan suasana sekeliling mampu membantu meningkatkan daya keyakinan diri mereka". Itulah nasihat yang diberikan oleh pakar fisioterapi Janice Ng. (Sindrom Down adalah satu daripada masalah genetik yang dialami kanak-kanak di dunia).

Menurut Ng, kemampuan anak Sindrom Down dari segi pembelajaran, pembesaran serta pemikiran dan kebolehan bertindakbalas adalah kurang berbanding dengan anak normal dan sudah tentu pemahaman umum mereka menjadi rendah hingga menyebabkan mereka perlu bergantung kepada orang lain dari segi mental. "Dalam aspek ini, satu pendekatan perlu diambil (bagi membantu anak sindrom ini dari tahun-tahun awal umur mereka). Ianya bermula di rumah", kata Ng.

Ajar Perkara Yang Mudah

"Disebabkan Sindrom Down adalah masalah genetik, maka anak itu perlu bergantung kepada ahli keluarganya dalam sebahagian besar hidupnya. "Tetapi ada beberapa aspek yang boleh

Page 23: Pemulihan Dalam Komuniti

diperhatikan mengenai Sindrom Down di mana anda boleh mengajar anak ini tentang perkara kecil dan mudah yang menarik perhatiannya dan ini boleh membuat kehidupan mereka tidaklah begitu rumit".

Mengajar anak Sindrom Down adalah sukar tetapi ia bukan sesuatu yang 'mustahil'. "Ada yang menyatakan mengajar anak yang mengalami masalah ini sukar tetapi kalau tahu caranya, ia akan menjadi lebih senang", kata beliau. Menurut Ng lagi, anak yang mengalami masalah genetik ini perlu dibawa ke kelas yang ada anak Sindrom Down yang lain untuk membolehkan mereka berinteraksi, seperti anak normal yang lain. "Ini membantu memberi keyakinan diri dan menjadikan mereka peka kepada suasana sekeliling", kata beliau.

Penampilan

Penampilan adalah satu lagi aspek yang boleh membuatkan anak Sindrom Down berasa 'gembira' atau 'sedih'. "Sememangnya lumrah psikologi manusia, bila seseorang itu fikir dirinya tidak kelihatan menarik maka beliau akan berasa tidak senang. Sebaliknya jika seseorang fikir yang dirinya 'tampan' atau 'cantik' maka sudah tentu dirinya akan mempunyai keyakinan. "Oleh itu penekanan perlu ada kepada aspek fizikal anak ini, membuatkan mereka berasa normal seperti anak lain yang normal", tambah beliau.

Suasana Sekeliling

Surirumah Devika, yang mempunyai anak Sindrom Down berkata anak yang mengalami masalah genetik ini memerlukan pendekatan khas bagi membuatkan mereka mempunyai suasana pembelajaran yang positif. "Mereka boleh belajar dan menjadi produktif di sekolah jika diberi suasana sekeliling yang betul serta bahan yang diperlukan.

"Anak Sindrom Down mempunyai keupayaan untuk belajar. Guru perlu ada alat bantuan mengajar yang betul bagi mencapai keputusan yang optimum", kata Devika yang mempunyai anak di kelas khas di sebuah sekolah di sini. Kini banyak sekolah yang mempunyai kelas khas bagi anak yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran. Begitu juga terdapat sekolah khas bagi anak kurang upaya ini. Anak Sindrom Down berupaya untuk belajar tetapi kaedah pengajaran hendaklah berbeza daripada kaedah yang digunakan di sekolah biasa.

Penerimaan , Pergaulan

Sementara itu, antara kaedah yang boleh digunakan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran anak Sindrom Down adalah konsep penerimaan' dan 'pergaulan'. "Ini memberi ruang kepada setiap pelajar, tidak kira umur atau kecekapan mental, untuk berada dalam satu kumpulan dan mereka berasa selesa berinteraksi sesama sendiri. Beri galakan supaya mereka berhubung dan berinteraksi secara positif antara satu sama lain"

Kata beliau, dengan membantu anak Sindrom Down untuk merasa senang dan selesa dengan diri mereka sendiri akan membuatkan mereka mempunyai sikap yang lebih baik dan rasa 'diperlukan'. "Setiap anak perempuan mahu kelihatan cantik begitu juga dengan anak lelaki yang

Page 24: Pemulihan Dalam Komuniti

mahu kelihatan tampan. Mereka yang mengalami Sindrom Down juga berperasaan begini. Mereka sebenarnya mahu hidup secara normal", kata beliau.

Anak Sindrom Down juga mempunyai masa konsentrasi yang singkat dan mudah hilang tumpuan, perhatian dan senang tertarik dengan benda lain seperti lampu dan cahaya. Adalah baik jika sesi pembelajaran mereka dipecahkan kepada beberapa bahagian. Mereka perlu diajar secara perlahan dan diberikan masa rehat yang kerap agar dapat fokus terhadap apa yang diajar. Pengajar juga haruslah fleksibel dengan anak seumpama.

Memandangkan anak sindrom mempunyai masalah untuk bertutur dengan jelas, mereka perlu diajar untuk bertutur dengan jelas dan betul. Sementara itu tenaga pengajar juga tidak terkecuali perlu bertutur dengan jelas dan memberi perhatian kepada perkataan dan frasa ang susah disebut.

Pada tahun 1974, satu persidangan di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat membuat ketetapan untuk menyeragamkan nama serta istilah penyakit. Semenjak itu, masalah genetik ini dikenali sebagai 'Sindrom Down' (Down Syndrome) dan bukannya Down's Syndrome di Amerika Utara. Great Britain dan negara di Eropah mengikuti langkah ini beberapa tahun kemudian.

//////////////////////////////

Bengkel Latihan Vokasional PDK Samarahan telah beroperasi pada 2 Febuari 2011

yang menempatkan 20 OKU dari pelbagai jenis kategori ketidaupayaan. Kebanyakan OKU adalah terdiri daripada yang bermasalah pembelajaran di sekitar Samarahan. Bengkel ini memberi peluang kepada OKU yang berkebolehan bekerja dan di beri latihan vokasional. Antara pengisian aktviti di bengkel ini ialah :-1) Menyediakan rumah pekerja bagi OKU yang dapat berdikari dengan sendiri.2) PDK Shop - PDK telah menyewa sebuah gerai di Kpg Muara Tuang dan menjual produk-produk dari PDK.3) PDK Cafe - Membuka sebuah kedai makan.4) Bengkel - Antara aktiviti yang dilakukan ialah pengeluaran makanan kering (IKS), Bumi hijau (berkebun), Kraftangan.

Page 25: Pemulihan Dalam Komuniti

//////////////////////////////////

PENGENALANPDK Samarahan telah ditubuhkan pada Mac 1996 dan pada masa kini menempatkan 72 Orang OKU (0-35 tahun) . Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap usaha-usaha untuk mencegah dan memulihkan Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka menjadi lebih produktif serta dapat hidup berdikari di dalam stuktur pembangunan yang sedia ada.PDK juga menekankan penglibatan penuh dari Keluarga OKU, komuniti , Syarikat Swasta, Jabatan Kerajaan dan lain-lain supaya mereka dapat membantu PDK didalam aspek-aspek tertentu bagi membantu OKU menjalani kehidupan seharian dalam memberi sistem latihan, pemulihan dan pembelajaran berdasarkan umur dan perkembangan.Antara Ojektif penting ialah :-

1.1 Menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya.

1.2 Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan

1.3 Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti

1.4 Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti

1.5 Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka

1.6 Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU

Pada masa kini PDK Samarahan telah berusia 12 tahun, didalam tempoh tersebut, banyak perubahan yang telah dilakukan memandangkan usia OKU semakin meningkat dewasa. Dahulu PDK hanya menekankan kelas pembelajaran harian dari pukul 9 pagi hingga 11 Pagi. Tetapi pada masa kini pekerja bukan saja menjalankan kelas harian malahan pelatih difokuskan tentang latihan vokasional, kelab OKU kesenian, penjualan produk barangan PDK seperti membuat kerepek, kad, bookmark, barangan kraftangan dan latihan kehidupan kearah berdikari.

//////////////////////////////

Lazimnya di pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di mana-mana pusat intervensi awal, kanak-kanak istimewa yang dihantar ibu bapa adalah dengan pelbagai masalah, kelebihan dan keperluan.

Page 26: Pemulihan Dalam Komuniti

Memang menjadi keutamaan ibu bapa kanak-kanak dengan keperluan istimewa ini memastikan kanak-kanak ini diajar dengan kemahiran untuk mengurus diri.

Di PDK atau pusat intervensi awal yang lain, kanak-kanak istimewa ini dilatih mengurus diri dan berdikari serta kemahiran asas lain yang memastikan mereka dapat menjalani kehidupan biasa.

Kanak-kanak istimewa ialah mereka yang autistik, atau penghidap cerebral palsy (CP), sindrom down, hiperaktif dan lain-lain.

Kanak-kanak autistik misalnya memerlukan suasana yang bebas daripada dia mudah mengalihkan tumpuan dalam proses membina kemahiran motor halusnya dan penghidap CP pula mempunyai perkembangan kemahiran motor kasar yang agak lambat daripada orang lain.

Guru dan penjaga akan memastikan setiap keperluan anak-anak istimewa ini diambil kira berdasarkan peralatan dan kemudahan yang mereka ada, tetapi cabarannya ialah keperluan kanak-kanak ini berbeza.

PDK dikelola Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlibat secara langsung dalam penyediaan manual programnya.

PDK bermula dengan projek perintis di Terengganu untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya (OKU) di bawah naungan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

BILIK TERAPI

Menyedari keperluan PDK dalam membina kemahiran motor kasar dan halus, perkembangan sosial dan pengurusan diri kanak-kanak istimewa ini, Procter & Gamble (P&G) memberikan kerjasama dengan membina bilik terapi khas untuk kanak-kanak ini.

Penyediaan bilik terapi ini dilakukan di bawah program khas P&G iaitu Open Minds, dan setakat ini ia menyumbang RM1 juta bagi memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak istiwewa di 50 PDK.

PDK yang dipilih meliputi setiap negeri, kata Ketua Hal Ehwal Luar P&G (Malaysia &Singapura) Zulhaimi Abdul Hamid.

Bilik terapi pelbagai pancaindera ini menyediakan kemudahan rangsangan pancaindera untuk kanak-kanak istimewa yang hilang upaya pembelajaran normal agar mereka dapat belajar dalam suasana yang tenang.

Bilik-bilik ini juga diubahsuai secara spesifik untuk membolehkan pelbagai rangsangan seperti cahaya, warna, dan bunyi dapat disampaikan secara efektif kepada pancaindera tertentu.

Page 27: Pemulihan Dalam Komuniti

"Tujuannya juga untuk mempercepat proses pemulihan pelatih bermasalah," katanya semasa ditemui di PDK 4 Divisyen, Desa Tun Hussein Onn.

"Kami berbincang dahulu tentang keperluan kanak-kanak ini dan penyediaan bilik terapi pancaindera ini hasil perbincangan dengan JKM tetang apa yang diperlukan PDK mereka," katanya.

OPEN MINDS

Setiap bilik terapi di PDK ini menelan kos RM20,000 dan setakat ini bantuan berjumlah RM1 juta telah dikeluarkan.

PDK ke-50 dan terakhir setakat ini yang menerima bantuan kemudahan bilik terapi pelbagai pancaindera itu ialah Sungai Besi manakala projek pertama ialah di PDK Presint 9 Putrajaya.

"Selain membina bilik terapi pelbagai pancaindera ini, kami juga menganjurkan kursus untuk guru-guru PDK pada bulan Oktober 2010 untuk memastikan mereka mampu menguasai sepenuhnya penggunaan bilik terapi untuk mendapatkan impak maksimum ke atas kanak-kanak istimewa ini," katanya.

Beliau berkata program P&G Open Minds merupakan sebahagian daripada matlamat korporat global P&G iaitu "Live, Learn dan Thrive" yang memberi fokus terhadap usaha kemanusiaan jenama P&G, petugas dan asas korporat di dalam meningkatkan taraf hidup kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan sejak bayi sehingga berusia 13 tahun.

Di Malaysia, Open Minds meneruskan fokus untuk membantu dan meningkatkan kualiti masa depan kanak-kanak istimewa ini dengan menyediakan pembelajaran khusus dan kemudahan yang diperlukan dalam kehidupan.

Sejak pelancarannya pada tahun 1999, Open Minds menyentuh kehidupan 8,000 kanak-kanak istimewa melalui pelbagai projek dan kempen.

YANG ISTIMEWA

Muhammad Alif Daniel Norzarimim, 5, ialah seorang daripada 35 kanak-kanak istimewa di PDK Desa Tun Hussein yang mengikuti program bilik terapi pelbagai pancaindera itu.

Menurut ibunya, Haslina Suhaida Sirat, 35, Muhammad Alid Daniel dimasukkan ke PDK 4 Divisyen sejak umur setahun dan menggunakan latihan di bilik terapi itu selama empat tahun.

Walaupun sesi yang diikuti hanya seminggu sekali, tetapi ia memberi kesan positif kepada Muhammad Alif kerana menurut Haslina, anaknya itu kini lebih aktif dan mindanya lebih terangsang dengan perkembangan di sekelilingnya dan kemahiran motor kasarnya bertambah baik.

Page 28: Pemulihan Dalam Komuniti

Penyelia PDK di situ Sharifah Anum Syed Abd Hadi berkata bilik terapi itu mempunyai pelbagai komponen khusus untuk terapi beberapa kategori masalah kanak-kanak sepertiya CP, hiperaktif, autism dan sindrom down.

Untuk hiperaktif misalnya, antara pendekatan yang digunakan ialah terapi belon air dan bagi kanak-kanak CP, terapinya menggunakan kabel fiber optik manakala untuk kanak-kanak autistik, kelambu digunakan serta beberapa rangsangan tambahan seperti terapi muzik, pencahayaan dan aroma terapi.

Kanak-kanak CP akan diminta memegang kabel fiber optik yang halus untuk tempoh tertentu dengan tujuan meningkatkan perkembangan kemahiran motornya. Cahaya lampu pada hujung fiberoptik itu bertujuan untuk membuatkan kanak-kanak berkenaan lebih peka pada deria rasa mereka.

TERAPI BERBEZA

Sharifah Anum berkata stimulasi berulang kali itu membantu mempercepat keupayaan kanak-kanak CP dan membantu dalam proses pembelajarannya yang lebih cepat daripada terapi biasa di bilik darjah.

Bagi kanak-kanak hiperaktif pula ternyata sesi terapi yang dijalani memberikan kesan kerana kanak-kanak ini lebih terkawal pergerakan mereka dan akan duduk diam dan boleh fokus terhadap sesi terapi dan pembelajaran kemudiannya.

Beliau berkata bilik terapi itu melengkapi proses pembelajaran kanak-kanak istimewa yang sememangnya mengikuti kelas di bilik biasa di PDK.

Hanya empat kanak-kanak akan dibenarkan menggunakan ruang bilik yang terhad itu dalam satu-satu masa bagi memastikan setiap sesi terapi berlangsung dengan berkesan.

Setiap sesi juga akan mengikut kategori masalah kanak-kanak, katanya.

Sesi bersenam diadakan setiap kali selepas kanak-kanak berkenaan menjalani sesi terapi di bilik khas itu bagi memastikan minda mereka terangsang dan perkembangan kemahiran motor halus dan kasar mereka ditingkatkan.

Kaedah yang digunakan guru di sini adalah mudah kerana semuanya bersifat interaktif. Satu sesi berlangsung selama lima hingga 20 minit bergantung kepada keperluan pelatih.

KEPERLUAN GURU

Sharifah Anum puas hati kerana setakat ini enam pelatih yang mengikuti terapi itu didaftarkan masuk di sekolah pendidikan khas tanpa masalah selepas pencapaian mereka dinilai.

Selain kanak-kanak yang secara bergilir menggunakan bilik terapi itu, guru-guru di PDK itu juga

Page 29: Pemulihan Dalam Komuniti

digalakkan menggunakannya untuk mengurangkan stres.

"Mereka digalakkan menghabiskan masa beberapa minit di bilik ini untuk sesi terapi sendiri dan ternyata ia menenangkan dan membantu guru," katanya.

Oleh Rohana Mustaffa

/////////////////////////////

Pengurusan Diri

Latihan ke tandas Latihan Makan Latihan menyikat rambut dan sebagainya

Pengurusan Rumahtangga

Sediakan makanan Mengemas pinggan mangkuk

Kemahiran Motor Kasar

Melibatkan pergerakkan otot-otot iaitu anggota badan seperti berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya.

Kemahiran Motor Halus

Melibatkan pemikiran, penglibatan serta pergerakkan jari-jari seperti membuat kuih, menggunting kertas dan lain-lain.

Aktiviti Pra Sekolah

Akademik

Membuat kraftangan Mengenal bentuk Mengenal warna Belajar menulis Mengenal nombor Mengenal huruf / perkataan

Kokurikulum

Aktiviti berkebun Aktiviti berkelah Sukaneka Menyertai pameran / jualan Membuat lawatan Majlis perjumpaan ibu bapa

Page 30: Pemulihan Dalam Komuniti

Perkembangan Sosial

Belajar berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan Belajar menggunakan kemudahan awam seperti menggunakan telefon,

belajar menaiki bas dan sebagainya.

PERKHIDMATAN BAHAGIAN ORANG KURANG UPAYA

SEPINTAS LALU

Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial merekaSempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002, negara kita telah mendatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik pada 16 Mei 1994. Agenda Tindakan Dekad ini memberi penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah peningkatan kesejahteraan hidup orang kurang upaya.

DEFINASI

Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA

Terdapat 6 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu:Kurang Upaya Penglihatan

Kurang Upaya Pendengaran

Termasuk pekak dan bisu:a)Minima (Mild) - (20 - < 30 db)b)Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 db)c) Teruk (Severe) - (60 - < 90 db)d)Profound - (> 90 db)

Kurang Upaya Penglihatan

Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

Kurang Upaya FizikalKecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll

Cerebral Palsy a) Hemiplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan

Page 31: Pemulihan Dalam Komuniti

b) Diplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kakic) Quadriplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki

Masalah Pembelajaran

Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:- Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun)- Down' SyndromeAutisma- Attention Deficit Hyperactive Disorder- Terencat Akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun)- Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

Lain-LainDiagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.

PELAN TINDAKAN YANG BERKAITAN    Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang OKU    Agenda Tindakan Dekad Orang Kurang Upaya Rantau Asia dan Pasifik Pelan

(1993-2002)

PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA

Perkhidmatan di Luar Institusi Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.

Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.Objektif Pendaftaran

    Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini.    Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan

bagi golongan kurang upaya.    Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan

OKU.     Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.

Faedah-faedah yang boleh diperolehi ialah:    rawatan perubatan    khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional    pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu    bantuan kewangan, alat-alat tiruan dan alat-alat kemudahan    pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya    pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan dan latihan di institusi JKM/NGOs

mengikut Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)    peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor swasta

Borang-borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Borang Baru Kegunaan

Borang Permohonan Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat Maklumbalas perkhidmatan

Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan (18 tahun ke atas) Butir-butir klien/ pengesahan doktor

Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Keperluan Khas(18 tahun ke bawah) Butir-butir klien/ pengesahan doktor/ penempatan

Page 32: Pemulihan Dalam Komuniti

Akuan Penerimaan Kad Kenal Diri OKU Bukti Penerimaan Kad OKU

Syarat-syarat Pendaftaran    Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia    Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan    Menggunakan borang yang betul    Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang

Upaya bermastautin    Memiliki nombor pendaftaran Orang Kurang Upaya

Bantuan Alat Tiruan

Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.Elaun Pekerja Kurang Upaya

Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada RM750.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja dan mengekalkan dalam sesuatu pekerjaanSkim Bantuan Pelancaran

Membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi ketiadaan modal dan peralatan untuk menjalankan perniagaan kecil.Bantuan-Bantuan Lain

Orang kurang upaya yang berkeperluan boleh menikmati bantuan-bantuan lain di bawah Jabatan jika berkelayakan seperti:    Bantuan kanak-kanak    Bantuan orang tua    Bantuan kepada belia/beliawanis dan latihan aprentis    Bantuan Am

Penempatan kerja

Jabatan membantu mendapatkan kerja di sektor perkilangan, firma dan agensi Kerajaan serta dalam rancangan khas seperti bengkel terlindung, rancangan tanah dan lain-lain.

Bengkel Terlindung

Bagi orang kurang upaya yang tidak dapat memasuki sektor perkhidmatan Kerajaan atau swasta, latihan dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi Kerajaan, swasta dan badan berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan

Perkhidmatan di Dalam Institusi

Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya meraka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.Perkhidmatan di Institusi

    Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan    Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan

rohaniah    Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni    Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional    Penempatan semula dalam masyarakat    Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan

Page 33: Pemulihan Dalam Komuniti

masyarakat setempat    Memberi kaunseling

Institusi berkaitan Orang Kurang Upaya    Taman Sinar Harapan (TSH)    Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP)    Bengkel Daya    Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)    Rumah Kelompok

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi

Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Kursus Vokasional

Syarat-syarat:    Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya

anggota/fizikal    Berkelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Rendah Pelajaran

(SRP)/ Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mengikut jenis kursus    Berumur 18 hingga 40 tahun    Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri

Jenis-jenis Kursus

Bil Jenis Kursus Tempoh

1. IT Komputer 8 Bulan2. Pembantu Tadbir Sistem Maklumat 10 Bulan3. Juruelektrik 10 Bulan4. Membuat pakaian 10 Bulan5. Elektronik 18 Bulan6. Protestik dan Orthotik 18 Bulan

Kursus Pra Vokasional Syarat-syarat:

    Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal

    Berumur 14 hingga 25 tahun    Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri

Jenis-jenis Kursus

Bil Jenis Kursus Tempoh

1. IT Komputer 24 bulan2. Membaiki Radio dan TV (Elektronik) 24 bulan3. Jahitan 24 bulan4. Lukisan 24 bulan

Taman Sinar Harapn (TSH)

Institusi ini memberi latihan kepada individu kurang upaya masalah pembelajaran sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk. Antara program dan aktiviti yang disediakan ialah:

    Kelas akademik asas (3M)

Page 34: Pemulihan Dalam Komuniti

    Latihan pra-vokasional seperti jahitan, tukang kayu, kraftangan, urusan rumah tangga, dandanan, masakan, pertanian/berkebun dan dobi

    Latihan pemulihan seperti latihan Kemahiran Kehidupan Seharian (ADL), pemulihan cara kerja, pemulihan anggota, terapi pertuturan dan terapi muzik

    Pendidikan agama dan moral    Sukan dan rekreasi    Aktiviti luar (lawatan, berkelah, gotong-royong dsb)

Kemasukan

Setiap institusi Taman Sinar Harapan boleh menerima masuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang terdiri dari jenis terencat akal, autisme dan down'syndrome. Pelatih-pelatih yang diterima masuk ke institusi ini tanpa mengambilkira klasifikasi umur, jantina (kecuali TSH Jubli dan TSH Tampoi) dan tahap kecacatan dari negeri-negeri yang berdekatan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan iaitu

Zon Negeri Terlibat Institusi Klasifikasi

A Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak TSH Jitra, Kedah Lelaki/ Perempuan

B Kelantan, Terengganu, Pahang TSH Kuala Terengganu Lelaki/ Perempuan

C Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak TSH Kuala Kubu Bharu, Selangor Lelaki/ Perempuan

D Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur TSH Tuanku Ampuan Najihah, Seremban Lelaki/ Perempuan

E Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor TSH Tampoi, Johor Bahru Lelaki

F Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor TSH Jubli, Johor Bahru Perempuan

Syarat-Syarat    Orang kurang upaya kategori masalah pembelajaran terdiri dari jenis terencat akal,

autisme dan down's syndrome yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat    Orang kurang upaya yang memerlukan program pemulihan atau jagaan dan

perlindungan

KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA

Kemudahan Pendidikan

Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

Page 35: Pemulihan Dalam Komuniti

Kemudahan Di Dalam Aktiviti Harian

Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan di wujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai

Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya. Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

Kemudahan Pengangkutan Awam

Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Kemudahan Perumahan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan sahaja, tidak termasuk hospital Universiti . Insitusi tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

Page 36: Pemulihan Dalam Komuniti

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan

Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

Kemudahan Peluang Pekerjaan

Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.(Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran dimana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ).