pemilihan idea & peluang perniagaan 2

25
P 3117 / Unit 5 / 1 UNIT 5 : PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN: PEMILIHAN IDEA OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar memilih idea perniagaan yang paling sesuai dengan diri OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : Keusahawanan 1/25

Upload: chris

Post on 23-Jun-2015

476 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 1

UNIT 5 : PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN: PEMILIHAN IDEA

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar memilih idea perniagaan yang paling sesuai dengan diri

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Menyenarai dan memilih keserasian idea perniagaan dengan diri

Mengenal pasti daya kemungkinan idea di peringkat awal

Memilih idea perniagaan yang paling sesuai

Keusahawanan 1/18

Page 2: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 2

5.0 Pengenalan

Dalam memilih peluang-peluang perniagaan, anda harus membuat satu penilaian kendiri sebelum membuat komitmen. Penilaian kendiri ini perlulah berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan kewangan dan minat.

5.1 Memilih idea perniagaan

5.1.1 Menilai keserasian idea dengan diri: pengalaman, pengetahuan dan kemahiran, modal dan minat

a) Pengalaman yang dimiliki

Biasanya, seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerjaya. Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah yang mempunyai pengalaman luas mengenai pendidikan awal kanak-kanak meletakkan jawatan dan menceburi dalam bidang yang hampir sama dengan kerjayanya yang sebelum ini, iaitu membuka sebuah taman asuhan kanak-kanak. Begitu juga dengan seorang tukang masak yang mempunyai kemahiran dalam masak memasak, boleh membuka sebuah kedai makan.

b) Pengetahuan

Selalunya pengalaman yang dimiliki seseorang tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Usahawan perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan terutama dalam apa yang perlu dilakukan untuk perniagaan yang diceburi. Misalnya seorang pakar masakan, apabila membuka sebuah restoran, ia bukan sahaja perlu mengetahui tentang cara penyediaan makanan, tetapi juga cara menguruskan perniagaan, menyediakan akaun, mengatur jadual pekerja serta mengendali pelanggan. Walaupun diketahui ia boleh mengupah pekerja lain melakukan kerja untuk ia tetapi adalah lebih baik jika usahawan itu melakukan sendiri supaya ia dapat mengetahui segala perjalanan perniagaannya dan dengan itu tidak mudah ditipu.

Keusahawanan 2/18

INPUT

Page 3: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 3

c) Kemahiran

Selain dari pengalaman dan pengetahuan diri, ia mestilah kemahiran atau cekapan melakukan kerja dalam bidang yang dipilih. Kemahiran ini selalunya lahir dari pengalaman dan pengetahuan. Kelebihan ini adalah sesuatu yang sukar dimiliki. Contohnya, tukang ukir yang mahir dapat menghasilkan ciptaannya dalam tempoh yang singkat dan bermutu tinggi. Kemahiran merupakan aset yang sangat penting kerana tidak semua orang memiliki kelebihan ini.

d) Kemampuan modal

Kemampuan modal seseorang usahawan menentukan sebesar mana perniagaan itu boleh dijalankan. Dalam erti kata lain,

perniagaan yang hendak dibuka perlulah sesuai dengan kemampuan kewangan yang ada. Sekiranya seseorang itu mempunyai impian untuk membuka perniagaan besar dan memerlukan modal yang berjumlah jutaan ringgit, mungkin

keinginan itu terpaksa dipendamkan dahulu sekiranya ketiadaan modal yang mencukupi. Oleh itu modal adalah perkara-perkara asas yang perlu difikirkan sebelum meneruskan idea untuk membuka

sesebuah perniagaan. Walau bagaimanapun sekiranya kemampuan modal itu terhad, seseorang bolehlah membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menggunakan sumber modal yang sedia ada. Dia mestilah bersabar dan terus berusaha dengan lebih lagi demi cita-citanya. Ramai usahawan yang berjaya bermula dari usaha secara kecil-kecilan. Usaha yang begini selalunya lebih berhasil kerana berpeluang melihat kelemahan dan kelebihan yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan tersebut. Ketiadaan modal yang mencukupi bukanlah penghalang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Keusahawanan 3/18

Page 4: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 4

e) Minat

Ramai usahawan terutamanya golongan muda, mula menceburi dalam dunia perniagaan disebabkan oleh minat. Minat adalah sesuatu perkara yang harus diambil kira secara serius kerana minat dapat memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan yang akan dimajukan. Oleh kerana minat, seseorang itu akan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kerjanya. Ia akan berkerja lebih masa semata-mata kerana minat.

5.1.2 Menilai penerimaan masyarakat

Keserasian idea dengan nilai masyarakat setempat perlu diberi perhatian yang serius sebelum memulakan operasi perniagaan. Peluang perniagaan perlu diselaraskan supaya tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat. Contohnya, disko dan tempat perjudian yang dibuka di kampung Melayu adalah bertentangan dengan nilai masyarakat Melayu yang beragama Islam. Idea ini tidak sesuai dijalankan walupun ia sah dari segi undang-undang.

Keusahawanan 4/18

Page 5: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 5

AKTIVITI 5a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.a.1 Anda perlu memilih perniagaan yang dicadangkan berdasarkan keserasian idea perniagaan dengan diri anda. Anda perlu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’.

JENIS PERNIAGAAN

PENGALAMAN PENGETAHUAN KEMAHIRANKEMAMPUANMODALRM_________

MINAT JUMLAH KELEBIHAN

YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK

A)

B)

C)

Keusahawanan 5/18

Page 6: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 6

MAKLUM BALAS 5a

5.a.1 Latihan yang mudah ini bertujuan untuk membantu anda menentukan perniagaan yang akan anda ceburi. Sekiranya jawapan anda lebih banyak ‘tidak’ maka anda perlulah menimbang semula idea perniagaan anda dan jika anda menjawab lebih banyak ‘ya’, anda boleh meneruskan kajian tentang perniagaan anda.

Keusahawanan 6/18

Page 7: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 7

5.2. Menilai daya Kemungkinan idea di peringkat di peringkat awal: aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.

Selepas penilaian idea bersesuaian dengan diri, maka perlulah anda melihat dari sudut lain pula. Sudut yang perlu dibincangkan kali ini ialah dari aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.

5.2.1 Undang-undang

Idea-idea yang dicadangkan perlulah sah di sisi undang-undang. Adakalanya sesebuah perniagaan itu dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi, tetapi ianya tidak sah di sisi undang-undang. Contohnya dalam penjualan CD cetak rompak. Walaupun perniagaan ini boleh mengaut untung dengan cepat dan banyak tetapi ianya salah di sisi undang-undang. Pemilik kedai sentiasa tidak tenang semasa membuka perniagaan tersebut kerana khuatir Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri akan datang ke kedai mereka dan merampas aset-aset syarikat tersebut. Sekiranya rampasan dilakukan, pemilik akan mengalami kerugian maka perniagaan terpaksa ditutup. Bukan itu sahaja, pemilik kedai akan didenda dan dikenakan hukuman. Implikasi dari perniagaan yang tidak sah ini ialah ianya tidak dapat didaftarkan dan seterusnya tidak

layak memohon bantuan kewangan dari mana-mana

institusi kewangan. Perniagaan yang begini sememangnya tidak ada jalan

penyelesaian. Oleh itu anda perlu memastikan perniagaan anda sah disisi undang-undang sekiranya ingin melihat kejayaan.

5.2.2 Pesaing

Faktor pesaing perlulah difikirkan juga oleh usahawan dalam menentukan jenis perniagaan yang hendak diceburi.

Sekiranya anda memilih idea perniagaan yang masih belum dimonopolikan oleh orang lain, ini akan menyebabkan perniagaan boleh dikawal dan dimajukan oleh pengusaha. Contohnya sistem televisyen

Keusahawanan 7/18

INPUT

Page 8: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 8

seperti Astro adalah perniagaan permonopolian yang mana tiada peniaga lain boleh membuat perniagaan begini sewenang-wenangnya sebelum mendapat kelulusan. Selain dari sistem televisyen, sistem pengangkutan seperti LRT, komuter dan lain-lain dimonopolikan oleh syarikat-syarikat yang besar.

Jika anda memilih untuk membuka perniagaan yang berdaya saing, anda perlulah membuat kajian yang lebih lagi, dengan mencari kelebihan perniagaan yang anda boleh berikan supaya anda dapat bersaing di pasaran bebas.

5.2.3 Risiko Usaha yang seterusnya adalah untuk mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dengan mengambil kira peratusan kejayaan dan kegagalan

daripada kajian–kajian terperinci yang dilakukan.

Berdasarkan kepada kajian ini, usahawan boleh mempertimbangkan atau

membuat keputusan samada untuk meneruskan perniagaan tersebut atau sebaliknya. Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan biasanya berdasarkan kepada beberapa faktor utama di antaranya adalah:

Susah atau senang untuk memasuki sesuatu bidang perniagaan

Besar atau kecil modal yang akan dilaburkan

Banyak atau sidikit kadar keuntungan yang akan diperolehi

Mampukah melakukanya dengan sumber tenaga yang ada

Adakah produk ini berpotensi untuk menembusi pasaran

Pada amnya terdapat dua jenis risiko yang besar dan perlu diberikan perhatian sebelum dan semasa menjalankan perniagaan.

a) Risiko perniagaan

Risiko yang boleh dipindahkan kepada pihak lain seperti pihak insurans. Contohnya kerugian akibat daripada kebakaran dan kecederaan pekerja.

Keusahawanan 8/18

Page 9: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 9

Risiko yang boleh dikawal oleh usahawan tetapi tidak 100% seperti kualiti barang dan kerosakan jentera.

Risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan seperti kemelesetan ekonomi, bencana alam dan kejatuhan nilai matawang.

b) Risiko kewangan

Tahap kecairan wang tunai. Jika tahap kecairan wang tunai tinggi, ini bermakna peluang untuk membuat keuntungan adalah rendah. Sebaliknya, perniagaan akan menghadapi masalah dalam pembayaran hutang jangka pendek jika tahap kecairan wang tunai rendah.

Pinjaman. Kadangkala pinjaman adalah perlu untuk meningkatkan saiz perniagaan dengan cepat. Jika usahawan ingin membuat pinjaman maka ia perlu sanggup dan mampu untuk membayar hutang beserta faedahnya sekali.

Kredit. Sekiranya pelanggan atau penghutang tidak membayar kredit yang telah diberikan maka ia merupakan satu belanja hutang lapuk kepada perniagaan. Oleh itu berhati-hati dalam memberikan hutang.

Tukaran wang asing . Risikonya tinggi kerana nilai mata wang tidak tetap dan boleh berubah-ubah pada bila-bila masa. Risiko ini akan dihadapi lebih-lebih lagi kepada usahawan yang menjalankan perniagaan import dan eksport.

Keusahawanan 9/18

Page 10: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 10

5.2.4 Keperluan Modal

Dalam usaha mencari modal untuk melancarkan sesebuah perniagaan, seseorang usahawan akan menghadapi banyak masalah sepertimana pemilik-pemilik kedai kecil. Modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu urusniaga merupakan modal yang berisiko tinggi kerana para pelabur dalam urusniaga tidak pasti keadaan yang akan dihadapi. Banyak urusniaga gagal kerana menghadapi masalah kekurangan modal. Pelabur mungkin akan mengalami kerugian atau kehilangan modal jika perniagaan ini mengalami kegagalan. Tetapi sekiranya perniagaan ini berjaya, mereka akan menerima ganjaran yang besar.

Terdapat tiga jenis modal asal yang diperlukan dalam urusniaga iaitu modal tetap, modal kerja, dan modal tumbuh.

a) Modal tetap

Modal tetap ialah modal yang digunakan untuk membeli aset-aset tetap. Aset ini digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan. Misalnya bangunan, tanah, peralatan yang tidak ditukarkan ke dalam wang tunai pada operasi perniagaan biasa.

b) Modal kerja

Modal kerja merupakan tabung sementara urusniaga. Ia adalah modal yang akan digunakan untuk menbiayai operasi normal jangka pendek. Modal kerja biasanya digunakan untuk membeli inventori, membayar bil-bil dan juga digunakan semasa kecemasan.

c) Modal tumbuhan

Modal tumbuhan adalah berbeza dari modal kerja. Ia tidak berkaitan dengan keadaan turun naik urusniaga. Modal ini diperlukan apabila sesuatu urusniaga yang berkembang atau mengubah arah tujunya

Keusahawanan 10/18

Page 11: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 11

AKTIVITI 5b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.b.1 Menilai ciri-ciri keusahawan pada diri anda

Perwatakan anda

Soalan Ya Tidak

1) Adakah anda suka menjadi ketua? ____ ____2) Adakah anda membuat keputusan sendiri? ____ ____3) Adakah anda suka kepada persaingan? ____ ____

4) Adakah anda mempunyai kekuatan untuk mengurus kerja ____ ____dengan sendiri dan berdisiplin? ____ ____

5) Adakah anda seorang perancang yang baik? ____ ____6) Adakah anda mempunyai hubungan komunikasi yang baik

dengan semua orang? ____ ____

Keadaan diri anda

Soalan

7) Adakah anda sanggup berkerja 10-15 jam sehari? ____ ____8) Adakah anda sanggup meninggalkan perkerjaan anda yang lebih terjamin? ____ ____9) Adakah keluarga anda memberi sokongan yang

padu kepada anda? ____ ____10) Adakah anda bersedia untuk menanggung kerugian? ____ ____

Keusahawanan 11/18

Page 12: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 12

Kemahiran dan pengalaman

Soalan

11) Adakah anda mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan perniagaan tersebut? ____ ____

12) Adakah anda boleh menilai keupayaan dan kemahiran pekerja-pekerja anda? ____ ____

13) Adakah anda mempunyai pengalaman sebagai seorang pengurus atau penyelia? ____ ____

14) Adakah anda pernah berkerja dalam bidang yang sama dengan perniagan yang bakal anda buka?

15) Adakah anda pernah memasuki mana-mana sekolahpengurusan perniagaan? ____ ____

16) Bolehkah anda menangguhkan cadangan membuka perniagaan sehingga anda mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang cukup ? ____ ____

Kajian Anda

Soalan

17) Adakah perniagaan anda sah di sisi undang-undang? ____ ____18) Adakah masyarakat di sekitar perniagaan anda bersetuju dengan pembukaan perniagaan anda? ____ ____19) Sanggupkah anda mengalami kerugian? ____ ____20) Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi? ____ ____21) Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi,

Ada atau tidak pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur dalam perniagaan anda? ____ ____

22) Sudahkah pelabur-pelabur dalam perniagaan anda mengetahui risiko yang akan ditanggung oleh mereka? ____ ____

5b.2 Kemukakan idea perniagaan anda di dalam kelas dan bincangkan idea anda

bersama-sama rakan yang memilih bidang perniagaan yang sama. Anda diminta merujuk kepada kaedah-kaedah yang telah dipelajari dalam bab ini. Antara perkara-perkara yang perlu dilihat adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan modal, dan minat. Selain dari itu anda juga diminta menilai penerimaan masyarakat dan daya kemungkinan idea di peringkat awal dari aspek undang-undang, pesaingan, keperluan modal dan risiko.

Keusahawanan 12/18

Page 13: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 13

Keusahawanan 13/18

Page 14: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 14

MAKLUM BALAS 5b

5b.1 Sekiranya jawapan ‘ya’anda melebihi dari 12 soalan, anda seharusnya meneruskan kajian anda terhadap perniagaan yang telah dipilih. Sekiranya jawapan ‘tidak’ anda melebihi dari separuh anda mungkin perlu memikirkan semula idea tersebut. Walau bagaimanapun pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran boleh diperolehi dari masa ke semasa. Penilaian ini hanyalah sebagai panduan dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan.

Keusahawanan 14/18

Page 15: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 15

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.

Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak

jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada

masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYAKajian Kes

Sofiah sukakan kerjanya di sebuah kolej tempatan, tetapi ia menghadapi dua masalah. Pertama, memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran adalah sesuatu yang menarik tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi. Kedua ia berkerja dengan Irfan, seorang usahawan yang berjaya di mana boleh melakukan dua kerja serentak dengan jayanya

Suatu hari ketika membaca suratkhabar, Sofiah tertarik dengan satu iklan berkenaan perniagaan francais berkaitan dengan mendidik kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun untuk mengeja dan menulis dengan menggunakan komputer. Iklan itu menyatakan ia hanya perlu

membawa sebuah komputer ke tadika atau pusat jagaan kanan-kanak sebagai alat bantuan mengajar. Sistem ini memerlukan beliau mencari ibubapa yang berminat menghantar anak mereka untuk

belajar selama 30 minit dua kali seminggu. Sofiah percaya sistem ini dapat membantu anaknya Karina untuk belajar. Oleh itu ia menghubungi syarikat berkenaan.

Dalam beberapa hari, Sofiah menerima jawapan daripada syarikat. Semakin dibaca semakin menarik. Beliau cuba mententeramkan diri supaya ia dapat berfikir secara rasional. Sebagai pelaburan awal ia memerlukan RM12 000 dan beliau mempunyai jumlah mencukupi. Sekiranya dipersetujui, Sofiah akan diberi maklumat tambahan untuk mengendalikan perniagaan.

Selepas beberapa perbincangan, Sofiah diberi dua kawasan yang strategik untuk menjalankan perniagaannya. Ia juga akan menerima bahan mengajar dan maklumat mengenai cara pengajaran. Beliau diberikan latihan mengenai untuk cara mengajar, bagaimana untuk menarik ibubapa menerima program ini. Oleh kerana Sofiah memerlukan modal tambahan, ia bercadang meminjam daripada syarikat francais tersebut. Walau bagaimanapun bapa saudaranya, bersetuju untuk meminjamkan RM25 000 dengan 9 % faedah dan perlu dibayar dalam masa lima tahun.

Keusahawanan 15/18

Page 16: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 16

Soalan:

1. Adakah Sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan? Apakah alasan anda?

2. Bagaimanakah cara untuk menasihati Sofiah berkenaan dengan peluang perniagaan ini?

3. Adakah anda fikir ia akan berjaya?

Keusahawanan 16/18

Page 17: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 17

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah cuba menjawab soalan penilaian kendiri ?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

1. Ya. Sofiah seorang yang berpandangan jauh, mempunyai keyakinan diri, rajin, berani mengambil risiko, bertanggungjawab dan suka besaing.

2 Anda boleh menasihati Sofiah untuk membuat penilaian kendiri dengan merujuk kepada: pengalaman, pengetahuan kemahiran, kemampuan modal dan minat yang ia ada. Anda boleh juga menerangkan tapisan awal seperti merujuk kepada faktor perundangan, pesaing, keperluan modal dan risiko yang akan dihadapi olehnya.

3. Memandangkan kepada sifat-sifat yang telah ditunjukkan oleh Sofiah, saya berkeyakinan penuh beliau boleh menjadi seorang usahawan

Keusahawanan 17/18

Page 18: Pemilihan Idea & Peluang Perniagaan 2

P 3117 / Unit 5 / 18

TAHNIAH !

Anda telah tamat mempelajari Unit 5. Sekarang anda boleh pergi ke unit 6 pula.

Keusahawanan 18/18

FAKTA PENTING :-

Idea perniagaan perlu sesuai dengan diri dan nilai masyarakatUsahawan perlu menilai idea dari aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.