10 idea keibubapaan cemerlang 2

16
1 Petua 0 1 Petua 0 1 Petua 0 keibubapaan cemerlang Monday, April 15, 13

Upload: sabrina-shamsudin

Post on 09-Sep-2015

275 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

10 Idea Keibubapaan Cemerlang 2

TRANSCRIPT

  • 1 Petua01 Petua01 Petua0 keibubapaan cemerlangMonday, April 15, 13

  • Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian buku ini kecuali dengan menyebut ianya adalah daripada FAMILYGURU.

    Perlu dinyatakan di sini bahawa penyebaran buku ini adalah diizinkan. Namun penjualannya dengan apa cara sekali pun adalah TIDAK dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada pihak FAMILYGURU.

    Hak Cipta Terpelihara 2011

    Monday, April 15, 13

  • Salam Sejahtera,

    Jika buku ini di tangan anda ia bermaksud samada anda telah

    menjadi ahli Family Guru ini atau kerana sesaorang yang menyayangi

    dan menghormati anda mahu berkongsi sesuatu yang baik dengan

    anda. Jika ia adalah yang pertama, saya ucapkan TAHNIAH dan

    TERIMA KASIH kerana menyertai FAMILY GURU. Bersamalah kita

    memenafaatkan masa kita bersama dan mencapai matlamat kita di

    sini dimana salah satunya untuk menjadi sebuah keluarga yang

    bahagia di sini..

    Jika ia adalah yang kedua, maka saya ingin menjemput anda ke page

    FAMILY GURU di Facebook. Lawat kami di sana dan sekiranya

    bersesuaian dengan anda sertailah KELUARGA BAHAGIA ini.

    Kemudian bersama kita saling bantu-membantu dalam meningkatkan

    kualiti hidup berkeluarga kita serta mengindahkan kehidupan kita di

    dunia ini.Terima kasih serta Salam Kasih,

    ! Rozieta Shaary

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Monday, April 15, 13

  • Memetik kata-kata keramat Dr. R. Buckminster Fuller ;

    Anda mungkin tidak akan tahu tujuan ciptaan anda, tetapi anda mungkin

    telah menganggap anda telah memenuhi matlamat anda sekiranya anda

    sanggup menjadikan segala pengalaman anda sebagai manfaat terulung untuk

    semua.

    Sesungguhnya, saya berkepercayaan bahawa setiap manusia dilahirkan ke

    dunia ini mempunyai tujuan ciptaan untuk dipenuhi. Hanya kita sendiri dan

    bukan orang lain yang boleh memenuhi matlamat ini. Setiap kita bertujuan

    untuk memenuhi tujuan ciptaan yang berbeza dengan yang lain. Di samping

    perbezaan itu, kita bergerak ke arah satu destinasi yang sama, iaitu untuk

    memberikan khidmat kepada manusia sejagat dan kepada Maha Pencipta.

    Kelahiran buku kecil ini adalah untuk membantu dan memberi semangat

    kepada para ibu bapa yang mahukan kecemerlangan di dalam diri anak-anak

    mereka terserlah.

    Doa saya, agar buku kecil ini akan membantu ibu bapa berhati mulia ini

    mencapai cita-cita mulia ini.

    Salam Kasih, ! Rozieta Shaary

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Monday, April 15, 13

  • Menghadkan apa yang boleh dicapai adalah

    penyakit paling serius yang menyakitkan secara

    mental, fizikal serta emosional sesiapa sahaja

    termasuk anak anda. Hapuskan penyakit ini dan

    gantikan dengan kepercayaan positif yang

    dengannya potensi sebenar anak anda boleh

    dikeluarkan.

    Petua 1 ~ Mengeluarkan potensi sebenar anak-anak anda

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Monday, April 15, 13

  • Perkataan atau kata-kata adalah sangat berkuasa.

    walaupun begitu kuasa dan kesan tidaklah sehebat

    perkataan yang tidak dilafazkan. Iaitu apa yang anda

    sampaikan melalui tindakan, gaya, tingkah laku,

    mimik muka, aura malah pemikiran anda. Anak-anak

    boleh merasakan perasaan serta apa yang anda fikir

    begitu juga dengan tanggapan anda terhadap diri

    mereka. Tanggapan anda terhadap mereka amat

    penting kerana ia boleh membantu atau mematahkan

    semangat anak anda.

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Petua 2 ~ Bersangka Baik Dengan Anak-Anak

    Monday, April 15, 13

  • Didik anak anda untuk memfokus kepada kelebihan

    yang ada pada mereka. Beri mereka memahami dan

    menyedari bahawa mereka amat penting serta

    istimewa. Yakinkan mereka bahawa membawa

    perbezaan ke dalam kehidupan anda.

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Petua 3 ~ Menggalakkan dan Menghargai Kejayaan

    Monday, April 15, 13

  • Pupuk di dalam diri anak anda semangat untuk

    menjadi seorang yang berpencapaian tinggi. Seorang

    yang berpencapaian tinggi adalah mereka yang

    berjuang untuk melakukan dan memberi sesuatu yang

    terbaik dan dalam pada masa yang sama tidak

    melemahkan semangat orang lain.

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Petua 4 ~ Berusaha Ke arahberpencapaian tinggi

    Monday, April 15, 13

  • Minda boleh diprogramkan. Oleh itu guna perkataan

    positif dan elakkan daripada menggunakan perkataan

    negatif. Perkataan positif mempunyai kuasa secara

    semulajadi dan megulangnya secara kerap akan

    meningkatkan kuasa tersebut.

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Petua 5 ~ Berhemah Dalam Berkata-kata

    Monday, April 15, 13

  • Bila mahu mengajar anak halang diri anda daripada

    menggunakan kekerasan. Berusahalah untuk melihat

    dari kacamata anak anda dan memahami kesukaran

    yang dirasainya. Ini akan membantu mewujudkan

    minat untuk belajar yearn to learn dalam diri anak

    anda. Seperti yang dikatakan oleh Glenn Doman,

    Bayi dilahirkan dengan keinginan

    besar untuk belajar dan bagi mereka,

    belajar adalah sesuatu yang sangat

    membahagiakan mereka!

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Petua 6 ~ Cipta persekitaran yangmenggalakkan cinta ilmu

    Monday, April 15, 13

  • Untuk memperkasakan anak anda, anda perlu

    memberi mereka kebenaran untuk mereka

    membuat keputusan sendiri tidak kira bagaimana

    entengnya perkara itu. Apabila keputusan itu

    memberi kesan kepada kejayaannya walaupun

    bagaimana tidak penting keputusan itu, ia akan

    menguatkan keyakinan diri anak-anak anda dan

    membina hormat diri yang tinggi daripada perasaan

    berjaya itu.

    10 Petuakeibubapaan cemerlangPetua 7 ~ Menghormati pilihan Anak &

    Mendidik Mereka Bertanggungjawab Terhadap Pilihan Mereka

    Monday, April 15, 13

  • Untuk memperkasakan kita, kita perlu berubah

    dahulu. Kita perlu mendahului untuk diikuti oleh

    anak-anak kita. Apabila sesuatu perkara itu tidak

    berjalan seperti apa yang kita harapkan, kita perlu

    bertanya kepada diri kita sendiri apa perubahan

    yang perlu kita buat, supaya perubahan positif ini

    dapat memberi kesan kepada orang lain di

    sekeliling kita.

    10 Petuakeibubapaan cemerlangPetua 8 ~ Senantiasa Memperbaiki Diri -

    Untuk sesuatu itu berubah, saya mesti berubah dahulu

    Monday, April 15, 13

  • Apabila anda ingin memperbetulkan kesalahan

    anak anda, buatnya dengan tidak menidakkan

    usaha mereka. Kawal emosi anda. Bila teguran

    dilakukan dengan baik, anak anda akhirnya akan

    rasa lebih disayangi dan selamat berbanding

    sebelumnya.

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Petua 9 ~ membina Semangat -Memperbetulkan kesalahan dengan

    tidak menidakkan usaha yang dilakukan

    Monday, April 15, 13

  • Jadilah ibu-bapa yang penyayang namun tegas

    dengan mempunyai peraturan yang jelas dan

    mudah difahami. Anda sendiri perlu mengikuti

    peraturan itu. Sayangilah anak anda dan tunjukkan

    kepadanya dengan cara yang baik dan jelas.

    10 Petuakeibubapaan cemerlang

    Petua 10 ~ Memberi Kasih-sayang tanpa syaratDan Tidak Berputus Asa.

    Monday, April 15, 13

  • Dr. Rozieta Shaary seorang yang berpengalaman luas di dalam

    bidang Pembangunan Modal Insan. Beliau bukan sahaja seorang

    jurulatih yang dinamik dan berdaya tinggi, berpengalaman serta

    mempunyai ilmu yang luas terutamanya mengenai pembangunan

    modal insan. Beliau sering muncul di ruangan temubual di media

    cetak di dalam beberapa surat khabar dan majalah utama. Beliau

    juga sering muncul di media elektronik seperti radio dan televisyen,

    RTM1, RTM2, TV3 dan ASTRO. Pendekatan unik beliau serta mesej

    yang dikongsikan membolehkan beliau memberi impak yang besar

    kepada golongan korporat, ibubapa, para pelajar dan juga pelbagai

    golongan yang lain, baik di dalam kursus, seminar mahupun

    penulisan beliau. FAMILYGURU ini berpegang dengan prinsip

    bahawa Kasih adalah Pendorong Terkuat dan ini menjadi pendorong

    utama beliau mengajak setiap insan untuk mengatakan Saya

    Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini.

    Mengenai Penulis

    Monday, April 15, 13

  • Semoga Berjaya, Salam Kasih,

    Dr. Rozieta ShaaryMonday, April 15, 13