pemilihan tumbuhan hiasan

18
1 | Muka 1. Pemilihan Pokok Hiasan Untuk terus menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani contohnya keindahan, kedamaian, ketenangan untuk mendorong manusia terus ceria, produktif dan ceria. Lantaran itulah, mengapa tumbuhan hiasan diperlukan untuk menghiasi serta menyerikan halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli belah, ruang legar hotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan. Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi sesuatu kawasan. Tanaman hiasan ini di tanam samada di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah. Tanaman hiasan biasanya bersifat menarik dari segi bunga, daun ataupun bentuk pokoknya. Pada asasnya pemilihan pokok hiasan adalah berdasarkan kepada kegunaannya iaitu: Tumbuhan Dalam bangunan Tumbuhan Luar Bangunan 1.1 Tumbuhan Dalam Bangunan Pokok-pokok yang sesuai untuk hiasan dalaman rumah/bangunan mempunyai ketahanan untuk hidup dalam keadaan kurang mendapat cahaya matahari(keamatan cahaya yang rendah)dan sesuai hidup di persekitaran tertutup. Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran bangunan adalah terhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar. Tumbuhan kumpulan ini biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga stawar, tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bogsai atau mempunyai daun berwarna-warni seperti bunga ati- ati. Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya di tanam dalam pasu, bersaiz kecil serta sederhana. Pemilihan tumbuhan ini dalah berdasarkan kepada ciri berikut: Pemilihan adalah dibuat berdasarkan keamatan cahaya Kebiasaannya mengunakan pokok hiasan berdaun Pokok digunakan mestilah telah besar/ pada saiz yang sesuai Penjagaan yang sempurna perlu bagi mengekalkan rupabentuk daun yang menarik

Upload: glechoh

Post on 02-Jul-2015

1.124 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: pemilihan tumbuhan hiasan

1 | M u k a

1. Pemilihan Pokok Hiasan

Untuk terus menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani

contohnya keindahan, kedamaian, ketenangan untuk mendorong manusia terus ceria, produktif

dan ceria. Lantaran itulah, mengapa tumbuhan hiasan diperlukan untuk menghiasi serta

menyerikan halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli belah, ruang legar

hotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan.

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi

sesuatu kawasan. Tanaman hiasan ini di tanam samada di dalam bekas seperti pasu, atau di

tanam terus di atas tanah. Tanaman hiasan biasanya bersifat menarik dari segi bunga, daun

ataupun bentuk pokoknya.

Pada asasnya pemilihan pokok hiasan adalah berdasarkan kepada kegunaannya iaitu:

Tumbuhan Dalam bangunan

Tumbuhan Luar Bangunan

1.1 Tumbuhan Dalam Bangunan

Pokok-pokok yang sesuai untuk hiasan dalaman rumah/bangunan mempunyai ketahanan untuk

hidup dalam keadaan kurang mendapat cahaya matahari(keamatan cahaya yang rendah)dan sesuai

hidup di persekitaran tertutup. Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran

bangunan adalah terhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar.

Tumbuhan kumpulan ini biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga stawar,

tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bogsai atau mempunyai daun berwarna-warni seperti bunga ati-

ati. Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya di tanam dalam pasu, bersaiz kecil serta sederhana.

Pemilihan tumbuhan ini dalah berdasarkan kepada ciri berikut:

Pemilihan adalah dibuat berdasarkan keamatan cahaya

Kebiasaannya mengunakan pokok hiasan berdaun

Pokok digunakan mestilah telah besar/ pada saiz yang sesuai

Penjagaan yang sempurna perlu bagi mengekalkan rupabentuk daun yang menarik

Page 2: pemilihan tumbuhan hiasan

2 | M u k a

Penekanan penggunaan tertumpu pada daun dan bukan pada bunga.

Contoh tumbuhan dalam bangunan

Nama Tempatan: Setawar Nama Saintifik : Kalanchoe pinnata Famili : Crassulaceac

Nama Tempatan: Aglaonema Nama Saintifik : Aglaonema Commutatum Famili : Araceae

Nama Tempatan: Ati-ati Nama Saintifik : Coleus Blumei

Benth Famili : Labiatae

Nama Tempatan: Resam Batu Nama Saintifik : Begonia sempervirens Famili : Begoniaceae

Page 3: pemilihan tumbuhan hiasan

3 | M u k a

1.2 Tumbuhan Luar Bangunan

Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jika

dibandingkan dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan. Tumbuhan ini terdiri dari

pelbagai jenis antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok besar. Pemilihan tanaman

ini untuk ditanam biasanya bergantung kepada ciri tanaman itu sendiri seperti keperluan

pertumbuhan, bentuk, warna, tanaman, dan tekstur tanaman tersebut. Walau bagaimanapun,

pilihlah tanaman yang senang ditanam, tahan penyakit dan mudah pula penjagaannya.

Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan ini mempunyai nilai keindahan (estetik) tersendiri

dari segi rupa bentuk, warna dan tabiat pertumbuhan. Antara jenis tumbuhan hiasan dalam

kumpulan ini yang biasanya ditanam termasuklah;

Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi

Tumbuhan Hiasan Renek

Tumbuhan Memanjat

Tumbuhan Piggiran Jalan dan Pembahagi Jalan

1.2.1 Tumbuhan hiasan penutup bumi

Pokok tutup bumi berfungsi untuk menghalang pertumbuhan rumpai dan mengelakkan

hakisan. Biasanya tumbuhan ini ditanam bersama-sama dengan pokok renek bagi menghasilkan

bentuk kawasan yang menarik. Tumbuhan ini berketinggian antara 15cm hingga 30 cm, terdiri

dari yang menjalar, berbunga atau tidak berbunga. Contoh tumbuhan tutup bumi ialah kekacang

pinto ( arachias pintoi ), wedelia/serunai laut (wedelia trilobata), kemunting cina (catharanthus

roseus alba) dan ros jepun(portulaca grandiflora).

Wedelia (wedelia trilobata)

Kemunting Cina (catharanthus roseus alba)

Page 4: pemilihan tumbuhan hiasan

4 | M u k a

1.2.2 Tumbuhan hiasan renek

Pokok renek mempunyai batang yang banyak yang keluar dari batang pokok dan mencapai ketinggian kurang dari 5 meter. Tumbuhan ini dapat ditanam sendirian ataupun digabungkan dengan tanaman lain. Tumbuhan ini berfungsi sebagai tanaman tumpuan, bingkai rumah dan spesimen, disamping dijadikan tanaman pagaran dan bertindak sebagai latar belakang pokok lain.

Terdapat tiga jenis pokok renek iaitu:

i) Pokok renek berdaun

Pokok jenis ini biasanya tidak mepunyai bunga tetapi mempunyai dauin yang menarik dan berwarna-warni. Contohnya ialah pokok puding(codiaeum variegatum), dan pokok akalipa(Acalypha wilkesenia var. macrophylla)

ii) Pokok renek berbunga

Tumbuhan ini mempunyai bunga yang menarik dan berbau harum. Ditanam secara tunggal dan berkelompok. Contohnya ialah pokok siantan/jenjarum(ixora javanica), dan pokok bunga raya (hibiscus rosa sinensis)

iii) Pokok renek pagaran

Tumbuhan ini mengeluarkan daun dari pangkalnya dan ditanam secara rapat-rapat dalam barisan. Berfungsi untuk menandakan kawasan atau memisahkan kawasan. Contoh tumbuhan ini ialah pokok daun teh(Ehrietia microphyla) dan pokok Eugenia(Syzygium campanulatum).

Kekacang pinto (Arachias pintoi)

Ros Jepun (Portulaca grandiflora)

Page 5: pemilihan tumbuhan hiasan

5 | M u k a

1.2.3 Tumbuhan Memanjat

Tumbuhan ini biasanya mempunyai organ khas seperti tendril yang berfungsi untuk

memanjat atau membelit sokongan. Sangat sesuai bagi pergola untuk hiasan dan member

teduhan. Tumbuhan ini boleh ditanam secara berkelompok untuk menimbulkan kesan visual

yang padat dan bertumpu. Contohnya ialah pokok kembang pagi(Gloriosa superb), Akar

dani(Quisqualis indica) dan Tapak kuda(Bauhinia kockiana)

Pokok Puding (Codiaeum variegatum)

Pokok Akalipa (Acalypha wilkesiana)

Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea sp.)

Pokok Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis)

Pokok Daun Teh (Ehrietia microphyla)

Pokok Bunga Corong (Allamanda catartica)

Pokok Kembang Pagi (Gloriosa superba) Pokok Tapak kuda

(Bauhinia kockiana) Pokok Akar dani

(Quisqualis indica)

Page 6: pemilihan tumbuhan hiasan

6 | M u k a

1.2.4 Tumbuhan Pinggiran Jalan dan Pembahagi Jalan

Tumbuhan-tumbuhan yang biasa ditanam di pinggiran jalan atau pembahagi jalan adalah

terdiri daripada pokok-pokok besar yang boleh memberi teduhan dan akar-akarnya tidak

merosakkan jalan, serta daun-daunnya atau bunganya tidak mengotorkan jalan. Pokoknya

tumbuh merendang dan mempunyai kanopi yang padat dan lebih dikenali sebagai pokok

naungan.Contohnya pokok pukul lima(Samanea saman), pokok ketapang(Termanalia Catappa)

dan semarak api(Delonix regia).

Pokok-pokok jenis palma juga banyak ditanam di pinggiran jalan dan juga sebagai pembahagi

jalan. Pokok palma sesuai dijadikan tanaman pembahagi jalan kerana pokoknya tegak dan tidak

bercabang. Contoh pokok palma ialah pinang raja(Cryrtostacchys renda),pokok serdang/Chinese

fan palm(Livistona chinensis) dan pokok Cycas Jepun(Cycas revolute)

Pokok Pukul Lima (Samanea saman)

Pokok Ketapang (Termanalia Catappa)

Pokok Serdang (Livistona chinensis)

Pokok Cycas Jepun (Cycas revolute)

Pokok Semarak api (Delonix regia)

Pokok Pinang Raja (Cryrtostacchys renda)

Page 7: pemilihan tumbuhan hiasan

7 | M u k a

2. Cara-cara penjagaan tanaman hiasan.

Ramai yang mahu memiliki laman yang cantik, baik dalam bangunan mahupun luar.

Namun kebanyakannya tidak mahu mempelajari dan memperaktikkan teknik yang betul untuk

menjaga tanaman hiasan mereka menyebabkan pokok mati dan lanskap idaman hanya bertahan

sebulan dua sahaja. Terdapat beberapa cara penjagaan tanaman hiasan yang perlu dititikberatkan

untuk mengekalkan agar tanaman hiasan menampilkan penampilan segar, cantik dan menarik.

Penjagaan tumbuhan hiasan melibatkan penyiraman, sungkupan, pembajaan, pemangkasan dan

perlindungan tanaman.

2.1 Penyiraman

Penyiraman adalah membekalkan air pada tumbuhan. Air yang mencukupi merupakan faktor penting bagi menentukan tumbuhan yang ditanam hidup subur. Pelbagai kaedah penyiraman yang digunakan untuk menyiram pokok. Antaranya adalah mengunakan:

1. Hos Getah 2. Tong Penyiram 3. Penyiraman titisan 4. Penyiraman pancutan 5. Penyiraman kabus

PENJAGAAN TUMBUHAN HIASAN

Penyiraman

Perlindungan

Pembajaan Pemangkasan

Sungkupan

Page 8: pemilihan tumbuhan hiasan

8 | M u k a

Petunjuk yang bagus untuk menentukan samada penyiraman diperlukan atau tidak adalah tanaman itu sendiri. Apabila daun kelihatan mula layu atau warna hijaunya semakin pudar itu tandanya perlukan siraman.

Disamping itu, panduan lain penyiraman ialah dengan merasa bahagian atas tanah. Menyiram diperlukan apabila lapisan atas tanah (sehingga 2.5 cm) didapati kering.

Menyiram yang cukup menentukan akar tumbuhan mengarah kebawah dan bukan dipermukaan sahaja. Penyiraman yang berlebihan akan menyebabkan:

i) Tumbuhan akan menjadi bantut ii) Akar tumbuhan mereput iii) Pertumbuhan lumut di sekeliling tumbuhan iv) Serangan penyakit

Manakala penyiraman yang berkurangan pula akan menyebabkan:

i) Tumbuhan tidak berdiri tegak (batang tumbuhan disokong oleh air) ii) Tumbuhan kelihatan layu iii) Tumbuhan kering dan mati

Gunakan bekas penyiram atau hos yang mempunyai muncung yang berlubang halus

Jika menggunakan hos getah, pastikan hos getah itu berfaucet supaya aliran airnya sekata

Halakan muncung penyiram pada pasu bukan pada sekitaran

Ciri-ciri Penyiraman Yang Baik

Masa Dilakukan pada waktu pagi dan lewat petang (waktu pagi sebelum pukul 11.00 pagi, waktu petang ialah antara jam 3.00 petang hingga 7.00 malam)

Bekas Pokok -pasu tanah liat berisi pasir perlu disiram lebih kerap -pasu plastik berisi tanih gembur tidak memerlukan begitu banyak air

Bentuk pokok -daun-daun yang besar memerlukan lebih banyak air -daun-daun yang kecil tidak memerlukan begitu banyak air

Page 9: pemilihan tumbuhan hiasan

9 | M u k a

2.2 Sungkupan

Membuat sungkupan bermaksud menutup permukaan batas/tanah dengan satu lapisan

bahan yang nipis. Sungkupan yang paling bagus adalah yang berasaskan bahan organic,

bertekstur sederhana halus dan tidak memadat. Tebal sungkupan yang sesuai adalah lebih kurang

3cm hingga 15cm diletakkan disekeliling pangkal pokok, luasnya melebihi sedikit dari kawasan

kanopi pokok. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sungkupan ialah:

1. Sabut kelapa

2. Pecahan tempurung kelapa,

3. Serbuk papan

4. Plastik /Politena hitam

5. Hampas sawit

6. Jerami padi

7. Sekam padi

8. Daun-daun kering

9. Batu-batu kecil

Contoh sungkupan pada tumbuhan

Kepentingan Sungkupan

i. Mengelakkan hakisan tanah akibat hujan

lebat atau penyiraman yang berlebihan

ii. Menstabilkan suhu tanah agar akar

terlindung daripada suhu yang ekstrim

iii. Menghalang pertumbuhan rumpai

iv. Bertindak sebagai baja organic apabila

mereput

v. Mengelakkan tanah menjadi sangat padat

kerana air akan meresap kedalam tanah

secara perlahan-lahan

Elakkan sungkupan yang terlalu tebal kerana

ianya akan menggalakkan haiwan perosak dan

penyakit dan menghalang percambahan anak

benih

Page 10: pemilihan tumbuhan hiasan

10 | M u k a

2.3 Pembajaan

Pembajaan adalah proses membekalkan kandungan nutrient yang mencukupi yang

diperlukan oleh tanaman untuk hidup subur. Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan

ialah nitrogen (tumbesaran daun), fosforus (tumbesaran akar) dan kalium (tumbesaran bunga dan

biji/buah). Antara tanda-tanda tumbuhan kekurangan nutrient ialah

i) Daun kelihatan kekuningan (klorosis)

ii) Pertumbuhan tanaman terbantut

iii) Dahan tanaman mudah patah

iv) Tanaman mudah diserang penyakit

v) Bahagian tanaman terbentuk tidak normal

Nutrien tumbuhan dapat ditambah dengan menggunakan baja organik dan baja kimia (inorganik)

Baja Organik Baja Inorganik (Baja Kimia)

a) Didapati daripada reputan saki-baki

haiwan dan tumbuhan

b) Contoh ialah tahi lembu, tahi ayam,

baja kompos dan air kencing

c) Dapat membekalkan nutrient dan

memperbaiki struktur tanah dengan

memperbaiki saliran dan

pengudaraannya

d) Kandungan nutriennya adalah lebih

rendah berbanding dengan baja kimia

a) Didapati daripada sumber bahan kimia.

Oleh itu, ia juga digelar baja sintetik

b) Contoh ialah baja NPK dan urea

c) Mempunyai dua bahagian

Baja Tunggal Baja Sebatian

Mengandungi satu

unsur sahaja

Contoh

Baja Nitrogen (N)

Baja Fosforus (F)

Baja Kalium (K)

Mengandungi tiga

unsur utama dan

sedikit mikro

Contoh

Nitrofoska 15%N

Welgro 15%P

Grosflas 17%K

2%Mg

d) Boleh bertindak dengan lebih cepat

berbanding dengan baja organik

Page 11: pemilihan tumbuhan hiasan

11 | M u k a

Berikut menunjukkan kadar pembajaan tanaman hiasan seperti yang disyorkan oleh

Mustaffa Kamal (2002)

Jenis Tumbuhan Kadar Baja(NPK 15:15:15) Kekerapan Pembajaan Setahun

Pokok besar

1.0 kg/2.5 cm garis pusat

batang, ditambah 0.5 bagi

setiap tahun seterusnya hingga

tahun keenam. Pokok besar

melebihi 6 tahun tidak perlu

dibaja

2 kali

Pokok renek

120 g/tahun

2 kali

Pokok pagaran

250 g/meter linear/tahun

2 kali

Tanaman penutup bumi

40 kg/100meter persegi/tahun

3-4 kali

(Syor Kadar Pembajaan Am Tanaman Hiasan. Sumber: Mustaffa Kamal(2002). Hortikultur

Hiasan dan Landskap, Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka)

Cara Melakukan Pembajaan

i) Tabur gaul

Bagi baja organik digaul dengan tanih. Manakala baja kimia ditaburkan di sekeliling

tumbuhan dan akan larut apabila tumbuhan disiram

ii) Semburan daun

Baja kimia dilarutkan dalam air dan disembur pada permukaan daun. Sembur pada

daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

Daun mempunyai kebolehan untuk menyerap nutrient.

Page 12: pemilihan tumbuhan hiasan

12 | M u k a

iii) Alur

Baja diletakkan di dalam alur kecil yang digali dibawah kanopi disekeliling pokok.

Kemudian alur tadi di kambus semula lalu disiram. Kaedah ini sesuai untuk jenis baja

berbutir atau debu.

iv) Poket

Lubang-lubang kecil digali dibawah kanopi disekeliling pokok dengan jarak kira-kira

45cm-60 cm dengan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm. Baja diletakkan kedalam

lubang tadi akan ditimbus dan disiram. Kaedah ini sesuai untuk baja jenis berbutir,

debu dan kapsul.

v) Suntikan atau tebukan batang

Kaedah ini dilaksanakan dengan lubang ditebuk pada batang dan baja berbentuk

kapsul dimasukkan kedalam lubang tadi. Manakala bagi baja dalam bentuk cecair

boleh disuntik dengan alat khas kedalam batang.

Kesesuaian kaedah ini adalah pada situasi tertentu sahaja seperti berlakunya

kerosakan pada akar pokok yang menghalang pengambilan baja dengan baik.

2.4 Pemangkasan

Satu lagi aspek yang penting untuk menjaga tumbuhan hiasan adalah pemangkasan

pokok. Pemangkasan menyebabkan tekanan kepada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada

tujuan spesifik atau tanpa idea kesannya.

Memangkas adalah memotong bahagian batang, dahan atau ranting untuk menggalakkan

pertumbuhan pucuk-pucuk, cabang, atau dahan selain dapat mengeluarkan bunga serta buah

yang sempurna. Bahagian tanaman hiasan yang mati, rosak, atau berpenyakit perlu dipangkas

juga untuk membolehkan cahaya matahari sampai kesemua bahagian tanaman. Tanaman hiasan

dipangkas untuk beberapa tujuan iaitu:

Membentuk pokok kepada bentuk yang dikehendaki

Membuang dahan yang mati / berpenyakit / dahan yang tidak diperlukan

Merangsang pertumbuhan tunas / bunga / buah

Memberi keseimbangan pada pokok

Page 13: pemilihan tumbuhan hiasan

13 | M u k a

Memperbaiki lingkungan pertumbuhan tanaman (mengatur penerimaan cahaya

matahari, pengudaraan & kelembapan)

Meningkatkan nilai astetik tanaman

Membuang percabangan / dahan yang mengganggu aktiviti manusia

Untuk menjalankan kerja pemangkasan, peralatan khas seperti sekatuer, pisau cakuk, gergaji

atau gunting pokok yang tajam hendaklah digunakan. Pemilihan peralatan yang betul sangat

penting untuk menentukan kerja pemotongan dibuat dengan sempurna. Semasa pemangkasan,

pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari

kulit terserkah.

Terdapat empat jenis pangkasan yang biasa dilakukan iaitu:

Pemangkasan membentuk

Pemangkasan kelaziman/rutin

Pemangkasan pemulihan

Pemangkasan penjarangan

2.4.1 Pemangkasan membentuk

Bertujuan membentuk tumbuhan kepada bentuk yang diingini dengan membuang tunas-

tunas sisi dan dahan yang tertentu yang tidak dikehendaki.

Pangkasan untuk pembentukan (pokok renek)

Page 14: pemilihan tumbuhan hiasan

14 | M u k a

Sebelum dipangkas

Selepas dipangkas

Pangkasan untuk pembentukan pokok pagaran

2.4.2 Pemangkasan Kelaziman/Rutin

Bertujuan untuk mengekalkan sesuatu bentuk tanaman selepas cantasan membentuk dilakukan. Kaedah ini dilaksanakan dengan membuang dahan atau ranting yang patah, mati atau berpenyakit serta tunas air.

2.4.3 Pemangkasan Pemulihan/Memperbaharui

Bermaksud memangkas pokok hingga ke pangkal dahan-dahan utama atau batang utama, 10-20 cm dari permukaan tanah. Bertujuan untuk merangsang pertumbuhan baru yang lebih cergas dan segar.

2.4.4 Pemangkasan Penjarangan

Untuk memperoleh bentuk pokok yang seimbang & cantik. Disamping itu membolhkan peredaran udara & cahaya matahari dapat masuk kesemua bahagian pokok. Juga berperanan mengelakkan musuh & perosak berlindung dan terhindar dari serangan penyakit. Sesuai dilakukan ke atas pokok-pokok landskap yang mengeluarkan dahan utama dengan banyak dan rapat

Bahagian hujung dahan dipotong

Page 15: pemilihan tumbuhan hiasan

15 | M u k a

Kaedah pemangkasan penjarangan

2.5 Perlindungan Tanaman

a) Kawalan Rumpai

Rumpai di taman hiasan landskap boleh dikawal secara mekanikal menggunakan tangan, sungkupan (termasuk penggunaan plastic hitam atau fabric landskap) atau secara kimia menggunakan racun rumpai. Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal rumpai diperingkat awal sebelum percambahan biji benih rumpai. Racun rumpai pasca cambah adalah untuk menghapuskan rumpai yang telah established. Contoh racun rumpai yang biasa digunakan untuk mebunuh rumput-rumpai ialah Gramoxone, Dowpon dan Dalapon.

Pokok yang dikekalkan Pokok yang dipindahkan

Page 16: pemilihan tumbuhan hiasan

16 | M u k a

b) Kawalan Perosak dan Penyakit

Serangan penyakit dan perosak boleh membantutkan tumbesaran pokok dan menyebabkan pokok mati.

Penyakit –penyakit yang menyerang tumbuhan hiasan adalah seperti bintik daun, seludang kering, blast, penyakit merah, beliat bakteria, buku akar dan reput buah. Tanda tumbuhan hiasan diserang penyakit ialah:

Daun bergulung Daun bertompok-tompok dengan warna perang Tanda putih pada pokok

Jenis-jenis serangga perosak yang menyerang tumbuhan hiasan adalah seperti jengkerik, kumbang, ulat bulu, kutu daun, ulanah, siput babi, belalang, kutu terip dan koya. Tanda-tanda tumbuhan hiasan diserang perosak ialah:

Pokok terbantut Tompok-tompok lutsinar pada daun Daun lekit daun menguning dan jatuh Bunga dan daun berkedut Bunga dan daun berlubang

Belalang Hama bintat Kutu daun

Inilah contoh terbaik untuk mebuang rumput(cara mekanikal), selain dapat mengurangkan persaingan merebut makanan air dan udara, dari segi pemandangan kita nampak cantik dan bersih

Page 17: pemilihan tumbuhan hiasan

17 | M u k a

Ulat bulu Kumbang daun

Contoh serangga perosak tumbuhan

Serangan penyakit boleh dikawal dengan menggunakan racun kulat manakala serangan perosak pula boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga dan secara kawalan organic/biologi. Kawalan organik ialah meletakkan serangga lain yang akan makan serangga perosak pada tumbuhan.

Jenis-jenis racun serangga

Jenis Contoh Tujuan Racun serangga

DDT, Gamma BHC, Malathion, Sevin, Thiodan

Membunuh serangga perosak

Racun kulat

Sulfan, Captan, Dithane, Zaneb, Maneb

Mengawal penyakit kulat

Racun rumpai

Gramoxone, Dowpon, Dalapon

Membunuh rumput-rumpai

Umpan beracun

Metadex, Zink Fosfid, Warfarin, Tikumin

Membunuh perosak lain seperti siput babi dan tikus

Selain daripada kawalan menggunakan kaedah meracun dan kawalan biologi. Berfikut adalah antara panduan dan yang boleh diikut dalam mengawal serangga perosak dan penyakit:

Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau penyakit Ikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman Awasi tanaman secara berkala untuk sebarang masalah perosak dan penyakit. Pengesanan

awal dapat menyelamatkan pokok Mencari kaedah diagnosis yang betul berdasarkan simpton seranmgan serangga atau

penyakit yang dilihat pada pokok.

Page 18: pemilihan tumbuhan hiasan

18 | M u k a

Kesimpulan

Tumbuh-tumbuhan yang dikurniakan Ilahi sememangnya amat rapat dengan kehidupan

kita. Tanpa sedar atau tidak, pelbagai jenis pokok menghiasi kehidupan kita sehari-hari. Dengan

pelbagai fungsi semulajadi atau eksploitasi,adalah sememangnya datang dari Yang Maha Esa.

Mereka menyegarkan mata, menguasai perasaan, dan dijadikan untuk kita lebih mengenali dan

menghargai. Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk menghiasi laman dan dalaman

rumah, bangunan komersial dan kawasan awam dapat melahirkan suasana kedamaian. Pokok

hiasan juga memainkan peranan penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana

pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang

mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Ada juga beberapa jenis pokok tertentu yang

dikatakan berupaya menyerap udara toksid.

Apa yang penting kita harus menghargai tumbuhan sekeliling kita. Ini adalah kerana

kemungkinan penghargaan kita itu akan dibalas dengan keindahan ciptaan seninya