pemerhatian 3

2

Click here to load reader

Upload: praba-rajamanickam

Post on 09-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

Page 1: pemerhatian 3

AKTIVITI MENGAWASI KELAS

Aktiviti yang dijalankan pada hari ketiga ialah aktiviti mengawasi kelas. Saya

telah diarahkan oleh Penolong Kanan Korikulum Sekolah, iaitu En. Subramaniam. Saya

telah menganti kelas Tahun 4 yang merangkumi pelajar seramai 30 orang. Disebabkan

minggu itu merupakan minggu peperiksaan bagi seluruh negeri Kedah. Oleh itu,saya

Cuma menganti kelas untuk menjaga peperiksaan yang akan diduduki oleh mereka.

Tempoh masa yang saya mengambil satu waktu ialah selama 1 jam 10 minit.

Disebabkan sekolah itu merupakan sekolah kebangsaan jenis tamil, kertas peperiksaan

yang dijawab oleh mereka pada masa itu ialah bahasa Tamil.

Saya telah mengedarkan kertas peperiksaan sebelum 10 minit kepada pelajar

kelas tersebut. Pada masa yang sama, saya telah mengarahkan mereka untuk

menyemak kertas soalan yang diberi kerana ia akan memudahkan kerja pembetulan

jika terdapat kesilapan dalam kertas tersebut. Mereka mula untuk menjawab soalan

peperiksaan itu pada tepat masanya. Perkara yang menghairankan diri saya semasa

mengawasi kelas tersebut adalah terdapat sesetengah yang kurang dapat memahami

kehendak soalan yang ditanya.

Hal ini demikian kerana kelas yang saya telah awasi merupaka kelas ketiga

daripada lima kelas yang terdapat tahun itu. Pada masa yang sama, mereka kurang

mempunyai pendirian yang teguh untuk mula menjawab soalan. Segelintir daripada

mereka masih berpusing ke belakang dan ke hadapan untuk mendapatkan idea

daripada kawan yang sudah mula menjawab. Perbuatan mereka ini telah amat

membimbangkan saya kerana 10 minit sudahpun habis tetapi mereka masih tidak

menjawab soalan lagi.

Melalui aktiviti ini, saya mendapati bahawa dua kategori pelajar yang berada

dalam lingkungan umur yang sama tidak mempunyai perkembangan kognitif yang

sama. Pernyataan ini bertentangan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget.

Walaubagaimanapun, ada segelintir pelajar yang dapat memahami soalan dan

mengaplikasikan semua teknik dan aedah yang diajar oleh dalam peperiksaan tetapi

ada yang gagal melalukannya.

Page 2: pemerhatian 3

Satu lagi perkara yang menarik perhatian saya apabila terdapat pelajar memberi

kepentingan kepada satu perkara yang kurang penting kepada peperiksaan mereka.

Sebagai contohnya, mereka telah mengutamakan peta minda bagi setiap karangan

yang dikarang sebelum memulakannya kerana ia merupakan peperiksaan penulisan

karangan. Tambahan pula, mereka mewarnakan peta minda lagi. Hal ini menunjukkan

guru kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak murid mereka. Jika

seorang guru itu dapat menekankan perkara yang perlu dilakukan semasa menulis satu

karangan yang bagus. Jika saya menjadi seorang guru, saya tidaka akan memberi

peluang kepada diri sendiri saya untuk mengulang kesilapan yang dibuat guru mereka.