pemerhatian 1

2
PEMERHATIAN 1 Sepanjang 4 minggu saya mengajar, saya telah mengenal pasti beberapa orang murid yang perlu diberikan perhatian. Murid : Muhammad Daniel Iman (3P) Muhammad Nor Iman Hakim (3P) Kedua – dua orang murid ini menghadapi masalah yang berbeza. Muhammad Nor Iman Hakim tidak disukai oleh rakan sekelas kerana agak comot dan sering membuang air di dalam seluar. Malah murid ini jarang mandi pagi justeru menyebabkan rakan – rakan meminggirkan murid ini. Manakala bagi Muhammad Daniel Iman, murid ini tidak mempunyai pakaian sukan tambahan bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Memandangkan kelas Pendidikan Jasmani adalah sebanyak dua kali seminggu, murid ini menghadapi masalah untuk memakai pakaian PJ bagi kali yang kedua iaitu pada hari Khamis. Perkara ini telah merencatkan murid ini untuk turut sama bermain dalam aktiviti yang dijalankan malah menyebabkan rakan tidak suka bermain dengan murid ini kerana tidak memakai pakaian PJ pada waktunya. . Kedua – dua murid ini telah menunjukkan bahawa berlaku perkelompokan antara kanak – kanak yang disebabkan oleh masalah

Upload: huda-mokhtar

Post on 12-Feb-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemerhatian untuk praktikum 2

TRANSCRIPT

Page 1: PEMERHATIAN 1

PEMERHATIAN 1

Sepanjang 4 minggu saya mengajar, saya telah mengenal pasti beberapa orang murid

yang perlu diberikan perhatian.

Murid : Muhammad Daniel Iman (3P)

Muhammad Nor Iman Hakim (3P)

Kedua – dua orang murid ini menghadapi masalah yang berbeza. Muhammad Nor Iman

Hakim tidak disukai oleh rakan sekelas kerana agak comot dan sering membuang air di

dalam seluar. Malah murid ini jarang mandi pagi justeru menyebabkan rakan – rakan

meminggirkan murid ini.

Manakala bagi Muhammad Daniel Iman, murid ini tidak mempunyai pakaian sukan

tambahan bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Memandangkan kelas Pendidikan Jasmani

adalah sebanyak dua kali seminggu, murid ini menghadapi masalah untuk memakai

pakaian PJ bagi kali yang kedua iaitu pada hari Khamis. Perkara ini telah merencatkan

murid ini untuk turut sama bermain dalam aktiviti yang dijalankan malah menyebabkan

rakan tidak suka bermain dengan murid ini kerana tidak memakai pakaian PJ pada

waktunya. .

Kedua – dua murid ini telah menunjukkan bahawa berlaku perkelompokan antara kanak

– kanak yang disebabkan oleh masalah yang disebutkan di atas. Oleh itu, adalah

penting bagi guru untuk mempertingkatkan usaha bagi memastikan murid – murid

tersebut diterima dalam kumpulannya.