pembinaan modul pembelajaran kendiri bagi · pdf filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi...

23
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangliem

Post on 07-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI

MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB

KETURUNAN DAN VARIASI

MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL :PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA (820627-01-5470)

(HURUF BESAR)

Saya

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh : 9 MAC 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: K-9 JALAN KOLAM AIR, FELDA TENANG, 85300 LABIS, SEGAMAT, JOHOR. Tarikh : 9 MAC 2004

Page 3: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : _____________________

Nama Penyelia: PM DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : 9 MAC 2004

Page 4: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI

MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN

VARIASI

MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 5: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

ii

PERAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _____________________

Nama Penulis : Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa

Tarikh : 9 MAC 2004

Page 6: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

iii

DEDIKASI

Kepada ayahanda dan bonda Hj Esa bin Hj Ismail dan Hjh Asiah Hj Md Ali yang

telah membesar dan mendidik diriku agar menjadi insan berguna….

Buat saudara-saudaraku,

Abang,

Mohd Kyalil Usyairi Esa dan Fauziana Mohd Zaker

Kak Ngah,

Mizatul Fairuz Esa dan Noradnan Masoud

serta

Mizatul Aina Alya Syafiah Noradnan

Nurul Faezah Esa, Umi Umairah Esa, Noor Mahfuzah Esa dan Nur Atikah Esa

dan yang teristimewa

Mohd Hafiz Hj Mohd Kamisan

Terima kasih di atas sokongan yang kalian berikan

Page 7: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-

Nya dapatlah penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Walaupun projek ini

mencabar, tetapi sebagai mahasiswa yang berdedikasi haruslah menyiapkannya dengan

tekun dan sabar.

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Seth bin

Sulaiman di atas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta masa yang telah

diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi semangat dan membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada

semua pihak yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik yang

dicurahkan diucapkan terima kasih.

Page 8: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

v

ABSTRAK

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah satu bahan untuk membantu guru di

dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia dibina berdasarkan tajuk Keturunan dan Variasi.

Ia digunakan oleh pelajar sama ada di dalam kelas atau di rumah. Pembinaan MPK

adalah berdasarkan kepada Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Kajian yang

dijalankan adalah untuk menilai status kesesuaian MPK Keturunan dan Variasi bagi

mata pelajaran Sains tingkatan empat. Persoalan kajian membabitkan kesesuaian

objektif pembelajaran, isi kandungan, latihan dan aktiviti murid serta keseluruhan MPK.

Alat kajian yang digunakan bagi mencari status kesesuaian MPK ialah skala

pemeringkatan untuk Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (ubah suai

Shaharom 1994) dan analisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan peratus.

Hasil daripada analisis yang dijalankan, MPK ini sesuai digunakan untuk para pelajar

tingkatan empat bagi mata pelajaran Sains.

Page 9: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

vi

ABSTRACT

Self Instructional Modules (SIMs) are materials used in teaching and learning

process. SIMs are constructed based on sub topics of Heredity and Variation and can be

used at students own convenience either in the classroom or at home. The development

of SIMs was based on Shaharom’s Core-Branch Model (1994). This study includes the

evaluation on the suitability of SIMs for Form Four Science Students. The research

questions looked into the affections of learning objectives, contents, activities and

exercises and the also whole of SIMs. The research instrument used was the rating scale

for Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (Shaharom 1994). Descriptive

statistics were used to analyze the data using means and percentages. Result showed that

SIMs are suitable as teaching and learning materials for form four students in Science

subject.

Page 10: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

Page 11: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

viii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Rangka Kerja Konsep 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Istilah 8

1.8.1 Bahan Pengajaran 9

1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 9

1.8.3 Kesesuaian 9

BAB II SOROTAN KAJIAN 10

2.0 Pengenalan 10

2.1 Model-model MPK 10

2.1.1 Model Burns 11

2.1.2 Model Klingstedt 12

2.1.3 Model de Vito-Krockover 13

2.1.4 Model Meyer 14

2.1.5 Model Teras-Cabang Shaharom 15

2.1.5.1 Rasional 16

2.1.5.2 Aktiviti Utama 16

2.1.5.3 Praujian 17

2.1.5.4 Objektif Pembelajaran 17

2.1.5.5 Isi Kandungan dan Aktiviti

Pembelajaran Teras 17

2.1.5.6 Ujian Diagnostik 17

2.1.5.7 Bahagian Pemulihan 18

Page 12: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

ix

2.1.5.8 Bahagian Pengayaan 18

2.1.5.9 Maklum Balas 18

2.1.5.10Rujukan 19

2.2 Modul di Luar Negara 19

2.3 Kajian tentang pembinaan MPK dalam

bidang Sains 20

BAB III REKA BENTUK MODUL 23

3.0 Pengenalan 23

3.1 Reka Bentuk Kajian Kesesuaian Modul 24

3.2 Tajuk-Tajuk MPK 24

3.2.1 MPK 1 : Proses Pembahagian Sel

dan Pewarisan Sifat 25

3.2.2 MPK 2 : Penentuan Seks Anak dan

Kejadian Kembar pada Manusia 25

3.3 Penilai-penilai Kesesuaian Modul 25

3.4 Alat Kajian Kesesuaian Modul 26

3.5 Kaedah Analisis Data 27

3.6 Tatacara Proses Pembinaan Modul 29

3.6.1 Komponen Teras 32

3.6.1.1 Objektif Pembelajaran 32

3.6.1.2 Isi Pelajaran 33

3.6.1.3 Latihan dan Aktiviti Pelajar 33

3.6.1.4 Penilaian Kendiri dalam bentuk

Ujian Diagnostik 33

3.6.2 Komponen Cabang 34

3.6.2.1 Bahagian Pengayaan 34

3.6.2.2 Bahagian Pemulihan 34

3.6.2.3 Bahagian Jawapan 34

3.7 Peraturan Menggunakan Modul 35

Page 13: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

x

3.8 Menyediakan Modul 35

3.9 Penutup 35

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 36

4.0 Pengenalan 36

4.1 Dapatan Kajian 37

4.1.1 Persoalan Kajian 1 37

4.1.2 Persoalan Kajian 2 38

4.1.3 Persoalan Kajian 3 40

4.1.4 Persoalan Kajian 4 42

4.1.5 Persoalan Kajian 5 45

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN 47

5.0 Pengenalan 47

5.1 Perbincangan 48

5.2 Cadangan 49

5.3 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 51

BIBLIOGRAFI 53

LAMPIRAN A 55

LAMPIRAN B 61

Page 14: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka kerja konsep penyelidikan 6

2.1 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 16

3.1 Proses Pembinaan Modul 29

3.2 Rangka kerja pembinaan MPK

(ubahsuai Sazila, 2002) 31

Page 15: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 27

3.2 Item-item yang diuji 27

3.3 Pengelasan Pemeringkatan Likert 28

3.4 Pemarkatan skala Likert yang dipermudahkan 28

3.5 Pengelasan skor min yang dipermudahkan 28

4.1 Penilaian kesesuaian bagi objektif pembelajaran yang

terdapat dalam MPK 37

4.2 Penilaian kesesuaian modul bagi isi pelajaran

MPK 39

4.3 Penilaian kesesuaian bagi aktiviti yang terdapat

dalam MPK 41

4.4 Penilaian kesesuaian modul bagi keseluruhan MPK 43

4.5 Penilaian kesesuaian bagi aktiviti pengayaan

dan pemulihan 45

Page 16: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN BUTIRAN

MPK Modul Pembelajaran Kendiri

P&P pengajaran dan pembelajaran

SIMs Self Instructional Modules

SPN ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPSS Statistical Package For Social Science For Windows

Page 17: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran

Kendiri (MPK) 55

B Surat Akuan Fakulti 61

Page 18: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Jika diperhatikan secara sepintas lalu, senario pengajaran di dalam kelas yang

mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan guru yang mengajar pula menggunakan

kaedah tradisional dan tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran, akan menyebabkan

implikasi pengajaran yang kurang berkesan. Justeru itu, dalam proses pengajaran dan

pembelajaran penekanan yang lebih harus di berikan kepada pembelajaran berpusatkan

pelajar dan bukannya pengajaran yang berpusatkan guru. Impaknya kepada para pelajar

ialah proses pembelajaran dan objektif pembelajaran berkemungkinan besar tidak

tercapai.

Oleh yang demikian, pelbagai penyelidikan telah dibuat bagi mencari satu

kaedah yang berkesan dalam pendekatan pengajaran. Bagi mengatasi masalah tersebut,

guru perlu cekap dan kreatif dalam memilih strategi pengajaran yang sesuai supaya para

pelajar akan menanamkan minat untuk terus belajar berikutan pelbagai karenah pelajar

yang bakal di hadapi. Ini kerana, strategi dan langkah yang diambil oleh guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bakal memberikan kesan kepada prestasi dan

pencapaian pelajar.

Page 19: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang guru untuk menerima pelbagai

karenah dan perangai pelajarnya. Sememangnya guru tidak terlepas daripada

menghadapi pelbagai masalah dalam proses pengajarannya terutamanya apabila

terpaksa melaksanakan kurikulum. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran di

dalam kelas bagi mencapai objektif pembelajaran. Pelajar pula mengeluh mengatakan

bahawa pelajaran yang diterimanya terlalu padat menyebabkan proses pembelajaran

menjadi tidak menarik dan membosankan. Pelajar akan mudah bosan dengan

pengajaran yang berkonsepkan ‘kapur dan papan hitam’ kerana mereka lebih cenderung

untuk belajar dengan kaedah yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Idea baru perlu diperkenalkan dalam pendekatan kepada pengajaran yang

berpusatkan pelajar. Justeru itu, guru hendaklah mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya dalam membentuk strategi pengajarannya bagi memastikan objektif

pembelajaran tercapai.Ini menunjukkan guru memainkan peranan yang penting dalam

persediaan bagi menyusun strategi pengajaran untuk memastikan objektif pembelajaran

tercapai dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan dinamik. Hujah

ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat Kong Yoon Tiam (1991) yang telah

merumuskan 5 sebab mengapa guru harus bersedia dengan pelbagai strategi.

1. Lain pelajar lain cara belajarnya dalam keadaan berbeza

2. Ada pelajaran yang lebih sesuai diajarkan dalam strategi yang tertentu sahaja

3. Objektif yang pelbagai memerlukan pendekatan yang pelbagai corak

4. Hanya kebolehan guru yang dapat menentukan keberkesanan strategi

5. Faktor iklim seperti masa, keupayaan, kemudahan dan lain-lain memerlukan

strategi tertentu

Page 20: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

1.1 Latar Belakang Masalah

Kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar seperti dari segi minat

terhadap mata pelajaran, latar belakang, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain lagi

sememangnya disedari oleh golongan pendidik. Dalam beberapa keadaan, mereka

mampu untuk membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh individu pelajar

berkenaan akibat dari perbezaan tadi. Walaubagaimanapun dalam pengajaran dan

pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar biasanya terikat kepada turutan

pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang sama seperti yang dialami oleh rakan-

rakan mereka yang lain. Konsep pengajaran individu yang ideal dalam sesebuah bilik

darjah akan dapat dipertingkatkan jika sesuatu mata pelajaran tertentu dipecahkan

kepada beberapa tajuk-tajuk kecil supaya ia mudah dibaca atau digunakan dan kaedah

yang sistematik dapat diwujudkan untuk menguruskannya (Burns, 1971). Oleh yang

demikian, alternatif yang sesuai perlu dicari bagi memantapkan pelajar supaya

pengajaran yang berorientasikan pelajar itu sendiri dapat diwujudkan. Salah satu kaedah

yang dianggap mudah ialah dengan membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang

berturutan dalam bentuk Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) atau dikenali juga

sebagai modul sahaja (Shaharom dan Yap 1992).

Tidak dinafikan bahawa pada masa kini terdapat satu pendekatan popular dalam

pendidikan berkenaan dengan penggunaan MPK dalam pengajaran dan pembelajaran

memandangkan para pelajar memerlukan pengalaman melakukan sesuatu dengan

berjaya dan melakukannya mengikut kebolehan sendiri. MPK adalah satu alternatif atau

cara bagi memupuk dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar untuk belajar

sendiri tanpa bergantung kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, ia juga merupakan pembelajaran yang lebih menjurus kepada pembelajaran

terarah kendiri (self-directed learning). Secara amnya semua MPK yang dibina

mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu ia dipelajari secara bersendirian dan mengikut

kadar masa tertentu mengikut kesesuaian sesuatu objektif pembelajaran. Pembinaan

modul juga diselaraskan dengan Sukatan Mata pelajaran Sains Tingkatan Empat

Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping mengekalkan pendekatan sistem yang

Page 21: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

diamalkan sekarang, langkah ini juga boleh membuatkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlaku lebih bersifat humanistik. Ini adalah sejajar dengan usaha

kerajaan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

emosi, jasmani dan rohani (Falsafah Pendidikan Negara, 1990).

Selain itu, pembinaan MPK ini juga dilihat dari segi aspek minat pelajar

terhadap cara pembelajaran kendiri. Biasanya pelajar lebih gemar untuk belajar sendiri

dan merujuk kepada guru apabila perlu. Pelajar mempunyai cara atau kaedah

pembelajaran yang berbeza. Oleh yang demikian, guru perlu peka tentang keadaan ini

dan cuba mengambil strategi yang berkesan bagi memperbaiki mutu dan kualiti

pencapaian pelajar. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan bagi menarik minat pelajar

dalam pembinaan modul ini. Antaranya adalah matlamat atau objektif pembelajaran

yang jelas, mutu persembahan, isi kandungan pelajaran, aktiviti yang sesuai dan

motivasi untuk belajar yang boleh diselitkan.

Justeru MPK juga merupakan satu inisiatif dalam melatih pelajar menyesuaikan

diri dengan pembelajaran di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi yang

lebih cenderung kepada pembelajaran kendiri. Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan

kenyataan Burns (1972) iaitu satu cara yang dapat membantu pendidik menangani

masalah perbezaan individu di kalangan pelajar adalah dengan mengindividukan

pengajaran menerusi pengubahsuaian terhadap bahan dan aktiviti pembelajaran tanpa

mengubah pendekatan sistem yang diamalkan. Di samping itu, bahan MPK juga boleh

digunakan bagi tujuan pengayaan dan pemulihan. Bahan MPK ini jika dibentuk dengan

teliti menggunakan kaedah yang betul, ia boleh membantu para pelajar menguasai

aspek-aspek tertentu dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Pembelajaran bermodul

menggunakan MPK bertujuan untuk membolehkan pelajar meneruskan proses

pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar kendiri (Shaharom dan Yap,

1991).

Page 22: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

1.2 Pernyataan Masalah

Memandangkan terdapatnya para pelajar yang menghadapi masalah untuk

mengikuti pengajaran guru di dalam kelas khususnya dalam mata pelajaran Sains, maka

satu strategi yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya ialah dengan menghasilkan

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) untuk kegunaan pelajar tersebut.

1.3 Objektif Kajian

Di akhir kajian ini diharapkan penyelidik dapat :

(i) Membina dua Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) yang bertajuk

Keturunan dan Variasi iaitu MPK 1 : Proses Pembahagian Sel dan

Perwarisan Sifat dan MPK 2 : Penentuan Seks Anak dan Kejadian

Kembar pada Manusia berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains

KBSM Tingkatan Empat

(ii) Menilai kesesuaian MPK Keturunan dan Variasi oleh pelajar tahun 4

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains (SPN)

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam proses pembinaan modul ini adalah seperti berikut :

(i) Adakah semua objektif modul adalah jelas dan mampu dicapai oleh para

pelajar?

(ii) Adakah isi kandungan MPK yang dibina bersesuaian dan merangkumi

sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan Empat ?

(iii) Adakah aktiviti yang terdapat di dalam MPK bersesuaian dengan tajuk

dan menimbulkan minat para pelajar?

Page 23: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI · PDF filepembinaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi maisarah hajar aisyah

(iv) Adakah penilaian kesesuaian modul oleh pelajar 4 (SPN) ke atas MPK

Keturunan dan Variasi yang dibina menunjukkan ia sesuai digunakan

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains

Tingkatan Empat ?

(v) Adakah bahagian pengayaan dan pemulihan membantu para pelajar

memahami konsep dan isi kandungan pelajaran ?