kesesuaian teks komsas dan minat belajar bahasa melayu

83
KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU HALIM BIN YAAKOB Universiti Sains Malaysia 2014

Upload: zulkifli-ismail

Post on 26-Dec-2015

152 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Final Year Thesis paper

TRANSCRIPT

Page 1: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT MURID

TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

HALIM BIN YAAKOB

Universiti Sains Malaysia 2014

Page 2: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

ii

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT MURID

TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

HALIM BIN YAAKOB

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah

Universiti Sains Malaysia 2014

Page 3: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

iii

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT

MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

MELAYU

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian teks KOMSAS(Cerpen) untuk

merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kajian ini melibatkan 40 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan

Paya Besar, Lunas, Kedah, yang merupakan sekolah berprestasi rendah. Kajian

deskriptif telah di gunakan sebagai reka bentuk kajian yang menggunakan instrumen

soal selidik Likert 4 markah. Murid telah bersetuju bahawa pembacaan teks

KOMSAS (Cerpen) telah merangsang minat pada nilai min (3.12 , 0.70) terhadap

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Korelasi di antara item minat

terangsang dan item suka baca bahasa indah menyokong andaian bahawa pembacaan

estetik telah merangsang minat murid untuk terus membaca bahan-bahan teks dalam

Bahasa Melayu. Nilai korelasi untuk pembacaan estetik bagi cerpen Mutiara Bonda

ialah (r = 0.75), hubungan yang kuat. Nilai korelasi untuk pembacaan estetik bagi

cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana ialah (r = 0.63), hubungan yang kuat.

Walaupun respons keseluruhan data soal selidik ialah positif, seramai 36% daripada

murid mendapati bahawa plot kedua-dua cerpen tidak mudah untuk di fahami dan

perkataan baru yang tidak di fahami telah membantut kefahaman teks. Data kajian

menunjukkan minat terangsang telah di pengaruhi oleh faktor bahasa mudah.

Korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.81,

p>0.05) ialah lebih kuat daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r=

0.57, p>0.05) untuk cerpen MB. Bagi cerpen SYTADS korelasi di antara minat

terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.63, p>0.05) ialah lebih kuat

daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r= 0.28, .0.05). Kesimpulan

kajian ini menunjukkan bahawa faktor bahasa mudah teks KOMSAS mempunyai

hubungan signifikan dengan minat terangsang murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu.

Page 4: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

iv

SUITABILITY OF SHORT STORIES IN MALAY LITERATURE

COMPONENT TO STIMULATE INTEREST TOWARDS THE TEACHIN G

AND LEARNING OF MALAY LANGUAGE

ABSTRACT

This study was conducted to investigate the suitability of short stories in the Malay

Literature Componen to stimulate interest towards the teaching and learning of the

Malay language. The descriptive research methodology was based on the use of a 4

point Likert scale questionnaire. The sample population was a class of 40 students

from the Jalan Paya Besar Secondary School, Lunas, Kedah, which is a low

performing school. Students had responded that the reading of the short stories had

stimulated their interest in the teaching and learning of the Malay language was (3.12

, 0.70). Asthetic reading, as a corelation between the stimulated interest item and

interest in reading literary language is strongly corelated, (r=0.75, p>.05) for the MB

short story and (r = 0.63, p>0.05) for the SYTADS short story. The general responses

were at a very positive level but 36% of the students found it was difficult to

understand the plot and new words in the text made it difficult for them to understand

the text as a whole. The study suggests that stimulated interest was influenced by the

simple language of the text rather than the structural feature of the text, main

character. The corelation between stimulated interest and the simple language of the

text was stronger ( r = 0.81, p>0.05) than the corelation between stimulated interest

and the structural feature of the text, main character (r= 0.57, p>0.05) for MB.While

The corelation between stimulated interest and the simple language of the text was

stronger ( r = 0.63, p>0.05) than the corelation between stimulated interest and the

structural feature of the text, main character (r= 0.28, p>0.05) for SYTADS. This

study concludes that simple language of the short stories in the Malay Literature

Componen has a significant corelation with stimulated interest among students

towards the teaching and learning of the Malay language.

Page 5: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

v

PENGHARGAAN

Pengkaji bersyukur ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah dan kurniaNya latihan ilmiah ini dapat disempurnakan. Dengan penuh rasa rendah diri, pengkaji ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Siti Hawa binti Abdullah selaku penyelia kajian yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan kajian ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga penyelidik tujukan kepada semua tenaga pengajar yang telah memberikan ilmu dan membantu penyelidik sepanjang menuntut di Universiti Sains Malaysia ini.

Akhir sekali kajian ini dapat menjadi kenyataan kerana inspirasi, dorongan, dan sokongan yang berterusan daripada keluarga penyelidik yang amat dikasihi terutama isteri,Che Jamaliah Wali dan anak-anak. Fatin Najwa dan Fatin Najiha yang sentiasa mendoakan kejayaan penyelidik.

Terima kasih.

Page 6: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

vi

Saya mengesahkan bahawa Laporan Latihan Ilmiah Tahun Akhir bertajuk

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT

MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

MELAYU oleh Halim Bin Yaakob telah dikemukakan dan diperiksa oleh Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Saya memperakukan laporan

ini memenuhi keperluan untuk kursus KRL 3043.

…………………………………

Dr. Siti Hawa binti Abdullah

Unit Penyelidikan Pendidikan Asas,

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

Tarikh :

Page 7: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

vii

PERAKUAN

Saya memperakui bahawa Laporan Latihan Ilmiah Tahun Akhir ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa laporan ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk kursus lain sama ada di Universiti Sains Malaysia atau di institut lain.

……………............................

HALIM BIN YAAKOB

Tarikh :

Page 8: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

viii

KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK ……………………………………………………………. iii

ABSTRACT …………………………………………………………… iv

PENGHARGAAN……………………………………………………… v

PENGESAHAN………………………………………………………… vi

PERAKUAN…………………………………………………………… vii

SENARAI JADUAL…………………………………………………… xi

SENARAI RAJAH .................................................................................. xii

SENARAI CARTA .................................................................................. xiii

SENARAI SINGKATAN………………………………………………. xiv

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan ……………………………………………………… 1

1.2 Latar Belakang Kajian ………………………………………….. 1

1.3 Pernyataan Masalah …………………………………………….. 3

1.4 Tujuan dan Skop Kajian ………………………………………… 4

1.5 Persoalan Kajian ……………………………………………….. 5

1.6 Kepentingan Kajian …………………………………………… 6

1.7 Batasan Kajian ………………………………………………… 7

1.8 Definisi Istilah …………………………...... ............................. 7

1.9 Rumusan ……………………………………………………… 9

Page 9: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

ix

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan …………………………………………………… 10

2.2 Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 10

2.3 Tinjauan penyelidikan lepas …………………………………… 13

2.4 Rumusan Tinjauan Literatur Kajian ..…………................... 16 2.5 Kerangka Konseptual Kajian …........................................... 17 2.6 Kerangka teoritikal penyelidikan ……………….......... 18 2.7 Rumusan ...................................................................... 22 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan ………………………………………………………… … 23

3.2 Reka Bentuk Kajian ………………………………………………… 23

3.3 Populasi dan Sampel Kajian ………………………………… 23 3.4 Persampelan ………………………………….................... 24 3.5 Instrumen Kajian ………………………………………………… … 26

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian ……………….. 28

3.7 Kajian Rintis ............................................................................... 29

3.8 Prosedur Pengumpulan Data ……………………………………….. 29

3.9 Analisis Data ……………………………………………………. … 30

3.10 Rumusan ……………………………………………………………. 33

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan ………………………………………………………… … 34

4.2 Latar belakang Responden ………………………………………… … 35

4.3 Analisis Pencapaian Kefahaman Responden dalam Ujian Percubaan Bahasa Melayu PT3 bahagian KOMSAS .................................................. 35

Page 10: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

x

4.4 Analisis Dapatan Kajian

4.4.1 Objektif 1………………………………………… … 36

4.4.2 Objektif 2 ………………………………………… 40

4.4.3 Objektif 3 ………………………………………… 42

4.4.4 Objektif 4 ………………………………………… 44

4.4.5 Objektif 5 ………………………………………… 44

4.5 Rumusan …………………………………………………………… 47

BAB 5 : KESIMPULAN & CADANGAN

5.1 Pengenalan …………………………………………………………. 49

5.2 Rumusan Kajian Keseluruhan ……………………………………… 49

5.3 Perbincangan Kajian ……………………………………………….. 52

5.3.1 Minat Membaca Teks KOMSAS (Cerpen) .............................. 52

5.3.2 Kesesuaian Teks KOMSAS (Cerpen) .................................. 54

5.3.3 Kerangka Konseptual Kajian ............................................... 55

5.3.4 Batasan Data Kajian ............................................................ 57

5.4 Cadangan untuk Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah Berprestasi Rendah ..................................................................... 57

5.5 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya .......................................... 58

5.6 Rumusan ……………………………………………………………….. 59

RUJUKAN …………………………………………………………………. 60

LAMPIRAN ………………………………………………………………… 66

Page 11: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

xi

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

3.1 Jadual 3.1 Analisis Peperiksaan PMR 2013 Dan 2012 24

3.2 Jadual 3.2 : Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan 25

3.3 Jadual Item Instrumen Kajian Minat dan Kesesuaian Teks KOMSAS (Cerpen) Sekolah Menegah Berprestasi Rendah 27

3.4 Data Min mengikut item soal selidik 30 3.5 Interpretasi Skor Min 5 markah 32 3.6 Interpretasi Skor Min 4 markah 32

4.1 Profil Jantina dan Kaum Responden 35 4.2 Respons Minat bagi cerpen Mutiara Bonda mengikut min 36

4.3 Respons Minat bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut min 38

4.4 Tahap Minat bagi Cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana 38 4.5 Min Respons Minat Terangsang bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda 39 4.6 Min Respons Minat Terangsang bagi Cerpen Segala yang Tercinta

Ada di Sana 40

4.7 Tahap Kesesuaian bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda 42

4.8 Tahap Kesesuaian bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana 43

4.9 Perbezaan Tahap Minat diantara terhadap cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana 44

4.10 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Mutiara Bonda 45

4.11 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana 47

Page 12: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

xii

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

3.1 Rajah 1: Kerangka Konseptual LEPO Philips et. al. (2010) 17

3.2 Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian 18

Page 13: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

xiii

SENARAI CARTA

Carta Halaman

3.1 Carta Histogram 30

3.2 Carta Bar Dimensi 31

4.1 Carta Kekerapan bagi Item Minat Cerpen Mutiara Bonda 36

4.2 Carta Kekerapan Item Minat Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana 37

4.3 Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Mutiara Bonda 39

4.4 Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana 40

4.5 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Mutiara Bonda mengikut min 41

4.6 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut min 42

4.7 Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen Mutiara Bonda 44 4.8 Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana 46

Page 14: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KDPM Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KOMSAS Komponen Sastera

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia)

MB Mutiara Bonda

PMR Peperiksaan Menegah Rendah

PT3 Pentaksiran Tingkatan 3

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Package for Social Science

SYTADS Segala Yang Tercinta Ada di Sana

Page 15: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan

bahan teks kesusasteraan Melayu bertujuan meningkatkan kemahiran bahasa Melayu

serta minat murid terhadap membaca teks kesusasteraan. Aktiviti pembacaan teks

kesusasteraan KOMSAS oleh murid telah memperkenalkan pelbagai cabaran-cabaran

baru bagi murid. Di antara cabaran-cabaran yang murid perlu menghadapi ialah dari

aspek gaya bahasa dan apresiasi isi kandungan teks kesusasteraan Melayu, bilangan

teks yang wajib dibaca dalam jangka masa yang terhad. Kajian ini bertumpu kepada

persoalan minat membaca teks KOMSAS(cerpen) dan isu berkaitan yakni, kesesuaian

teks cerpen yang wajib di baca oleh murid.

1.2 Latar belakang kajian

KOMSAS ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan

Melayu’. KOMSAS ialah komponen mustahak dalam pengajaran dan pembelajaran subjek

Bahasa Melayu. Mohd Azli Bin Muda (2011) telah surih pelaksanaan KOMSAS sebagai

komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah secara

berperingkat. KOMSAS telah mulai dilaksanakan pada Mac 2000 bagi tingkatan satu dan

empat, tahun 2001 untuk tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga.

Perlaksanaan KOMSAS ialah satu lanjutan daripada pengajaran yang mengguna

teks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1984.

Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir (2007), mengutarakan konsep kewajaran pengajaran

dan pembelajaran KOMSAS dari perspektif penggunaan bahan kesusasteraan untuk

pengajaran bahasa. Teks KOMSAS sebagai bahan pengajaran ialah untuk memperkayakan

pengalaman murid dalam aspek bahasa Melayu melalui pendedahan kepada gaya bahasa yang

serat dengan ungkapan puitis. Beliau telah menyatakan,

Apabila diteliti daripada sudut bahasa karya-karya kesusasteraanlah sumber

yang paling ideal kerana keluasan dan kepelbagaian gaya yang sering dilenturkan

untuk menyatakan emosi yang bermacam-macam. Pengarang yang kreatif akan cuba

Page 16: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

2

menggunakan bahasa seluas mungkin meliputi pemilihan ayat, gaya bahasa,

ungkapan-ungkapan khusus, dan meluaskan penggunaan bahasa-bahasa kiasan untuk

mencapai kesan yang mendalam.

Kewajaran pengajaran dan pembelajaran teks KOMSAS dari perspektif kurikulum

dapat di kesan dari penyataan hasil pembelajaran dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Tingkatan Tiga (2002:43). Objektif bilangan 11.0 merujuk kepada “Menguasai gaya

bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif”. Objektif kurikulum

berkenaan menunjukkan tujuan pembacaan teks KOMSAS ialah untuk membantu murid

menguasai gaya bahasa dalam penulisan kreatif . Objektif kurikulum ini merupakan sebagai

satu strategi untuk menumpukan pemerhatian murid kepada aspek penggunaan bahasa dalam

konteks dunia penulisan sastera.

Pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (2002:1) dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Tingkatan Tiga juga mengharapkan murid dapat memupuk minat membaca

teks Bahasa Melayu hasil daripada aktiviti membaca teks kesusasteraan Bahasa Melayu.

Maka hasil daripada pembacaan teks sastera seperti cerpen, novel dan puisi dapat memupuk

minat terhadap Bahasa Melayu apabila bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid. Maka aktiviti KOMSAS boleh

membantu untuk menimbulkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu.

Kajian oleh Arif bin Mohamad (2009) mendapati bahawa majoriti responden dalam

kajian beliau mempunyai respons yang positif terhadap penggunaan teks cerpen dalam

pengajaran Bahasa Melayu. Majoriti murid mempunyai persepsi bahawa teks cerpen yang

digunakan adalah sesuai dan mereka berminat membaca cerpen yang digunakan oleh guru

dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Nur Aini Binti Bidin (2013) dalam kajian beliau juga telah mendapati bahawa majoriti

responden hanya berminat untuk membaca cerpen KOMSAS yang mudah dan menarik

sebagai pertanda kesesuaian penggunaan teks cerpen KOMSAS.

Data kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti Bidin (2013)

menunjukkan kepentingan kesesuaian teks cerpen KOMSAS dan minat terhadap pembacaan

Page 17: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

3

teks cerpen KOMSAS sebagai persoalan-persoalan penting dalam kajian pengajaran dan

pembelajaran KOMSAS.

Faktor sikap murid terhadap pengajaran dan pembelajaran KOMSAS adalah penting.

Kajian oleh Mat Asuar Bin Awang (2008 ms.11) telah mengenal pasti sikap bosan murid

terhadap pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Mat Asuar Bin Awang (2008) telah

memetik Laporan Pelaksanaan Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu tahun 2001 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Laporan berkenan

mendapati bahawa murid-murid menunjukkan sikap bosan terhadap KOMSAS (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001). Kajian Mat Asuar Bin Awang (2008) menegaskan kepada

faktor kaedah pengajaran sebagi punca sebab murid tidak berminat untuk mempelajari dan

membaca teks KOMSAS. Kajian Mat Asuar Bin Awang (2008) telah membuktikan kegagalan

strategi pengajaran KOMSA yang digunakan oleh guru untuk membentuk minat kepada

pengajaran dan pembelajaran KOMSA sebagai satu masalah pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu.

Kajian Mat Asuar Bin Awang (2008) dan laporan Pusat Perkembangan Kurikulum,

(2001) menunjukkan adanya masalah minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

KOMSAS. Manakala dapatan kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti

Bidin (2013) menunjukkan bahawa murid minat kepada teks yang mudah dan menarik.

Percanggahan di antara dapatan kajian yang di sebut di atas menuntut satu kajian yang baru

dijalankan . Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persoalan kesesuaian teks dari sudut unsur-

unsur struktural cerpen. Kajian in mengandaikan unsur-unsur struktural cerpen sebagai faktor

kesesuaian teks yang boleh merangsang minat murid untuk membaca teks KOMSAS

(cerpen).

1.3 Pernyataan masalah penyelidikan

Ariff bin Mohamad (2009) telah mengenal pasti bahawa penggunaan teks

kesusasteraan adalah satu keperluan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

sebagai strategi penguasaan bahasa melalui pelbagai bahan. Beliau telah memetik pendapat S.

Nathesan (2002:5) yang menyatakan bahawa salah satu masalah dalam pengajaran bahasa

ialah bahan pengajaran. Ariff bin Mohamad (2009) telah mengenal pasti bahawa kesesuaian

teks adalah satu sifat bahan pengajaran yang penting. Kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009)

Page 18: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

4

telah menunjukkan bahawa 85.5% orang murid daripada sampel kajian mempunyai persepsi

bahawa teks cerpen KOMSAS yang digunakan untuk pembelajaran Bahasa Melayu adalah

sesuai. Di samping itu, 78.2% murid mempunyai persepsi bahawa teks KOMSAS telah

menambah minat mereka untuk membaca dalam Bahasa Melayu.

Manakala kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) menunjukkan tahap minat pelajar sains

terhadap membaca teks KOMSAS adalah rendah, pada nilai min (1.96).

Tahap motivasi untuk membaca teks cerpen KOMSAS di kalangan murid tingkatan

tiga sekolah berprestasi rendah adalah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

kesan pembacaan teks cerpen yang sesuai sebagai perangsang minat murid sekolah berprestasi

rendah terhadap teks cerpen KOMSAS. Adalah diandaikan minat membaca teks KONSAS

ialah hasil daripada pembacaan teks cerpen yang sesuai serta berpadanan dengan

pengetahuan latar belakang murid pada teks. Minat murid selepas membaca teks cerpen

KOMSAS yang sesuai serta berpadanan dengan pengetahuan latar belakang murid, akan

merangsang murid untuk terus membaca teks kesusasteraan sebagai satu hasil pembelajaran

dalam domain afektif.

1.4 Tujuan dan skop penyelidikan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teks Cerpen KOMSAS dalam

menjana minat murid berprestasi rendah terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Satu deskripsi kuantitatif digunakan untuk mengenal pasti tahap minat membaca

murid yang terangsang dan mengenal pasti tahap kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini mengandaikan

bahawa rangsangan minat boleh berlaku jika unsur-unsur struktural teks KOMSAS(cerpen)

yang dibaca oleh murid adalah berpadanan dengan pengetahuan latar belakang murid.

1.4.1 Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengkaji minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selepas

membaca teks KOMSAS (cerpen).

ii.Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk “Mutiara Bonda” berdasarkan

unsur-unsur struktural cerpen.

Page 19: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

5

iii. Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk “Segala yang Tercinta Ada di

Sana” berdasarkan unsur-unsur struktural cerpen.

iv. Mengenal pasti perbezaan tahap minat membaca murid terhadap cerpen bertajuk “Mutiara

Bonda” dan “Segala yang Tercinta Ada di Sana”.

v. Mengenal pasti tahap pengetahuan latar belakang murid.

1.4.2 Skop kajian

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah kompleks kerana peristiwa berkenan

berlaku dalam situasi pelbagai aras dan konteks. Peristiwa ini yang melibatkan peranan guru

dalam proses pengajaran, peranan murid dalam proses pembelajaran dan bahan pengajaran

dan pembelajaran untuk menghasilkan satu bentuk hasil pembelajaran. Aktiviti pengajaran

juga melibatkan proses pentaksiran terhadap hasil pembelajaran yang di hasilkan oleh murid.

Tumpuan analisis penyelidik adalah berdasarkan kerangka teori, yang merangkumi teori

motivasi, Teori Evolusi Kognitif (TEK) telah diperkenalkan oleh Deci dan Ryan pada tahun

1985 dalam Khairuddin Nisa (2011) dan kriteria pemilihan kesesuaian teks oleh pakar-pakar

bahasa dalam negara dan luar negara. Kerangka teori kajian akan digunakan untuk

menghuraikan masalah minat sebagai hasil pembelajaran dalam domain afektif. Minat sebagai

hasil pembelajaran dalam domain afektif adalah bergantung kepada pembacaan teks yang

sesuai.

Kajian ini tidak memberi tumpuan kepada aspek strategi pengajaran guru, tetapi

tumpuan diberi kepada teks sebagai bahan bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan kajian ini di sokong oleh pendapat Marohaini Yusoff (2000) dalam Ariff bin

Mohamad (2009) yang menyatakan bahawa kejayaan penggunaan strategi bergantung pada

pemilihan teks di dalam kelas. Maka bahan pengajaran dan pembelajaran sebagai faktor

utama yang membantu kejayaan strategi pengajaran guru diberi tumpuan.

1.5 Persoalan kajian

Pengumpulan data kajian ialah berdasarkan persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

Page 20: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

6

i. Apakah tahap minat murid selepas membaca teks KOMSAS (cerpen) dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu ?

ii. Apakah tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk “Mutiara Bonda” berdasarkan unsur-unsur

struktural cerpen?

iii. Apakah tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk “Segala yang Tercinta Ada di Sana”

berdasarkan unsur-unsur struktural cerpen?

iv. Apakah perbezaan tahap minat murid terhadap cerpen bertajuk “Mutiara Bonda” dan

“Segala yang Tercinta Ada di Sana”?.

v. Apakah tahap pengetahuan latar belakang murid?

1.6 Kepentingan kajian

Data mengenai kesesuaian penggunaan cerpen KOMSAS dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu dari kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti

Bidin (2013) menunjukkan bahawa murid berminat untuk membaca genre teks kesusasteraan

seperti cerpen yang mudah dan menarik.

Kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) tertumpu kepada murid tingkatan empat

sekolah asrama penuh aliran sains manakala kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) tertumpu

kepada murid dalam aliran sastera dan aliran sains dari sekolah-sekolah kawasan Kuantan.

Kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) tidak mengenal pasti tahap keupayaan kognitif atau

keupayaan akademik murid. Penyelidik membuat andaian bahawa murid-murid yang terpilih

dari sekolah-sekolah kawasan Kuantan adalah pada tahap sederhana pada keseluruhannya,

kerana responden-responden kajian tersebut adalah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6.

Tumpuan kajian yang dijalankan ialah pada murid tingkatan tiga sekolah berprestasi rendah.

Data yang dikumpulkan dapat mengenal pasti keperluan murid tingkatan tiga sekolah

berprestasi rendah untuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Keperluan murid akan

bertumpu kepada pengetahuan latar belakang murid yang merangkumi aspek-aspek bahasa

dan pengalaman peribadi mengenai masyarakat dan kehidupan. Data yang terkumpul dapat

membantu guru mengadaptasikan bahan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS untuk

menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan kepada pelajar.

Page 21: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

7

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teks Cerpen KOMSAS dalam

menjana minat murid berprestasi rendah terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Satu deskripsi kuantitatif digunakan untuk mengenal pasti tahap minat membaca

murid yang terangsang dan mengenal pasti kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1.7.1 Batasan Instrumen Kajian

Soal selidik ini di bina berdasarkan pengubahsuaian pada instrumen-intrumen kajian oleh

Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti Bidin (2013). Kajian ini tidak menggunakan

instrumen kajian yang di bina oleh pakar penyelidikan pendidikan.

1.7.2 Batasan Kaedah Pensampelan

Jumlah murid yang terlibat adalah, tidak mematuhi Jadual Penentu Sampel Krejcie dan

Morgan yang memerlukan jumlah sampel sebanyak 127 responden bagi populasi

198 orang murid.

1.7.3 Batasan Kaedah Menginterpretasikan Data

Statistik deskripsi mengikut Mok Soon Sang(2010) hanya untuk melaporkan apa data

yang diperoleh. Data kajian hanya menunjukkan bahawa rangsangan telah berlaku, Kajian

ini menggunakan kata kunci “selepas tamat membaca” dalam item “Saya berminat untuk

membaca cerpen yang lain-lain selepas tamat membaca cerpen Mutiara Bonda.” sebagai

pertanda rangsangan telah berlaku.

Statistik inferential seperti Ujian Hipotesis atau Analysis of Variance (ANOVA) tidak di

gunakan untuk pembuktian hubungan sebab dan musabab di antara terangsang nya minat dan

aktiviti membaca.

Definisi istilah

1.8.1 Kesesuaian

Kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan kesesuaian sebagai keadaan

yang sesuai. Mahzan Arshad,( 2003) dalam Ariff Mohamad (2009) telah menerangkan

kesesuaian teks kesusasteraan sebagai ” bahan yang sesuai dengan perkembangan usia pelajar,

Page 22: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

8

bahan yang dapat menarik pelajar supaya terus membaca dan bahan yang sesuai dengan latar

belakang pelajar.” Penggunaan istilah “kesesuaian” dalam kajian ini merujuk kepada unsur-

unsur struktural teks cerpen yang sesuai dengan umur murid dan latar belakang pelajar

sehingga dapat menarik minat supaya terus membaca . Unsur-unsur struktural teks cerpen

yang diberi tumpuan adalah gaya bahasa, perjalanan cerita, tema, persoalan masyarakat dan

realiti kehidupan.

1.8.2 Minat

Kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan minat sebagai keinginan yang

kuat. Natha Kosasi (2012) telah merujuk kepada definisi Faridah Rahim yang menyatakan

minat baca adalah keinginan yang kuat disertai usaha-usaha seseorang untuk

membaca. Seseorang yang mempunyai minat membaca yang kuat akan diwujudkan

dalam kesediaannya untuk mendapat bahan bacaan dan kemudian membacanya atas

kesedarannya sendiri

Farida Rahim (2008: 28),

Kajian ini merujuk istilah minat sebagai satu keadaan psikologi murid yang

mempunyai keinginan kuat untuk membaca sebagai satu dorongan sedia ada pada murid atau

kesan selepas membaca teks KOMSAS yang wajib untuk terus membaca karya-karya dalam

Bahasa Melayu.

1.8.3 Pembacaan Estetik

Pembacaan Estetik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, ialah

bacaan kefahaman terhadap teks kesusasteraan Melayu yang tertumpu kepada keindahan

bahasa yang di olah oleh pengarang untuk memberi rasa keindahan atau keseronokan terhadap

gambaran kehidupan masyarakat Melayu serta diperkukuhkan dengan pengajaran nilai murni.

Definisi pembacaan estetik ialah berdasarkan definisi estetik oleh Mana Sikana (2009) dan

konsep estetika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2000). Estetik, mengikut Mana

Sikana (2009) ialah “ rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang ... terpahat dalam

pemikiran.” Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2000) dalam Mana

Sikana(2009) mengkonsepsikan estetika sastera Melayu sebagi sastera yang menghadirkan

kehidupan dari pengalaman dan dikaryakan dengan bahasa yang cantik dan mengandung

pengajaran.

Page 23: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

9

1.9 Rumusan

Dalam tinjauan kajian pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, majoriti kajian

bertumpu kepada masalah minat murid tertumpu kepada persoalan pedagogi sebagai punca

murid tidak minat kepada pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji masalah minat murid dan hubungannya dengan kesesuaian teks yang di baca oleh

murid.

Page 24: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur kajian ini menumpukan kepada persoalan kajian yang merangkumi

penggunaan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Huraian

fungsi cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan di bincang

dalam konteks kesesuaian teks dari segi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

berdasarkan kajian yang telah di jalankan. Penyelidik juga akan menegaskan perbezaan fungsi

teks KOMSAS sebagai bahan pengajaran dari segi instruksi dan sebagai bahan bacaan. Teks

KOMSAS sebagai bahan instruksi yang lebih melibatkan dengan peranan guru. Manakala

teks KOMSAS sebagi bahan bacaan murid lebih berpusat kepada interaksi murid dengan teks.

Dalam tinjauan kajian lepas, penyelidik akan meninjau kajian-kajian dari segi

persoalan minat murid terhadap teks KOMSAS (Cerpen) dan kaedah yang di gunakan untuk

memperoleh dapatan kajian-kajian berkenaan.

2.2 Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Peranan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat di

kenal pasti daripada pernyataan objektif pemelajaran KOMSAS. Sepri Ismail (2013) telah

merujuk kepada kertas kerja Pengajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa

Melayu di Sekolah Menengah: Konsep dan Batas Pengajaran oleh Zahirah Aziz dan

Kamaruzaman Abdullah (2001:l-2) yang menyatakan bahawa terdapat enam objektif

pemelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, iaitu:

(a) Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti novel,

cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional.

(b) Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan

perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai murni dan pengajaran.

(c) Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran

bertutur, membaca dan menulis.

(d) Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang

Page 25: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

11

Sasterawan Negara.

(e) Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.

(f) Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel, cerpen,

sajak, dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.

(Zahirah Aziz dan Kamarulzaman Abdullah, 2001 :2)

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran genre cerpen,objektif pertama KOMSAS

merujuk kepada peranan penggunaan teks cerpen dalam KOMSAS untuk peningkatan minat

dan kemahiran membaca. Murid dijangka dapat mengenal struktur teks cerpen dalam aspek-

aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan

dan nilai murni. Keberkesanan pengajaran dan pemelajaran KOMSAS bergantung kepada

kesesuaian teks kesusasteraan yang mempunyai keselarasan dengan kompetensi bahasa,

kemahiran membaca dan kemahiran berfikir murid. Kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009)

dan Nur Aini Binti Bidin (2013) telah menunjukkan kepentingan faktor kesesuaian teks

cerpen untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Penggunaan cerpen dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS mempunyai fungsi

selain daripada pembentukan minat dan menyemai nilai-nilai murni. Teks kesusasteraan

Melayu bagai bahan pengajaran yang asli, yang kaya dengan maksud tersurat dan tersirat.

Sehubungan dengan itu,penggunaan cerpen juga dapat mempertingkatkan kemahiran menulis.

Nur Aini Binti Bidin (2013) telah memetik berapa pendapat, pertama, Marohaini

Yusof (2001), menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera mampu membekalkan murid

bahan yang mudah difahami, mesej yang menarik dan asli untuk tujuan bahasa. Kedua, Yahya

Othman (2009) berpendapat maksud teks yang tersurat dan tersirat di dalam teks cerpen boleh

membantu murid untuk menguasai Bahasa Melayu dan secara tidak langsung dapat

mengapresiasi dalam kehidupan seharian. Abdul Rasid Jamian et. al, (2013) menegaskan

bahawa penggunaan cerpen memberi kesan yang positif kepada murid-murid khususnya

dalam aspek prestasi karangan keseluruhan dan aspek pengembangan isi karangan..

Teks KOMSAS,(cerpen), sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

mesti mempunyai ciri-ciri kesesuaian supaya murid dapat membaca teks yang

menarik.Mahzan Arshad, (2003:160) dalam Ariff bin Mohamad (2009) telah mengenal pasti

faktor-faktor kesesuaian dari segi usia murid, bahan yang menarik yakni isi cerita dan latar

belakang murid. Faktor-faktor tersebut adalah penting untuk proses kefahaman teks

Page 26: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

12

kesusasteraan yang memerlukan daya fikir yang tinggi serta pengetahuan mengenai persoalan

kemasyarakatan dan kehidupan. Manakala Siti Ainun Bt Ab Razak (2000).dalam dalam Ariff

bin Mohamad (2009:37) , telah melihat isu kesesuaian dari perspektif objektif pengajaran,

bahasa pelajar, psikologi pelajar dan latar belakang bahan. Orientasi kognitif bagi

memperjelaskan konsep kesesuaian teks kesusasteraan oleh Siti Ainun Bt Ab Razak (2000),

menujukan bahawa gaya penceritaan yang melibatkan struktur cerpen seperti tema,plot atau

sudut pandangan penceritaan perlu sesuai dengan tahap pemikiran, kompetensi bahasa dan

pengalaman murid untuk mencapai objektif kurikulum bahasa Melayu.

Huraian konsep kesesuaian teks kesusasteraan oleh Mahzan Arshad, (2003:160) dan

Ainun Bt Ab Razak (2000).dalam dalam Ariff bin Mohamad (2009) menunjukkan bahawa

untuk mencapai objektif kurikulum supaya murid minat membaca teks kesusasteraan, teks

cerpen perlu mempunyai laras dan gaya bahasa yang selaras dengan tahap kemahiran

kefahaman murid. Di samping itu tema dan isu kemasyarakatan dan kehidupan berbentuk

mudah untuk difahami oleh murid.

Konsep kesesuaian teks menunjukkan adanya hubungan di antara pembaca dengan

teks. Pernyataan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Bahagian Pembangunan

Kurikulum 2002:40) bagi bidang Estetika, Objektif bilangan 10.0 dinyatakan sebagi

“Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.” Kemahiran memberi

respons peribadi adalah satu kemahiran yang memerlukan penggunaan kemahiran berfikir

pelahiran emosi, serta murid dapat membuat apresiasi dan penghayatan terhadap karya

sastera. Murid perlu melakukan tugasan memberi respons dalam aktiviti-aktiviti seperti

penceritaan semula sesebuah karya sastera, mengenal pasti perkara yang menarik dalam karya

sastera, ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran. Aktiviti memberi

respons peribadi memerlukan murid membuat satu hubungan diantara pengetahuan latar

belakang murid dengan teks yang dibaca.

Dalam tinjauan kajian-kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran KOMSAS yang

terhad oleh penyelidik, kajian oleh Mohamed Kassim bin Abdul Latiff (1999), Mat Asuar bin

Awang (2008), Ariff bin Mohamed (2009) memberi penegasan kepada kepentingan kaedah

mengajar untuk menghasilkan minat membaca teks kesusasteraan. Sehubungan itu,

Durokhman Mohd Basri (2008) dalam Subadrah_Nair dan Rajeswari Arumugam (2006)

telah mengenal pasti model utama pengajaran KOMSAS bertumpu kepada perbincangan yang

diketuai oleh guru dan pemberian nota.

Page 27: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

13

Kajian oleh Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) telah memberi tumpuan

kepada proses pembacaan oleh murid melalui pendekatan teori skema yang berpusatkan

aktiviti pengetahuan latar belakang murid. Kajian ini telah menggunakan kaedah mengajar

untuk membantu murid mengaktifkan pengetahuan latar belakang yang diperlukan untuk

kefahaman cerpen yang berkesan.

Kajian oleh Subadrah dan Rajeswari (2006) adalah satu kajian yang signifikan kepada

tujuan kajian yang akan dijalankan kerana kajian berkenaan telah menunjukkan kepentingan

pengetahuan latar belakang murid untuk menghasilkan kefahaman yang berkesan.

Manakala kajian oleh Sri Indrawati dan Sri Utami (2008) telah mendapati bahawa aktiviti

pemetaan skema formal dan isi kandungan teks sastera telah meningkatkan tahap kefahaman

teks sastera. Kajian beliau juga telah menunjukkan adanya hubungan pengetahuan skema dan

kefahaman teks sastera hasil daripada interaksi teks dan pembaca semasa proses pembacaan.

2.3 Tinjauan penyelidikan lepas

2.3.1 Tinjauan kajian lepas tentang minat murid dalam Pengajaran dan

Pembelajaran KOMSAS

Kajian oleh Mohd Rasdi bin Saamah ( 2002) yang bertajuk, Pelaksanaan KOMSAS dalam

pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah:Satu Tinjauan. Dalam tinjauan ini beliau telah

mengkaji persepsi guru terhadap minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran

KOMSAS sebagai salah satu daripada objektif kajian beliau. Dapatan kajian beliau

menunjukkan bahawa 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka

hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam KOMSAS. Manakala 90.0% atau 27

orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka berminat kerana KOMSAS termasuk

dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Selain itu 22 orang atau 73.3% daripada mereka

bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mereka ajar tidak berminat kepada KOMSAS. Bagi

item yang menyatakan KOMSAS membosankan,

seramai 17 orang (56.6%) guru bersetuju dengan pernyataan tersebut berdasarkan

pengalaman mereka di kelas masing-masing.

Kajian eksperimental oleh Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam(2006) telah

membuktikan kepentingan peranan skema untuk membantu kejayaan pembacaan cerpen .

Page 28: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

14

Dapatan kajian menunjukkan bagi soalan tentang gaya bahasa peningkatan min Kumpulan

Eksperimen lebih tinggi dan signifikan daripada Kumpulan Kawalan. Ini menunjukkan

pengajaran skema gaya bahasa secara terancang dengan menggunakan model skema dapat

membantu pelajar menjawab soalan gaya bahasa dengan baik. Manakala dalam aspek

peningkatan minat murid, dapatan kajian terdapat perbezaan

yang signifikan dari segi minat subjek Kumpulan Eksperimen terhadap pembelajaran cerpen

sebelum dalam selepas pengajaran dengan menggunakan model skema. Peningkatan min ialah

berjumlah 17.34, satu tahap yang signifikan.

Kejayaan kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam(2006) menunjukkan

kepentingan peranan skema sebagai pengetahuan latar belakang murid untuk menghasilkan

kefahaman yang berkesan. Kedua-dua kajian oleh Mohd Rasdi bin Saamah (2002 ) dan

Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) menunjukkan peranan motivasi ekstrinsik

dalam merangsang minat murid dalam pembelajaran KOMSAS. Murid dalam kajian Mohd

Rasdi bin Saamah (2002 ) di dorong oleh faktor pencapaian peperiksaan SPM, manakala

murid dalam kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) di dorong oleh

pencapaian pada akhir pelajaran.

Kajian ini pula bertumpu kepada kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) sebagai

perangsang intrinsik kepada penjanaan minat. Andaian kajian ialah bahawa rasa seronok

dalam pengalaman pembacaan estetik merupakan satu motivasi intrinsik kerana ia tidak di

dorong oleh keinginan pencapaian akademik atau ganjaran luar yang lain.

2.3.2 Tinjauan kajian lepas tentang Kesesuaian Teks KOMSAS (Cerpen)

Kajian oleh Lee Kim Hong ( 2005) yang bertajuk “Pengajaran dan Pembelajaran

Sastera dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Cina KDPM” mendapati bahawa unsur-unsur

struktural teks kesusasteraan Cina telah dikenal pasti oleh subjek kajian beliau sebagai dasar

ciri-ciri kesesuaian teks kesusasteraan. Lee Kim Hong (2005 ) telah memetik pendapat Jeniri

(1988), yang menyarankan tema, persoalan, bahasa, struktur dan ilustrasi sebagai kriteria

pemilihan bahan sastera yang sesuai. Lee Kim Hong (2005 ) juga melaporkan bahawa dapatan

kajian beliau ialah sepadan dengan cadangan Najendran (2000), yang menyatakan bahawa

pemilihan teks sastera yang berkaitan dengan kehidupan pelajar merupakan satu perkara yang

perlu diberi perhatian supaya teks sastera membawa makna kepada pelajar. Kajian Lee Kim

Page 29: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

15

Hong ( 2005) telah menyatakan bahawa teks yang sesuai dengan keperluan kognitif ,

pengalaman peribadi dan bahasa pelajar boleh membantu keberkesanan pengajaran yang

berpusatkan pelajar.

Kajian Ariff bin Mohamad (2009) bertumpu kepada kesesuaian teks KOMSAS

(cerpen) dari aspek-aspek isi kandungan yang mudah difahami dan menarik, menepati cita

rasa murid,mencabar pemikiran murid dan nilai-nilai murni. Manakala kajian oleh Nur Aini

Binti Bidin (2013) memberi tumpuan kepada mesej mudah, menarik dan sesuai kepada

murid. Kedua-dua kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini Binti Bidin (2013)

hanya memberi tumpuan kepada persoalan kesesuaian berdasarkan ciri-ciri kandungan yang

mudah dan menarik, satu konsep kesesuaian yang umum. Pendekatan penyelidikan kedua

mereka merupakan satu analisis kepada fungsi teks KOMSAS (cerpen) sebagai bahan

pengajaran dan mereka tidak memperincikan konsep kesesuaian.

Kajian ini menumpukan kepada persoalan kesesuaian dari aspek struktural cerpen

sebagai ciri-ciri kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) untuk aktiviti bacaan murid.

2.3.3 Tinjauan kaedah penyelidikan dalam kajian kesesuaian teks KOMSAS

(Cerpen)

Kedua-dua kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini Binti Bidin (2013)

menggunakan kaedah soal selidik. Pendekatan mereka memberi kesan kepada reka bentuk

soal selidik dengan menggunakan soalan-soalan umum.

Soalan-soalan dalam kajian Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini Binti Bidin (2013)

menggunakan kata kunci seperti Mesejnya menarik, Mudah difahami,Isi cerita bersesuaian,

Kandungan cerita membosankan, Sukar difahami,Cerita tidak bersesuaian, dan Cita rasa. Satu

kelemahan ialah soalan dalam kajian berkenaan ialah perkataan “bersesuaian” merupakan

bentuk soalan pimpinan dan mempengaruhi responden untuk melakukan bias dalam respons

mereka.

Manakala kajian oleh Lee Kim Hong ( 2005) menggunakan pendekatan kualitatif dan

berbentuk kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual berstruktur. Kelebihan pendekatan

Page 30: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

16

kualitatif ialah persoalan kajian dapat dikaji pada peringkat yang mendalam. Hasil daripada

kaedah temubual oleh Lee Kim Hong ( 2005), telah dapat mengenal pasti fungsi struktural

teks kesusasteraan sebagai faktor penting dalam persoalan kesesuaian teks kesusasteraan.

Tema soalan temu bual Lee Kim Hong (2005) mengikut tema persoalan kajian ialah:

7.1 Persepsi Responden Terhadap Sastera Dalam Sukatan Pelajaran PC

2.4 Rumusan Tinjauan Literatur Kajian

Tinjauan Literatur kajian ini mendapati bahawa dalam persoalan motivasi dan

kaitannya dengan minat membaca teks kesusasteraan bertumpu kepada pengaruh pengajaran

dan pencapaian akademik sebagai motivasi ekstrinsik. Tiada kajian yang memberi tumpuan

kepada pengalaman pembacaan estetika secara terperinci. Walau pun bidang KOMSAS bukan

merupakan satu kajian kesusasteraan yang khusus, dalam proses membaca murid akan

menghadapi gaya bahasa kesusasteraan yang kaya dengan metafora, simile,personifikasi dan

hiperbola. Objektif kefahaman kepada unsur penulisan kreatif memerlukan murid membuat

kaitan dengan pengalaman peribadi mengenai persoalan hidup dan masyarakat. Kajian

pembacaan teks KOMSAS (cerpen) perlu dikaji dalam konteks padanan di antara pengalaman

murid sebagai pembacaan estetika dengan teks. Pembacaan estetika memerlukan

pengetahuan latar dari segi bahasa dan dunia luar untuk menghasilkan kefahaman yang

berkesan justeru itu menjana minat murid untuk membaca teks KOMSAS..

Persoalan kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) juga perlu dikaji dari aspek struktural

cerpen dan kompetensi murid dalam aspek bahasa. Kajian pengajaran teks KOMSAS (cerpen)

oleh Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) telah menunjukkan bahawa skema

sebagai pengetahuan latar belakang boleh membantu murid memahami maksud gaya bahasa

secara berkesan. Kajian mengenai kesesuaian teks Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini

Binti Bidin (2013) bertumpu kepada aspek psikologi, seperti unsur-unsur bosan, menarik dan

cita rasa murid kepada teks. Kesesuaian teks dalam kajian ini dikaji dari perspektif teori

kognitif skema yang memberi tumpuan kepada skema pengetahuan latar belakang murid.

Page 31: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

17

2.5 Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini menggunakan kerangka konseptual LEPO (Learning Environment, Process,

Outcomes) oleh Philips et. al (2010) ialah satu alat analitikal untuk menggambarkan

organisasi idea-idea kajian untuk mencapai tujuan kajian. Merujuk kepada Rajah 1, pada

peringkat tertinggi ialah persekitaran pembelajaran yang membantu proses pembelajaran.

Kemudian daripada itu, bersambungan kepada hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran pula

akan menentukan persekitaran pembelajaran.

Rajah 1: Kerangka Konseptual LEPO Philips et. al. (2010)

Kerangka LEPO digunakan, mengikut Philips et. al (2010), ialah untuk analisis proses

pembelajaran. Penggunaan kerangka ini dapat memetakan tumpuan kajian terhadap tugasan

membaca murid dan menulis ulasan sebagai proses pembelajaran. Kerangka LEPO membantu

penyelidik mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Merujuk kepada Rajah 2, peristiwa

yang di kaji ialah tahap kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang digunakan untuk bacaan

murid sekolah berprestasi rendah. Tumpuan hasil pembelajaran ialah minat yang terangsang

yang terhasil daripada pembacaan teks KOMSAS (cerpen) yang sesuai.

Page 32: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

18

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

Komponen kerangka konseptual kajian dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

KOMSAS(cerpen) ialah murid, teks, proses pembacaan dan minat. Kesesuaian teks

KOMSAS (cerpen) merupakan berpadanan di antara teks dengan pengetahuan latar belakang

murid. Kerangka teoritikal akan menghuraikan kerangka konseptual kajian ini.

2.6 Kerangka teoritikal penyelidikan

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pembentukan minat membaca teks

KOMSAS (cerpen) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Teks KOMSAS

(cerpen) yang sesuai merupakan satu rangsangan intrinsik kepada pembentukan minat

membaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Interpretasi data kuantitatif

kajian ini dipandu oleh teori-teori motivasi. Di samping itu, teori kesesuaian teks sebagai satu

konsep yang berdasarkan kriteria pemilihan teks sebagai bahan pengajaran juga dirujuk.

2.6.1 Teori Motivasi Intrinsik

McCullagh( 2005) dalam Khairuddin bin Nisa(2011) menyatakan motivasi bermaksud

kesungguhan dan ke arah untuk mencapai usaha-usaha, di mana kesungguhan merujuk kepada

kuantiti usaha-usaha yang dibuat, manakala ke arah untuk mencapai merujuk kepada apa yang

Page 33: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

19

akan anda kehendaki. Terdapat dua jenis motivasi utama iaitu motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik.

Motivasi intrinsik bermaksud melakukan sesuatu aktiviti kerana, bukan disebabkan oleh

faktor-faktor luaran yang lain. Apabila seseorang itu telah didorong oleh motivasi intrinsik,

mereka akan melakukan sesuatu perkara kerana rasa gembira, minat dan kepuasan dan bukan

disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan dan ganjaran (Ryan &Deci, 2000) dalam

Khairuddin bin Nisa(2011).

Definisi bagi motivasi ekstrinsik pula sangat berlawanan dengan maksud motivasi

intrinsik. Motivasi ekstrinsik bermaksud seseorang melakukan sesuatu bukan disebabkan oleh

faktor-faktor dalaman individu seperti rasa gembira, minat dan kepuasan tetapi

melakukannya disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan daripada pihak lain atau

disebabkan kerana inginkan ganjaran. Contohnya pelajar sekolah menyiapkan kerja rumah

bukan disebabkan oleh minat terhadap pelajaran tersebut, tetapi disebabkan oleh rasa takut

terhadap hukuman yang akan diberikan oleh ibu bapa mereka jika tidak menyiapkan kerja

rumah itu (Ryan & Deci, 2000) dalam Khairuddin bin Nisa(2011).

Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) dalam kajian mereka mengenai

pengajaran dan pembelajaran KOMSAS (cerpen) telah membuktikan apabila skema latar

belakang murid dapat diaktifkan, peningkatan kefahaman akan berlaku, serta minat murid

terhadap pembacaan cerpen juga telah meningkat.

Berikut adalah pandangan-pandangan ahli teori skema mengenai aspek kefahaman

teks kesusasteraan dan peranan skema latar belakang yang membantu kefahaman teks yang di

petik dalam kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) .

Izzah Abdul Aziz (2000) menjelaskan dalam pembelajaran KOMSAS pelajar harus

memahami teks yang dibacanya dan seterusnya dapat menilai dan mengkritik karya tersebut.

Ini adalah kerana lazimnya dalam sesuatu teks, pengarang mengutarakan mesej yang ingin

disampaikannya secara tersirat iaitu melalui tema dan persoalan, gambaran perwatakan, latar

masyarakat dan bahasa yang digunakannya. Kenyataan tersebut disokong oleh Lazar (1993)

yang menegaskan pelajar perlu membuat interpretasi untuk memahami urutan plot, watak dan

perwatakan, perbendaharaan kata dan seterusnya persoalan-persoalan yang ingin diutarakan

oleh pengarang.

Pengkaji teori skema antaranya Driscoll (1994), Rumelhart (1977), Spiro (1980),

Chiang dan Dunkel (1992), Anderson (2000) dan Brynes (2001) menjelaskan skema atau

pengetahuan latar membantu pelajar dalam proses kefahaman bacaan. Skema ialah

Page 34: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

20

pengetahuan yang dibina dalam struktur kognitif seseorang. Seseorang pembaca menghubung

kaitkan maklumat yang dibacanya dengan skema yang relevan yang terdapat dalam struktur

kognitifnya untuk memahami maksud penulis.

Huraian teori skema mengenai kefahaman seperti di atas menunjukkan bahawa jika

murid dalam kajian ini dapat menggiatkan pengetahuan latar belakang yang berkaitan dengan

struktur cerpen, kefahaman akan terbentuk dan disertakan dengan pencetusan perasaan minat.

Kerangka kajian ini menggabungkan teori motivasi Ryan & Deci, (2000) dengan teori

skema. untuk menjelaskan peristiwa rangsangan oleh teks yang sesuai untuk murid dan

pencetusan minat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran KOMSAS,bacaan teks cerpen

merupakan pembacaan estetika yang mempunyai rangsangan berbentuk rasa suka,gembira,

minat dan kepuasan kerana pembaca dapat membina makna teks yang dibaca. Pembaca

berjaya dalam pembinaan makna teks setelah mengaitkan pengetahuan latar belakang

pembaca degan teks sebagai satu interaksi di antara pembaca dan teks. Pengalaman bacaan

estetik akan menghasilkan rasa suka atau seronok dan minat serta mencetuskan keinginan

meneruskan pembacaan teks sedia ada atau membaca teks-teks yang lain .

2.6.2 Teori Kesesuaian teks.

Marohaini Yusoff (2000) dalam Ariff bin Mohamad (2009) menyatakan bahawa

kejayaan penggunaan strategi bergantung pada pemilihan teks di dalam kelas. Dalam hal ini,

faktor murid iaitu kemampuannya dari segi bahasa, umur, dan minat merupakan rujukan

utama.

Pertimbangan terhadap penggunaan perkataan, sintaksis dan gaya bahasa adalah

penting supaya pelajar dapat menerima teks tersebut dan dengan itu pelajar akan dapat

memahami dan menikmati apa-apa yang dibaca. Demikian juga halnya dengan faktor tema

dan perkaitannya dengan tahap umur dan perkembangan diri pelajar dari segi emosi dan

mental.

Menurut Awang Sariyan (2004:249), dalam Ariff bin Mohmad (2009) keragaman latar

belakang pelajar senantiasa menjadi sebab timbulnya kesulitan menentukan asas pemilihan

teks sastera yang sesuai dalam pengajaran bahasa. Beliau mengenal pasti tiga kriteria utama

yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan teks sastera dalam pengajaran bahasa seperti

berikut:

Page 35: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

21

i.Latar belakang budaya pelajar iaitu persepsi mereka tentang

kemasyarakatan, politik dan ekonomi banyak menentukan pemahaman

mereka tentang teks.

ii.Keterampilan linguistik pelajar iaitu dari segi tahap penguasaan bahasa

pelajar. Guru perlu memilih teks sastera dalam pengajaran bahasa dengan

berasaskan prinsip 'bermula dengan yang lebih lazim' pada sebilangan

besar pelajar.

iii. Latar belakang sastera pelajar iaitu pengalaman menghayati karya sastera

dan sudah mempunyai kesediaan menerima karya sastera sebagai bahan

pelajaran bahasa

Pandangan yang di kemukakan oleh Awang Sariyan (2004:249), dalam Ariff bin Mohmad

(2009) yang menegaskan kepentingan pengetahuan latar belakang ialah pandangan ynang

merujuk kepada skema isi kandungan mengikut Carrell et. al. (1992) dalam Sri Indrawati

dan Sri Utami (2008). Lee Kim Hong ( 2005), telah mengenal pasti fungsi struktural teks

kesusasteraan sebagai faktor penting dalam persoalan kesesuaian teks kesusasteraan.

Mengikut Carrell et. al. (1992) dalam Sri Indrawati dan Sri Utami (2008) struktural teks

merupakan skema formal mengenai organisasi teks. Setiap teks mengikut genre mempunyai

ciri-ciri struktur yang khusus. Jeniri (1988) dalam Lee Kim Hong ( 2005), berpendapat

bahawa kriteria pemilihan bahan sastera yang sesuai perlu fokus kepada unsur-unsur struktur

teks seperti tema, persoalan, bahasa, struktur dan ilustrasi sebagai.

Konsep kesesuaian teks kajian ini merupakan satu konstruk berdasarkan teori skema.

Dimensi kesesuaian soal selidik akan fokus kepada aspek skema formal, unsur-unsur

struktural. Tahap kesesuaian teks di ukur pada dua peringkat. Peringkat kesesuaian pertama

ialah berdasarkan ciri-ciri struktural teks sebagai satu konstruk berasaskan teks . Peringkat

kesesuaian teks kedua ialah mengikut fungsi membaca, di mana skema formal akan di

padankan dengan dimensi pengetahuan latar belakang murid sebagai skema isi kandungan

untuk mengenal pasti tahap kesesuaian untuk aktiviti kefahaman. Kajian ini mengandaikan

dari segi fungsi membaca, bahawa tahap kesesuaian teks cerpen dapat dibuktikan berdasarkan

padanan diantara skema formal dan skema isi kandungan.

Page 36: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

22

2.7 Rumusan

Penyelidik mereka bentuk kajian ini berdasarkan pendapat-pendapat yang di petik

untuk membina satu soal selidik. Soal selidik yang dibina ialah untuk mengenal pasti tahap

kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) dari segi struktural teks. Kesesuaian dari segi fungsi

membaca pula, mengukur kesesuaian teks berdasarkan padanan di antara aspek struktural teks

dan pengetahuan latar belakang murid dalam penjanaan minat pembaca terhadap teks

KOMSAS (cerpen).

Page 37: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

23

Bab 3

Methodologi Kajian

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan secara terperinci mengenai metodologi

kajian yang menggunakan kaedah tinjauan kuantitatif untuk pengumpulan data kajian. Di

samping itu, bahagian-bahagian metodologi yang akan dihuraikan merangkumi reka bentuk

kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan alat

kajian,kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk hasilkan satu dapatan kajian

deskriptif mengenai persepsi murid terhadap tahap minat membaca teks KOMSA (cerpen)

dan tahap kesesuaian teks. Kaedah tinjauan di gunakan untuk pengumpulan data skala dengan

menggunakan kaedah soal selidik. Morrison (1993) dalam Mok Soon Sang (2010)

berpendapat bahawa soal sedidik dapat mewakili populasi sebenar. Sehubungan dengan

konteks kajian ini, data soal selidik dapat mencapai tujuan kajian untuk mengkaji tahap minat

membaca teks KOMSAS (cerpen) murid sekolah berprestasi rendah.

Morrison(1993) dalam Mok Soon Sang (2010) juga mengenal pasti fungsi penggunaan soal

selidik dalam pembentukan generalisasi pola respons responden. Data deskriptif kajian ini

mengenal pasti tiga pola utama respons responden. Pola pertama ialah tahap minat membaca

teks KOMSA (cerpen) dan pola kedua ialah tahap kesesuaian teks. Pola ketiga kajian ini ialah

tahap penggunaan pengetahuan latar belakang murid dalam pembacaan teks KOMSAS

(cerpen).

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya, Lunas, Kedah.

Sekolah ini di pilih berdasarkan status akademik, ia merupakan sebuah sekolah berprestasi

Page 38: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

24

rendah. Peratus Keseluruhan PMR sebanyak 51.78% dan Gred Purata Sekolah sebanyak 3.32

mengikut klasifikasi Kementerian Pelajaran Malaysia, mengkategorikan sekolah ini sebagai

berprestasi rendah. Data pencapaian peperiksaan PMR tahun 2012 -2013 bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu, peratus keseluruhan PMR dan Gred Purata Sekolah untuk PMR dapat

dirujuk pada Jadual 3.1

Jadual 3.1 Analisis Peperiksaan PMR 2013 Dan 2912

Peperiksaan PMR 2013 Dan 2912 Mata

Pelajaran Tahun Calon A B C D E Lulus

GP

Ambil Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Bahasa 2013 195 29 14.87 77 39.49 31 15.9 38 19.49 20 10.26 175 89.74 2.71

Melayu 2012 220 18 8.18 89 40.45 60 27.3 34 15.45 19 8.64 201 91.36 2.76

Peratus

Keseluruhan

PMR 2013

51.78% Gred Purata Sekolah 3.32

3.4 Persampelan

Menurut Mok Soon Sang (2010), populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang

menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Saiz

sampel perlu dimaksimumkan supaya saiz dapat meminimumkan ralat pensampelan. Oleh itu,

penggunaan saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal

biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30.

Kajian ini memilih sebayak 40 orang sebagai sampel daripada 198 orang bagi populasi

tingkatan tiga. Jika digunakan Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan sila rujuk Jadual

3.2 dalam Mok Soon Sang (2010) , saiz sampel yang sepatutnya ialah 127.

Page 39: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

25

Jadual 3.2 : Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan

N S N S N S N S N S

10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338

15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341

20 19 120 92 300 169 900 269 3500 246

25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351

30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 351

35 32 150 108 360 186 1100 285 5000 357

40 36 160 113 380 181 1200 291 6000 361

45 40 180 118 400 196 1300 297 7000 364

50 44 190 123 420 201 1400 302 8000 367

55 48 200 127 440 205 1500 306 9000 368

60 52 210 132 460 210 1600 310 10000 373

65 56 220 136 480 214 1700 313 15000 375

70 59 230 140 500 217 1800 317 20000 377

75 63 240 144 550 225 1900 320 30000 379

80 66 250 148 600 234 2000 322 40000 380

85 70 260 152 650 242 2200 327 50000 381

90 73 270 155 700 248 2400 331 75000 382

95 76 270 159 750 256 2600 335 10000

0

384

Petunjuk: “N” (Populasi) : “S” (Sampel) Sumber : Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W (1970). “Determining Sample Size for Research Activities”, Educational and Psychological Measurement, dalam Mok Soon Sang (2010)

Page 40: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

26

Kajian ini memilih saiz sampel sebanyak 40 orang murid secara pensampelan bertujuan.

Keputusan dibuat untuk menggunakan saiz kecil di sebabkan batasan masa untuk melakukan

analisis soal selidik bagai saiz yang besar.

Menurut Mok Soon Sang (2010), kaedah pensampelan bertujuan, mempunyai pelbagai

kategori. Kajian ini menggunakan kategori kriteria. Kriteria yang digunakan adalah kriteria

kebolehan akademik murid dan kaum. Murid dari kategori sederhana dan kaum Melayu dan

India telah di pilih. Dalam kajian ini murid di kategorikan sederhana mengikut peringkat

nasional kerana kesemua murid Melayu memperoleh keputusan UPSR pada peringkat 2-3 A

manakala bagi murid India dari aliran SJK Tamil, mereka memperoleh 3- 4 A . Murid India

di kategorikan sebagai sederhana di sebabkan kecekapan Bahasa Melayu ialah pada peringkat

sederhana.

Dalam konteks sekolah berprestasi rendah yang di kaji, permasalahan pensampelan

murid merupakan satu perkara yang rumit untuk membentuk sampel kajian yang sebenar-

benar mewakili populasi keseluruhan bagi sekolah berkenan. Nisbah murid Melayu kepada

murid India ialah 6:4. Oleh kerana 90% daripada murid India di sekolah berkenaan sangat

lemah dalam Bahasa Melayu, hanya 6 orang murid India di pilih sebagai responden kajian

kerana menepati kriteria minima kecekapan bahasa .

Kaedah ini digunakan untuk memastikan kesemua responden ada syarat minima

kemahiran membaca supaya murid dapat faham dan menjawab soal selidik. Murid dari segi

kebolehan sederhana sahaja dipilih untuk tujuan menjawab soal selidik kerana proses

penarafan Skala Likert memerlukan kemahiran kognitif peringkat analisis aras keempat serta

membuat penilaian yang merupakan aras keenam dalam Taksonomi Bloom Atiqah Aiza

(2013). Keupayaan kognitif mengikut umur responden telah di kenal pasti oleh (Borgers et al.,

2000; Fuchs, 2005) dalam Fuchs (2009), sebagai faktor yang mempengaruhi

kebolehpercayaan respons soal selidik. Mengikut Fuchs (2009) adalah di andaikan kualiti data

dari murid remaja adalah lebih baik daripada murid di bawah umur 14 tahun.

3.5 Instrumen Kajian

Penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian. Borang soal selidik yang

disediakan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Penjelasan mengenai setiap bahagian dalam borang soal selidik ialah seperti huraian berikut:

i. Bahagian A ialah berkaitan dengan latar belakang pelajar yang merangkumi jantina dan

kaum.

Page 41: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

27

ii. Bahagian B dan Bahagian C adalah berkaitan minat dan persepsi pelajar

terhadap teks KOMSAS (cerpen). Bahagian B merupakan soalan-soalan yang bertumpu

kepada cerpen bertajuk Mutiara Bonda dan Bahagian C merupakan soalan-soalan yang

bertumpu kepada cerpen bertajuk Segala yang Tercinta Ada di Sana.

Struktur soalan -soalan soal selidik adalah seperti dalam Jadual 3.3:

Jadual 3.3 : Jadual Item Instrumen Kajian Minat dan Kesesuaian Teks KOMSAS (cerpen)

Sekolah Menegah Berprestasi Rendah

BAHAGIAN DIMENSI ITEM

Bahagian A Latar Belakang Responden A1, A2, A3, A4

Bahagian B Minat Murid Terhadap Teks

cerpen Mutiara Bonda

B1, B2

Kesesuaian Teks berdasarkan

unsur-unsur struktural cerpen

B3,B4.B5,B6,B7,B8,B9

Pengetahuan latar belakang B10,B11.B12,B13

Bahagian C Minat Murid Terhadap Teks

cerpen Segala yang tercinta ada di

sana.

C1,C2

Kesesuaian Teks berdasarkan

unsur-unsur struktural cerpen

Segala yang tercinta ada di sana.

B3,B4,B5,B6,B7,B8,B9

Pengetahuan latar belakang

murid dari segi bahasa dan

pengalaman peribadi tentang

masyarakat dan kehidupan

B10,B11,B12,B13

Jenis soalan-soalan di gunakan ialah berbentuk skala kadar yang menggunakan format

soalan tertutup. Soal selidik kajian ini hanya mengemukakan 26 soalan supaya responden tidak

rasa jemu dan dapat memberi perhatian. Penyelidik berpendapat bahawa jumlah soalan ia lah

Page 42: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

28

sesuai bagi murid sekolah berprestasi rendah yang mempunyai masalah memberi tumpuan

yang lama bagi satu tugasan.

Menurut Mok Soon Sang (2010) soalan tertutup memerlukan responden memahami

soalan atau penyataan di mana ia berdasarkan arahan yang diberi di dalam soal selidik. Subjek

juga dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat berasaskan kepada cadangan-cadangan

jawapan untuk soalan yang dikemukakan. Kajian ini menggunakan Skala Likert 4 markah

seperti berikut:

1 = Sangat Tidak Setuju

2 = Tidak Setuju

3 = Setuju

4 = Sangat Setuju

Walaupun Skala Likert pada asalnya ia lah 5 markah, ada pakar penyelidikan seperti

Noraini Idris (2010) yang menggunakan Skala 4 markah, dipetik oleh Shamsudin Othman

dan Abdul Rashid bin Jamian (2013)

Soal selidik ini di reka bentuk berdasarkan objektif kajian yang merangkumi aspek-

aspek penjanaan minat membaca, kesesuaian teks dan pengetahuan latar belakang murid.

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Kamaruzaman Moidunny (2013), telah merujuk kepada pendapat (Alias 1992;

Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999) mengenai

kesahan soal selidik. Definisi kesahan soal selidik oleh Kamaruzaman Moidunny (2013) ia

lah “Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen

mengukur apa yang sepatutnya diukur”. Di samping itu, mengikut (Mohd Majid 1990) dalam

Kamaruzaman Moidunny (2013), “Dalam sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai

kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah

tinggi.”

Syed Muhd Kamal Bin S.A.Bakar (2014), telah mengenal pasti prosedur memastikan

kesahan pada instrumen kajian. Mengikut beliau, instrumen ini akan disemak bagi

memastikan isi kandungannya bersesuaian dan menepati matlamat kajian. Semakan pakar

adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan (Kline, 2005;

Page 43: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

29

dan Hulse, 2006). Dalam kajian ini, instrumen kajian akan disemak dan di sahkan oleh

penyelia kajian, Dr. Siti Hawa binti Abdullah, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan, USM.

Kamaruzaman Moidunny (2013), mendefinisikan kebolehpercayaan berdasarkan

pendapat-pendapt (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992), ia lah

”Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan

dalaman”. Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan

dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977) dalam Kamaruzaman Moidunny

(2013) .

Pengiraan nilai Cronbach Alpha tidak di lakukan dalam kajian ini. Kesahan yang

digunakan ialah Kesahan muka, yang merujuk kepada penilaian soal selidik dilihat sebagai

satu instrumen yang dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur.

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan di kalangan murid tingkatan empat SMK Jalan Paya

Besar, Lunas, Kedah. Seramai sepuluh orang murid telah dipilih untuk menjawab soal selidik

kajian. Tujuan kajian rintis ini dijalankan ialah untuk memastikan adanya kesahan muka soal

selidik. Analisis kesahan muka soal selidik bertumpuan untuk semakan bahasa, kejelasan

pernyataan soalan dan kesesuaian bilangan soalan.

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini telah merujuk kepada prosedur pengumpulan data yang di kenal pasti oleh

Mok Soon Sang (2010) yang merupakan sebanyak 11 langkah yang merangkumi tindakan-

tindakan berikut:

Prosedur utama ialah membina instrumen kajian berdasarkan persoalan kajian.

Instrumen yang dibina ialah sebuah soal selidik untuk mengukur minat murid,kesesuaian teks

cerpen dalam KOMSAS dan pengetahuan latar belakang. Tujuan penggunaan instrumen soal

selidik adalah untuk mengesan persepsi murid terhadap persoalan kajian.

Satu kajian rintis telah dijalankan sebelum soal selidik ditadbirkan pada murid.

Pada peringkat pentadbiran soal selidik, seramai 40 orang murid di kumpul di sebuah bilik

darjah. Murid sebagai responden di beri arahan dan panduan cara menjawab soal selidik.

Page 44: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

30

Langkah ini adalah untuk memastikan murid tahu bagaimana untuk memilih respons yang

mewakili persepsi mereka secara tepat terhadap item yang di soal.

3.9 Analisis data

Bagi tujuan menganalisis data, penyelidik menggunakan statistik deskriptif yang

merangkumi kekerapan respons, peratusan dan min serta sisihan piawai yang di kira dengan

perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi18.

Kajian ini melibatkan 40 orang murid sebagai sampel soal selidik yang mengandungi

26 soalan yang dibahagikan kepada 3 bahagian, A,B dan C. Pada bahagian B dan C yang

menumpukan kepada persoalan kajian, dibahagikan kepada tiga dimensi yakni, dimensi

minat, dimensi kesesuaian teks dan dimensi pengetahuan latar belakang murid. Data

kekerapan dan peratus dipersembahkan dalam bentuk carta histogram seperti dalam Carta 3.1

dan data min serta sisihan piawai dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 3.2. Carta bar

akan digunakan untuk mempamerkan nilai min bagi setiap item dalam satu dimensi seperti

dalam Carta 3.3

Carta 3.1 Carta Histogram

Jadual 3.4: Data Min mengikut item soal selidik

Item Min SP Terendah Tertinggi

Page 45: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

31

Carta 3.2 Carta Bar Dimensi

Analisis berbentuk deskriptif di gunakan untuk merumuskan persoalan kajian bagi sampel

kajian berdasarkan respons soal selidik. Analisis deskriptif dapat mengukur tahap minat,

kesesuaian teks dan tahap pengetahuan latar belakang murid berdasarkan nilai min dan

peratus respons.

Boone, Jr. dan Boone (2012) serta Simon dan Goes (2013) telah mengenal pasti

kesesuaian penggunaan nilai min dan nilai sisihan piawai untuk analisis respons mengikut

Skala Likert yang di takrifkan sebagai nilai selang. Soal selidik yang mengguna format Item

Likert, mengikut Sommer (2014), dapat mengenal pasti arah serta ketegasan persetujuan atau

penentangan responden terhadap item yang di kaji dengan melakukan penarafan mengikut

skala yang di sediakan. Soal selidik kajian ini menggunakan Skala Likert 4 markah yakni,

Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.

Untuk mengenalpasti nilai min mengikut tahap, nilai min di kategorikan mengikut

julat.

Shamsudin Othman dan Abdul Rashid Jaminan (2013) mengunakan pengkategorian untuk

Skala Likert 5 markah seperti Jadual 3.5 berikut:

3.5

3.4

3.25

3.17

3.1

2.75

2.75

0 1 2 3 4

Dim

en

si K

ese

sua

ian

Ce

rpe

nCarta Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala Yang

Tercinta Ada di Sana

Plot mudah faham

Faham cerita

Bahasa mudah

Suka Baca Bahasa Indah

Suka kata baru

Suka Tema

Suka Protagonis

Min

Page 46: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

32

Jadual 3.5 Interpretasi Skor Min Likert 5 markah

Kajian ini menggunakan kategori tahap min oleh Nur Aini Bt Bidin (2013) yang

menggunakan Skala Likert 4 markah seperti Jadual 3.6:

Jadual 3.6 Interpretasi Skor Min Likert 4 markah

:JULAT SKOR MIN INTERPRETASI TAHAP

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana

3.01 – 4.00 Tinggi

Kajian ini juga menggunakan Ujian –T untuk mengenal pasti perbezaan signifikan di

antara minat responden terhadap cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di

Sana. Mengikut de Winter dan Dodou (2012) kajian mereka telah membuktikan bahawa ujian

t boleh di gunakan secara tepat tanpa mengkompromikan persoalan kadar perkiraan salah

sebagi alat pengujian statistik soal selidik yang menggunakan Skala Likert 5 poin.

Selain daripada Ujian –T, kajian ini juga telah menggunakan Ujian korelasi Pearson

untuk mengenal pasti kesesuaian teks dari segi fungsi membaca. Tujuan perkiraan korelasi di

jalankan ialah untuk mengenal pasti hubungan di antara skema formal dan skema isi

kandungan sebagi bukti adanya padanan di antara unsur struktur teks dan pengetahuan latar

belakang murid.

Ujian korelasi telah dijalankan diantara item 4, suka protagonis dan item 10,

pengalaman peribadi mengenai watak bagi cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta

Ada di Sana. Murray (2013) dalam kajian beliau telah mendapati kedua-dua Ujian Korelasi

Pearson dan Spearman mempunyai ketepatan perkiraan bagi data Likert. Mengikut Choi et. al.

Page 47: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

33

(2010) Ujian Korelasi Pearson adalah lebih mudah di gunakan untuk perkiraan korelasi dan

interpretasi data. Manakala Ujian Korelasi Spearman lebih sesuai untuk data ordinal.

3.10 Rumusan

Bab ini telah menerangkan metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk

mengukur respons murid. Kaedah deskripsi,mengikut Knupfer et. al. (2012) menumpukan

kepada rumusan ciri-ciri data serta mengenal pasti hubungan korelasi diantara pemboleh ubah

dalam kajian yang dijalankan. Ujian korelasi tidak menunjukkan hubungan sebab musabab

tetapi hanya mengenal pasti kekuatan hubungan di antara dua pemboleh ubah. Analisis data

yang menggunakan nilai min, sisihan piawai dapat menggambarkan, menerangkan dan

mengesahkan data kajian. Data soal selidik berdasarkan statistik deskriptif dapat mengenal

pasti bentuk corak penarafan oleh responden terhadap persoalan kajian. Corak penarafan soal

selidik oleh responden merupakan penerangan pandangan responden bagi satu populasi

mengenai fokus kajian. Maka data soal selidik kajian ini dapat mewakili populasi sekolah

berprestasi rendah mengenai minat mereka terhadap teks, kesesuaian teks KOMSAS yang di

baca dan tahap pengetahuan latar belakang mereka.

Page 48: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

34

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data mengenai

tahap minat murid terhadap membaca teks KOMSAS (cerpen) dan kesesuaian teks berkenaan

sebagai bahan bacaan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Soal selidik kajian ini menggunakan

format item Likert-like/Seperti Likert yang mengikut Boone, Jr. dan Boone (2 012) ialah

format soal selidik yang menggunakan Skala Likert untuk penarafan respons kepada setiap

item soal selidik yang tersendiri. Kajian ini menggunakan data min dan sisihan piawai serta

carta histogram dan carta bar sebagai alat-alat statistik deskriptif. Segala perkiraan statistik

dalam dapatan kajian ini menggunakan perisian SPSS versi 18.

Ujian Korelasi Pearson telah digunakan untuk mengenal pasti korelasi padanan di

antara skema formal dan skema isi kandungan, Item 4 suka watak dan Item 10 ada

pengelaman mengenai watak. Ujian Korelasi Pearson juga telah di gunakan untuk mengenal

pasti korelasi di antara item minat terangsang dan item suka baca bahasa sebagai pembacaan

estetik. Seterusnya korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah

serta korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor struktural,watak telah di kenal

pasti.

Data min dan sisihan piawai di ukur pada selang kayakinan (SK) 95%. Mengikut

Curran-Everett dan Benos (2004) selang keyakinan menunjukkan bahawa min bagi sesuatu

populasi berada dalam sesuatu selang pada peratus keyakinan yang di tetapkan. Selang

keyakinan boleh digunakan sebagai pertanda kebolehpercayaan prosedur perkiraan data yang

tepat. Kiraan selang keyakinan pada SK 95% boleh digunakan sebagai pertanda

kebolehpercayaan keputusan tinjauan yang di laporkan mengikut Cox dan Hinkley (1974)

dalam Confidence interval. (2014, November 8). Neyman (1937) dalam Confidence interval.

(2014, November 8) telah menegaskan bahawa nilai selang keyakinan yang diperolehi

merujuk kepada kebolehpercayaan prosedur anggaran dan tidak merujuk kepada selang yang

dihasilkan oleh perkiraan.

Page 49: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

35

Data respons di persembahkan dengan menggunakan carta histogram, carta bar dan

jadual. Analisis data kekerapan respons di persembahkan melalui carta histogram untuk

menunjukkan variasi dan taburan respons untuk item Minat dan Minat Terangsang. Huraian

analisis data berdasarkan carta histogram dapat menjelaskan arah persetujuan pilihan para

responden mengikut Sommer (2014).Carta bar di gunakan untuk mempaperkan nilai min bagi

item-item mengikut pemeringkatan bagai satu dimensi soal selidik. Iitem-item di susun

mengikut pemeringkatan nilai min untuk menunjukkan penarafan yang paling positif sehingga

yang paling negatif. Jadual digunakan untuk menunjukkan nilai min dan sisihan piawai.

4.2 Latar belakang Responden

Seramai 40 orang murid Tingkatan Tiga dari Sekolah Menegah Kebangsaan Jalan Paya Besar,

Lunas, Kedah yang terdiri dari jantina lelaki, perempuan serta kaum Melayu dan India telah

menjawab soal selidik. Pola jantina dan kaum mengikut bilangan dan peratus ialah seperti

dalam Jadual 4.1

Jadual 4.1 Profil Jantina dan Kaum Responden

Ciri-ciri Demografi Bilangan Responden N=40 Peratus

Lelaki 14 35%

Perempuan 26 65%

Melayu 34 85%

India 6 15%

4.3 Analisis Pencapaian Kefahaman Responden dalam Ujian Percubaan Bahasa Melayu

PT3 bahagian KOMSAS.

Kesemua murid Melayu merupakan murid dari aliran Sekolah Kebangsaan yang

mempunyai pelbagai aras kecekapan Bahasa Melayu. Manakala 6 orang murid India adalah

dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Murid India yang di pilih mempunyai

kemahiran membaca Bahasa Melayu aras sederhana.

Nilai min skor ujian percubaan PT3 bagi Bahasa Melayu Kertas 1 untuk sampel kajian

ialah 73%. Dalam soalan ujian percubaan PT3 Bahasa Melayu Kertas 1 Negeri Kedah, tiada

soalan cerpen bagi bahagian KOMSAS. Soalan bahagian kefahaman teks KOMSAS ialah

Page 50: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

36

puisi dan drama. Nilai min bagi bahagian kefahaman teks KOMSAS ialah 60% atau 12

markah daripada jumlah sebanyak 20 markah. Data ini digunakan untuk mengkategorikan

tahap kefahaman teks KOMSAS oleh para responden pada tahap sederhana.

4.4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.4.1 Objektif 1: Mengkaji minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu selepas membaca teks KOMSAS (cerpen).

Carta 4.1 Carta Kekerapan bagi Item Minat Cerpen Mutiara Bonda.

Merujuk kepada Carta 4.1, benuk taburan kekerapan bagi item Minat ialah pencongan

negatif (- .83) di mana kawasan taburan min berada di sebelah kanan. Analisis penarafan

menunjukkan respons responden berpusat pada Skala Setuju pada peringkat peratusan sah

sebanyak 60% daripada sampel. Tambahan pula peratusan sah sebanyak 32.5% dikenal pasti

sebagai respons Skala Sangat Setuju. Pada keseluruhannya 92.5% daripada responden

menunjukkan minat membaca cerpen Mutiara Bonda. Manakala 7.5% daripada responden

memberi respons negatif kepada cerpen Mutiara Bonda.

Jadual4.2 Respons Minat bagi cerpen Mutiara Bonda mengikut min

Item Min SP Terendah Tertinggi

Page 51: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

37

Minat 3.22 0.66 1 4

Merujuk kepada Jadual 4.2 , nilai min untuk item Minat ialah sebanyak (3.22,0.66)

pada SK 95% [ 3.01 , 3.43 ]. Nilai min ini menunjukkan respons responden berpusat secara

purata pada Skala Setuju. Nilai (SP = 0.66 ) menunjukkan serakan variasi respons daripada

min ialah tinggi. Variasi tinggi ini disebabkan adanya 1 respons pada Skala Sangat Tidak

Setuju yang telah melebarkan julat respons untuk item Minat bagi cerpen Mutiara Bonda.

Carta4.2 Carta Kekerapan Item Minat Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.

Merujuk kepada Carta 4.2, bentuk taburan kekerapan respons ialah hampir semetri

dengan nilai pencongan negatif yang sangat kecil (-.01). Respons positif sebanyak 65%

berpusat pada kawasan 68% taburan normal. Tambahan pula respons Skala Sangat Setuju

ialah 22.5 %. Pada keseluruhannya 87.5% daripada responden menunjukkan minat membaca

cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana . Manakala 12.5% daripada responden memberi

respons negatif kepada cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.

Page 52: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

38

Jadual4.3 Respons Minat bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut min

Item Min SP Terendah Tertinggi

Minat 3.1 0.59 2 4

Merujuk kepada Jadual 4.3 nilai min untuk item Minat ialah sebanyak (3.1,0.59) pada

SK 95% [2.91 , 3.28], yang berpusat secara purata pada Skala Setuju. Nilai (SP = 0.59)

menunjukkan serakan variasi respons daripada min adalah tinggi. Variasi tinggi ini

disebabkan 5 respons pada Skala Tidak Setuju yang telah melebarkan julat respons item

Minat bagi cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.

Jadual 4.4 Tahap Minat bagi Cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana

Cerpen Mutiara Bonda Min SP Julat Min Tahap

Minat

3.22 0.66 3.01 - 4 Tinggi

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di

Sana

Min Julat Min Tahap

Minat

3.1 0.59 3.01 - 4 Tinggi

Min Purat untuk kedua-dua cerpen 3.16 0.37 3.01 - 4 Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.4, min kedua-dua cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta

Ada di Sana adalah pada Tahap Minat Tinggi, ini menunjukkan bahawa kedua-dua cerpen di

minati oleh para responden kajian. Min purata untuk cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang

Tercinta Ada di Sana adalah pada Tahap Minat Tinggi,(3.16,0.37)

Page 53: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

39

Carta 4.3 Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Mutiara Bonda

Jadual 4.5 Min Respons Minat Terangsang bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda

Item Min SP Terendah Tertinggi

Minat 3.1 0.74 1.00 4.00

Carta 4.3 menunjukkan 92.5% responden setuju bahawa selepas membaca cerpen

Mutiara Bonda mereka rasa terangsang untuk membaca cerpen-cerpen yang lain. Carta 4.3

menunjukkan bentuk taburan respons ialah pencongan negatif (-1.3), respons berpusat secara

purata di skala Setuju di arah kanan.

Jadual 4.5 menunjukkan bahawa respons Minat Terangsang ialah pada nilai min (3.10,

0.74) pada SK 95% [2.86 , 3.4]. (SP = 0.74) menunjukkan serakan variasi respons daripada

min ialah tinggi. Variasi tinggi ini di sebabkan adanya 5 respons pada Skala Sangat Tidak

Setuju telah melebarkan julat respons Minat Terangsang bagi cerpen Mutiara Bonda

Skala Item Minat Terangsang

Page 54: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

40

Carta 4.4 Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana

Carta 4.4 menunjukkan 77.5 % responden setuju bahawa selepas membaca cerpen

Segala yang Tercinta Ada di Sana mereka rasa minat terangsang untuk membaca lain-lain

cerpen ialah pada nilai min (3.15, 0.89) pada SK 95% [2.86,3.4]. Carta menunjukkan bentuk

taburan respons ialah pencongan negatif (-.01), respons berpusat secara purata di Skala Setuju

di arah kanan.

Jadual 4.6 Min Respons Minat Terangsang bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana

Item Min SP Terendah Tertinggi

Minat 3.15 0.89 1.00 4.00

Merujuk kepada Jadual 4.6, respons Minat Terangsang (SP = 0.89 ) menunjukkan serakan

variasi respons daripada min adalah tinggi. Variasi tinggi ini dapat disebabkan adanya 2

respons pada Skala Sangat Tidak Setuju telah melebarkan julat respons untuk item Minat

Terangsang bagi cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.

4.4.2 Objektif 2: Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk Mutiara Bonda

berdasarkan unsur-unsur struktural cerpen

Page 55: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

41

Carta 4.5 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Mutiara Bonda mengikut min.

Merujuk kepada Carta 4.5,data mengikut pemeringkatan nilai min menunjukkan

unsur-unsur cerpen yang di sukai dan tidak di sukai oleh responden. Arah respons paling

negatif ialah item B6, bahawa plot cerpen Mutiara Bonda adalah mudah dan senang untuk

difahami (2.85,0.78). Manakala arah respons paling positif ialah item B4, yang

menunjukkan responden suka akan watak ibu Mohd Harazz (3.55,0.67). Diikuti oleh item

B5, responden suka membaca perkataan atau istilah yang baru. Seterusnya, item B3,

responden suka tema mengenai kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki

sehingga berjaya.

Ke empat, item B9, bahawa para responden boleh faham teks walau pun ada perkataan

baru yang tidak di fahami oleh responden (3.25,0.66). Seterusnya diikuti oleh item B7,

responden suka membaca bahasa indah (3.22,0.61), di beri kedudukan yang lebih tinggi dari

pada item B8,bahawa responden setuju bahasa dalam cerpen Mutiara Bonda adalah mudah

untuk difahami (3.17,0.63).

Pada keseluruhannya dalam aspek bahasa, pandangan responden bahawa bahasa teks

adalah mudah mengikut item B8 (3.17,0.63), di sokong oleh respons bagi item B9

(3.25,0.66). Item-item yang berkaitan dengan bahasa pada min (3.25 dan 3.17) menunjukkan

bahawa teks cerpen Mutiara Bonda mempunyai tahap kesesuaian yang tinggi dalam aspek

bahasa.

3.55

3.42

3.4

3.25

3.22

3.17

2.85

0 1 2 3 4

Dimmensi Kesesuaian

Plot mudah

Bahasa Mudah di fahamiBaca Bahasa Indah

Boleh faham

Tema

Suka baca kata baru

Min

Carta Dimmensi KesesuaianCerpen Mutiara Bonda

Page 56: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

Jadual 4.7 Tahap Kesesuaian bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda

Item

Dimensi Kesesuaian

Min

3.26

Merujuk kepada Jadual 4.7, min purata kesesuaian teks cerpen Mutiara Bond ialah

(3.26 , 0.36) pada SK 95% [3.15 , 3.38 ].Nilai min purata ini menunjukkan para responden

menarafkan cerpen Mutiara Bonda pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.7

menunjukkan serakan variasi respons daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.36.)

Variasi sederhana ini dapat dilihat pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak

2.29 dan maksimum pada 4.

4.4.3 Objektif 3: Mengenal pasti tahap kesesuaian ce

Tercinta Ada di Sana” berdasarkan unsur

Carta4.6 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut

min

0 1 2

Dim

en

si K

ese

sua

ian

Ce

rpe

n

Carta Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana

Jadual 4.7 Tahap Kesesuaian bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda

Min Purata (µ ) SP Terendah

3.26 0.36 2.29

Julat Min Tahap Kesesuaian

3.01- 4.00 Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.7, min purata kesesuaian teks cerpen Mutiara Bond ialah

(3.26 , 0.36) pada SK 95% [3.15 , 3.38 ].Nilai min purata ini menunjukkan para responden

menarafkan cerpen Mutiara Bonda pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.7

njukkan serakan variasi respons daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.36.)

Variasi sederhana ini dapat dilihat pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak

4.4.3 Objektif 3: Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk “Segala yang

Tercinta Ada di Sana” berdasarkan unsur-unsur struktural cerpen

Carta4.6 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut

3.5

3.4

3.25

3.17

3.1

2.75

2.75

3 4

Carta Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana

Plot mudah faham

Faham cerita

Bahasa mudah

Suka Baca Bahasa Indah

Suka kata baru

Suka Tema

Suka Protagonis

Min

42

Terendah Tertinggi

2.29 4.00

Tahap Kesesuaian

Merujuk kepada Jadual 4.7, min purata kesesuaian teks cerpen Mutiara Bond ialah

(3.26 , 0.36) pada SK 95% [3.15 , 3.38 ].Nilai min purata ini menunjukkan para responden

menarafkan cerpen Mutiara Bonda pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.7

njukkan serakan variasi respons daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.36.)

Variasi sederhana ini dapat dilihat pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak

rpen yang bertajuk “Segala yang

Carta4.6 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut

Page 57: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

Merujuk kepada Carta 4.4,data mengikut pemeringkatan nilai min item

sukai dan tidak di sukai oleh responden. Arah respons paling negatif ialah item C6, mengenai

plot cerita yang mudah di fahami (2.75,0.70). dan C9, responden boleh faham cerpe

pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70). Manakala arah respons paling

positif ialah item C4, responden suka watak Aku, (3.5,0.59). Dalam aspek bahasa teks, item

C5, responden suka baca perkataan/ istilah baru (3.25,0.67), di beri

tinggi daripada item C7, responden suka baca bahasa indah (3.17,0.71). Item C7 di beri

kedudukan yang lebih tinggi daripada item C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen

adalah muda difahami (3.1,0.59).

Data dimensi kesesuaian

bahawa ada penarafan yang tidak konsisten di antara item C9, responden boleh faham cerpen

walau pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70) yang bersifat hampir kepada

arah negatif dengan item C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen adalah muda

difahami (3.1,0.59) yang berada di arah positif.

Jadual 4.8 Tahap Kesesuaian bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana .

Item

Dimensi Kesesuaian

Min

3.13

Merujuk kepada Jadual 4.8, min purata dimensi kesesuaian cerpen Cerpen Segala

yang Tercinta Ada di Sana ialah (3.13 , 0.39) pada SK 95% [3.01 , 3.26]. Nilai min purata ini

menunjukkan penarafan para responden mengkategorikan cerpen Segala yang Tercinta A

di Sana pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.8 menunjukkan serakan variasi respons

daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.39). Variasi sederhana ini dapat dilihat

pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.43 dan maksimum p

Merujuk kepada Carta 4.4,data mengikut pemeringkatan nilai min item

sukai dan tidak di sukai oleh responden. Arah respons paling negatif ialah item C6, mengenai

plot cerita yang mudah di fahami (2.75,0.70). dan C9, responden boleh faham cerpe

pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70). Manakala arah respons paling

positif ialah item C4, responden suka watak Aku, (3.5,0.59). Dalam aspek bahasa teks, item

C5, responden suka baca perkataan/ istilah baru (3.25,0.67), di beri kedudukan yang lebih

tinggi daripada item C7, responden suka baca bahasa indah (3.17,0.71). Item C7 di beri

kedudukan yang lebih tinggi daripada item C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen

adalah muda difahami (3.1,0.59).

Data dimensi kesesuaian cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana menunjukkan

bahawa ada penarafan yang tidak konsisten di antara item C9, responden boleh faham cerpen

walau pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70) yang bersifat hampir kepada

em C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen adalah muda

difahami (3.1,0.59) yang berada di arah positif.

Jadual 4.8 Tahap Kesesuaian bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana .

Min Purata (µ ) SP Terendah

3.13 0.39

Julat Min Tahap Minat

3.01- 4.00 Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.8, min purata dimensi kesesuaian cerpen Cerpen Segala

yang Tercinta Ada di Sana ialah (3.13 , 0.39) pada SK 95% [3.01 , 3.26]. Nilai min purata ini

menunjukkan penarafan para responden mengkategorikan cerpen Segala yang Tercinta A

di Sana pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.8 menunjukkan serakan variasi respons

daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.39). Variasi sederhana ini dapat dilihat

pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.43 dan maksimum p

43

Merujuk kepada Carta 4.4,data mengikut pemeringkatan nilai min item-item yang di

sukai dan tidak di sukai oleh responden. Arah respons paling negatif ialah item C6, mengenai

plot cerita yang mudah di fahami (2.75,0.70). dan C9, responden boleh faham cerpen walau

pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70). Manakala arah respons paling

positif ialah item C4, responden suka watak Aku, (3.5,0.59). Dalam aspek bahasa teks, item

kedudukan yang lebih

tinggi daripada item C7, responden suka baca bahasa indah (3.17,0.71). Item C7 di beri

kedudukan yang lebih tinggi daripada item C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen

cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana menunjukkan

bahawa ada penarafan yang tidak konsisten di antara item C9, responden boleh faham cerpen

walau pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70) yang bersifat hampir kepada

em C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen adalah muda

Jadual 4.8 Tahap Kesesuaian bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana .

Terendah Tertinggi

2.43 3.86

Tahap Minat

Merujuk kepada Jadual 4.8, min purata dimensi kesesuaian cerpen Cerpen Segala

yang Tercinta Ada di Sana ialah (3.13 , 0.39) pada SK 95% [3.01 , 3.26]. Nilai min purata ini

menunjukkan penarafan para responden mengkategorikan cerpen Segala yang Tercinta Ada

di Sana pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.8 menunjukkan serakan variasi respons

daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.39). Variasi sederhana ini dapat dilihat

pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.43 dan maksimum pada 3.86.

Page 58: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

44

4.4.4 Objektif 4. Mengenal pasti perbezaan tahap minat membaca murid terhadap

cerpen bertajuk Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana.

Jadual 4.9 Perbezaan Tahap Minat diantara terhadap cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang

Tercinta Ada di Sana.

Item Cerpen Mutiara Bonda Cerpen Segala yang Tercinta

Ada di Sana

Nilai Min Minat/ Sisihan

Piawai pada N=40

3.22 0.66 3.1 0.59

Keputusan Ujian t dua bentuk . Aras Signifikan p< 0.05

t = 0.819 df =39 Signifikan dua bentuk= 0.418 p<0.05

Tiada perbezaan signifikan

Merujuk kepada Jadual 4.9, perkiraan ujian t mendapati bahawa tahap minat diantara

cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana tiada perbezaan signifikan.

4.4.5 Objektif 5: Mengenal pasti tahap pengetahuan latar belakang murid

Carta4.7 Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen Mutiara Bonda

Merujuk kepada Carta 4.7, data mengikut pemeringkatan nilai min menunjukkan

kedudukan pelbagai bentuk pengetahuan latar belakang responden mengikut arah dan

ketegasan penarafan. Penarafan pada penegasan yang paling kuat ialah item B10 para

3.57

3.15

3.10

2.57

0.00 1.00 2.00 3.00 4.00

Dimensi Pengetahuan

Latar Belakang

Responden

Carta Dimensi Pengetahuan Latar Belakang Responden Mengikuit Cerpen Mutiara Bonda

Pengetahuan Kosa Kata

Pengalaman Masyarakat

Pengetahuan Gaya

Bahasa

Pengalaman Peribadi

Min

Page 59: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

responden setuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenali individu seperti Aku

(3.57,0.63). Berikutnya, item B12 para responden telah setuju bahawa mereka

pengetahuan untuk memahami gaya bahasa (3.15,0.66). Seterusnya, item B11 para responden

bersetuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenai hal kemasyarakatan untuk

memahami plot cerita (3.10,0.70). Akhir sekali, 45% daripada sampel responden

respons pada item B13 bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk

memahami cerpen Mutiara Bonda (2.570.78).

Data dimensi pengetahuan latar belakang

ada penarafan yang tidak konsisten di ant

bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk memahami cerpen

Mutiara Bonda (2.570.78).dengan item B12, para responden telah setuju bahawa mereka

mempunyai pengetahuan untuk memahami gaya bahasa (3

Jadual 4.10 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Mutiara

Bonda

Item

Dimensi Pengetahuan Latar Belakang

Responden mengikut Cerpen Mutiara

Bonda.

Nilai selepas Item 13 disingkir

Min

3.1

3.27

Merujuk kepada Jadual 4.10, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan

bahawa para responden setuju (3.27,0.42) pada SK 95% [3.13 , 3.41] bahawa mereka

mempunyai pengetahuan latar belakang untuk memahami cerpen Mutiara Bonda pada tahap

yang tinggi. (SP = .42) menunjukkan serakan variasi respons daripada min ialah tinggi.

responden setuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenali individu seperti Aku

(3.57,0.63). Berikutnya, item B12 para responden telah setuju bahawa mereka

pengetahuan untuk memahami gaya bahasa (3.15,0.66). Seterusnya, item B11 para responden

bersetuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenai hal kemasyarakatan untuk

memahami plot cerita (3.10,0.70). Akhir sekali, 45% daripada sampel responden

respons pada item B13 bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk

memahami cerpen Mutiara Bonda (2.570.78).

mensi pengetahuan latar belakang cerpen Mutiara Bond menunjukkan bahawa

ada penarafan yang tidak konsisten di antara item B13, 45% responden mem

bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk memahami cerpen

Mutiara Bonda (2.570.78).dengan item B12, para responden telah setuju bahawa mereka

mempunyai pengetahuan untuk memahami gaya bahasa (3.15,0.66)

Jadual 4.10 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Mutiara

Min Purata (µ ) SP Terendah

Dimensi Pengetahuan Latar Belakang

Responden mengikut Cerpen Mutiara

3.1 0.43 1.75

selepas Item 13 disingkir 3.27 0.42 2

Julat Min Tahap Minat

3.01- 4.00 Tinggi

3.01- 4.00 Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.10, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan

bahawa para responden setuju (3.27,0.42) pada SK 95% [3.13 , 3.41] bahawa mereka

mempunyai pengetahuan latar belakang untuk memahami cerpen Mutiara Bonda pada tahap

i. (SP = .42) menunjukkan serakan variasi respons daripada min ialah tinggi.

45

responden setuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenali individu seperti Aku

(3.57,0.63). Berikutnya, item B12 para responden telah setuju bahawa mereka mempunyai

pengetahuan untuk memahami gaya bahasa (3.15,0.66). Seterusnya, item B11 para responden

bersetuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenai hal kemasyarakatan untuk

memahami plot cerita (3.10,0.70). Akhir sekali, 45% daripada sampel responden memberi

respons pada item B13 bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk

cerpen Mutiara Bond menunjukkan bahawa

ara item B13, 45% responden memberi respons

bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk memahami cerpen

Mutiara Bonda (2.570.78).dengan item B12, para responden telah setuju bahawa mereka

Jadual 4.10 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Mutiara

Terendah Tertinggi

1.75 3.75

4

Tahap Minat

Merujuk kepada Jadual 4.10, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan

bahawa para responden setuju (3.27,0.42) pada SK 95% [3.13 , 3.41] bahawa mereka

mempunyai pengetahuan latar belakang untuk memahami cerpen Mutiara Bonda pada tahap

i. (SP = .42) menunjukkan serakan variasi respons daripada min ialah tinggi.

Page 60: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

46

Variasi tinggi ini dapat dilihat pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.0

dan maksimum pada 4.0.

Carta 4.8 Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen Segala yang

Tercinta Ada di Sana

Merujuk pada Carta 4.8, data mengikut pemeringkatan nilai min menunjukkan

kedudukan pelbagai pengetahuan latar belakang responden mengikut arah dan ketegasan

penarafan. Item C12, responden setuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan mengenai

gaya bahasa pada nilai min tertinggi (3.15,0.69). Seterusnya diikuti oleh item C10 bahawa

para responden setuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenali individu seperti

Aku. Selepas itu, item C11 para responden setuju mereka mempunyai pengalaman masyarakat

untuk memahami plot cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana pada nilai min yang

mempunyai penegasan yang lemah (2.95,0.59). Penarafan yang paling lemah ialah item C 13

para responden mengakui bahawa mereka mempunyai kosa kata untuk memahami cerpen

berkenaan pada nilai min (2.75,0.70).

Data dimensi pengetahuan latar belakang cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana

menunjukkan bahawa ada penarafan yang tidak konsisten di antara item C13, 35% responden

memberi respons bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk

memahami cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana (2.75,0.70) dengan item B12, para

3.15

3.00

2.95

2.75

2.4 2.6 2.8 3 3.2

Dimensi Pengetahuan

Latar Belakang

Responden

Carta Dimensi Pengetahuan Latar Belakang Responden Mengikut CerpenSegala Tercinta Ada di

Sana

Peng. Kosa Kata

Pengalaman Masyarakat

Pengalaman Peribadi

Peng. Gaya Bahasai

Min

Page 61: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

responden telah setuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan untuk memahami gaya

bahasa (3.15,0.69)

Jadual 4.11 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Segala

yang Tercinta Ada di Sana

Item

Dimensi Pengetahuan Latar

Belakang Responden mengenai

cerpen Segala yang Tercinta

Ada di Sana

Nilai min selepas item 13 di

singkir

Min

2.96

3.03

Merujuk kepada Jadual 4.11, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan

bahawa para responden mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan latar belakang

pada nilai min (3.03,0.47) pada SK 95% [2.88 ,3.18 ] untuk memahami cerpen Segala yang

Tercinta Ada di Sana pada tahap yang sederhana. (SP = .47) menunjukkan serakan variasi

respons daripada min ialah tinggi. Variasi tinggi ini dapat dilihat pada julat respons

berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.0 dan maksimum pada 4.0.

4.5 Rumusan

Kajian ini telah mentadbir soal selidik di kalangan 40 responden Tingkatan 3 dari

kebolehan akademik peringkat sederhana. Analisis data berdasarkan nilai min dan sisihan

piawai mendapati persoalan-persoalan kajian mengenai minat, minat terangsang, kesesuaian

teks dan pengetahuan latar belakang telah di ukur pada ketegasan Sekala Setuju secara purata.

Walau bagaimana pun analisis respons secara terperinci mendapati item 13 tidak mempunyai

kebolehpercayaan. Ini merupakan satu kesilapan reka bentuk kajian di peringkat ka

responden telah setuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan untuk memahami gaya

1 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Segala

Min Purata (µ ) SP Terendah

Belakang Responden mengenai

2.96 0.47

3.03 .47

Julat Min Tahap Pengetahuan Latar Belakang

2.01 – 3.00 Sederhana

3.01- 4.00 Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.11, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan

bahawa para responden mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan latar belakang

pada nilai min (3.03,0.47) pada SK 95% [2.88 ,3.18 ] untuk memahami cerpen Segala yang

ta Ada di Sana pada tahap yang sederhana. (SP = .47) menunjukkan serakan variasi

respons daripada min ialah tinggi. Variasi tinggi ini dapat dilihat pada julat respons

berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.0 dan maksimum pada 4.0.

elah mentadbir soal selidik di kalangan 40 responden Tingkatan 3 dari

kebolehan akademik peringkat sederhana. Analisis data berdasarkan nilai min dan sisihan

persoalan kajian mengenai minat, minat terangsang, kesesuaian

pengetahuan latar belakang telah di ukur pada ketegasan Sekala Setuju secara purata.

Walau bagaimana pun analisis respons secara terperinci mendapati item 13 tidak mempunyai

kebolehpercayaan. Ini merupakan satu kesilapan reka bentuk kajian di peringkat ka

47

responden telah setuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan untuk memahami gaya

1 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Segala

Terendah Tertinggi

1.75 3.15

2.0 4.0

Tahap Pengetahuan Latar Belakang

Merujuk kepada Jadual 4.11, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan

bahawa para responden mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan latar belakang

pada nilai min (3.03,0.47) pada SK 95% [2.88 ,3.18 ] untuk memahami cerpen Segala yang

ta Ada di Sana pada tahap yang sederhana. (SP = .47) menunjukkan serakan variasi

respons daripada min ialah tinggi. Variasi tinggi ini dapat dilihat pada julat respons

elah mentadbir soal selidik di kalangan 40 responden Tingkatan 3 dari

kebolehan akademik peringkat sederhana. Analisis data berdasarkan nilai min dan sisihan

persoalan kajian mengenai minat, minat terangsang, kesesuaian

pengetahuan latar belakang telah di ukur pada ketegasan Sekala Setuju secara purata.

Walau bagaimana pun analisis respons secara terperinci mendapati item 13 tidak mempunyai

kebolehpercayaan. Ini merupakan satu kesilapan reka bentuk kajian di peringkat kajian rintis

Page 62: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

48

kerana menggunakan murid dari Tingkatan 4 sebagai sampel kajian rintis. Responden dari

Tingkatan 4 tidak memberi respons yang tidak konsisten pada mana-mana item.

Respons bagi “Item 13: Saya mempunyai pengetahuan kosa kata untuk memahami

cerita”, di dapati tidak mempunyai kebolehpercayaan. Seramai 52.2% daripada responden

telah memberi respons negatif kepada cerpen Mutiara Bonda dan 35% daripada responden

telah memberi respons negatif kepada cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana untuk item .

Respons untuk item ini tidak konsisten dengan respons positif bagi “Item 9: Saya boleh faham

cerita dalam cerpen Mutiara Bonda / Segala yang Tercinta Ada di Sana, walaupun ada

perkataan baru yang saya tidak ketahui sebelum ini”. Apabila di tanya oleh penyelidik, para

responden tidak boleh memberi sebab walau pun mereka mengakui bahawa mereka faham

maksud istilah kosa kata. Ada seorang responden telah memberi respons “ Pakai jawab je!”,

jawapan ini merupakan pertanda bahawa responden tak faham kehendak soalan.

Borgers et. al (2004) telah mengenal pasti masalah respons tidak konsisten di kalangan

kanak-kanak dan awal remaja berdasarkan teori satisficing oleh Krosnick (1991). Teori ini

menerangkan kenapa kebolehpercayaan respons berbeza di antara responden dan kenapa

susun kata soalan soal selidik boleh memberi kesan kepada respons. Teori ini ialah satu

huraian yang terperinci ke atas model proses menjawab soalan standard oleh Tourangeau

(1988; cf. Cannel et al., 1990; Krosnick et al., 1996; Schwarz & Knäuper, 1999; Schwarz et

al., 1998; Sudman et al., 1996). Teori Krosnick mengenal pasti dua proses, optimizing dan

satisficing yang menerangkan perbezaan respons. Optimizing merujuk kepada respons yang

menggunakan kesemua empat langkah-langkah kognitif untuk menjawab soalan soal selidik.

Manakala satisficing ialah respons yang dangkal tanpa melalui kesemua empat langkah-

langkah kognitif untuk menjawab soalan soal selidik.

Mengikut Borgers et. al (2004), murid kanak-kanak dan awal remaja mempunyai

keupayaan kognitif, kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial masih pada peringkat

perkembangan yang berbeza. Perbezaan inilah menyebabkan adanya respons yang berbeza

dari segi kebolehpercayaan respons bagi pernyataan soalan berbentuk negatif yang

memerlukan kefahaman logik. Item 13 berbentuk pernyataan positif tetapi masih merupakan

soalan yang rumit bagai responden awal remaja di sekolah berprestasi rendah.

Keputusan yang di buat oleh penyelidik ialah untuk singkir Item 13 daripada data kajian.

Page 63: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

49

BAB 5

KESIMPULAN & CADANGAN

5.1 Pengenalan

Kajian tinjauan mengenai penggunaan teks KOMSAS (cerpen) sebagai bahan

bacaan untuk pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah berprestasi rendah telah

menumpukan kepada persoalan minat murid, kesesuaian teks sebagai bahan bacaan murid

serta pengetahuan latar belakang murid yang berkaitan dengan teks cerpen yang dibaca oleh

murid.

Pengumpulan dan analisis data kajian ialah berdasarkan andaian-andaian kerangka

konsep kajian. Andaian pertama ialah minat yang terangsang ialah pendorong intrinsik bagi

murid untuk terus membaca lain-lain teks cerpen. Andaian kedua ialah teks yang sesuai ialah

teks di mana unsur-unsur struktural teks adalah sepadan dengan pengetahuan latar belakang

murid yang berkaitan dengan tema, watak utama, plot dan gaya bahasa dalam penceritaan

cerpen berkenaan. Andaian ketiga tahap kesesuaian teks yang tinggi dapat membantu

berlakunya pembacaan estetik.

5.2 Rumusan Kajian Keseluruhan

Kajian ini telah mengenal pasti bahawa sampel kajian yang merupakan murid

Tingkatan 3 sekolah berprestasi rendah telah memberi penarafan yang tinggi untuk objektif-

objektif kajian. Kajian ini mengkategorikan penegasan respons pada nilai min lebih daripada

(3.0) sebagai tahap tinggi.

Andaian pertama kajian ini ialah minat yang terangsang ialah pendorong intrinsik

untuk terus membaca lain-lain cerpen. Nilai min minat terangsang untuk cerpen Mutiara

Bonda ialah (3.1,0.74) dan nilai min minat terangsang untuk Segala yang Tercinta Ada di

Sana ialah (3.1,0.89).

Ujian-T menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan dalam tahap minat di antara

cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana. Dapatan ini ialah di luar

jangkaan kajian kerana pemerhatian dalam kelas menunjukkan responden kurang minat pada

cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana. Cerpen berkenaan mempunyai banyak istilah

Page 64: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

50

berkaitan dengan nama tumbuhan hutan yang tidak digemari oleh sebahagian daripada

responden. Respons yang positif terhadap cerpen menunjukkan bahawa pada keseluruhannya

responden suka pada cerpen dari segi tema masyarakat kampung, dan watak individu rajin.

Ada kemungkinan bahawa soalan soal selidik tidak dapat mengesan aspek-aspek yang tidak di

sukai oleh responden.

Andaian kedua ialah teks yang sesuai ialah teks di mana unsur-unsur struktural teks di

ukur sebagai pertanda tahap kesesuaian dari segi teks sebagai satu konstruk. Kesesuaian dari

fungsi membaca ialah satu padankan di antara dimensi struktural teks dengan dimensi

pengetahuan latar belakang murid. Kedua-dua dimensi kesesuaian (struktural teks) dan

pengetahuan latar belakang telah di beri penarafan pada peringkat tinggi. Penarafan tahap

kesesuaian(unsur-unsur struktural) Cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di

Sana oleh para responden secara purata untuk kedua-dua cerpen ialah (3.03,0.37). Di samping

itu min purata untuk tahap pengetahuan latar belakang bagai kedua-dua cerpen ialah

(3.03,0.37). Maka data tahap kesesuaian (unsur-unsur struktural) dan tahap pengetahuan latar

belakang menunjukkan adanya padanan di antara kedua dimensi berkenaan.

Seramai 82.5% responden mengakui mereka mempunyai pengetahuan latar belakang

mengenai personaliti kedua dua watak utama dan 96.5% responden suka pada kedua-dua

watak utama dalam cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana. Ini

menunjukkan bahawa dari segi unsur watak adanya padanan di antara unsur watak dan

pengetahuan latar belakang murid. Ujian Korelasi Pearson telah mendapati korelasi diantara

item suka protagonis dan pengalaman peribadi bagi cerpen Mutira Bonda ialah lemah (r

=0.37, p>0.05). Ujian Korelasi Pearson telah mendapati korelasi diantara item suka

protagonis dan pengalaman peribadi bagi cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana ialah

sangat lemah (r =0.28, p>0.05). Maka kesesuaian teks dari segi fungsi membaca ialah lemah.

Respons yang sangat tinggi kepada watak utama menunjukkan para responden ialah

pembaca jenis fokus kepada watak semasa membaca. Kajian oleh Smith (2009) telah

memetik kajian oleh Hughes-Hassell and Lutz (2006) yang telah mengenal pasti bahawa

murid awal remaja berminat membaca bahan bacaan mengenai remaja yang seperti mereka.

Ini ialah kerana remaja sebagai pembaca dapat menggiatkan diri mereka dengan personaliti

dalam bahan yang di baca. Watak ibu kepada Harraz, seorang remaja dalam cerpen Mutiara

Page 65: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

51

Bonda dan “Aku” seorang remaja dalam Segala yang Tercinta Ada di Sana ialah watak–watak

yang berkaitan dengan dunia remaja.

Kesesuaian teks cerpen dari segi bahasa juga mendapat respons pada tahap tinggi.

Bagi cerpen Mutiara Bonda 87.5% responden setuju bahawa bahasa teks ialah mudah dan

senang untuk di fahami dan 87.5% responden bersetuju bahawa mereka boleh faham teks

walau pun ada perkataan yang mereka tak faham. Manakala bagi cerpen Segala yang Tercinta

Ada di Sana, 85.5% responden setuju bahawa bahasa teks ialah mudah dan senang untuk di

fahami dan 65 % responden bersetuju bahawa mereka boleh faham teks walau pun ada

perkataan yang mereka tak faham

Data kajian menunjukkan minat terangsang ada kiatan dengan faktor bahasa mudah.

Korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.81, p>0.05)

ialah lebih kuat daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r= 0.57, p>0.05)

untuk cerpen Mutiara Bonda. Bagi cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana, korelasi di

antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.63, p>0.05) ialah lebih

kuat daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r= 0.28, .0.05). Kesimpulan

kajian ini menunjukkan bahawa faktor bahasa mudah teks KOMSAS mempunyai hubungan

signifikan dengan minat terangsang murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

Pemahaman plot merupakan unsur struktural yang paling lemah bagai responden

kajian yang menunjukkan bahawa hanya 63.75 % daripada responden berpendapat bahawa

plot kedua-dua cerpen adalah mudah dan senang di fahami. Mengikut Tovani (2000) dalam

Coutant dan Perchemlides (2005) masalah pemahaman teks naratif berpunca daripada

pembaca yang hanya mempunyai kefahaman permukaan(surface) yang tidak dapat

memahami struktur dalaman(deep structures) teks naratif yang memerlukan kemahiran

berfikir aras tinggi.

Andaian ketiga ialah berlaku pembacaan estetik dapat di kesan oleh respons yang

tinggi daripada responden pada nilai peratus ialah 88.75% untuk item saya suka baca bahasa

yang indah. Selain daripada unsur bahasa yang indah, respons positif yang tinggi kepada

unsur-unsur seperti tema (purata 91.5%) dan watak utama ( purata 96.5%) juga menyokong

bahawa pembacaan estetik telah berlaku.

Ujian korelasi Pearson di antara item minat terangsang dan item suka baca bahasa

indah menyokong andaian bahawa adanya hubungan di antara pembacaan estetik dan minat

Page 66: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

52

terangsang murid untuk terus membaca bahan-bahan teks dalam Bahasa Melayu. Nilai

korelasi untuk pembacaan estetik bagi cerpen Mutiara Bonda ialah (r = 0.75, p>0.05),

hubungan yang kuat. Nilai korelasi untuk pembacaan estetik bagi cerpen Segala yang Tercinta

Ada di Sana ialah (r = 0.63, p>0.05), hubungan yang kuat.

Respons positif, suka; menunjukkan adanya respons emotif daripada pembaca. Kesan

emotif “suka” membawa maksud konotasi “seronok”. Perasaan keseronokan mengikut Mana

Sikana (2009) ialah kesan estetik terhadap pembacaan bahan kesusasteraan. Walau bagaimana

pun dapatan kajian ini mengenai persoalan pembacaan estetik ialah terbatas kepada

kefahaman peringkat literal sahaja.

Pada keseluruhannya kesemua persoalan-persoalan kajian telah menerima penarafan

secara purata pada penegasan Skala Setuju. Tahap respons yang tinggi kepada persoalan

kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga andaian kajian ini telah di kenal pasti mengikut

jangkaan objektif-objektif kajian.

5.3 Perbincangan Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji persoalan sama ada murid Tingkatan 3 dari

sekolah berprestasi rendah mempunyai minat terhadap pembacaan teks

KOMSAS(cerpen).Tambahan pada tujuan yang tersebut, kajian ini juga mengkaji sama ada

tahap kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) bersepadanan dengan pengetahuan latar belakang

murid. Dapatan kajian menunjukkan minat membaca teks telah terangsang dan tahap

kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang di kaji ialah bersepadanan dengan pengetahuan latar

belakang murid.

5.3.1 Minat Membaca Teks KOMSAS (Cerpen)

Dapatan kajian ini mengenai minat murid Tingkatan 3 sekolah berprestasi rendah

terhadap teks KOMSAS (cerpen), menunjukkan respons positif. Seramai 90% daripada

responden memberi respons positif untuk 2 buah cerpen atau nilai min (3.16,0.39). Tahap

respons mengikut peratus ialah selaras dengan dapatan kajian oleh Nur Aini binti Bidin

(2013), 75.6% responden memberi penarafan positif untuk 3 buah cerpen yang paling popular

dan kajian Ariff bin Mohamad (2009), 92.7 % responden dari Tingkatan1-6 memberi

penarafan positif terhadap teks KOMSAS (Cerpen dan Novel ).

Page 67: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

53

Kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) telah menumpukan kepada persoalan minat

penggunaan teks KOMSAS (Cerpen) di kalangan murid Tingkatan 4 aliran Sains. Tahap

minat penggunaan teks dalam pembelajaran Bahasa Melayu ialah pada peringkat sederhana.

Kajian beliau mendapati bahawa sampel kajian hanya mempunyai minat terhadap 3 daripada

6 buah teks cerpen yang wajib dibaca oleh murid tingkatan 4. Manakala kajian ini hanya

menumpu kepada 2 daripada 4 buah teks cerpen yang wajib dibaca oleh murid tingkatan 3.

Reka bentuk kajian yang di gunakan oleh Nur Aini binti Bidin (2013) ialah mengkaji minat

terhadap 6 cerpen dan masalah murid dalam pembelajaran KOMSAS. Manakala kajian ini

menumpukan kepada persoalan yang khusus, aspek kesesuaian teks mengikut unsur-unsur

struktural cerpen dan pengetahuan latar belakang murid. Kajian Nur Aini binti Bidin (2013)

telah menggunakan kriteria bahasa mudah sebagai kriteria minat teks cerpen. Kajian ini telah

menggunakan kriteria bahasa mudah untuk dimensi kesesuaian teks. Kajian Nur Aini binti

Bidin (2013) dan kajian Ariff bin Mohamad (2009) menunjukkan faktor bahasa mudah ada

kaitan dengan minat murid terhadap teks KOMSAS. Ujian korelasi yang telah di jalankan

juga menunjukkan bahawa bagi sampel dari sekolah berprestasi rendah, bahasa mudah juga

merupakan faktor yang signifikan.

Ketiga tiga cerpen Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa yang di minati

oleh murid aliran Sains mempunyai persamaan dengan cerpen Mutiara Bonda dan Segala

yang Tercinta Ada di Sana dari segi tema kegigihan seorang ibu dalam mengharungi

kehidupan (Ibu dan Ceper/ Muriara Bonda), hubungan generasi tua dengan generasi muda

(Memori Seorang Tua/ Segala yang Tercinta Ada di Sana) dan watak utama orang muda

(Melissa/ Segala yang Tercinta Ada di Sana).

Persamaan ini menunjukkan bahawa murid aliran sains mempunyai respons yang

positif kepada 3 buah cerpen yang di sebut kerana cerpen-cerpen berkenaan mempunyai isi

kandungan yang murid aliran sains dapat mengaitkan diri mereka dengan persoalan cerpen.

Bagi 3 buah cerpen yang lain untuk tingkatan 4, berkisar kepada persoalan budaya yang murid

remaja tidak mempunyai minat. Dapatan kajian Nur Aini binti Bidin (2013) membuktikan apa

yang telah di kenal pasti oleh Hughes-Hassell and Lutz (2006) dalam Smith (2009) bahawa

remaja mempunyai minat yang tinggi kepada teks yang ada kaitan dengan diri mereka.

Ainon Mohd (2010) telah mengenal pasti satu unsur penting bagai sastera remaja ialah

ia berkisar kepada dunia remaja dari perspektif remaja. Maka dalam konteks bahan bacaan

Page 68: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

54

yang bersifat kesusasteraan, dapatan Hughes-Hassell and Lutz (2006) mengenai minat murid

terhadap bahan bacaan dapat di perkembangkan untuk menjelaskan minat kepada bahan

bacaan kesusasteraan yang mempunyai ciri-ciri sastera remaja.

Interpretasi penyelidik terhadap kajian Nur Aini binti Bidin (2013) serta kajian ini

menunjukkan bahawa minat murid kepada teks KOMSAS (Cerpen) mempunyai kaitan

dengan ciri-ciri sastera remaja dalam teks KOMSAS (Cerpen). Maka aliran akademik Sains

atau status Sekolah Berprestasi Rendah bukan merupakan sebagai faktor yang boleh di

kiatkan dengan minat murid terhadap teks KOMSAS (Cerpen).

Bagi Item Minat Terangsang untuk cerpen Mutiara Bonda, responden setuju pada nilai

min (3.10,0.74) bahawa minat mereka telah terangsang untuk terus membaca teks-teks yang

lain. Bagi Item Minat Terangsang untuk cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana, responden

setuju pada nilai min (3.15,0.89) bahawa minat mereka telah terangsang. Dalam kajian Nur

Aini binti Bidin (2013) pelajar aliran sains telah hanya setuju bahawa minat mereka telah

terangsang oleh aktiviti pengajaran KOMSAS pada nilai min (2.72,0.88). Walaupun kajian ini

melihat minat terangsang dari hasil pembacaan estetik, manakala kajian Nur Aini binti Bidin

(2013) melihat minat terangsang dari hasil pengajaran, respons dari kedua-dua sampel adalah

tekal mengikut trend penarafan bagi sampel yang berkenaan. Kajian Ariff bin Mohamad

(2009) telah mendapati bahawa 78.2% daripada responden setuju bahawa pengajaran

KOMSAS telah menambah minat mereka untuk membaca teks KOMSAS. Kajian Nur Aini

binti Bidin (2013) dan Ariff bin Mohamad (2009) telah mengkonsepsikan minat yang

dirangsang sebagai motivasi ekestrink kerana minat dirangsang oleh faktor luar pada murid,

ya itu proses pengajaran. Manakala kajian ini mengkonsepsikan minat terangsang sebagai

motivasi intrinsik hasil daripada murid selepas pembacaan estetik. .

5.3.2 Kesesuaian Teks KOMSAS (Cerpen)

Kajian ini telah membina soal selidik untuk dimensi kesesuaian teks berdasarkan

struktural cerpen dari sudut tujuan penggunaan teks sebagai bahan bacaan murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) dan

Ariff bin Mohamad (2009) telah membina soal selidik dimensi kesesuaian dari sudut tujuan

penggunaan teks sebagai bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu.

Page 69: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

55

Nilai min untuk tahap kesesuaian 2 teks KOMSAS (Cerpen) untuk kajian di sekolah

berprestasi rendah ialah (3.20,0.31), untuk kajian Nur Aini binti Bidin (2013) ialah (2.97) dan

untuk kajian Ariff bin Mohamad (2009) ialah (1.5). Tahap kesesuaian teks KOMSAS

(Cerpen) yang tinggi bagi sekolah berprestasi rendah ialah selaras dengan dapatan kajian Ariff

bin Mohamad (2009) yang juga berada pada peringkat tinggi. Dapatan kajian Nur Aini binti

Bidin (2013) bahawa teks KOMSAS (Cerpen) untuk Tingkatan 4 ialah sesuai pada peringkat

sederhana.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah data dari kajian ini telah mengesahkan bahawa

teks KOMSAS (cerpen) yang di sediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sesuai

untuk semua peringkat pelajar di semua sekolah menengah di Malaysia.

5.3.3 Kerangka Konseptual Kajian

(a) Dapatan kajian berdasarkan teori-teori dalam kerangka konseptual kajian.

Dapatan kajian ini mengenai motivasi menunjukkan bahawa murid remaja mempunyai

motivasi intrinsik yang di dorong oleh minat untuk membaca teks KOMSAS (cerpen) apabila

kandungan cerpen itu mempunyai kaitan dengan dirinya dan dunia remaja. Dapatan kajian ini

mengenai motivasi menunjukkan bahawa responden setuju bahawa selepas membaca teks

KOMSAS, murid mempunyai motivasi intrinsik untuk terus membaca. Persetujuan responden

menyokong teori motivasi (Ryan &Deci, 2000) dalam Khairuddin bin Nisa (2011),yang

mengenal pasti faktor minat sebagai pendorong kepada motivasi intrinsik.

Konstruk soal selidik kajian ini ialah berdasarkan teori skema, dimensi kesesuaian

berdasarkan unsur-unsur struktural ialah skema formal dan pengetahuan latar belakang murid

ialah skema isi kandungan mengikut Carrell et. al. (1992) dalam Sri Indrawati dan Sri Utami

(2008). Penggunaan teori skema sebagai konstruk soal selidik telah mengenal pasti corak

penarafan dimensi kesesuaian mengikut unsur-unsur struktural teks. Responden telah

memberi penarafan tinggi kepada unsur watak dan tema cerpen yang berkaitan dengan dunia

remaja. Responden juga memberi penarafan yang tinggi bagi skema isi kandungan, responden

setuju mereka mempunyai pengetahuan latar belakang mengenai personaliti watak. Corak

penarafan menunjukkan minat responden kepada unsur watak dan tema cerpen di pengaruhi

oleh faktor identiti responden sebagai remaja. Kajian oleh Hughes-Hassell and Lutz (2006)

Page 70: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

56

dalam Smith (2009) dan rencana Utusan Online oleh Rajiah Hasan (2008) yang memetik

dapatan Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia; remaja minat

membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan dunia remaja.

(b) Kesesuaian teks KOMSAS (Cerpen) dalam Konteks Sekolah Berprestasi

Rendah

Kepentingan faktor umur merupakan satu dapatan di luar jabgkaan kajian, kerana

tujuan kajian ialah untuk mengumpul data minat dan kesesuaian teks dalam konteks sekolah

berprestasi rendah. Corak penarafan respons soal selidik kajian dari segi kebolehpercayaan

respons dan kecenderungan minat membaca teks cerpen telah menunjukkan bahawa faktor

umur ialah lebih kritikal daripada faktor persekitaran pendidikan, sekolah berprestasi rendah.

Walau bagaimana pun data soal selidik yang berkaitan dengan kemahiran kefahaman dapat

menunjukkan ciri-ciri kesesuaian teks KOMSAS (Cerpen) dalam konteks sekolah berprestasi

rendah berdasarkan kesukaran kefahaman.

Respons yang sederhana terhadap keupayaan memahami plot ialah pertanda

kelemahan kefahaman. 65% responden bersetuju bahawa plot kedua-dua cerpen ialah muda

dan senang untuk di fahami. Data ini menunjukkan bahawa 35% daripada responden

menghadapi masalah memahami plot cerpen yang berkaitan dengan organisasi naratif cerpen.

Kelemahan ini ialah pertanda pembaca lemah mengikut Pang (2008) berdasarkan dapatan

kajian oleh Commander and Stanwyck (1997) .

Dari segi kompetensi bahasa, 35% daripada responden tidak setuju bahawa mereka

boleh faham teks kerana ada perkataan baru yang mereka tidak faham. Ini menunjukkan

adanya kelemahan dalam strategi membaca serta kelemahan perbendaharaan kata. Pang

(2008) telah memetik dapatan kajian oleh Alderson (2000) dan Grabe and Stoller (2002, p.

77) yang telah mengenal pasti kecekapan perbendaharaan kata di kalangan pembaca bahasa

pertama sebagai pertanda pembaca mahir.

Kefahaman peringkat teks yang terbatas oleh kerana ada perkataan baru yang tidak

difahami ialah pertanda pembaca lemah. Dapatan kajian Hosenfeld (1977, 1984) dalam Pang

(2009) menunjukkan bahawa pembaca yang mahir dari segi strategi membaca dapat

memahami teks secara keseluruhan walau pun teks itu mengandungi perkataan baru yang

tidak dikenali.

Page 71: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

57

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 35% daripada murid sekolah berprestasi rendah

dalam sampel kajian mendapati teks KOMSAS (Cerpen) adalah sukar untuk difahami.

Kesukaran yang di kenal pasti ialah dari segi ada perkataan baru yang tidak difahami dan plot

cerpen.

Kajian kebolehbacaan oleh Dahlia binti Janana (2003) telah mengemukakan tesis

bahawa tahap kesesuaian teks KOMSAS perlu ikut tahap kebolehbacaan yang sesuai

mengikut peringkat tahap persekolahan. Konsep kesesuaian teks yang di kemukakan

bermaksud bagi judul teks kesusasteraan yang sama, kerumitan ayat dan perkataan bagi teks

peringkat sekolah rendah ialah lebih mudah daripada teks untuk sekolah menengah.

Berdasarkan konsep kesesuaian oleh Dahlia binti Janana (2003,) tahap kesesuaian teks

KOMSAS (Cerpen) boleh di interpretasikan sebagai kurang sesuai dari segi kebolehbacaan.

bagi 35% responden yang merupakan pembaca lemah.

5.3.4 Batasan Data Kajian

Batasan utama kajian ini ialah responden terdiri daripada remaja yang berumur 15

tahun. Kesan umur responden dapat di kesan pada sisihan piawai yang tinggi yang

menunjukkan perbezaan respons yang tinggi pada hampir kesemua respons item mengikut

Borgers et. al. (2004).

Kajian oleh Fuchs (2009) mendapati kualiti data mempunyai kaitan dengan umur

responden. Keupayaan kognitif remaja yang tidak dapat membuat interpretasi respons pada

kebolehpercayaan yang tinggi kerana dibatasi oleh kemahiran logik yang belum matang.

Mengikut Fuchs (2009) kajian oleh (Borgers et al., 2000; Fuchs, 2005) mendapati bahawa

kebolehpercayaan data dari remaja adalah lebih berkualiti daripada respons kanak-kanak.

Maka kebolehpercayaan data dalam kajian ini terbatas oleh umur dan keupayaan kognitif

responden.

5.4 Cadangan untuk Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah

Berprestasi Rendah

Dapatan kajian ini telah menunjukkan kepentingan teori skema untuk kefahaman teks

KOMSAS (Cerpen). Kajian ini mencadangkan:

Page 72: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

58

(a) Guru perlu menggunakan kaedah konstruktivisme untuk meningkatkan tahap

kefahaman dan minat murid berdasarkan teori skema.

(b) Guru perlu mengajar maksud perkataan sebagi pengetahuan latar belakang dan strategi

mengaktifkan pengetahuan latar belakang semasa proses membaca..

(c) Guru perlu mengajar maksud frasa atau ayat sebagi pengetahuan latar belakang dan

strategi mengaktifkan pengetahuan latar belakang semasa proses membaca..

(d) Guru perlu menggunakan peta pemikiran sebagai strategi untuk pemetaan isi

kandungan teks untuk pembentukan skema isi teks dalam bentuk grafik.

(e) Guru perlu menjalankan aktiviti meta kognisi sebagai pengajaran mengenai proses

kefahaman teks kesusasteraan untuk membentuk skema tatacara kefahaman.

(f) Guru perlu mengajar kemahiran berfikir aras tinggi untuk pembentukan skema

seperti tema, plot dan perwatakan .

5.5 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penambahbaikan reka bentuk kajian tinjauan

boleh di lakukan untuk kajian pengajaran dan pembelajaran KOMSAS:

(a) Menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan soal

selidik serta interbiu atau soalan separuh berstruktur untuk memperoleh maklumat

yang lebih terperinci mengenai pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.

(b) Menggunakan kaedah kajian kes untuk meninjau strategi bacaan murid untuk

kefahaman teks KOMSAS.

(c) Konsep sastera remaja di gunakan sebagai kerangka konseptual untuk kajian teks

KOMSAS.

(d) Menjalankan kajian kebolehpercayaan respons murid remaja.

(e) Menjalankan kajian kebolehbacaan teks KOMSAS yang berteraskan pengetahuan latar

belakang murid.

(f) Menjalankan kajian mengenai pembacaan estetika yang lebih terperinci.

(g) Menjalankan kajian untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengajar tema

atau persoalan teks KOMSAS yang tidak di sukai oleh pelajar.

Page 73: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

59

5.6 Rumusan

Pembacaan estetik teks KOMSAS(Cerpen) telah mencetus rasa suka kepada bacaan

cerpen sehingga merangsang minat murid sebagai motivasi intrinsik untuk terus membaca

karya cerpen yang lain. Perasaan suka terhadap teks KOMSAS (Cerpen) ialah kerana tahap

kesesuaian teks yang tinggi dari segi bahasa mudah serta perwatakan dan tema yang berkaitan

dengan dunia remaja. Pengetahuan latar belakang murid sebagai satu skema sedia ada telah

membantu murid untuk memahami dan suka unsur watak pada korelasi yang lemah. Maka

padanan yang lemah menunjukkan peranan skema isi kandungan mempunyai pengaruh yang

lemah dalam proses kefahaman murid.

Tahap minat dan penarafan kesesuaian teks bagi cerpen Mutiara Bonda dan Segala

yang Tercinta Ada di Sana ialah pada peringkat tinggi. Walau pun begitu, 35% daripada

responden telah memberi respons yang menunjukkan kedua-dua cerpen berkenaan kurang

sesuai bagi mereka. Ini di sebabkan oleh masalah perkataan baru telah membantut tahap

kefahaman mereka serta plot cerpen juga di dapati sukar untuk di fahami. Bagi dimensi

struktural cerpen,corak penarafan unsur-unsur struktural oleh responden menunjukkan

pemeringkatan yang utama kepada watak, di ikuti oleh tema dan akhir sekali plot. Ujian

korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa korelasi minat terangsang dengan bahasa mudah

ialah lebih kuat daripada korelasi minat terangsang dengan unsur struktural, watak. Ujian

korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa faktor signifikan dalam persoalan kesesuaian

teks KOMSAS (Cerpen) ialah bahasa mudah.

Dapatan kajian ini menunjukkan bagi sampel populasi sekolah berprestasi rendah,

minat terangsang dan kesesuaian teks KOMSAS (Cerpen) mempunyai kaitan signifikan

dengan unsur bahasa mudah. Tambahan pada itu, unsur-unsur struktural teks dari segi

watak,tema dan plot juga mempunyai kaitan dengan kesesuaian teks. Pada keseluruhannya

corak respons sampel murid dari sekolah berprestasi rendah di pengaruhi oleh keupayaan

kognitif mengikut peringkat umur.

Page 74: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

60

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Norzila Md Yusof (2013). Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkatkan Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid. Jurnal Bahasa: Jilid 13 Bil.1, Jun 2013. http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Mempertingkat-bahasa-melayu.pdf

Ainon Mohd (2010). Sastera Remaja: Apa Itu Genre ‘Young Adults’. Universiti Terbuka PTS

http://universitipts.com/index.php/site/comments/Sastera_Remaja_Apa_Itu_Buku_Young_Adults/

Ariff bin Mohamad(2009). Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks Bagi Genre Cerpen Dan Novel Komponen Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Tesis Sarjana Muda,) Universiti Pendidikan Sultan Idris. http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/433/1/ANALISIS KESESUAIAN PEMILIHAN TEKS BAGI GENRE CERPEN DAN NOVEL KOMPONEN SASTERA DALAM PENDIDIKAN BAHASAMELAYU

Atiqah Aiza (2013) . Nota BMM 3103- Domain Kognitif Taksonomi Bloom. http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/nota-bmm-3103-domain-kognitif-taksonomi.html

Bahagain Pembangunan Kurikulum (2002). Hurian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Boone, Jr. Harry N. dan Boone, Deborah A. (2012).Analyzing Likert Data. The Journal of Extension. April 2012 // Volume 50 // Number 2. http://www.joe.org/joe/2012april/tt2.php

Borgers, Natacha. , Joop, Hox., dan Sikkel, Dirk. (2004). Response Effects in Surveys on Children and Adolescents: The Effect of Number of Response Options, NegativeWording, and Neutral Mid-Point. Quality&Quantity38: 17–33, 2004. Kluwer Academic Publishers. http://dspace.library.uu.nl/handle/1874/23628

Page 75: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

61

Choi, Jaehwa et. al. (2010) Correlational analysis of ordinal data: from Pearson’s r to Bayesian polychoric correlation. Asia Pacific Educ. Rev. (2010) 11:459–466 DOI 10.1007/s12564-010-9096-y. http://www.statpt.com/correlation/choi_2010.pdf

Confidence interval. (2014, November 8). Dalam Wikipedia, The Free Encyclopedia. Di dapatkan semula 01:31, November 11, 2014, dari http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Confidence_interval&oldid=632956509

Coutant, Carolyn dan Perchemlides, Natalia (2005). Strategies for Teen Readers. Educational-

Leadership. October 2005 | Volume 63 | Number 2 Reading Comprehension Pages 42-47

http://www.ascd.org/publications/educational-leadership/oct05/vol63/num02/Strategies-for-Teen-Readers.aspx

Curran-Everett , Douglas. dan Benos, Dale J. (2004). Guidelines for reporting statistics in journals published by the American Physiological Society.Advances in Physiology Education. Published 1 September 2004Vol. 28no. 3, 85-87DOI: 10.1152/advan.00019.2004. http://advan.physiology.org/content/28/3/85

Dahlia bt. Janana (2003). Kebolehbacaan dan kesesuaian teks komponen sastera Bahasa Melayu-kajian menurunkan indeks kebolehbacaan. (Tesis sarjana) Universiti Pendidikan Sultan Idris. http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/156/1/Kebolehbacaan dan kesesuaian teks komponen sastera Bahasa Melayu-kajian menurunkan indeks kebolehbacaan.pdf

de Winter,J.C.F. dan Dodou, Dimitra (2012). Five-PointLikertItems: t test versus Mann-Whitney-Wilcoxon. Practical Assessment, Research & Evaluation.Volume 15, Number 11, October,2010. http://pareonline.net/getvn.asp?v=15&n=11

Fuchs,Marek (2008). The Reliability of Children’s Survey Responses: The Impact of Cognitive Functioning on Respondent Behavior. Proceedings of Statistics Canada Symposium 2008

Data Collection: Challenges, Achievementsand New Directions. http://www.statcan.gc.ca/pub/11-522-x/2008000/article/10961-eng.pdf

Kamaruzaman Moidunny (2013). Artikel 17 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian. http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2013/07/artikel-17-kesahan-dan-kebolehpercayaan.html

Khairuddin bin Nisa (2011). Kesan Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Extrinsik Ke Atas Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 SMK Khir Johari Sungai Sumun (Kajian ilmiah).

Page 76: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

62

http://www.geoandyou.com/kajian_ilmiah/kajian_motivasi_intrinsik&extrinsik_2011.pdf

Knupfer, Nancy et. al. (2012) Descriptive Research Methodologies. Handbook of Research for Educational Communications and Technology. Edited by David H. Jonassen The Association for Educational Communications and Technology. http://www.aect.org/edtech/ed1/41/41-01.html

Lee Kim Hong ( 2005).Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Cina KDPM. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/leeMPRM.pdf

Mat Asuar Awang (2008) KesanPendekatanPenghayatanTerhadapPembelajaranPuisi.(Tesis PhD ) UniversitiSains Malaysia. http://eprints.usm.my/9971/1/KESAN_PENDEKATAN_PENGHAYATAN.pdf

Mana Sikana (2009).Estetika di Sebalik Tabir Teori Sastera Melayu.Islam. Jurnal Melayu (4) 2009: 11-28. http://www.ukm.my/j-melayu/images/PDF/pdf%204/2-Mana.pdf

Mohd.Azli Bin Muda (2011) Sejarah Dan Kepentingan KOMSAS.(Tugasan Kursus) Universiti Terbuka Malaysia. http://www.scribd.com/doc/61854727/SEJARAH-DAN-KEPENTINGAN-KOMSAS

Mohamed Kassim bin Abdul Latif (1999). Penggunaan Cerpen Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 Di Dua Buah Sekolah. (Thesis sarjana) University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/1135/4/BAB_1.pdf

Mohd Rasdi bin Saamah (2002) Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di

sekolah menengah: Satu Tinjauan .Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. http://jpmipgmtaa.webs.com/penulisan/microsoft word kajian_komsas.pdf

Mok Soon Sang (2010) Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Ipoh, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Murray, Jacqueline (2013) Likert Data: What to Use, Parametric or Non-Parametric? International Journal of Business and Social Science, Vol. 4 No. 11; September 2013 http://www.ijbssnet.com/journals/Vol_4_No_11_September_2013/23.pdf

Page 77: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

63

Natha Kosasi, Prabantantyo (2012). Korelasi Minat Membaca Di Perpustakaan Sekolah Dengan Prestasi Belajar Siswa Kelas IV SD Di Kecamatan Pengasih Kabupaten Kulon Progo S1 thesis Universitas Negeri Yogyakarta

http://eprints.uny.ac.id/9696/3/Bab 2-08108249144.pdf

Nik Hassan Nik Ab. Kadir (2007).Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu. Jurnal Peradaban Melayu. http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu_04.html

Nur Aini Bt Bidin (2013) Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen Dalam Kalangan Murid Aliran Sains (Tesis Sarjana Muda,) Universiti Perdana Malaysia. http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 25201.doc

Rajiah Hasan (2008) Membaca bentuk sahsiah remaja, Rencana Utusan Online 07/05/2008 http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Seperi Ismail (2013 ) Jumaat, 21 Jun 2013. KOMSAS. Wacana Perkongsian. http://seprianiq.blogspot.com/2013_06_01_archive.html.

Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian (2013) Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Didik-hibur.pdf

Simon, M. K., dan Goes, J.(2013). Dissertation and scholarly research: Recipes for success(2013Ed.). Seattle, WA, DissertationSuccess, LLC. http://www.dissertationrecipes.com/wp-content/uploads/2011/04/Measurement-and-Likert-Scales.pdf

Smith, Nichole Lynnette (2009). A Study of Middle Grades Students’ Reading Interests,

Habits, and Achievement.( Doctorate of Education Thesis) University of North Carolina at Chapel Hill. https://cdr.lib.unc.edu/indexablecontent/uuid:6130e628-adb6-440a-bf88-a964c59878db

Sommer,Barbra (2004). Measuring Attitudes. Scaling Module.

http://psychology.ucdavis.edu/faculty_sites/sommerb/sommerdemo/scaling/attitude.htm

Sri Indrawati, Nurbaya, dan Sri Utami (2008). Peningkatan Keterampilan Membaca Melalui Pemetaan Skemata Isi Dan Struktur Teks. Forum Kependidikan, Volume 28, Nombor 1 September 2008 http://forumkependidikan.unsri.ac.id/userfiles/Artikel%20Sri%20Indrawati-UNSRI.pdf

Page 78: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

64

Subadrah Nair danRajeswariArumugamm(2006).Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu Malaysian Journal of Learning and Instruction .MJLI VOL. 3 (2006) 65 http://repo.uum.edu.my/1065/1/Subadrah_Nair.pdf

Syed Muhd Kamal Bin S.A.Bakar (2014) Instrumen Penilaian Kemahiran Generik Dalam Kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK): Metode Kajian. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014). BatuPahat, Johor, 9–10 April 2014

http://eprints.uthm.edu.my/5482/1/Syed_Muhd_Kamal_Bin_S.A.Bakar_Full_Paper_29.pdf

Phillips, R. A., McNaught, C., & Kennedy, G. (2010). Towards a generalised conceptual framework for learning: the Learning Environment, Learning Processes and Learning Outcomes (LEPO) framework. In J. Herrington & W. Hunter (Eds.), ED-MEDIA 2010 (pp. 2495–2504). Proceedings of the 22nd annual World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia & Telecommunications, Toronto, Canada, 28 June–2 July. Chesapeake VA: Association for the Advancement of Computers in Education.

Page 79: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

65

LAMPIRAN

Page 80: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

66

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN:

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pelajar-pelajar yang dihormati,

- Saya merupakan mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah dari Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan.

- Tahniah kerana anda telah terpilih dalam kajian ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian anda untuk mengambil bahagian dalam kajian ini.

- Sila jawab kesemua soalan yang diberikan.

- Identiti dan respon anda adalah SULIT dan akan dirahsiakan.

- Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan dan akan digunakan untuk tujuan kajian sahaja.

Page 81: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

67

BAHAGIAN A : Latar Belakang Pelajar

Arahan :

i. Sila tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan. ii. Sila jawab semua soalan.

1. Bangsa : Melayu [ ] India [ ] 2. Jantina : Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

Bahagain B:Soal Selidik Cerpen Mutiara Bonda

ARAHAN BAHAGIAN B DAN C : BULATKAN JAWAPAN BERDASARKAN SKALA 1, 2, 3, ATAU 4.

Petunjuk :

4 – Sangat Setuju 3 – Setuju 2 – Tidak Setuju 1 – Sangat Tidak Setuju

Tajuk Cerpen: Mutiara Bonda

Bil Item Skala

Dimensi minat

1 Saya berminat membaca cerpen Mutiara Bonda 4 3 2 1

2 Saya berminat untuk membaca cerpen yang lain-lain selepas tamat

membaca Mutiara Bonda.

4 3 2 1

Dimensi kesesuaian cerpen

3 Saya suka membaca tema mengenai kegigihan dan kesabaran seorang

ibu mendidik anak lelaki sehingga berjaya..

4 3 2 1

4 Saya suka sifat kasih sayang ibu Mohd Harraz. 4 3 2 1

5 Saya suka baca perkataan atau istilah baru. 4 3 2 1

6 Saya suka plot cerita Mutiara Bonda kerana ia mudah dan senang untuk

difahami.

4 3 2 1

Page 82: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

68

7 Saya suka membaca bahasa indah yang terkandung dalam cerpen

Mutiara Bonda.

4 3 2 1

8 Bahasa yang digunakan dalam cerpen Mutiara Bonda mudah dan senang

untuk difahami.

4 3 2 1

9 Saya boleh faham cerita dalam cerpen Mutiara Bonda walaupun ada

perkataan baru yang saya tidak ketahui sebelum ini.

4 3 2 1

Dimensi pengetahuan latar belakang murid

10 Saya ada pengalaman menerima kasih sayang yang ditunjukkan oleh

seorang ibu.

4 3 2 1

11 Saya dapat faham plot cerita berdasarkan pengalaman saya mengenai

apa yang berlaku dalam masyarakat.

4 3 2 1

12 Saya mempunyai pengetahuan bahasa untuk memahami gaya bahasa

seperti metafora,simile atau personifikasi.

4 3 2 1

13 Saya mempunyai pengetahuan kosa kata untuk memahami cerita

Mutiara Bonda.

4 3 2 1

Bahagain C:Soal Selidik Cerpen

Tajuk Cerpen: Segala yang Tercinta Ada di Sana

Bil Item Skala

Dimensi minat

1 Saya berminat membaca cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana 4 3 2 1

2 Saya berminat untuk membaca cerpen yang lain-lain selepas tamat

membaca Mutiara Bonda.

4 3 2 1

Dimensi kesesuaian cerpen

3

Saya suka membaca tema mengenai masyarakat kampung yang

bergantung pada tumbuhan-tumbuhan semula jadi sebagai sumber

makanan dan perubatan.

4 3 2 1

4 Saya suka watak bersifat rajin, bertanggungjawab dan taat kepada

orang tua seperti Aku.

4 3 2 1

5 Saya suka baca perkataan atau istilah baru. 4 3 2 1

6

Saya suka plot cerita Segala yang Tercinta Ada di Sana, kerana ia mudah

dan senang untuk difahami.

4 3 2 1

7 Saya suka membaca bahasa indah yang terkandung dalam cerpen Segala

yang Tercinta Ada di Sana.

4 3 2 1

8 Bahasa yang digunakan dalam cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana,

mudah dan senang untuk difahami.

4 3 2 1

9 Saya boleh faham cerita dalam cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana,

walaupun ada perkataan baru yang saya tidak ketahui sebelum ini.

4 3 2 1

Dimensi pengetahuan latar belakang murid

Page 83: Kesesuaian Teks KOMSAS dan Minat Belajar Bahasa Melayu

69

10 Saya ada pengalaman mengenali orang seperti watak Aku. 4 3 2 1

11 Saya dapat faham plot cerita berdasarkan pengelaman saya mengenai

apa yang berlaku dalam masyarakat.

4 3 2 1

12 Saya mempunyai pengetahuan bahasa untuk memahami gaya bahasa

seperti metafora,simile atau personifikasi.

4 3 2 1

13 Saya mempunyai pengetahuan kosa kata untuk memahami cerita Segala

yang Tercinta Ada di Sana.

4 3 2 1

Sekian Terima kasih