pembentukan kontrak sosial ke arah pembentukan perlembagaan malaysia

Upload: seow-hui

Post on 03-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    1/12

    Pembentukan Kontrak Sosial ke Arah Pembentukan Perlembagaan

    Malaysia

    Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan kaum bukan

    Melayu di Malaysia. Kontrak Sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup

    dalam keadaan aman dan damai. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum semasapembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian daripada

    perlembagaan Malaysia.

    Sejarah perjanjian ini bermula apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari

    1874. Perjanjian ini memperkenalkan sebuah sistem yang mengurangkan kuasa raja dan

    keistimewaan orang Melayu iaitu Sistem Residen. Peranan seorang residen pada awalnyamerupakan penasihat raja sahaja tetapi akhirnya mencampur tangan dalam urusan raja.

    Dengan adanya sistem residen, ekonomi yang dahulunya dimonopoli oleh raja dan

    pembesar melayu telah terjejas. Kemasukan orang asing ke dalam Tanah Melayu telah

    mengeksploitasikan hasil bumi. Dasar pecah dan perintah, diskriminasi kaum serta

    penempatan kaum mengikut kawasan dengan menempatkan orang Melayu di luar bandar,orang Cina di bandar dan orang-orang India di ladang-ladang getah berjaya

    memundurkan pencapaian orang Melayu dan membentuk tembok curiga di antara kaum.

    Selepas itu, beberapa lagi sistem bagi mengkukuhkan lagi kuasa British di Tanah Melayu

    telah diperkenalkan dan digunakan. Di antaranya ialah penubuhan Negeri-Negeri MelayuBersekutu pada tahun 1896 dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan 1896 iaitu

    menggabungkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Kononya

    perjanjian ini bertujuan untuk mengembalikan kuasa sultan. Kuasa pentadbiran bagi

    keempat-empat negeri tersebut berada dalam kuasa Residen-Jeneral. Selain itu,penubuhan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat juga telah

    banyak memberi banyak kesan negatif kepada pribumi dan raja serta pembesar Melayu.

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah mengeruhkan keadaan dengan

    menambahkan lagi perasaan prasangka dan politik perkauman di antara kaum dengan

    melayan kaum Cina dengan teruk tetapi melayan baik kaum India dan kaum Melayu.

    Dasar penjepunan juga telah diperkenalkan dan ini mengetepikan bahasa ibundamasyarakat Melayu. Kuasa sultan dan pembesar juga tidak dikembalikan seperti yang

    dijanjikan sebelum Jepun mengalahkan pihak British.

    Selepas Jepun menyerah diri dan mengembalikan Tanah Melayu kepada pihak British,

    bermulalah rancangan pembentukan Malayan Union. Dalam pembentukan itu, sebuah

    perlembagaan telah cuba diperkenalkan. Perlembagaan ini telah mengurangkan kuasaperundangan di peringkat negeri, menghapuskan hak-hak raja dan hak istimewa orangMelayu sebagai penduduk pribumi Tanah Melayu serta peruntukan kuasa eksekutif dan

    perundangan kepada seorang Gabenor. Rancangan ini telah menerima pelbagai tentangan

    dari kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Selepas rancangan ini gagal, sebuahJawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 1946 untuk membentuk sebuah persekutuan dengan

    suatu perlembagaan yang boleh diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Hasil

    dari kajian dan perbincangan, satu perjanjian telah dimeterai iaitu Perjanjian Persekutuan

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    2/12

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    3/12

    Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud negara ini mengamalkan system teokrasi.

    Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut agama yang lain dan juga merayakan

    perayaan masing-masing. Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agamamasing-masing. Banyak peruntukkan telah dibelanjakan untuk membangunkan agama

    Islam selepas merdeka.

    Prinsip kerakyatan secara Jus Soli telah diperkenalkan semasa rancangan MalayanUnion diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India yang dilahirkan di

    Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan adanya Perlembagaan,

    kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah penduduk bukan Melayumesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang daripada 10 tahun.

    Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM. Mereka hendaklah mengaku taat setia

    terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tanah tempat tumpah

    darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasaMelayu ataupun bahasa Inggeris.

    Selain itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.Prinsip Kesetiaan kepada Raja telah dimasukkan ke dalam Rukunegara yang merupakan

    idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-raja di Malaysia. Di samping

    itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948.

    Akta Hasutan 1948 ditubuhkan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan,

    hak istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa

    kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja.

    Kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu yang baru.

    Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh golongan orangMelayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan di dalam Perjanjian

    Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk menjaga hak orang

    Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan mempertingkatkan kemajuan orangMelayu yang telah ketinggalan dalam semua bidang kehidupan supaya setaraf dengan

    kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara

    kaum terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatanganBritish di Tanah Melayu.

    Di dalam perlembagaan juga, terdapat satu perkara yang disebutkan iaitu hak asasi.

    Setiap warganegara yang sah, akan mendapat jaminan dan perlindungan dari kerajaan.Dalam perlembagaan mengenai hak asasi, terdapat dua jenis iaitu hak ramai dan hak

    individu. Contohnya dalam Perkara 10, disebut, memberi hak bebas bercakap merupakan

    hak individu manakala dalam Perkara 10(2), disebut, Parlimen diberi kuasa untuk

    mengawal hak tersebut merupakan hak ramai. Rasionalnya ialah hak bebas bercakap itumungkin akan menjejaskan keselamatan orang ramai. Suruhanjaya Kebangsaan Hak

    Asasi Manusia telah ditubuhkan di Malaysia. Badan ini bertujuan untuk mempromosikan

    dan memberikan perlindungan hak asasi manusia di negara ini.

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    4/12

    Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah

    diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan

    Dalam Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakanlangkah yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan

    seperti menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan

    kontrak sosial boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidakboleh dilakukan secara sesuka hati. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum penahananitu disahkan. Di antara syarat-syarat tersebut ialah:

    Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhakmengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu dengan mengemukakan

    kenyataan melainkan kenyataan itu dianggap membahayakan kepentingan negara.

    Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih dari 3 bulan melainkan penahanannyatelah disyorkan oleh Yang Di-Pertuan Agong oleh satu badan penasihat. Badan penasihat

    itu akan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh warganegara yang ditahan itu

    sebelum mensyorkannya.

    Badan tersebut haruslah terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 orang ahli biasa.

    Pengerusi itu haruslah layak iaitu merupakan hakim dan perlantikan ahli badan itu dibuat

    oleh Yang Di-Pertuan Agong. Perbicaraan bagi pesalah ini berlainan kerana perbicaraanadalah jenis tertutup.

    Kepentingan Kontrak Sosial

    Globalisasi, revolusi teknologi maklumat dan komunikasi serta daya tarikan demokrasi

    turut menjadikan usaha mengendalikan masyarakat pelbagai budaya lebih rumit dalam

    beberapa hal. Apatah lagi dalam menguruskan masyarakat yang mempunyai pelbagaibudaya, kumpulan etnik dan agama adalah satu tugas yang amat rumit, terutamanya jika

    asas kepada masyarakat ini masih belum kukuh.

    Ada pihak yang mendapat gambaran bukanlah sesuatu masalah jika sebuah negara itu

    menjadi kacau-bilau, jika keamanan terpaksa memberi jalan kepada keganasan dan jika

    ekonomi hancur semata-mata untuk memperjuangkan jenama demokrasi. Apabila initerjadi di negara-negara yang mempunyai masyarakat majmuk, ia sering mengakibatkan

    perpecahan negara atau kekacauan yang tidak mampu dipertahankan. Malangnya yang

    menjadi mangsa adalah rakyat.

    Perpecahan adalah satu musibah. Tidak ada masyarakat yang menyanggupi musibah

    perpecahan secara idealnya. Dalam Islam, perpecahan amat dilarang. Islam mempunyai

    mekanisma yang amat efektif secara teori dan praktikalnya dalam menghalang mahupun

    memulihkan semula masyarakat yang berantakan danberpecah.

    Perpecahan dalam masyarakat boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan alasan. Jikasesuatu sistem masyarakat yang berjalan tiba-tiba didatangi pula pendekatan baru, maka

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    5/12

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    6/12

    Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah

    tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.

    Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam,

    serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam dimana saja ada kekurangan.

    Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatkan produktiviti

    untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.

    Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara

    dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.

    Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk

    melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada

    sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya.

    Mengapa Kontrak Sosial Ke Arah Kewujudkan Perlembagaan Pesekutuan?

    - Untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

    - Dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untukmenerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

    - Dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

    - Dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti

    kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama.

    - Dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran

    rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

    - Dapat memupuk unsur taat setia kepada Negara.

    - Dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan

    asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan danpergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta

    Hasutan (1970), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan

    berlakunya kejadian yang tidak diingini.

    - Supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan

    Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam

    Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    7/12

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    8/12

    Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, YB Lim Kit Siang ternyata terus menghangatkan

    perbahasan di parlimen dengan komentar terbarunya mengenai status Malaysia sebagaisebuah negara Islam. Agak aneh sebenarnya memandangkan YB Lim sudah menjadi ahli

    parlimen semenjak tahun 1969.Tidak rasional baginya untuk membangkitkan perkara ini

    pada masa ini.

    Hujah YB Lim jelas sekali, Malaysia tidak boleh dianggap negara Islam berdasarkan

    perlembagaan yang menyatakan Malaysia sebuah negara sekular di samping Kontrak

    Sosial yang dipersetujui oleh semua kaum. Persoalan yang timbul adalah samadadeklarasi Malaysia sebuah negara Islam yang dibuat oleh Perdana Menteri ke-4, Tun Dr.

    Mahathir pada tahun 2001 melanggar Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

    YB Lim perlu menyedari bahawa semenjak deklarasi negara Islam oleh Tun Dr. Mahathir,adakah hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia

    akan terjejas? Harus diingat, OIC merupakan sebuah badan antarabangsa yang

    ditubuhkan khas oleh negara-negara Islam untuk negara-negara Islam.

    Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara

    tuntutan Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan Negara Islam ada kaitannya

    dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa negara dankedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syariah adalah wajib ke atas Muslim, maka

    mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.

    Negara Islam bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh

    sehingga membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang.

    Sesebuah negara Islam bebas daripada dispotisme. Ia adalah negara berperlembagaan

    tetapi bukan dalam erti kata moden iaitu perlembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimenatau badan-badan perwakilan awam.

    Berdasarkan kepada pandangan Muhamad Abu Zahrah yang meletakkan ciri negaraIslam berasaskan kepada majoriti penduduk Muslim dan keamanan, maka Malaysia juga

    merupakan sebuah negara Islam bukan sahaja dilihat di segi pendudukan majoriti Muslim

    dan keamanan, tetapi juga dilihat daripada pengalaman sejarah, kedudukan undang-undangnya serta pemimpin Negara Muslim.

    YB Lim turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Malaysia mesti dipilih dari

    kalangan orang Islam. Secara rasionalnya, sekiranya BN menang pilihanraya umum, danmemilih untuk melantik YB Karpal Singh sebagai Perdana Menteri, tidak ada seorang

    Islam pun boleh mempertikaikan hak itu kerana Perlembagaan Persekutuan tidak

    menyatakan langsung bahawa Perdana Menteri perlu dilantik dari kalangan orang Islam.

    Seterusnya, ancaman daripada Suqiu. Suqiu adalah singkatan nama bagi Jawatankuasa

    Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia. Rayuan pilihanraya tersebuttelah dikemukakan secara rasminya pada 16 Ogos 1999 sebelum pilihanraya umum ke

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    9/12

    sepuluh, 29 November 1999. Terdapat 17 perkara rayuan yang dikemukakan oleh Suqiu.

    Rayuan tersebut telah dianjurkan pada asalnya oleh 11 pertubuhan nasional Cina di

    Malaysia.

    Fakta di atas menunjukkan Rayuan Suqiu itu penting diberi perhatian yang adil kerana ia

    telah mendapat sokongan luas masyarakat Cina di Malaysia. Jawatankuasa Suqiumenggunakan perkataan rayuan, bukannya tuntutan dalam dokumen Rayuan 17 perkaraitu. Mukadimah itu mengiktiraf bahawa selepas 42 tahun mencapai kemerdekaan,

    Malaysia telah berkembang maju dalam semua sektor. Kemajuan itu adalah hasil

    daripada usaha dan sumbangan rakyat semua kaum. Walau bagaimanapun, beberapadasar kerajaan yang tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan kesamaan bangsa,

    demokrasi, hak asasi manusia, autonomi kehakiman dan sebagainya perlu diperbaiki.

    Tidak ada yang bahaya dalam pernyataan tersebut yang boleh mengancam keselamatan

    negara dan ketenteraman awam atau memecah belahkan rakyat.

    Namun, hak keistimewaan orang Melayu sebenarnya tidak boleh dipertikaikan kerana hal

    ini sudah termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenaikeistimewaan orang Melayu. Oleh itu apabila seseorang mempersoalkan atau

    mempertikaikan hak keistimewaan tersebut perlu mempunyai sebab-sebab yang kukuh.

    Perkara mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini sebenarnya amat sensitif, sebab itu

    hal ini tidak perlu dibangkitkan. Harus diingat, bahawa apabila seseorang itu cubamempertikaikan hak keistimewaan yang telah termaktub dalam perlembagaan itu,

    bermakna dia cuba mewujudkan provokasi atau perbuatan yang boleh menyebabkan

    orang lain berasa marah, khususnya orang Melayu.

    Di samping itu, terdapat orang Melayu sendiri yang menyokong hasrat menghapuskan

    hak keistimewaan orang Melayu. Tindakan mereka ini adalah kerana yang pertama,kebanyakannya mendapat pendidikan dari luar negara sejak dari kecil hingga ke alam

    dewasa. Kedua, kerana mereka mempunyai hubungan yang cukup luas dengan negara

    luar. Ketiga, kerana mereka ini kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yangdikateorikan sebagai golongan elit Melayu dan jarang berhubung dengan masyarakat

    bawahan. Oleh itu, semangat kemelayuan mereka kurang.

    Ada juga yang berpendapat bahawa hak keistimewaan ini (peruntukan-peruntukan

    tertentu dalam Perlembagaan Malaysia) adalah tidak adil terhadap orang-orang bukan

    Melayu. Kontrak Sosial ini hanya memberi kebaikan kepada kaum Melayu dan

    Bumiputera sahaja. Mengapa orang Melayu sahaja dibantu dengan mengetepikan kaumlain? Adakah ini satu bentuk nepotisme? Adakah ini sejajar dengan hak asasi manusia?

    Menurut mereka kontrak sosial ini ditandatangani oleh datuk nenek mereka. Mengapa

    pula hidup mereka ditentukan oleh perbuatan datuk nenek mereka.

    Ini menunjukkan ramai di antara kita masih jahil tentang sejarah dan tidak mempunyai

    pengetahuan sejarah yang betul sehingga lupa asal-usul diri dan negeri masing-masing.

    Dalam hubungan ini mungkin ada manfaatnya untuk mengingatkan satu petikan ucapanseorang pendeta Kristian Amerika, Joseph Anderson (1836-1916) yang pernah berkata,

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    10/12

    Tidak ada yang lebih memperteguh dan memperkasa sesebuah negara selain pembacaan

    (pemahaman dan penghayatan) sejarahnya, sama ada sejarah itu termaktub dalam buku-

    buku, terpahat di tugu-tugu peringatan atau terangkum dalam adat istiadat dan institusi.

    Selain itu, walaupun Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa Bahasa Melayu adalahbahasa rasmi di semua peringkat pentadbiran Kerajaan, iaitu Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Awam, namun kini, penggunaannya dalam pelbagai

    majlis rasmi negara, mesyuarat, pekeliling, di tempat awam dan dalam bidang penyiaran

    telah diremehkan. Malah ada pemimpin Kerajaan sendiri yang mengeluarkan kenyataanyang bertentangan dengan kedudukan bahasa rasmi. Dan semakin banyak pula stesen

    radio dan televisyen yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan. TV1 sendiri telah

    berubah citra apabila tidak lagi menjadi saluran kebangsaan. Tegasnya, perisytiharan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara hanya layak mengumpul debu sejarah dantidak lagi dipedulikan.

    Di samping itu, Bahasa Melayu telah terbukti berjaya menjadi bahasa ilmu, sebagaibahasa pengantar sistem pendidikan negara. Generasi demi generasi telah lahir dari

    sistem pendidikan kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

    penghantar. Malangnya, kini kita sendiri sedang merungkai suatu sistem yang telah

    terbukti kejayaannya. Kini 80% mata pelajaran di sekolah dan sejumlah besar kuliah diinstitusi pengajian tinggi akan diajar di dalam bahasa Inggeris, bermula dengan

    pengajaran subjek-subjek dalam bidang sains dan matematik. Kesan langsung dari usaha

    meminggirkan peranan Bahasa Melayu ini ialah terjejasnya kewibawaan Bahasa Melayudalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian

    tinggi. Lebih parah lagi, pelajar-pelajar di sekolah-sekolah luar bandar turut dimangsakan

    oleh perubahan sistem secara mengejut ini.

    Oleh itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran, penyiaran

    dan di tempat awam tidak dikompromikan atas apa jua alasan. Penegasan semula

    penguatkuasaan Bahasa Melayu dalam sektor-sektor utama negara wajar dilaksanakansegera. Tambahan pula, usaha mempertingkatkan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa

    penghantar utama pendidikan di negara ini dikekalkan dan masalah kelemahan

    penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar diatasi dengan kaedah yang lebih tepatdan wajar.

    Keistimewaan Kontrak Sosial

    Tentang hak asasi tetap ada, hak bersekolah bahasa ibunda, berbudaya sendiri, berbahasasendiri, beribadat, berpakaian sendiri, berhiburan sendiri dan apa sahaja seperti makan

    pakai cara sendiri

    Dapat hidup secara aman dan selesa, bebas bergerak ke sana ke mari, tiada pergaduhan

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    11/12

    antara kaum, tiada kekacauan di tengah-tengah jalan, boleh merayakan Aidilfitri, Tahun

    Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai, boleh pergi ke universiti, boleh melancong ke

    India, China, Hong Kong atau Taiwan, boleh menjadi menteri, wakil rakyat, hakim, askar,dan setiap individu boleh tidak kira Melayu atau Cina dan India.

    Perlembagaan di Malaysia

    Perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan

    melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula

    berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultandan Pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal

    keagamaan dan adat istiadat Melayu

    Pada 27 mei 1961 Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk membentuk Malaysia dandisambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini lebih mudah bagi British

    menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah

    dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabahdan Sarawak yang selesai pada Februari 1962 dan laporan penuh pada 21 Jun 1962 . Bagi

    pihak Persekutuan Tanah Melayu satu undang-undang digelar Akta Malaysia telah

    diluluskan pada 26 ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur penubuhan

    Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah

    dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang

    memasukkan Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarangPerlembagaan Malaysia ini mengandungi:

    1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan

    2) Yang Dipertuan Agung

    3) Raja dan Yang Dipertua Negeri4) Jemaah Menteri

    5) Parlimen

    6) Pilihan raya7) Kehakiman

    8) Perkhidmatan awam

    9) Negeri-negeri10) Perhubungan persekutuan dan negeri

    11) Peruntukan kewangan

    12) Kebebasan asasi

    13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan14) Agama Islam

    15) Kewarganegaraan

    16) Orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

    17) Bahasa kebangsaan18) Ibukota persekutuan

    19) Pindaan perlembagaan

  • 7/28/2019 Pembentukan Kontrak Sosial Ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    12/12

    Sinopsis Kontrak Sosial

    Ini adalah mengenai perlembagaan Malaysia sebagai suatu Kontrak Sosial yangmenstrukturkan sistem sosial Malaysia di negara yang bersifat majmuk, dimana Kontrak

    Sosial merupakan satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia.

    Penggubalan Perlembagaan merupakan satu proses rundingan kontrak sosial di manaumat Melayu bersedia melepaskan sebahagian dari hak-hak mereka manakala kaum-kaum bukan Melayu berjanji menerima syarat-syarat agar disahkan menjadi rakyat

    Persekutuan Tanah Melayu. Hak keistimewaan Melayu, Kedudukan Raja-Raja Melayu,

    Agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sertataraf kerakyatan melalui Prinsip Jus Soli merupakan sebahagian daripada kandungan

    dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui. Malangnya kontrak sosial ini kini semakin

    dilupakan oleh kaum-kaum bukan Melayu dan segelintir umat Melayu. Akibatnya, secara

    beransur-ansur, sedikit demi sedikit kedudukan umat Melayu dalam bidang ekonomi,pendidikan, kebudayaan dan sebagainya dikompromikan.

    http://frommyownview.blogspot.com/2011/10/pembentukan-kontrak-sosial-ke-

    arah.html