ke arah pembentukan model pembangunan · pdf filekata kunci: kurikulum sains insan seimbang,...

17
Jurnal Teknologi, 42(E) Jun. 2005: 77–93 © Universiti Teknologi Malaysia * Jabatan Pendidikan Sains & Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Tel: 03-8946 8214. Email: [email protected] KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG DALAM PENDIDIKAN SAINS NOR HAYATI HJ. ALWI* Abstrak. Analisis ke atas kurikulum sains di pendidikan rendah, menengah dan tinggi menunjukkan bahawa isi pengetahuan sains yang disampaikan hanya terbatas kepada ilmu akal sahaja tanpa dikaitkan dengan aspek kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadi dorongan untuk pelajar belajar sains. Keadaan ini menimbulkan isu pembentukan insan seimbang mengikut pandangan Islam. Oleh yang demikian kajian ini telah membentuk satu model pendidikan sains yang menunjukkan faktor-faktor yang perlu ada dan kaitan di antara faktor-faktor itu dalam membangunkan insan sains seimbang di kalangan pelajar-pelajar Islam menerusi sistem pendidikan sains kebangsaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menyumbang terhadap pembangunan insan sains seimbang menerusi pendidikan sains kebangsaan ialah Islam sebagai dasar perancangan dan reka bentuk kurikulum pendidikan sains, kehadiran pendidik sains seimbang, kehadiran pelajar yang bersedia untuk dididik, keujudan proses pengajaran dan pendidikan sains yang memupuk budaya sains Islam dan proses pembangunan fitrah dan potensi diri pelajar. Kajian ini juga telah menjanakan ciri-ciri insan sains seimbang yang seharusnya menjadi hasil akhir model kajian. Kata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam Abstract. Analysis on science curriculums of primary, secondary and higher learning institutions show that the contents are limited to the cognitive development of students only. They do not show that belief in God may be a motivating factor for students learning science. This situation raises the question of how well balanced students according to Islamic perspectives can be developed through the science curriculums. Accordingly, the study constructed a science education model identifying various factors and their interactions which may contribute towards the development of well balanced Muslim student as stipulated in the national education science system. The research findings show that factors contributing to the development of a well balanced personality are; Islam as the basis of planning and designing the science curriculum, the existence of well balanced science teachers, the existence of students who are willing to learn and the existence of a teaching and learning process which can cultivate Islamic values and develop students characteristics as well as potentials. It also identified the characteristics of a well balanced personality as the end product of the model. Keywords: Science curriculum, well balanced personality, science education model, Islamic values 1.0 PENGENALAN Malaysia sebagai satu negara maju menjelang tahun 2020 merupakan impian negara yang terkandung dalam Wawasan 2020. Usaha negara menuju status negara maju Untitled-150 02/17/2007, 01:21 77

Upload: buinhi

Post on 05-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 77

Jurnal Teknologi, 42(E) Jun. 2005: 77–93© Universiti Teknologi Malaysia

* Jabatan Pendidikan Sains & Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.Tel: 03-8946 8214. Email: [email protected]

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSANSAINS SEIMBANG DALAM PENDIDIKAN SAINS

NOR HAYATI HJ. ALWI*

Abstrak. Analisis ke atas kurikulum sains di pendidikan rendah, menengah dan tinggimenunjukkan bahawa isi pengetahuan sains yang disampaikan hanya terbatas kepada ilmu akal sahajatanpa dikaitkan dengan aspek kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadi dorongan untuk pelajarbelajar sains. Keadaan ini menimbulkan isu pembentukan insan seimbang mengikut pandanganIslam. Oleh yang demikian kajian ini telah membentuk satu model pendidikan sains yang menunjukkanfaktor-faktor yang perlu ada dan kaitan di antara faktor-faktor itu dalam membangunkan insan sainsseimbang di kalangan pelajar-pelajar Islam menerusi sistem pendidikan sains kebangsaan. Dapatankajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menyumbang terhadap pembangunan insan sainsseimbang menerusi pendidikan sains kebangsaan ialah Islam sebagai dasar perancangan dan rekabentuk kurikulum pendidikan sains, kehadiran pendidik sains seimbang, kehadiran pelajar yangbersedia untuk dididik, keujudan proses pengajaran dan pendidikan sains yang memupuk budayasains Islam dan proses pembangunan fitrah dan potensi diri pelajar. Kajian ini juga telah menjanakanciri-ciri insan sains seimbang yang seharusnya menjadi hasil akhir model kajian.

Kata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam

Abstract. Analysis on science curriculums of primary, secondary and higher learning institutionsshow that the contents are limited to the cognitive development of students only. They do not show thatbelief in God may be a motivating factor for students learning science. This situation raises the questionof how well balanced students according to Islamic perspectives can be developed through the sciencecurriculums. Accordingly, the study constructed a science education model identifying various factorsand their interactions which may contribute towards the development of well balanced Muslim studentas stipulated in the national education science system. The research findings show that factors contributingto the development of a well balanced personality are; Islam as the basis of planning and designing thescience curriculum, the existence of well balanced science teachers, the existence of students who arewilling to learn and the existence of a teaching and learning process which can cultivate Islamic valuesand develop students characteristics as well as potentials. It also identified the characteristics of a wellbalanced personality as the end product of the model.

Keywords: Science curriculum, well balanced personality, science education model, Islamic values

1.0 PENGENALAN

Malaysia sebagai satu negara maju menjelang tahun 2020 merupakan impian negarayang terkandung dalam Wawasan 2020. Usaha negara menuju status negara maju

Untitled-150 02/17/2007, 01:2177

Page 2: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI78

dengan ekonomi yang berdaya saing berteraskan perindustrian dan teknologimenjadikan kepentingan pendidikan sains tidak dapat disangkal lagi (Ishak, 1995).Oleh itu cabaran utama yang perlu dipikul oleh sektor pendidikan sains negara adalahuntuk menyeimbangkan tuntutan semasa, iaitu menghasilkan sumber tenaga yangmencukupi untuk pembangunan sains dan teknologi negara di samping tuntutanagama yang bertujuan menghasilkan insan dengan sahsiah mulia dan mampu memikultanggung jawab terhadap diri, masyarakat dan negara (Kamal Hassan, 1988; WanMohd Zahid, 1992; Kementerian Pendidikan, 1990). Keupayaan sektor pendidikansains dalam menyeimbangkan kedua-dua tuntutan ini menjadi salah satu jalan untuktercapainya hasrat mewujudkan masyarakat madani dan seterusnya negara majuberteraskan sains dan teknologi yang mempunyai pembangunan yang seimbang darisegi keinsanan dan kebendaannya (Rosnani, 1996).

1.1 Latar Belakang Kajian

Adakah sistem pendidikan sains negara dapat menyeimbangkan kedua-dua tuntutanini? Analisis berhubung penekanan pengajaran dan pembelajaran Sains KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menunjukkan bahawa Sains KBSR (KementerianPendidikan, 1993) masih mempunyai ciri-ciri sains moden meskipun terdapat unsurpenerapan nilai murni dalam kurikulumnya. Ciri pertama Sains KBSR (KementerianPendidikan, 1993) yang menyebabkannya mirip kepada sains moden ialah tujuanpengkajian fenomena alam semula jadinya hanya terbatas pada mengenali alamsemulajadi itu sahaja dan tidak sampai kepada mengenali Pencipta alam berdasarkandata-data empirik. Keduanya, penggunaan akal rasional atau logik dan indera manusiasebagai satu-satunya alat mencari kebenaran tetapi menolak sumber-sumber ilmulainnya seperti wahyu dan ilham. Hasilnya, ilmu yang diperolehi adalah ilmu empirikyang putus daripada ilmu ketuhanan (Nasr, 1994) atau ilmu agama amnya dan ilmutauhid khususnya (Osman, 1991). Ketiganya, penggunaan logik ketika proses sainsyang terlepas bebas daripada pengawasan wahyu. Ini menghasilkan pemisahan akal(intelek) insan khususnya rasional dengan wahyu (Shaharir, 1987). Keempat, pentafsiranfakta sains ketika proses sains yang putus daripada agama dan pencipta (Shaharir,1987). Kelima, penerapan nilai murni yang diusulkan tidak mencapai tahap yangdiperlukan untuk membangunkan nilai murni dalam diri pelajar. Penerapan nilaimurni tanpa dorongan iman dianggap kurang lengkap kerana menurut pandanganIslam membangunkan dorongan iman merupakan asas dalam membangunkan nilai-nilai murni (Nik Azis, 1996).

Analisis terhadap penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pendidikan, 1990) pula dapatdisimpulkan melalui kata-kata Tajul Ariffin Noordin (1990), bahawa model pendidikansains yang diamalkan kini adalah mengikut model pendidikan sains barat. Penulisberpandangan hampir sama dengan beliau kerana model pengajaran danpembelajaran Sains KBSM (Kementerian Pendidikan, 1990) tidak menyatakan

Untitled-150 02/17/2007, 01:2178

Page 3: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 79

kepentingan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang seharusnya menjadi asaspembangunan nilai murni, peningkatan daya intelek, penguasaan kemahiran belajardan perolehan ilmu pengetahuan dalam diri pelajar. Selain itu, ilmu yang diterapkanhanyalah di sekitar ilmu akal dan tiada kesepaduan antara ilmu aqli (akal) denganilmu naqli (wahyu). Kedua-dua perkara ini dianggap penting jika ingin menghasilkaninsan seimbang melalui proses pendidikan dengan iman sebagai asas bagi pemba-ngunan insan yang sedemikian (Al Attass, 1980; Afzalur, 1992; Al Ghazali, 1992).Ilmu akal pula dianggap sebagai “makanan” manakala ilmu agama dianggap sebagai“ubat” untuk insan, agar ia menjadi insan yang bahagia dan selamat hidup di duniadan akhirat (Al Ghazali, 1992).

Penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran sains lanjutan pula dapatdisimpulkan melalui kata-kata Shaharir Mohd Zain (1986) yang mengatakan bahawapendidikan sains di Malaysia boleh dikatakan tidak berbeza dengan yang dijalankandi United Kingdom dari segi falsafah, kandungan dan struktur kursusnya, cuma carapelaksanaannya boleh dikatakan ke arah pelaksanaan sistem Amerika Syarikat. Shaharir(1986) telah mencirikan pendidikan tinggi sains di Malaysia sebagai penjurusan yangterlampau cepat, sempit dan mendalam, pembesaran cabang sains yang keterlaluanyang tidak sesuai dengan masa dan persekitaran atau sekurang-kurangnya tidak kisahdengan agama atau dualisme dipertahankan.

2.0 PERSOALAN KAJIAN

Senario pengajaran sains dalam sistem pendidikan sains kebangsaan seperti yangdiutarakan di atas tadi menunjukkan bahawa pendidikan sains dalam sistempendidikan kebangsaan masih menurut cara sains moden yang sekular. Penulismenyedari bahawa tidak terdapat satu model falsafah pendidikan sains yang dapatdijadikan dasar untuk merancang dan mereka-bentuk program-program pendidikansains yang bertujuan untuk membangunkan insan sains seimbang dalam kontekssistem pendidikan sains di sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islamseperti di Sekolah-Sekolah Agama Negeri dan Persekutuan, Maktab Rendah SainsMARA dan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Kerajaan. Oleh yang demikian,persoalan yang hendak dikaji dalam kajian ini ialah “Model falsafah pendidikan sainsyang bagaimanakah berupaya menjadi dasar perancangan dan reka bentuk programpendidikan sains yang bertujuan melahirkan insan sains yang seimbang”.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk memperoleh faktor-faktor yang menyumbang terhadappembangunan insan sains yang seimbang dalam konteks pendidikan sains di sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islam. Kedua kajian bertujuan untukmengaitkan faktor-faktor tersebut dalam bentuk gambarajah yang dinamakan sebagai“Model Pembangunan Insan Sains Seimbang Dalam Pendidikan Sains”.

Untitled-150 02/17/2007, 01:2179

Page 4: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI80

3.1 Metodologi Kajian

3.1.1 Reka Bentuk Kajian

Amnya kajian ini telah dijalankan berdasarkan paradigma kajian kualitatif dan secarakhususnya menggunakan kaedah “grounded theory” (Strauss 1987; Strauss & Corbin1990). Langkah-langkah kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut;

(a) Pemilihan fenomena kajian dan pembentukan persoalan kajian(b) Mengenalpasti metodologi kajian(c) Mengenalpasti responden kajian(d) Pengumpulan dan penganalisisan data awal (tinjauan literatur)(e) Kajian rintis(f) Kajian lapangan:-

• Persampelan pengkodan membuka (open coding)• Pengumpulan dan penganalisisan data pengkodan membuka.• Persampelan pengkodan sisi (axial coding)• Pengumpulan dan penganalisisan data pengkodan sisi• Persampelan pengkodan memilih (selective coding)• Pengumpulan dan penganalisisan data pengkodan memilih

3.1.2 Pemilihan Responden Kajian

Pemilihan responden secara teorinya telah didasarkan kepada konsep persampelanteoretis (Strauss & Corbin, 1990; Nor Hayati, 2002). Persampelan teoritis bermaksudpersampelan yang dilakukan berdasarkan konsep atau kategori yang terbukti pentinguntuk perkembangan model yang sedang berkembang (Strauss & Corbin, 1990;Nor Hayati, 2002). Secara praktisnya, responden telah dipilih berdasarkan ciri-ciriberikut:

• Mempunyai kelayakan akademik tertinggi• Melibatkan diri dalam program pembangunan insan seimbang di tempat

kerja• Mempunyai penulisan dalam bidang-bidang berkait fenomena kajian• Berupaya berkomunikasi dengan pengkaji• Dipilih daripada bidang-bidang Falsafah Sains Islam, Sains Tulen,

Pendidikan Islam terutamanya pembangunan insan dan akhirnya PedagogiSains.

3.1.3 Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Data awal telah dikumpulkan melalui tinjauan literatur berpandukan persoalan kajian.Berdasarkan data awal ini panduan temu bual telah dibina untuk pengkodan membuka

Untitled-150 02/17/2007, 01:2180

Page 5: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 81

yang bertujuan untuk memperoleh keseluruhan faktor yang menyumbang terhadappembangunan insan sains seimbang menerusi sistem pendidikan sains kebangsaan.

Kajian lapangan yang telah dijalankan merupakan satu proses yang kompleks keranamelibatkan tiga proses iaitu persampelan, pengumpulan data dan penganalisisan datasecara serentak. Proses penganalisisan data menjadi inti kepada tiga proses tersebutkerana proses penganalisisan data menentukan proses persampelan dan pengumpulandata yang selanjutnya.

Kajian lapangan telah dijalankan dengan tujuan memperoleh data primer. Dataprimer ini telah dikumpulkan daripada responden kajian melalui kaedah temubual.Kaset yang mengandungi hasil temu bual telah ditranskripsi secara “verbatim” dantelah dianalisis untuk tujuan pengkodan membuka, pengkodan sisi dan pengkodanmemilih. Setiap pengkodan ini mempunyai tujuan yang tersendiri. Pengkodanmembuka bertujuan memperoleh sebanyak mungkin faktor-faktor yang menyumbangterhadap pembangunan insan sains seimbang dalam konteks sistem pendidikankebangsaan dan seterusnya menjanakan kategori binaan asas model yang ingin dibina.Pengkodan sisi bertujuan untuk mengembangkan, menghalusi dan mengesahkansetiap kategori binaan asas model yang telah dijanakan tadi. Pengkodan memilihbertujuan mengaitkan kategori-kategori binaan asas model kajian dan mengesahkanperkaitan itu sehingga terbentuk model kajian yang diharapkan.

3.1.4 Pengesahan Model

Pengesahan model kajian telah dilaksanakan secara berterusan di sepanjang prosespengumpulan dan penganalisisan data yang terdiri daripada peringkat pengkodanmembuka, pengkodan sisi dan pengkodan memilih.

3.2 Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa dasar program pendidikan sains, pendidik sains,pelajar, pengajaran sains, pendidikan sains, strategi pembangunan seimbang, keluarga,masyarakat dan negara sebagai faktor-faktor yang dapat menyumbang terhadappembangunan insan sains seimbang menerusi pendidikan sains kebangsaan (NorHayati, 2002). Kajian juga telah menjanakan dan mengesahkan bahawa “Hasil” yangakan dicapai menerusi pendidikan sains kebangsaan dengan kehadiran kesemua faktordi atas ialah “Insan Sains Muslim” (Nor Hayati, 2002).

Keseluruhan faktor-faktor penyumbang terhadap pembangunan insan sainsseimbang seterusnya telah dikategorikan ke dalam kategori-kategori berikut;“Input/Sebab Musabab Pembangunan Insan Sains Seimbang” dan “MekanismaPemba-ngunan Insan Sains Seimbang”. Pengelompokkan faktor-faktor penyumbangtadi ke dalam kategori-kategori tersebut telah juga disahkan berdasarkan data-datayang dikumpulkan. Oleh itu kategori-kategori ini menjadi kategori asas binaan modelyang dihajatkan (Nor Hayati, 2002).

Untitled-150 02/17/2007, 01:2181

Page 6: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI82

Setelah dikaitkan keseluruhan dapatan, Model Pembangunan Insan Sains SeimbangDalam Pendidikan Sains (Model PISS) terdiri daripada tiga kategori asas binaanutama yang berikut:

(i) Input/Sebab Musabab Pembangunan Insan Sains Seimbang DalamPendidikan Sains

(ii) Proses atau Mekanisma Pembangunan Insan Seimbang Dalam PendidikanSains

(iii) Hasil Model Pembangunan Insan Sains Seimbang Dalam Pendidikan Sains(Nor Hayati, 2002)

Kaitan secara gambarajah antara ketiga-tiga komponen Model PISS dapat dilihatdalam Rajah 1 (Nor Hayati, 2002).

3.3 Perincian Dapatan Kajian

Berikut dihuraikan hasil dapatan kajian berasaskan tiga kategori.

3.3.1 Sebab Musabab Pembangunan Insan Sains Seimbangdalam Pendidikan Sains

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebab musabab yang diperlukan untukmembangunkan insan sains seimbang di kalangan pelajar-pelajar Islam menerusipendidikan Sains KBSR, Sains KBSM dan sains tinggi di samping pendidikanIslam teras dalam sistem pendidikan kebangsaan merangkumi perkara-perkaraberikut:

• Islam amnya dan Falsafah Pendidikan Islam khususnya harus menjadi dasarreka bentuk dan pelaksanaan pengajaran dan pendidikan sains tabii Islam(Nor Hayati, 2002)

• Kehadiran pendidik sains tabii yang mursyid diperlukan (Nor Hayati, 2002)• Kehadiran pelajar yang mempunyai persediaan untuk mencari kebenaran

dan bersedia untuk dididik diperlukan (Nor Hayati, 2002)• Perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pendidikan sains yang

membangunkan pelajar melalui tahap Saksi Tauhid (ST), Kenal Tauhid(KT), Faham Tauhid (FT) dan Yakin Tauhid (YT)(Nor Hayati, 2002)

• Perancangan dan pelaksanaan strategi pengajaran dan pendidikan sainsyang memupuk pembangunan seimbang (Nor Hayati, 2002)

• Kewujudan Sistem Sokongan iaitu institusi sekolah, keluarga, masyarakatdan negara yang menyokong misi pembangunan insan sains seimbang(Nor Hayati, 2002).

Untitled-150 02/17/2007, 01:2182

Page 7: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 83

Raj

ah 1

Mod

el P

emba

ngun

an In

san

Sain

s Sei

mba

ng d

alam

Pen

didi

kan

Sain

s (M

odel

PIS

S)

Raj

ah 1

men

unju

kkan

bah

awa

dasa

r Mod

el P

ISS,

pen

didi

k (P

n), p

elaj

ar (X

) dan

pro

ses/m

ekan

isma

mer

upak

an fa

ktor

-fakt

or p

entin

g ya

ng d

iper

luka

nun

tuk

mem

bang

unka

n in

san

sain

s mus

lim m

ener

usi p

endi

dika

n sa

ins d

alam

sist

em p

endi

dika

n ke

bang

saan

. Pem

bang

unan

insa

n sa

ins m

uslim

itu

dipu

puk

perk

emba

ngan

nya

mel

alui

pel

aksa

naan

taha

p-ta

hap

peng

ajar

an d

an p

embe

laja

ran

Saks

i Tau

hid

(ST

), K

enal

Tau

hid

(KT

), Fa

ham

Tau

hid

(FT

) dan

Yak

in T

auhi

d (Y

T2)

dan

pel

aksa

naan

str

ateg

i pem

bang

unan

sei

mba

ng (S

1-S1

0). P

enca

paia

n m

isi p

emba

ngun

an in

san

sain

tifik

mus

limm

emer

luka

n so

kong

an in

stitu

si se

kola

h (S

), ke

luar

ga (K

), m

asya

raka

t (M

s) d

an n

egar

a (N

)

K.P

.S.I

Ak

ImI1

A

Insa

n s

ain

sm

uslim

1.

Da

sa

r m

od

el

– I

sla

m–

FP

I2.

Pe

nd

idik

(Ih

sa

n s

ain

s m

uslim

)3.

Pe

laja

r–

Isla

m

N Pn

Pe

nd

idik

an

sa

ins

SKMs

S1

S10

S9

S8

S7

S6

S5

S4

S3

S2

ST

KT

FT

YT

X

Inp

ut

Pro

se

s/M

eka

nis

ma

H

asil M

Untitled-150 02/17/2007, 01:2183

Page 8: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI84

3.3.2 Proses/Mekanisma Pembangunan Insan Sains Seimbangdalam Pendidikan Sains

Model PISS ini mengusulkan tiga pendekatan pengajaran sains tabii Islam dan satupendekatan pendidikan sains tabii Islam dalam usaha membangunkan insan sainsseimbang menerusi pendidikan sains dalam sistem pendidikan kebangsaan.Pendidikan Sains KBSR, Sains KBSM dan sains lanjutan merupakan konteks mikrodi mana pendekatan-pendekatan tadi akan dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkanbahawa pendidikan dan pengajaran sains yang membentuk konteks mikro pembangunaninsan sains muslim itu perlu disokong oleh sistem sokongan pembangunan insan sainsseimbang yang terdiri daripada institusi sekolah, keluarga, masyarakat dan negara. Sistemsokongan ini membentuk konteks makro pembangunan insan sains seimbang (Nor Hayati,2002).

3.3.2.1 Pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam Pertama

Submodel Pengajaran Sains Tabii Islam – Ilmu dan iman merupakan pendekatanpengajaran sains tabii Islam pertama yang dijanakan melalui kajian ini. Submodel inibertujuan mendedahkan pelajar kepada alam tabii sebagai tanda-tanda keagunganAllah S.W.T khususnya di samping tujuan biasa yang ingin dicapai oleh pengajaransains moden. Pelaksanaan submodel ini dipandu oleh objektif pengajaran sains tabiiIslam seperti berikut; memupuk dalam diri para pelajar penguasaan ilmu dan imandi samping kemahiran berfikir dengan gabungan zikir dan kemahiran proses sainsyang tidak terpisah daripada iman dan Islam. Objektif submodel ini dapat dicapaidengan pendidik berusaha merancang dan melaksanakan proses pengajaran sainsdengan melalui tahap-tahap pengajaran; Saksi Tauhid (ST), Kenal Tauhid (KT), FahamTauhid (FT) dan Yakin Tauhid (YT). Tahap-tahap ini merupakan tahap-tahap prosessains moden yang dikaitkan dengan ketauhidan Allah s.w.t. (Nor Hayati, 2002).

3.3.2.2 Pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam Kedua

Submodel Pengajaran Sains Tabii Islam – Kreatif dan inovatif merupakan pendekatanpengajaran sains tabii Islam kedua yang dijanakan melalui kajian ini. Pendekatanpengajaran ini bertujuan memupuk keupayaan pelajar memikul tanggungjawabmenyelesaikan masalah kebendaan umat manusia amnya dan umat Islam khususnyamelalui penyelesaian sains berasaskan iman. Tujuan pendekatan pengajaran inidihalusi oleh objektif pengajaran sebagai membangunkan ciri kreatif dan inovatifdalam menyelesaikan masalah kebendaan umat manusia amnya dan umat Islamkhasnya (Nor Hayati, 2002).

Sifat kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah kebendaan umat manusiaamnya dan umat Islam khususnya akan dibangunkan dalam diri para pelajar ketikamereka mengalami pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam – Kreatif dan inovatifdengan melalui tahap-tahap pengajaran; Sedar Potensi Diri (SP), Sedar Masalah (SM),

Untitled-150 02/17/2007, 01:2184

Page 9: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 85

Perolehan Maklumat (M), Yakin Diri Selesai Masalah (YD) dan Selesai Masalah (S)(Nor Hayati, 2002).

3.3.2.3 Pendekatan Pengajaran Sains Tabii Islam Ketiga

Pendekatan pengajaran sains tabii Islam ketiga yang dijanakan dalam kajian inimerupakan pendekatan pengajaran yang menggabungkan Submodel Pengajaran SainsTabii Islam – Ilmu dan iman dan Submodel Pengajaran Sains Tabii Islam - Kreatifdan inovatif. Pendekatan ini dinamakan oleh pengkaji sebagai Submodel PengajaranSains Tabii Islam – Global. Pendekatan ini bertujuan memupuk penguasaan ilmusains tabii (ilmu aqli) berteraskan ilmu naqli khususnya ilmu tauhid agar terhasil imandalam hati pelajar yang kemudiannya iman itu dijangka menjadi pendorong untuklahirnya akhlak mulia, penguasaan kemahiran proses sains yang tidak terpisah daripadaagama, kemahiran berfikir dengan gabungan zikir dan keupayaan inovasi atau rekacipta dalam menyelesaikan masalah kebendaan umat manusia amnya dan masalahkebendaan umat Islam khususnya (Nor Hayati, 2002).

3.3.2.4 Pendekatan Pendidikan Sains Tabii Islam

Pendekatan pendidikan sains tabii Islam yang dijanakan dalam kajian ini merupakanpendekatan yang boleh digunakan untuk membangunkan pelajar secara keseluruhan-nya melalui pendidikan formal, informal dan bukan formal. Jika pendekatan SubmodelPengajaran Sains Tabii Islam bertumpu kepada pembangunan jasad dan roh (aqal,qalb dan nafs) melalui jalan pemindahan ilmu dan kemahiran proses sains jugakemahiran berfikir secara formal, pendekatan Submodel Pendidikan Sains Tabii Islambertujuan membangunkan roh (aqal, qalb dan nafs) dan jasad pelajar secarakeseluruhannya melalui proses pengajaran dan pembelajaran sains secara formal,informal dan non formal (Nor Hayati, 2002).

3.3.2.5 Strategi Pembangunan Seimbang

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa untuk membangunkan insan sainsseimbang menerusi pendidikan sains dalam sistem pendidikan kebangsaan kinimemerlukan pelaksanaan strategi pembangunan seimbang yang secara konsepnyadicirikan sebagai berikut:

(a) Pelaksanaan pengajaran dan pendidikan sains yang menekankan pembangunankeseluruhan aspek diri insan (Abdul Latif, 1998; Langgulung, 1997; Osman, 1999;Wan Mohd Zahid, 1998; Nor Hayati, 2002)

(b) Penerapan ilmu yang benar iaitu ilmu yang dapat merubah hati insan agar berimankepada Allah S.W.T (Abdul Rahman, 1999; Ghazali, 2000; Osman, 1999;Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)

Untitled-150 02/17/2007, 01:2185

Page 10: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI86

(c) Penerapan ilmu yang bersepadu antara ilmu aqli dengan ilmu naqli (Ibrahim,1999; Ismail, 1998; Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Mohd Yusof, 1999; Siddiq,1998; Zainuddin, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)

(d) Penerapan ilmu yang telah melalui proses pengislaman ilmu iaitu proses yangmerubah perspektif ilmu aqli daripada perspektif sekular kepada perspektifIslam (Abdul Rahman, 1999; Elias, 1998; Nor Hayati, 2002) atau proses yangmenyelaraskan ilmu aqli dengan Islam dan tauhid (Ghazali, 2000; Osman, 1998,1999; Nor Hayati, 2002)

(e) Penggunaan istilah sains daripada kerangka ilmu atau tamadun Islam (Ghazali,2000; Wan Ramli, 1999; Nor Hayati, 2002)

(f) Pelaksanaan pengajaran yang menarik dan berkesan (Ghazali, 2000; Osman,1999; Wan Mohd Zahid, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)

(g) Pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum yang berlandaskan Islam (Abdul Latif, 1998;Ghazali, 2000; Jailani, 2000; Osman, 1999; Nor Hayati, 2002)

(h) Pengujudan suasana yang merangsang pembangunan iman (Elias, 1999; Ghazali,2000; Osman, 1999; Siddiq, 1998; Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)

(i) Pengujudan sistem pendidikan ketuhanan (Ghazali, 2000; Osman, 1999; Siddiq,1998; Nor Hayati, 2002).

(j) Pengujudan sistem dan alat penilaian yang menilai pembangunan keseluruhandiri insan (Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Nor Hayati, 2002).

3.3.2.6 Sistem Sokongan Pembangunan Insan Sains Seimbang

Membangunkan insan sains seimbang tidak akan berhasil hanya dengan usahasegelintir ahli masyarakat iaitu pendidik sains tabii sahaja (Ismail, 1998; Sulaiman,1998; Wan Ramli, 1998; Nor Hayati, 2002). Usaha ini perlu disokong oleh institusisekolah, keluarga, masyarakat dan negara (Khalijah, 1998; Mohd Yusof, 1999;Sulaiman, 1998; Wan Ramli, 1998; Nor Hayati, 2002). Kesemua institusi ini merupakansistem sokongan yang seharusnya menyokong misi pembangunan insan sainsseimbang dengan menyediakan bahan pendidikan yang merangsang pertumbuhansifat ilmiah (Elias, 1999; Mohd Yusof, 1999; Osman, 1998; Nor Hayati, 2002) daniman (Osman, 1998; Nor Hayati, 2002), menyediakan suasana persekitaran yangmerangsang pembangunan sifat ilmiah (Elias, 1999; Mohd Yusof, 1999; Nor Hayati,2002) juga iman (Siddiq, 1998; Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002), mencetuskanpemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah kebendaan umatmanusia amnya (Ibrahim, 1999; Nor Hayati, 2002) dan umat Islam khasnya (AbdulLatif, 1998; Nor Hayati, 2002), menyediakan contoh teladan baik amnya (Udah, 1998;Mohd Yusof, 1999; Nor Hayati, 2002) dan contoh insan sains muslim khususnya(Elias, 1999; Nor Hayati, 2002) yang boleh pelajar contohi dan akhirnya menyediakansistem pendidikan dan sistem hidup yang berpaksikan ketuhanan (Siddiq, 1998; NorHayati, 2002).

Untitled-150 02/17/2007, 01:2186

Page 11: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 87

Mekanisme pembangunan insan dalam konteks makro melibatkan prosespembangunan diri insan dengan melalui proses pendidikan Islam sejati. Prosespendidikan Islam sejati merupakan proses pendidikan sebagaimana yang ditunjukkanoleh Rasullulah S.A.W (Nor Hayati, 2002).

3.3.3 Hasil Model PISS

Dapatan kajian menunjukkkan bahawa hasil Model PISS dikatakan sebagai samaada seseorang insan itu sedar, faham atau yakin bahawa dirinya ialah hamba danAllah S.W.T pula sebagai Tuhan yang Esa (Nor Hayati, 2002).

Tahap pencapaian kerohanian seseorang pelajar itu biasanya akan terzahir melaluitingkah laku mereka (Faudzinaim, 1999; Zakaria, 1999: Nor Hayati, 2002). Lazimnya,insan yang telah mencapai tahap keyakinan bahawa Allah S.W.T ialah Tuhan yangEsa akan menzahirkan ciri-ciri insan soleh dalam bentuk tingkah laku dan kehidupanmereka. Insan yang sedemikian akan menjadikan asas iman sebagai dorongan untukmereka mengkaji alam tabii. Pengkajian alam tabii yang didorong oleh asas imanakan akhirnya menjadikan mereka insan sains seimbang dengan memiliki ciri-ciriberikut; Pertama, berilmu dan beriman, kedua, muslim iaitu tunduk dan patuh kepadaAllah S.W.T, ketiga, berakhlak dan keempat, berkemahiran dalam kaedah prosessains Islam. Insan sains seimbang yang berkemahiran dalam kaedah proses sainsIslam berupaya menyaksikan kebenaran alam nyata dan alam ghaib, dapatmelaksanakan kemahiran dalam proses sains dengan menggunakan akal rasionaldan daya intelektual sebagai alat pencerap kebenaran, mampu berfikir berpandukanwahyu, dan melaksanakan inferen melebihi alam nyata iaitu sehingga menjangkaualam metafizik serta akhirnya melaksanakan gabungan fikir dengan zikir (Nor Hayati,2002).

Pembangunan ciri-ciri insan sains seimbang akan berlaku sekiranya dalam diripelajar terdapat serba sedikit rasa tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. Rasa itumenjadi dorongan untuknya melaksanakan kehidupan termasuk melaksanakanpengkajian berhubung alam tabii kerana Allah S.W.T. Pelaksanaan hidup yangsedemikian akan meningkatkan kualiti saintifik diri insan itu yang sebaliknya pulaakan meningkatkan ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah S.W.T. Dalam katalain, ciri tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dan ciri saintifik yang didasarkankepada iman akan bertimbal balik atau meningkatkan satu dengan lainnya (Osman,1998). Menerusi masa, keseluruhan kualiti diri insan itu akan meningkat jika insan itusentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T(Nor Hayati, 2002).

3.4 Perbincangan

Model PISS merupakan satu Model Pembangunan Insan Sains Seimbang dalamkonteks sistem pendidikan sains kebangsaan yang ditulis pada tahap falsafah. Ini

Untitled-150 02/17/2007, 01:2187

Page 12: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI88

bermaksud Model PISS merupakan satu model falsafah pembangunan insan sainsseimbang yang menjadikan pendidikan sains kebangsaan sebagai konteks mikropembangunannya manakala sistem sokongan yang terdiri daripada institusi sekolah,keluarga, masyarakat dan negara sebagai konteks makro pembangunannya.Kepentingan model ini ialah untuk menjadi asas dalam perancangan dan reka bentukkurikulum dan program pendidikan sains yang bersepadu dengan Islam amnya dantauhid khasnya (Nor Hayati, 2002). Model ini tidak ditulis sehingga tahap pelaksanaanatau operasi pembangunan insan sains seimbang. Ini merupakan batasan kajian ini(Nor Hayati, 2002).

3.4.1 Intipati Model PISS

Pada asasnya Model PISS ialah model pembangunan insan sains seimbang yangmenjadikan pengajaran dan pendidikan sains dalam sistem pendidikan kebangsaansebagai wadah dan jalan untuk mencapai sama ada kesedaran, kefahaman ataukeyakinan pelajar kepada keesaan Allah S.W.T. Model PISS ini walau bagaimanapunharus dilaksanakan di samping pendidikan Islam teras iaitu subjek pendidikan Islamyang diajarkan kini (Nor Hayati, 2002).

Kesedaran, kefahaman atau keyakinan bahawa Allah S.W.T sebagai Tuhan yangEsa yang dicapai melalui pendidikan dan pengajaran sains ini diharapkan akanmencetuskan dorongan dalaman pelajar untuk membangunkan diri secara menyeluruhdan bersepadu (Nor Hayati, 2002). Bersamaan pandangan Muhammad Arif (1998)dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan SainsDalam Al-Quran Dalam Kerangka Pembangunan Akhlak Pelajar, ilmu sains yangdisepadukan dengan ilmu naqli boleh menjadi salah satu jalan pendalilan hujah akaldalam memantapkan aqidah yang seterusnya menjadi dorongan untuk lahirnya akhlakmulia di kalangan pelajar. Pemupukan kesedaran, kefahaman dan keyakinan pelajarterhadap Allah S.W.T sebagai Tuhan yang Esa melalui pengajaran dan pendidikansains dalam sistem Pendidikan Kebangsaan memerlukan sokongan daripada kontekspengajaran dan pendidikan makro yang dilaksanakan oleh institusi sekolah, keluarga,masyarakat dan negara (Nor Hayati, 2002).

Pengajaran dan pendidikan sains yang dapat membawa sama ada kesedaran,kefahaman dan keyakinan akal dan seterusnya hati insan terhadap keesaan AllahS.W.T adalah pengajaran dan pendidikan sains tabii yang melaksanakan pengkajianfenomena alam semula jadi dengan tujuan mencari tanda-tanda Allah S.W.T(Al Attas, 1989; Baharuddin, 1989; Husain, 1993; Kettani, 1991; Langgulung, 1997;Nor Hayati, 2002). Oleh yang demikian, Model PISS ini harus terlibat dalam prosespentafsiran atau pentakwilan tanda-tanda bukan linguistik (Al Edrus, 1993). Dalamkata lain, pengajaran dan pendidikan sains yang direka-bentuk berdasarkan ModelPISS ini harus terlibat dalam pentafsiran atau pentakwilan fenomena alam semulajadi yang merupakan tanda-tanda Allah S.W.T (Nor Hayati, 2002).

Untitled-150 02/17/2007, 01:2188

Page 13: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 89

Menurut Al Edrus (1993), proses pentafsiran atau pentakwilan melibatkan prosesfikir yang merupakan renungan atau pertanyaan yang sedar atau waras. Menurut beliaulagi, apabila fikir dikaitkan kepada fenomena alam semula jadi sebagai tanda bukanhanya fikir malah zikir. Ini bermaksud apabila seseorang merenung dan mengkajifenomena alam semula jadi dengan tujuan mencari tanda-tanda Allah S.W.T, beliaubukan sahaja melaksanakan proses fikir, malah melaksanakan proses fikir dan zikir.Ini kerana menurut Al Edrus (1993) istilah fikir menurut pengertian al-Quran melibatkangabungan fikir dengan zikir. Fikir dengan gabungan zikir ini membentuk kesatuankesedaran keagamaan (Al Edrus, 1993; Nor Hayati, 2002).

Kesedaran keagamaan yang tercetus melalui pendidikan dan pengajaran sains iniharus disokong perkembangannya melalui pendidikan Islam sejati yang dilaksanakanoleh sistem sokongan yang terdiri daripada institusi sekolah, keluarga, masyarakatdan negara. Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh sistem sokongan ini harusmembantu perkembangan pelajar agar menjadi insan yang sepadu, seimbang danharmonis sifatnya (Nor Hayati, 2002).

3.4.2 Penekanan Model PISS

Penekanan Model PISS yang pertama ialah pendidik perlu membangunkan roh danjasad pelajar secara keseluruhannya. Roh pelajar yang termanifestasi dalam bentukintelek dan rasional dan juga dalam bentuk hati di samping jasadnya akandibangunkan ketika pengajaran dan pendidikan sains tabii sama ada secara formal,informal atau non formal. Nafsu (nafs) insan yang juga merupakan manifestasi rohakan turut dibangunkan apabila akal dan hati insan dibangunkan. Dalam kata lain,pembangunan nafsu (nafs) insan akan berlaku apabila seseorang insan itu berusahamembangunkan ilmu dan iman dalam akal dan hatinya (Nor Hayati, 2002).

Penekanan Model PISS yang kedua ialah pendidik perlu membangunkan dorongandalaman pelajar untuk belajar. Dorongan ini akan dibangunkan secara bertahap-tahapmulai daripada dorongan belajar kerana merasa seronok belajar meningkat kepadadorongan belajar kerana berupaya melihat makna proses pengajaran dan pembelajaran,meningkat kepada dorongan belajar kerana berupaya melihat keindahan dankehebatan ilmu dan akhirnya dorongan belajar kerana rasa tanggungjawab dan imankepada Allah S.W.T. Perolehan dorongan dalaman yang terakhir iaitu iman bukansahaja dapat menjadi dorongan untuk belajar, malah ia berupaya menjadi doronganuntuk insan membangunkan diri secara keseluruhannya (Nor Hayati, 2002). Oleh itu,iman kepada Allah S.W.T yang dibangunkan melalui pengajaran dan pendidikansains ini berupaya menjadi pencetus dan pendorong yang mendorong pelajarmembangunkan diri secara seimbang dan harmonis (Wan Mohd Zahid, 1998; NorHayati, 2002). Pada dasarnya penekanan Model PISS yang kedua ialah menjadikankonsep tabii insan amnya dan konsep fitrah insan khususnya sebagai titik tolak prosespendidikan dan pengajaran sains dalam sistem pendidikan kebangsaan sama adasecara teori atau pun praktisnya (Nor Hayati, 2002).

Untitled-150 02/17/2007, 01:2189

Page 14: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI90

Penekanan Model PISS yang ketiga ialah pendidik perlu menggunakan alam semulajadi sebagai tanda-tanda Allah S.W.T atau alam semula jadi sebagai kitab AllahS.W.T yang terbuka (Nor Hayati, 2002). Jika pengkajian alam semula jadi dilaksanakandalam bentuk yang sedemikian maka tidak akan terjadi pengkajian terhadap alamsemula jadi itu semata-mata tanpa membawa kepada pengenalan dan pengiktirafanterhadap pengarang dan pencipta alam itu sendiri iaitu Allah S.W.T seperti yangbiasa terjadi dalam pendidikan sains Barat yang sekular (Al Attas, 1989; Nor Hayati,2002).

Penekanan Model PISS yang keempat ialah pendidik perlu mengolah isi kandunganpelajaran yang dapat mencetuskan minat dan persediaan minda pelajar untukmenerima ilmu yang disampaikan sehingga timbul unsur sama ada sedar, fahamatau yakin dalam diri pelajar bahawa Allah S.W.T khususnya adalah Pencipta, Tuhandan Sembahan hidup mereka dan diri mereka pula merupakan hamba dan khalifahAllah S.W.T di bumi ini (Nor Hayati, 2002).

Penekanan Model PISS yang kelima ialah pendidik perlu merancang danmelaksanakan strategi pembangunan seimbang dalam konteks mikro dan makrobagi membangun insan sains seimbang. Pendidikan Sains KBSR, KBSM dan sainstinggi membentuk konteks mikro pembangunan insan sains seimbang, manakalainstitusi sekolah, keluarga, masyarakat dan negara membentuk konteks makropembangunan insan sains seimbang (Nor Hayati, 2002). Dalam kedua-dua konteksini strategi pembangunan seimbang harus dirancang dan dilaksanakan. Strategipembangunan seimbang itu meliputi perkara-perkara berikut:

(a) Pengajaran dan pendidikan sains yang menekankan pembangunan keseluruhandiri insan (Abdul Latif, 1998; Langgulung, 1997; Osman, 1999; Wan Mohd Zahid,1998; Nor Hayati, 2002)

(b) Penerapan ilmu yang benar iaitu ilmu yang dapat merubah hati insan agar berimankepada Allah S.W.T (Abdul Rahman, 1999; Ghazali, 2000; Osman, 1999;Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)

(c) Penerapan ilmu yang bersepadu antara ilmu aqli dengan ilmu naqli (Ibrahim,1999; Ismail, 1998; Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Mohd Yusof, 1999; Siddiq,1998; Zainuddin, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)

(d) Penerapan ilmu yang telah melalui proses pengislaman ilmu iaitu proses yangmerubah perspektif ilmu aqli daripada perspektif sekular kepada perspektif Islam(Abdul Rahman, 1999; Elias, 1998; Nor Hayati, 2002) atau proses yangmenyelaraskan ilmu aqli dengan Islam dan tauhid (Ghazali, 2000; Osman, 1998,1999; Nor Hayati, 2002)

(e) Penggunaan istilah sains daripada kerangka ilmu atau tamadun Islam (Ghazali,2000; Wan Ramli, 1999; Nor Hayati, 2002)

(f) Pelaksanaan pengajaran yang menarik dan berkesan (Ghazali, 2000; Osman,1999; Wan Mohd Zahid, 1998; Zawawi, 1998; Nor Hayati, 2002)

Untitled-150 02/17/2007, 01:2190

Page 15: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 91

(g) Pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum yang berlandaskan Islam (Abdul Latif, 1998;Ghazali, 2000; Jailani, 2000; Osman, 1999; Nor Hayati, 2002)

(h) Penyediaan suasana yang merangsang pembangunan iman (Elias, 1999; Ghazali,2000; Osman, 1999; Siddiq, 1998; Sulaiman, 1998; Nor Hayati, 2002)

(i) Pelaksanaan sistem pendidikan ketuhanan (Ghazali, 2000; Osman, 1999; Siddiq,1998; Nor Hayati, 2002)

(j) Pelaksanaan sistem dan alat penilaian yang menilai pembangunan keseluruhandiri insan (Ghazali, 2000; Osman, 1998, 1999; Nor Hayati, 2002).

Penekanan Model PISS yang keenam ialah pendidik perlu melaksanakan prosespendidikan yang melibatkan interaksi proses pemindahan budaya sains Islam denganproses pengembangan fitrah dan potensi pelajar. Budaya sains Islam ialah budayayang memupuk perolehan ilmu aqli berteraskan ilmu naqli di samping iman denganmenggunakan daya akal dan intelektual yang dibimbing oleh wahyu, melalui langkah-langkah proses sains Islam dan pengisian ilmu ketuhanan dengan bantuan sistempendidikan ketuhanan dan suasana persekitaran yang membangunkan dorongan imandalam diri pelajar. Dorongan iman itu kemudiannya mendorong pelajar bertingkahlaku dengan tingkah laku insan sains muslim. Budaya sains Islam ini merupakanbudaya yang harus disampaikan oleh pendidik sains tabii kepada pelajarnya.Penyampaian budaya sains tabii Islam itu haruslah dengan tujuan membangunkanfitrah dan mengembangkan potensi pelajar. Penyampaian budaya sains dengan tujuansedemikian dapat dilaksanakan dengan pendidik mengenal pasti tahap pencapaianmotivasi dalaman pelajar khususnya iman diikuti dengan proses membangkitkaniman itu sehingga menjadi dorongan yang membangunkan diri pelajar secarakeseluruhannya (Nor Hayati, 2002).

Penekanan Model PISS yang ketujuh ialah pelajar perlu melaksanakan prosestazkiyahtul nafs di samping proses perolehan ilmu ketika melakukan pembelajarankendiri. Salah satu alat yang membolehkan seseorang insan itu melaksanakan prosestazkiyahtul nafs adalah proses mujahadah nafs (Fauzinaim, 1999; Zakaria, 1999; NorHayati, 2002). Ilmu yang perlu dikuasai oleh pelajar pula ialah ilmu menurut falsafahilmu Islam iaitu ilmu yang memiliki adunan ilmu dengan iman (Osman, 1998; WanMohd Zahid, 1998; Nor Hayati, 2002).

3.5 Kesimpulan

Model PISS merupakan satu model pendidikan dan pengajaran sains yang dibinapada tahap falsafah dengan tujuan memperoleh keseluruhan faktor yang menyumbangterhadap pembangunan insan sains seimbang melalui sistem pendidikan sainskebangsaan. Faktor-faktor ini kemudiannya dikaitkan untuk membentuk satu modelyang dipanggil sebagai Model Pembangunan Insan Sains Seimbang DalamPendidikan Sains.

Untitled-150 02/17/2007, 01:2191

Page 16: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

NOR HAYATI HJ. ALWI92

Dapatan kajian menunjukkan bahawa membangunkan insan sains seimbangmenerusi sistem pendidikan sains kebangsaan mesti dimulakan dengan usahamengenalpasti faktor-faktor penyumbang terhadap pembangunan insan yangsedemikian dan mengaitkan faktor-faktor itu dalam bentuk gambar rajah atau modelyang dapat memudahkan pemahaman konsep pendidikan sains yang bersepadudengan iman dan Islam. Model ini dijangkakan dapat menjadi asas atau dasar dalamusaha para pendidik sains merancang dan mereka-bentuk program-programpendidikan sains yang bersepadu sifatnya dengan iman dan Islam.

Menyepadukan pendidikan sains dengan nilai-nilai Islam amnya dan tauhid khasnyamerupakan antara langkah penting untuk menghasilkan insan sains seimbang dikalangan pelajar-pelajar Islam kerana Islam mempunyai kaedah dan cara yang dapatmendorong insan membangunkan segala potensi yang ada dalam dirinya termasukpotensi saintifik. Sains pula mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalammembangunkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan beragama dalam diri insan.Dengan sebab itu, menyepadukan pendidikan sains dengan Islam amnya dan dengantauhid khususnya, ibarat menyatukan dua kekuatan dalam mencapai ketaqwaan kepadaAllah S.W.T yang menjadi titik tolak pembangunan insan sains muslim. Sayid Sabiq(1991) ada mengatakan bahawa:

Untuk berma'rifat kepada Allah S.W.T itu mempunyai dua cara iaitu pertamadengan menggunakan akal fikiran dan memeriksa secara teliti apa-apa yangdiciptakan oleh Allah S.W.T yang berupa benda-benda yang beraneka ragamini dan kedua dengan mema'rifati nama-nama Allah S.W.T serta sifat-sifat-Nya.

Oleh itu menyepadukan pendidikan sains dengan Islam dapat mengambilkirakedua-dua jalan bermakrifat dan bertaqwa kepada Allah S.W.T seperti yang dikatakanoleh Sayid Sabiq (1991) tadi. Secara amnya kecintaan dan ketaqwaan kepada AllahS.W.T berupaya menjadi titik tolak pembangunan diri insan bagi menghasilkan insansains yang seimbang dan taqwa. Penghasilan insan yang sedemikian merupakanmatlamat yang diidamkan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah PendidikanKebangsaan. Khususnya pula pengenalan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T inidapat dijadikan titik tolak proses pengajaran dan pembelajaran sains dalammembangunkan insan sains seimbang menerusi pendidikan sains dalam SistemPendidikan Kebangsaan.

RUJUKANAl Attas, S. M. N. 1980. The Concept of Education in Islam, a Framework for an Islamic Philosophy of Education.

Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.Al Attas, S. M. N. 1989. Islam & the Philosophy of Science. Kertas Kerja International Seminar on Islamic

Philosophy & Science. Penang, Universiti Sains Malaysia.Al-Edrus, S. M. D. 1993. Epistemologi Islam Teori Ilmu dalam al-Quran. Cetak pertama. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Pustaka.

Untitled-150 02/17/2007, 01:2192

Page 17: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN · PDF fileKata kunci: Kurikulum sains insan seimbang, model pendidikan dan sains, nilai-nilai Islam ... KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN

KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL PEMBANGUNAN INSAN SAINS SEIMBANG 93

Al Ghazali. 1992. Kitab Uraian Keajaiban Hati. Dlm. Ihya’ Ulumiddin. Terj. Ed. Baru. Jil. 2. Cetak ke 2. Singapura:Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Ahmad, B. 1989. Reality & Truth in Traditional and Modern Sciences. International Seminar on Islamic Philosophyand Science. Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

Husain, S. 1993. Islamic Science: The Making of a Formal Intellectual Discipline. The American Journal Of IslamicSocial Sciences. 10(3).

Shaari, I. 1995. Pembangunan Sumber Manusia Bumiputera. Kertas kerja Seminar Pendidikan MARA. KualaLumpur: Pusat Dagangan Dunia Putra.

Kementerian Pendidikan. 1990. Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan. 1993. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat

Perkembangan Kurikulum.Kettani, M. Ali. 1991. Sains dan Teknologi dalam Islam: Sistem Nilai Sandaran. Dlm. Sardar, Ziauddin. Sentuhan

Midas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.Hassan, M. K. 1988. Pendidikan dan Pembangunan, Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Hj. Kosmo, M. A. 1998. Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains dalam al-Quran dalam Kerangka

Pembangunan Akhlak Pelajar. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Islamisasi Pendidikan: Menangani Cabaran.Kuala Lumpur, Universiti Islam Antarabangsa.

Nasr, S. H. 1994. Islam dan Sains Moden. Dlm. Baharuddin Ahmad. Falsafah Sains daripada Perspektif Islam.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nik Pa, N. P. 1996. Penjelmaan Gagasan Pendidikan Islam dalam Konteks Malaysia. Kertas Kerja KonvensyenKebangsaan Pendidikan Moral & Nilai Dalam Pembangunan Manusia. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.27-29 Ogos.

Alwi, N. H. 2002. Pembentukan Model Pembangunan Insan Kamil Dalam Pengajaran Sains. Tesis Doktor. Fal.Bangi, Universiti Kebangsaan.

Bakar, O. 1991. Tawhid & Science, Essays on the History & Philosophy of Islamic Science. Kuala Lumpur: Secretariatfor Islamic Philosophy & Science.

Rahman, A. 1992. Ensiklopedia Sirah, Dorongan Baru. Terj. Zaharah Salleh et al. Jil. IV. Kuala Lumpur: DewanBahasa Pustaka.

Hashim, R. 1996. Ke Arah Perindustrian Negara Islam Berasaskan Moral dan Nilai. Kertas Kerja KonvensyenKebangsaan Pendidikan Moral Dan Nilai Dalam Pembangunan Manusia. Bangi, Universiti KebangsaanMalaysia.

Sabiq, S. 1991. Akidah Islam. Terj. M. Abdai Rathomy. Ed. Baru. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.Mohamad Zain, S. 1986. Pendidikan Sains Terkamir di Peringkat Universiti. Dlm Tajul Ariffin Noordin & Abdul

Raof Dalip (pnyt.). Pendidikan Sepadu, Seminar Pendidikan Sepadu. Kumpulan Kertas Kerja 8. UKM.Bangi, Penerbit UKM.

Mohamad Zain, S. 1987. Pengenalan Sejarah & Falsafah Sains. Bangi, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI).Strauss, A. L. 1987. Qualitative Analysis for Social Scientists. New York: Cambridge University Press.Strauss, A. L., dan J. Corbin. 1990. Basics of Qualitative Research, Grounded Theory Procedures and Techniques.

Newbury Park, California: Sage Publications, Inc.Noordin, T. A. 1990. Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.Mohd Noordin, W. M. Z. 1992. Arah Aliran Pendidikan Sains dalam Konteks Reformasi Pendidikan. Dlm. Mohd

Yusof Hj. Othman dan Khalijah Mohd Salleh, Pendidikan Tinggi Sains ke Arah Reformasi Pendidikan. KualaLumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Untitled-150 02/17/2007, 01:2193