ke arah pembentukan kurikulum pendidikan seni sekolah

24
KE ARAH PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN . SEN1 SEKOLAH MENENGAH BERORIENTASIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT oleh MOHD ZAHURI BIN KHAIRANI Dissertasi ini disedia dan diserahkan bagi memenuhi sebahagian keperluan Ijazah Sarjana Seni Gunaan (Seni Halus) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK O April 2002

Upload: hathu

Post on 13-Jan-2017

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

KE ARAH PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN . SEN1 SEKOLAH MENENGAH BERORIENTASIKAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

oleh MOHD ZAHURI BIN KHAIRANI

Dissertasi ini disedia dan diserahkan bagi memenuhi sebahagian keperluan Ijazah Sarjana Seni Gunaan (Seni

Halus)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

O April 2002

Administrator
Page 2: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

PERAKUAN

Saya akui hasil kajian im adalah tulen dan tidak pernah diserahkan sebagai permohonan penganugerahan sijil di mana-mana Universiti atau Instltusi Pengajian Tingg~.

Page 3: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

DEDIKASI

Kajian ini telah dihasilkan buat keluarga yang tersayang. Puan Sharlfah Wahani, Nurfariesha dan Nur Adrieyana, sumber inspirasi setiap waktu. Buat ayahanda Khairani Osman, kekanda Zainal Abihn dan Zulkefli serta adinda Ahmad Zamri dan Zulkarnain, semoga doa luta bersatu untuk mewarna hidup.

Page 4: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

PENGHARGAAN

Gcapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidrkan, Kementerian Pendidikan Malaysia, atas kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada Profesor Madya Fauzan Omar, Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif selaku penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan sokongan yang tidak terbngga. Begitu juga dengan Encik Hasnul Jamal Saidon selaku penyelia kedua, sesungguhnya tunjuk ajar dan teguran yang diberlkan amat dihargai.

Penghargaan dan ucapan terima kasih khas kepada Puan Sharifah Wahani Wan Johan atas bantuan teknikal yang dihulurkan. Tidak lupa juga kepada Encik Amri Ahmad, Pegawai Penyelidik dari Sarawak Development Institute dan Puan Belinda Lim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Kebangsaan Pending, Kuching.

Akhir sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembantu penyelidik Encik Zaidi Morni, Encik Safrizal Shahir, Encik Alizam Hasan dan Enclk Hasrul Lizam Ali. Bantuan yang diberikan amat dihargai.

Mohd Zahuri Bin Khairani 99-02-0287

Page 5: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

IS1 KAIVDUNGAN

Tajuk

Perakuan

Dedikasi

Penghargaan

Isi Kandungan

Daftar Judual

Dafttar Rajah

Daftar Contoh Karya

Drtftar Contoh K a ~ y a Pent~lis

Abstrnk

Abstract

I. Bab Satu - Pengenalan

1.1 Latarbelakang 1.2 Penyataan Permasalahan 1.3 Objektif Kajlan 1.4 Persoalan Xajian 1.5 Definlsi Terminologi 1.6 Kepentlngan Kajlan 1.7 Skop dan Batasan Kajlan

i

ii

iii

iu

U

viii

ix

X

xi

x i i

xiii

Bab Dua - Kajian Literatur

2 1 Pengenalan 2 2 Menangan~ Cabaran Pembaharuan

2.2.1 global is as^ 2.2.2 Cabaran Pasca-moden 2.2.3 Wawasan 2020 2.2 4 Dasar Pendidikan Kebangsaan 2.2.5 Penyemakan Semula ICurikulum Persekolahan

2.3 Konsep Teknologl Pend~dikan 2.4 Teor~ S ~ k a p dan Pembelajaran

2.4.1 Teon-Teon Pembelajaran {Learnzng Theories) 2.4.2 Teon-Teon Ketekalan (Consistency Theorres) 2.4.3 Teori-Teori Tlndakbalas Kognitif

{Cogrzztrvie-Response Theories) 2.5 Teorl Pembelajaran Berasaskan Komputer

2 5.1 Teon Behavlor~sme 2.5.2 Teori Slstem 2.5.3 Teori Eiognrtlf

2.6 Apllkasi Komputer Dalam Pend~dlkan 2.7 Ziajlan Mengenai Sikap Terhadap Xomputer

Page 6: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

111. Bab Tiga - Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan 3.2 Subjek Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Pentadbiran Soal Selidik 3.5 Penganalisaan Data

3.5.1 Bahagian Sikap 3.5.2 HubunganIPengetahuan 3.5.3 Tanggungjawab 3.5.4 Usaha

3.6 Kesimpulan

IV. Bab Empat - Dapatan Kajian Dan Perbincangan

4.1 Analisis Sikap Guru Terhadap Komputer 4.2 Analisis Pengetahuan Guru Terhadap Komputer 4.3 Analisis Tanggungjawab Guru 4.4 Analisis Usaha Dari Pihak Guru 4.5 Perbincangan

4.5.1 Sikap Guru Terhadap Komputer 4.5.2 HubunganIPengetahuan Guru Terhadap Komputer 4.5.3 Tanggungjawab Guru 4.5.4 Usaha-Usaha Dari Pihak Guru 4.5.5 Kesimpulan

VI. Bab Lima - Cadangan Dan Kesirnpulan

5.1 Cadangan Bagi Mengatasi Masalah Kaji Selidik 5.1.1 Pendahuluan 5.1.2 Sikap Guru Terhadap Komputer 5.1.3 HubunganIPengetahuan Guru Terhadap Komputer 5.1.4 Tanggungjawab Guru 5.1.5 Usaha Dari Pihak Guru

5.2 Pembacaan Imej dan Pentafsiran 5.2.1 Pengenalan 5.2.2 Imej dan Rahasa 5.2.3 Mentafsir Imej Yang Berbeza 5.2.4 Imej dan Tingkahlaku Manusia 5.2.5 Imej dan Unsur Semiotik 5.2.6 Imej dan Pengiklanan 5.2.7 Imej dan Naratif Baru 5.2.8 Imej dan MaMumat Televisyen

5.3 Aplikasi IComputer Dalam Kurikulum Pendidikan Seni Tingkatan 4 Dan 5 5.3.1 Pengenalan 5.3.2 Objektif Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5 5.3.3 Aplikasi Komputer Dalarn Seni dan Iiomunikasi 5.3.4 Aplikasi Komputer Dalam Seni GraEk 5.3.5 Laman Sesawang (web) Seni dan Rekabentuk

5.4 Kesimpulan dan Penemuan 5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Page 7: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Contoh Karya Senarai Lengkap Hasil Karya Bibliografi Borang Soalselidik Surat Kebertaran Menjalankan Kajian

vii

Page 8: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

BAFTAR JADUAL

Jadual 1

Jadual2

Jadual3

Jadual4

Jadual5

Jadual6

Jadual7

Jadual8

Jadual9

Jadual10

Jadual11

Jadual12

Jadual13

viii

Page 9: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

DAFTAR RAJAH

Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3

Rajah 4

Rajah 5

Rajah 6

Rajah 7

Rajah 8

Rajah 9

Rajah 10

Page 10: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

DAFTAR CONTOH KARYA

Karya 1 ECarya 2 Iiarya 3 Karya 4 Karya 5 Karya 6 Karya 7 Karya 8 Karya 9 Karya 10 Karya 11 Karya 12 Karya 13 Karya 14 Karya 15 Karya 16 Karya 17 Karya 18 Karya 19 Karya 20 Karya 21 Karya 22 Karya 23 Karya 24 Karya 25

Page 11: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

DAFTAR CONTOH KARYA PENULIS

Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3 Contoh 4 Contoh 5 Contoh 6 Contoh 7

Page 12: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan ke arah pengimplementasian literasi komputer ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5 di sekolah. Perkembangan dunia pasca moden yang menjadikan bidang teknologi maklumat sebagai wadah dalam peradaban manusia, menjadikan bidang pendidikan amat perlu didominasikan dengan teknologi komputer. Bagi mencapai objektif tersebut, soal selidik telah dijalankan terhadap guru-guru Pendidikan Seni bagi menguji tahap pengetahuan komputer dalam matapelajaran Pendidikan Seni di sekolah. Soalan yang disediakan merangkumi aspek sikap, hubunganlpengetahuan, tanggungjawab dan usaha guru terhadap pengetahuan komputer telah dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif. Analisis yang dilakukan mengemukakan cabaran pembaharuan bermula dari latarbelakang pendidikan sehinggalah konsep teknologi pendidikan yang berkaitan dengan komputer. Seterusnya model bagi aktiviti dalam subjek Pendidikan Seni dengan literasi komputer dalam subjek Pendidikan Seni merupakan langkah yang amat perlu dilaksanakan demi memartabatkan subjek ini seperti subjek lain selain daripada dapat menarik minat pelajar ke arah proses penghasilan karya yang lebih mencabar.

Page 13: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

ABSTRACT

This research is carried out towards the implementation of computer literacy i n the Art syllabus for Form 4 and 5 students. With the development of the post modern in the field of information technology, it has become crucial for education to be dominated by computer technology. To achieve this aim, a survey has been carried out among art teachers to gauge their level of computer knowledge. Questions, which cover the study of attitudes, relationships, knowledge, responsibility and teachers' efforts toward computer knowledge, have been analysed using the descriptive method. This study also highlights the transformational challenges, beginning with, the traditional educational approaches to that which employ the computer. The activity-based model i n the subject of art and computer literacy is deemed as highly necessary implementation so that the teaching of art a s a subject can be further upgraded and the interests of the students aroused for more creative production.

Page 14: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Latarbelahang

Proses perkembangan pendidlkan di Malaysia adalah berlandaskan kurlkulum yang dirancang dan disediakan oleh sebuah agensi kerajaan iaitu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidlkan Seni sekolah menengah yang merujuk kepada Tingkatan 4 dan 5 adalah gabungan yang dirangkakan sebagai alat panduan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Apabila proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung di sekolah, guru akan membuat tafsiran berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dipengaruhi oleh sikap guru-guru seni itu sendiri (Iberahim Hassan, 2000).

Proses pembelajaran perlu mengikuti perkembangan semasa apabila pelajar diberi peransang untuk meneroka idea asas dan struktur matapelajaran dalam gaya yang dilakukan oleh para ilmiawan atau pengamal profesional dalam bidang yang diceburi di mana konsep penggunaan pelbagai disiplin mula dianggap relevan kepada pembentukan kefahaman tentang seni (Bruner, 1977).

Kedudukan subjek Pendidikan Seni di luar negara telah mengalami proses perubahan yang drastik. Di Amerika, matlamat Pendidikan Seni mempunyai hubungkait secara langsung kepada keupayaan bersaing dalam pasaran dunia "yang tidak tercabar dari segi perdagangan, industri, sains dan inovasi teknologi" (National Commision on Excellence in Education, 1983).

Di England, telahpun terdapat syor bagi menghadapi tuntutan era baru supaya mengurangkan kos pendidikan dan mengaitkan amalan pendidlkan kepada keperluan ekonomi negara. Ini disebabkan kurikulum di banyak sekolah tidak disesuaikan secukupnya dengan kehdupan moden masyarakat industri, maka pendidikan perlu menjadi lebih functional (Papert, 1980).

Di Malaysia, pengajaran Pendidikan Seni dimulakan dengan Kurlkulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) yang dlkenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan Tangan. Sukatan Pelajaran Seni Lukis ini ditujukan untuk memupuk perasaan menghargai, penikmatan nilai indah, kemahiran mencipta di samping mengadakan asas yang kukuh bagi perkembangan kebudayaan (Ahmed Ghazi, 2000).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah menggantlkan KLSM di mana Pusat Perkembangan Kurikulum menyediakan Buku Panduan Guru sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni di sekolah menengah.

Page 15: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Buku Panduan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum telah digunakan secara langsung dan ini mengakibatkan proses pembelajaran menjadi kaku dan tidak dapat menarik minat pelajar. Fenomena ini wujud akibat daripada sikap dan budaya fikir yang tidak lateral (Iberahim Hassan, 2000).

Keberkesanan perlaksanaan kurikulum adalah bergantung kepada kecekapan guru mengolah isi kandungan pelajaran dalam menyediakan pengalaman sebenar melalui kegiatan seni di bilik darjah.

Perkembangan teknologi maklumat yang melanda peradaban sejagat telah melampaui batas-batas politik, ekonomi dan sosial masyarakat dunia. Dalam bidang pendidikan, teknologi maklumat telah merubah pemikiran intelek, struktur organisasi penggubah dasar sehingga menjurus kepada isi kandungan kurikulum matapelajaran di sekolah.

Pengwujudan Sekolah Bestari telah menjadikan komputer sebagai komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Lebih dari itu, implementasi teknologi maklumat telah menjadi agenda utama bagi Icementerian Pendidikan untuk memastikan masyarakat tidak ketinggalan memperolehi kemahiran ini melalui system pendidikan yang dirangka dan dilaksanakan.

Menyedari tentang perlunya perubahan dilakukan terhadap kurikulum Pendidikan Seni bersesuaian dengan kepentingan teknologi maklumat, implementasi komputer dalam sukatan pelajaran perlu dilaksanakan. Dengan ini subjek Pendidikan Seni akan dapat meransang minat pelajar, menjadi asas kepada kursus-kursus seni di institusi pengajian tinggi lantas memenuhi tuntutan prospek kerjaya dalam bidang yang mempunyai hubungkait dengan ilmu-ilmu seni.

1.2 Penyataan Permasalahan

Dalam proses pembentukan kurikulum Pendidikan Seni, pengalaman seni perlu dirancang berasaskan kepada tiga pertimbangan: i > Pelajar ii) Bidang seni iii) Program Pendidikan seni sekolah keseluruhannya

Tumpuan perlu diberi kepada keperluan, kegemaran, sikap, latarbelakang dan aras perkembangan semua pelajar. Adalah mustahak guru mengetahui keperluan pelajar, sama ada keperluan asas psikologi hinggalah kepada keperluan meta (meta needs) (Maslow, 1970).

Page 16: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Menurut Victor Lowenfeld (1975), tujuh bidang keperluan manusia termasuk Pendidikan Seni secara langsung boleh memainkan peranan iaitu keperluan: 1) Intelek ii) Emosi iii) Sosial iv) Fizikal v) Pengamatan vi) Kreatif vii) Estetik

Menurut Iberahim Hassan (2000), unsur utama dalam pembinaan kurikulum adalah pelajar. Guru perlu memainkan peranan sebagai penggerak atau pelaksana isi kandungan pelajaran. Oleh itu keperluan pelajar terhadap penglibatannya dalam pelajaran, perkembangan dan pertumbuhan mestilah sentiasa di dalam perkiraan guru apabila melaksanakan kurikulum Pendidikan Seni.

Manakala Mat Desa Mat Rodzi (2000) menyatakan sebelum perancangan kurikulum baru atau dilakukan penyemakan kepada kurikulum yang sedia ada, penilaian perlu dilakukan. Penilaian ini merujuk kepada sama ada hendak membina kurikulum baru ataupun menyemak kurikulum yang ada dan telah digunakan sekian lama. Penilaian adalah langkah penting dalam pembentukan kurikulum selain daripada pemilihan dan pembentukan objektif serta memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran.

Permasalahan utama yang difokuskan ialah berkenaan dengan kurikulum Pendidikan Seni tingkatan 4 dan 5 sekolah pada masa ini. Kandungan sukatan pelajaran tersebut tidak menjurus kepada aplikasi komputer kepada generasi pelajar. Perkembangan teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan telah merubah proses pengajaran dan pembelajaran.

Ledakan maklumat yang membanjiri dunia pasca moden pada hari ini membolehkan pelajar melihat perkembangan dunia semasa dari sumber yang berbagai. Maka subjek Pendidikan Seni amat memerlukan literasi komputer sebagai salah satu kemahiran dalam aktiviti pembelajaran teori dan praktikal di sekolah.

Pihak guru adalah golongan yang menggerakkan matlamat dan agenda yang dirangkakan oleh Kementerian Pendidikan melalui sukatan pelajaran yang disediakan. Oleh itu kaji selidik juga dijalankan untuk melihat apakah kemahiran komputer di dalam aktiviti-aktiviti seni dikuasai oleh golongan pendidik demi untuk menjadikan subjek Pendidikan Seni bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

Pengkaji berhasrat untuk mengkaji tahap pengetahuan komputer guru-guru Pendidikan Seni di dalam subjek tersebut. Kaji selidik akan dibuat di Balai Seni Lukis Negara sempena Konvensyen Kebangsaaan Pendidikan Seni Visual 2000 di mana responden yang

Page 17: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

akan dipilih ialah guru-guru Pendidikan Seni sekolah menengah dari beberapa negeri yang mengambil bahagian.

1 1

1.3 Objektif Kajian 3

i Kajian in1 mengandungi dua bahagian objektif iaitu objektif '

utama dan objektif sampingan. 1

Objektif Utama: 1. Mengenalpasti tahap pengetahuan komputer dl kalangan guru-

guru Pendidikan Seni dalam matapelajaran tersebut. . . 11. Membentuk model aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni berbantukan komputer bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.

Objektif Sampingan: 1. Memberikan intepretasi kepentingan komputer dalam subjek

Pendidikan Seni sekolah menengah. ii . Menggabungjalinkan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran

dengan literasi komputer.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dikemukakan ialah: i. Adakah guru-guru Pendidikan Seni berkeupayaan

menggunakan literasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah?

11. Apakah guru bersedia menerima aplikasi komputer dalam matapelajaran Pendidikan Seni secara total?

. . . 111. Mengapakah penggunaan teknologi komputer sukar

dilaksanakan dalam proses pengajaran di sekolah? iv. Mengapakah teknologi komputer perlu dimasukkan ke dalam

sukatan pelajaran Pendidikan Seni sekolah menengah? v. Apakah sukatan pelajaran Pendidikan Seni perlu dirombak

semula bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini?

1.5 Definisi Terminologi

Kurikulum

Ia merujuk kepada skop atau isi kandungan sesuatu matapelajaran di sekolah. Ia juga mencakupi senarai kesemua matapelajaran di sekolah yang berkaitan dengan kursus pengajian. Kurikulum bersifat saintifik dan dinamik serta sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan.

Page 18: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Kurikulum dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, objek yang terlibat secara langsung ialah pelajar, persekitaran, kaedah atau strategi perlaksanaan, penentuan jangkauan hasil dan penglibatan menyeluruh (Mat Desa Mat Rozi, 2000).

Kurlkulum juga memberi maksud :

'All goal directed activities that are generated by school whether they take place i n the institution or outside it: (Hughes) '...all of learning which is planned and guided by the school, whether or not it is carried out in class, on the playground or i n the segments of pupils lives'. (Ralph W. Tyler) 'A curriculum relates to what students should learn rather than what they should do: (Neagley & Evans) '...the total effort of the student to bring about desired outcomes in school and out of school situation'. (Saylor & Alexander) Curriculum is plan composite effort of any school to guide learning toward predetermined learning outcomes'. (Inlow)

(Di dalam Mat Desa Mat Rozi, 2000).

Dalam konteks kajian ini, kurikulum adalah nadi kepada kandungan pelajaran yang ingin disampaikan bertujuan untuk memberi kemanfaatan kepada pelajar, contohnya apa yang sebenarnya dialami oleh pelajar di sekolah-luaran, kecenderungan, kemahiran dan tingkah laku. Ini termasuk jenis program, rancangan pengajaran awal, bahan atau aktiviti yang sesuai dan program pendidikan yang dikelolakan di sekolah. Kurikulum dihasilkan untuk mengawal tujuan, perkara pokok, kaedah dan arahan pengajaran (Posner, 1995).

Definisi operasional seterusnya dalam kajian ini, kurikulum adalah pilihan polisi secara sedar yang memberi kesan ke atas apa yang dipelajari. Keputusan ini termasuk jenis program, rancangan pengajaran awal, bahan atau aktiviti yang sesuai dan program pendidikan yang dikelolakan di sekolah ataupun di dalam kelas. Ia dibuat dengan maksud untuk mengawal tujuan, perkara pokok, kaedah dan arahan pengajaran.

Pembentukan kurikulum yang dicadangkan ialah implementasi teknologi komputer dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Sekolah Menengah untuk Tingkatan 4 dan 5. Ini dilakukan setelah kaji selidik dijalankan ke atas tahap pengetahuan komputer di kalangan guru-guru Pendidikan Seni Sekolah Menengah dari beberapa negeri di Malaysia.

Pendidikan Seni

Seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ia adalah penjelmaan beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan sesuatu masyarakat itu (Mc Fee, 1972).

Page 19: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Seni adalah hubungan individu dan alam sekitar. Kesedaran dan pengamatan terhadap alam sekitar di kalangan generasi muda boleh dipupuk menerusi Pendidikan Seni (Brown & Ross, 1983).

Kepentingan Pendidikan Seni dalam kehidupan manusia merangkumi: 1. Seni sebagai alat komunikasi ii . Seni untuk ekspresif ... 111. Seni untuk kepekaan pengamatan iv . Seni untuk meningkatkan kesedaran estetik v. Seni untuk perkembangan pengetahuan dan kefahaman vi. Seni untuk kreativiti vii. Seni untuk perkembangan kemahiran viii. Seni untuk keseimbangan dalam kehidupan dan pendidikan

(Michael, 1983).

Istilah seni juga merujuk kepada kemahiran yang berasaskan prinsip-prinsip estetika terutamanya dalam penghasilan senireka atau karya yang bersifat nyata dari imaginasi pengkarya (Brown E, 1993).

Pendidikan Seni adalah usaha satu kegiatan transformasi membabitkan perubahan konsepsi tentang Pendidikan Seni bagi mengubah pendekatannya dari sesuatu yang hanya menghargai perkembangan dalam penglibatan kreatif dan mengutamakan penguasaan isi kandungan kepada satu asas yang lebih mementingkan kandungan dan kefahaman terdidik tentang seni (Lowenfeld, 1957).

Pendidikan Seni adalah gabungan beberapa disiplin lain merangkumi bidang penciptaan atau penghasilan seni, sejarah seni, kritikan seni dan estetika (Greer, 1984).

Pendidikan Seni merupakan bidang yang dapat mengkonsepsikan tujuan asas serta penglibatannya secara tertib (Barkan, 1963).

Oleh itu, terjemahan nlaksud Pendidikan Seni bukan hanya tertumpu kepada membentuk kerangka konsepsual dan keupayaan menyelesaikan masalah (problem-solving) dalam maksud kepakaran yang khusus, tetapi menyediakan langkah membina pelan penterjemahan yang lebih umum bagi faedah kefahaman dan apresiasi yang mampu digunakan oleh bukan pakar (non-specialist) dengan menampilkan keupayaan mengolah sesuatu isi kandungan secara bijak (intelligent).

Dalam konteks kajian ini, Pendidikan Seni adalah disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga domain mailusia iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ia boleh memberi sumbangan untuk proses perkembangan individu yang bertanggungjawab kepada setiap keputusan untuk meningkatkan kualiti hidup sesuatu masyarakat.

Di dalam keadaan masyarakat dan negara mengejar kemajuan dan mengagungkan teknologi, menerima sikap bertanggungjawab terhadap memperbaiki lagi kualiti h d u p masyarakat melalui kesenian adalah amat penting.

Page 20: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Definisi operasional ini seterusnya menjurus kepada Pendidikan Seni Tampak yang merupakan rekod pencapaian manusia, kerana ia merupakan manifestasi nilai dan kepercayaan manusia yang diilham dan dijelmakan melalui karya-karya seni atau bentuk-bentuk tampak.

Penelitian yang kritikal terhadap bentuk-bentuk tampak mendorong kita memahami budaya lampau, budaya kini dan akan datang. Oleh itu Seni Tampak di dalam pengertian Pendidikan Seni adalah penilaian dan refleksi tentang nilai dan kepercayaan yang bertaliarus dengan perkembangan dan kemajuan.

Teknologi Maklumat

"Inforn~ation Technology ... is entirely va.lue la,den. It must be seen as aprocess in which values have shaped the creation, design a,nd application of the device, product or service"

(Richard Ennals, 1995).

Terdapat dua definisi utama mengenai teknologi maklumat iaitu: i. Teknologi Maklumat 'Hardware' ialah penggunaan segala peralatan

dan elektronik dalam pengendalian maklumat. ii. Teknologi Maklumat 'Software' ialah penggunaan peralatan bukan

berupa nlesin dan bukan elektronik dalam memproses maklumat (Dr Sondang P. Siagian, 1982).

Teknologi maklumat merupakan satu manifestasi teknologi yang belum pernah dialami oleh mana-mana masyarakat manusia sebelum ini. Belum ada teknologi yang begitu jelas ditegakkan di atas penyatuan epistemologi dan teknologi. Teknologi maklumat ialah rangkuman cetusan epistemologi dan teknologi terkini. Ia juga boleh difahami sebagai gabungan gagasan idea komputer dan teknologi komputer. Ia ditakrifkan sebagai epistemologi yang dijelmakan dalam bentuk teknologi (semasa) (Hairudin Harun, 2000).

Terdapat 3 jenis komputer iaitu komputer kerangka utama, mini konlputer dan milrro kornputer. Ia berkeupayaan melaksanakan sesuatu arahan dengan pantas dan tepat di samping mampu menyimpan data yang banyak.

Input (data) ---- koinputer pemprosesan ---- output (Ibrahim Wahab, 1991).

Komputer hanya akan berfungsi sekiranya ada pengguna, perkakasan, perisian dan sistem pengoperasian. Malah sistem komputer mengandungi dua aspek iaitu perisian dan perkakasan (input - pemprosesan - output) (Sulairnan Nordin, 1995).

Definisi operasional seterusnya menghubungkaitkan penggunaan teknologi komputer dalam subjek Pendidikan Seni.

Page 21: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Penggunaan komputer memungkinkan perisian-perisian dicipta dalam bentuk CD ROM contohnya tajuk yang berkaitan dengan sejarah seni dunia (Hassan Mohd Ghazali, 2000).

Teknologi komputer dalam subjek Pendidikan Seni dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran yang lebih berkesan. Perisian-perisian seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Pagemaker, Painter mahupun Power Point dapat digunakan oleh pelajar dan juga guru.

Asosiasi antara teknologi baru ini dan penghasilan kerja secara konvensional menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan harapan dapat: a. Memberi kesedaran kepada dunia pendidikan agar prihatin

terhadap perkara-perkara berikut: i. Kepentingan teknologi nlaklumat dalam kehidupan

manusia. ii . Teknologi komputer amat perlu dimasukkan ke dalam

Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah Menengah . . . 111. Peri pentingnya kemahiran teknologi komputer di

kalangan guru-guru Pendidikan Seni iv. Menerima aplikasi komputer sebagai alat (tool) dalam

menghasilkan karya di kalangan pelajar di samping penggunaan media konvensional.

b. Memberi pendekatan baru kepada pendidik seni di sekolah bahawa aktiviti pendidikan seni tidak terhad dari aspek konvensional dan penghasilan kraftangan sahaja.

c. Menjelaskan bahawa proses perkembangan dan penghasilan karya seni lebih mudah dan menarik dengan menggunakan komputer.

d. Memberi kesedaran kepada guru, literasi komputer dan internet dapat dijadikan sumber rujukan utama pelajar, memandangkan tiada buku teks disediakan untuk subjek Pendidikan Seni.

e. Mencadangkan perisian-perisian komputer yang dapat dimasukkan ke dalam tajuk-tajuk untuk sukatan pelajaran sekolah menengah bagi Tingkatan 4 dan 5.

Page 22: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Sehingga kajian ini dibuat, tidak ada penggunaan komputer diimplementasikan ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Sekolah Menengah oleh pihali Kementerian Pendidikan. Mungkin ia agak terhad penggunaannya bagi aktiviti-aktiviti ko kurikulum bagi guru yang mempunyai kemahiran tersebut.

Oleh itu pengkaji berhasrat untuk meneruskan kajian dengan melihat dan menilai sejauh manakah keupayaan guru-guru Pendidikan Seni menggunakan aplikasi komputer dalam subjek ini dan mencadangkan penggunaan teknologi komputer di dalam kurikulum Pendidikan Seni sekolah.

1.7 Skop dun Batasan Kajian

Soal selidilr dalam kajian ini dibuat sempena berlangsungnya Iconvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000 pada 23-25hb Mei 2000 di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. I<onvensyen ini adalah anjuran bersanla Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Balai Seni Lukis Negara.

Pengkaji memilih untuk menjalankan kaji selidik sempena konvensyen yang berlangsung adalah kerana ia merupakan konvensyen Seni Visual yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Konvensyen ini juga menghimpunkan budayawan, tokoh-tokoh seni, penggiat seni, para ilmiawan di peringkat institusi pengajian tinggi dan pendidik seni dari seluruh negara.

Oleh itu, ia merupakan liesempatan yang amat tepat dan perlu untuk mendapatkan reaksi dan pandangan daripada individu yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam perkembangan Seni Visual tanah air. Maklumat yang bakal diperolehi adalah bersifat menyeluruh kerana individu-individu yang terlibat adalah orang yang melaksanakan kurlkulum Pendidikan Seni yang dirangkakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Responden yang terlibat ialah guru-guru Pendidikan Seni Sekolah Menengah dari seluruh Malaysia yang bakal menghadiri konvensyen tersebut. Merelia adalah kumpulan yang penting kerana terlibat secara langsung dalam amalan teori dan praktikal dalam perlaksanaan kurikulum Pendidikan Seni di sekolah.

Skop bidang kajian yang utama ialah ke arah pembentukan kurikulum yang menggunakan literasi komputer di sekolah menengah iaitu bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Bagi mendapatkan maklum balas dari responden, aspek yang akan diselidik ialah tahap pengetahuan komputer di dalam matapelajaran Pendidikan Seni di sekolah. Bidang-bidang yang akan dianalisis adalah berkaitan dengan sikap, hubunganl pengetahuan, tanggungjawab dan usaha dari guru- guru Pendidikan Seni yang berhubungkait dengan kemahiran teknologi komputer.

Page 23: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

Segala keputusan, dapatan dan generalisasi yang diperolehi dari soal selidik ini adalah benar sempena berlangsungnya konvensyen Pendidikan Seni Visual itu nanti.

Page 24: Ke Arah Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah

BAB DUA

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan meninjau dengan lebih lanjut mengenai himpunan kajian literatur dan beberapa contoh kajian lain. Kajian-kajian ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan konsep teknologi pendidlkan, teori sikap dan pembelajaran penggunaan komputer dalam pendidikan, penggunaan komputer dalam pendidikan dan sikap terhadap penggunaan komputer.

2.2 Menangani Cabaran Pembaharuan

Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah pembentukan negara maju, Malaysia menghadapi era kemajuan yang melanda alaf kini. Antaranya ialah konsep globalisasi, cabaran pasca moden dan wawasan 2020. Bagi menjurus kepada perubahan dalam kurikulum Pendidlkan Seni, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Penyemakan Semula Kurikulum Persekolahan perlu dilihat semula.

2.2.1 Globalisasi

Dekad 1990an adalah zaman globalisasi atau 'the age of globalization: Ia berkait rapat dengan fenomena yang mencorakkan 'order baru' dunia. Dunia sudah menjadi sebuah planet yang tidak mempunyai sempadan-sempadan khusus (borderless). Kegiatan ekonomi misalnya, telah bergerak secara lebih terbuka atas dasar s h n g memerlukan antara negara.

Dalam Sistem Pendidikan misalnya, lebih 400,000 orang pelajar daripada 150 buah negara luar belajar di Amerika Syarikat. Dalam aspek ini, teknologi tidak terkecuali dari menghadapi perubahan yang sangat drastik. Pada masa akan datang, kehidupan manusia banyak bergantung kepada teknologi (Olen Tabor, 1999).

Kesan globalisasi ke atas pembangunan sumber manusia meliputi pelbagai aspek. Dalam aspek teknologi misalnya, menjelang abad baru ini, pengetahuan dan kemahiran akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal, statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan melengkapkan tenaga manusia untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi, bio-teknologi, elektronik dan teknologi maklumat.

Disamping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan kt! arah menghasdkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi kompute';.. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuhraya Multi Media,