pembentukan dan pelaksanaan kbsr

28

Upload: miss-iza

Post on 12-Jun-2015

5.419 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR
Page 2: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

DISEDIAKAN OLEH:

RAZNIZA BT MOHAMMAD NURUL SUA’IDAH BINTI OTHMAN SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN

NAMA PENSYARAH:PUAN SARIMAH BT SAAD

Page 3: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH(KBSR)

1982 – KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

Tahun berikut – pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah.

Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepada pembangunan kemanusiaan.

Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:

Page 4: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial”

(Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)

Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektif-objektif pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan.

Supaya murid-murid dapat: Menguasai bahasa Melayu selaras dengan

kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;

Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantarsekolah berkenaan;

Page 5: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan harian;

Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar;

Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal; Bertutur, membaca, menulis dan memahami

Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya;

Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam;

Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

Page 6: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni serta menjadinkannya asas bagi amalan hidup;

Menjaga kesihatan dan kecergasan diri; Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri; Memahami dan peka terhadap manusia dan

persekitaran; Mengembangkan bakat dan kretiviti; Memupuk semangat patrotisme; Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,

kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

Page 7: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

PERUBAHAN DALAM KBSR

1988 – KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya.

KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi

Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.

Page 8: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

PERUBAHAN DALAM KBSR

KURIKULUM BUDAYA SEKOLAH

KemahiranHidup

Sains Penggunaansempoa

Suasanasekolah

Unsurkesepaduan

Unsurpatriotisme

KajianTempatan

Pembaharuankepada Bahasa,

Pend.Islam,Pend.Moral,

Pend.Jasmani

Penggunaan BahasaInggeris bagi Matematik,Sains dan semua mataPelajaran teknikal bagiTahun 1(mulai 2003)

Page 9: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa perubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif seperti yang berikut:

Secara am Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran; Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas

dalam aktiviti harian; Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada

yang paling asas kepada yang paling kompleks)mengikut tajuk;

penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Page 10: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Secara khusus Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah

dan arithmatic perniagaan dalam topik, “Wang,Ukuran Panjang dan Berat”;

Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia kepada dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan Kajian Tempatan;

Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan semua mata pelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah mulai Januari 2003.

Page 11: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

PROSES PELAKSANAAN KBSR

Fokus kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian.

Page 12: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Prinsip KBSR

Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PRINSIP-PRINSIPKBSR

Perkembangan individuSecara menyeluruh

Pendidikan seumur hidup

Pendekatan bersepadu

Pendidikan yang samaUntuk semua murid

Page 13: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-

unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secara wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu:

•Dalam satu mata Pelajaran

•Antara mata pelajaran

Penggabungjalinankemahiran

penyerapan

Kesepaduan antaradua unsur

Unsur merentasikurikulum

•Pelbagai bidangIlmu dalam

mata pelajaran&merentasi

pelajaran•Nilai dalam

mata pelajaran

•Kurikulum dankorikulum

•Pengetahuan danamalan

Page 14: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh

Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.

PRINSIP 2:PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA

MENYELURUH

Semua mata pelajaran

Keperluan muridjasmani

intelekemosi rohani

PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU

Page 15: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan.

Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain.

Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bole sepak yang handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahira (cth:cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin, berbakti untuk sekolah dan negara, dan sebagainya.

Page 16: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Prinsip 3: pendidikan seumur hidup

PRINSIP 3:PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP

Peranan Sekolah(Institusi formal)

GURU

MenyampaikanIlmu&kemahiran

Memupuk budaya mereka

Page 17: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Secara am, sekolah mempunyai dua peranan:

a) Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing.

b) Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Page 18: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua murid

Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.

PRINSIP 4 : PENDIDIKAN YANG SAMA

UNTUK SEMUA MURID

Tahap persekolahan yang sama

Kurikulum sama

Page 19: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Struktur KBSR

komponenBidang Tahap 2Tahap 1

Mata Pelajaran

•Komunikasi •Kemahiran asas •Bahasa Malaysia•Bahasa Inggeris•Bahasa Cina•Bahasa Tamil

•Bahasa Malaysia•Bahasa Inggeris•Bahasa Cina•Bahasa Tamil

•Kerohanian•Nilai dan sikap

•Pendidikan Islam•Pendidikan Moral•Sains•Kajian Tempatan•Kemahiran Hidup

•Manusia dan Alam Keliling

•Pendidikan Islam•Pendidikan Moral

---

•Kemahiran hidup•Pendidikan muzik•Pendidikan seni•Pendidikan jasmani •dan kesihatan

-•Pendidikan Muzik•Pendidikan Seni•Pendidikan JasmaniDan Kesihatan

•Kemahiran hidup•Kesenian dan Kesihatan•Kokurikulum

•Perkembangan Diri Individu

Page 20: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Bidang pelajaran

•BIDANG KOMUNIKASIMemberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis dan mengira)Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik.

Bahasa melayuBerfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

Bahasa inggerisDiajar sebagai bahasa keduaBertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah

Page 21: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Bahasa cina Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu. Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai

kemahiran asas berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis.

Bahasa tamil Berfungsi sebagai bahasa komunikasi. Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya

berkomunikasi dalama bahasa tamil sama ada secara lisan atau bertulis.

Matematik Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan

kemahiran prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita.

Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid dari segi konsep nombor dan kemahiran mengira.

Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.

Page 22: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap. Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam,

pendidikan moral, sains dan kajian tempatan.

Pendidikan islam Mengandungi 3 bahagian iaitu :1) Asuhan tilawah al quran – berfokus kepada aspek mengenal,

menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran.

2) Asas ‘ulum syar’iah – merangkumi 3 aspek :-akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui rukun iman dan rukun islam.-ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan.-sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.

3) Asas akhlak islamiah – berfokuskan kepada pembentukkan peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslim dan mukmin.

Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Page 23: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Pendidikan moral Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam

pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun negara.

Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid.

Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan dan amalan nilai murni.

Sains Terdiri daripada dua perspektif iaitu :

-bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada.-Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental)

Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif

Page 24: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Kajian tempatan Tunggak utama bagi menyemai semangat

patriotisme dalam kalangan murid Dapat memupuk kemahiran sosial,

kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.

Bertujuan untuk melahirkan murid yang taat setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.

Page 25: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan

penghayataan kesenian dan kesihatan. Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik,

pendidikan jasmani dan kesihatan.

Kemahiran hidup Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu murid-

murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan.

Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan, dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerja dengan berkesan.

Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu :

-merekacipta

-Mengurus diri dan kerja

-Mengusahaniaga barang

-Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil

Page 26: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.

Page 27: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR

Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan negara-negara membangun yang lain di dunia ini.

Page 28: Pembentukan Dan Pelaksanaan KBSR