sp ba kbsr

13

Click here to load reader

Upload: zhasksg

Post on 08-Jun-2015

1.976 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SP BA KBSR

SULIT

SULIT1

UNIT KURIKULUM BAHASA ARABBAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Bahasa Arab KBSRKBSR

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: SP BA KBSR

SULIT

1.0 TAJUK Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan

Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Kursus Pendedahan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu mengenai

Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR menggantikan Sukatan

Pelajaran sedia ada yang akan digunakan mulai tahun 2008 dan

seterusnya.

4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Susulan daripada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia

dan resolusi Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu

Ain (j-QAF) peringkat kebangsaan , Kementerian Pelajaran

Malaysia mula melaksanakan Program j-QAF di 1221 buah SK

pada tahun 2005 kepada murid Tahun 1. Program ini

dilaksanakan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui

penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa

Arab dan Fardu Ain.

4.2 Model Perluasan Pelaksanaan BAK dijalankan bersama model-

model Program j-QAF yang lain seperti mana yang dinyatakan

dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004 (No Rujukan: KP

(BS) 8591/ Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004.

4.3 Sebagai lanjutan dari lawatan YAB Perdana Menteri ke

Kementerian Pelajaran Malaysia pada 25 April 2005,

Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil 3/2005 pada 25 Mei 2005

telah mencadangkan JAPIM supaya menubuhkan

Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa Arab.

SULIT2

Page 3: SP BA KBSR

SULIT Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum

Pusat Bil 3/2005 yang diadakan pada 29 Jun 2005 telah

meluluskan pertukaran nama Bahasa Arab Komunikasi kepada

Bahasa Arab. Proses pertukaran nama ini dimulakan untuk

percetakan buku teks Bahasa Arab Tahun 4 2006 dan

perubahan menyeluruh yang melibatkan nama mata

pelajaran, kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran dan

lain-lain akan dibuat pada 2008 dicadangkan bagi tahun satu

dan tingkatan satu. Selain itu, JAPIM dikehendaki mengambil

langkah jangka panjang dengan membuat perubahan dan

penambahbaikan kepada kandungan pelaksanaan kurikulum

Bahasa Arab sesuai dengan pendekatan pengajaran kurikulum

Bahasa Arab peringkat rendah.

4.4 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 1/2006 yang

diadakan pada 25 Januari 2006 telah meluluskan Sukatan

Pelajaran Bahasa Arab KBSR untuk digunakan bermula pada

tahun 2008. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR hendaklah

dilaksanakan secara rintis pada tahun 2007. Mesyuarat juga

telah mengesyorkan supaya pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Arab KBSR menggunakan pendekatan fleksi dengan

kerjasama UPSI.

5.0 RASIONAL

5.1 Kurikulum Bahasa Arab perlu digubal semula kerana

mempertimbangkan saranan yang telah diberikan oleh YAB

Perdana Menteri Malaysia yang mahukan Bahasa Arab

Komunikasi ditukar kepada istilah yang lebih sesuai seperti

Bahasa Arab Ibtidaiyyah, Bahasa Arab I’dadiyyah dan Bahasa

Arab Thanawiyyah. Saranan beliau ini boleh difahami agar

Bahasa Arab diajar menggunakan pendekatan tradisional iaitu

pendekatan yang memberi penekanan terhadap komponen-

SULIT3

Page 4: SP BA KBSR

SULIT komponen Bahasa Arab seperti tatabahasa, muthalaah,

insya’, mahfuzat dan lain-lain.

5.2 Kurikulum ini digubal dengan mengambil kira idea serta

saranan daripada Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan

Bahasa Arab yang ditubuhkan berdasarkan keputusan

Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil 3 2005 supaya ianya selari

dan menepati dengan saranan yang telah dikemukakan oleh

YAB Perdana Menteri.

5.3 JAPIM telah mengadakan mesyuarat bagi melihat dan

mengkaji perubahan-perubahan dalam isi kandungan sukatan

Bahasa Arab yang digubal sebagaimana yang telah

disarankan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil

3/2005.

5.4 Perubahan-perubahan yang dibuat dalam huraian sukatan ini

dipertimbang berdasarkan huraian sukatan Bahasa Arab

Komunikasi tahun 2003, sukatan-sukatan Bahasa Arab di

sekolah-sekolah agama negeri, sukatan Bahasa Arab di Timur

Tengah serta perkembangan dan keperluan semasa dalam

pendidikan. Di samping itu, perubahan huraian sukatan ini

telah melibatkan pakar-pakar Bahasa Arab di IPTA dan

maktab-maktab perguruan. Saranan dan idea yang diberikan

oleh mereka dipertimbang dan diambil kira dalam

penggubalan sukatan ini.

6.0 PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUM

6.1 Di dalam sukatan ini terdapat beberapa perubahan yang

diberi penekanan dari segi penyusunan semula beberapa

elemen utama dalam sukatan Bahasa Arab, iaitu memasukkan

dan mengagihkan secara seimbang dan munasabah unsur-

unsur tatabahasa, muthalaah, insya’ dan penetapan kata-kata

hikmat dan perumpamaan Bahasa Arab. Selain itu, huraian

sukatan pelajaran ini melibatkan pengagihan semula

SULIT4

Page 5: SP BA KBSR

SULIT perbendaharaan kata untuk setiap tahun disamping

mengekalkan aspek kemahiran bahasa.

6.2 Dokumen sukatan pelajaran ini mengandungi pendahuluan,

matlamat, objektif, organisasi kurikulum yang terdiri daripada

kemahiran bahasa, tema, aspek bahasa yang merangkumi

sistem bunyi, tatabahasa, perumpamaan, perbendaharaan

kata dan pengisian kurikulum serta penilaian.

6.3 Pendahuluan :

Di dalam Pendahuluan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini

diperjelaskan status mata pelajaran ini iaitu sebagai bahasa

tambahan seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Cina.

Sehubungan dengan itu, usaha yang yang telah dilaksanakan

ini adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah

Pendidikan Islam iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang

dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.

6.4 Matlamat :

Matlamat Bahasa Arab sekolah rendah ialah untuk

memberikan kepada murid empat kemahiran bahasa serta

membolehkan mereka menggunakan bahasa Arab dalam

penulisan dan percakapan samada di sekolah atau di luar

sekolah.

6.5 Objektif :

Sukatan Pelajaran ini telah mengariskan objektif yang perlu

dicapai iaitu:

6.5.1 Mendengar dan memahami sebutan huruf, perkataan,

ayat serta petikan;

6.5.2 Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang

betul;

6.5.3 Bertutur dan memahami Bahasa Arab dalam tema-

tema yang tertentu;

SULIT5

Page 6: SP BA KBSR

SULIT 6.5.4 Membaca dengan betul dan memahami perkataan, ayat

serta petikan;

6.5.5 Menulis dengan betul dan memahami huruf, perkataan,

ayat dan petikan;

6.5.6 Mengetahui asas tatabahasa Arab;

6.5.7 Menggunakan Bahasa Arab Fushah yang mengandungi

perbendaharaan kata, struktur tulisan dan sebutan

serta kaedah morfologi dan sintaksis semasa

mendengar, bertutur, membaca dan menulis;

6.5.8 Menghafal Mahfuzat terpilih serta asas morfologi dan

memperdengarkannya;

6.5.9 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,

semangat patriotik dan kewarganegaraan.

Bagi merealisasikan objektif ini, bahasa Arab mesti digunakan

sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

penilaian, ujian dan peperiksaan awam.

6.7 Organisasi Kurikulum.

Organisasi Kurikulum Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini

merangkumi kemahiran berbahasa, tema, aspek-aspek

bahasa, perbendaharaan kata dan pengisian kurikulum.

6.8 Kemahiran bahasa;

Kemahiran Asas Berbahasa merupakan tonggak utama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Murid yang

menguasai asas kemahiran berbahasa adalah murid yang

telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis. Kejayaan murid menguasai empat kemahiran ini

meningkatkan kesediaannya mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran sekaligus membuka ruang kepadanya

mempelajari ilmu-ilmu agama dan moden pada masa akan

datang.

6.9 Tema:

SULIT6

Page 7: SP BA KBSR

SULIT Pemilihan tema untuk murid sekolah rendah adalah mengikut

tajuk yang berkaitan dengan murid serta bahan-bahan yang

berada di sekeliling mereka. Semua tajuk ini berhubung kait

dengan dunia pelajar di rumah dan di sekolah serta alam

permainan dan cita-cita murid yang dapat memenuhi

kehendak dan keperluan semasa seperti sains dan teknologi.

Ia juga memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan

dengan patriotisme untuk mengukuhkan cinta kepada negara

bertujuan membentuk bangsa Malaysia yang sedar dan

bersedia mempertahankan bangsa, agama dan negara. Tema-

tema tersebut ialah:

6.9.1

Di sekolah;Peralatan pembelajaran, peralatan di dalam kelas, tempat-tempat di sekitar sekolah, jenis-jenis permainan sukan, hari sukan.

6.9.8 Haiwan;

6.9.2

Dunia murid;Anggota badan dan pakaian

6.9.9 Pengangkutan;

6.9.3

Nombor dan bilangan; 6.9.10

Sains dan teknologi;

6.9.4

Warna, bentuk , arah dan lokasi;

6.9.11

Hobi dan cita-cita;

6.9.5

Di rumah ;Ruangan, peralatan dan anggota keluarga.

6.9.12

Kampung, bandar dan tanah air;

6.9.6

Makanan dan minuman; 6.9.13

Waktu makan, masa, hari dan bulan;

6.9.7

Buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhandan bunga-bungaan;

6.9. Aspek Bahasa.

Pembelajaran aspek bahasa di dalam pengajaran Bahasa Arab

di tahap sekolah rendah diberi penekanan sama dengan

pembelajaran kemahiran berbahasa. Tiga aspek bahasa iaitu

Sistem Bunyi, Tatabahasa Arab dan Kata-Kata Hikmat &

Perumpamaan.SULIT7

Page 8: SP BA KBSR

SULIT 6.9 Sistem Bunyi :

Sistem bunyi merupakan elemen yang amat penting dalam

pengajaran Bahasa Arab. Ia bertujuan melatih murid

menyebut perkataan, membaca ayat dan ungkapan dengan

betul serta mampu menguasai dan membezakan sebutan

dengan baik. Sistem bunyi di tahun satu peringkat sekolah

rendah memberi tumpuan kepada menyebut huruf-huruf

hijaiah dengan sebutan yang betul.

6.10 Tatabahasa :

Tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang sangat

berkait rapat dengan pembelajaran bahasa Arab. Ia dapat

memelihara pertuturan dan penulisan murid sewaktu

menggunakannya. Pengajaran tatabahasa Arab bertujuan

meningkatkan kemampuan murid dalam menggunakan

bahasa Arab sesuai dengan kaedah tatabahasa dan morfologi

yang betul. Berikut adalah tajuk-tajuk tatabahasa Arab yang

akan diajar di peringkat sekolah rendah. Tajuk-tajuk ini

dibahagi kepada dua tahap :

Tahap pertama.

6.10.1

Kata ganti nama;

6.10.2

Kata ganti nama tunjuk;

6.10.3

Huruf al-Jar;

6.10.4

Kata nama maskulin dan feminin;

6.10.5

Kata soal;

Tahap kedua.

6.10.1

Kata ganti nama;

6.10.2

Kata ganti nama tunjuk;

6.10.3

Kata ganti nama tempat (zarfun)

6.10.4

Kata kerja lampau, kini dan perintah

SULIT8

Page 9: SP BA KBSR

SULIT 6.10.5

Kata majmuk maskulin dan feminin;

6.11 Kata-kata hikmat dan perumpamaan :

Pemilihan kata-kata hikmat dan perumpamaan mengambil

kira tahap murid, sebutan yang mudah dan makna yang

mengandungi nilai-nilai yang mulia serta akhlak yang baik.

Pengajaran kata-kata hikmat dan perumpamaan di sekolah

rendah bermula pada tahap kedua di Sekolah Kebangsaan. Ini

kerana pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di tahun

satu memberi penekanan kepada pengenalan huruf,

perkataan dan ayat yang mudah.

6.12 Perbendaharaan kata :

Sebanyak 600 perkataan telah disusun mengikut tahap umur

dan kognitif murid tahun satu.serta berkait dengan tajuk-tajuk

yang telah dipilih. Bilangan perkataan ini akan bertambah

sesuai dengan perkembangan fizikal dan intelektual murid.

Langkah ini merupakan satu permulaan bagi murid tahun satu

untuk mempelajari ilmu bahasa Arab dan agama serta

pengetahuan yang berkaitan pada masa akan datang.

6.13 Pengisian Kurikulum:

Untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat

sekolah rendah, dimasukkan dalam sukatan ini elemen yang

perlu diterapkan oleh guru seperti:

6.13.1 Ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan yang merangkumi bidang dan ilmu

yang pelbagai.Umpamanya,sejarah, geografi, sains dan

sebagainya yang memainkan peranan utama dalam

memperluaskan ilmu dan kemahiran bahasa.

Sebagaimana, ia juga merangkumi isu-isu semasa yang

mesti diberi perhatian khusus oleh guru semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.

SULIT9

Page 10: SP BA KBSR

SULIT 6.13.2 Nilai-nilai murni;

Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran

dan pembelajaran bahasa Arab bertujuan melahirkan

insan yang salih dan berakhlak mulia serta membentuk

generasi muda yang berpegang teguh dengan nilai dan

etika yang murni.

6.13.3 Kewarganegaraan

Penerapan nilai patriotik dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab dibuat dengan menanamkan

rasa cinta di kalangan murid sehingga menzahirkan taat

setia kepada negara.

6.13.4 Peraturan sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya merangkumi adab bercakap dan

penggunaan gaya bahasa yang lemah lembut serta

kata- kata hikmat dan perumpamaan bahasa Arab.

6.13.5 Kemahiran yang mempunyai nilai tambah

Kemahiran ini bermaksud kemahiran berfikir,

kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi kemahiran mempelajari teknik pembalajaran

dan kajian masa depan,kecerdasan pelbagai,

pembelajaran konstruktivisme dam pembelajaran

kontekstual.

6.14 Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses

pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu

penilaian yang akan digunakan ialah Penilaian Kendalian

Sekolah Rendah (PKSR).

7.0 KEPUTUSAN YANG DIPOHON

Semua peserta Kursus Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran

Bahasa Arab Tahun Satu adalah dipohon mengambil maklum

SULIT10

Page 11: SP BA KBSR

SULIT mengenai Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR yang akan

digunakan mulai tahun 2008 dan seterusnya.

SULIT11