sp bm kbsr

23
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU 2003

Upload: amy-mee

Post on 09-Aug-2015

2.208 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sp bm kbsr

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADU

SEKOLAH RENDAH

BAHASAMELAYU

2003

Page 2: Sp bm kbsr

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADU

SEKOLAH RENDAH

BAHASAMELAYU

Page 3: Sp bm kbsr

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citahendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidupdemokratik; mencipta masyarakat yang adil di manakemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secaraadil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadaptradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagaicorak; membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

Page 4: Sp bm kbsr

FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembang potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat , dan negara.

iv

Page 5: Sp bm kbsr

v

Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagimenyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akandatang. Penyemakan kurikulum bertujuan menyepadukan elemen terkinidalam pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,dan menyediakan murid untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad21.

Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan kepada nilai murnidan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dantanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasisecara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yangberkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalamkehidupan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantarutama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkatsekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid denganketerampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannyasebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi penggunaan bahasayang menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa Melayu baku.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasihkepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dantenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 6: Sp bm kbsr

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam AktaPendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolahrendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasakebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan BahasaMelayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yangmencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagaipemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersamaoleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu diperingkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangatkewarganegaraan .

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayumenyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa danberkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada matapelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secarakritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuankepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa inimembolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalamkehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumurhidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gayapembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolahadalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasamurid.

1

Page 7: Sp bm kbsr

Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulumBahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, danorganisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi KemahiranBahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.

Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian SukatanPelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. HuraianSukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satuhingga tahun enam.

MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untukmelengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasiuntuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, danurusan harian.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendahmurid dapat:

i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayatipengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalampelbagai situasi;

iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuanmenggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untukmemperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

2

Page 8: Sp bm kbsr

v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membinabudaya pembelajaran berterusan;

vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, danpenghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif danberunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta prosespenulisan yang sesuai dan betul;

viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,dan menulis;

ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sasteradan karya berunsur ilmu; dan

x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangatpatriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikanfokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. HasilPembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengardan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. HasilPembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dandisokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

3

Page 9: Sp bm kbsr

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, danmenulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran MendengarKemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengardengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasipengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalinhubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, sertaidea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betulsecara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yangmenggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran MembacaKemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayatdengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekananperlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahansecara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran MenulisKemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataandan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yangberkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telahdilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaanyang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid jugadigalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisanbahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dankonteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

4

Page 10: Sp bm kbsr

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektifkurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yangjelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlumenguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasilpembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilihkandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan danberkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, HasilPembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empatkemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatanyang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapatmembantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, HasilPembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran danpenilaian pencapaian murid.

Sistem Bahasa

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasaMelayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dansintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum danistilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkanperkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah,iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai ,pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapatdiaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikannilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras denganmatlamat negara membangunkan masyarakat madani.

5

Page 11: Sp bm kbsr

I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan muridmemahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagaisituasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal.Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkanpersahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebihmencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspeksosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialahberbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak laindalam situasi formal dan tidak formal

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengankehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan,ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkarasecara bertatasusila.

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanantentang sesuatu perkara.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang danmeyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yangsesuai untuk menguatkan permintaan.

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yangtersurat dan tersirat.

1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankantransaksi dalam urusan harian untuk mendapatkanbarangan dan perkhidmatan.

6

Page 12: Sp bm kbsr

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yangdidengar, ditonton, dibaca , atau dialami

2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat sertasebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yangsesuai dan tepat.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yangmudah, betul, menarik, dan berkesan

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkaraatau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, strukturayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yangmeyakinkan.

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalamaktiviti yang terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secarabertatasusila

4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapattentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat ,dan tersusun.

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkanpemerhatian, pengalaman, dan maklumat yangdisampaikan oleh pihak lain.

4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong ataumenentang sesuatu pendirian dengan memberikanalasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yangterancang.

4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolakpandangan dan pendapat dalam perundingan bagimencapai kata sepakat.

7

Page 13: Sp bm kbsr

II. Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahansastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betuldan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikankepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secarakritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untukmemastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagikemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat ,menaakul , dan menghayati teks.

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi,dan gaya pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutandan intonasi yang betul dan memahami perkara yangdibaca.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutandan intonasi yang betul dan lancar serta memahamiperkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapatdalam pelbagai teks

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkanmaklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasukmaklumat daripada internet.

6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isisampingan daripada teks.

6.4 Membaca pantas secara luncuran untukmendapatkan maklumat yang menyeluruh.

8

Page 14: Sp bm kbsr

6.5 Membaca pantas secara imbasan untukmendapatkan maklumat khusus.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita ataumaklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teksyang dibaca

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teksyang tersurat dan tersirat.

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagaijenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sasteradan bukan sastera yang dapat membawa kesantertentu kepada pembaca.

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sasteradan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkandan memperkukuh minat membaca.

III. Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataandan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagaijenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadiyang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisanhendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca danejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklahdigalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialahkeupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatatdan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukankreatif, dan membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalampenulisan

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal danayat majmuk.

9

Page 15: Sp bm kbsr

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmukdalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkaiyang kemas.

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraianberdasarkan sesuatu perkara.

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacanayang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuahkarangan.

8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhankarangan.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripadabahan yang didengar atau dibaca.

9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasildaripada bahan yang didengar atau dibaca secarakohesif.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi)termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yangdidengar dan dibaca.

10

Page 16: Sp bm kbsr

11

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton,atau dibaca

11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarikdalam sesebuah karya.

11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaanperkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.

11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum darisegi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilaidan pengajaran, dan gaya bahasa.

11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapatyang disampaikan oleh pihak lain.

SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajarantatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

1.0 Tatabahasa

Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dandiajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatanberbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dansintaksis.

1.1 Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajistruktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Strukturkata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama adaberbentuk tunggal atau hasil daripada prosespengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan.

Page 17: Sp bm kbsr

12

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataanberdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengananggota lain dalam golongan yang sama. Aspekmorfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yangberikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi i. kata asli bahasa Melayu

ii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk katai. kata tunggalii. kata terbitaniii. kata majmukiv. kata ganda

• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:i. pengimbuhanii. penggandaaniii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amatkompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Olehitu, penekanan hendaklah diberi kepada aspekpenggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk danmakna.

c. Golongan katai. kata namaii. kata kerjaiii. kata adjektifiv. kata tugas

1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna,bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumustatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan danpenyusunan perkataan atau kelompok perkataan untukmembentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuanadalah seperti yang berikut :

Page 18: Sp bm kbsr

13

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa,dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjekdan predikat,

b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,dan ayat seruan,

c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,e. binaan dan proses penerbitan ayat:

i. ayat dasarii. ayat tunggaliii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan

f. aspek tanda baca

2.0 Sistem Ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah:i. pola keselarasan huruf vokalii. ejaan kata pinjamaniii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0 Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebutperkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi danjeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pastidan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasisupaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengantepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklahsebutan bahasa Melayu baku.

i. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatukata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yangdiajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayubaku.

Page 19: Sp bm kbsr

14

ii. IntonasiIntonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkanmengikut pola yang berikut:a. Jenis ayat

i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat seruaniv. ayat perintah

b. Susunan ayati ayat biasaii. ayat songsang

c. Ragam ayati ayat aktifii. ayat pasif

Nota:* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa

pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran danpembelajaran.

* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yangmenjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembangselaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaranperingkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa

Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasakiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasanhendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murnimasyarakat Malaysia.

Page 20: Sp bm kbsr

15

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripadapelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dankemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masadepan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme,dan kontekstual.

1.0 Ilmu

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnyailmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapatdigunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiranbahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang bolehdipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalahuntuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuanmembentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadimulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialahnegara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dantidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahamandi peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 Kewarganegaraan

Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalampengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukansemangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu,pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegarayang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsadan negara.

Page 21: Sp bm kbsr

16

4.0 Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputikesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yangdiamalkan dalam masyarakat Malaysia.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilikdarjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar muridserta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu,kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agarmemenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiranberfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasanpelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan dibawah.

5.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalandan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatifdalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikanidea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusanpenting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid padamasa depan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perludiajarkan kepada murid supaya mereka dapatmenggunakan komputer untuk tujuan komunikasi sepertimenghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasiperisian dalam menyempurnakan tugasan harian, danmengakses maklumat melalui internet.

Page 22: Sp bm kbsr

5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepadamurid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaranyang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkanmurid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untukmenghadapi dunia yang sering berubah, danmengamalkan pembelajaran seumur hidup.

5.4 Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaranuntuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatuisu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau,masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapatmembuat ramalan, menjangka akibat, sertamengendalikan perubahan supaya murid mendapatmanfaat yang maksimum.

5.5 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlumengembangkan potensi kecerdasan murid denganmenyediakan gaya pembelajaran yang sesuai denganminat dan kecenderungan mereka kerana setiap individumempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

17

Page 23: Sp bm kbsr

5.6 Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapatmelahirkan murid yang boleh membina pemahaman danpengetahuan baru mereka sendiri berdasarkanpengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaranini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronokuntuk terus belajar sepanjang hayat.

5.7 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaranyang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harianindividu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajarankontekstual disampaikan dalam persekitaran yangpelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal danberfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupayamenghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermaknadan menghayati kerelevanan pembelajaran dengankehidupan mereka.

18