dasar kbsr

Upload: mazlina-yusof

Post on 12-Jul-2015

526 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

DASAR DAN FAKTOR PEMBENTUKAN KBSR Pengenalan

Pengajaran

dan pembelajaran

boleh diadakan di mana-mana sahaja tanpa dari sudut

menetapkan sesuatu premis yang rasmi atau wajib.Walau bagaimanapun

kurikulum sekolah, pengajaran dan pembelajaran secara amnya berlaku di sekolah dan terus berada di bawah naungan atau kawalan sekolah. Kurikulum sekolah akan berjaya berfungsi jika ia dapat memandu guru melaksanakan pengajaran bagi menghasilkan pembelajaran seperti yang dituntut oleh ideologi pendidikan dan matlamat kurikulum. Oleh itu, kurikulum sekolah perlu disusun dengan menggunakan rekabentuk kurikulum tertentu supaya dapat melincinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya Kurikulum ialah unsur-unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenalpasti untuk memberi panduan kepada guru mengajar kumpulan murid yang tertentu.

2.0

Definisi KurikulumPerkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan

dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan-lauan. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakat dan strategi-strategi pengajaran. 1

Maksud Kurikulum sangat luas dan pelbagai, John Dewey (1902) dalam bukunya The Child and The Curriculum merujuk istilah kurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini. Pembentukan kurikulum menekankan kepentingan dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya Democracy and Education (1916, halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen penyusunan semula masyarakat dapat dikesan dengan melihat kearah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan individu. Sementara itu, Frank Bobbit (1918),dalam buku The Curriculum menghuraikan kurikulum sebagai keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada perkembangan kebolehan individu atau satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan Konsep oleh sekolah untuk melengkap dan

menyempurnakan

pendedahannya.

beliau

menekankan

kepada

pemupukan

perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.

Kurikulum seharusnya memberi perhatian kepada matlamat awalan yang ingin dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998). Valiga, T & Magel, C (2001) pulaa mendefinisikan Kurikulum sebagai satu urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak. Ia melibatkan isi kandungan, proses formal dan tidak formal yang mana pelajar 2

memperolehi ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R. 1996).Menurut Laporan

Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum boleh didefinisikan sebagai :Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum tersebut

mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai : program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan

2.1

Konsep KurikulumSecara umumnya terdapat dua jenis kurikulum yang utama iaitu kurikulum formal

dan

kurikulum tersembunyi.Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti

pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan

3

pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas(Ornstein,A.C.&Hunkins,F, 1983) Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung atau tak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid. Secara umumnya Kurikulum adalah sesuatu pengalaman pembelajaran yang dirancang dengan sistematik untuk keperluan murid bagi mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Kandungan dan pelaksanaan kurikulum tersebut seharusnya memberi impak pendidikan kepada murid sekolah. Ia dirancang setelah kajian teliti dibuat

terhadap kurikulum masa lepas serta yang sedang berjalan

dengan mengambil kira

keperluan pada masa depan. Perubahan kurikulum memberi impak yang besar kepada keseluruhan sistem pendidkan di sesebuah negara. Kurikulum pendidikan sentiasa

berubah dan perlu kepada penambahbaikan agar ia sesuai dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Kegagalan pihak kerajaan atau yang berwajib merancang dan melaksanakan kurikulum yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara boleh membawa kesan buruk kepada sistem sosial, ekonomi dan halatuju politik sesebuah negara. Negara yang ketinggalan dalam perancangan pendidikan kurikulumnya juga biasanya ketinggalan dari segi kemajuan pembangunan dan pencapaian ekonomi.

4

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan kurikulum di sesebuah negara diantaranya ialah : Matlamat dan keutamaan program, Keperluanindividu, Keperluan universal, Keperluan negara dan masyarakat, Kandungan kurikulum dan Peranan serta kuasa kerajaan.

Aspek di atas boleh digambarkan secara ringkas berpandukan rajah di bawah.

Jadual 1 : Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kurikulum

3.0

Kurikulum Pendidikan di Malaysia5

Di negara kita, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa ke arah tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk

perpaduan negara serta menghasilkan

keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sukatan Pelajaran dan Kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit pakaian seragam ( Abdullah Sani, 2005: 145-145 ). Semua sekolah yang mengamalkan Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tesebut. Bagi sekolah persendirian atau swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan berkenaan.Kurikulum Kebangsaan hendaklah diajar di sekoalh

meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak

melakukan penambahan, pengubahan atau pindaan ke atas kurikulum sedia ada dari masa ke semasa apabila merasakan perlu berbuat demikian. Setiap sekolah di wajibkan mennyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

3.1

Sistem Pendidikan Kebangsaan6

Sistem Pendidikan Kebangsaan terus mengalami perkembangan selepas tanah air kita mencapai kemerdekaan daripada penjajah.Perkembangan sistem pendidikan adalah selaras dengan usaha membangunkan negara yang telah bebas dari belenggu penjajah pada 31 Ogos 1957. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966- 1970) perkembangan pelajaran adalah untuk memenuhi perkara-perkara berikut : Pelajaran adalah bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik Taraf pelajaran ditingkatkan dengan memperluaskan peluang ke seluruh negara serta melibatkan bandar dan luar bandar Menambah kemudahan dalam bidang-bidang yang penting seperti pertanian, perindustrian dan teknologi. Meningkatkan usaha penyediaan guru-guru yang berkelayakan, mahir dan cekap bagi menampung kekurangan.

4.0

Kurikulum Lama Sekolah rendah

7

Kurikulum

Lama Sekolah Rendah (KLSR)

adalah berdasarkan

kepada

kurikulum dengan bahasa pengantar yang pelbagai. Bagi Sekolah Kebangsaan (SK), bahasa melayu adalah sebagai bahasa pengantar. Untuk sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK), bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris, bahasa cina pula menjadi bahasa pengantar bagi SRJK (C) dan bahasa tamil di SRJK (T). Bahasa

pengantar Inggeris telah muala dimansuhkan secara beransur-ansur mulai tahun 1970, sehinggalah ke peringkat pendidikan menengah. Peperiksaan awam sekolah rendah yang popular dalam KLSR ialah peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PDL) yang mula PDL adalah indikator bagi

diperkenalkan pada tahun 1967. Ini kerana keputusan

pemilihan pelajar ke sekolah menengah berasrama penuh yang berprestij seperti Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (STAR), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru, Kolej Menengah Seri Puteri, Kolej Tengku Khursiah (TKC), Seremban dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sistem pendidikan di Malaysia adalah berpusat dan menggunakan sukatan pelajaran umum. Pada tahun 1973 Pusat Perkembangan Kurikulum (CDC), Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan bagi memantapkan lagi usaha kerajaan yang berkaitan dengan kurikulum persekolahan di negara ini. Badan ini telah menjalankan kajian pada tahun 1974 hingga tahun 1979 dan telah mendapati bahawa 45 peratus daripada muridmurid di sekolah rendah adalah tidak dapat membaca , manakala 50 peratus lagi tidak boleh menulis dengan baik. Kajian-kajian lain juga mendapati bahawa sebahagian besar murid sekolah rendah di negara ini pada lewat tahun 70an masih belum menguasai kemahiran asas 3M persekolahan peringkat rendah. Dapatan dari kajian-kajian

8

berkenaan telah mencetuskan idea agar sistem pendidikan, khususnya kurikulum di sekolah rendah perlu dikaji semula agar sesuai dengan keperluan semasa supaya ia selaras dengan perkembangan fizikal, sosial, emosi dan pembangunan kerohanian

kanak-kanak. Kurikulum di peringkat sekolah rendah hendaklah ditinjau dari segi jenis kemahiran yang diperlukan dan bukannya dari segi kepentingan tiap-tiap satu mata pelajaran (Laporan JK Kabinet 1979). 4.1 Kelemahan KLSR Kajian mendapati Kurikulum Lama Sekolah Rendah mempunyai banyak

kelemahan terutamanya dari segi menyediakan murid dalam kemahiran asas menulis, membaca dan mengira. Disamping itu juga kandungan kurikulumnya terlalu

memberatkan akademik serta amat padat bagi murid-murid di peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran menyatakan : Perenggan 193, .......... Isi kandungan kurikulum sekolah rendah terlalu padat bagi kanak-kanak yang berumur antara enam hingga dua belas tahun. Sesetengah murid tidak dapat dalam laporan mereka pada 7 November 1979 ada

mengikutinya dan akibatnya sedikit sahaja kemahiran yang dapat dikuasai oleh mereka. Kurikulum Lama Sekolah Rendah mempunyai kelemahan yang agak ketara dalam beberapa perkara dan perlu kepada kajian semula diantaranya ialah :

9

Corak

pendidikan adalah umum, tidak memberi penekanan kepada

penguasaan kemahiran asas 3M. Memberi penekanan kepada hafalan. Tertumpu kepada intelek serta terasing daripada unsur rohani, emosi dan jasmani. Kenaikan darjah secara automatik Mata pelajaran yang banyak serta membebankan. Tiada kesinambungan antara kurikulum di sekolah kurikulum di sekolah menengah. Terlalu terikat dengan buku teks dan kurang alat bantu mengajar Kurikulumnya adalah tidak mudah lentur (rigid) Tidak mengambilkira tahap kebolehan murid yang pelbagai. Pengajaran adalah mengikut kaedah seluruh kelas dan berpusatkan guru. Pelajaran disampaiakan secara formal dan tidak mudah diubah Kedudukan murid yang statik di dalam kelas yang berkonsepkan bilik darjah tradisi. Berorientasikan peperiksaan. rendah dengan

10

5.0

Laporan Jawatankuasa KabinetBagi mengkaji dan memberbaiki pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita

semenjak tahun 1961 satu Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada bulan September 1974. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah seperti berikut : Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu,berdisiplin dan terlatih (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan) Jawatankuasa berkenaan telah mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979

dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Terdapat beberapa perakuan dalam laporan tersebut yang menggambarkan akan perlunya kepada kurikulum baru bagi menggantikan yang sedia ada. Kurikulum tersebut seharusnya mampu mengatasi kelemahan kurikulum sedia ada.

11

Di antara perakuan yang terdapat dalam laporan tersebut bagi menunjukkan pentingnya diwujudkan satu kurikulum yang baru adalah : Perenggan 194

. . . . . kurikulum itu juga di gubal secara terpisah mengikut mata pelajaran dan terdapat sedikit sangat integrasi dalam mata pelajaran yang terkandung di dalamnya. Perakuan 2a . . . . . Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Perakuan 57 (a) . . . .. Kurikulum sekolah rendah hendaklah di rancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu. Daripada petikan-petikan tadi dapatlah kita simpulkan bahawa perlunya di wujudkan kurikulum yang baru dengan ciri-ciri yang lebih sesuai dan mampan bagi menggantikan yang ada demi menjadikan sistem pendidikan negara lebih mantap lagi.

12

6.0

Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Negara (FPN) hanya mula didokumentasikan pada tahun

1988 di mana sebelum itu FPN dikatakan wujud secara tersirat sahaja. Mulai tahun 1996 apabila Akta pendidikan 1996 di gubal maka FPN telah di tukar nama kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tetapi mengekalkan sifatnya yang ada dengan sedikit tambahan perkataan. FPK adalah dibangunkan perkara termasuk berasaskan kepada pelbagai

pembangunan insan, pembangunan negara, keadaan rakyat yang

berbilang kaum serta agama. Matlamatnya adalah ke arah pengwujudan satu bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada

ketuhanan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menentukan hala tuju pendidikan yang perlu di capai melalui kurikulum. Pernyataan FPK adalah seperti berikut :

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arahlebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berkertampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996)

13

7.0

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR ) Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sebenarnya adalah bagi

memenuhi aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaupun FPK di dokumentasikan agak lewat selepas pelaksanaan KBSR tetapi apa yang dihasratkan dalam KBSR sebenarnya memenuhi FPK itu sendiri.Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 7.1 Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 7.2 Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat KBSR, digariskan objektif-objektif yang perlu dicapai oleh murid-murid setelah mereka melalui enam tahun persekolahan di sekolah rendah.

Objektif KBSR sebagai yang telah ditetapkan adalah seperti berikut : i. ii. Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara; Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

14

iii. iv. v. vi. vii viii. ix x. xi xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii.

Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian; Menguasai kemahiran belajar; Menguasai kemahiran berfikir; Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri; Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar; Menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal; Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional; Menjaga kesihatan dan kecergasan diri; Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti; Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam; Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia; Membina semangat patriotisme; Mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

15

7.3

Prinsip KBSR KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:i. ii. iii. iv. v. Pendekatan Bersepadu; Perkembangan individu secara menyeluruh; Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan Pendidikan seumur hidup. Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mereka seharian. vi. Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid vii. Aktiviti di dalam bilik darjah harus membolehkan murid

mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas viii. ix. x. xi. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum) Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah 16

7.4

Ciri-ciri KBSR

Jadual 2 : Ciri-ciri KBSR

7.4.1

Penekanan Utama KBSR Fokus Tahap I i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) ii. iii. iv. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira Mengenal huruf serta membaca, menghafaz dan menghayati ayatayat Al-Quran; Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

17

Fokus Tahap II i. ii. iii. iv. v. vi. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa; Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah; Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif; Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

7.5

Struktur KBSR Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:i. ii. iii. Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:i. ii. iii. iv. v. vi. Kemahiran Asas; Manusia dengan Persekitaran; Kesenian dan Kesihatan; Kerohanian, Nilai dan Sikap; Kemahiran Hidup; dan Kokurikulum 18

7.6

Bidang PelajaranDi dalam KBSR terdapat tiga bidang utama mata pelajaran iaitu Bidang

Komunikasi, Bidang Manusia dan Persekitaran dan Bidang Perkembangan Diri Individu.Bidang Komunikasi meliputi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bidang Manusia dan Persekitaran pula meliputi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains dan Kajian Tempatan. Bidang Perkembangan Diri Individu pula mengandungi mata pelajaran Kemahiran Hidup,

Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Komponen Matapelajaran Fasa 1 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Islam Manusia dan Persekitaran Sikap , Nilai dan Spiritual Pendidikan Moral Fasa 2 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sains Kajian Tempatan

Bidang

Perkembangan Diri Individu

Kemahiran Hidup Seni dan Riadah Kokurikulum

Kemahiran Hidup Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Seni Pendidikan Pendidikan Jasmani Jasmani dan dan Pendidikan Pendidikan Kesihatan Kesihatan

Jadual 3 : Bidang-bidang dalam KBSR

19

7.7

Peruntukan Masa Mata Pelajaran

Mata Pelajaran Perkara Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina/Tamil Sains Matematik Pend. Islam/Moral Pendidikan Seni Pendidikan Muzik Kemahiran Hidup Kajian Tempatan Pend. Jas. & Kes. Perhimpunan Pilihan Guru BesarJUMLAH

1 450 240

Sekolah Kebangsaan Tahap 1 Tahap 2 2 3 4 5 6 450 450 300 300 300 240 240 210 210 210

Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 1 Tahap 2 1 2 3 4 5 6 270 270 270 150 150 150 60 90 90 90 450 450 450 300 150 210 150 60 60 60 120 90 30 30 90 30 30 90 30 30 60 30 300 150 210 150 60 60 60 120 60 30 300 150 210 150 60 60 60 120 60 30

210 180 60 60

210 180 60 60

210 180 60 60

150 210 180 60 60 60 120

150 210 180 60 60 60 120 60 30

150 210 180 60 60 60 120 60 30

210 150 60 60

210 150 60 60

210 150 60 60

90 30 30 1350

90 30 30

90 30 30

60 30

1350 1350

1440 1440

1440 1350

1350 1350

1440 1440

1440

Nota : Masa dalam jumlah minit. Jadual 4 : Pembahagian Masa Dalam KBSR

20

8.0

Teras dan Penekanan Dalam KBSR KBSR menekankan kepada lima teras penting yang perlu di laksanakan oleh

guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Teras-teras itu ialah : i. ii. iii. iv. v. Penggabungjalinan; Penyerapan; Penilaian; Pengkayaan; dan Pemulihan.

Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Kemahiran asas; Kemahiran berfikir; Nilai Merentas Kurikulum; Bahasa merentas kurikulum; Patriotisme merentas kurikulum; Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid; Penilaian berterusan; Pemulihan dan pengayaan; Prinsip mudah ubah; dan Sains dan teknologi merentas kurikulum

21

9.0

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada

murid, seseorang guru seharusnnya : i. Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran; Kemudahan fizikal kelas Ruang pembelajaran yang selesa; Sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif; Ruang pameran hasil kerja; Bahan rujukan untuk penggunaan murid; Bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Aspek emosi sosial Penggunaan bahasa yang mesra; Keupayaan guru memahami muridnya; Penggunaan teknik yang pelbagai.

ii.

Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan murid secara aktif; Menjalankan penilaian yang berterusan; Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka; Melatih murid meneroka pelbagai cara penyelesaian tugasan Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid

22

iii.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan

dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut ( sekadar beberapa contoh ) iaitu : Simulasi Lakonan Permainan Tunjuk ajar Lawatan Bercerita Projek

9.1

Penilaian Beberapa kaedah penilaian keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

dalam KBSR adalah : i. ii. iii. iv. v. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS Penilaian Kendalian Sekolah Rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Pemerhatian Ujian Diagnostik

23

10.0 KokurikulumSelain daripada memberi penekanan kepada kurikulum, pendidikan di sekolah rendah juga memberi penekanan kepada perkembangan murid-murid melalui

kokurikulum. Kokurikulum bukanlah satu konsep yang terpisah daripada kurikulum. Oleh itu ia perlu dianggap sebagai mempunyai kepentingan yang sama seperti kurikulum dalam membantu proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid. Perakuan 50, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran jelas meminta agar penekanan di beri kepada kokurikulum. Perakuan tersebut menyatakan : Semua murid hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum Aktiviti kokurikulum mempunyai sumbangan secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membentuk dan memupuk sifat-sifat sosial. Oleh yang demikian, unsur dan norma-norma hidup bermasyarakat lebih mudah untuk dihayati oleh murid-murid melalaui aktiviti kokurikulum. Selain daripada itu dalam aktiviti kokurikulum juga terdapat elemen akademik atau kurikulum. Kebanyakan aktiviti kokurikulum adalah aplikasi kepada perkara-perkara yang dipelajari didalam bilik darjah. Di sekolah rendah aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah terbahagi kepada tiga komponen utama seperti berikut : Kelab atau persatuan Unit beruniform Sukan atau permainan

24

Jadual 5 di bawah menunjukkan ketiga-tiga komponen ini. Setiap murid perlu terlibat dalam ketiga-tiga komponen tersebut selaras dengan kehendak perkembangan diri individu yang seimbang dan harmonis melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aktiviti kokurikulum juga memberi ruang untuk kanak-kanak mengalami proses sosialisasi. Penglibatan murid dalam ketiga-tiga komponen kokurikulum

berkenaan akan membolehkan murid-murid mendapat pengalaman untuk persediaan kehidupan mereka di masa akan datang.

Pengurusan

hal-hal yang berkaitan dengan

kokurikulum adalah

di bawah

portfolio Guru Penolong Kanan Kokurikulum dengan dibantu oleh Penyelaras Kelab dan Persatuan, Penyelaras Sukan dan Permainan dan Penyelaras Unit Beruniform. Mereka akan membentuk jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah yang

dipengerusikan oleh Guru Besar . Kelancaran dan kesempurnaan pengurusan kokurikulum di sekolah akan menyumbang kepada keberkesanan kokurikulum di dalam mendidik murid-murid menjadi generasi yang diharapkan pada masa hadapan.

25

Jadual 5 : Komponen-komponen dalam Kokurikulum

Kelab

Kelab / Persatuan Persatuan

Contoh : Kelab Komputer Kelab keselamatan Jalan raya Kelab Seni dan Kebudayaan Kelab Tanaman Hiasan Kelab Rekreasi Contoh : Persatuan Bahasa Melayu Persatuan Bahasa Inggeris Pers.Sains dan Matematik Contoh : Olahraga Merentas Desa Walktahon Jogathon Marathon Contoh : Bolasepak Takraw Bola Jaring Tenis Meja Catur Bola Tampar Contoh : Pengakap Bulan Sabit Merah Puteri Islam Tunas Puteri Kadet Remaja Sekolah

KOKURIKULUM

Sukan

Sukan / Permainan

Permainan

Unit Beruniform

26

11.0 Ulasan UmumPada masa ini, keberkesanan pelaksanaan kehendak-kehendak kurikulum amat bergantung kepada pemerolehan kemahiran akademik. Namun agak sukar bagi kita untuk menilai sejauhmanakah kehendak-kehendak dalam kurikulum kebangsaan

tersebut benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh atau komprehensif di sekolahsekolah pada hari ini. Ini kerana penilaian melalui indeks-indeks tertentu tidak

mencukupi untuk mengambarkan keadaan sebenar pelaksanaan kurikulum di negara kita. Walau bagaimanapun secara umumnya, sesuatu kurikulum yang telah siap disusun, ia akan dilaksanakan dan dicuba di sekolah-sekolah setempat dan melalui percubaan pelaksanaan in akan memberi maklum balas kepada perancang-perancang kurikulum. Apabila wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu, maka isi kurikulum itu akan diubah supaya memenuhi keperluan pelajar. Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah- sekolah Melayu, Cina dan Tamil dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Pada tahun 1956, Jawatankuasa Sukatan Pelajaran

ditubuhkan untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk membuat syor jumlah waktu bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet pula diwujudkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan ia memenuhi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, di samping melahirkan masyarakat yang bersatu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994: 100)

27

KesimpulanSecara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa kandungan kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah rendah perlu disusun dan diorganisasi sebaik

mungkin bagi mememastikan murid-murid diperingkat umur ini mendapat didikan, bimbingan dan tunjuk ajar yang paling wajar serta berstruktur. KBSR terbahagi kepada dua fasa iaitu Tahap 1 dan Tahap 2 dengan Tahap 1 memberi penekanan kepada kemahiran asas seperti penguasaan 3M, perkembangan pula memberi penekanan kepada sahsiah, sikap dan nilai. pengukuhan dan aplikasi

Manakala Tahap 2 kemahiran

3M, kemahiran yang lebih kompleks untuk penyelesaian masalah,

perkembangan sahsiah, sikap, nilai dan sebagainya. Pelaksanaan kokurikulum dalam KBSR pula adalah bagi melengkapi kurikulum kerana kokurikulum bukanlah satu konsep yang terpisah daripada kurikulum. Kokurikulum perlu dianggap sama pentingnya seperti kurikulum (akademik) di dalam membantu proses pertumbuhan dan

perkembangan murid-murid. Kejayaan dalam bidang pendidikan boleh menjadi teras kepada kejayaan dan keagungan sesuatu bangsa itu.

28

RUJUKANIkhsan Othman & Norila Md Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.Tanjong Malim : Quantum Books Mohd Daud Hamzah. (1995). Perkembangan kurikulum sekolah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Daud Hamzah. (1993). Liputan kurikulum sekolah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mok Soon Sang. (2007). P.t..k (pengajaran dan pembelajaran. Puchong Selangor : Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd Akta Pendidikan 1996. (2003). Peraturan-peraturan terpilih. Petaling Jaya : International LawBook Services

29

30