pembangunan sistem pengurusan maklumat … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan...

25
PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN SEKOLAH BERASASKAN WEB MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamhanh

Post on 25-Jul-2019

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN SEKOLAH BERASASKAN WEB

MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN SEKOLAH BERASASKAN WEB

SESI PENGAJIAN: 2/2008/2009

Saya: MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malayia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 16, KAMPUNG GUAR, 06000 CHANGLUN, KEDAH DARULAMAN

P.M. DR. ZAIDATUN BTE. TASIR Nama Penyelia

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan dari pihak berkuasa/organisasi berkeaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebgai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau

disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : P.M. DR. ZAIDATUN BTE. TASIR

Tarikh : 14 APRIL 2009

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN

SEKOLAH BERASASKAN WEB

MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugeraan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI

Tarikh : 14 APRIL 2009

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iii

Jutaan Terima Kasih Kepada

Ayahandaku, Hj. Mohamad Janai Bin Mat Daud

Bondaku, Hjh. Saleha Bte. Hj. Abd Mued

Kekanda Dan Semua Adindaku

Atas Kasih Sayang, Tunjuk Ajar Dan Doa Kalian Yang Tidak Putus-Putus

Kepada Daku

Juga Kepada Isteriku Yang Tercinta,

Hayatul Murshida Bte Mohd. Khairuddin

Atas Sokonganmu Yang Tiada Noktah

Kepada Rakan Seperjuanganku,

Bond, Pok Nik, Alek, Isa, Hasnan, Pok Lan Dan Lain-Lain

Terima Kasih Atas Persahabatan Kita Selama Ini

Teruskan Perjuangan

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

saya siapkan laporan ini seperti yang ada sekarang. Sesungguhnya segala kebaikan itu

datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala keburukan, kekurangan dan kesilapan yang

berlaku adalah hasil daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba yang lemah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Prof.

Madya Dr. Zaidatun Bte. Tasir atas kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan, toleransi serta

kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan beliau kepada saya sepanjang

proses penyediaan laporan ini. Tunjuk ajar beliau serta komen-komen membina yang

beliau berikan banyak membantu dalam meningkatkan lagi kualiti laporan saya supaya

memenuhi kehendak-kehendak yang disasarkan untuk PSM ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga mertua yang banyak memberikan

dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya sebagai

seorang pelajar. Semoga jasa baik kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh

Allah S.W.T.

Akhir sekali, saya sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada

semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Sekian. Terima Kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

v

ABSTRAK

Sistem Pengurusan Maklumat Peperiksaan (ExIMS) dibangunkan sebagai

alternatif kepada pihak sekolah dalam mengurus dan menyimpan maklumat berkaitan

keputusan peperiksaan di sekolah. Aplikasi atas talian (online) ini dapat membantu guru-

guru untuk memasukkan markah ujian atau peperiksaan dengan mudah, seterusnya dapat

dilihat oleh pelajar melalui capaian internet. Objektif utama pembangunan sistem ini

adalah untuk memberi kemudahan kepada guru dan pelajar dalam mengakses maklumat

berkaitan keputusan peperiksaan dan seterusnya menghantar keputusan peperiksaan

kepada pelajar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Keputusan peperiksaan yang

diperoleh akan disampaikan terus kepada pelajar melalui nombor telefon bimbit yang

telah didaftarkan ke dalam sistem. Sasaran pengguna sistem ini adalah para pelajar, guru

matapelajaran, guru tingkatan dan setiausaha peperiksaan. Sistem ini dibangunkan

menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext Preprocessor (PHP), pangkalan data

My-Structured Query Language (My-SQL) dan Model Rapid Prototyping dipilih bagi

mengawal proses pembangunan sistem mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, sistem ini mampu untuk membaiki kelemahan yang terdapat dalam

aplikasi stand alone, seterusnya meningkatkan kecekapan pihak sekolah dalam

mengurus dan menyimpan maklumat keputusan peperiksaan para pelajar.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vi

ABSTRACT

ExIMS was developed as an alternative to schools in managing and storing data

regarding examination results. This online application could help teachers to key in the

examinations or tests marks easily, where the results could be viewed by students

through the internet. The main objective of this system is to provide a facility for

teachers and students to access information regarding examination’s results, where the

results could be sent to students, parents, etc. through Short Message System (SMS).

The examinations results will be received directly by students through a hand phone

number that has been registered into the system. The target users of this system are;

students, subject’s teachers, form teachers and examinations’ secretary. This system

was developed by using the programming language Hypertext Preprocessor (PHP), My-

Structured Query Language (My-SQL) database, and Rapid Prototyping Model, which

has been selected to control the process of system development according to the

standard. In conclusion, this system could improve the weaknesses in a stand-alone

application. As a result the schools’ efficiency in managing and storing information on

students’ examination results will be improved.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Rasional Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Projek 9

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

viii

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Sistem Maklumat 13

2.2.1 Definisi Sistem Maklumat 14

2.2.2 Fungsi Sistem Maklumat 15

2.2.3 Proses Pembangunan Sistem Maklumat 16

2.2.4 Sistem Maklumat Berkomputer (Computer

Based Information System)

18

2.3 Sistem Pengkalan Data 21

2.3.1 Ciri-Ciri dan Keupayaan Pangkalan Data 21

2.3.2 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 22

2.4 Sistem Berasaskan Web 23

2.4.1 Internet 23

2.4.2 Intranet 24

2.4.3 Kebaikan Internet / Intranet 25

2.5 Pengurusan Maklumat Pendidikan Melalui

Pangkalan Data Web

26

2.6 Bahasa Pengaturcaraan 27

2.6.1 HTML 27

2.6.2 PHP 28

2.6.3 Java Script 28

2.6.4 Cascading Style Sheet (CSS) 29

2.7 Teknologi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) 30

2.7.1 SMS Gateway 31

2.7.2 Kelebihan SMS 32

2.7.3 Aplikasi SMS dalam ExIMS 32

2.8 Sistem Analisis Peperiksaan 33

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ix

2.9 Penutup 34

3 REKA BENTUK SISTEM 36

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Sistem 37

3.2.1 Model Rapid Prototyping 38

3.2.1.1 Fasa Analisis 39

3.2.1.2 Fasa Rekabentuk 41

3.2.1.3 Fasa Penilaian Formatif 44

3.2.1.4 Fasa Pelaksanaan dan Penilaian

Sumatif

45

3.2.2 Kelebihan Rapid Prototyping 45

3.2.3 Kelemahan Rapid Prototyping 47

3.3 Carta Alir EXIMS 48

3.4 Pemilihan Perisian Dalam Pembangunan Sistem 51

3.4.1 Penyunting Web (Web Editor) 52

3.4.2 Pelayan Web (Web Server) dan Pelayar Web

(Web Browser)

53

3.4.3 Pangkalan Data (Database) 54

3.4.4 Penyunting Grafik (Graphic Editor) 55

3.5 Spesifikasi Perkakasan Yang Digunakan 56

3.6 Penyebaran EXIMS 57

3.7 Penutup 58

4 HASIL REKA BENTUK SISTEM 59

4.1 Pendahuluan 59

4.2 Pakej Sistem 59

4.2.1 Kategori Pengguna: Admin 61

4.2.2 Kategori Pengguna: Guru Tingkatan / Kelas 68

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

x

4.2.3 Kategori Pengguna: Guru Subjek 75

4.2.4 Kategori Pengguna: Pelajar 78

4.3 Komen Terhadap Sistem 83

4.4 Penutup 84

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

85

5.1 Pendahuluan 85

5.2 Perbincangan 85

5.3 Kelebihan Sistem 87

5.4 Kelemahan Sistem 89

5.5 Masalah Yang Dihadapi 89

5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 90

5.6 Kesimpulan 91

RUJUKAN 92-96

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Komponen-komponen sistem maklumat 20

3.1 Jenis dan nama perisian yang digunakan dalam

pembangunan ExIMS

52

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Sistem Maklumat Berasaskan Komputer (CBIS) 19

2.2 Infrastruktur Rangkaian Perkhidmatan Pesanan

Ringkas

31

3.1 Model Rapid Prototyping 37

3.2 Penyusunan maklumat secara linear 42

3.3 Penyusunan maklumat secara hieraki 42

3.4 Carta alir keseluruhan sistem 48

3.5 Carta alir modul admin 49

3.6 Carta alir modul guru 50

3.7 Carta alir modul pelajar 51

4.1 Antaramuka login 60

4.2 Ralat yang dipaparkan apabila pengguna

menggunakan pelayar web Mozilla Firefox

61

4.3 Antaramuka laman utama bagi admin 62

4.4 Senarai submenu bagi menu ‘Daftar’ 62

4.5 Antaramuka pendaftaran guru baru 63

4.6 Senarai pelajar untuk proses kemaskini 64

4.7 Antaramuka kemaskini maklumat personal pelajar 65

4.8 Pengesahan proses kemaskini yang berjaya

dilakukan.

65

4.9 Senarai maklumbalas daripada pengguna 66

4.10 Antaramuka penetapan tarikh peperiksaan 67

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

xiii

4.11 Antaramuka penetapan guru tingkatan 67

4.12 Antaramuka laman utama bagi guru 68

4.13 Antaramuka pendaftaran subjek pelajar 69

4.14 Ralat yang dipaparkan apabila guru memilih jenis

peperiksaan yang ditutup

70

4.15 Antaramuka untuk memasukkan markah pelajar 70

4.16 Ralat apabila guru memasukkan markah melebihi

nilai 100

71

4.17 Ralat apabila guru memasukkan markah dalam

bentuk kombinasi nombor dan simbol ‘/’

71

4.18 Antaramuka finalize markah pelajar 72

4.19 Pop-up window keputusan pelajar 73

4.20 Antaramuka penghantaran SMS keputusan 74

4.21 Status penghantaran SMS 74

4.22 Akses disekat bagi pendaftaran pelajar baru 75

4.23 Antaramuka tulis mesej 76

4.24 Pop-up window carian pengguna 76

4.25 Antaramuka peti masuk 77

4.26 Antaramuka butiran terperinci mesej yang dihantar 77

4.27 Antaramuka laman utama bagi pelajar 78

4.28 Antaramuka maklumat asas pelajar 79

4.29 Antaramuka maklumat tingkatan pelajar 79

4.30 Antaramuka subjek yang diambil oleh pelajar bagi

setiap tahun

80

4.31 Antaramuka senarai tampal bagi jenis peperiksaan

yang dibuka

80

4.32 Ralat senarai tampal bagi jenis peperiksaan yang

ditutup

80

4.33 Antaramuka keputusan peperiksaan pelajar 81

4.34 Maklumat terperinci keputusan pelajar 82

4.35 Antaramuka penukaran katalaluan 82

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

xiv

SENARAI SINGKATAN

ExIMS - Examination Information Management System

SMS - Short Message Service

URL - Uniform Resource Locator

WWW - World Wide Web

HTTP - Hyper Text Transfer Protocol

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari

menjelang 2010 memberi satu gambaran tentang arus perubahan besar yang berlaku di

dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan teknologi

maklumat dalam pendidikan. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk

muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 dengan memberikan penekanan

kepada penguasaan Teknologi Maklumat di kalangan rakyat Malaysia. Koridor Raya

Multimedia merupakan satu langkah strategik ke arah mencapai matlamat tersebut.

Mulai tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program

Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran

iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kementerian Pendidikan

juga telah mengumumkan pada tahun 1996 untuk menjadikan mata pelajaran Literasi

Komputer sebagai salah satu antara pelajaran dalam pengajian di peringkat Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM). Penggunaan Teknologi Maklumat bukanlah bertujuan

mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah ia akan dijadikan sebagai media

utama dalam proses tersebut (Mohd. Yusof, 1997).

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2

Namun begitu, kepesatan teknologi perkomputeran kini telah diperluaskan

penggunaannya kepada aspek pengurusan sesuatu organisasi yang melibatkan

maklumat-maklumat tertentu. Komputer tidak lagi hanya mampu memberikan maklumat

kepada pengguna, malah boleh diprogramkan untuk melakukan tugasan-tugasan

tertentu. Demikian halnya dengan pengurusan organisasi sekolah terutamanya

melibatkan hal-hal peperiksaan. Komputer mampu untuk menyimpan beribu-ribu

maklumat peperiksaan seperti data peribadi pelajar, markah dan gred, kedudukan dalam

tingkatan, rekod kemajuan dan analisis maklumat peperiksaan, yang boleh dicapai

dengan mudah dan tidak lagi menggunakan kaedah lama seperti sistem fail (filing

system). Cuma, yang menjadi masalahnya ialah kesanggupan organisasi atau individu

tertentu untuk membangunkan sistem seperti ini dan kesungguhan guru-guru untuk

menggunakannya.

Sejauh mana kemajuan yang dicapai oleh negara dalam bidang teknologi

maklumat, adalah sia-sia sekiranya rakyat tidak mahu mengubah cara hidup kepada yang

lebih efektif, berdaya saing serta bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Oleh itu,

kajian ini cuba untuk merungkai persoalan yang berkaitan dengan penggunaan sistem

berasaskan web dalam pengurusan maklumat peperiksaan di sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Tey Kien Huat (2005), maklumat ialah satu set fakta dan data yang

telah disusun dan diproses dengan cara yang membawa makna atau nilai kepada

pengguna dalam menyiapkan tugas atau menyelesaikan masalah kepada sesuatu fakta

atau data mentah yang memudahkan transformasi data kepada maklumat. Maklumat

dikatakan penting kerana dianggap sebagai sumber dan aset utama bagi sesebuah

organisasi dan menjadi tunjang dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu

urusan pentadbiran dan pengurusan. Kepentingan maklumat kepada sesuatu organisasi

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3

menuntut kepada suatu pengurusan yang efisyen dalam menentukan kesahihan,

keselamatan serta capaian terhadap maklumat tersebut.

Pengurusan maklumat yang dilakukan secara tradisional, memperlihatkan

beberapa kelemahan yang dapat mengganggu perjalanan pentadbiran sesebuah

organisasi. Antaranya ialah faktor keselamatan. Kaedah fail dan kertas yang digunapakai

membuka ruang kepada kehilangan dan kerosakan sesuatu maklumat. Sekiranya

sesebuah organisasi ditimpa kecelakaan seperti kebakaran dan banjir, sudah tentu

maklumat-maklumat tersebut sukar untuk diselamatkan. Ini sudah tentu mengundang

kepada kerugian yang terpaksa ditanggung oleh organisasi tersebut. Selain itu, faktor

capaian terhad juga membelenggu mereka yang menggunapakai kaedah tradisional

dalam menyimpan maklumat. Apabila seseorang sedang menggunakan sesuatu fail,

sudah tentu sukar bagi orang lain untuk menggunakan fail tersebut, dan terpaksa

menunggu sehingga urusan menggunakan fail tersebut selesai. Keadaan fail yang tidak

dikemaskini juga menyumbang kepada kelemahan yang dapat diperhatikan daripada

kaedah ini. Kesukaran untuk mencapai maklumat tersebut mendorong kepada individu

yang terlibat dalam proses kemaskini lambat untuk melakukannya.

Sekolah juga merupakan antara organisasi yang terlibat dalam pengurusan

maklumat. Ini termasuklah maklumat peribadi pelajar dan guru serta maklumat

akademik dan ko-kurikulum. Bagi sekolah yang masih menggunakan kaedah tradisional

dalam pengurusan maklumat mereka, sudah tentu menjadi suatu kesukaran kepada guru

dan pelajar dalam mencapai maklumat-maklumat tersebut. Pencarian maklumat sukar

dan rumit kerana maklumat yang direkod dan disimpan tidak disusunkan dalam bentuk

yang sempurna. Banyak masa diperlukan untuk mengesan maklumat yang dikehendaki

dari fail-fail yang telah ditutup dan disimpan di dalam stor. Selain itu, ruang

penyimpanan yang banyak diperlukan untuk fail-fail lama (Mohamad Mahadi, 2001). Ini

dapat diperhatikan apabila pelajar lambat untuk mendapat maklumat peperiksaan,

termasuklah keputusan peperiksaan semasa. Terdapat juga sesetengah pelajar yang tidak

langsung mendapat keputusan peperiksaan mereka, ekoran daripada kaedah pengurusan

maklumat yang dipraktikkan.

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

4

Kemajuan era ICT yang dicapai, telah mendorong kepada perubahan daripada

segi pengurusan maklumat di sekolah. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mahu

sekolah mengorak langkah seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara,

terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Kaedah “paperless” dengan

mengaplikasikan penyimpanan maklumat secara berkomputer telah mendapat tempat di

sekolah-sekolah di Malaysia. Kaedah ini bukan sahaja dilihat mampu untuk

menyelamatkan data dan maklumat, malah dapat membantu sekolah dalam

menguruskan maklumat-maklumat mereka dengan lebih baik. Menurut Wan Mohd

Zahid (1993),

“sekolah disarankan menggunakan komputer sebagai instrument

pengendalian pengurusan dan pentadbiran”

Selain itu, beliau juga amat bersetuju dengan peranan komputer dalam

meningkatkan kecekapan dalam operasi pentadbiran. Pendapat ini turut disokong oleh

Rofidah (1989) yang menyatakan bahawa,

“the computer is a rich and complex tool that is increasingly being

used in many functional areas. With this in mind, the usage of computer

in the school administration should be explored”.

Kecanggihan perisian pangkalan data yang terdapat di pasaran dapat membantu

sekolah untuk mengurus dan menyimpan maklumat mereka dengan lebih baik. Perisian-

perisan seperti Microsoft Access dan Structued Query Language (SQL) mendapat

tempat di kalangan guru-guru di sekolah bagi menguruskan maklumat mereka. Hasilnya,

guru-guru dapat menjimatkan masa dalam menguruskan maklumat sekolah, disamping

dapat mencapainya dengan lebih mudah. Faktor keselamatan juga tidak lagi menjadi

perkara utama yang dibancangkan kerana perisian-perisian ini terkenal dengan aspek

keselamatan data. Meskipun begitu, terdapat juga kelemahan yang tidak lepas daripada

pandangan. Kesemua fail yang mengandungi maklumat-maklumat sekolah, hanya boleh

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

5

dicapai melalui komputer yang diinstallkan dengan perisian tersebut. Ini sudah tentu

menimbulkan kesukaran bagi guru sekiranya mereka menggunakan komputer yang lain.

Dengan itu, terdapat perisian pangkalan data atas talian (online database) yang

mampu untuk menangani masalah ini. Dengan perisian ini, maklumat-maklumat sekolah

tidak lagi disimpan dalam satu komputer, sebaliknya maklumat-maklumat tersebut akan

disimpan pada komputer pelayan (server). Guru-guru boleh mencapai maklumat ini

dengan mudah sekiranya dilengkapi dengan talian internet. Faktor keselamatan, mudah

capai dan kesahan maklumat tidak perlu lagi dirisaukan, memandangkan hampir

kesemua pangkalan data atas talian ini dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.

Kewujudan pangkalan data atas talian dapat membantu guru-guru dalam

menguruskan maklumat peperiksaan di sekolah mereka. Hasilnya, maklumat-maklumat

peperiksaan tidak lagi disimpan di satu komputer di sekolah, sebaliknya disimpan pada

komputer pelayan. Dengan itu, guru-guru tidak lagi perlu menunggu giliran untuk

memasukkan markah peperiksaan pelajar di komputer yang telah ditetapkan, tetapi

mereka boleh melakukannya di mana sahaja dengan capaian internet. Inilah yang

dikatakan dunia tanpa sempadan.

Kecanggihan pangkalan data atas talian ini telah mendorong penyelidik untuk

membangunkan suatu sistem yang dapat membantu guru-guru dalam menguruskan

maklumat peperiksaan mereka. Dengan adanya sistem ini, maklumat dan keputusan

peperiksaan dapat diproses dengan cepat dan disalurkan kepada pelajar dengan segera.

Selain itu, kemajuan teknologi telekomunikasi turut diaplikasikan dalam pembangunan

sistem ini di mana guru-guru boleh menghantar keputusan peperiksaan pelajar melalui

khidmat pesanan ringkas (Short Messaging Services - SMS) ke telefon bimbit pelajar.

Page 23: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

6

1.3 Penyataan Masalah

Pengurusan maklumat pendidikan terutamanya maklumat peperiksaan dilihat

aspek yang perlu diberi perhatian khusus oleh pihak pentadbir sekolah. Ini adalah

kerana, maklumat peperiksaan bukan sahaja penting, malah boleh dijadikan penanda

aras tahap kecemerlangan akademik sekolah tersebut. Oleh itu, sebuah sistem

pengurusan maklumat peperiksaan yang berkesan diperlukan bagi menjamin kesahihan

dan keselamatan maklumat-maklumat tersebut.

Aplikasi yang dibangunkan bagi menguruskan maklumat-maklumat peperiksaan

ini terdiri daripada pelbagai bentuk. Antaranya aplikasi berdiri sendiri (stand-alone) dan

berasaskan web. Perkembangan telekomunikasi dan teknologi web pada masa kini

menuntut perubahan penggunaan aplikasi stand alone kepada berasaskan web. Ini

kerana, maklumat tidak hanya disimpan pada satu komputer sahaja, sebaliknya

diletakkan dalam suatu komputer yang khas untuk dicapai oleh setiap pengguna di

seluruh dunia. Istilah ‘Dunia Tanpa Sempadan’ membolehkan apa jua maklumat dicapai

dengan mudah dan hanya berada di hujung jari. Penggunaan internet dalam kehidupan

bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perhubungan malah dapat membantu manusia

menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan dengan lebih baik.

Faktor perkembangan teknologi web ini telah mendorong pembangun untuk

membangunkan sebuah sistem berasaskan web iaitu Sistem Pengurusan Maklumat

Peperiksaan (ExIMS). Sistem maklumat pengurusan ini dibangunkan bagi membantu

pihak pengurusan sekolah menguruskan maklumat peperiksaan sekolah mereka dengan

lebih efisyen dan sistematik. Segala masalah yang berkaitan dengan maklumat

peperiksaan, bermula daripada proses masukkan markah, pemprosesan keseluruhan

markah, sehinggalah proses penyampaian maklumat keputusan kepada pelajar, dapat

diatasi dengan mudah dan cepat.

Page 24: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

7

1.4 Objektif Kajian

Untuk memastikan kajian ini dilakukan dengan cara yang sistematik, terurus dan

tidak menyimpang daripada matlamat asal, penyelidik telah menetapkan beberapa

objektif kajian. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Membangunkan sebuah sistem berasaskan web iaitu Sistem Pengurusan

Maklumat Peperiksaan (ExIMS) yang mengintegrasikan pangkalan data bagi

menyalurkan maklumat peperiksaan kepada guru dan pelajar.

ii. Membangunkan sebuah sistem yang dapat menghantar keputusan

peperiksaan berbentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelajar.

1.5 Rasional Kajian

Faktor utama yang mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini adalah

berdasarkan kepada tahap penggunaan web dalam sektor institusi pendidikan,

terutamanya di sekolah menengah dan rendah yang dikatakan masih belum berada pada

tahap yang boleh dibanggakan (Abd. Rashid Johar, 1998). Institusi pengajian tinggi

yang mengaplikasikan web sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

seharusnya menjadi perintis untuk menaikkan lagi taraf penggunaan web di sekolah.

Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti tahap

kesesuaian web dalam pengurusan organisasi sekolah.

Selain itu, kajian-kajian yang berkaitan dengan pangkalan data amat jarang

dilakukan. Ini dapat dilihat apabila kita cuba untuk mencari kajian-kajian terdahulu yang

memfokus kepada pangkalan data dan pembangunan sistem. Boleh dikatakan tidak

banyak kajian yang dapat membantu dalam bidang ini. Mungkin kerana faktor

pangkalan data itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai elemen dan sukar diuruskan,

Page 25: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT … · disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

8

mendorong kepada kurangnya bilangan pengkaji atau penyelidik dalam bidang ini.

Meskipun begitu, ramai pengkaji dalam bidang pendidikan lebih berminat

membangunkan perisian multimedia yang tidak melibatkan pangkalan data dan senang

untuk dibangunkan.

Antara lain rasionalnya ialah, memperluaskan skop dan batasan kajian yang

dilakukan sebelum ini yang lebih memfokuskan ibu bapa dan penjaga pelajar sebagai

pengguna sistem (Mahadi, 2004). Kajian ini lebih menjurus kepada guru dan pelajar

untuk menggunakannya.

1.6 Kepentingan Kajian

Antara kepentingan dalam pembangunan sistem ini ialah:

i. Guru dan Setiausaha Peperiksaan.

a. Memudahkan guru-guru dan Setiausaha Peperiksaan menyimpan,

merekod dan mencapai maklumat peperiksaan secara terus ke

pangkalan data.

b. Memudahkan bagi guru tingkatan untuk mencapai keputusan pelajar

tanpa perlu merujuk kepada guru matapelajaran atau subjek.

ii. Pelajar Sekolah.

a. Membantu pelajar untuk mengakses dan menyimpan keputusan

peperiksaan sepanjang berada di sekolah tersebut.

b. Membantu menyalurkan keputusan peperiksaan kepada pelajar melalui

khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit

mereka.