pembangunan laman web rekreasi matematik · pdf filepenyelidikan atau disertasi bagi...

27
PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK BERASASKAN SUMBER TERBUKA JOOMLA NORMAWANI BINTI JOHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhkien

Post on 07-Mar-2018

242 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK BERASASKAN SUMBER TERBUKA JOOMLA

NORMAWANI BINTI JOHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK BERASASKAN SUMBER TERBUKA JOOMLA

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : __________NORMAWANI BINTI JOHARI_________________ (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: 588, LRG ANGGERIK 4 BDR SUNGGALA, EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA 71050 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 25 APRIL 2008 Tarikh: 25 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

iii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Matematik serta Pendidikan”

Tandatangan :…………………………….

Nama Penyelia : En. Noraffandy Bin Yahaya

Tarikh : 25 April 2008

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

i

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :…………………………………..

Nama Pelajar : NORMAWANI BINTI JOHARI

Tarikh : 25 APRIL 2008

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

ii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tersayang, serta kakak dan adik

Johari Bin Hanafi

Selme Bt. Jantan

Elmi Joaini Bt. Johari

Alwary Suhaimy Bin Johari

Dan teristimewa untuk

Najah Sumayyah Bt Mohd Shahmi

Di atas

Pengorbananmu yang tidak terhingga.

Terima kasih

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

iii

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta

selawat keatas junjungan besar Nabi Muahmmad S.A.W. Bersyukur kehadirat Illahi

kerana dengan limpa kurniaNya saya dapat menyempurnakan tesis ini mengikut

perangkaan yang telah dibuat.

Saya ingin merakamkan setinggi pengharagaan ikhlas kepada En. Noraffandy

Bin Yahaya sekalu pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberikan

tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi, komitmen

dan kesungguhan beliau segala kesulitan yang ditempuhi dapat diatasi dengan

jayanya.

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat dalam

menjaya kajian ini.

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

iv

ABSTRAK

Pembelajaran melalui laman web bukan lagi sesuatu yang baru namun begitu

pembelajaran yang dilaksanakan sering kali dilihat statik. Oleh yang demikian

penyelidik terpanggil untuk membangunkan laman web yang bersifat santai dan

dinamik. Walaupun perisian pendidikan mahupun laman web yang berbentuk

pembelajaran secara interaktif yang dibangunkan banyak membantu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu laman web pengajaran dan

pembelajaran yang berbentuk rekreasi dalam matapelajaran matematik Berbahasa

Malaysia kurang dibangunkan. Justeru itu penyelidik mengambil initiatif dengan

membangunkan laman web Rekreasi Matematik ini dengan berlandaskan kepada

sumber terbuka Joomla. Model ADDIE ( Molenda, 1996) dipilih sebagai Model

Rekabentuk pengajaran dengan mengintegrasikan Teori Sosial Konstruktivis sebagai

pendekatan pengajaran. Dengan berteraskan aplikasi Joomla 1.0.14 RC1 dan Wamp

5, serta dibantu juga dengan perisian-perisian pembangunan tambahan yang banyak

membantu bagi menghasilkan laman web yang sempurna.Penilaian secara tidak

formal dijalankan bagi memastikan kelancaran laman web ini. Secara keseluruhan

mengatakan bahawa laman web Rekreasi Matematik ini memberikan impak yang

positif dimana produk yang dibangunkan ini berpotensi untuk membantu pelajar dan

secara tidak langsung pelajar dapat melihat keindahan matematik itu sendiri dan

dapat memupuk minat terhadap Matematik.

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

v

ABSTRACT

Learning process through web application is no longer a new trend, but it always

being seen as something static, so researchers were called to develop a new web site

with a sense of relaxing and dynamic. Although there were interactive education

software and website developed, still lacked of website with relaxing and dynamic

were being developed. In addition, researchers were taking an initiative to develop

Recreational Mathematics web site base on Joomla open source. ADDIE models

(Molenda 1996) were chosen as design model integrated by Social Constructivist

theory as learning approach. Based on Joomla 1.014 RC1 and WAMP 5 helped with

additional development software, a new website with all needed was achieved. Non

formal evaluation was conducted to ensure the website run as planning. Overall

recreational mathematics website gave a positive impact where the product had the

potential to help student indirectly saw the beautiful in mathematics itself.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

vii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1- 6

1.2 Latar Belakang Masalah 6-7

1.3 Pernyataan Masalah 7-9

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Batasan Kajian/Rasional Projek

1.5.1 Pelajar 10

1.5.2 Guru/Pengajar dan Fasilitator 10

1.5.3 Masyarakat 11

1.5.4 Ibubapa 11

1.6 Skop Kajian 11

1.7 Definasi Istilah

1.7.1 Rekreasi Matematik 12

1.7.2 Hipermedia 12

1.7.3 E-Learning/E-Pembelajaran 12

1.7.4 Sumber Terbuka 13

1.7.5 Penggunaan ICT dalam P&P 13

1.7.6 Pengintegrasian ICT 13

1.8 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan 15

2.1 Pengenalan 15

2.1.1 Pengintegrasian ICT 16

2.1.2 Dimana susahnya Matematik 18

2.2 Kaedah Pengajaran

2.2.1 Melibatkan pelajar secara aktif

dalam pembelajaran 21

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

viii

2.2.1.1 Implementasi dalam laman web 22

2.2.2 Pembelajaran secara kolaborasi 22

2.2.2.1 Implementasi dalam laman web 23

2.2.3 Pelajar Terlibat dalam penerokaan sumber

maklumat dalam persekitaran laman web 23

2.2.3.1 Implementasi dalam Laman web 24

2.2.4 Interaktiviti 25

2.2.4.1 Implementasi dalam laman web 25

2.3 Pendekatan 27

2.4 Fasa Pembangunan 29

2.4.1 Model Reka bentuk Intruksi 29

2.4.2 Model Pembangunan 31

2.4.2.1 Model ADDIE 31

2.4.2.2 Model Dick & Carey 33

2.4.2.3. Hannafin & Peck 34

2.4.3 Model ADDIE sebagai Model Pembangunan 35

2.4.3.1 Implikasi dalam laman web 37

2.5 Teori Pembelajaran 38

2.5.1 Teori Kognitivisme 38

2.5.2 Teori Konstruktivis Sosial 39

2.6 Pembelajaran berasaskan Web 40

2.6.1 Implikasi dalam laman web 41

2.7 Penutup 42

BAB 3 REKABENTUK PEMBANGUNAN

3.0 Pendahuluan 44

3.1 Rekabentuk sistem Pelajaran(Aplikasi) 45

3.1.1 Rekabentuk Informasi 45

3.1.2 Rekabentuk Interaksi 46

3.1.3 Rekabentuk Antaramuka 46

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran dalam

Pembangunan laman web 47

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

ix

3.2.1 Fasa Analisis 48

3.2.2 Fasa Rekabentuk 48

3.2.3 Fasa Pembangunan 47

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 49

3.2.5 Fasa Penilaian 49

3.3 Carta Alir 49

3.4 Rekabentuk Laman Web 51

3.4.1 Rekabentuk Informasi 51

3.4.1.1 Analisis Pelajar 51

3.4.1.2 Golongan Sasaran 52

3.4.1.3 Latar belakang pengguna 53

3.4.1.4 Medium Penghantaran 53

3.4.1.5 Perlaksanaan Projek 54

3.4.2 Rekabentuk( Design) 54

3.4.3 Kaedah, Media dan bahan Pengajaran 54

3.4.3.1 Teori Pembelajaran 56

3.4.4 Rekabentuk Interaksi 56

3.4.5 Rekabentuk Antaramuka 57

3.5 Penggunaan Media dan Bahan pengajaran 57

3.6 Pemilihan Perisian 57

3.6.1 Joomla 1.0.14 RC1 57

3.6.2 WAMP 5 58

3.6.3 Mozilla Firefox 58

3.6.4 Adobe Photoshop 58

3.7 Penglibatan Pengguna 59

3.8 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian 59

3.9 Kemudahan yang disediakan 59

3.10 Penyebaran Aplikasi yang dihasilkan 60

3.11 Penutup 61

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

x

BAB 4 BAHAN E-PORTAL- DALAM WEB TU

4.1 Pendahuluan 62

4.2 Hasil Perisian

4.2.1 Objektif Pembelajaran 62

4.2.2 Rekabentuk Skrin

4.2.2.1 Muka Depan Laman Web 63

4.2.2.2 Menu Utama 64

4.2.2.3 Mengenai Saya 65

4.2.2.4 Hantar Berita 66

4.2.2.5 Forum 67

4.2.2.6 Ruangan Saya 68

4.2.2.7 Muat Turun dan Muat Naik 69

4.2.2.8 Carian 70

4.2.2.9 Capaian 71

4.2.2.10 Bancian 72

4.2.2.11 Chat 73

4.2.2.12 Video 74

4.2.2.13 Peta Laman 75

4.3 Penilaian Laman Web oleh Rakan 76

4.4 Penutup 77

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 78

5.2 Perbincangan 79

5.3 Keistimewaan Laman web 81

5.4 Kelemahan Laman web 82

5.5 Masalah yang dihadapi 82

5.5.1 Masalah Installasi 82

5.5.2 Masa dan Kos 82

5.5.3 Kemahiran 83

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

xi

5.6 Cadangan 83

5.7 Penutup 84

RUJUKAN 85

LAMPIRAN

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.1: Keputusan Kajian yang dijalankan terhadap

beberapa kumpulan Pelajar mengenai Algorithma 20

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Aliran Kerja berdasarkan model ADDIE 32

Rajah 2.2 Model Aliran kerja Hannafin and Peck 34

Rajah 4.1 Skrin Muka Depan Laman Web (Tidak Berdaftar) 62

Rajah 4.2 Paparan bagi Menu Utama 63

Rajah 4.3 Paparan ruangan Mengenai saya 64

Rajah 4.4 Paparan bagi Hantar Berita 65

Rajah 4.5 Paparan bagi Forum 66

Rajah4.6 Paparan Ruangan Saya 67

Rajah 4.7 Paparan Muat Turun dan Muat Naik 68

Rajah 4.8 Paparan enjin Carian 69

Rajah 4.9 Paparan Capaian 70

Rajah 4.10 Paparan proses Bancian 71

Rajah 4.11 Hasil proses Bancian 71

Rajah 4.12 Paparan Chat 72

Rajah 4.13 Paparan Video 73

Rajah 4.14 Paparan Peta Laman 74

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

www -World Wide Web

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

IPT -Institusi Pengajian Tinggi

NSSE - National Study of School Evaluation

NCATE - National Council for Accreditation of Teacher Education

KBKK -Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

IRC -Internet Relay Chat

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

xv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A Carta Alir Proses

B Carta Alir Pembangunan

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi web telah memberikan sumbangan yang sangat besar dan semakin

bertaraf dunia serta semakin menjadi buah mulut setiap individu, secara langsung

atau pun tidak. Ini telah menjadikan teknologi komunikasi secara berkomputer dan

elektronik semakin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan

seharian kita. Selain itu juga ianya mampu untuk mempermudahkan penyampaian

dan penerimaan informasi serta dapat menghindarkan salah pengertian. (Baharuddin

bin Aris dan Mohamad bin Bilal Ali, 1996).

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan tidak terhad

kepada bilik darjah dan guru sebagai fasilitator. Kini dengan perkembangan

teknologi ini telah mencetuskan perkembangan pembelajaran yang sangat positif.

Menurut Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah (1999), daripada

kajian literasi menunjukkan bahawa beberapa pendekatan perlu bagi menghasilkan

persekitaran pembelajaran yang berkesan iaitu dengan penglibatan aktif pelajar

dalam persekitaran pembelajaran melalui web, kolaborasi, interaktif dan penerokaan

sumber maklumat. Secara tidak langsung penglibatan pelajar yang aktif ini akan

membantu pelajar untuk menjana idea, memberikan pandangan dan perdebatan

berdasarkan tajuk yang diberikan oleh pensyarah. Interaksi pelajar dengan pensyarah

mahupun dengan rakan seperjuangan melalui perbincangan secara maya ini akan

menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan dalam membina

pengetahuan. (Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah,1999).

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

17

Tetapi bagaimanakah kita sebagai pendidik boleh memastikan apa yang

dirancang ini dapat dicapai. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya laman

web berasaskan sumber terbuka ini diwujudkan akan dapat membantu guru dan

pelajar – pelajar khasnya untuk mengubah persepsi mereka sewaktu mendalami

pembelajaran matematik yang sering kali dikatakan susah dan membosankan ini

dapat ditangkis. Menurut Mel Silberman lagi, icebreaker adalah salah satu teknik

yang baik untuk dilaksanakan di mana ianya telah direka cipta oleh pakar psikologi

dalam membentuk pembelajaran yang aktif . Ianya adalah seperti di bawah;

• Kerja Kumpulan: Dapat membantu pelajar untuk mengenali di antara

satu sama lain dan dapat membina semangat pelajar untuk bekerjasama

serta tidak bergantung kepada orang lain.

• Penilaian serta merta: Mempelajari tentang sikap pelajar, pengetahuan

dan pengalaman pelajar tersebut.

• Penglibatan pembelajaran serta merta: Dapat membentuk minat pelajar

terhadap subjek tersebut

Tambahan pula dengan kaedah seperti ini akan dapat menggalakkan pelajar

untuk bergiat aktif serta mencuba sesuatu yang baru. Ini juga turut diketengahkan

dalam pembelajaran sosial. Jerome Bruner juga mengatakan di dalam hasil tulisan

iaitu Toward a Theory of Instruction bahawa jiwa seorang manusia perlu bertindak

balas di antara satu dengan lain bagi memastikan ia mampu untuk bertindak balas

bagi mencapai sesuatu objektif, di mana ianya dipanggil sebagai timbal balik.

Konsep yang diketengahkan oleh Maslow dan Bruner ni menggariskan bahawa

pengembangan dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini sangat popular di dalam

kehidupan pendidikan. Pembelajaran berasaskan kolaboratif juga mampu untuk

membawa kepada pembelajaran yang aktif .

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

18

Menurut Jamalludin Harun Dan Zaidatun Tasir (2003), kebanyakan perisian

dan aplikasi untuk pembelajaran berbantukan komputer sebelum ini dikatakan masih

lagi menggunakan teknik-teknik pengajaran tahun 50an, yang mana masih lagi

terikat dengan psikologi pembelajaran jenis tingkah laku atau behaviouris. Apa yang

boleh dikatakan adalah isi kandungan buku teks ditransformasikan kepada berbentuk

teknologi atau lebih dikenali dengan buku teks elektronik. Di mana hanya bertindak

sebagai pembuka helaian, perisian atau aplikasi seperti ini kurang memberi kesan

memandangkan ciri-cirinya yang linear berjujukan dan kurang menarik. Oleh itu

dengan kewujudan laman web sebegini mampu untuk membantu pelajar berfikiran

kreatif dengan teori pembelajaran aktif iaitu pembelajaran berasaskan penyelesaian

masalah.

Pembelajaran berasaskan hipermedia khasnya memberikan manfaat dalam

konteks susun atur atau sumber World wide web.Ini bagi membolehkan wujudnya

pembelajaran yang lebih bermakna. Pembelajaran ini dapat disokong dan

dipertingkatkan dalam pelbagai aspek. Jamalludin Harun et.al (2003). Pembelajaran

secara laman web ini mempunyai banyak kelebihan iaitu:

1. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di

mana juga mereka berada.

2. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber

tambahan yang berada di seluruh dunia

. 3. Pengurusan dan mengemas kini bahan pembelajaran menjadi semakin

mudah dan pantas.

4. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan

pelajar dan juga pendidik.

Selain itu juga pembelajaran secara terus melalui teknologi internet juga

mampu menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur

menyerupai keadaan dalam kehidupan yang sebenar.

Page 22: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

19

Justeru itu untuk merealisasikan apa yang sering dikatakan oleh para

pendidik, dan masyarakat umumnya di mana untuk memaksimumkan penggunaan

teknologi di sekolah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dengan mengeluarkan kos

membeli perisian pembangunan yang mahal. Seperti yang telah kita sedia maklum

perkongsian pengetahuan dan sumber maklumat menjadikan pelajar mempunyai aras

kemahiran berfikir yang tinggi dan menjadikan proses pembelajaran itu aktif dan

interaktif dari pelbagai sudut perspektif. Pelajar bukan sahaja terlibat aktif malahan

terlibat dalam membina pengetahuan melalui proses perbincangan dan interaksi

dengan rakan dan pakar (Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah 1999).

Bagi mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem

pengajaran berbentuk web ini yang merujuk juga kepada teknologi internet pada

kombinasi teknologi komputer, serta komunikasi adalah mewujudkan pembelajaran

secara kolaborasi, sistem menyediakan beberapa elemen yang terdapat di dalam web

seperti e-mail, perbincangan maya dan bookmark ( Noraffandy Yahya dan Wan

Salihin Wong Abdullah,1999). Laman web juga banyak menghasilkan sumber

maklumat yang segera dan mempunyai akses yang tidak terhad. Pembelajaran

melalui penerokaan adalah merupakan kaedah pembelajaran secara aktif serta dalam

bentuk penyelesaian masalah, membentuk dan membuat hipotesis, penilaian

berasaskan keupayaan serta meningkatkan kreativiti pelajar. Di sini pelajar akan

membina pengalaman sendiri dari pengetahuan yang lepas bagi meneroka tajuk yang

hendak dipelajari. (Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah,1999 et.al).

Kaedah pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar untuk lebih berfikiran

kritikal dalam membincangkan sesuai tajuk atau cuba menyelesaikan masalah

pembelajaran yang dihadapi.

Justeru itu, dengan adanya laman web seperti ini, akan dapat membantu

banyak pihak amnya. Ianya tidak terhad kepada pelajar dan guru-guru sahaja,

malahan dapat digunakan oleh pengguna seperti fasilitator, penyelidik dalam kajian

untuk melihat keberkesanan penggunaan Rekreasi Matematik dalam pelajaran

Matematik. Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik, penyelidik

membangunkan laman web yang mampu untuk dicapai oleh semua lapisan

masyarakat. Bukan itu sahaja malahan maklumat yang cuba diketengahkan oleh

Page 23: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

20

penyelidik ini boleh diperbincangkan oleh pengguna laman web dengan memasuki

ruangan forum. Di sini pengguna boleh melaksanakan komunikasi dua hala tanpa

had di mana ianya dikawal oleh moderator. Pengguna bukan sahaja boleh belajar

secara aktif dan kolaboratif, malahan secara tidak langsung dengan soalan yang cuba

diketengahkan dan kaedah pengiraan yang menarik akan membantu pelajar untuk

berfikir secara kreatif dan dapat membuat generalisasi terhadap soalan dan kaedah

penyelesaian yang lain.

Menurut Bourne et al,(1997), telah menyenaraikan beberapa paradigma

dalam kosware terus ALT yang dibangunkan di antaranya adalah pembelajaran

secara terus pendengaran (learning by listening) merangkumi penggunaan video

secara talian terus. Selain itu juga pembelajaran melalui proses penerokaan adalah

dengan melalui proses pencarian maklumat pada laman web. Manakala

pembelajaran secara kendiri merangkumi proses pembelajaran tanpa terikat pada

faktor masa dan tempat secara talian terus dan yang terakhir sekali adalah

pembelajaran melalui proses perbincangan dan perdebatan secara perbincangan maya

dan persidangan video.

Bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan dinamik, menurut

Jamalludin Harun et.al (2003) pelajar dibenarkan untuk mengkaji apa yang mereka

pelajari dengan menggunakan kawalan pengguna. Ianya boleh diterjemahkan di

mana pelajar boleh untuk mengawal masa, isi kandungan, maklum balas dan media

pembelajaran dalam memahami kandungan isi pelajaran . Ada di kalangan pengguna

mahupun pelajar akan menjadi moderator laman web tersebut. Mereka juga akan

menjadi perantara untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh ahli yang lain.

Selain itu juga, akan berlakulah komunikasi dua hala di antara satu dengan lain.

Kajian mendapati bahawa penggunaan teknologi multimedia mendapat maklum

balas yang positif daripada pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu dan pelbagai

peringkat usia.

Oleh yang demikian dengan wujudnya laman web sebegini mampu untuk

melahirkan masyarakat yang mempunyai yang bukan sahaja celik IT malahan

mempunyai daya pemikiran yang menarik terhadap Matematik malahan kreatif,

Page 24: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

21

inovatif sejajar dengan perkembangan gaya penambahan ilmu dewasa ini. Ianya juga

mampu untuk menangkis bahawa Matematik itu tiada keindahan, membosankan,

sukar, tiada kaitan dengan kehidupan serta Matematik itu statik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan suatu subjek yang sering kalinya dianggap sebagai

suatu mata pelajaran yang membosankan dan kurang diminati oleh pelajar. Acap

kali kita dengar bahawa matematik ini tidak seperti mata pelajaran yang lain yang

mempunyai gambar rajah sesuatu proses. Ianya hanya melibatkan penggunaan

nombor dan ada kalanya alfabet yang sukar untuk dilaksanakan operasi aritmetik.

Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa Matematik ini juga sangat indah

sekiranya, kaedah pengajaran yang diketengahkan itu mampu menarik perhatian

pelajar.

Menurut Nik Aziz Nik Pa (1996), mengatakan seharusnya pendekatan

pembelajaran matematik KBSM menitik beratkan kebolehan penyelesaian masalah,

pemikiran logik dan penerapan nilai murni. Sesuatu pembelajaran itu hendaklah

merupakan pengajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Oleh itu seharusnya,

pembelajaran itu mampu untuk menjadikan pelajar berminat terhadap Matematik dan

mampu untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dengan menggunakan pelbagai

kaedah yang bersesuaian.

Sebelum tercetusnya revolusi teknologi komputer dan aplikasinya, matematik

hanya diajar dengan menggunakan kapur dan papan hitam, tetapi setelah tercetusnya

ledakan revolusi teknologi komputer serta aplikasinya, dilihat masih ramai lagi guru-

guru matematik masih menggunakan kaedah tradisional untuk mengajar mata

pelajaran tersebut. Namun begitu, sekiranya kita ingin menggunakan teknologi yang

serba canggih ini, dan meninjau keadaan laman web dewasa ini, apa yang boleh

dilihat, hanyalah laman web berbentuk pendidikan tetapi banyak dipelopori oleh

negara luar. Ianya juga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Oleh yang demikian, terdorong oleh penyelidik untuk membangunkan laman web ini

Page 25: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

22

berdasarkan kepada kesedaran terhadap kurangnya laman web terhadap subjek dan

rekreasinya.

Tidak dinafikan ada juga laman web dari Malaysia tetapi laman web itu

bukanlah dibangunkan dengan menggunakan sumber terbuka yang semakin popular

di kalangan pembangunan laman web. Masyarakat kita juga masih baru dalam

penggunaan laman web berasaskan sumber terbuka ini. Kita juga jarang sekali,

didedahkan dengan penggunaan sumber terbuka yang mana penggunaannya semakin

meluas dewasa kini. Ada pendapat mengatakan laman web berasaskan kepada

sumber terbuka ini sukar untuk digunakan. Oleh yang demikian, penyelidik

terpanggil untuk membangunkan laman web yang berasaskan sumber terbuka bagi

membetulkan pendapat salah mengenai penggunaan sumber terbuka yang dikatakan

terhad ini. Selain itu juga, sekiranya kita menggunakan produk sumber terbuka

seperti Joomla khususnya maka penggunaan perisian cetak rompak akan kurang

kepenggunaannya.

1.3 Pernyataan Masalah

World wide web (www), sudah menjadi asam dan garam dalam kemajuan

teknologi internet dan ICT dewasa ini. Ianya bagaikan cendawan tumbuh selepas

hujan. Tidak dinafikan kewujudannya banyak membantu dalam menyelesaikan

masalah yang berkaitan dan ada di antara pembangun laman web tersebut mampu

untuk menjana pendapatan yang berlipat kali ganda. Oleh yang demikian, tidak

hairanlah jika terdapat berjuta laman web yang telah dibangunkan. Namun begitu,

berapa banyak kah laman web yang berasaskan sumber terbuka dan ianya

dibangunkan untuk tujuan pendidikan terutamanya untuk pengajaran dan

pembelajaran.

Dalam pendidikan terutamanya Matematik sering kali dikatakan susah untuk

dipelajari dan pelajar beranggapan bahawa Matematik itu membosankan dan ramai

pelajar dan masyarakat khusus mengatakan bahawa isi kandungan yang dipelajari

Page 26: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

23

sewaktu di sekolah dahulu tidak mempunyai kaitan yang banyak untuk diaplikasikan

di dalam kehidupan seharian. Bagi menolak dakwaan sebegini, maka saya

membangunkan laman web berasaskan sumber terbuka bertajuk Rekreasi Matematik

yang lebih menarik, interaktif, bersepadu dan mesra pengguna bagi menangkis

pendapat – pendapat salah masyarakat dan pelajar khasnya bahawa matematik ini

statik dan tidak menyeronokkan.

Seperti yang diketahui Rekreasi Matematik merupakan suatu siri

pembelajaran yang mana mementingkan aktiviti semasa proses pelaksanaannya.

Rekreasi Matematik juga mestilah menyeronokkan dan masalah yang diberikan itu

mestilah mudah difahami agar apa yang cuba disampaikan itu dapat diselesaikan

dengan baik oleh pelajar. Sekiranya soalan yang dikemukakan itu agak sukar dan

susah untuk dijawab oleh pengguna akan menyebabkan Matematik bukannya

menjadi menyeronokkan malahan akan mengundang kesusahan dan akan menjadikan

matematik itu sesuatu yang serius. Ini bererti, pembelajaran berkesan tidak dapat

dijalankan dan hanya merugikan banyak pihak yang terlibat.

Bagi membantu pelajar untuk melahirkan minat terhadap Matematik dan

melancarkan pembangunan laman web berasaskan sumber terbuka bertajuk Rekreasi

Matematik ini, penerangan dan aplikasinya adalah dalam Bahasa Malaysia. Ini bagi

mengatasi kelemahan dan meningkatkan kadar motivasi kendiri pelajar bukan

berdasarkan kurikulum pendidikan semata-mata, sekali gus mampu untuk membuka

mata bahawa Matematik itu indah.

Selain itu juga, apa yang dapat dikatakan di sini adalah, tiada laman web yang

berasaskan sumber terbuka khasnya dalam mengetengahkan Rekreasi Matematik

menggunakan Bahasa Melayu. Acap kali yang boleh dijumpai adalah laman web

berbahasa Inggeris, yang mengetengahkan matematik dan rekreasinya, dan dapat kita

melihat, pembangunan laman web khas nya, dibangunkan dengan menggunakan

perisian Adobe Dreamweaver, FrontPage dan sebagainya. Namun begitu, bagi

meningkatkan kesedaran terhadap kebaikan membangunkan laman web berasaskan

sumber terbuka ini, dalam tajuk Rekreasi Matematik penyelidik cuba untuk

memperlihatkan kelebihan yang diperoleh sekiranya pembangun laman web

Page 27: PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK  · PDF filepenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). iii

24

menggunakan sumber terbuka khasnya dalam konteks pengajaran berkesan, aktif dan

menarik.

Laman web ini juga mampu untuk memberikan pengajaran Matematik yang

lebih baik secara maya. Ianya mampu untuk membantu mereka yang lemah dalam

Matematik dan berharap ianya dijadikan sebagai salah satu bahan mampu mengajar.

Ianya amat menarik sekiranya pengguna mempelajari mengikut arahan yang

diberikan. Pengguna juga boleh membuat perbincangan dan menjawab beberapa

soalan yang diberikan dengan melaksanakan perbincangan secara dua hala.