persepsi majikan terhadap faktor yang … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara...

25
PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEKERJA OKU (FIZIKAL) DI INDUSTRI SEDERHANA (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) DAERAH JOHOR BHARU. HASLINA BINTI MOHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vandan

Post on 15-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PEMILIHAN PEKERJA OKU (FIZIKAL) DI INDUSTRI SEDERHANA

(KEJURUTERAAN MEKANIKAL) DAERAH JOHOR BHARU.

HASLINA BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

PSZ19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEKERJA OKU (FIZIKAL) DI INDUSTRI SEDERHANA (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) DAERAH JOHOR BHARU

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya HASLINA BINTI MOHAMAD

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Dr. HAJJAH NORANI BINTI MOHD NOOR

1919 KG BELUKAR JAMBU 21080 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh: 25 APRIL 2008 Tarikh: 25 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Dr. Hajjah Norani binti Mohd Noor

Tarikh : 25 April 2008

Page 4: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PEMILIHAN PEKERJA OKU (FIZIKAL) DI INDUSTRI SEDERHANA

(KEJURUTERAAN MEKANIKAL) DAERAH JOHOR BHARU.

HASLINA BINTI MOHAMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ........................................

Nama Penulis : Haslina binti Mohamad

Tarikh : 24 April 2008

Page 6: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T

Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayah, Mak dan adik-beradik yang tercinta..... Encik Mohamad bin Jusoh & Puan Mahani bte Md. Jonin...

Haslinda Mohamad...

Hasnita Mohamad...

Hasliza Mohamad...

Ahmad Muzamir Mohamad...

Ahmad Fadli Mohamad...

Ahmad Irfan Hafizuddin Mohamad...

Hasrieta Asyikin Mohamad...

Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan ayah,

mak dan adik-beradik yang lain senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya selalu.

Buat Pria yang tersayang.... Mohd Amin bin Salleh @ Sullong...

Segala sokongan dan dorongan dikau adalah sumber kekuatanku.

Semoga cabaran kehidupan masa mendatang ditempuhi dengan segala kekuatan yang ada

di samping lembaran rahmat dan kasih-Nya dari yang Maha Pencipta.

Sekian, Wassalam.

Page 7: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

s.a.w.

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Dr. Hajjah Norani bte Mohd Noor yang telah banyak memberi

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada majikan-majikan industri

sederhana terutamanya Encik Zaid Zabidi di atas kebenaran dan kerjasama serta

perhatian yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,

rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam

menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat

keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Page 8: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

v

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan terhadap majikan di industri sederhana

(kejuruteraan mekanikal) di sekitar daerah Johor Bharu bertujuan untuk mengenal

pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan dalam pengambilan pekerja OKU

(fizikal). Elemen pemilihan yang dikaji termasuklah kemahiran generik, kemahiran

teknikal, kelayakan dan juga kemampuan fizikal dan mental golongan OKU (fizikal).

Seramai 42 orang majikan telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Instrumen

kajian yang digunakan ialah menggunakan borang set soal selidik yang dibina sendiri

oleh penyelidik. Ia mengandungi 36 item yang diukur dengan menggunakan Skala

Likert dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS 12.0). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang majikan

sekitar Taman Gembira, Johor Bharu. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang

digunakan dalam kajian ini ialah nilai α = 0.843. Analisis data dilakukan secara

peratus, frekuensi dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek utama yang

dititikberatkan oleh majikan dalam pengambilan pekerja OKU (fizikal) ialah aspek

kemampuan fizikal dan mental (80 peratus) diikuti oleh aspek kemahiran generik

(78.4 peratus), aspek kemahiran teknikal (71.6 peratus) dan akhir sekali ialah aspek

kelayakan (66 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majikan memiliki

pandangan positif terhadap pekerja OKU (fizikal) untuk menempatkan diri mereka di

industri sederhana.

Page 9: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

vi

ABSTRACT

This study was carried out to identify the perception of employers about the

factor that influence in selecting physical disability (OKU) employees at medium

industry around Johor Bharu. Elements of perspective that have been studied are the

generic skill, technical skill, qualification and physically and mentally ability. A set

of questionnaire consist of 36 items were given out to 42 employers in the medium

industry around Johor Bharu. The data were analyzed using Statistical Package for

the Social Sciences (SPSS 12.0) program. A pilot survey was done among 10

employers at Taman Gembira, Johor Bharu. The alpha croncbach score was 0.843.

The data were analyzed using percentage, frequency and mean. The result of the

study showed that the highest elements of perspective is physically and mentally

ability (80%), followed by generic skill (78.4%), technical skill (71.6%) and lastly

qualification aspect (66%). The result also indicated that employers have positive

perspective about the physical disability (OKU) employees to involve in the medium

industry.

Page 10: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Kerajaan

1.6.2 Badan-badan Bukan Kerajaan

9

9

9

Page 11: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

viii

1.6.3 Majikan

1.6.4 Masyarakat

10

10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 OKU fizikal

1.8.2 Kemahiran generik

1.8.3 Kemahiran teknikal

1.8.4 Kelayakan

11

11

12

12

12

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi kerjaya 15

2.3 Peranan kerjaya 16

2.4 Kajian-kajian lepas dalam negara 17

2.5 Kajian-kajian lepas luar negara 19

2.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan dalam

pengambilan pekerja OKU (fizikal) di industri

sederhana oleh majikan.

20

2.6.1 Pengenalan 20

2.6.2 Faktor yang mempengaruhi pemilihan

pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

oleh majikan dari aspek kemahiran generik.

22

2.6.3 Faktor yang mempengaruhi pemilihan

pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

oleh majikan dari aspek kemahiran

teknikal.

24

Page 12: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

ix

2.6.4 Faktor yang mempengaruhi pemilihan

pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

oleh majikan dari aspek kelayakan diri.

27

2.6.5 Faktor yang mempengaruhi pemilihan

pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

oleh majikan dari aspek kemampuan diri.

30

2.7 Kesan kegagalan dalam pemilihan kerja pada

kehidupan individu

32

2.8 Kesimpulan 33

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 36

3.4 Kerangka Operasi 37

3.5 Lokasi Kajian 40

3.6 Instrumen Kajian 40

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Penganalisisan Data Kajian 43

3.9 Andaian Kajian 45

3.10 Kesimpulan

45

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisis Demografi 47

4.3 Analisis Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan

dalam Pengambilan Pekerja OKU (fizikal) di

Industri Sederhana (Kejuruteraan Mekanikal)

50

Page 13: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

x

4.4.1 Faktor kemahiran generik 50

4.4.2 Faktor kemahiran teknikal 54

4.4.3 Faktor kelayakan diri 57

4.4.4 Faktor kemampuan diri 59

4.4 Analisis Keseluruhan 62

4.5 Kesimpulan 63

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan 65

5.2.1 Rumusan keseluruhan kajian 66

5.2.2 Rumusan latar belakang majikan 67

5.2.3 Rumusan keseluruhan bagi setiap persoalan

kajian

67

5.3 Kesimpulan 68

5.4 Perbincangan 70

5.4.1 Latar belakang majikan 70

5.4.2 Faktor kemampuan diri 71

5.4.3 Faktor kemahiran generik 73

5.4.4 Faktor kemahiran teknikal 75

5.4.5 Faktor kelayakan diri 77

5.5 Cadangan Kajian 78

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 79

BIBLIOGRAFI

81

Lampiran A-C 87-99

Page 14: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK

MUKA

SURAT

3.1 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie R.V dan

Morgan D.W

37

3.2 Skor bagi pernyataan 41

3.3 Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian 41

3.4 Pekali Alpha Cronbach 42

3.5 Perubahan skala lima mata kepada skala tiga mata 43

3.6 Penilaian berdasarkan min 44

4.1 Perubahan skala lima mata kepada skala tiga mata 47

4.2 Demografi jantina 48

4.3 Demografi bangsa 48

4.4 Demografi tahap kelulusan akademik 48

4.5 Demografi pengalaman bekerja 49

4.6 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,

dan min bagi faktor kemahiran generik

51

4.7 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,

dan min bagi faktor kemahiran teknikal

54

4.8 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,

dan min bagi faktor kelayakan diri

57

4.9 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,

dan min bagi faktor kemampuan diri

60

4.10 Taburan min keseluruhan bagi faktor pemilihan dalam

pengambilan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

62

Page 15: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

xii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Carta alir kerangka operasi 39

Page 16: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

xiii

SENARAI SINGKATAN

OKU - Orang Kurang Upaya

NGO - Non Government Organization

Page 17: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Jadual determining sample size for research 87

B Borang kaji set soal selidik 89

C Surat akuan pengesahan soal selidik 96

D Surat akuan individu

98

Page 18: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap manusia di dunia ini dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan tujuan yang

tertentu di mana kewujudan manusia itu sendiri yang bergelar “khalifah” merupakan

suatu amanah. Tuntutan amanah itu menghendaki kita berusaha menjalani dan mengisi

kehidupan ini dengan sebaik mungkin di dalam lingkungan syariat Islam tanpa mengira

taraf insan normal atau OKU kerana kedua-duanya memikul amanah yang sama iaitu

mencari keredhaan Allah s.w.t demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat

sebagaimana firman Allah s.w.t, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)

kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam membuat dosa dan

pelanggaran, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t., sesungguhnya Allah amat berat

siksa-Nya.” (Al-maidah(5):2).

Golongan orang kurang upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan

kepada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara

Page 19: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

2

sementara. Antara mereka yang dikategorikan sebagai kurang upaya secara kekal ialah

golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala

individu yang cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kurang upaya secara

sementara.

Menurut pengerusi Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nury,

Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar (2006) menyatakan definisi OKU atau “Orang

Kurang Upaya” ialah orang yang mengalami satu kecederaan otak dan sistem saraf yang

mungkin bermula di dalam kandungan atau waktu kelahiran serta kadang-kadang

selepas demam panas hasil dari serangan bakteria atau virus yang menyebabkan demam

melarat ke dalam otak ataupun selepas berlaku sesuatu kemalangan.

Mengikut buku Social Competence and Employability Skills Curriculum, OKU

dinyatakan sebagai seseorang yang terencat akal dari segi mentalnya, sukar untuk

mendengar, pekak, sukar untuk bercakap, kurang upaya secara visual, mengalami

gangguan emosi, mengalami kecacatan otot, atau mempunyai pembelajaran yang

spesifik tentang ketidakupayaan diri.

Definisi lain bagi OKU ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilitinya

merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan,

sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran. Tujuan istilah OKU ini

diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud

melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991, Unit Pendidikan

Khas, KPM).

Kini, ramai yang tidak tahu nasib OKU di negara ini masih belum terbela

sepenuhnya. Hakikatnya, mereka sering kali menjadi mangsa kepada stigma masyarakat

Page 20: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

3

dan juga faktor keadaan sekeliling di mana faktor kekurangan fizikal dijadikan alasan

kepada majikan untuk menolak permohonan kerja mereka secara terang-terangan

walaupun berkelayakan dan mempunyai segulung ijazah. Adakah mereka didiskriminasi

atau tiada kelayakan? Ia bukan lagi menjadi persoalan. Apa yang penting adalah

keyakinan dan kesanggupan para majikan untuk menerima pekerja daripada golongan

yang hanya mengalami sedikit kekurangan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Orang Kurang

Upaya (OKU) tidak lagi boleh dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap

simpati dan perlu dibantu sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada

aset negara. Ia adalah sebahagian daripada konsep modal insan yang diketengahkan

oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana kerajaan

berpandangan jauh dan menganggap OKU perlu diubah agar menjadi aset yang boleh

menyumbang kepada keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada

kekurangan tetapi kalau diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat

menyumbang kepada kesejahteraan mereka malah turut menyumbang kepada negara.

Katanya lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah matlamat

terakhir kita (kerajaan) untuk mengubah nasib OKU agar menjadi penyumbang kepada

negara (Utusan Malaysia 18 September 2006).

Disarankan juga supaya perkataan cacat dan kurang upaya itu sendiri harus

digantikan dalam mendefinisikan golongan sebegini. Adalah dirasakan perkataan

golongan istimewa lebih sopan dan sesuai dalam mendiskripsikan mereka ini secara

positif. Secara tidak langsung kita dapat memberi mereka keyakinan untuk

menempatkan diri dan bergaul dalam masyarakat.

Secara amnya mereka juga bukanlah golongan yang terlalu lemah hingga

membebankan kepada yang menanggungnya. Ketidakupayaan mereka ini yang dapat

Page 21: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

4

dikategorikan kepada dua iaitu kelemahan fizikal dan kelemahan mental juga masih

mempunyai kelebihan yang tersendiri. Di mana, masih ada anggota badan mereka yang

lain boleh bekerja seperti insan biasa. Mereka yang ada masalah fizikal tidak

semestinya dianggap lemah kerana golongan ini masih mampu menggunakan

kecerdasan mental dan minda untuk menyumbang dalam kemajuan dalam ekonomi dan

kemasyarakatan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, kita sering melihat bahawa golongan kurang upaya sering diabaikan

oleh masyarakat kerana sifat mereka yang tidak sempurna. Mereka sering disisih tidak

kira dalam pekerjaan, kemahiran, keperluan asas dan sebagainya. Masyarakat luar

beranggapan bahawa golongan tersebut tidak mampu melakukan pekerjaan sepertimana

hasil yang dilakukan oleh golongan yang cukup sifatnya. Masyarakat tidak mengetahui

realiti sebenar bahawa orang kurang upaya juga mampu melakukan pekerjaan seperti

orang lain. Malah, ada diantara mereka yang mampu menghasilkan produk yang lebih

baik daripada golongan biasa.

Menurut Menteri Sumber Manusia ketika pelancaran Skim Bantuan Galakan

Perniagaan OKU di Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn,

beliau turut mengakui bahawa OKU adalah golongan yang kreatif dan produktif jika

diberi peluang. Tambahnya, kecacatan fizikal bukan merupakan halangan kepada

golongan ini untuk bekerja dan apa yang penting, para majikan perlu bersikap rasional

dengan menyediakan kemudahan khas kepada golongan terbabit. Jelasnya lagi, OKU

juga akan bekerja dengan baik apabila mereka ditempatkan di tempat kerja yang

Page 22: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

5

kondusif, selesa dan selamat. Malahan OKU lebih fokus bekerja berbanding orang

normal dan ini merupakan kelebihan kepada mereka (Utusan Malaysia, 31 Mei 2007).

Justeru itu, golongan ini haruslah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran

mereka kerana ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka, boleh belajar untuk

mencari punca pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada belas kasihan

orang lain. Menurut Pengarah Kumpulan Komunikasi Perhubungan Awam Sunway

Management, Sharzede Salleh Askor (2006), tidak sukar untuk mendidik golongan OKU

ini, walaupun mereka lambat memahami sesuatu tetapi mereka mudah mendengar kata

dan tidak pernah mencuri tulang. Katanya lagi, duit bukan segalanya bagi golongan

OKU tetapi pengalaman bekerja lebih penting daripada segalanya kerana ia merupakan

harta yang paling tinggi nilainya dalam hidup mereka (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2006).

Agensi kerajaan dan swasta juga digesa untuk mengambil lebih banyak orang

kurang upaya sebagai pekerja mereka bagi mebolehkan golongan itu dapat hidup

berdikari seperti manusia normal yang lain. Menteri Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail berkata, buat masa ini sokongan

dari agensi kerajaan dan swasta dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan

kurang upaya ini amat rendah dan menyedihkan. Daripada jumlah 70,000 orang kurang

upaya yang mendaftar dengan kementerian sejak 1996, hanya 2,964 diambil bekerja di

agensi swasta dan 538 di agensi kerajaan. Kalau hendak dikira, jumlah itu memang

cukup rendah dan kita berharap agensi kerajaan dan swasta dapat menawarkan lebih

banyak peluang pekerjaan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini (Utusan

Malaysia, 19 Oktober 2002).

Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),

Shafie BP. Mamal (2007) mendakwa terdapat segelintir majikan sektor swasta di negara

ini yang masih mendiskriminasikan golongan orang kurang upaya (OKU). Malah,

Page 23: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

6

terdapat ratusan OKU di negara ini yang gagal mendapat pekerjaan menyebabkan

golongan tersebut hidup susah. Katanya lagi, sektor swasta tidak seharusnya

memandang rendah terhadap kecacatan yang dialami oleh golongan tersebut. Ini kerana,

golongan istimewa itu boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan

sumbangan mereka perlu diiktiraf. Jika majikan mendiskriminasikan OKU, di manakah

tanggungjawab sosial mereka? Apakah mereka yang buta atau bisu tidak boleh

menghasilkan produktiviti yang baik? Majikan seharusnya berasa bangga apabila

menawarkan pekerjaan kepada OKU. Langkah itu membuktikan bahawa mereka tidak

lupa untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya (Utusan Malaysia, 10 Jun 2007).

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada isu kerjaya bagi golongan kurang upaya yang sukar

mendapat tempat di sektor industri semakin diperkatakan, yang meliputi aspek peluang

pekerjaan, kemahiran yang diperlukan, ditambah pula dengan kemampuan fizikal yang

kurang, pandangan masyarakat, pihak industri dan sebagainya, maka satu kajian telah

dibuat untuk mengkaji persepsi majikan terhadap faktor yang mempengaruhi pemilihan

pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana (kejuruteraan mekanikal) daerah Johor

Bharu.

Page 24: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

7

1.3 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian

yang dilakukan. Langkah ini amat perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat

dicapai dengan sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah :

i. Mengenalpasti adakah faktor kemahiran generik yang dititikberatkan oleh

majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.

ii. Mengenalpasti adakah faktor kemahiran teknikal yang dititikberatkan

oleh majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri

sederhana (kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.

iii. Mengenalpasti adakah faktor kelayakan diri yang dititikberatkan oleh

majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.

iv. Mengenalpasti adakah faktor kemampuan diri yang dititikberatkan oleh

majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.

Page 25: PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... Ahmad Fadli

8

1.4 Persoalan Kajian

Pasaran kerja yang tidak menentu selain kekurangan ruang untuk golongan OKU

menempatkan diri dalam arena pekerjaan semakin hangat diperkatakan. Masalah

pekerjaan di industri sederhana merupakan masalah yang semakin hangat diperkatakan

terutama untuk golongan OKU yang semakin terhad. Berdasarkan objektif-objektif

kajian, beberapa persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut :

i. Adakah faktor kemahiran generik yang dititikberatkan oleh majikan

terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.

ii. Adakah faktor kemahiran teknikal yang dititikberatkan oleh majikan

terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.

iii. Adakah faktor kelayakan diri yang dititikberatkan oleh majikan terhadap

pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana (kejuruteraan

mekanikal) daerah Johor Bharu.

iv. Adakah faktor kemampuan diri yang dititikberatkan oleh majikan

terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana

(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.