nur yasmah binti yahaya...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan...

34
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK WATER TINGKATAN DUA NUR YASMAH BINTI YAHAYA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK WATER TINGKATAN DUA

NUR YASMAH BINTI YAHAYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

“WATER” TINGKATAN DUA

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya : ______________ NUR YASMAH BINTI YAHAYA________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 272, PALONG TIMUR 02, TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID 85100 BATU ANAM, (Nama Penyelia) SEGAMAT, JOHOR. Tarikh: 27 APRIL 2009 Tarikh: 27 APRIL 2009

Page 3: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :……………………………

Nama Penyelia : TN HJ MUSLIM B. JONID

Tarikh : ………27/4/09……………

Page 4: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

i

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

WATER TINGKATAN DUA

NUR YASMAH BINTI YAHAYA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Page 6: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

iii

DEDIKASI

Buat yang teristimewa,

Ayahanda yang dikasihi Yahaya b. Hj Sarwin

Bonda yang disayangi Sapiah bt. Sarif

Abang dan kakak yang dihormati Mohd Yasser dan Suryati

Adik-adik yang diingati Nuryaslin, Mohd Yasrif dan Mohd Yaswin

Dan

Pensyarah Pembimbing Tn Hj Muslim b. Jonid

Serta

Sahabat yang banyak membantu

Nor Fadhillah, Siti Nadiah, Nur Nadia, Siti Salehah, Siti Fatihah

Rakan-rakan 4 SPN (2005-2009)

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan.

Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.

Sekian, terima kasih.

Page 7: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas izin dan rahmat-Nya

pembangunan perisian serta penulisan ini telah dapat saya siapkan dalam tempoh

masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj

Muslim bin Jonid selaku pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah

banyak membimbing saya di dalam membangunkan web portal dan menyiapkan

penulisan ini.

Tidak lupa jutaan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga yang

banyak menghulurkan bantuan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan

projek ini dengan jayanya. Semoga Allah memberkati kalian semua.

Sekian, terima kasih.

Page 8: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

v

ABSTRAK

Malaysia dilihat semakin pesat membangun dari pelbagai sektor, tidak

ketinggalan juga pembangunan dalam corak pendidikan. Pembangunan tersebut telah

meningkatkan taraf pendidikan di negara ini dalam mendidik anak bangsa yang akan

mewarisi negara pada masa hadapan. Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) merupakan pencetus ke arah kecemerlangan pelajar. Pembelajaran

secara maya seperti web portal dapat membantu mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang interaktif. Justeru itu, web portal berasaskan MOODLE bertajuk

Water telah dibangunkan. Web portal ini dibangunkan selaras dengan Teori

Konstruktivisme Sosial dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2003

sebagai platform utama disamping perisian lain dan sistem MOODLE sebagai

perantaraan penyebaran bahan pembelajaran. Web portal yang dilengkapi dengan isi

pelajaran mengikut subtopik, kuiz, permainan dan glosari mampu menjadikan ia

pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, elemen-

elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, animasi dan video turut diterapkan

untuk menjadikan web portal yang dihasilkan lebih menarik dan interaktif. Dengan

pembangunan web portal ini diharapkan proses pembelajaran untuk konsep-konsep

yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami pelajar.

Page 9: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

vi

ABSTRACT

Malaysia is a developing country in every sector nowadays, including

educational field. The development of information and communication technology

(ICT) has increase the educational status in developing excellent students in future.

So, ICT have to be implemented to students to increase their achievement in

academic since ICT act as a medium of student’s excellence. Virtual learning such as

web portal will help to develop interactive learning environment. Due to this

situation, web portal that based on MOODLE entitled Water has been developed.

This teaching aid has been designed by using a learning theory of Social

Constructivisme with Microsoft Power Point 2003 as the main software besides the

other software and MOODLE as a medium of learning process. Web portal which is

equipped with lesson, quiz, games and glossary is suitable for teaching and learning

process. Besides, multimedia elements such as text, graphic, audio, animation and

video have been integrated in this web portal to make it more attractive. With this

development, the concepts of learning process that are abstract can be explained

clearly and easily understand by students.

Page 10: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xiii

xiv

xvii

xviii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1

Page 11: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

viii

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Rasional Projek

1.6 Kepentingan Projek

1.6.1 Pelajar

1.6.2 Pengajar

1.6.3 Sekolah dan masyarakat

1.7 Skop

1.8 Kerangka Projek

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Pengajaran dan pembelajaran

1.9.2 Pembelajaran Berbantukan

Komputer

1.9.3 Web portal

1.9.4 E-pembelajaran

1.9.5 MOODLE

1.9.6 E-buku

1.9.7 Pedagogi Konstruktivisme Sosial

1.9.8 Pengguna

1.10 Penutup

2

4

5

5

6

6

7

7

8

9

9

9

10

10

11

11

11

12

12

12

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 E-pembelajaran

2.3 Keperluan E-pembelajaran Dalam Kurikulum

Sains

2.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

14

14

15

16

Page 12: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ix

2.5 Teori Konstruktivisme Sosial

2.6 Kebaikan E-pembelajaran

2.6.1 Masa fleksibel

2.6.2 Tempat fleksibel

2.6.3 Meningkatkan motivasi pelajar

2.6.4 Maklumat terkini

2.6.5 Sejagat

2.7 Ciri-ciri MOODLE Dalam Membantu Proses

Pengajaran dan Pembelajaran

2.7.1 Pengurusan Web Portal

2.7.2 Pengurusan Pengguna

2.7.3 Pengurusan Kursus

2.7.3.1 Modul Tugasan

2.7.3.2 Modul Chat

2.7.3.3 Modul Forum

2.7.3.4 Modul Pembelajaran

2.7.3.5 Modul Kuiz

2.7.3.6 Modul Sumber

2.7.3.7 Modul Survey

2.8 Kesalahan Lazim Dilakukan Oleh Pelajar

2.9 Penutup

17

18

18

19

19

20

20

21

21

22

22

22

23

23

23

24

24

24

25

26

BAB 3

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk ASSURE

3.2.1 Menganalisis Pelajar

3.2.2 Menyatakan Objektif

27

27

29

29

Page 13: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

x

3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan

Bahan Pengajaran

3.2.3.1 Pembangunan bahan

Pembelajaran

3.2.3.2 Pembangunan Bahan

Aktiviti (Quiz)

3.2.3.3 Pembangunan Bahan

Aktiviti (Chat)

3.2.3.4 Pembangunan bahan

Aktiviti (Forum)

3.2.3.5 Pembangunan Bahan

Aktiviti (Tugasan)

3.2.3.6 Pembangunan Bahan

Aktiviti (Jurnal)

3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan

Pengajaran

3.2.4.1 Course management System

(CMS)

3.2.4.2 Mozilla Firefox

3.2.4.3 Microsoft Power Point

3.2.4.4 Adobe Photoshop CS2

3.2.4.5 Ulead Cool 3D 3.5

3.2.4.6 Sony Foundry Sound Forge

7.0

3.2.4.7 Sony Vegas 5.0

3.2.4.8 Macromedia Flash 8

3.2.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar

Dalam Pembelajaran

3.2.6 Melakukan Penilaian dan

Pengubahsuaian

3.3 Penyebaran Web Portal Yang Dihasilkan

30

31

32

32

33

33

33

34

34

34

34

35

35

35

36

36

36

37

38

Page 14: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xi

3.3.1 Pemilihan Perkakasan

3.4 Penutup

38

39

BAB 4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

4.1 Pengenalan

4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran

4.2.1 Paparan Login

4.2.2 Paparan Main Menu

4.2.3 Rekabentuk Topik Water

4.2.3.1 Paparan Pendahuluan

4.2.3.2 Paparan Topik Water

4.2.3.3 Pembelajaran Pelajar

4.2.4 Kuiz dan Latihan Tambahan

4.2.5 Paparan Fun Zone

4.2.6 Paparan Glosari

4.2.7 Tugasan

4.2.8 Forum dan Perbincangan

4.2.9 Jurnal

4.2.10 Sumber

4.3 Panduan Pengguna

4.4 Penutup

40

41

41

42

43

45

46

47

50

52

53

53

54

55

56

56

61

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Kelebihan E-pembelajaran

5.3 Kelemahan E-pembelajaran

62

62

64

Page 15: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xii

5.4 Masalah Yang Dihadapi

5.5 Cadangan Mengatasi Masalah

5.6 Kesimpulan

5.7 Penutup

64

65

66

66

RUJUKAN

67

LAMPIRAN

71

Page 16: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xiii

SENARAI JADUAL

No Jadual Tajuk Muka Surat

Jadual 3.1 Objektif dan Hasil Pembelajaran Yang Perlu

Dicapai Setelah Mengikuti Proses Pengajaran

dan Pembelajaran Bagi Topik Water.

30

Page 17: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xiv

SENARAI RAJAH

No Rajah Tajuk Muka Surat

Rajah 1.1 Kerangka Projek 9

Rajah 3.1 Model Reka bentuk ASSURE 28

Rajah 3.2 Proses Pembangunan Bahan Pembelajaran 31

Rajah 3.3 Proses Pembangunan Bahan Aktiviti (Quiz) 32

Rajah 3.4 Carta Alir Umum Sistem MOODLE 37

Rajah 4.1 Paparan Laman Web MOODLE 42

Rajah 4.2 Paparan login 42

Rajah 4.3 Paparan Main Menu 43

Rajah 4.4 Paparan Upload 44

Rajah 4.5 Paparan Label 44

Rajah 4.6 Paparan pilihan aktiviti pada menu utama 45

Rajah 4.7 Paparan Pendahuluan (Introduction) 45

Rajah 4.8 Paparan Subtopik Physical Characteristics Of Water 46

Rajah 4.9 Paparan Subtopik Composition Of Water 46

Rajah 4.10 Paparan Subtopik Evaporation Of Water 46

Rajah 4.11 Paparan Set Induksi Dalam Subtopik Physical

Characteristics Of Water

47

Page 18: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xv

Rajah 4.12 Paparan Pengajaran Yang Disediakan Dalam Subtopik

Physical Characteristics Of Water

48

Rajah 4.13 Paparan Penilaian Formatif Dalam Subtopik Physical

Characteristics Of Water

48

Rajah 4.14 Paparan Set Induksi Dalam Subtopik Composition Of

Water

48

Rajah 4.15 Paparan Pengajaran Yang Disediakan Dalam Subtopik

Composition Of Water

49

Rajah 4.16 Paparan Penilaian Formatif Dalam Subtopik

Composition Of Water

49

Rajah 4.17 Paparan Set Induksi Dalam Subtopik

Evaporation Of Water

49

Rajah 4.18 Paparan Pengajaran Yang Disediakan Dalam Subtopik

Evaporation Of Water

50

Rajah 4.19 Paparan Penilaian Formatif Dalam Subtopik

Evaporation Of Water

50

Rajah 4.20 Paparan Penilaian Sumatif Untuk Menguji Kefahaman

Pelajar

51

Rajah 4.21 Paparan Soalan Objektif Yang Disediakan Di Dalam

Sistem MOODLE.

51

Rajah 4.22 Paparan Soalan Subjektif Yang Disediakan Di Dalam

Sistem MOODLE

51

Rajah 4.23 Paparan Fun Zone Untuk Menarik Perhatian Pelajar

Semasa Melayari Web Portal

52

Rajah 4.24 Paparan Permainan Yang Disediakan Untuk Pelajar 52

Rajah 4.25 Ruangan Glosari Yang Terdapat Di Dalam MOODLE. 53

Rajah 4.26 Paparan Glosari Yang Boleh Dilayari Oleh Pengguna 53

Rajah 4.27 Paparan Ruangan Forum 54

Rajah 4.28 Paparan Jurnal Yang Boleh Diisi Oleh Pelajar 55

Rajah 4.29 Paparan Sumber 56

Rajah 4.30 Paparan login Pengguna 57

Page 19: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xvi

Rajah 4.31 Paparan Akaun Baru Untuk Pengguna Baru 57

Rajah 4.32 Paparan Topik Yang Boleh Dipelajari Oleh Pelajar 57

Rajah 4.33 Paparan Arahan Muat Turun Fail Ke Komputer 58

Rajah 4.34 Paparan Ruangan Kuiz Dan Maklumbalas Terhadap

Jawapan Pelajar

58

Rajah 4.35 Paparan Markah Yang Diperolehi Oleh Pelajar 59

Rajah 4.36 Paparan Topik Forum 59

Rajah 4.37 Paparan Forum 60

Rajah 4.38 Paparan Ruangan Jawapan 60

Rajah 4.39 Paparan Topik Chatting 60

Rajah 4.40 Paparan Jurnal 61

Page 20: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xvii

DAFTAR SINGKATAN/ SIMBOL/ISTILAH

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CMS - Open source Course Management System

ICT - Information and Communication Technology

KBSM - Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MOODLE - Modular Object- Oriented Dynamic Learning

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

Page 21: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xviii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Borang Soal Selidik 71

B Soalan Kuiz 72

Page 22: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Konsep pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

khususnya internet menjadi semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi

tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Justeru itu, tumpuan

diberikan kepada usaha menggalakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

sebagai pemangkin bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada

pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Selaras dengan cabaran global di samping penubuhan Koridor Raya

Multimedia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

untuk memajukan sistem pendidikan dan melahirkan generasi intelektual. Sebagai

contoh, projek sekolah bestari yang menerapkan penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan sejak tahun 1999 (Abu Hassan

Kassim, 2003). Ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan teknologi

maklumat kepada golongan masa kini dari peringkat awal iaitu sejak mereka berada

di bangku sekolah lagi.

Page 23: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

2

Memandangkan pengetahuan intelektual sangat diperlukan di kalangan

masyarakat pada hari ini, kebanyakan sekolah telah dilengkapi dengan kemudahan

komputer. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu bersama-sama mambantu pihak kerajaan

untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan dan keperluan

memahami ilmu berasaskan teknologi maklumat. Menurut Baharuddin Aris (2003),

penggunaan komputer akan menyediakan pelajar dengan kemahiran daya berfikir dan

dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk menyediakan diri dalam corak

kehidupan di abad-21.

Aktiviti pembelajaran harus dijalankan secara konstruktivisme. Dougiamas

(2003) telah memperkenalkan dan membangunkan MOODLE (Modular Object-

Oriented Dynamic Learning) yang merupakan e-pembelajaran interaktif melalui web

portal. MOODLE merupakan salah satu Open source Course Management System

(CMS) yang dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkualiti

secara talian. Justeru itu, penyediaan bahan pembelajaran bagi tajuk Water di dalam

web portal berasaskan MOODLE dibangunkan. Aplikasi teknologi maklumat dan

komputer ini difokuskan sebagai salah satu daripada komponen persekitaran

pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk elektronik bagi membantu pembelajaran

sedia ada di sekolah. Web portal yang bersifat pembelajaran jangka panjang

diharapkan dapat membantu guru dan pelajar serta memberi manfaat secara

maksimum. Melalui web portal seperti e-pembelajaran, pelajar dan guru dapat

bersama-sama mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif.

1.2 Latar Belakang Masalah

Proses penyampaian maklumat pada masa kini tidak terhad kepada

penggunaan papan putih sahaja, malah terdapat pelbagai teknik yang boleh

digunakan untuk memastikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan. Melalui

Page 24: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

3

persembahan multimedia, perbincangan dan pembentangan maklumat dapat

dilaksanakan dalam persekitaran yang lebih kondusif, menarik dan menjimatkan

masa.Walaubagaimanapun, di era teknologi ini hanya segelintir masyarakat yang

mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi teknologi maklumat dalam

persembahan elektronik. Mengikut Baharuddin Aris et. al. (2002), kadar pengekalan

informasi menggunakan multimedia berasaskan komputer yang interaktif mampu

mencapai sehingga 30 peratus lebih dari kadar pengekalan informasi oleh pelajar

yang menggunakan kaedah tradisional. Sehubungan itu, kemahiran ini dilihat perlu

diketengahkan supaya ia dapat dimanfaatkan secara positif oleh guru dan pelajar

memandangkan kurangnya kesedaran di kalangan pendidik tentang kepentingan

ilmu.

Menurut Devinder Singh dan Zaiton A. B. (2006), ciri-ciri pembelajaran

tradisional adalah:

i. Guru memainkan peranan yang penting, sedangkan pelajar berperanan

sebagai penonton sahaja.

ii. Komunikasi antara pelajar adalah sehala di mana pelajar tidak berpeluang

untuk menyumbang pendapat mereka.

iii. Pengajaran guru lebih tertumpu kepada penyampaian fakta-fakta secara

menghafal. Pelajar lebih cenderung untuk mengingat dan kurang berupaya

membuat interpretasi. Ini menjadikan pelajar kurang kreatif dan tidak

berinisiatif.

Menurut Jaya Kumar (2001), melalui kelas tradisional, saluran ilmu adalah

statik dan membosankan berikutan kekangan masa, tempat, bahan dan sumber.

Kaedah pengajaran tradisional adalah bersifat pasif, jadi ia boleh tertumpu kepada

guru semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan pelajar untuk melalui proses

pembelajaran secara aktif. Ini tidak dapat menjamin kelancaran proses pengajaran

dan pembelajaran kerana ia memerlukan strategi yang berkesan. Justeru itu, aplikasi

Page 25: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

4

web portal dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu

meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu kepada pelajar. Menurut Alexander

(2001), negara yang telah mempraktikkan e-pembelajaran membuktikan bahawa

pembelajaran secara terbuka ini berkesan kerana ia sentiasa memberi ruang kepada

pelajar untuk belajar pada bila-bila masa sahaja. Sehubungan itu, web portal

berbentuk e-pembelajaran adalah bersesuaian untuk diaplikasikan di dalam sistem

pendidikan negara.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Rozinah Jamaludin (2000), kesediaan para guru untuk menukar cara

pengajaran tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi moden dan canggih

merupakan tulang belakang kepada kejayaan pelaksanaan sekolah bestari. Justeru itu,

masyarakat perlu mengetahui cara untuk menggunakan aplikasi yang sesuai dengan

keperluan dan kehendak keadaan. Untuk mengatasi masalah tersebut, web portal

yang berasaskan MOODLE dilihat sebagai satu penyelesaian yang ideal di mana ciri

istimewa MOODLE dapat memuatkan bahan pembelajaran secara interaktif dan

berkesan. Pelajar sering mempunyai masalah berkaitan penglibatan mereka dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru tidak menggalakkan pembinaan

motivasi dalam diri mereka. Dalam era globalisasi ini, pelajar dan guru perlu

memahirkan diri untuk mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui

komputer dan internet. Ini selaras dengan keperluan tenaga mahir di zaman sains dan

teknologi ini. Sehubungan itu, projek ini diharap dapat melatih dan memberi

bimbingan kepada guru dan pelajar supaya mempunyai daya fikir yang lebih baik.

Page 26: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

5

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek pembangunan web portal berasaskan MOODLE bertajuk

Water ini ialah:

i. Membangunkan web portal berasaskan MOODLE bertajuk Water bagi mata

pelajaran Sains tingkatan dua.

ii. Mengisikan web portal yang disediakan dengan pelbagai bahan bantu

pengajaran untuk guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar.

1.5 Rasional Projek

Menurut Gotschall (2000), pendidikan berasaskan web semakin berkembang

dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktif yang membolehkan

penyimpanan dan perkongsian maklumat dilakukan dengan cepat. Justeru itu, web

portal berbentuk e-pembelajaran amat sesuai dijadikan sebagai medium pembelajaran

berdasarkan keistimewaan yang terdapat pada web portal seperti MOODLE.

Masyarakat terutama para pelajar dan guru perlu didedahkan dengan teknologi

sebegini supaya mereka tidak ketinggalan memandangkan ia merupakan salah satu

program aplikasi yang sedang digunakan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi.

Sekiranya kemahiran asas tidak dapat diperolehi, mereka akan menghadapi masalah

pada masa akan datang memandangkan kemajuan dalam bidang teknologi semakin

berkembang pesat.

Pembangun memilih untuk membangunkan web portal yang bertajuk Water

berdasarkan soal selidik terhadap guru di SMK Palong Timur yang mencadangkan

Page 27: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

6

bahawa tajuk ini diketengahkan kerana kebanyakan pelajar terutama pelajar luar

bandar sukar untuk menguasai konsep yang mudah. Ini memberi masalah yang lebih

besar kepada mereka apabila mempelajari topik yang lebih sukar di peringkat yang

lebih tinggi.

Web portal berbentuk e-pembelajaran yang dibangunkan juga dapat dijadikan

sebagai bahan bantu mengajar supaya pelajar lebih memahami topik yang dipelajari

dan menarik minat mereka untuk belajar. Ini dapat mengelakkan kesalahan lazim

yang mungkin dilakukan oleh pelajar.

1.6 Kepentingan Projek

1.6.1 Pelajar

Para pelajar dapat beradaptasi dalam persekitaran moden yang lebih global di

samping mengukuhkan ilmu dan kemahiran melalui bahan sokongan ini serta

berpeluang mengemukakan masalah atau perbincangan melalui web portal ini.

Dengan kata lain, pelajar dapat melibatkan diri secara aktif jika proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan secara interaktif menggunakan kaedah pembelajaran

berasaskan internet.

Page 28: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

7

1.6.2 Pengajar

Pengajar seharusnya mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi

untuk menyediakan diri dalam persekitaran serba moden agar tidak dikatakan

ketinggalan zaman. Menurut Mohamad Sani Ibrahim dan Jasmy Abdul Rahman

(2005), guru seharusnya peka dengan perkembangan teknologi maklumat yang

semakin berkembang pesat ke arah peningkatan diri dan profesionalisme. Melalui

pembelajaran berasaskan MOODLE, beban tenaga pengajar dapat dikurangkan

memandangkan isi pembelajaran telah tersedia dan sebarang pembaharuan dapat

dilaksanakan dengan mudah.

1.6.3 Sekolah dan Masyarakat

Teknologi seperti ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan dengan lebih menarik dan berkesan di samping bahan bantu mengajar

yang lain. Penggunaan web portal dalam pembelajaran dikatakan sesuatu yang baru

kepada sesetengah pihak. Melalui projek ini, ibu bapa dan masyarakat akan mendapat

pendedahan terhadap corak pembelajaran alaf baru untuk memantau prestasi

pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa.

Page 29: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

8

1.7 Skop

Skop pembangunan web portal ini adalah:

i. Meliputi tajuk-tajuk kecil dalam topik Water. Tajuk tersebut adalah

Physical Characteristics Of Water, Composition Of Water dan Evaporation

Of Water.

ii. Penilaian formatif dan sumatif disediakan untuk mengukuhkan kefahaman

pelajar dan menerangkan konsep yang abstrak kepada pelajar.

iii. Penyediaan isi kandungan pembelajaran berdasarkan elemen yang terdapat

di dalam MOODLE seperti nota pembelajaran, tugasan, kuiz, perbincangan

dan latihan.

Batasan :

i. Pengguna perlu mempunyai asas komputer dan asas topik yang dipelajari

memandangkan projek ini adalah sebagai bahan sokongan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pengguna perlu mempunyai kebolehan memahami Bahasa Inggeris.

iii. Pengguna sekurang-kurangnya merupakan golongan pelajar tingkatan dua.

iv. Bahan pembelajaran terhad kepada topik Water sahaja.

v. Penghasilan web portal ini hanya melibatkan aktiviti penyediaan bahan

pembelajaran berasaskan MOODLE tanpa pengujian selanjutnya.

Page 30: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

9

1.8 Kerangka Projek

Rajah 1.1 Kerangka Projek

Secara umumnya, projek ini membangunkan bahan e-pembelajaran

menggunakan web portal yang mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran yang

bercirikan konstruktivisme. MOODLE menyediakan platform kepada para pendidik

dan pelajar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara

konstruktivisme sosial berdasarkan model ASSURE.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Pengajaran dan pembelajaran

Menurut Kamus Dewan (1998), pengajaran membawa maksud segala sesuatu

yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. Pembelajaran

pula ditakrifkan sebagai perubahan tingkahlaku yang berlaku terhadap pelajar akibat

Sistem e-pembelajaran

MOODLE

Penghasilan bahan pembelajaran

Konstruktivisme Kolaboratif Eksplorasi Penekanan

kepentingan kesalahan dalam pembelajaran Sains

Konstruktivisme Sosial

Page 31: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

10

berinteraksi dengan persekitaran. Ia merujuk kepada perubahan dalam diri seseorang

dan potensi untuk melakukan tindakbalas yang baru.

1.9.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa

implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang

pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan

bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses

pengurusan dan penilaian di sekolah. Komputer sangat membantu dalam proses

penyampaian maklumat berdasarkan ciri-ciri interaktifnya yang dapat menarik minat

pelajar untuk belajar. Pembelajaran dapat berlaku melalui penggunaan komputer di

mana pelajar boleh terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui web

portal.

1.9.3 Web portal

Laman Web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik

dan diminati. Web portal merupakan salah satu cara untuk memaparkan maklumat

kepada masyarakat global yang ingin mengakses laluan internet di mana-mana dan

bila-bila masa. Web portal pendidikan berfungsi sebagai pintu gerbang yang

menyediakan pelbagai bentuk kandungan di alam maya seperti bahan pengajaran,

latihan, maklumat dan berita terkini, mesej, forum, e-mel dan sebagainya.

Page 32: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

11

1.9.4 E-pembelajaran

Istilah e-pembelajaran mengandungi pengertian yang sangat luas.

Salah satu definisi yang diambil daripada Urdan dan Weggen (2000) menyatakan

bahawa e-pembelajaran merupakan suatu jenis bahan pengajaran dan pembelajaran

yang menyampaikan maklumat kepada pelajar menggunakan media internet, intranet

atau media jaringan komputer lain. E-pembelajaran merupakan salah satu cabang

web portal yang sering digunakan di dalam sistem pendidikan pada masa kini.

1.9.5 MOODLE

Modular Object- Oriented Dynamic Learning atau dikenali sebagai

MOODLE merupakan e-pembelajaran daripada pakej perisian CMS (Course

Management System) dan LMS (Learning Course Management). Ia merupakan

perisian sumber terbuka yang memberi kemudahan untuk proses muat turun,

pengubahsuaian dan penyebaran. MOODLE mengandungi slot sumber dan aktiviti

pembelajaran seperti forum, kuiz, tugasan, penilaian, perbincangan dan sebagainya

yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna. MOODLE merupakan salah satu

aplikasi e-pembelajaran yang sering digunakan.

1.9.6 E-buku

Tujuan E-buku dan buku adalah sama iaitu memberikan maklumat kepada

pengguna atau pembaca mengenai sesuatu hal yang berlaku atau memberi motivasi

Page 33: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

12

dan pengetahuan. Kedua-duanya boleh dibaca tetapi e-buku diedarkan di dalam

bentuk yang lain iaitu melalui internet.

1.9.7 Pedagogi Konstruktivisme Sosial

Pedagogi konstruktivisme sosial merupakan pendekatan sosial yang

melibatkan aktiviti pembelajaran yang aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ia merupakan salah satu aliran teori pembelajaran.

1.9.8 Pengguna

Pengguna merujuk kepada individu yang akan menggunakan web portal

yang telah dihasilkan. Pengguna boleh terdiri daripada guru atau pelajar. Pelajar

boleh menggunakan web portal ini untuk pembelajaran kendiri manakala guru boleh

menggunakannya untuk mengawal proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.10 Penutup

Perbincangan tentang pengenalan web dalam pendidikan, latar belakang

masalah, pernyataan masalah, objektif projek, rasional projek, skop projek,

kepentingan projek serta definisi istilah yang digunakan dalam projek telah

Page 34: NUR YASMAH BINTI YAHAYA...secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

13

dinyatakan di dalam bab ini. Teknologi seperti ini adalah penting untuk difahami

bukan sahaja terhadap guru malah pelajar dalam mengharungi dunia multimedia ini.

Pembelajaran menggunakan web portal harus dijadikan sebagai salah satu corak

pembelajaran di Malaysia. Justeru itu, pembangunan projek ini diharapkan dapat

memberi manfaat kepada pelajar, guru dan masyarakat.