perlaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja...

29
PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DALAM PENGAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH. ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 21-Sep-2019

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DALAM

PENGAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH.

ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

DALAM PENGAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya _ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN_____

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: EN. HASSAN BIN HUSHIN

Nama Penyelia

No 66, Taman Pulai Jaya,

Jalan Langgar, 05460,

Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tarikh: _____________ Tarikh: _________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

Page 3: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ..........................................................................................

Nama Penyelia : EN. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : 11 MEI 2011

Page 4: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

i

PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DALAM

PENGAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH.

ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya”

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN

Tarikh : MEI 2011

Page 6: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Dan selawat serta salam buat Nabi junjungan

Teristimewa

Untuk ibu dan ayah yang tercinta

“terima kasih atas segala doa, restu yang diberikan”

Untuk keluarga yang di kasihi

“terima kasih kerana memberi dorongan untuk terus belajar”

Buat teman-teman seperjuangan

“hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua”

Page 7: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia

serta hidayah-Nya, maka penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang telah

dirancangkan. Tidak lupa juga selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W dan juga para sahabat Baginda.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penyelia

penyelidikan saya iaitu Encik Hassan Bin Hushin yang telah sudi menghulurkan

sumbangan tidak kira dari segi masa dan tenaga beliau untuk membimbing saya

sepanjang tempoh untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta

dorongan daripada beliau amat berguna dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga sejambak penghargaan kepada Pengarah Institut Perguruan

Tawau, Sabah kerana sudi membenarkan kajian dijalankan di institutnya. Selain itu,

ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah di institut tersebut dan juga

kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga, saudara mara

dan rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk

menyiapkan kajian ini. Tanpa pertolongan daripada kalian semua, saya tidak mungkin

dapat menyiapkan penyelidikan ini pada masa yang sepatutnya. Sekian.

Page 8: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif (KBSK) dalam pengajaran pensyarah di Institut Perguruan Tawau, Sabah.

Objektif kajian yang dikaji adalah dari segi aspek kesediaan pensyarah, pelaksanaan

konsep pemikiran kreatif, kaedah pengajaran dan kekangan yang dihadapi dalam

menerapkan KBSK semasa pengajaran dan pembelajaran. Seramai 52 orang pensyarah

terlibat sebagai responden kajian. Instrumen kajian adalah berbentuk borang soal selidik.

Data dianalisa dengan menggunakan perisian komputer SPSS dan dipersembahkan

dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

tahap kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan minat adalah sangat

tinggi. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan responden menggunakan konsep

pemikiran kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Para responden juga

mengamalkan pelbagai kaedah pengajaran dalam menerapkan KBSK semasa mengajar.

Seterusnya dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat halangan atau kekangan yang

besar dalam menerapkan KBSK dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa

cadangan telah dikemukakan bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan

KBSK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 9: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to make a survey about the implementation of

creative thinking skills in lecturer’s teaching at Institut Perguruan Tawau, Sabah. The

objectives of this study are based on the aspect of the lecturer’s preparedness,

implementation of creative thinking concept, teaching methods and the problem faced in

order to apply creative thinking skills during teaching and learning process.52 lecturers

involved as the respondents. Questionnaires were used as the instrument and data was

analyzed by using SPSS software and will be presented in percentages, mean standard

deviation. This study showed that the level of lecturer’s preparedness in knowledge,

skills, and interests aspect were high. Based on the result also show that most of the

lecturers used creative thinking skills in teaching and learning process. The respondents

also practice various types of teaching methods in applying creative thinking skills

during their lessons. In applying creative thinking skills during their teaching and

learning process, the respondent do not encounter major problems. Some suggestions

have been proposed to improve the quality of the implementation of creative thinking

skills during teaching and learning process.

Page 10: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kemahiran Berfikir 9

Page 11: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

viii

1.8.2 Pengajaran 10

1.8.3 Pensyarah 10

1.8.4 Perlaksanaan 11

1.8.5 Konsep 11

1.8.6 Kesediaan Pensyarah 11

1.8.7 Kekangan 11

1.8.8 Kaedah Pengajaran 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Kesediaan Pensyarah 14

2.2.1 Pengetahuan 14

2.2.2 Kemahiran 15

2.2.3 Minat 15

2.3 Kemahiran Berfikir 16

2.4 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 19

2.5 Berfikir Secara Kreatif 20

2.6 Kaedah Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif 23

2.6.1 Kaedah Bersyarah 24

2.6.2 Kaedah Soalan Aras Tinggi 25

2.6.3 Kaedah Konsep 29

2.6.4 Kaedah Pemetaan Minda 30

2.6.5 Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah 31

2.6.6 Kaedah Dapatan 33

2.6.7 Kaedah Pembelajaran Koperatif 34

2.6.8 Kaedah Perah Otak 36

2.6.9 Kaedah Perbincangan 36

2.7 Kekangan Dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir 38

2.8 Kajian-kajian Terdahulu 39

Page 12: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Kesahan Soal Selidik 48

3.7 Kajian Rintis 49

3.8 Prosedur Kajian 50

3.9 Analisis Data 51

3.9.1 Soal Selidik 51

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 54

4.2 Analisis Data dan Dapatan Kajian 54

4.2.1 Profil Responden Kajian 54

4.2.2 Mengenal pasti Kesediaan Pensyarah

Untuk Melaksanakan KBSK di dalam

Pengajaran 56

4.2.3 Mengenal pasti Perlaksanaan Konsep

Pemikiran Kreatif di dalam Pengajaran 58

4.2.4 Mengenal pasti Kaedah Pengajaran dalam

Menerapkan KBSK di dalam Pengajaran 60

4.2.5 Mengenal pasti Kekangan Untuk

Menerapkan KBSK di dalam Pengajaran 65

Page 13: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

x

BAB V PERBINCANGAN DAN PENUTUP

5.1 Pendahuluan 67

5.2 Rumusan Kajian 68

5.3 Kesimpulan Kajian 68

5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 71

5.5 Cadangan Untuk Meningkatkan Perlaksanaan

KBSK 76

5.5.1 Pensyarah 76

5.6 Kajian Lanjutan 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 85

Page 14: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.4.3 Teknik Soalan Bertumpu dan Bercapah 28

3.1.0 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B

(Persoalan Kajian 2 dan 3) 44

3.2.0 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B

(Persoalan Kajian 1 dan 4) 45

3.3.0 Konsep Pemikiran Kreatif 45

3.4.0 Taburan Item Berkaitan Kaedah Pengajaran KBSK 46

3.5.0 Taburan Item Kesediaan Pensyarah 47

3.6.0 Taburan Item Kekangan Dalam Menerapkan KBSK 48

3.8.0 Pemeringkatan Skor Min, Tahap dan Justifikasi bagi

Persoalan Kajian 2 dan 3 52

3.9.0 Pemeringkatan Skor Min, Tahap dan Justifikasi bagi

Persoalan Kajian 1 dan 4 53

4.1.0 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pembolehubah

Latar Belakang Responden 55

4.2.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap

Kesediaan Pensyarah Untuk Melaksanakan KBSK

dalam Pengajaran 56

4.3.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap

Perlaksanaan Konsep Pemikiran Kreatif 59

4.4.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap

Kaedah Pengajaran dalam Menerapkan KBSK 61

4.5.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap

Kekangan Untuk Menerapkan KBSK dalam Pengajaran 65

Page 15: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.3.1 Komponen-komponen Berfikir 18

2.4.1 Dua Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 19

2.4.2 Fungsi-fungsi Penyoalan 26

3.7.0 Pembahagian Skala Likert Kepada Tiga Tahap 52

Page 16: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSK Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPN Falsafah Pendidikan Negara

PBM Pembelajaran Berasaskan Masalah

KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

Page 17: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Jadual Analisis Kebolehpercayaan 85

B Borang Soal Selidik 90

C Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 97

D Surat Pengesahan Instrumen Kajian 98

Page 18: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan dunia

ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan datang, guru memainkan peranan yang penting

untuk menentukan serta membentuk generasi kedua. Proses modenisasi dan

perkembangan teknologi membawa bersamanya pelbagai perubahan yang mana ianya

memerlukan tenaga manusia yang cekap, cekal dan boleh berfikir. Menurut Ibrahim

(1993), masyarakat berfikir ialah masyarakat yang mempunyai daya intelektual yang

tinggi dan dapat mencorakkan perubahan sosial, moral dan ekonomi. Dalam proses

melahirkan masyarakat berfikir yang berilmu dan berakhlak mulia, pendidikan adalah

perlu sebagai asas pembentukan dan pembangunan minda dalam masyarakat. Hasrat ini

juga dinyatakan dalam wawasan 2020, cabaran yang keenam ada menyatakan tentang

mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif serta

memandang jauh ke hadapan. Masyarakat yang mempunyai daya perubahan dan

memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi

penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Page 19: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

2

Justeru itu sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini tidak lagi hanya

menekankan kepada 3M sahaja iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi perlu

ditekankan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi. Pelbagai

program sedang dirancang dan akan dilaksanakan sebagai contoh “Sekolah Bestari”

adalah pada dasarnya berasaskan kemahiran-kemahiran tersebut. Kemahiran Berfikir

secara Kreatif (KBSK) akan dijadikan asas penguasaan ilmu dan kemahiran. Begitu

juga, para pensyarah di institut perguruan perlulah mempunyai pelbagai kemahiran

untuk membimbing guru pelatih bagi menguasai kemahiran ini. Memandangkan KBSK

ini adalah satu bidang yang baru, maka pensyarah haruslah menerapkannya kepada guru

pelatih dengan cara yang berkesan untuk mendapat hasil yang baik bagi meneraju

pendidikan di Malaysia ke tahap yang tinggi. Ilmu dan kemahiran dalam KBSK memang

merupakan salah satu subjek wajib kepada semua guru pelatih di institut perguruan

(BPG, 1995).

Menurut Som Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), berfikir selalunya

dikaitkan dengan akal dan dalam Al-Quran perkataan yang merujuk kepada „aqal‟ di

sebutkan sebanyak 40 kali. Allah S.W.T. menempelak manusia yang tidak mahu berfikir

dan ini terbukti dalam ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan kebesaran dan kuasa

Allah. Dengan ini jelaslah bahawa dalam Islam juga mementingkan manusia berfikir

dalam kehidupan seharian mereka untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Kemahiran Berfikir secara Kreatif dapat diajar dengan pelbagai strategi yang

memberikan penekanan kepada cara penyampaian yang menggalakkan guru pelatih

berfikir dan menguasai kemahiran serta isi pelajaran yang sedang disampaikan. Oleh itu

strategi pengajaran dan pembelajaran akan memberikan tumpuan kepada cara

penyampaian Kemahiran Berfikir secara Kreatif, perancangan untuk mengajar

Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan

dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam bilik kuliah dan didedahkan

kepada pelajar selaras dengan sukatan pelajaran kemahiran generik : kemahiran berfikir

dalam ilmu pendidikan (BPG, 2006).

Page 20: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

3

Pensyarah-pensyarah yang kreatif perlu menjadi pengamal budaya ilmu yang

tulen serta sesuai dengan sumbangan mereka sebagai arkitek pembangunan dan ejen

perubahan masyarakat menjelang wawasan yang dijangkakan akan memiliki pelbagai

pengetahuan yang menyamai taraf dunia. Untuk itu mereka tidak mempunyai pilihan

lain kecuali terus menanamkan semangat untuk membentuk kreativiti dan merebut

peluang mendalami segala bentuk latihan yang boleh mengangkat darjat daya fikiran ke

tahap yang paling cemerlang. Pensyarah-pensyarah juga mestilah memberi penekanan

kearah membentuk kreativiti guru pelatih berdasarkan pemikiran yang kreatif sehingga

menimbulkan rasa minat untuk menerokai teknologi yang boleh mendahului zaman,

sepertimana yang dilakukan oleh Munshi Abdullah. Perkara tersebut bukanlah sesuatu

yang mustahil.

Daripada penyataaan-penyataan di atas jelaslah bahawa pensyarah-pensyarah

serta guru-guru pelatih harus mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjanakan hasrat Wawasan 2020 dan

melahiran insan yang seimbang dalam semua aspek seperti yang diwar-warkan dalam

Falsafah Pendidikan Negara. Para pensyarah harus sedar bahawa dalam membekalkan

ilmu pengetahuan, mereka haruslah memiliki daya pemikiran yang kreatif agar

berupaya melahirkan guru-guru pelatih yang cemerlang serta tinggi pemikirannya.

Secara tidak langsungnya akan dapat melahirkan guru-guru pelatih yang dapat

melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif dan apabila keluar di alam

persekolahan nanti dapat menyumbang bakti kepada pembangunan negara di masa

hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Mohd Azhar, Mohd Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006), walaupun

reformasi pendidikan negara mahu melahirkan pelajar yang boleh berfikir, namun

Page 21: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

4

setakat ini masih tidak terdapat tanda yang jelas menunjukkan wujudnya budaya

kreativiti, reka cipta dan inovasi yang menyeluruh pada peringkat nasional.

Kajian menunjukkan perkembangan kemahiran berfikir pelajar masih lagi berada

ditahap yang rendah (Munir dan Azman, 2001). Menurut Philips (1997), antara

sebabnya ialah kebolehan guru. Ramai guru tidak begitu yakin tentang kaedah mengajar

kemahiran berfikir berikutan kurang penekanan yang diberi pada peringkat latihan

perguruan. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa mengenai literasi yang diadakan

pada awal 2001, beberapa peserta yang terdiri daripada guru-guru telah menyuarakan

kesukaran yang mereka hadapi untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam mata

pelajaran yang diajar (Munir dan Azman, 2001).

Menurut Wan Zah (1994), budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat

dari pensyarah telah sebati dengan diri guru pelatih kerana mereka beranggapan budaya

ini lebih mudah dari berfikir. Budaya ini bukan sahaja berlaku di institut perguruan

malahan ianya berlanjutan di institusi pengajian tinggi serta di sekolah. Malahan para

pelajar di institusi pengajian tinggi pun masih gagal dilatih untuk berfikir dengan

berkesan. Mereka lebih terdorong untuk menguji kecekapan menghafal. Maka, lahirlah

guru-guru kita yang dikatakan tidak produktif, inovatif dan kreatif. Mereka tidak

langsung didedahkan kepada tatacara bagaimana berfikir untuk memahami konsep

pembelajaran ilmu yang disampaikan. Oleh itu maka lahirlah guru yang hanya sekadar

belajar mengetahui tanpa memahami apa yang dipelajari. Manakala lahir pula tenaga

kerja yang hanya sekadar makan gaji tetapi gagal membawa pembaharuan terhadap

majikannya, dengan lain perkataan “ ia hanya mampu menambahkan kuantiti tetapi

gagal meningkatkan kualiti kerja serta produk.”

Pensyarah yang menguasai kemahiran berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih

dahulu sebelum sesuatu tindakan itu dibuat. Dengan ini kemahiran berfikir akan mampu

memandu pensyarah menggunakan bahasa yang baik dan menghasilkan idea-idea yang

bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kreatif. Di samping itu pensyarah juga

Page 22: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

5

berkeupayaan untuk membuat pertimbangan dan penilaian tentang kebaikan dan

keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap dan norma hidup dalam konteks

negara kita. Dengan adanya kemahiran berfikir juga diharapkan para guru pelatih dapat

menghadapi cabaran-cabaran terkini dan mampu menangani cara hidup yang sesuai

dengan cara perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih tanpa

mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat Malaysia.

Guru pelatih pada masa sekarang tentunya akan menjadi guru pada masa akan

datang. Oleh itu dengan menyediakan guru pelatih yang berfikiran kreatif,

berketrampilan, berilmu pengetahuan, dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang

positif diharapkan dapat menaikkan sistem pendidikan di negara kita pada tahap yang

terbaik dan seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif pada

masa hadapan.

1.3 Penyataan Masalah

Peranan pensyarah adalah sangat penting untuk melahirkan guru pelatih yang

mempunyai pemikiran kreatif, tetapi persoalan yang masih belum terjawab ialah sejauh

manakah pelaksanaan KBSK dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah mampu

melahirkan guru pelatih yang kreatif untuk menghasilkan pelbagai idea dan penemuan

baru, berdaya saing dan seterusnya dapat melahirkan juga pelajar yang berfikiran kreatif.

Dapatan kajian tentang pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah masih menunjukkan bahawa guru-guru kurang pengetahuan

dan tidak mahir mengaplikasikan kemahiran berfikir (Gambidau, 2000; Zamri Mohamad

& Jamaludin Badushah, 2000; Fatimah Maaroff & Wan Azman, 2005). Hal ini memberi

impak kepada pensyarah di institut pendidikan guru, kurang memberi penekanan kepada

aspek kemahiran berfikir secara kreatif ketika dalam latihan perguruan.

Page 23: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

6

Pihak Kementerian Pelajaran telah menjalankan pelbagai kursus dan modul-

modul untuk membantu pensyarah dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bilik

kuliah, untuk membolehkan penerapan kemahiran berfikir (KBSK) kepada guru pelatih

berlaku di institut-institut perguruan. Semua yang diharapkan meleset kerana kemahiran-

kemahiran ini tidak berlaku pemindahan ilmu Kemahiran Berfikir secara Kreatif dalam

sistem pendidikan di sekolah-sekolah waktu sekarang. Dalam kajian Zaharah et al.,

(1999) terhadap guru-guru dalam melaksanakan kemahiran berfikir menghadapi masalah

kekurang masa untuk membuat persediaan mengajar. Situasi ini berlaku kerana guru-

guru jarang didedahkan KBSK semasa latihan perguruan dan juga dalam kursus dalam

perkhidmatan. Dapatan kajian Zaharah et al., adalah selari dengan kajian Ainon dan

Abdullah (1998) di mana dapatannya menunjukkan bahawa guru-guru tidak diberi

latihan kemahiran berfikir secara formal dan tiada pendedahan dan pengetahuan tentang

ilmu kemahiran berfikir. Pada hal kemahiran berfikir memang merupakan komponen

penting dalam Kurikulum Kemahiran Generik:Kemahiran Berfikir (Bahagian

Pendidikan Guru, 2006) yang diajar kepada semua guru pelatih semasa belajar di institut

perguruan.

Dari penyataan di atas timbul minat penyelidik untuk mengetahui sejauh

manakah Kemahiran Berfikir secara Kreatif diberikan oleh pensyarah kepada guru

pelatih di dalam pengajaran dan pembelajaran di institut perguruan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk :-

i. Mengenal pasti kesediaan pensyarah untuk melaksanakan Kemahiran Berfikir

Secara Kreatif di dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau, Sabah.

Page 24: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

7

ii. Mengenal pasti pelaksanaan konsep pemikiran kreatif di dalam pengajaran dan di

Institut Perguruan Tawau, Sabah.

iii. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menerapkan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif di dalam pengajaran di Institut Perguruan

Tawau, Sabah.

iv. Mengenal pasti kekangan untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

di dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau, Sabah.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menentukan objektif kajian dicapai, penyelidik mengemukakan beberapa

persoalan kajian iaitu:-

i. Adakah pensyarah bersedia untuk melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif di dalam pengajaran di Institut PerguruanTawau, Sabah?

ii. Adakah pensyarah melaksanakan konsep pemikiran kreatif di dalam pengajaran

di Institut Perguruan Tawau, Sabah?

iii. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menerapkan Kemahiran

Berfikir Secara Kreatif di dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau , Sabah?

iv. Apakah kekangan untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif di

dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau, Sabah?

Page 25: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

8

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan kepada pensyarah yang mengajar di Institut Perguruan

Tawau, Sabah. Peringkat pengajian di institut perguruan dipilih adalah kerana pada

peringkat inilah guru pelatih harus didedahkan dengan sepenuhnya dengan kemahiran

berfikir secara kreatif supaya guru pelatih tidak mendapat masalah setelah tamat

pengajian diperingkat ini dan apa yang dipelajarinya akan diaplikasikan bila mereka

menjadi seorang guru kelak. Oleh itu tanggungjawab pensyarah di institut perguruan

adalah sangat penting bagi memastikan guru pelatih mempunyai kefahaman yang kukuh

terhadap kemahiran berfikir secara kreatif.

Seramai 52 orang pensyarah akan dipilih secara rawak dari Institut Perguruan

Tawau, Sabah untuk penyelidik membuat kajian ini. Pensyarah-pensyarah ini mengajar

semua kursus yang ditawarkan di institut perguruan tersebut. Hanya soal selidik

digunakan untuk memungut data. Oleh kerana kajian ini hanya dijalankan di sebuah

institut perguruan, maka dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada institut

perguruan yang lain.

1.7 Kepentingan Kajian

Diharapkan hasil dari kajian ini akan dapat memberi gambaran tentang suasana

sebenar pengajaran dan pembelajaran yang pensyarah jalankan untuk menerapkan

kemahiran berfikir secara kreatif di dalam bilik kuliah. Di samping itu penyelidik

berharap hasil kajian ini dapat membantu pensyarah membuat penilaian apakah elemen-

elemen kreatif yang seharusnya diterapkan dalam diri guru pelatih semasa pengajaran

dan pembelajaran di institut perguruan. Ini adalah supaya hasil yang akan pensyarah

berikan kepada guru pelatih, dapat melahirkan bakal- bakal guru yang berfikiran kreatif

dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang kreatif di masa hadapan.

Page 26: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

9

1.8 Definisi Istilah Dan Operasional

Definisi-definisi istilah yang akan diterangkan di bahagian ini adalah istilah yang

berkaitan kajian penyelidikan mengenai pendidikan.

1.8.1 Kemahiran Berfikir

Definisi kemahiran berfikir ialah proses menggunakan minda untuk mencari

makna dan pemahaman terhadap sesuatu. Menerokai pelbagai kemungkinan idea atau

ciptaan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, bagi membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap

proses yang dialami.

Menurut Swartz dan Perkin (1994), kemahiran berfikir ialah satu kecekapan yang

menyumbang kepada sesuatu jenis pemikiran. Manakala menurut Som dan Dahalan

(2000), proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan

yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dalam kajian ini, kemahiran berfikir difokuskan kepada satu jenis kemahiran

sahaja iaitu kemahiran berfikir secara kreatif.

1.8.1.1 Kemahiran Berfikiran Secara Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan

menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu

yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

Dalam kajian ini, penyelidik ingin memastikan adakah Kemahiran Berfikir secara

Page 27: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

10

Kreatif diterapkan oleh pensyarah kepada guru pelatih semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran.

1.8.2 Pengajaran

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran

ilmu atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti

perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan

menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang

berkesan. Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai suatu proses,

komunikasi, sains dan seni (Mok Soon Sang 2000).

Mengikut Thomas F.Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan

kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Dalam

kajian ini, pengajaran bermaksud bagaimana pensyarah mengajar dengan melaksanakan

pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif. Dalam kajian ini, pengajaran bermaksud

bagaimana pensyarah mengajar dengan melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif.

Dalam kajian ini, pengajaran difokuskan kepada proses penyampaian pensyarah

dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau dari segi pendekatan, strategi, kaedah,

teknik, kemahiran dan aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kefahaman para

guru pelatih.

1.8.3 Pensyarah

Menurut Kamus Dewan (1996), pensyarah bermaksud guru atau tenaga pengajar

atau orang yang mengajar sesebuah intitusi pengajian. Di dalam kajian ini, pensyarah

yang dimaksudkan adalah kakitangan akademik yang ditugaskan sebagai tenaga

pengajar di Institut Perguruan Tawau, Sabah.

Page 28: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

11

1.8.4 Perlaksanaan

Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (1994) mendefinisikan “perlaksanaan”

sebagai perihal atau perbuatan melaksanakan, menjalankan atau mengusahakan sesuatu

rancangan, tugas dan sebagainya. Dalam kajian ini, pelaksanaan bermaksud

menjalankan kemahiran berfikir secara kreatif yang dilakukan oleh pensyarah di Institut

Perguruan Tawau sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa pengajaran

kelas teori dan amali.

1.8.5 Konsep

Menurut Kamus Dewan (2007), konsep ialah pengertian, pendapat yang

terbentuk dalam fikiran tentang sesuatu, tanggapan, gagasan, idea. Namun dalam kajian

ini konsep bagi kemahiran berfikir secara kreatif adalah merujuk kepada paradigma,

sifat, sikap, situasi seperti yang diterangkan dalam Mohd. Azhar (2001;2004) selain

Intellectual Standards yang telah diperkenalkan oleh Elder dan Paul (2006).

1.8.6 Kesediaan Pensyarah

Kesediaan bermaksud kebolehan atau kemampuan membuat sesuatu (kamus

Dewan, 2007). Dalam kajian ini, kesediaan pensyarah adalah dari aspek pengetahuan,

kemahiran dan minat pensyarah untuk melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif

serta mampu menyebarkannya tanpa sebarang masalah.

1.8.7 Kekangan

Kekangan menurut Kamus Dewan (2007) bermaksud aral, gangguan atau

rintangan. Dalam kajian ini , kekangan merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh

pensyarah untuk melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif di Institut Perguruan

Tawau, Sabah.

Page 29: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa

12

1.8.8 Kaedah Pengajaran

Menurut Mok Soon Sang (1992), kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu

objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Dalam kajian ini, kaedah

pengajaran merujuk kepada kaedah atau cara mengajar yang digunakan oleh pensyarah

untuk melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif di Institut Perguruan Tawau,

Sabah.