pembangunan perisian menggunakan pendekatan … · penggunaan ict dalam p&p mula diperkenalkan...

20
PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK STATISTIK RUHIYATI HIDAYU BINTI HUSSHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamdung

Post on 24-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK STATISTIK

RUHIYATI HIDAYU BINTI HUSSHIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas
Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

iii 

 

DEDIKASI

Untuk mama dan abah yang sangat dikasihi

Pn.Rahmah bt. Samsudin dan En. Husshin b. Othman

Terima kasih di atas doa dan restu kalian yang tak putus-putus

Untuk suami yang sentiasa dicintai

En. Mohamad Nazir b. Abd. Rahim

Terima kasih di atas kesabaranmu melayan kerenahku

Untuk buah hati mama yang selalu dirindui

Mohamad Harith Nukman b. Mohamad Nazir

Semua yang kulakukan ini hanya untukmu

Moga kau mengerti akan hal ini satu hari nanti

Kalianlah sumber inspirasi dan kekuatanku di saat aku rebah

Sekalung penghargaan buat penyelia yang dihormati

En. Abdul Razak b. Idris

Bantuan yang dikau hulurkan amat aku hargai

Serta semua yang dekat di hati ini

Mak, Emi, Nisah, Acik, Adik dan famili

Tak lupa juga kepada saudara seperjuanganku..

K.Nana, Azni, Ecah, Liza, Azie, Ayu, Ain, Su, Ila

dan adik-adik SPT yang lain..

Terima Kasih atas segalanya

Semoga kemanisan musim ini akan sentiasa kekal harum di ingatan dan sanubari kita

InsyaAllah…

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

iv 

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan. Pada

kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan seikhlas hati terutamanya

kepada penyelia yang amat saya hormati En. Abdul Razak b. Idris di atas bimbingan

dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek sarjana muda ini.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seisi keluarga

yang telah memberi sokongan moral untuk saya menyiapkan projek sarjana muda ini.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ditujukan buat rakan-rakan yang telah

membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan projek pembangunan perisian

ini. Semoga segala usaha dan sokongan kalian akan diberkati dan dirahmati Allah

SWT.

InsyaAllah…

Mei 2012

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan perisian multimedia berbahasa

Melayu dalam bentuk CD-ROM bagi tajuk Statistik-Tingkatan Empat berpandukan

Sukatan Matapelajaran KBSM menggunakan pembelajaran berasaskan masalah

(PBL). Pembangunan perisian pembelajaran ini menggunakan model ADDIE dan

meliputi tiga menu utama iaitu Ikut Aktiviti, Tanya Pakar dan Jom Santai. Pelajar

boleh mengikuti aktiviti melalui Ikut Aktiviti yang memaparkan empat aktiviti

menarik berkaitan graf histogram, poligon kekerapan dan ogif. Jika pelajar

menghadapi masalah di dalam aktiviti, Tanya Pakar adalah sumber rujukan yang

paling tepat. Jom Santai pula memaparkan dua permainan berkaitan Statistik. Dalam

tajuk Statistik ini, pelajar seharusnya dapat membezakan ketiga-tiga jenis graf ini

dari segi jenis data, cara data dikumpulkan dalam jadual dan rupa graf yang

dikehendaki. Perisian utama yang digunakan bagi membangunkan projek ini ialah

Macromedia Authorware, Adobe Photoshop, Swish, dan Microsoft Excel. Penilaian

formatif telah digunakan untuk menilai perisian ini di mana soal selidik telah dibuat

untuk mendapatkan maklum balas daripada bakal-bakal pendidik dan beberapa

pensyarah di Fakulti Pendidikan. Pembangun telah membuat rumusan dan beberapa

cadangan telah dikemukakan sebagai rujukan pada masa hadapan.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

vi 

 

ABSTRACT

The purpose of this study is to develop Malay-language multimedia software

on CD-ROM for Form Four titled Statistics according to KBSM Syllabus by using

Problem Based Learning(PBL).This learning software was develop using the ADDIE

model and covers three main menu namely Ikut Aktiviti, Tanya Pakar and Jom

Santai. Students can do the activities in Ikut Aktiviti which consist four fun activities

related to the graph of a histogram, frequency polygon and ogive. If they have

problems in the activity, Tanya Pakar is the best resource for reference. Jom Santai

will display two game-related statistics. In Statistics, students should be able to

identify the three types of graphs in terms of data, how the data is presented in the

table and graph visualization is required. The main software used to develop this

project is Macromedia Authorware, Adobe Photoshop, Swish, and Microsoft Excel.

In order to obtain feedback from students and some lecturers at the Faculty of

Education, formative evaluation was used to evaluate the software through

questionnaire. The developer has concluded and come with some suggestions for the

future references.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

vii 

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Rasional Kajian 6

1.6 Kepentingan Projek

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Guru-gur u 8

1.6.3 Jabatan Multimedia, FP, UTM 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Perisian Komputer 10

1.8.2 Proses P&P 10

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

viii 

 

1.8.3 Matematik 11

1.8.4 Statistik 11

1.8.5 Histogram 11

1.8.6 Poligon Kekerapan 12

1.8.7 Ogif 12

1.9 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Statistik 14

2.3 Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran 15

2.4 Penyelesaian Masalah dalam Matematik 16

2.5 Penyelesaian Berasaskan Masalah 19

2.5.1 Prinsip dalam PBL 20

2.5.2 Konsep Pendekatan PBL 20

2.5.3 Ciri-ciri Pendekatan PBL 21

2.5.4 Proses dalam Pendekatan PBL 22

2.5.5 Kemahiran dalam PBL 25

2.5.6 Kelebihan PBL 26

2.5.7 Kelemahan PBL 27

2.6 Aplikasi PBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran 27

2.7 Mutimedia dalam Pendidikan 28

2.8 Model Rekabentuk Instruksional 30

2.8.1 Model Air Terjun (Waterfall) 31

2.8.2 Model ADDIE 32

2.9 Penutup 34

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

ix 

 

3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Model ADDIE 36

3.2.1 Fasa Analisis 37

3.2.2 Fasa Rekabentuk 40

3.2.3 Fasa Pembangunan 41

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 42

3.2.4 Fasa Penilaian 43

3.3 Carta Alir Perisian 44

3.4 Rekabentuk Aplikasi yang dibangunkan

3.4.1 Rekabentuk Informasi 46

3.4.2 Rekabentuk Interaksi 48

3.4.3 Rekabentuk Antaramuka 50

3.5 Pemilihan Perisian 53

3.6 Pemilihan Bahasa 54

3.7 Penutup 54

4 HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 55

4.2 Rekabentuk Perisian

4.2.1 Rekabentuk Informasi 56

4.2.1.1 Paparan Menu Utama 58

4.2.1.2 Paparan Ikut Aktiviti 59

4.2.1.3 Paparan Tanya Pakar 64

4.2.1.4 Paparan Jom Santai 66

4.2.1.5 Paparan Bantuan 67

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

4.2.1.6 Paparan Kredit 68

4.3 Ciri-ciri Perisian 69

4.3.1 Interaktif 71

4.3.2 Mesra Pengguna 72

4.3.3 Grafik 73

4.3.4 Teks 74

4.3.5 Visual 74

4.3.6 Animasi 75

4.3.7 Audio 75

4.4 Panduan Pengguna Perisian 75

4.5 Pempakejan 76

4.6 Penutup 76

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Ringkasan Tentang Statistik 78

5.3 Perbincangan 80

5.3.1 Pembinaan Perisian Berasaskan Objektif 80

5.3.2 Pembinaan Perisian Berasaskan Model 80

5.3.3 Pembinaan Perisian Berasaskan PBL 81

5.4 Kelebihan Perisian yang Dibangunkan 82

5.5 Kelemahan Perisian yang Dibangunkan 83

5.6 Masalah-masalah yang dihadapi 84

5.7 Komen dan Cadangan 85

5.8 Penutup 87

RUJUKAN 88

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

xi 

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Langkah-langkah mempelajari Statistik 14

2.2 Model Waterfall 31

2.3 Rekabentuk Pembangunan berdasarkan Model ADDIE 32

3.1 Model ADDIE 37

3.2 Langkah-langkah pembinaan masalah berdasarkan PBL 42

3.3 Carta Alir Perisian 44

4.1 Paparan montaj1 pada permulaan tetingkap 57

4.2 Paparan montaj2 pada permulaan tetingkap 57

4.3 Paparan menu utama 58

4.4 Paparan menu Ikut Aktiviti 59

4.5 Masalah yang diberikan adalah berkaitan dengan 60

kehidupan sebenar

4.6 Masalah ini dipericikan dengan menyatakan tujuan data 60

tersebut perlu direkodkan

4.7 Data diberikan dalam bentuk jadual 61

4.8 Pilihan Histogram, Poligon Kekerapan atau Ogif akan 62

membawa pengguna terus ke helaian Microsoft Excel.

4.9 Pengguna dikehendaki menaip jawapan yang betul di 63

tempat yang disediakan.

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

xii 

 

4.10 Perisian akan memaparkan jawapan yang betul jika dua kali 63

percubaan masih salah

4.11 Tiga pilihan berdasarkan bentuk graf. 64

4.12 Perisian memaparkan persoalan Apa itu Histogram? 65

4.13 Klik Video untuk lihat video yang dimuatkan. 65

4.14 Pilihan untuk Jom Santai 66

4.15 Paparan menu Bantuan 67

4.16 Paparan menu Kredit 68

4.17 Paparan masalah di paparan Aktiviti 1 69

4.18 Realitinya wujud dalam persekitaran harian pelajar 69

4.19 Pelajar perlu drag and drop untuk tahu bentuk Histogram 70

4.20 Ikon Menu Utama 71

4.21 Butang kawalan 72

4.22 Ikon Tanya Pakar dan Jom Santai di dalam menu Ikut Aktiviti 72

4.23 Pull Down Menu 73

4.24 Tajuk menu Tanya Pakar 73

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia kini sedang mengalami perubahan yang amat

mendadak sekali. Sehubungan itu, pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan supaya

proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) dapat dijalankan di dalam suasana yang

lebih menarik dan kondusif.

Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah

Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas dan pandai

menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka yang seterusnya

bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan

bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan

2020 (Mior, 2011).

Subjek Matematik sering dianggap matapelajaran yang sukar dan susah untuk

difahami bagi sesetengah orang. Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau

kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata

lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan

aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol

matematik. Hakikat sebenarnya ialah matematik merupakan ilmu yang merangkumi

aspek bahasa, alat penyelesaian masalah, boleh menggambarkan kebesaran Yang

Maha Pencipta, seni dan juga matematik merupakan Ratu Sains. (Nur, 2009).

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

Menurut Nur Adibah di dalam artikel Apa Itu Matematik?, “Dalam ilmu

matematik, terdapat juga ketidakpastian, kekaburan dan juga merupakan suatu

pengetahuan yang tidak kemas”. Disebabkan itu, pendidikan Matematik di Malaysia

diolah supaya dapat membentuk individu yang berpemikiran matematik dan

berketrampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan

bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan seiring

dengan cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan sains dan teknologi.

(KPM, 2006).

Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid-

murid memperoleh pengetahuan matematik dan kemahiran, dan membangunkan

peringkat lebih tinggi menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan

untuk membolehkan murid-murid untuk menghadapi cabaran kehidupan harian.

(Mahzan, 2006). Di dalam Sukatan Matapelajaran Matematik (2006), ada

menyatakan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik perlu

merangkumi kelima-lima penekanan iaitu penyelesaian masalah, komunikasi,

penaakulan, perkaitan, dan penggunaan teknologi.

Disebabkan itu, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 membuka mata pelbagai pihak

tentang perlunya penggunaan teknologi ICT dalam proses pengajaran. Perisian untuk

pengajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris mula dibekalkan ke sekolah-

sekolah oleh Kementerian Pelajaran . Malahan guru Sains dan Matematik juga diberi

komputer riba untuk digunakan semasa P&P. Guru-guru boleh mengambil inisiatif

untuk membina perisian mereka sendiri menggunakan kemudahan yang disediakan.

(Kassim Abbas, 2006).

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

1.2 Latar Belakang Masalah

Persepsi atau tanggapan pelajar terhadap matematik boleh menyebabkan

kegagalan dalam Matematik. Menurut James Tzitzouris dalam “Why Do Children

Fear Mathematics” menjelaskan bahawa pelajar merasa gerun apabila terpaksa

berdepan dengan masalah matematik yang mana setiap pengetahuan memerlukan

perwakilan dan kepakaran untuk mengadaptasikan perwakilan tersebut.

Sikap dan minat terhadap Matematik merupakan salah satu faktor dalam

pencapaian Matematik. Menurut Ida Rosmini (2000) dalam kajiannya menyatakan

ada enam faktor yang telah dikenalpasti dapat mempengaruhi minat pelajar iaitu

minat peribadi, kaedah pengajaran, penglibatan, kebergunaan, minat situasi yang

negatif dan masalah bahasa. Jelas di sini bahawa kaedah pengajaran juga

menyumbang kepada sikap dan minat pelajar untuk belajar Matematik. Jesteru itu,

kaedah pengajaran berbantukan komputer atau menggunakan ICT merupakan salah

satu kaedah yang dapat membantu pelajar untuk lebih memahami konsep matematik.

Kefahaman konsep di dalam pengajaran Matematik adalah satu perkara yang

sangat dititik beratkan. Tanpa kefahaman konsep yang betul, tidak mungkin pelajar

dapat menyelesaikan masalah Matematik yang diajukan dengan betul. Azizi dalam

kajiannya bertajuk Kepentingan Kefahaman Konsep dalam Matematik menegaskan

bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari

seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar

itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Penekanan

perlu diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak pengembangan pemikiran

pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumi proses

penyelesaian masalah contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi,

melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya.

Tajuk Statistik III dalam matapelajaran Matematik Tingkatan 4 merupakan

kesinambungan dari tajuk Statistik I dan II yang pelajar pelajari di peringkat

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

menengah rendah. Statistik melibatkan kaedah pengumpulan, analisis, interpratasi

dan persembahan data dalam bentuk graf. Di Tingkatan 4, pelajar dikehendaki untuk:

a) membina jadual kekerapan menggunakan selang kelas yang sesuai

b) menentukan kelas mod, min dan median data yang dikumpulkan

c) melukis, mentafsir dan menyelesaikan masalah yang melibatkan

histogram, poligon kekerapan dan ogif.

d) menyelesaikan masalah yang melibatkan perwakilan data dan

langkah-langkah serakan.

Keberkesanan proses P&P sedikit sebanyak dipengaruhi oleh penggunaan

bahan-bahan pengajaran yang bersesuai dengan kandungan pelajaran. Sesuatu alat

penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat

menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar.

(Atan Long, 1982 dalam Rozinah, 2000). Guru perlu lebih kreatif dalam menjayakan

proses P&P dan penggunaan ICT merupakan satu langkah yang sangat tepat dengan

perubahan zaman masa kini. Internet dijadikan sumber rujukan yang penting kerana

ia mudah diakses mana-mana tempat yang mempunyai liputan dan menjadikan ia

salah satu medium yang dapat digunakan dalam proses P&P. Menurut Ismail Zain,

(2003), gabungan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih

menarik serta memudahkan pemahaman tentang sesuatu konsep. Gabungan semua

elemen yang menarik itu kemudiannya dikenali sebagai multimedia.

Sebuah kajian penyelidikan multimedia, Computer Technology

Research(CTR, 1993) dalam Rozinah (2000), ada menyatakan bahawa seseorang

dapat menyimpan hanya :

a) 20% daripada apa yang mereka lihat

b) 30% daripada apa yang mereka dengar

c) 50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar

d) 80% daripada apa yang mereka lihat, dengar dan buat serentak.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

Ini bertepatan dengan penggunaan multimedia dalam perisian yang

menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi

maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. (Jamalludin Harun

dan Zaidatun Tasir, 2003). Jesteru itu, kehadiran teknologi multimedia dalam proses

P&P amatlah diharapkan supaya kemampuan proses capaian maklumat dalam

pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.

1.3 Penyataan Masalah

Bidang statistik merupakan sebahagian daripada Matematik.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar tidak meminati subjek ini serta

menganggap subjek ini sukar dan abstrak bagi mereka (Lim, Fatimah dan Munirah,

2003). Statistik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Ia

digunakan untuk memudahkan data yang dikumpul supaya dapat diproses atau

divisualisasikan dalam bentuk yang lebih senang dan tepat. Melalui proses ini, kita

dapat memahami dan menggunakannya untuk membuat keputusan dalam beberapa

perkara yang penting dalam kehidupan kita. Bidang ini menumpukan kepada

pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk

menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.

Kaedah pengajaran yang sesuai dan berkaitan diperlukan bagi menarik minat

pelajar terhadap topik ini. Penggunaan perisian yang menggunakan pendekatan

pembelajaran berasaskan masalah amat sesuai bagi memudahkan pengajaran dan

memberi gambaran sesuatu objek dengan berkesan kepada pelajar.

Oleh yang demikian, kajian ini akan membangunkan perisian berasaskan

mutimedia menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah disamping

membantu pelajar lebih meminati subjek Matematik.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN … · Penggunaan ICT dalam P&P mula diperkenalkan sejak tertubuhnya Sekolah Bestari yang bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya cerdas

 

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

a) membangunkan perisian multimedia bagi tajuk Statistik-Tingkatan

Empat berpandukan Sukatan Matapelajaran KBSM dengan

menggunakan pembelajaran berasaskan masalah (PBL).

1.5 Rasional Kajian

Tajuk Statistik ini dipilih kerana tajuk ini memerlukan pelajar untuk

memahami konsep statistik dan menterjemahkannya dalam bentuk yang lebih mudah

dan senang difahami sama ada dalam bentuk histogram, poligon kekerapan atau ogif.

Untuk data yang tidak terkumpul, pelajar dikehendaki untuk memasukkan data di

dalam jadual mengikut sela kelas yang sesuai dan membina histogram atau poligon

kekerapan mengikut data yang siap diproses. Ogif hanya digunakan untuk data yang

terkumpul atau kumulatif. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan

masalah menggunakan graf yang siap dibuat.

Dalam tajuk ini, pelajar seharusnya dapat membezakan ketiga-tiga jenis graf

ini dari segi jenis data, cara data dikumpulkan dalam jadual dan rupa graf yang

dikehendaki. Jika pelajar gagal dalam membezakan ciri-ciri tersebut, pelajar tidak

akan dapat menghasilkan graf yang betul seterusnya menyebabkan pelajar hilang

banyak markah apabila tiba waktu peperiksaan. Ini kerana soalan dalam tajuk ini

merupakan soalan wajib dalam Matematik SPM Kertas 2 yang memperuntukkan

markah yang banyak iaitu antara lapan(8) hingga dua belas(12) markah untuk satu(1)

soalan. Dalam Matematik Kertas 2, pelajar dikehendaki menyusun data di dalam

jadual menggunakan sela kelas yang sesuai, serta membina graf berdasarkan skala

yang dikehendaki soalan. Selepas itu, daripada graf yang dibuat, pelajar diberi soalan

yang berkaitan dan melakukan pengiraan berdasarkan graf. Selain daripada itu,