psm nas penting2

54
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Makanan adalah satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan tubuh badan bergantung sepenuhnya kepada makanan dan minuman. Islam mempunyai nilai dan peraturan serta batas tersendiri dalam setiap urusan kehidupan termasuk soal pemakanan. Pengambilan makanan bukan sahaja di nilai dari aspek

Upload: nascchal

Post on 16-Jun-2015

11.293 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSM NAS PENTING2

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Makanan adalah satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Ia

merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan

tubuh badan bergantung sepenuhnya kepada makanan dan minuman. Islam mempunyai

nilai dan peraturan serta batas tersendiri dalam setiap urusan kehidupan termasuk soal

pemakanan. Pengambilan makanan bukan sahaja di nilai dari aspek keseimbangan

malahan aspek halal adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan.

Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t:

$yg��r'¯»t� â¨$¨ 9Z $# (#qè=ä. $£JÏB �Îû ÇÚö�F{$#

W »x n=ym $Y7Íh�sÛ �wur (#qãèÎ6®Ks? ÏNºuqäÜäz

Page 2: PSM NAS PENTING2

2

Ç`»sÜø�¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNä3s9 Arß�tã îûüÎ7�B

ÇÊÏÑÈ

Maksudnya: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal

lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah

kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana

sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata

bagimu.”

(Al-Baqarah 2:168)

Tambahan pula, makanan yang baik serta halal bukan sahaja menjamin kesihatan

fizikal malahan membentuk keperibadian seseorang. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin

(2006), Manusia yang mementingkan makanan serta rezeki yang halal adalah manusia

yang bersinar hatinya. Hati yang bersinar adalah asas kecemerlangan kerana ia

merangsang jasad bagi melaksanakan ibadah serta amal-amal kebajikan. Manusia seperti

ini dianggap mulia dalam masyarakat dan mereka adalah orang yang bekepercayaan.

Selain itu, umat Islam hendaklah berwaspada terhadap pengambilan makanan

yang halal kerana ia menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Pengambilan

makanan yang halal dapat menjamin kesejahteraan hati nurani dan iman yang suci dan

ini memberikan impak yang mendalam pada diri seorang muslim kerana ianya ada

kaitan dengan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Bagi mendapatkan makanan yang halal masyarakat islam memerlukan satu hub

produk halal. Hub halal yang merangkumi pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran

produk halal di dalam negara amat penting bagi mendapatkan makanan halal. Ini

membolehkan masyarakat islam mendapatkan makanan yang halal di mana-mana dan

mudah diperolehi di dalam negara ini.

Page 3: PSM NAS PENTING2

3

Kebanyakan pengeluar produk makanan di Malaysia adalah terdiri daripada

pengeluar bukan islam. Kadangkala, terdapat juga pengeluar dikalangan orang Islam

yang menghasilkan makanan yang di ragui kehalalannya dan tidak mempunyai logo

halal. Oleh itu, hub makanan halal amat penting di Malaysia kerana majoriti masyarakat

Malaysia adalah beragama Islam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendedahan produk terutama makanan yang selama ini dianggap halal tetapi

sebaliknya berlaku penipuan dengan mencampurkan makanan tersebut dengan bahan

haram atau menggunakan bahan pembungkus, penyalahgunaan logo halal dan

sebagainya menjadi kejutan kepada pengguna di Malaysia malahan menyentuh

sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Antara contohnya ialah, Pengusaha sebuah kafe

di Jalan Penang,Georgetown di kesan menggunakan sijil halal tanpa pengiktirafan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain menyajikan minuman keras dan ayam

tidak disembelih mengikut hukum syarak ditetapkan (Harian Metro, 4 Januari, 2010)

Selain aspek pemakanan juga, perkembangan teknologi makanan menyebabkan

banyak keraguan timbul mengenai soal sama ada bahan dan proses yang digunakan

adalah halal dan bersih. Kesedaran masyarakat Islam mengenai makanan yang halal

menyebabkan kebimbangan yang tinggi terhadap produk keluaran tempatan ataupun

keluaran luar negara.

Page 4: PSM NAS PENTING2

4

Mengenai produk makanan berasaskan bioteknologi, Majlis Fatwa Kebangsaan

pada 1999 menyatakan semua makanan, minuman dan bahan tambah yang diproses

melalui kaedah bioteknologi yang mengandungi DNA haiwan tidak halal seperti babi

adalah bercanggah dengan hukum syarak dan dianggap tidak halal. Masalah yang timbul

pada masa kini ialah sejauh mana makanan yang diproses tidak dicampur dengan bahan

haram tersebut.

Selain itu, masyarakat Islam di Malaysia kebanyakkannya tergolong dalam

golongan pengguna manakala golongan pengeluar sesuatu produk di monopoli oleh

orang bukan Islam. Menurut Ahmad dalam Harakah 2 Oktober 2009, umat Islam

dihanyutkan dengan penggunaan barangan keluaran orang bukan Islam yang diragui

kesuciannya berasaskan syariat.

Menurut Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin (2009), isu halal menimbulkan

dilema kerana walaupun pelbagai produk makanan di pasaran, tidak semua barang halal.

Kekeliruan timbul dari segi status halal produk. Walaupun ada label kandungan produk,

tiada siapa tahu sama ada maklumat itu benar atau tidak.

1.3 Pernyataan Masalah

Page 5: PSM NAS PENTING2

5

Melalui kajian ini, hub makanan halal perlu dilaksanakan di Malaysia dan di

monopoli oleh orang Islam. Ini kerana proses mendapatkan makanan yang halal bukan

sahaja pada zat makanan itu malahan dari segi pemprosesan dalam menentukan

makanana itu halal. Selain itu, pada masa kini ramai pengusaha makanan dari kalangan

bukan islam , ini menyebabkan proses pembuatan makanan itu meragukan dari segi

hukum. Pengeluar muslim pula terdiri dari golongan minoriti. Oleh itu, masyarakat

islam perlu mendapatkan kemahiran yang cukup dan berusaha untuk menghasilkan

produk makanan yang halal dan berkualti.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk:

i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap malaysia sebagai hub makanan

halal.

ii. Mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap hub makanan halal di Malaysia.

iii. . Mengenalpasti kesedaran pelajar mengenai kepentingan hub makanan halal.

Page 6: PSM NAS PENTING2

6

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif di atas, persoalan kajian bagi kajian ini ialah:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap Malaysia sebagai hub makanan halal ?

ii. Adakah pelajar mengetahui mengenai hub makanan halal di Malaysia?

iii. Apakah kesedaran pelajar mengenai hub makanan halal?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting kepada masyarakat Islam seluruhnya terutama pelajar.

Hasil kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat terutama pelajar yang

merupakan aset penting dalam pucuk pimpinan pada masa akan datang serta menjadi

pencetus idea golongan intelek. Hasil kajian ini juga boleh digunakan pihak JAKIM dan

HDC untuk melihat kepentingan hub makanan halal sekaligus merealisasikan penubuhan

hub makanan halal bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah benar-benar halal..

Dapatan kajian ini boleh membantu pihak tertentu dalam meningkatkan dan

memperbaiki produk pengeluaran makanan agar berkualiti dan memastikannya ia benar-

benar halal. Selain itu, ia dapat membantu masyarakat melayu terutama masyarakat

Islam meningkatkan pengeluaran serta memberi peluang kepada mereka untuk

memperbaiki tahap ekonomi umat islam.Oleh itu, diharapkan umat Islam mendapat

Page 7: PSM NAS PENTING2

7

keyakinan dan tanpa was-was untuk menggunakan produk tempatan serta meraih

keredhaan Allah.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan penyelidik terhadap pelajar-pelajar tahun 4 yang mengikuti

kursus Kemahiran Hidup (SPH) fakulti pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,

UTM Skudai. Sampel kajian dipilih secara keseluruhan tahun 4 mengikut kursus SPH.

1.8 Definisi / Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang

terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian

ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:

1.8.1 Persepsi

Page 8: PSM NAS PENTING2

8

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2005:1193), persepsi ialah gambaran

atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi

pancaindera), tanggapan. Dalam kajian ini penyelidik memfokusan kepada persepsi

pelajar tahun 4 fakulti pendidikan.

1.8.2 Pelajar

Kamus Dewan Edisi keempat (2005:21), orang yang belajar (seperti murid

sekolah, penuntut di maktab), orang yang mengaji atau menyelidik ilmu. Pelajar dalam

kajian ini adalah dikhususkan kepada pelajar tahun 4 (SPH) fakulti pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.8.3 Hub

Menurut wikipedia hub adalah rangkaian. Mengikut http://www.kamus.net hub

bermaksud pusat. Makna lain hub ialah kegiatan.

(http://www.kamus.com/eng-may/hub). Hub halal dalam kajian ini ertinya barangan

halal ada di mana-mana dan mudah diperolehi.

1.8.4 Makanan

Page 9: PSM NAS PENTING2

9

Menurut kamus dewan edisi ketiga (2002), makanan iaitu apa sahaja yang boleh

dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki. Menurut Khirul Salleh (2008)

Makanan Halal pula ialah makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan

menepati syarat-syarat berikut: Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau

produk daripada haiwan yang tidak halal kepada orang Islam atau produk daripada

haiwan yang tidak disembelih,tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis dan

selamat serta tidak memudaratkan. Dalam kajian ini, makanan yang di maksudkan

ialah produk makanan halal yang terdapat di Malaysia yang dihasilkan oleh

pengeluar muslim di Malaysia.

1.8.5 Halal

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Kedua (1994), halal bermaksud:

Diperbolehkan (tidak ditegah syarak) diizinkan, dibenarkan, lawan haram. Yang

diperolehi atau diperbuat dengan jalan yang sah. Menurut Ensiklopedia Jilid 4 (1998),

halal adalah perkataan Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan.

1.9 Kesimpulan

Bab ini mengandungi pendahuluan, latar belakang masalah, pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, takrifan istilah dan

Page 10: PSM NAS PENTING2

10

kesimpulan. Bahagian pengenalan dan latar belakang masalah membincangkan

mengenai pentingnya makanan yang halal dalam kehidupan umat manusia hari ini

khususnya umat Islam. Di samping itu bab ini menerangkan situasi masyarakat

mengenai keperluan kepada hub makanan halal di Malaysia.

Page 11: PSM NAS PENTING2

11

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai konsep halal dan haram dalam islam,

makanan yang halal dalam islam, makanan yang diharamkan dalam islam, industri

makanan halal di malaysia, saranan industri makanan halal.

2.1 Definisi hub makanan halal

Hub halal dalam kajian ini ertinya barangan halal ada di mana-mana dan mudah

diperolehi: Daging ayam, apa-apa sahaja produk buatan Malaysia atau yang dibawa

masuk ke Malaysia adalah halal. Dengan itu, barang-barang makanan dan barang

kegunaan yang ada di Malaysia yang diedar kepada orang ramai tidak diragui

kehalalannya. (Kertas kerja Pelaksanaan hub Halal)

Page 12: PSM NAS PENTING2

12

2.2 Sejarah dan Pengurusan hub makanan halal JAKIM

Sejarah penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi

pengesahan status halal kepada makanan dan barangan gunaan Islam di Negara ini

bermula pada tahun 1974, apabila Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri memberikan pengesahan halal kepada beberapa produk

makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar makanan tempatan dalam

bentuk surat pengiktirafan.

Bermula pada tahun 1994, pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan

halal beserta dengan logo halal Berdasarkan kepada keperluan semasa, mulai pada 30

September 1998, tugas pemeriksaan premis bagi tujuan halal dilaksanakan oleh sebuah

syarikat yang dilantik oleh pihak kerajaan (Syarikat Ilham Daya Sdn.Bhd ). Manakala

aspek –aspek lain seperti pengeluaran sijil dan tugas pemantauan masih di bawah

kendalian JAKIM. Walau bagaimanapun pada 1 September 2002, kerajaan memutuskan

bahawa semua urusan pengesahan halal termasuk tugas pemeriksaan dilaksanakan

sepenuhnya oleh pihak JAKIM.

Bagi Memenuhi perkembangan pesat industri makanan halal di Negara ini dan

keperluan semasa umat islam , maka pada tahun 2002 JAKIM telah mewujudkan satu

bahagian baru yang dinamakan sebagai Bahagian Makanan Dan Barangan Gunaaan

Islam untuk menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan pengesahan halal kepada

makanan dan produk gunaan Islam. Bahagian Hub Halal JAKIM rasminya pada

November 2005 setelah Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan sebanyak 165

perjawatan yang terdiri dari pelbagai Skim dan Gred.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bhg._Hub_Halal)

Page 13: PSM NAS PENTING2

13

2.3 Peranan kerajaan dan sokongan terhadap hub makanan halal

Peranan kementerian dan agensi kerajaan melalui jawatankuasa teknikal

menjadikan Malaysia hub pengeluaran produk halal yang dipengerusikan oleh Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Peranan 14 agensi kerajaan persekutuan dan

semua kerajaan negeri diselaraskan untuk melaksanakan elemen-elemen pembangunan

hak halal.

Antara kementerian dan agensi yang terlibat termasuk Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani, Jabatan Kemajuan Islam, Malaysia (JAKIM) dan Jabatan

Standard Malaysia (JSM). Pada 15 Januari, 2004 logo halal Malaysia telah didaftarkan

certification mark di bawah Akta Cap Dagangan 1976. JAKIM telah diberi hak milik

logo halal Malaysia dan sijil halal JAKIM kini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang

direka oleh SIRIM. Dari segi perundangan dan prosedur Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut meminda peruntukan di bawah Akta

Perihal Dagangan 1975 bagi mengelakkan penyalahgunaan perkataan halal oleh

pengeluar produk-produk dan pengusaha premis.

JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri juga telah menyeragamkan logo,

prosedur, persijilan, borang permohonan, caj persijilan dan melanjutkan tempoh sah sijil

halal JAKIM Jabatan Agama Islam negeri dari setahun ke dua tahun. Bagi memantapkan

lagi program pembangunan industri halal negara, Malaysia turut bekerjasama dengan

negara ASEAN lain dalam meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap logo dan

produk halal Malaysia. Antara inisiatif diadakan termasuk penubuhan kumpulan kerja

mengenai makanan halal yang mana Malaysia berperanan sebagai urus setia. Antara

projek-projek yang akan dilaksanakan untuk oleh kumpulan kerja ini ialah mewujudkan

Page 14: PSM NAS PENTING2

14

sistem akreditasi bagi pengeluar-pengeluar makanan halal Asian, pendaftaran senarai

pengawet halal, pembangunan sumber manusia dan pertukaran maklumat.

Kerajaan juga bertujuan menjadikan standard halal Malaysia untuk persijilan

halal sebagai tanda aras untuk mewujudkan satu standard global. Penekanan kepada

pembangunan hub halal terkanun dalam Pelan Induk Perindustrian II dan Dasar

Pertanian Negara. Pelan Induk Persendirian III yang sedang disediakan akan terus

memberi penekanan terhadap sektor ini.

2.4 Industri makanan halal di Malaysia

Industri makanan halal merupakan satu industri yang makin pesat mengembang

dan Malaysia mempunyai potensi pusat makanan halal dunia yang bernilai RM190

billion. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Unipeq (Unit Penyelidikan Kualiti

Makanan, UKM), industri halal berpotensi untuk berkembang berdasarkan permintaan

dan keperluan 2 billion pengguna Muslim seluruh dunia.

Pasaran makanan antarabangsa bagi makanan halal bernilai USD50 billion

(RM190 billion) dan dijangka meningkat setiap tahun. Malaysia merupakan salah satu

negara pengeluar makanan halal dunia. Potensi pasaran bagi makan halal adalah besar

sama ada domestik mahupun antarabangsa. Permintaan pengguna Muslim terhadap

makanan halal telah meningkatkan lagi industri ini bukan hanya di Malaysia bahkan di

serata dunia. Pasaran bagi makanan halal secara global adalah amat luas. Permintaan

makanan halal dunia dianggarkan bernilai USD80 billion (RM304 billion) setahun

Page 15: PSM NAS PENTING2

15

(Babji, 1998). Populasi muslim yang besar di Timur Tengah, Amerika Utara, Asia

Tenggara, Soviet Union dan China menyediakan pasaran yang lumayan kepada industri

makanan halal (Chaudry,1992).

Sehingga kini, tiada perangkaan menyeluruh diperolehi mengenai prestasi

perdagangan makanan halal Malaysia di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun

bagi tempoh Januari-September 2001, Malaysia mengeksport sejumlah RM 2,843.4 juta

produk makanan ke luar negara. Dari jumlah tersebut sebanyak RM 1,532.5 juta atau

53.9% dieksport ke negara-negara di ASEAN dan Timur Tengah yang merupakan

kawasan paling ramai penduduk Islam dan pengguna terbesar produk makanan halal di

dunia. Destinasi eksport utama negara ialah Singapura, Indonesia, Brunei, Emiriyah

Arab Bersatu dan Saudi Arabia (Sumber : http://www.miti.gov.my/dn3-il.html)

Abdullah berkata Malaysia akan memainkan peranan penting dalam usaha

bertukar-tukar pendapat dan menggalakkan kerjasama hebat antara pemegang

kepentingan industri halal global.Dengan pengalaman Malaysia dalam pembangunan

prosedur standard dan pensijilan, promosi halal di dalam negara dan antarabangsa, saya

percaya Malaysia telah memperolehi pengetahuan sewajarnya dalam memupuk dan

menguruskan industri halal, kata beliau. (http://www.bernama.com)

2.5 Isu Halal Haram masa kini

Pelbagai isu mengenai penyelewengan samaada logo halal, cara pembuatan dan

percampuran barangan yang tidak halal di dedahkan dalam suratkhabar. Ini menjadikan

Page 16: PSM NAS PENTING2

16

kebimbangan terhadap masyarakat Islam yang pastinya mencari produk halal untuk

kegunaan seharian mereka.

Antara isu yang timbul pada masa kini ialah seperti Harian Metro dalam Dr.

Danial (2006) melaporkan sebuah gerai bergerak di Desajaya, Kepong menjual daging

babi salai yang dibungkus dalam plastik berlogo halal jakim. Beberapa orang Islam

sudah terpedaya dengan logo ini dan membeli daging itu. Pihak persatuan Pengguna

Islam Malaysia (PPIM) mengesahkan kejadian ini.

Akbhar harian Metro pada 22 Januari 2010 dalam petikan Mengaku kononnya

adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran `mamak’

muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung

tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus

membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar. Lebih mengejutkan pemilik restoran

berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan

Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia

restoran halal.

2.6 Kepentingan pemakanan yang halal dan baik

Pemakanan yang halal dan baik mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia.

Antara kepentingan ialah manusia dapat mencegah diri dari pelbagai penyakit dan

menjaga kesihatan diri. Apabila kesihatan di jaga ia dapat melahirkan akal yang cerdas.

Seterusnya melahirkan manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara.

Page 17: PSM NAS PENTING2

17

Menurut Ismaiza Ismail (1999), salah satu cara untuk memperolehi hati yang

bersih dari segala sifat jahat (mazmumah), hati yang sensitif dengan Allah, hati yang

mudah tersentuh apabila mendengar ayat-ayat Allah, hati yang terpegun dengan

kekuasaan Allah apa melihat apa juga ciptaan-Nya, hati yang merasa dirinya hamba dan

bukan tuan terhadap Tuhannya, ialah dengan menjaga makanan. Makanan yang dimakan

itu akan menjadi darah daging seseorang. Anggota badan yang mempunyai badan yang

dibina dari sumber makanan yang tidak halal akan menjadi halal bahaman api Neraka.

Manakala pemakanan yang haram seperti pemakanan daging babi, bangkai dan

darah mendatangkan pelbagai penyakit. Mengapa babi di haramkan? Babi merupakan

binatang yang kotor dan suka pada benda-benda kotor. Menurut kajian sains perubatan,

di dalam daging babi, darah dan sel-selnya terkandung cacing yang sangat merbahaya. Ia

dikenali sebgai “ Tinea Soleam” . Cacing ini akan membiak dan membesar di dalam

tubuh manusia. (Sumber: Mohamad Kamal Abd. Aziz, 2001, Kesihatan dari segi Islam

& Sains)

Menurut Mohamad Kamal Abd. Aziz (2001) Apabila manusia memakan

bangkai, kuman yang terdapat dalam bangkai akan beralih ke tubuh manusia. Darah-

darah yang terdapat di dalam tubuh mempercepatkan lagi pembiakannya. Kuman-kuman

tersebut akan mempengaruhi otak manusia.

Menurut Mohamed Jusoh (1986), Hikmat lain yang kita dapati juga ialah supaya

semua manusia menyedari bahawa agama Islam adalah agama yang suci dan baik, sesuai

dengan tabiat manusia sendiri yang sentiasa sukakan kebaikan dan kebersihan, lantas

diharamkan benda-benda yang kotor dan dihalalkan benda-benda yang baik sebagai

sumber makanan dan minuman kepada manusia

Page 18: PSM NAS PENTING2

18

Menurut Islam, penggunaan produk halal memberi kesan yang amat besar

terhadap amal ibadah yang kita laksanakan. Penggunaan produk yang haram akan

mencemari kesucian jiwa dan kebersihan hati kita. Ini dapat dilihat dari hadis yang

berikut bagi mendapatkan doa yang makbul.

"Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah agar menjadikan kami orang yang mustajab

doanya”. Maka Nabi (s.a.w) bersabda yang bermaksud : Wahai Sa’ad, pastikanlah

bahawa makanan kamu makan adalah baik, maka kamu akan menjadi orang yang

mustajab doanya. Demi Dia yang memegang nyawa Muhammad dalam genggaman-

Nya, sesungguhnya apabila seseorang hamba menelan sebutir makanan yang haram

dalam perutnya, maka Allah tidak akan menerima amalan daripadanya selama empat

puluh hari. Dan sesungguhnya sekiranya daging seorang hamba itu tumbuh disebabkan

makanan yang haram, maka neraka adalah yang paling utama untuk dirinya.”

2.7 Halal Dan Haram Dalam Islam

Umat Islam yang beriman amat menitik beratkan konsep halal dan haram dalam

kehidupan. Ini kerana ia akan mempengaruhi sikap seseorang dalam menjalani

kehidupan seharian mereka.Lebih-lebih lagi mereka adalah golongan yang menuntut

keredhaan Allah Taala.

Page 19: PSM NAS PENTING2

19

2.7.1 Halal

Menurut Ahmad H. Sakr (1991) Halal adalah perkataan Arab yang bermaksud

dbenarkan atau dibolehkan. Dalam perkara tentang diet dan makanan, kebanyakan dikira

halal melainkan perkara ini khusus dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. Manusia

tidak boleh sama sekali mengatakan yang haram kepada halal. Begitu juga adalah haram

membuatkan yang halal kepada haram.

Sebagai contoh, bagi menentukan sama ada daging itu boleh dikira halal,

binatang berkenaan mestilah telah disembelih dengan nama Allah. Peraturan

bagimelakukan sembelihan hendaklah memotong bahagian hadapan leher dari urat darah

ke urat darah. Kemudian, darahnya dibiarkan mengalir keluar sehingga habis maka

barulah kepalanya boleh di putuskan. Pisau yang digunakan untuk menyembelih

mestilah cukup tajam dan sembelihan yang dibuat hendaklah dengan pantas supaya

binatang itu tidak merasakan kesakitan.

Menurut Mohamed (1986), Di antara amalan agama Islam ialah suka kepada

kebersihan dan kesihatan. Berdasarkan amalan itu Islam mengharuskan segala benda

baik yang boleh member tenaga kekuaan dan kesihatan kepada manusia adalah halal

dimakan. Firman Allah dalam Al-Quran:

����������� ������� ������� ����� ��� �������� ������� �������

���� ���������� ��������� ����������� ������� ���� ������

������ �����

Terjemahan: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal

lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah

kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena

Page 20: PSM NAS PENTING2

20

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata

bagimu.

(Surah Al-Baqarah: 168)

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah menyuruh manusia makan

segala beda yang baik dan halal di atas muka bumi ini. Allah s.w.t. telah menjadikan

bumi ini penuh dengan benda-benda yang baik yang boleh dipergunakan untuk dijadikan

makanan dan minuman sama ada berbentuk cecair yang turun dari langit ataupu yang

keluar dari bumi, seperti tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang udara dan berbagai jenis

lagi.

Tuntutan agama Islam kepada umatnya untuk mengambil makanan yang halal,

baik dan menghindari makanan yang haram banyak terdapat di dalam Al-Quran.

Beberapa contohnya, firman Allah Taala yang berbunyi:

����������� ��������� ���������� �� ������������ ��������� ����

������ ���� ���� ���� ������������ ���� ���� �� ������

�������������� ���� ��������� ����� ��������� ���� �������

������� ����������� ���� �������� ������ ����� ����������� ����

Terjemahan :Hai orang-orang yang beriman, janganlah

kamu haramkan apa-apa yang baik yang Telah Allah

halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui

batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang

yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang

halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan

kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu

beriman kepada-Nya.

Page 21: PSM NAS PENTING2

21

(Al-Maidah:87-88)

Firman Allah Taala lagi berbunyi:

����������� ��������� ���������� ������ ��� ��������� ���

������������ ������������ �� ��� ������ ������� ����������

�����

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, makanlah di

antara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu

dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-

Nya kamu menyembah.

(Al-Baqarah: 172)

2.7.2 Haram

Menurut Ahmad H.Sakr (1991), Haram adalah perkataan arab yang secara umum

membawa maksud tidak dibenarkan atau dilarang. Dalam Islam, makanan yang haram

adalah makanan yang dilarang untuk orang Islam memakannya.

Menurut Muhammad Uqbah An-Nafiq (2000), haram ialah perkara yang dilarang

atau ditegah melakukannya. Ianya perkara yang menyebabkan berdosa dan dimurkai

Allah. Allah menetapkan perkara itu haram kerana ianya boleh memudaratkan hamba-

hambanya. Allah melarang melakukan perkara yang haram itu kerana kasih sayangnya

Page 22: PSM NAS PENTING2

22

kepada para hambanya dengan memberitahu tentang perkara yang dilarang dan

diharamkan dengan jelas.

Selain itu, menurut Mohamed (1986), Pengharaman benda-benda di atas muka bumi

ini dapat ditinjau dari dua segi:

i. Pengharaman kepada zat atau jenis benda itu sendiri seperti arak dan daging

babi.

ii. Pengharaman kerana sebab lain yang bersangkutan dengannya contohnya

barang-barang curi atau binatang yang tidak disembelih dengan cara yang

dihalalkan. Pada hakikatnya zat benda itu halal tetapi oleh sebab- sebab tertentu

maka diharamkan memakannya bagi umat Islam.

2.7.3 Syubahat

Syubahat berasal dari perkataan Arab iaitu atau شبهة yang bermakna شبهات

kebimbangan, tiada menentu atau keraguan (Kamus As-Shaatir, 2003) Berdasarkan

kepada hadis Rasulullah S.A.W :

“ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya

pula terdapat perkara-perkara yang syubhat (belum diketahui halal dan haramnya)

yang tiada diketahui oleh orang ramai.Orang yang memelihara dirinya daripada

perkara-perkara syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya

dan kehormatannya dari kata nista orang lain. Orang yang tergelincir ke dalam perkara

Page 23: PSM NAS PENTING2

23

haram pula, laksana seorang pengembala yang sedang mengembala di sekitar tempat

larangan, akhirnya lalai, lalu termasuk ke tempat larangan itu”.

Menurut Abdul Hayei Abdul Sukor (1995), hadis ini merupakan pegangan utama

bagi orang yang wara’ di dalam menolak sebarang perkara yang bersifat syubahat.

Menurut beliau lagi, Imam Abu Daud menyatakan hadis ini merupakan satu per empat

dari agama. Ia bermaksud hadis ini menjadi panduan di dalam hal-hal yang berkaitan

dengan halal, haram dan yang meragukan.

Menurut Abdul Hayei Abdul Sukor (1995), Imam Nawawi mengulas semua

perkara halal, haram dan syubahat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1. Halal dan nyata halalnya seperti makan roti, bercakap, berjalan dan lain-lain.

2. Haram yang nyata haramnya seperti minum arak, berzina dan sebagainya.

3. Syubhah iaitu sesuatu yang tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram.

Menurut persatuan pengguna Pulau Pinang (2006) Persijilan halal tidak

berwibawa dan tidak diiktiraf oleh Jakim boeh dipertikai. Ini kerana pada masa sekarang

terdapat banyak keraguan yang terdapat pada barang makanan dan produk yang diimport

juga bukan buatan orang Islam. Malaysia banyak mengimport makanan dari negara

seperti Britain, Taiwan, Belanda, India Amerika Syarikat dan China.

2.7.4 Makanan yang halal dalam Islam

Page 24: PSM NAS PENTING2

24

Menurut Naziyan (2003), terdapat 60 tempat di dalam al-Quran menyatakan

tentang perkara halal, 37 ayat yang menyatakan pelbagai sudut dan 20 ayat yang

merangkumi halal dengan bab ibadat, muamalat, munakahat, ketatanegaraan dan

sebagainya.

Menurut Che Wan Jasimah (2000), di dalam Al-Quran makanan yang baik

dirujuk kepada Tayyib. Menurut istilah bahasa Arab, makanan diistilahkan sebagai

at’imah iaitu jamak kepada tho’am yang bermakna merasai sesuatu sama ada manis,

pahit, masam, masin dan sebagainya. Makanan juga boleh diertikan sebagai proses

memamah atau mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair. Dengan kata

lain, ia melibatkan perbuatan memakan makanan yang boleh dikunyah yang berbuku,

berketul, berbiji seperti roti, nasi, buah-buahan dan seumpamanya. Manakala minuman

pula adalah proses perbuatan meneguk, menghirup sesuatu yang cair seperti susu, madu,

air yang mana ia tidak perlu dikunyah atau dimamah.

Menurut Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa A-Bugho & Ali Asy-Syarbaji

(1999), kaedah halal dan haram telah ditetapkan melalui ayat al-Quran iaitu:

��� �� ������ ��� ���� ������� ������ ��������� ����� ������

������������ ���� ��� ������ �������� ���� ����� ���������� ����

����� ������� ��������� ������ ���� ������� ������ ������� ����

����� ������ �������� ������ ���� ���� ���� ������ ������

������� ������� �����

Terjemahan:. Katakanlah: "Tiadalah Aku peroleh dalam

wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang

diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali

kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau

daging babi - Karena Sesungguhnya semua itu kotor - atau

Page 25: PSM NAS PENTING2

25

binatang yang disembelih atas nama selain Allah.

barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia

tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas,

Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi

Maha penyayang".

(Al- An’am : 145)

Islam mengharuskan memakan binatang yang berada di dalam laut seperti ikan,

sotong, kerang dan pelbagai jenis binatang laut. Ia adalah halal di makan dan

keharusannya ada di sebut di dalam Al-Quran, Firman Allah Taala :

������ ���� ������ �������� ������������ �������� ����

������������� � ��������� ��������� ������ ������� ���

�������� ������� ����������� ���� �������� ������� �����������

����

Terjemahan: Dihalalkan bagimu binatang buruan

laut[442] dan makanan (yang berasal) dari laut[443]

sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang

yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu

(menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam

ihram. dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nyalah

kamu akan dikumpulkan.

(Al- Maidah: 96)

Selain itu, terdapat pelbagai makanan yang dihalalkan di dalam Islam yang boleh

didapatkan oleh umat Islam. Antara makanan yang halal di makan di dalam Islam adalah

seperti berikut:

Page 26: PSM NAS PENTING2

26

1. Burung-burung seperti unta, itik, angsa, ayam, ghurabu, zar’u, qhito, burung

puyuh, merpati, semua jenis burung pipit, zarzur dan bulbul.

2. Selain itu, dihalalkan setiap benda yang suci dan tidak memudaratkan. Ini

bermakna ianya tidak dipandang keji, jijik dan tidak ada perasaan geli padanya

seperti bunga, buah,bijan, telur, keju, dan sebagainya. manakala yang dipandang

jijik, geli oleh perasan makan diharamkan memakannya dan meminumnya

seperti hingus, mani dan sebagainya.

3. Dihalalkan juga semua susu binatang yang boleh dimakan dagingnya. Bagi susu

yang tidak dimakan dagingnya maka haram kecuali susu manusia, ianya suci dan

halal untuk diminum.

Makanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati

syarat-syarat berikut :-

1. Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang

tidak halal mengikut syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih

mengikut hukum syarak.

2. Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.

3. Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah

dicemari bahan-bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.

4. Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau

pemindahannya, makanan tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak

menepati keperluan di atas atau bahan-bahan yang telah dimaktubkan sebagai

najis oleh hukum syarak. (Sumber : http://www.agribdc.gov.my)

Page 27: PSM NAS PENTING2

27

Makanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan

menepati syarat- syarat berikut:

a. Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak

halal mengikut syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut

hukum syarak.

b. Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.

c. Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah dicemari

bahan-bahan najis menurut syara’.

d.Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahannya,

makanan tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak menepati keperluan a, b

atau c di atas atau bahan-bahan yang telah dimaktubkan sebagai najis oleh hukum syarak

.(Sumber: http://www.yadim.com.my)

Imam Sahl Bin Abdullah dalam Dr. Danial (2006), “ Kejayaan terletak pada tiga

perkara iaitu mengambil makanan yang halal, menunaikan amalan yang fardu dan

mengikut petunjuk Rasulullah dalam hidup.”

2.7.5 Makanan yang haram dalam Islam

Binatang buas yang memiliki taring yang kuat dan digunakan untuk menangkap

mangsa adalah binatang buas yang diharamkan. Contohnya, anjing, serigala, kucing,

Page 28: PSM NAS PENTING2

28

babi, beruang, kera, harimau dan ibnu awa.. Selain itu, binatang buas yang diharamkan

ialah binatang yang menyerang manusia seperti singa dan serigala.

2.7.6 Bangkai

Menurut Che Wan Jasimah (2000), maksud bangkai menurut Islam ialah

binatang-binatang yang mati tidak mengikut kehendak syariat seperti terjatuh, tercekik,

dipukul, dimkan binatang buas, dan ditanduk. Menurut Yusof al-qardhawi pula, beliau

menyatakan bangkai seperti berikut:

1. Al-Munkhaniqah, iaitu binatang yang mati dicekik, baik dngan cara menghimpit

leher binatang atau meletakkan kepalanya pada tempat yang sempit dan

sebagainya sehingga ia mati.

2. Al-Mauqudzah, iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan

sebagainya.

3. Al-Mutaraddiyyan, iaitu binatang yang jatuh dari tempat tinggi sehingga mati.

Contohnya, binatang yang terjatuh ke dalam telaga.

4. An-Nathihah, iaitu binatang yang ditangkap oleh binatang buas dan dimakan

sebahagiannya sehingga mati.

Di dalam al-Quran ada menjelaskan mengenai maksud bangkai. Firman Allah Taala:

��������� ��������� ����������� ��������� �������� ������������

������ ������ ������� ���� ����� �����������������

���������������� ������������������ ������������� ������

Page 29: PSM NAS PENTING2

29

������ ������� ���� ��� ���������� ����� ������ ����� ��������

����� ��������������� ������������ ������� ������

��������� ������ ��������� ��������� ��� �������� ����

������������ ������������ ��������� ���������� ����

�������� ������������ ��������� ��������� ��������� ����

����������� ������ ������ �������� ��� ���������� ������

���������� ������ � ������ ���� ������� ������� ���

Terjemahan:. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,

darah daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas

nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang

jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali

yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan

bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan (diharamkan

juga) mengundi nasib dengan anak panah (mengundi

nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. pada hari

ini orang-orang kafir Telah putus asa untuk (mengalahkan)

agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka

dan takutlah kepada-Ku. pada hari Ini Telah

Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-

cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam

itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa

terpaksaKarena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang.

(Al-Maidah : 3)

2.8 Asas penentuan halal dan haram

Page 30: PSM NAS PENTING2

30

Menurut Che Wan Jasimah (2000), terdapat beberapa penentuan halal dan haram

yang boleh dijadikan penentuan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana

Menteri. Ia mentakrifkan makanan halal sebagai:

1. Tidak terdiri atau mengandungi apa-apa bahagian atau anggota lain daripada

binatang-binatang diharamkan ke atas orang Islam memakannya atau tidak di

sembelih mengikut syarak.

2. Mengandungi apa-apa bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum

syarak.

3. Tidak disediakan atau diproses dengan menggunakan alat-alat atau benda-benda

najis mengikut hukum syarak.

4. Dalam masa menyelia, memproses atau menyimpan bahan tersebut ia tidak boleh

bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi

kehendak- kehendak perkara .2 dan 3 atau menyentuh apa-apa benda yang

dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa A-Bugho & Ali Asy-Syarbaji (1999),

menyenaraikan binatang atau perkara yang diharamkan seperti berikut:

1. Kesemua jenis serangga iaitu yang melata di bumi seperti semut, lalat,

kelawar, ulat, ular, kepiting, kutu, cengkerik, cicak dan seumpamanya

diharamkan dimakan.

2. Binatang yang memiliki bisa, sengat dan racun juga diharamkan. Sebagai

contoh seperti lebah, tebuan, labah-labah dan sebagainya. namun begitu

Page 31: PSM NAS PENTING2

31

srangga seperti belalang, landak, dhob dan yarbu’ adalah dikecualikan

dan juga ulat yang berada di dalam buah jika termakan bersamanya.

3. Jenis-jenis burung yang diharamkan seperti burung kakak tua, burung

merak, rakhamah, burung bughatah, khutaf dan kelawar.

4. Bagi setiap benda yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan

contohnya cecair seperti cuka, minyak, manisan anggur dan sebagainya

yang najis terjatubh ke dalamnya diharam memakannnya.

5. Setiap yang memudaratkan tubuh badan juga dianggap haram seperti

batu, tanah, kaca, racun, canda, dadah dan rokok.

2.8.1 Penyembelihan

Di dalam al-Quran, Allah Taala menjelaskan bahawa pengambilan daging

binatang atau makanan halal bermula dengan penyembelihan ataupun Az-Zabaih.

Sembelihan pula hendaklah dilakukan di atas nama Allah taala dan buakn slain darinya.

Sekiranya menggunakan anam selain Allah ia dianggap bagkai dan haram di makan.

Firman Allah Taala :

������� ������ ��������� ����������� ��������� �������

����������� ������ ������ ����� ������� ���� � ������ ��������

������ ���� ���� ���� ���� ������ �������� ���� ���� �������

������� �����

Terjemahan: Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan

bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang

(ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah[108].

Page 32: PSM NAS PENTING2

32

tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya)

sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula)

melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang.

(Surah Al-Baqarah: 173)

Firman allah taala lagi yang berbunyi:

���� ���������� ����� ��� �������� ������ ���� �������� ���������

������� ������ ������������ ��������� ������

��������������� �������������� � ������ ���������������

������� ������������� �����

Terjemahan: Dan janganlah kamu memakan binatang-

binatang yang tidak disebut nama Allah ketika

menyembelihnya Sesungguhnya perbuatan yang semacam

itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu

membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka

membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka,

Sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang

musyrik.

(Al-An’am: 121)

2.9 Kajian Lepas

Page 33: PSM NAS PENTING2

33

Dalam kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada beberapa kajian yang berbentuk

ilmiah berkaitan dengan tajuk kajian ini.Aspek yang diberi penekanan ialah berkaitan

persepsi pelajar terhadap makanan halal di Malaysia dan pengetahuan tentang makanan

halal.

Mardziyah (2009: 80), dalam kajiannya yang bertajuk “ Persepsi wanita

bekerjaya terhadap halal haram dalam pemakanan” mendapati bahawa wanita

bekerjaya mempunyai pesepsi yang tinggi dalam pemilihan makanan yang halal iaitu

dengan min 4.59. Wanita bekerjaya juga mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap

konsep makanan halal dan haram dalam Islam iaitu min sebanyak 4.74. Manakala

kesedaran wanita bekerjaya terhadap pemilihan makanan halal berada pada tahap yang

tinggi iaitu dengan min 4.67.

Noriah dalam Mardziyah (2009), kajian yang bertajuk “ Sensitiviti Masyarakat

Islam Terhadap Pemilihan Makanan Halal Dalam kehidupan Seharian”, mendapati

bahawa masyarakat mempumyai tahap sensitiviti yang tinggi terhadap pemilihan

makanan halal dalam kehidupan seharian mereka iaitu dengan min 4.53. Masyarakat

Islam juga mempunyai tahap kefahaman yang tinggi tentang konsep makanan halal

dalam Islam iaitu dengan min 4.61.

Menurut kajian Siti Rosni (2006:68) yang bertajuk “Faktor-faktor yang

mempunyai hubungan dengan penggunaan logo halal dan sijil pengesahan halal

dikalangan peniaga makanan: Kajian di UTM, Skudai “ mendapati peniaga makanan

mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam penggunaan logo halal dan SPH iaitu

dengan min 4.55.

Page 34: PSM NAS PENTING2

34

Selain itu, menurut Mohd Yusof dalam Siti Rosni (2006:79) yang bertajuk “

Keperihatinan Pengguna Islam Terhadap Logo Halal pada produk makanan, mendapat

majoriti penduduk kampung Melayu Simpang Renggam denga peratusan 67 peratus

mempunyai persepsi yang baik terhadap logo halal dalam pembelian produk makanan

dengan min 3.89. Manakala kajian peranan pengguna Islam dalam memilih produk

makanan yang mempunyai logo halal sebanyak 56.6 peratus dengan min 3.45.

Seterusnya kajian penerimaan pengguan Islam terhadap penggunaan logo halal pada

produk makanan dengan min 3.90 iaitu 73.4 peratus.

Menurut kajian, Mohd Fadhil (2003:80) pula, yang bertajuk “ Sikap Pelajar SPI

Terhadap hukum Halal Haram: Kajian Terhadap Amalan Pemakanan, Pakaian

danUrusan Kewangan” mendapati tahap pengetahuan dan kefahaman serta sikap pelajar

SPI terhadap hukum halal dan haram adalah positif terutama dalam pemakanan, pakaian

dan kewangan.

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa persepsi dan permintaan

masyarakat Islam terhadap Hub Makanan Halal di Malaysia amat tinggi. Antara yamg

diterangkan di atas ialah persepsi terhadap penggunaan logo halal, pengambilan

makanan halal. Manakala kajian-kajaian yang pernah dibuat adalah berkenaan persepsi

masyarakat mengenai halal dan haram, penggunaan logo halal di kalangan pengusaha

dan peranan JAKIM dalam menangani isu halal haram di Malaysia.

2.10 Kesimpulan

Pelbagai masalah yang timbul dikalangan umat Islam di Malaysia untuk

mendapatkan makanan yang halal. Berdasarkan kajian yang dibuat industri pembuatan

Page 35: PSM NAS PENTING2

35

makanan yang halal di Malaysia di kuasai oleh orang bukan Islam. Semestinya acuan

dan kandungan bahan makanan tersebut mengikut citarasa mereka dan menjadi cabaran

bagi umat Islam masa kini untuk menentukan makanan yang halal.

BAB 3

Page 36: PSM NAS PENTING2

36

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang dijalankan dalam kajian ini.

Penganalisaan dan persembahan data adalah merupakan perkara yang perlu diberi

perhatian yang utama bagi mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Antara aspek yang

diberi penekanan dalam bab ini adalah rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel

kajian, soalselidik kajain, kajian rintis, prosedur kajian dan kaedah menganalisis data.

3.2 Reka bentuk kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data

menggunakan kaedah statistik asas kekerapan dan peratus untuk menerangkan jumlah

kekerapan setiap ciri pemboleubah, Mohd Najib (2003). Dalam kajian ini penyelidik

menggunakan statistik asas peratusan. Data-data mengenai persoalan kajian diperolehi

melalui kaedah soalselidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi

mengetahui sikap seseorang.

Page 37: PSM NAS PENTING2

37

Kajian ini dijalankan secara deskriptif juga adalah kerana untuk mengetahui

tentang Persepsi pelajar terhadap Malaysia sebagai Hub Makanan Halal , pengetahuan

pelajar tentang hub makanan halal dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan hub

makanan halal.

Kajian berbentuk deskriptif ini juga dikenali sebagai kajian secara tinjauan.

Menurut Cohen dan Manion dalam Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999:46) tinjauan

ialah mengambil data dalam satu masa tertentu sahaja, selalunya menggunakan set soal

selidik. Oleh itu, penyelidik memilih untuk mengedarkan set borang soal selidik kepada

setiap responden bagi memperolehi maklum balas dengan mudah.

Soal selidik ini dibina dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A

berkaitan dengan demografi responden. Manakala bahagian B, C dan D pula

mengandungi item-item yang dibina berdasarkan objektif kajian iaitu mengenal pasti

persepsi pelajar terhadap hub makanan halal di Malaysia, pengetahuan pelajar tentang

hub makanan halal dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan hub makanan halal.

Semua maklumat yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis secara kuantitatif mengikut

aspek yang telah ditentukan.

Data kajian ini adalah berdasarkan skor terhadap item-item yang telah dikodkan.

Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social

Science” (SPSS) version 13.0.

Page 38: PSM NAS PENTING2

38

3.3 Populasi kajian

Kajian ini dilakukan di Fakulti Pendidikan, Universti Teknologi Malaysia.

Populasi kajian ini melibatkan para pelajar tahun Empat Fakulti Pendidikan kursus

(Kemhiran Hidup)sesi 2009/2010 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

berjumlah 477 orang pelajar. Ianya melibatkan kursus SPI, SPK,SPN,SPS. Menurut

Najib (1999), penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian amat penting supaya

sampel tersebut dapat mewakili populasi yang dikaji. Beliau juga menyarankan lebih

banyak nilai peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana sampel yang

dipilih berkemungkinan besar mempunyai ciri-ciri populasi. Dalam kajian ini, seramai

100% orang sampel terlibat dalam kajian ini.Menurut Mohammad Najib Abdul Ghafar

(1999: 38), pemilihan sampel sebanyak 30% sudah memadai bagi mewakili populasi.

3.4 Sampel kajian

Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak

mudah. Menurut Sidek Mohd Noah (2002: 86) terdapat empat kaedah utama dalam

membuat persampelan iaitu persampelan rawak mudah, persampelan rawak berlapis,

persampelan berkelompok dan persampelan sistematik. Kaedah persampelan ini dipilih

mengikut kesesuaian kajian. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji memilih

persampelan rawak mudah iaitu sampel kajian daripada jumlah populasi.

Page 39: PSM NAS PENTING2

39

3.5 Soal Selidik kajian

Jenis soalselidik yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada soal

selidik. Faktor pengkaji menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan

maklumat daripada responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan

kajian. Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden

menjawab dengan cepat (Mohd Najib, 1999).Instrumen kajian merupakan alat yang

digunakan untuk mendapatkan data dari sampel. Pengkaji juga menggunakan

menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian kerana ianya dapat menjimatkan

kos, masa dan tenaga pengkaji bagi mengumpulkan data.

Selain itu, soal selidik ini mengandungi soalan yang sama kepada semua

responden. Oleh yang demikian, melalui soal selidik ini dapat menghasilkan keputusan

tepat disamping jumlah responden yang ramai. Responden juga diberi kebebasan untuk

menjawab soal selidik dengan jujur kerana segala maklumat akan dirahsiakan. Pengkaji

telah menggunakan dua data untuk mengumpulkan maklumat tentang kajian ini iaitu

data primer dan data sekunder.

3.5.1 Pengumpulan Data Primer

Kajian ini menggunakan set soal selidik sebagai data primer yang akan diedarkan ke

atas setiap responden. Set soal selidik ini dibina dan diubah suai oleh pengkaji dari

Page 40: PSM NAS PENTING2

40

pelajar senior Mardziyah dan di olah sendiri oleh pengkaji dimana ia terbahagi kepada 4

bahagian iaitu bahagian A,B, C dan D.

Bahagian A berkaitan dengan demografi responden. Item-item dalam bahagian ini

yang dikemukakan adalah jantina, umur dan kelayakan pendidikan. Bahagian B pula

berkaitan dengan objektif kajian yang pertama iaitu persepsi pelajar terhadap hub

makanan halal di Malaysia. Bahagian C adalah mengenai pengetahuan pelajar tentang

hub makanan halal . Dan akhir sekali bahagian D berkaitan tentang kesedaran pelajar

terhadap kepentingan hub makanan halal. Terdapat 35 soalan yang dikemukakan kepada

responden dalam bahagian ini iaitu bahagian A lima soalan, bahagian B sepuluh,

bahagian C sepuluh soalan dan akhir sekali bahagian D sepuluh soalan.

Soal selidik ini dibina dan diubah suai berdasarkan soal selidik yang digunakan oleh

Silahuddin (2007). Menurut Mohd Najib (1999: 56) pengkaji boleh membina sendiri

skala kajiannya. Oleh itu, pengkaji membina soal selidik yang berasaskan kepada skala

likert dan ianya dipilih kerana mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Skala pemeringkatan likert 1 hingga 5 digunakan oleh responden dalam membuat

pilihan jawapan dengan hanya membulatkan jawapan yang dipilih pada nombor likert.

Jadual 3.1: Tahap pemeringkatan skor di dalam skala likert

Sangat

Tidak Setuju

Tidak Setuju

(TS)

Kurang

Setuju

Setuju

(S)

Sangat

Setuju

Page 41: PSM NAS PENTING2

41

(STS) (KS) (SS)

Skor 1 2 3 4 5

Bagi tujuan menganalisis, pengkaji mengkategorikan kembali lima

pemeringkatan skor skala likert kepada tiga peringkat. Ia bertujuan mengelaskan setiap

item kepada tahap-tahap tertentu seperti jadual dibawah:

Jadual 3.2: Nilai skor min

NILAI SKOR MIN TAHAP

3.50 hingga 5.0 Tinggi

2.50 hingga 3.49 Sederhana

1.00 hingga 2.49 Rendah

Sumber: Uma Sekaran (2003:200)

Pengkaji membahagikan tahap min berdasarkan kenyataan Uma Sekaran

(2003: 200) jika min yang diperolehi berada dalam julat 3.50 hingga 5.00 maka

tahap min berada pada skala yang tinggi. Nilai min yang berada pada julat 2.50

hingga 3.49, maka tahap min berada pada skala sederhana. Manakala apabila tahap

min berada pada julat 1.00 hingga 2.49 maka skala min adalah rendah.

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder

Page 42: PSM NAS PENTING2

42

Bagi mendapatkan maklumat-maklumat tertentu, data-data sekunder yang

relevan diperlukan bagi menyokong huraian tersebut. Data-data ini diperolehi

melalui:

i. Buku-buku, laporan kajian dan penyelidikan bertulis di

Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ).

ii. Tesis di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

iii. Internet.

iv. Media cetak dan elektronik.

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan sebelum melakukan kajian sebenar. Melalui kajian rintis

ini, pengkaji berpeluang untuk memperbaiki soalan yang kurang sesuai dengan

menambahkan soalan yang bersesuaian. Pengkaji perlu melihat dahulu tahap

kebolehpercayaan item set soal selidik sebelum melakukan kajian sebenar. Menurut

Mohd Najib (1999: 74) tahap kebolehpercayaan yang boleh diterima dalam membina set

soal selidik ialah 0.8 ke atas. Manakala saiz sampel untuk kajian rintis memadai 6

hingga 10 orang sahaja serta mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kumpulan sebenar

yang digunakan dalam penyelidikan. Berdasarkan kenyataan Mohd Najib, pengkaji telah

memilih seramai 10 orang responden dalam kajian rintis ini daripada pelajar Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam ) dan Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia.

3.7 Prosedur Kajian

Page 43: PSM NAS PENTING2

43

Kajian ini bermula pada semester pertama sesi 2009/2010. Langkah pertama

yang diambil oleh pengkaji ialah berbincang terlebih dahulu dengan penyelia berkenaan

dengan tajuk kajian yang dipilih sama ada relevan atau tidak. Setelah mendapat

kelulusan tajuk daripada penyelia, pengkaji memulakan proses pencarian maklumat di

Perpustakaan Sultanah Zanariah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tesis di

Fakulti Pendididikan, Universiti Teknologi Malaysia dan internet. Kemudian pengkaji

membina borang soal selidik dan melakukan kajian rintis. Semasa proses mendapatkan

maklumat daripada responden, pengkaji memilih untuk mengedar dan mengutip sendiri

data borang soal selidik daripada responden yang telah dipilih. Di samping penerangan

secara terperinci dapat diberitahu oleh pengkaji sendiri kepada responden. Rasionalnya

ialah tidak akan berlaku keciciran hasil dapatan kajian dan menjimatkan masa pengkaji

untuk memproses hasil dapatan. Akhirnya, pengkaji dapat memasukkan data yang

diperolehi ke dalam perisian“Statistical Package for Social Science” (SPSS) version

13.0 untuk mendapatkan hasil dapatan kajian dari aspek min, kekerapan dan peratus.

Bagi menjelaskan lagi prosedur kajian ini, pengkaji membina rajah bagi

menunjukkan rangka kerja keseluruhan bagi kajian ini:

Perbincangan tajuk dengan penyelia dan penetapan tajuk, objektif serta soal selidik

Pencarian maklumat di Perpustakaan Sultanah Zanariah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tesis di Fakulti Pendididikan, Universiti

Teknologi Malaysia dan internet

Menbina borang soal selidik

Melakukan kajian rintis dan analisis data hasil daripada kajian rintis

Page 44: PSM NAS PENTING2

44

Rajah 3.4: Prosedur kajian

3.8 Analisa Data

Perisian analisis data yang dipilih oleh pengkaji ialah perisian “Statistical

Package for Social Science” (SPSS) version 13.0. Perisian ini digunakan untuk

menganalisis data yang diperoleh daripada borang soal selidik. Pengkaji memilih untuk

menggunakan perisian ini kerana perisian ini mudah untuk digunakan dan hasil dari

proses analisis adalah tepat dan mudah untuk dibuat kesimpulan data.

Hasil dari proses analisis data ini, dapatan analisis akan dipaparkan dalam bentuk

jadual yang menunjukkan kekerapan, min dan peratusan. Setiap keputusan yang

diperolehi akan dibincangkan mengikut setiap item dengan berpandukan objektif kajian.

3.9 Kesimpulan

Mengedarkan dan mengutip borang soal selidik

Analisis data dengan menggunakan perisian“Statistical Package for Social Science” (SPSS) version 13.0

Page 45: PSM NAS PENTING2

45

Metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah sebagai panduan dan

gambaran yang dapat memberi hala tuju proses kajian dengan lebih teratur dan

sistematik. Oleh itu, pengkaji telah memperlihatkan langkah-langkah yang dilakukan

dalam proses melaksanakan kajian. Setiap prosedur yang dinyatakan dalam bab ini

bertujuan memudahkan proses penyelidikan dijalankan.