aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi · pdf filepenyelidikan atau laporan projek sarjana...

119
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongnhan

Post on 04-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang
Page 3: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI ___________

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. YAHYA BIN BUNTAT Blok 3B-T.01-U.09, (NAMA PENYELIA) Presint 9,62250 Putrajaya Tarikh:___________________ Tarikh: ____________________

Page 4: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT

Tarikh :

Page 5: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

i

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH

MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 6: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penyelia : MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI

Tarikh :

Page 7: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

iii

DEDIKASI

“Syukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan demi menperoleh kejayaan dunia dan

akhirat.”

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA ……..

buat babah dan mama yang disanjung dan disayangi,

Mohd Radzi b. Ain dan Salbiah Bt Ibrahim

Jasa dan usaha pengorbananmu sumber kejayaanku.

buat adik beradik yang tersayang,

Kakakku Musfirah Salma

Abangku Mohd Saufi

Adik-adikku,

Musliyana Salma, Mohd Syaffiq, Mursyida Salma, Mohd Syaszuwan

Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku.

buat teman seperjuangan yang dihormati,

Semua warga 4 SPA

Terima kasih diatas sokongan yang tidak terhingga. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua…InsyaAllah.

Page 8: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasullullah

s.a.w.

Alhamdullillah, berkat rahmat dan keizinan- Nya yang telah memberi

semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kejuruteraan Awam.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Dr Yahya bin Buntat selaku pensyarah

pembimbing projek di atas segala bimbingan, nasihat, pandangan, tunjuk ajar dan

sokongan yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung penghargaan tidak terhingga warga 4 SPH yang telah sudi memberi

kerjasama sewaktu kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada bekas penasihat

akademik, En Kamalul Arifin bin Subari di atas pendapat dan sokongan yang tidak

terhingga.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Akhir kata semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat dan rezeki ke atas

mereka di dunia dan akhirat.

Page 9: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi

kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas

reka cipta yang diperoleh di kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia. Seramai 73 orang pelajar yang menjalani kaedah pembelajaran

berasaskan masalah dalam subjek reka cipta dan kini berada di semester akhir

pengajian telah terlibat sebagai sampel kajian. Antara kemahiran berfikir aras tinggi

yang di kaji ialah kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan. Set soal selidik skala Likert

lima mata telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item

soal selidik adalah α = 0.904. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan

kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan keseluruhan

elemen kemahiran berfikir aras tinggi berada pada tahap yang tinggi. Ini

menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi diaplikasikan melalui pembelajaran

berasaskan masalah dalam subjek reka cipta. Beberapa cadangan dikemukakan bagi

memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.

Page 10: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

vi

ABSTRACT

This descriptive study was carried out with purpose to identify the application higher-

order thinking skill through problem based learning in invention class among students in

Bachelor of Technology with Education (Living Skill) from Faculty of Education University

Technology Malaysia. The respondents for this study consisted of 73 students who have

undergone problem-based learning approach in invention class who are currently in their final

semester. This research focuses on the higher-order thinking skill in term of critical thinking

skill, problem solving skill, learning skill, and decision skill. A set of questionnaire was used

as the research instrument. The reliability value for the questionnaire items was α = 0.904.

The result of this study was analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS)

version 15.0 software to obtain the frequency, percentage and mean. Outcome of this study

showed that all of the elements in the higher-order thinking skill are at the high level.

Therefore indicates that the higher-order thinking skills were applied through problem-based

learning in invention subject. Several suggestions were forwarded to possible further studies

can be carried out.

Page 11: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop kajian 13

1.8 Batasan Kajian 14

Page 12: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

viii

1.9 Definisi Istilah 14

1.8.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 14

1.8.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah 14

1.8.3 Reka cipta 15

1.8.4 Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan(Kemahiran Hidup) 15

1.9 Rumusan 16

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(higher order thinking skill) 17

2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam

Kemahiran Generik di UTM 23

2.3 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dari Perspektif

Majikan 24

2.4 Kemahiran Berfikir Kritikal 25

2.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 28

2.6 Kemahiran Belajar 29

2.7 Kemahiran Membuat Keputusan 31

2.8 Pembelajaran Berasaskan Masalah 32

2.9 Reka Cipta 38

2.10 Kajian-kajian Lepas 40

2.11 Rumusan 44

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 45

3.2 Rekabentuk Kajian 45

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 46

3.4 Instrumen Kajian 47

Page 13: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

ix

3.5.1 Bahagian A 47

3.5.2 Bahagian B 48

3.5 Prosedur Kajian 49

3.6 Kajian Rintis 50

3.8.1 Kesahan Soal Selidik 51

3.8.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 51

3.7 Analisis Data 53

3.8 Rumusan 54

BAB 4 : ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 56

4.2.1 Jantina 57

4.2.2 Umur 57

4.2.3 Bangsa 58

4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian 58

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 59

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 61

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 64

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 67

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 70

4.5 Penutup 71

BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan Kajian 72

5.2.1 Bahagian A - Perbincangan Latar Belakang

Responden 72

Page 14: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

x

5.2.2 Bahagian B - Perbincangan Persoalan

Kajian 73

5.2.2.1 Aspek Kemahiran Berfikir Kritikal 73

5.2.2.2 Aspek Kemahiran Menyelesaikan Masalah 75

5.2.2.3 Aspek Kemahiran Belajar 77

5.2.2.4 Aspek Kemahiran Membuat Keputusan 79

5.3 Rumusan Kajian 80

5.4 Cadangan Kajian 81

5.4.1 Pelajar 81

5.4.2 Jabatan Teknik dan Vokasional 82

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.6 Kesimpulan 83

BIBLIOGRAFI 84

LAMPIRAN A-B 94

Page 15: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Kemahiran ‘employability’ menurut

Robinson

2.1 Kemahiran berfikir aras tinggi dari

2

perspektif majikan menurut Cotton 24

3.1 Taburan Item Mengikut Setiap Faktor

Demografi Responden 49

3.2 Pembahagian Item Soal Selidik Bahagian

B Mengikut Persoalan Kajian 49

3.3 Markat Skala Likert 5 Mata 50

3.4 Pekali Alpha Cronbach 53

3.5 Skala pemeringkatan 54

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 54

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 57

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Bangsa 58

4.4 Jadual Skala Likert 5 Peringkat ditukar menjadi

3 peringkat 59

4.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 59

4.6 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran

Berfikir Kritikal 60

4.7 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran

Menyelesaikan Masalah 63

4.8 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran

Belajar 66

Page 16: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

xii

4.9 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran

Membuat Keputusan 69

4.10 Taburan Peratusan Responden Secara

Keseluruhan Persoalan Kajian 71

Page 17: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Taxonomy Bloom (1956) 18

Page 18: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah

PBL - Problem Based Learning

KBKK - Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

IPT - Institut Pengajian Tinggi

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

f - Kekerapan

% - Peratus

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

Page 19: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

Lampiran A Set Soal Selidik 95

Lampiran B Nilai Alpha Cronbach 99

Page 20: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Generasi muda yang berpendidikan sekarang merupakan pelapis negara pada

masa akan datang bagi meningkatkan ekonomi negara dengan kemahiran-kemahiran

yang ada. Menurut Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada

tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Untuk mencapai

matlamat ini, pekerja yang mahir perlu mempunyai kemahiran berfikir pada aras tinggi

di samping menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi (Selva Ranee,

2007).

Dalam proses mencapai hasrat ini, sistem pendidikan di Malaysia kini lebih

menekankan aspek kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Ini jelas tertera dalam

Kurikulum Sekolah Bestari yang dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan keupayaan kognitif. Dalam Pengisian Kurikulum pula telah dinyatakan

secara eksplisit tentang elemen-elemen baru yang amat perlu dikuasai oleh murid.

Elemen-elemen tersebut termasuklah kemahiran berfikir, dan kemahiran belajar cara

belajar. Elemen-elemen ini amat perlu dikuasai murid untuk diaplikasikan dalam dunia

pekerjaan kelak (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003, ms. 5). Antara elemen-elemen

tersebut kemahiran berfikir dianggap sebagai elemen yang sangat penting.

Page 21: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

2

Marlina(2006) dalam kajiannya mengatakan, untuk mencapai hasrat melahirkan

masyarakat yang saintifik, progresif, inovatif dan penyumbang ini maka Malaysia

memerlukan ramai warganegara yang mempunyai kemahiran berfikir yang kritis

terutamanya dari golongan berpendidikan tinggi. Kemahiran berfikir pada aras tinggi

merupakan salah satu elemen dalam kemahiran ‘employability’ yang amat

dititikberatkan oleh setiap majikan sebelum mereka menggaji pekerja.

Konsep kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill) menjadi

agenda utama pendidikan apabila objektif pengajaran Bloom Taxonomy (1956)

diperkenalkan. Kemahiran berfikir aras tinggi ini juga merupakan salah satu kemahiran

‘employability’ yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan.

Pelbagai kemahiran ‘employability’ telah dikenalpasti oleh pelbagai pengkaji mengikut

cara mereka menyusun. Walaubagaimanapun, senarai ‘employability’ yang paling kerap

disebut dan diguna pakai dikategorikan kepada tiga bahagian seperti dalam jadual 1.1.

Kemahiran asas

Jadual 1.1 : Kemahiran ‘employability’ menurut Robinson

Kemahiran berfikir tahap

tinggi

Kemahiran peribadi dan

sikap

Berkomunikasi Berfikiran kritikal Kemahiran sosial

Membaca,memahami

arahan

Belajar Sikap kerja yang baik

Asas aritmetik Menyelesaikan masalah Bekerjasama

Menulis Membuat keputusan Keyakinan diri

Bertanggungjawab

Disiplin

Boleh menyesuaikan diri

( Robinson, 2000 )

Menurut Robinson (2000), selain daripada kemahiran asas, kemahiran yang lebih

penting untuk memperoleh pekerjaan adalah memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi

Page 22: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

3

(higher-order thinking skills). Kemampuan untuk berfikir secara kreatif, belajar,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik adalah penting bagi

seseorang untuk bekerja dengan baik. Sudah tentu pekerja yang dapat berfikir secara

kreatif, bertindak logik, mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

merupakan aset yang sangat berharga. Keadaan ini menjadi lebih baik kepada mereka

yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi dengan mereka yang cuma mempunyai

kemahiran asas pengetahuan.

Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi ke dalam diri pelajar bukan satu

tugas yang mudah. Guru perlu merujuk kepada objektif pengajaran Bloom Taxonomy

(1956) sebagai bantuan. Bloom Taxonomy membahagikan kemahiran berfikir kepada

pengetahuan aras rendah dan aras tinggi iaitu bermula dengan pengetahuan, pemahaman

dan aplikasi. Manakala kemahiran berfikir aras tinggi pula adalah analisis, sistesis dan

penilaian.

Kemahiran berfikir aras tinggi ini dilihat sebagai satu kepentingan untuk

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk melatih kemahiran berfikir

aras tinggi, pelajar mestilah berada dalam kaedah pembelajaran aktif (Pawani,2002).

Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti ‘

problem-based

learning, project based learning, discovery learning, inquiry-based learning,

simulations, games, writing papers, debating’, dan lain-lain. Semua bentuk

pembelajaran aktif adalah berasaskan ‘learning by doing’ iaitu belajar daripada

perbuatan (learning by doing) dan pelajar terlibat secara aktif di dalam pembelajaran

mereka.

Menurut Ramsay (2006), pembelajaran berasaskan masalah (PBM) adalah satu

kaedah yang berkesan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi. PBM dalam

kaedah pengajaran adalah berpusatkan pelajar yang mana meningkatkan kebolehan

pelajar untuk menganalisa, mengsintesis dan menilai sesuatu masalah. PBM adalah

strategi pengajaran yang menggunakan masalah sebenar sebagai kaedah pembelajaran.

Page 23: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

4

Masalah yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran berasaskan masalah adalah

kompleks dan berasaskan situasi dunia sebenar.

Menurut Siti Norbaizura (2006), selain itu, menerusi PBM juga dilihat dapat

memberi peluang kepada para pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi

seperti kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar bagi situasi tertentu yang

mungkin rumit. Sekiranya pelajar mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, maka ini

akan melahirkan satu kelompok sumber tenaga yang professional untuk negara. Kualiti

sebegini sememangnya penting bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah

negara sekiranya rakyatnya produktif dan sentiasa maju ke hadapan.

1.2 Latar belakang masalah

Masalah pengangguran dikalangan graduan IPTA dan IPTS bukan lagi

merupakan sesuatu isu yang janggal dewasa ini. Terdapat banyak faktor yang telah

menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. Menurut Hasyamuddin (2008).

Negara Malaysia kini dikenali sebagai NIC (New Industrialised Country), oleh itu dalam

era globalisasi ini negara memerlukan tenaga pekerja mahir serta separuh mahir yang

boleh memenuhi ciri-ciri k-worker seperti mana dikehendaki oleh industri bagi

menangani persaingan dari negara-negara lain.

Dalam persekitaran ekonomi global semasa, terdapat syarikat, khususnya dalam

sektor pembuatan, terpaksa memberhenti atau mengurangkan operasi. Ini dijangka

mengakibatkan kadar pengangguran bagi 2009 meningkat kepada 4.5 peratus

berbanding 3.7 peratus bagi 2008. Sejak Oktober 2008, seramai 25,000 telah kehilangan

pekerjaan. Terdapat juga 30,900 pekerja yang telah diberhentikan secara sementara dan

23,900 yang terpaksa bekerja dengan pengurangan gaji. Selain dari ini, terdapat kira-kira

100,000 pekerja yang tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa dan oleh itu,

pendapatan mereka telah berkurangan dengan agak ketara (Najib, 2009)

Page 24: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

5

Menurut Noraishah (2004), pengajaran guru juga tidak sistematik dan tidak ada

kesinambungan dengan pengajaran yang sebelumnya menyebabkan pelajar tidak mampu

menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian

dengan sempurna. Pelajar perlu mempunyai senarai kemahiran-kemahiran untuk

menyesuaikan diri dalam perubahan baru dunia dan mengendalikan tugas dengan

jayanya. Kemahiran-kemahiran ini boleh disenaraikan seperti:, penyelesaian masalah,

kemahiran berfikir dan lain-lain (Fahriye et el, 2008)

Menurut Kathryn. S (1988), pelajar yang lemah dalam menyelesaikan masalah

dan kemahiran berfikir dapat dilihat pada setiap peringkat pendidikan.

Walaubagaimanapun, subjek yang melibatkan pemikiran kritikal akan berhasil dalam

pemecahan kemahiran berfikir. Pada setiap peringkat pendidikan, kemahiran berfikir

mestilah dipraktikkan dalam setiap kandungan bidang. Ini merupakan kerja yang sukar

bagi setiap pendidik. Pendidik mudah untuk mengajar pelajar untuk mengingat fakta

dan kemudian menilai mereka melalui ujian multiple-choice tetapi sukar bagi mereka

untuk mengajar pelajar dalam menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu kandungan

pelajaran. Dalam sesuatu kursus yang menekankan pemikiran kritikal, objektif

pengajaran mestilah merangkumi aplikasi, sistesis dan analisis, pemikiran yang

mencapah dan peluang untuk menyusun idea-idea. Jika pendidik sedar akan kesilapan

mereka hari ini keadaan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Menurut Hasliza (2002), faktor graduan tidak mendapat tempat dipasaran adalah

disebabkan tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skill atau kemahiran generik

seperti kemahiran berfikir aras tinggi yang menjadi agenda utama dalam dunia

pendidikan hari ini. Menurut Yahya dan Rashid (2006) dalam kajiannya, komponen

kemahiran berfikir aras tinggi dalam aspek penting kemahiran ‘employability’ adalah

pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran belajar dan kemahiran

membuat keputusan merupakan kemahiran yang dititikberatkan oleh setiap majikan.

Page 25: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

6

Kegagalan para graduan untuk berfikir aras tinggi dipengaruhi oleh beberapa

faktor seperti lemah dalam pemikiran kritikal, lemah dalam menyelesaikan masalah,

lemah dalam kemahiran belajar dan lemah dalam membuat sesuatu keputusan.

1.2.1 Lemah dalam pemikiran kritikal.

Menurut Siti Rahayah et al (2008). Pemikir kritikal ialah orang yang berfikir

secara reaktif. Seseorang yang mempunyai pemikiran kritikal dikatakan pandai

mengemukakan kritikan-krikan tajam dan membuat penilaian yang perseptif. Budaya

intelektual kita secara tradisional sangat mengagungkan kepintaran kritikal.

Walaupun penekanan dalam penguasaan kemahiran berfikir ini telahpun

ditekankan di dalam kurikulum, masyarakat masih mempunyai tahap intelektual yang

rendah dan lemah dalam berfikir. Kebolehan pelajar dari segi mengkritik,

mengemukakan idea dan memberi cadangan yang releven juga tidak mencapai tahap

kecemerlangan yang sepatutnya.( Noraishah, 2004)

Menurut Noraishah (2004) lagi mengatakan, bahawa pendidik kurang

menggunakan soalan dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.

Selain itu, contoh-contoh yang diberikan tidak mampu mengakibatkan pelajar berfikir

aras tinggi seperti menganalisis, sintesis dan penilaian.

Mohd Ali Ibrahim (2003) menyatakan bahawa penekanan proses P&P pada masa

kini lebih tertumpu kepada kognitif aras rendah seperti hafalan, ingatan kembali dan

kefahaman. Soalan-soalan seperti mentakrif, melabel, menyenaraikan dan mengenal

pasti adalah merupakan soalan-soalan yang sering ditanya di dalam kelas berbanding

dengan soalan kognitif tahap tinggi seperti tahap aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Kesannya kebanyakan graduan yang dilahirkan tidak dapat menepati ciri-ciri yang

Page 26: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

7

diperlukan oleh sektor kerajaan mahupun swasta dari segi pemikiran dan hasrat negara

untuk mencapai masyarakat saintifik dan progresif pada tahun 2020.

1.2.2 Lemah dalam menyelesaikan masalah

Kajian masalah pengangguran dikalangan siswazah yang dikendalikan oleh

penyelidik-penyelidik dari Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

menunjukkan, ramai siswazah mendapat keputusan yang cemerlang, tapi gagal

mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Antara puncanya, mereka

lemah dalam aspek penyelesaian masalah dan penjanaan keputusan (Siti Zuliana ,2005).

Sabri (2008) menyatakan kemahiran menyelesaikan masalah membolehkan

seseorang menyelesaikan segala masalah menggunakan kaedah saintifik. Sektor

pekerjaan memerlukan pekerja yang berkemahiran ‘employability’ yang meliputi

kemahiran menyelesaikan masalah (Noriah, 2006).

Kemahiran menyelesaikan masalah yang dimaksudkan menurut Yahya dan

Rashid, (2001) ialah kemahiran menyelesaikan masalah yang timbul, mengkaji dan

menilai masalah, dan melaksanakan pendekatan yang sesuai bagi menyelesaikan

masalah. Masalah yang timbul adalah apabila pihak majikan sering mengadu bahawa

graduan yang diambil bekerja masih kurang berkemahiran dalam menyelesaikan

masalah sehingga mereka terpaksa diberi latihan semula oleh pihak syarikat (Noraishah,

2004). Kemahiran ini secara lansung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

yang diperlukan oleh majikan.

Page 27: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

8

1.2.3 Lemah dalam membuat keputusan

Dalam perlaksanaan KBSM satu aspek yang disarankan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK) tentang proses pengajaran dan pembelajaran ialah:

“Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi

mereka seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas,

objektif, kreatif dan rasional dalam semua situasi. Untuk mecapai hasrat ini,

peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran

kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek penting dalam aktiviti

pembelajaran.”

( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Setiap majikan mementingkan kemahiran seseorang dalam membuat sebarang

keputusan. Graduan yang ingin memenuhi permintaan majikan dalam kebolehan

membuat keputusan mestilah berkebolehan dalam menentukan apa yang salah yang

betul serta mengemukakan cadangan-cadangan bagi memperbaiki sesuatu yang tidak

baik serta dapat membuat keputusan dengan bijak. Malangnya mereka sukar untuk

membuat keputusan dan menetukan pilihan yang tepat dan tidak menjejaskan prestasi

syarikat.

Menurut Siti Zuliana (2006), kebolehan pelajar dari segi mengkritik,

mengemukakan idea dan memberi cadangan yang relevan juga tidak mencapai tahap

yang sepatutnya dikehendaki oleh majikan. Justeru, para graduan perlu melengkapkan

diri dengan kehendak pasaran semasa iaitu mempunyai kemahiran membuat keputusan

yang baik yang sebenarnya kemahiran membuat keputusan mempunyai kaitan rapat

dengan kemahiran berfikir aras tinggi.

Page 28: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

9

1.2.4 Kemahiran belajar.

Menurut Yahya dan Rashid(2001), kemahiran belajar ini merangkumi kemahiran

seseorang itu belajar dari seseorang melalui sesuatu pekerjaan, belajar dari seseorang

melalui latihan secara terus, belajar dari seseorang melalui pemerhatian dan diikuti

dengan melakukan sendiri , dapat mengenalpasti keperluan pembelajaran diri,

bertanggungjawab terhadap pelajaran diri sendiri dengan belajar secara sendiri,

bertanggungjawab terhadap pelajaran diri sendiri melalui pembelajaran secara berkesan,

berusaha mendapatkan maklumat melalui pertanyaan dengan orang lain.

Masalah yang timbul adalah apabila graduan yang keluar dari universiti tidak

mempunyai kemahiran belajar ini. Mereka sering mengharapkan latihan yang akan

diberikan oleh syarikat sehingga mereka mahir dalam sesuatu bidang. Malangnya

menggaji pekerja atau staf mengeluarkan kos yang tinggi termasuklah memberi latihan

kepada pekerja baru. Oleh yang demikian menurut Pamela (2004), majikan

sesungguhnya lebih cenderung memilih pekerja baru yang mempunyai kesedian bekerja

yang cukup salah satunya ialah belajar untuk belajar (learning to learn) yang juga

bermaksud kemahiran belajar untuk mempelajari sesuatu tanpa perlu disuruh.

Sabri (2008) menyatakan kemahiran belajar dan mengembangkan potensi yang

ada merupakan kunci kemahiran yang penting di alam pekerjaan. Justeru graduan

haruslah mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran belajar ini kerana ia amat

penting dalam meningkatkan aras berfikir yang tinggi yang merupakan elemen utama

dalam kemahiran ‘employability’.

Page 29: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

10

1.3 Pernyataan masalah.

Sejak kebelakangan ini, ramai pengkaji telah menyumbangkan idea dan strategi

bagi membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya pada peringkat

pengajian tinggi bagi memastikan pelajar yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan

dunia profesional pada masa hadapan. Kebanyakan mereka mempunyai teras cadangan

yang sama iaitu kemahiran berfikir aras tinggi perlu ditingkatkan melalui pengajaran

yang berkesan.

Tidak dapat dinafikan, kemahiran berfikir ini telah banyak dibincangkan dalam

disiplin ilmu dan kajian ke atas industri, tempat bekerja, sekolah, dan pusat latihan.

Pihak institusi telah melakukan berbagai cara dan kaedah dalam menyampaikan

kandungan pengajaran supaya ia menepati kehendak-kehendak industri masa kini. Pihak

pendidik juga telah cuba menerapkan kemahiran berfikir aras yang tinggi ini dengan

pelbagai kaedah pembelajaran. Masalahnya sekarang, apakah kemahiran berfikir aras

tinggi ini dapat diaplikasikan oleh pelajar melalui kaedah pembelajaran yang digunakan?

Lantaran itu, kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah untuk mengenalpasti

sejauhmanakah kemahiran berfikir aras tinggi ini dapat diaplikasikan dengan

menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Aspek-aspek yang dikaji

merangkumi kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

belajar dan kemahiran membuat keputusan.

1.4 Objetif Kajian

i. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan

melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta.

Page 30: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

11

ii. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran menyelesaikan masalah dapat

diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka

cipta.

iii. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui

pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta.

iv. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran membuat keputusan dapat

diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek

reka cipta

1.5 Persoalan kajian

i. Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran

berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?

ii. Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan melalui

pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?

iii. Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui pembelajaran

berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?

iv. Apakah kemahiran membuat keputusan dapat diaplikasikan melalui

pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?

Page 31: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

12

1.5 Kepentingan kajian

Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauhmana kemahiran

berfikir aras tinggi dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah yang

digunakan di dalam subjek reka cipta. Penyelidik berharap agar hasil kajian yang akan

dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkenaan. Antara

kepentingan kajian ini adalah kepada:

i. Universiti Teknologi Malaysia

Dapatan kajian yang dijalankan diharapkan dapat memberi maklum balas

kepada pihak UTM khususnya Fakulti Pendidikan dalam usaha melahirkan

pelajar yang berkualiti suatu hari kelak. Diharapkan pihak UTM dapat

mengenalpasti kaedah terbaik dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi

meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi yang merupakan aset penting

yang perlu ada pada setiap pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan kelak.

ii. Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan (JPTK)

Membantu JPTK membentuk satu garis panduan untuk menilai keberkesanan

sejauhmana kemahiran berfikir aras tinggi dapat ditingkatkan melalui kaedah

pembelajaran berasaskan masalah di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup) di dalam kelas reka cipta.

Melalui dapatan hasil kajian yang telah dijalankan juga diharapkan dapat

memberi panduan dan penambahbaikan kepada pihak JPTK dalam usaha

menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan

masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi

melahirkan graduan yang berkualiti.

Page 32: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

13

iii. Pelajar

Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membentuk pelajar dalam memastikan

mereka menyedari kepentingan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi

amat penting dalam meningkatkan kemahiran ‘employability’ bagi

memudahkan mereka di ambil bekerja oleh pihak industri. Hasil kajian ini

juga diharap dapat membantu pelajar menguasai dan berusaha

mempertingkatkan kemahiran ini menerusi pembelajaran berasaskan

masalah.

iv. Pelajar fakulti pendidikan

Pelajar fakulti pendidikan merupakan bakal guru yang akan mengajar di

sekolah-sekolah selepas tamat belajar. Oleh itu hasil dapatan ini diharap

dapat membantu mereka mengenalpasti kaedah yang sesuai digunakan untuk

pembelajaran dalam kelas bagi meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi

pelajar-pelajarnya.

1.6 Skop kajian

Kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada sebuah institusi sahaja iaitu

Universiti Teknologi Malaysia. Pengkaji ingin mengetahui mengenai sejauhmana

kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran berfikir kritikal, kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan dapat

diaplikasikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas reka cipta. Kajian yang dijalankan ke atas sampel

kajian iaitu pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Page 33: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

14

1.7 Batasan kajian

Kajian yang dijalankan hanya terbatas kepada pelajar tahun empat Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang mengambil subjek asas reka cipta,

reka cipta I. Pengkaji memilih pelajar 4 SPH kerana jumlah yang yang lebih ramai dari

kursus lain dan mengikuti dua kursus reka cipta. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar

yang melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta

1.8 Definisi istilah

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini yang memerlukan

definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian

dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut.

1.8.1 Kemahiran berfikir aras tinggi

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi

(higherorder thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas

untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas

berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi

maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang

dikemukakan.

1.8.2 Pembelajaran berasaskan masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning (PBL)

merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah dunia sebenar

yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran.

Page 34: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

15

Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn,

1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang

mempunyai ciri-ciri seperti:

a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang

betul atau salah

b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti

jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,

c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,

d) Pensyarah sebagai pembimbing,

1.8.3 Reka cipta

Reka cipta menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2005) bermaksud barang yang

pertama kali dicipta ataupun sesuatu ciptaan baru.

Menurut PKK (1996). Reka cipta adalah penghasilan sesuatu projek atau

barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi

kehendak pengguna masa kini dan akan datang.

1.8.4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) ialah program

yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif

program ini adalah untuk memberi peluang kepada pendidik dalam bidang

pendidikan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan diri mereka di peringkat

ijazah di mana mereka akan didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran

berkaitan yang terkini di samping bidang pendidikan (Buku Panduan Akademik

Ijazah Sarjana Muda Sesi 2005/2006)

Page 35: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

16

1.9 Rumusan

Secara keseluruhannya dalam bab ini, pengkaji telah menyatakan pengenalan,

latar belakang masalah dengan menyatakan secara global dan seterusnya menjurus

kepada permasalahan yang ingin dikaji. Dalam bab ini juga pengkaji menyatakan tujuan

dan matlamat kajian, pengkaji telah menggariskan objektif kajian kerana tanpa objekif

yang jelas kajian yang dijalankan akan tersasar jauh. Pengkaji juga telah menyatakan

kepentingan kajian yang membolehkan kajian ini digunapakai oleh pihak yang

dinyatakan. Batasan kajian dan definasi operasional juga telah dinyatakan dalam bab ini.

Page 36: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

17

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini penulis ingin membincangkan sorotan kajian yang berkaitan

dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi yang

dibincangkan adalah kemahiran berfikir kritikal, kemahiran mennyelesaikan masalah,

kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan

Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan satu kemahiran yang penting dan

diperlukan tidak kira di sesebuah institusi mahupun ditempat kerja. Tidak kiralah apa jua

jenis kemahiran berfikir aras tinggi sudah pasti ia satu kemahiran yang dapat membantu

seseorang pekerja yang baik dan menuju ke arah kesempurnaan. Setiap individu

memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi bagi mengekalkan prestasi mereka di alam

pekerjaan. Menurut Gergen (1999), majikan juga perlu memastikan perniagaan mereka

berjaya dengan mengekalkan pekerja yang mempunyai kepelbagaian kemahiran.

2.2 Konsep kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill)

Dalam abad dua puluhan ini, ramai tokoh telah memberi sumbangan yang besar

Page 37: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

18

terhadap perkembangan kemahiran berfikir. Pada tahun 1956, Bloom memperkenalkan

istilah ‘aras pemikiran’ atau levels of thought processes dalam taksonominya yang

dikenali sebagai ‘Taxonomy of educational objectives : Cognitive domains’. Bloom

menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh

digembelingkan dengan penggunaan objektif pengajaran aras tinggi. Bloom juga

berpendapat kesan daripada guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras

rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif dan kritis. Ini berlaku kerana

guru tidak sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras

tinggi bagi menjana pemikiran kritis di kalangan pelajar.

Bloom Taxonomy membahagikan pemikiran kepada enam peringkat bermula

dari aras rendah iaitu pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala pemikiran aras

tinggi ialah analisis, sintesis dan penilaian seperti rajah 2.1.

Rajah 2.1: Taxonomy Bloom (1956)

Sumber: Bloom Taxonomy (1956)

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi (higher

order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk

menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila

seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk

Penilaian

sintesis

analisis

aplikasi

pemahaman

pengetahuan

Page 38: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

19

menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan

mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau

menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.

Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, pemikiran aras tinggi merupakan perluasan

maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli.

Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi

kepada pemikiran aras tinggi.

Dengan adanya kemahiran berfikir kritis, masyarakat dapat menyuarakan

pandangan, pendapat dan kritikan untuk mempengaruhi proses membuat keputusan serta

menyelesaikan masalah ke arah membangunkan Negara (Abd. Rahim Abd. Rashid,

1999). Menurutnya lagi, kemahiran ini seterusnya dapat dijadikan asas dalam

mewujudkan ciri-ciri individu berfikiran kritikal seperti berikut (Abd. Rahim Abd.

Rashid, 1999):

(i) Reaktif

Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang

berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan segera. Sifat reaktif

ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap

sesuatu peristiwa yang berlaku.

(ii) Menilai

Berfikir secara kritis juga menuntut supaya sentiasa membuat penilaian terhadap

sesuatu perkara. Penilaian mengambil kira dari dua sudut iaitu kebaikan dan keburukan

yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat. Proses penilaian dibuat

berdasarkan nilai yang dijadikan panduan hidup seperti nilai agama dan nilai moral.

(iii) Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui

Page 39: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

20

Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas, fakta dan alasan yang

munasabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung pada pengetahuan sedia ada dan

pengalaman seseorang individu. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah

diketahui sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan.

Tujuan pendidikan pada umumnya adalah untuk memberi ilmu dan kemahiran

kepada individu supaya mereka dapat menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut untuk

menyempurnakan pelbagai tugas dalam kehidupan seharian. Namun demikian, tujuan

mendidik generasi muda telah berubah dari generasi ke generasi mengikut keperluan

semasa. Keperluan ini ditentukan oleh kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang.

Bidang pendidikan dikehendaki mengajar ilmu dan kemahiran yang diperlukan selaras

dengan perkembangan yang berlaku dalam bidang-bidang tersebut.

Menurut Rajendran (2000) dalam kajiannya, sejak kira-kira dua abad yang lalu

para pendidik di seluruh dunia telah banyak berfikir tentang mengajar kemahiran

berfikir. Membantu pelajar menguasai kemahiran mencari ilmu dengan sendiri dan

meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi kini sudah menjadi salah satu daripada

objektif pemantapan program pendidikan. Kemahiran berfikir aras tinggi bermaksud

terdapat ciri-ciri perluasan pemikiran semasa seseorang diperlukan untuk

mengintepretasi, menganalisis, ataupun memanipulasi maklumat. Seseorang juga

berkemampuan membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi. Selain dari ini individu

juga mendapat peluang membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mengenalpasti

dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Marlina (2006) menyatakan, jika ciri-ciri individu yang berfikiran kritikal di atas

dilatih di kalangan pelajar khususnya pada peringkat universiti, maka proses

pembentukan negara ke arah sebuah negara maju pada tahun 2020 dapat dicapai. Pelajar

di universiti merupakan golongan pelajar yang terpilih, golongan yang mempunyai daya

intelek yang tinggi dan mempunyai sumbangan yang besar ke atas kemajuan sesebuah

negara. Sekiranya golongan ini mempunyai masalah untuk berfikir secara kritikal, maka

Page 40: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

21

masalah ini mungkin dapat dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran

universiti di negara kita. Di antara strategi berkesan untuk membolehkan pelajar

menguasai kemahiran berfikir aras tinggi adalah dengan memberi masalah yang

mencabar, membimbing pelajar memanipulasi maklumat untuk menyelesaikan masalah

dan menyokong usaha pelajar mencuba sesuatu yang baru.(Rajendran , 2000)

Menurut Rafei (1998) dalam kajiannya, berdasarkan model yang dikemukakan

oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG),

Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:

(a) Pemikiran kritis

(b) Pemikiran kreatif

(c) Menyelesaikan masalah

(d) Membuat keputusan

(e) Kemahiran belajar

Kemahiran berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti

berikut:

(a) membanding dan membeza;

(b) membuat ramalan;

(c) menerangkan sebab;

(d) mengkategori;

(e) mencetuskan idea;

f) menentukan sumber yang dipercayai

(g) menghasilkan metafora;

(h) menghasilkan analogi;

(i) mengusul periksa andaian;

(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;

Page 41: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

22

(k) membuat inferens;

(l) membuat keputusan;

(m) menyelesaikan masalah.

Menurut Suriyana (2004), kemahiran berfikir ialah kebolehan menggunakan

minda untuk mencari makna dan kefahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea,

membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan membuat pertimbangan yang wajar

dan merenung kembali proses pemikiran yang telah dialami.

2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( dalam kemahiran generik) di UTM

Universiti Teknologi Malaysia sendiri tidak terkecuali dalam mengalami arus

perubahan ini. Perancangan dan pembangunan program penerapan kemahiran generik di

kalangan pelajar telah mula dirancang dan dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) turut memberi penekanan serta

menyokong setiap program yang berkaitan dengan penerapan kemahiran ‘employability’

di kalangan pelajar UTM. Pejabat Pengajaran dan Pembelajaran menerusi UNIPEN

khususnya telah diamanahkan oleh pihak universiti untuk melaksanakan pelbagai

program, bengkel, aktiviti dan sebagainya bagi memastikan matlamat tersebut dapat

dicapai. Program pembinaan atribut graduan UTM dan penerapan kemahiran

‘employability’ di kalangan pelajar merupakan antara program yang telah dijalankan

bagi menyahut cabaran tersebut. Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya

menyenaraikan atribut graduan UTM yang sewajarnya dicapai seperti kemahiran

berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel dan mampu

menyesuaikan diri dan sebagainya.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kemahiran ‘employability’ ini juga

dikenali sebagai kemahiran generik yang telah digariskan oleh Universiti Teknologi

Page 42: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

23

Malaysia adalah berdasarkan kepada Atribut Graduan UTM. Menurut Khairi (2007)

terdapat tujuh Atribut Graduan UTM yang mana dua daripadanya merupakan komponen

dalam kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order thinking skill). Dua atribut itu adalah

seperti berikut:

2.2.1 Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

Pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah meliputi kebolehan

berfikir secara kritikal, logikal, kreatif dan analitik. Berikut adalah elemen-

elemen yang digunakan dalam penilaian bagi aspek pemikiran kritis dan

kemahiran penyelesaian masalah:

CTPS1 kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi

kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi

CTPS2 kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti

menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.

CTPS3 kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif

CTPS4 kebolehan berfikir melangkaui batas

CTPS5 kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya

komuniti dan persekitaran kerja yang baru.

2.2.2 Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat meliputi kebolehan untuk

meneruskan pembelajaran secara kendiri dan mencapai pengetahuan dan

kemahiran baru. Berikut adalah elemen yang digunakan dalam penilaian bagi

aspek pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.

Page 43: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

24

LL1 kebolehan mencari dan mengurus maklumat dan releven daripada

pelbagai sumber.

LL2 kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk

pembelajaran autonomi.

LL3 kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan

ilmu.

2.3 Kemahiran berfikir aras tinggi dari perspektif majikan

Berikut disenaraikan kemahiran-kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan

oleh majikan terhadap bakal pekerjanya yang diperoleh dari beberapa sumber luar dan

dalam Negara.

Jadual 2.1: Kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order hingking skill) dari

perspektif majikan menurut Cotton (2001)

Basic skill Higher order thinking

skills

Affective skill and traits

Oral communication Problem solving Dependability/ responsibility

Reading,

understanding

Critical and creative

thinking

Positive attitude toward work

Basic arithmetic Learning skill, strategies Conscientiousness, punctuality,

efficiency

Writing Decision making Interpersonal skill, working as

a team member

Self confidence, positive self

image

Adaptability, flexibility

Enthusiasm, motivation

Page 44: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

25

Self discipline, self

management

Honesty, integrity

Ability to work without

supervision

Sumber: Cotton (2001)

Robinson (2000) menyatakan kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order

thinking) merangkumi aspek berfikir, menaakul, membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah. Menurutnya lagi, majikan memerlukan pekerja yang bertanggungjawab, dapat

menyelesaikan masalah, mempunyai kemahiran sosial yang baik dan dapat bekerja

dengan orang lain. Menurutnya lagi, pekerja yang mempunyai kemahiran ini amat

diperlukan oleh majikan dan mereka dianggap sebagai aset kepada syarikat.

Harvey and Green (1997) pula mendapati bahawa majikan industri mahukan para

lulusan institusi latihan kemahiran, mempunyai kemahiran intelek dan bersedia untuk

terus belajar. Pernyataan beliau menunjukan kemahiran berfikir aras tinggi menjadi

salah satu elemen penting yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar dalam proses

pendidikan mereka di sekolah. Dapat kita lihat kesemua majikan memerlukan pekerja

yang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dari kesemua kemahiran-kemahiran

‘employability’ yang disenaraikan.

2.4 Kemahiran berfikir kritikal.

Pemikiran kritikal yang juga merangkumi pemikiran kreatif telah mula diberi

perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu.

Menurut Siti Rahayah et al (2008), pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara

reaktif seperti berkebolehan member ulasan komen dan rasional. Seseorang yang

mempunyai pemikiran kritikal dikatakan pandai mengemukakan kritikan-krikan tajam

Page 45: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

26

dan membuat penilaian yang perseptif. Menurutnya lagi, perkataan “critical” dalam

bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Greek ‘kritikos’yang bermaksud ‘kritik’,

yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan pemahaman. Seseorang yang kritis

adalah seorang yang sentiasa bertanya kepada diri sendiri, memberi makna sesuatu dan

menganalisis keadaan sekeliling. Pemikiran kritikal ini merupakan satu proses pemikiran

yang logik, waras, dan reflektif yang memberi fokus kepada sesuatu tindakan yang perlu

diambil sama ada menerima atau melakukan sesuatu. Pemikiran kritikal ini, melibatkan

perlakuan (Dispositions) dan kebolehan (abilities) individu.

Kemahiran berfikir secara kritikal merupakan kemahiran yang diperlukan untuk

mengumpul data dan maklumat yang diterima. Kemahiran ini memerlukan kemahiran

menganalisis data, maklumat dan idea serta melibatkan kemahiran membanding,

kemahiran mengklasifikasi, kemahiran menilai, kemahiran memberi penerangan,

kemahiran meramal, kemahiran membuat kesimpulan dan generalisasi serta kemahiran

merumus. ( Low, 1999).

Dewey (1933) menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif’, iaitu

memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu.

Beliau juga melihat pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Konsep Dewey

tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha

untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar. Menurut Mayer (1992) pula,

pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam

minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesai masalah.

Berdasarkan Taksonomi Bloom (1956), pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti

mental, iaitu analisis, sintesis dan penilaian.

Menurut Rashid dan Yahya (2003), ciri-ciri seseorang yang mempunyai

kemahiran berfikir secara kritikal adalah mereka yang mampu menggunakan peralatan

teknologi secara berkesan. Kenyatan ini disokong oleh Zahner et al. (1992) yang

mengatakan pelajar yang belajar dalam persekitaran pembelajaran yang berteraskan

Page 46: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

27

penggunaan teknologi adalah berkeupayaan mencari, memperolehi dan menganalisa

sumber maklumat.

Kemahiran berfikir, pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses minda

bagi mencapai sesuatu tujuan. (Siti Zuliana 2006). Kemahiran berfikir secara kritikal

adalah kebolehan individu menggunakan minda untuk mencari makna dan kefahaman

terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah

dengan membuat pertimbangan yang wajar.

Menurut King & Kitchener (1994), sekiranya aktiviti di dalam kelas hanya

bersandarkan pengaplikasian aras rendah yang mana hanya menuntut pelajar mendengar

secara pasif dan mengingati semula maklumat, maka ini sudah semestinya menyebabkan

pemikiran kritikal tidak wujud. Keadaan seperti ini hanya menyebabkan universiti dan

kolej-kolej tidak dapat melahirkan para graduan yang mempunyai daya pemikiran yang

tinggi seperti yang diharapkan oleh mereka dan semestinya tidak dapat memenuhi

kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan yang akan mengambil mereka bekerja kelak.

Siti Norbaizura, (2006), menyatakan seandainya pemikiran kritikal memainkan

peranan penting dalam objektif pendidikan, maka sepatutnya perubahan dalam

kurikulum sepatutnya dipertimbangkan. Intitusi pengajian tinggi dan fakulti seharusnya

menawarkan kursus dengan pendekatan yang lebih sesuai kepada pelajar. Pendekatan

tersebut haruslah dimuatkan dengan asas-asas pemikiran tahap tinggi dan dapat memberi

peluang ‘memanipulasi maklumat dan idea’di kalangan pelajar. Ini bagi menggalakkan

mereka supaya dapat mencari makna dan implikasi seperti cuba mengaitkan antara fakta

dan idea dalam usaha pelajar untuk mensintesis, membuat generalisasi, menerangkan

sesuatu, membuat hipotesis atau mencapai sebahagian dari kesimpulan mahupun

mengintepretasi maklumat tersebut.

Page 47: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

28

2.5 Kemahiran menyelesaikan masalah

Menurut Robinson (2000), majikan memerlukan pekerja yang dapat

menyelesaikan masalah dengan baik. Menurutnya lagi, pekerja yang mempunyai

kemahiran ini amat diperlukan oleh majikan dan mereka dianggap sebagai aset kepada

syarikat. Oleh itu, kemahiran menyelesaikan masalah ini perlu diterapkan kepada pelajar

supaya memperoleh pekerjaan kelak

Menurut Hafisah (2008), kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan

kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis serta kebolehan

mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru yang berlainan.

Kemahiran wajib dalam kemahiran penyelesaian masalah ialah kebolehan mengenalpasti

dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian

yang berjustifikasi, berkebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti

menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan dan berkebolehan mencari idea

secara mencari penyelesaian alternatif.

Masalah berkemungkinan merupakan apa sahaja tugasan atau projek yang

hendak dilaksanakan oleh seseorang dalam pekerjaan mereka. Pada kebiasaannya, ia

melibatkan pelbagai langkah dan tahap. Kebanyakan penyelesaian masalah memerlukan

kaedah yang sesuai dengan masalah yang hendak diselesaikan. (Newell dan Simon,

1993)

Menurut Krulik dan Rudnik (1993), menyatakan bahawa penyelesaian masalah

adalah satu proses di mana seseorang individu tersebut perlu menggunakan pengetahuan

lepas, kefahaman dan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan masalah yang dihadapi

kini.

Ini kerana menurut Som dan Mohd Dahlan (1998), kajian mengenai keperluan

pekerjaan menunjukkan bahawa tenaga kerja masa hadapan memerlukan pemikiran yang

Page 48: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

29

tajam, iaitu kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif berbanding masa-masa lalu. Secara

tidak langsung, ia akan mencetuskan pemikir kritis dan analitis dan mengeluarkan

pendapat bagi percambahan idea dalam menyelesaikan masalah yang diberikan.

Menurut beliau lagi, kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai

pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada

bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Idea yang kritis mengandungi ciri-ciri baru,

asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.

2.6 Kemahiran belajar

Kemahiran belajar amat penting bagi kejayaan Negara pada masa hadapan, sama

ada dari segi pembangunan ekonomi mahupun perpaduan dan keharmonian rakyat.

Menurut Hafisah (2008) pembelajaran ini melambangkan sesuatu yang dapat membina

pengetahuan seseorang, sikap dan potensi untuk berjaya dalam kehidupan secara

berterusan.

Ini kerana menurut Raymond A. Noe (2002), persekitaran kerja yang dinamik

memerlukan pekerja yang memahami keseluruhan sistem kerja termasuk perhubungan di

antara kerja mereka, unit kerja mereka dan organisasi. Pekerja diharapkan memperoleh

kemahiran baru, menggunakan dalam kerja, dan berkongsi maklumat dengan pekerja

lain. Di antara langkah-langkah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam

kemahiran ini adalah melalui gabungan aktiviti kerja berkumpulan, tugasan projek,

kajian kendiri serta latihan industri. Kesemua aktiviti ini memerlukan pelajar berdikari

dalam mendapatkan maklumat dan pengetahuan dari pelbagai sumber.(Hafisah, 2008)

Menurut Pamela (2004), kebanyakan pekerja yang diambil bekerja, selain

mempunyai kemahiran yang diperlukan adalah pekerja yang boleh membuktikan mereka

mempunyai tanggugjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Mempelajari

bagaimana untuk belajar (learnt how to learn) dengan cara dan usaha sendiri adalah

Page 49: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

30

amat diperlukan dalam pembangunan tenaga kerja. Ini kerana tidak semua syarikat yang

memperuntukkan kewangannya untuk memberi latihan ini kepada pekerja baru. Oleh itu

kemahiran belajar dalam diri setiap pekerja amat dititikberatkan

Kemahiran belajar merujuk kepada pembelajaran individu sepanjang hayat untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya agar ia dapat mengikuti perkembangan

dan keperluan semasa. Mereka yang mempunyai kemahiran ini mestilah mempunyai

motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru. Belajar adalah satu pekerjaan

walaupun ia tidak menggunakan tenaga tetapi ia menyumbang kepada perkembangan dan

kemajuan sesuatu benda dan perkara. (Firdaus, 2007)

Menurut Hoffman dan Richie (1997), pelajar memerlukan banyak sumber

maklumat bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan pembelajaran kendiri melalui

penggunaan pelbagai elemen bagi memperoleh maklumat yang berkaitan tugasan dan

secara tidak langsung ini dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif mereka untuk

menguruskan maklumat yang memberi kesedaran kepada mereka tentang konteks fizikal

dan sosial yang relevan kepada tugasnya. Guru perlu bijak menentukan pelajar belajar

daripada pelbagai sumber seperti dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti

internet, CD ROM, Perisian pendidikan dan sebagainya ( Zahner et al., 1992).

Cornish (2007) dalam kajiannya berpendapat, konsep belajar termasuklah

'learning how to learn'. Jika kemahiran “learning how to learn” diperlukan dalam

perubahan di tempat kerja memandangkan pembangunan teknologi yang semakin

canggih, guru di pendidikan tinggi perlulah mempertimbangkan bagaimana untuk

memasukkan kemahiran “learning how to learn” ini dalam pengajaran mereka. Sifat

ingin tahu yang mendalam menyebabkan pelajar mempunyai kemahiran belajar yang

berterusan.

Menurut Hafisah (2008), jika para pelajar masih duduk termenung serta lalai dalam

melaksanakan tugas dan tidak mengambil langkah utama dalam menggunakan minda untuk

Page 50: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

31

menerokai sesuatu idea bagi menyelesaikan masalah maka seseorang pelajar itu akan

ketinggalan dan mungkin akan tercicir di universiti mahupun di mana-mana institusi

pengajian tinggi.

2.7 Kemahiran membuat keputusan.

Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan untuk mencapai satu matlamat.

Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan untuk berjaya dalam

pekerjaan. Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, oleh itu elakkan

dari mengambil keputusan secara terburu-buru tetapi menggunakan akal fikiran yang

tajam untuk membuat sesuatu keputusan. Membuat satu keputusan yang baik

memerlukan kesabaran dan pemikiran yang berhati-hati. Membuat keputusan yang baik

adalah satu penyelesaian masalah mengikut pendekatan langkah demi langkah dan

memilih satu strategi untuk bertindak dan memerlukan pemikiran yang tinggi. Proses

membuat keputusan dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri,

keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan

terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar (Hasliza, 2002).

Menurut Hasliza (2002), seseorang yang mampu membuat keputusan adalah

mereka yang mampu menentukan matlamat dan kekangan sebelum membuat keputusan.

Mereka juga akan mempertimbangkan risiko dalam membuat keputusan supaya

keputusan yang dibuat adalah tepat dan tidak merugikan.

Kenyataan ini disokong oleh (Firdaus (2007), yang menyatakan membuat

keputusan ialah memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa

alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Kesemua alternatif ini perlulah dibuat perbanding dan perbezaan bagi mendapatkan

keputusan yang terbaik. Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang

Page 51: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

32

itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang

ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Modenisasi dan perubahan yang pesat mendedahkan individu kepada pelbagai

pilihan dan opsyen yang memerlukan kemahiran dan kepakaran membuat keputusan

dengan berkesan. Kerap-kali individu-individu dikehendaki membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah mengenai pelbagai perkara dan isu. Ini jelas tertera di dalam

Huraian Sukatan Pelajaran Reka cipta(1996) yang menggariskan kemahiran membuat

keputusan merupakan kemahiran berfikir yang perlu dititik beratkan dalam subjek ini.

Menurut Zuliana (2006), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu

dijadikan landasan bagi proses pemerolehan ilmu dan kemahiran dalam mempelajari

sesuatu mata pelajaran. Pelajar seharusnya dilatih menggunakan kemahiran berfikir ini

untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan

bijak dan tidak bergantung kepada orang lain. Mahir berfikir adalah antara potensi

minda yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2.8 Pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning)

PBM adalah signifikan dalam meningkatkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif

dan kemahiran kerja berkumpulan terhadap kaedah pembelajaran konvensional.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu pendekatan

konstruktivis, di mana kerjasama di kalangan pelajar merupakan kunci utama kejayaan

kaedah pembelajaran ini. Kerjasama ini akan mewujudkan kemahiran berfikir yang

kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah supaya keputusan dapat dibuat dengan

baik dan betul.

Page 52: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

33

Siti Norbaizura (2006), juga menyatakan perkara utama yang wujud dalam

pendekatan ini adalah menguasai penyelesaian masalah atau kes yang diberi dan bukan

hanya semata-mata menguasai fakta pembelajaran sahaja. Apa yang lebih penting para

pelajar harus bekerjasama di dalam satu kumpulan dengan menggunakan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dari situ, para

pelajar sudah pasti dengan sendirinya dapat mengenalpasti apa yang mereka perlu tahu

dan menentukan arah tuju pembelajaran mereka dengan sendirinya.

Menurut Smith.S (1997), PBM juga merupakan satu inovasi dan pendekatan

yang baru lagi terkini bagi membantu mengatasi masalah yang timbul akibat

penggunaan kurikulum tradisi di kebanyakan institusi pengajian tinggi. Menurutnya

melalui PBM beberapa objektif pembelajaran dapat direalisasikan seperti dapat

menyediakan satu pengetahuan yang lebih mudah untuk dikekalkan dalam minda pelajar

dan pengetahuan tersebut relevan digunakan apabila menceburi bidang pekerjaan kelak.

Selain itu, menerusi PBM juga dilihat dapat memberi peluang kepada para

pelajar untuk meluaskan pengetahuan dan menjadi lebih kreatif. Mereka juga akan

sentiasa prihatin terhadap sebarang perubahan situasi semasa di alam pekerjaan. PBM

juga berpotensi untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan

pelajar bagi situasi tertentu yang mungkin rumit. Sekiranya pelajar mempunyai

kemahiran-kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang positif dan emosi yang stabil,

maka ini akan melahirkan satu kelompok sumber tenaga yang professional untuk negara.

Kualiti sebegini sememangnya penting bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran

sesebuah negara sekiranya rakyatnya produktif dan sentiasa maju ke hadapan.

Perlaksanaan pendekatan PBM adalah salah satu cara yang paling strategik di

mana melibatkan penyelesaian masalah secara berkumpulan yang boleh dikaitkan

dengan kehidupan sebenar (kes atau senario masalah sebenar). Perlaksanaan kaedah

pengajaran melalui PBM sememangnya memerlukan pelajar berfikir secara kritikal bagi

menyelesaikan masalah yang diberi. PBM yang sebenar juga adalah satu proses

Page 53: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

34

penyelidikan, dengan itu para pelajar akan mempelajari konsep atau kandungan melalui

bekerja menerusi aktiviti, dalam kata lain kandungan pelajaran dipelajari dengan

sendirinya secara berkumpulan. PBM biasanya dilakukan dalam kumpulan yang

sederhana dan dikendalikan dengan kadar waktu yang kerap berbanding kuliah biasa.

Pengenalan terhadap masalah yang diberi akan dibincangkan untuk menerangkan

konflik situasi yang berlaku tetapi hanya melibatkan pengenalan pada peringkat asas

sahaja, tidak dengan lebih mendalam. Cara untuk menyelesaikan masalah adalah

terpulang kepada setiap kumpulan untuk mengenalpasti asas isu tersebut dan menentukan

apakah informasi tambahan yang mereka perlukan. Melalui proses perbincangan dan

penyelidikan berkumpulan sudah semestinya dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Semasa proses mencari penyelesaian itu, tanpa disedari akan munculah proses pemikiran

secara kritikal dimana ciri tersebut adalah ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu

yang bergelar pelajar.

Siti Norbaizura (2006) dalam kajiannya telah membuat kesimpulannya bahawa

PBM diperlukan bagi memastikan graduan masa depan :

i. dapat memacukan diri dan mempunyai kemahiran pembelajaran

sepanjang hayat

ii. berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran analitik

dan kritis

iii. mempunyai integrasi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai disiplin

iv. bekerja dalam pasukan dan mempunyai kemahiran antara insan

(interpersonal)

Menurut Lynda Wee (2004), PBM adalah salah satu cara terbaik bagi

menggalakkan penggunaan berfikir secara kritikal dalam semua bidang kurikulum.

Sekiranya dilakukan dan diuruskan dengan baik PBM mampu untuk menyediakan :

Page 54: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

35

a. tugasan pembelajaran yang sebenar yang menggambarkan kehidupan

realiti.

b. integrasi aktiviti pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri semulajadi

untuk menghubungkan pengetahuan, cara berfikir dan proses kemahiran

yang lain.

c. Peluang untuk membuat penilaian berdasarkan cara persembahan

individu yang membolehkan penilaian kompetensi sebenar daripada

penilaian yang hanya berdasarkan ‘kertas dan pensel’ sahaja.

d. Satu kaedah di mana kombinasi koloboratif dan pembelajaran aktif, di

mana pelajar perlu menyelesaikan masalah menerusi sumber informasi,

analisis dan pengaplikasian.

Menurut Razihan (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu

kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan

masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar

untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005).

Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk

menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:

a) Mengenalpasti Masalah

Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar

adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut

sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan

berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan

untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan

masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari

Page 55: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

36

peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data

Pada peringkat ini, pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap

maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai

teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect),

carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain.

Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan

mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari

punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby et al, (2002), sesuatu masalah itu tidak

dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan

perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku.

Masalah dianalisis menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Pelajar perlu berfikir

melangkaui batas.

c) Membuat Keputusan

Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan

penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar

perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil.

Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi

memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)

menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De

Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak idea untuk menyelesaikan masalah

kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan

berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan

terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah

Page 56: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

37

ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.

d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik

Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan

percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada

peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut

dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan

kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu,

pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih

mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu,

pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh

mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih

merupakan alternatif yang terbaik.

e) Melaksanakan Keputusan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas

hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan

penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga

membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan

menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

Berdasarkan kajian di atas dapat disimpulkan melalui pembelajaran berasaskan

masalah, pelajar dapat meningkat kemahiran berfikir aras tinggi yang merangkumi

kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat

keputusan dan kemahiran belajar.

Page 57: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

38

2.9 Perkaitan Di Antara Pengajaran Reka Cipta Dengan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi

Menurut Nurefarehan (2008), kesan reformasi pendidikan yang berlaku dalam

Negara ini mewujudkan mata pelajaran Reka Cipta yang diperkenalkan di sekolah –

sekolah seluruh Malaysia malahan ditawarkan oleh pusat Pengajian tinggi iaitu

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada pelajar Pendidikan Teknikal dan

Vokasional. Matapelajaran Reka cipta adalah sebagai tajuk baru dalam Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah (KHSR) dan kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Bahagian

Teras Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran Rekacipta ditawarkan di tingkatan

empat sebagai matapelajaran elektif yang tergolong dalam kumpulan II (Vokasional dan

Teknologi).

Bermula dari langkah Kementerian Pendidikan mengarahkan pihak sekolah

menubuhkan kelab Reka cipta (Kementerian Pendidikan, 1998) seterusnya menjadikan

Reka cipta sebagai salah satu komponen dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan

dilihat sebagai langkah awal kementerian Pendidikan dalam menghasilkan pelajar-

pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan itu, Fakulti pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia yang sedang melatih bakal guru untuk program Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan telah melaksanakan matapelajaran Rekacipta sebagai

salah satu dari subjek teras.

Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif

,imaginatif dan produktif serta boleh merekacipta sesuatu yang dapat menyumbang

kepada pembangunan teknologi dan bukan hanya sebagai pengguna teknologi semata-

mata. Selain itu , pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan konsep dan rekacipta

bagi menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian (Pusat

Perkembangan Kurikulum ,1999). Ini selari dengan kehendak Negara yang

Page 58: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

39

menginginkan rakyat yang mampu berfikir pada aras yang tinggi. Objektif yang telah

ditetapkan adalah untuk melahirkan pelajar yang:

1. Imaginatif, Kreatif, Inovatif dan Inventif

2. Peka terhadap masalah persekitaran

3. Boleh merekacipta dan bangga dengan ciptaannya

4. Peka terhadap teknologi semasa

5. Meminati bidang keusahawanan dan mengamalkan ciri seorang usahawan

6. Bersikap sabar, tekun, berani, tabah, cekal berdaya saing dan menyedari

keagungan tuhan. (Pusat perkembangan Kurikulum,1996)

Matapelajaran Reka cipta ini merupakan satu matapelajaran yang mencabar.

Menurut Nurefarehan (2008), ia memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi. Para

pelajar terpaksa menggunakan segala pengalaman, pemikiran dan pemerhatian serta

dibantu dengan tunjuk ajar dari pensyarah untuk mencetuskan dan merealisasikan apa

jua projek reka cipta yang merupakan projek ciptaan baru atau yang diubahsuai. Tujuan

pelaksanaan matapelajaran Rekacipta ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia

yang kreatif dalam penyelesaian masalah supaya mereka dapat memberikan sumbangan

ke arah merealisasikan wawasan Negara. Secara tidak langsung ia juga dapat memupuk

minat, memajukan bakat serta potensi pelajar untuk merekabentuk sesuatu yang baru

dan bermanfaat kepada Negara . Komponen reka cipta menawarkan pelbagai peluang

kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat inferens,

mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini mempunyai

ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi.

2.10 Kajian-kajian lepas

Kajian-kajian lepas dibahagikan kepada dua iaitu kajian luar Negara dan kajian

dalam Negara. Kajian-kajian lepas yang dirujuk adalah kajian yang dijalankan dalam

Page 59: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

40

bidang kemahiran berfikir dan yang berkaitan dengannya bagi memperoleh fakta-fakta

yang dapat menyokong kajian ini.

Melalui kajian yang dijalankan oleh N.S.Rajendran (2000) dalam kertas kerja

yang bertajuk “Kesusasteraan sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi” menunjukkan bahawa guru tidak menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan

jarang menyediakan peluang bagi pelajar menguasai kemahiran berfikir jika guru kurang

yakin dengan dari segi pengetahuan dan kemahiran mengajar kemahiran berfikir. Maka

guru perlu didedahkan dengan secukupnya dari segi pengetahuan dan kemahiran

mengajar di dalam kesusasteraan dan kemahiran berfikir. Guru yang mempunyai

pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusasteraan akan membawa pengajaran

pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar

melalui proses pemikiran aras tinggi. Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai

peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat

inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini

mempunyai ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi.

Fatinfarahiyah(2006) dalam kajiannya yang bertajuk “Tanggapan Tenaga

Pengajar Di Institut Kemahiran Mara (IKM) , Johor Bahru Terhadap Penerapan

Kemahiran Employability Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran” yang

melibatkan seramai 103 responden terlibat mendapati bahawa elemen mengikuti arahan

yang diberikan dan berpelakuan secara jujur, ikhlas dan beretika merupakan elemen

yang paling kerap diterapkan sementara elemen yang dianggap penting oleh tenaga

pengajar adalah mengikuti arahan yang diberikan dan fleksibel. Manakala, elemen

kemahiran berfikir tidak diberi penekanan yang mendalam dalam proses pembelajaran.

Hasil kajian menunjukkan tenaga pengajar menghadapi beberapa masalah semasa

menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

seperti pelajar kurang mempunyai pengetahuan tentang kepentingan kemahiran

‘employability’ dalam dunia pekerjaan.. Soal selidik dan skala Likert 5 peringkat

digunakan untuk mengukur jawapan responden.

Page 60: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

41

Marlina (2006) dalam kajian yang dijalankan bertajuk “ Tahap Penguasaan

Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Pendidikan Fizik Merentas Jantina” bertujuan untuk

menentukan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar Pendidikan

Fizik tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 71 orang pelajar

Pendidikan Fizik terlibat dalam kajian ini yang terdiri dari 11 orang pelajar lelaki dan 60

pelajar perempuan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser

Critical Thinking Appraisal (WGCTA-A). Statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim

dan peratusan serta statistik inferensi seperti Ujian-t digunakan dalam kajian ini. Hasil

kajian menunjukkan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar Pendidikan Fizik tahun

empat merentas jantina adalah sederhana. Perbandingan keseluruhan konstruk

kemahiran berfikir kritis iaitu inferens, mengusul periksa andaian, deduksi, interpretasi,

penilaian hujah merentas jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang bererti

pada aras .05. Ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar lelaki

adalah sama dengan pelajar perempuan bagi setiap konstruk. Berdasarkan analisis,

didapati tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar yang lemah adalah

kemahiran membuat inferens. Walaupun terdapat dua kemahiran yang berada pada tahap

yang baik iaitu mengusul periksa andaian dan membuat penilaian hujah, namun secara

umumnya tahap kemahiran pelajar berfikir secara kritis adalah pada tahap sederhana.

Kajian yang telah dijalankan oleh Rafiei Hj Mustapha (1998), bertajuk

“Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu”

dengan sampel seramai 657 orang guru Bahasa Melayu di 185 buah sekolah menengah

dari seluruh Negara terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan

pengetahuan guru tentang KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih

rendah. Kebanyakan guru (66%) tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur KBKK

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, walaupun ada yang telah

diberi pendedahan secara formal. Rancangan Tahunan KBKK tidak disediakan tetapi

sebilangan kecil guru (37%) ada mencatatkan objektif KBKK dalam Rancangan

Mengajar Harian. Kebanyakan guru tidak menerapkan unsur KBKK dalam kaedah

penyampaian pelajaran yang meliputi aspek permulaan (set induksi) dan penggunaan

Page 61: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

42

bahan pengajaran. Namun 50% guru yang dikaji ada mengemukakan soalan-soalan yang

berunsurkan KBKK dan 55% guru menjalankan aktiviti yang berunsurkan KBKK yang

melibatkan pelajar. Latihan bertulis yang ada unsur KBKK diberikan kepada pelajar

oleh 52% guru yang dikaji.

Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran di negara kita ialah melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah

(PBM). Di mana pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat den menyelesaikan

masalah dengan usaha sendiri. Proses ini akan menggalakan pelajar berfikir secara kritis

dan kreatif bagi menyelesaikan masalah yang diberikan dan berusaha mencapai

matlamat yang telah dipersetujui oleh ahli kumpulan. Dalam kajian yang dijalankan oleh

Nor Ratna Masrom (2005) mendapati bahawa pelajar tidak mampu untuk menyelesaikan

masalah dan menguasai isi pelajaran sekiranya pelajar tidak memahami proses dalam

pelaksanaan kaedah PBM. Maka Lynda Wee (2004) telah menggariskan tujuh langkah

dalam melaksanakan proses PBM. Langkah –langkah tersebut adalah pembahagian

kumpulan, mengenalpasti masalah, menjana idea, isu pelajaran, pembelajaran kendiri,

sintesis dan aplikasi, dan refleksi dan tindak balas. Selain itu, kajian tersebut mendapati

bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu

untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBM dengan sempurna dan cekap.

Justeru itu, Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) telah menggariskan lima

proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah mengenalpasti

masalah, menganalisis masalah dan mengumpul data, membuat keputusan,

mengenalpasti penyelesaian yang terbaik dan melaksanakan keputusan.

Melalui kajian yang dijalankan oleh N.S.Rajendran (2001) dalam kertas kerja

yang bertajuk “Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran” yang dijalankan di 22 buah sekolah

di daerah negeri Selangor yang melibatkan 93 respondan. Hasil yang diperoleh

menunjukkan bahawa guru-guru secara signifikan berbeca dalam perpepsi mereka

terhadap ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar kemahiran

berfikir aras tinggi melalui Bm atau BI. Sebaliknya mereka percaya bahawa mereka

Page 62: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

43

kurang bersedia dari aspek ilmu pengetahuan, kemahirab pedagogi dan sikapuntuk

mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Permerhatian yang dibuat juga menunjukkan

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah masih berpusatkan guru.

Menurut Hidanah Mohd Yunus (2006) dalam kajian yang bertajuk “Kemahiran

Berfikir Kritis Dan Kreatif: Satu Tinjauan Terhadap Guru-Guru Sekolah Menengah

Teknik Di Negeri Johor” yang dijalankan ke atas guru-guru Sekolah Menengah Teknik

negeri Johor. Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat,Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Sekolah Menengah Teknik

ERT Azizah dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Tinjauan dilakukan bagi

menentukan tahap pengetahuan guru-guru mengenai kemahiran berfikir kritis dan

kreatif, mengenalpasti persediaan-persediaan guru untuk mengaplikasikan KBKK di

bilik darjah, mengenalpasti strategi berfikir dan penggunaan elemen kemahiran berfikir

kritis dan kreatif yang diguna pakai oleh guru-guru Sekolah Menengah Teknik. Seramai

169 orang guru dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Data yang diperolehi melalui

edaran soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah skor min dan peratusan serta

kekerapan. Dapatan dari kajian jelas menunjukkan guru-guru di Sekolah Menengah

Teknik mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif, tetapi dari segi persediaan-persediaan guru untuk mengaplikasikan

KBKK masih kurang memberangsangkan dan boleh dipertingkatkan sehingga mencapai

tahap yang lebih cemerlang.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan

masalah (PBM) mampu meningkatkan kemahiran generik para pelajar terutamanya

dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin

dan Rahifa (2005) bertajuk “Kemahiran Employability (Generik) Dalam Kelas

Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) di Kalangan Pelajar Kolej

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)” mendapati bahawa PBM sangat

membantu pelajar dalam memperolehi kemahiran ‘employability’ dan penglibatan aktif

dalam kelas berbanding pelajar yang menggunakan kaedah kuliah sahaja.

Page 63: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

44

2.11 Kesimpulan

Secara dasarnya, kebanyakan kajian oleh pengkaji yang lepas lebih menumpukan

kepada elemen perkaitan kemahiran berfikir aras tinggi dengan perestasi pembelajaran

pelajar, kehendak dan keperluan industri, keperluan asas pekerja dan juga penerapan

kemahiran berfikir aras tinggi dalam bilik darjah sahaja. Kajian yang dilakukan terhadap

kaedah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kemahiran berfikir aras tinggi

masih kurang. Dapat kita lihat juga banyak pengkaji mencadangkan PBM sebagai

kaedah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Kesimpulannya, kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan dan mendidik

bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan

masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara amnya,

kaedah PBM boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk

melahirkan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran berfikir yang kritikal,

kemahiran belajar, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

dengan tepat. Komponen dalam reka cipta menawarkan pelbagai peluang kepada guru

untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat inferens, mencadangkan

idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini mempunyai ciri-ciri

kemahiran berfikir aras tinggi.

Page 64: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

45

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan aspek yang penting dalam menjalankan sesuatu

kajian. Perkara yang dibincangkan di dalam bab ini adalah kaedah atau metodologi yang

digunakan dalam pemprosesan dan penanalisisan data bagi mendapatkan hasil kajian

yang dijalankan. Antara aspek-aspek yang dibincangkan adalah reka bentuk kajian,

persampelan, instrumen kajian, kajian rintis dan prosedur pengumpulan data.

Menurut Mohamad Najib (1999), kajian secara saintifik merupakan satu kaedah

kajian yang baik dan ia perlu diberi sokongan dengan rasional atau dibuktikan melalui

langkah-langkah tertentu.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian membantu penyelidik dalam menuju ke arah mendapatkan

maklumat dan tujuan kajian itu dijalankan. Kajian ini adalah untuk mendapatkan

maklumbalas tentang pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi yang diperoleh

melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta.

Page 65: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

46

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk deskriptif

dengan tujuan mencari kebenaran yang berkaitan dengan persoalan kajian. Mohd Majid

(1994), menjelaskan penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat

untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dan menerokai sesuatu

bidang yang belum atau kurang dikaji.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Kaedah pensampelan dan juga sampel kajian merupakan aspek penting di dalam

kajian-kajian sosial seperti kajian dalam bidang pendidikan. Sampel merupakan sumber

untuk mendapatkan data. Sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil

kira sama ada ia dapat menjadi populasi ataupun sebaliknya (Azizi et al, 2007). Melalui

persampelan, pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi

daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Populasi boleh

didefinisikan sebagai satu ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas

sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid, 1994). Populasi kajian ini adalah pelajar-

pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Mereka terdiri daripada pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan

masalah dalam subjek reka cipta yang diambil.

Kaedah persampelan bagi kajian ini adalah kaedah pensampelan jenis tidak

rawak yang bertujuan (purposive sampling). Kaedah pensampelan tidak rawak bertujuan

digunakan kerana kajian ini dijuruskan kepada mengkaji peningkatan kemahiran berfikir

aras tinggi melalui perlaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas

reka cipta. Sehubungan dengan itu, adalah memadai untuk menjadikan pelajar-pelajar

yang terlibat dengan mata pelajaran berkenaan sahaja sebagai sampel kajian ini. Di

dalam kajian ini, populasi kajian adalah seramai 88 orang dan menurut jadual Krejcie, R.

V dan Morgan D.W. (1970) sampel yang perlu diambil adalah memadai 73 orang pelajar

Page 66: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

47

tahun empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang mengikuti kursus reka cipta.

3.4 Instrumen kajian

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data merupakan satu set soal

selidik. Menurut Mohd Najib (2003), data dan maklumat yang diperolehi melalui soal

selidik adalah lebih tepat. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kos, masa dan senang

untuk mendapat kerjasama daripada responden serta dapat menghasilkan item-item yang

konsisten dan boleh dipercayai. Soal selidik ini direkabentuk berdasarkan objektif kajian

dan persoalan kajian.

Item-item yang terdapat dalam soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu bahagia A dan bahagian B (Rujuk Lampiran A). Bahagian A berkaitan maklumat

latar belakang responden, manakala bahagian B untuk mendapatkan maklumat tentang

persoalan kajian. Bahagian-bahagiannya adalah seperti berikut:

Bahagian A : Mengandungi 3 soalan untuk mendapatkan maklumat latar belakang

responden

Bahagian B : Bahagian ini mengandungi 34 soalan yang berkaitan kemahiran berfikir

aras tinggi yang diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah.

Page 67: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

48

Jadual 3.1 : Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor Demografi

Responden

Nombor item Jenis soalan

1 Jantina

2 Umur

3 Bangsa

Di dalam bahagian B, penyelidik akan menumpukan soalan-soalan yang

berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang diperoleh oleh pelajar tahun empat

Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kemahiran Hidup) melalui kaedah pembelajaran

berasaskan masalah. Bidang yang dikaji adalah seperti yang dinyatakan di dalam

persoalan kajian.

Jadual 3.2 : Pembahagian Item Soal Selidik Bahagian B Berdasarkan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi yang dapat Diaplikasikan Melalui

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Bil Persoalan kajian Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi

Nombor Item Jumlah

1. Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta?

Kemahiran berfikir kritikal

1,2,3,4,5,6,7,8,9,

9

2. Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta?

Kemahiran menyelesaikan masalah

10,11,12,13,154,15,16,17,18

9

3. Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta?

Kemahiran belajar 19,20,21,22,23,24,25,26,

8

Page 68: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

49

4. Apakah kemahiran membuat keputusan dapat ditingkatkan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas rekacipta?

Kemahiran membuat keputusan

27,28,29,30,31,32,33,34

8

JUMLAH 34

Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan ataupun tidak

terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Tanggapan responden dalam bahagian ini

diukur dengan menggunakan skala Likert untuk mengukur pandangan responden

terhadap sesuatu kenyataan. Skala likert ini mengandungi lima nilai jawapan dan set

maklum balas terhadap pandangan responden di antara nilai 1 hingga 5. Skala Likert

didapati berguna untuk mengukur kebolehan selain dari sikap, ia juga sesuai untuk

mengukur persepsi dan pandangan pelajar berhubung isu atau perkara (Azizi et al,

2007). Skala Likert tersebut adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.3

Jadual 3.3: Markat Skala Likert 5 Mata

Sangat

Setuju (SS)

Setuju (s) Tidak Pasti

(TP)

Tidak Setuju

(TS)

Sangat Tidak

Setuju (STS)

Skor 5 4 3 2 1

3.5 Prosedur pengumpulan data.

Dalam sesuatu kajian, prosedur pengumpulan data merupakan perkara yang

penting yang perlu dijalankan dengan teliti. Ini kerana data yang akan diperoleh

merupakan dapatan yang perlu dikumpulkan dan dianalisis. Dalam hal ini, pengkaji telah

membahagikan proses untuk menjalankan kajian kepada dua peringkat:

Page 69: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

50

3.5.1 peringkat pertama

3.5.1.1 Perbincangan dengan pembimbing mengenai kesesuaian tajuk

mengikut kepentingan kajian

3.5.1.2 Mengumpul bahan rujukan.

3.5.1.3 Menghasilkan proposal

3.5.2 peringkat kedua

3.5.2.1 pengedaran soalan soal selidik kepada wakil kelas

3.5.2.2 membuat penganalisaan

3.5.2.3 membuat rumusan dan cadangan.

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis ini bertujuan memastikan ketepatan item dalam soal selidik dari

aspek kesahan kandungan dan mendapatkan indeks kebolehpercayaan item-item soal

selidik sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis soal selidik pada tahap ini adalah

berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang masih wujud dalam

soal selidik (Azizi et al, 2007).

Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden untuk dijawab, satu kajian

rintis dijalankan untuk menyemak kesahan dan mendapatkan pekali indeks

kebolehpercayaan item-item soalan yang telah dibina.

Page 70: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

51

3.6.1 Kesahan soal selidik

Kesahan isi merujuk kepada soalan-soalan yang dapat menguji perkara yang

ingin diuji oleh penyelidik dalam sesuatu kajian yang dijalankan. Tahap kesahan dapat

dipertingkatkan dengan menentukan kandungan yang sesuai dan jumlah yang

mencukupi. Soal selidik yang baik hendaklah jelas, padat dan mudah difahami oleh

responden untuk mengelakkan kekeliruan selain dapat memudahkan penyelidik

membuat analisa terhadap instrumen tersebut (Mohd Najib, 1999).

.

3.6.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi responden memberi jawapan

(Mohd Najib, 2003). Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan keputusan ujian, iaitu

sesuatu tahap yang diperoleh seseorang sememangnya melambangkan tahap kemahiran

beliau dalam ujian tersebut.

Bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan item-item soal selidik, pengkaji

akan mengedarkan sebanyak sepulah set soal selidik kepada sepuluh pelajar yang terdiri

daripada pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidkan (Kejuruteraan

Awam), Universiti teknologi Malaysia. Menurut Mohd Najib (1999), saiz sampel kajian

rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang

berkesan tentang ujian itu sekitar enam ke sepuluh orang.

Dalam kajian rintis, nilai indeks kebolehpercayaan item-item soal selidik,

ditentukan dengan menggunakan Model Alpha Cronbach yang terdapat dalam Statistical

Packeges for the Social Sciences (SPSS) version 15.0 dengan mengikut kriteria berikut

seperti pada jadual 3.4 di bawah.

Page 71: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

52

Jadual 3.4: Pekali Alpha Cronbach

Nilai Alpha Kedudukan Item

0.0 – 0.20 Ubah kesemua item

0.21 - 0.80 Ubah sebahagian item

0.81 – 1.00 Item boleh diterima

Sumber: Mohd Najib (1999)

Hasil dari analisis data sepuluh responden yang terlibat dalam kajian rintis yang

dijalankan, nilai indeks kebolehpercayaan yang diperoleh adalah 0.904. ini menunjukkan

indeks kebolehpercayaan mempunyai tahap yang tinggi dan setiap item boleh diterima.

3.7 Analisis data

Menurut Mohd Majid (1998), pemprosesan data merupakan teknik untuk

pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data-

data yang diperolehi daripada soal selidik diproses mengikut kaedah deskriptif untuk

mendapatkan maklumat yang berguna.

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial

Science version 15.0 atau singkatannya SPSS 15.0 dengan statik kekerapan (f),

peratusan (%) dan min bagi menentukan hasil kajian yang dilakukan. Menurut Mohd

Majid (1998), beliau menyatakan meskipun fakta adalah hak semua orang, tafsiran

terhadap fakta adalah hak individu penyelidikan.

Bagi memudahkan pentafsiran terhadap dapatan data yang diperolehi, maka

pengelasan skala bagi bahagian B akan diubah dari skala likert lima mata kepada skala

Page 72: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

53

tiga mata sahaja. Kaedah ini bertujuan memudahkan pemberatan bagi setiap kategori

yang diukur. Perubahan yang dilakukan adalah seperti di dalam jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5 : Skala Pemeringkatan

Skor asal Skor Skala pemeringkatan

1 dan 2 1 Tidak setuju

3 2 Kurang setuju

4 dan 5 3 Setuju

Analisis untuk bahagian B dilaksanakan untuk mendapatkan kekerapan,

peratusan, min setiap item dan min keseluruhan. Menurut Mohd Najib (2003),

menyatakan bahawa min melambangkan arah tuju respon pengiraan tertentu perlu

dilakukan bagi mendapatkan nilai min tersebut. Di dalam kajian ini terdapat 4

persoalan kajian yang mana setiap soalan kajian mengandungi 8 ke 9 item. Jadual 3.6

menunjukkan nilai min yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu tinggi, sederhana

dan rendah (Mohd Najib,1998). Oleh itu, pengkaji telah menggunakan jadual penetapan

min untuk membuat tafsiran terhadap fakta yang diperolehi.

Jadual 3.6: Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

Skala Tahap

3.68 hingga 5.00 Tinggi

2.34 hingga 3.67 Sederhana

1.00 hingga 2.33 Rendah

Sumber: Mohd Majid (2000)

Setelah semua soalan soal selidik dikumpul, pengkaji akan membuat semakan

agar responden mematuhi arahan yang betul.

Page 73: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

54

3.8 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan kaedah yang digunakan oleh

pengkaji dalam menjalankan kajian yang meliputi rekabentuk instrumen kajian, proses

mendapatkan maklumat dan menganalisis data. Prosedur-prosedur yang telah dirancang

di dalam bab ini adalah bagi memudahkan proses kajian dijalankan dan memberi

panduan kepada pengkaji bagi memperoleh dapatan kajian yang bermakna dan tepat.

Page 74: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

55

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil dan dapatan kajian yang diperolehi daripada

responden. Sebanyak 73 set soal selidik yang telah diedarkan kepada tahun 4 SPH

Fakulti Pendidikan UTM, Skudai dan dikutip semula pada masa yang sama. Analisis

data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science

(SPSS) versi 15.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min.

Proses penganalisan data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan

B. Bahagian A membincangkan latar belakang responden manakala Bahagian B

membincangkan tentang kemahiran berfikir aras tinggi yang diaplikasikan melalui

kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta dari aspek kemahiran

berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran belajar dan kemahiran

membuat keputusan

4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden

Page 75: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

56

Dalam set soal selidik Bahagian A, terdapat tiga item yang menerangkan biodata

responden dari segi jantina, umur dan bangsa Hasil analisis ditunjukkan dalam jadual

kekerapan dan peratusan seperti dalam jadual 4.1, 4.2, dan 4.3

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1 dibawah menunjukkan taburan respoden mengikut jantina.

Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

JANTINA F % Lelaki 22 30.1

Perempuan 51 69.9 Jumlah 73 100.0

Jadual 4.1 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah

seramai 73 orang. Daripada 73 orang responden, seramai 22 orang iaitu 30.1 peratus

adalah lelaki dan selebihnya iaitu 51 orang dengan peratusan 69.9 peratus adalah

perempuan.

4.2.1 Umur

Jadual 4.2 dibawah menunjukkan taburan respoden mengikut umur.

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Umur

UMUR F %

20-25 tahun 54 74 26-30 tahun 19 26

Jumlah 73 100.0

Page 76: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

57

Seramai 54 orang daripada 73 responden iaitu 74 peratus berumur dalam

lingkungan 20 hingga 25 tahun. Manakala 19 orang yang mewakili 26 peratus adalah

berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun.

4.2.3. Bangsa

Jadual 4.3 dibawah menunjukkan taburan respoden mengikut bangsa.

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Bangsa

BANGSA F % Melayu 57 78.1

Cina 7 9.6 India 4 5.5

Lain lain 5 6.8 Jumlah 73 100.0

Dapatan kajian menunjukkan peratusan responden melayu adalah tertinggi iaitu

seramai 57 orang (78.1 peratus). Ini diikuti dengan responden berbangsa Cina iaitu

seramai 7 orang (9.6 peratus) dan respondan berbangsa lain seramai 5 orang (6.8

peratus). Responden berbangsa India adalah yang paling sedikit iaitu 4 orang sahaja

dengan peratusan 5.5 peratus.

4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian Analisis data bahagian B dilakukan bagi menjawab persoalan kajian seperti yang

dinyatakan dalam bab 1. Maklum balas yang diberikan oleh responden dikategorikan

kepada lima pilihan jawapan iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan

sangat tidak setuju. Keseluruhan item bagi setiap persoalan kajian pula akan

Page 77: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

58

dikategorikan semula kepada 3 kategori sahaja iaitu sangat setuju dan setuju sebagai

setuju, tidak pasti dan sangat tidak setuju dan tidak setuju sebagai tidak setuju.

Jadual 4.4 di bawah menunjukkan jadual skala likert dari lima peringkat ditukar menjadi

tiga peringkat.

Jadual 4.4 : Jadual Skala Likert 5 Peringkat ditukar menjadi 3 peringkat

Jadual Skala Likert 5 Peringkat 3 Peringkat Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak setuju

Tidak pasti Tidak pasti Setuju Setuju Sangat setuju

Penyelidik mengambil nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item persoalan

kajian. Jadual 4.5 menunjukkan taburan nilai min mengikut tahap.

Jadual 4.5: Taburan Nilai Min Mengikut Tahap

Nilai Min Tahap 1.0 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 5.0 Tinggi

(Sumber: Mohd. Najib, 1999) 4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1

“ Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran

berasaskan masalah dalam subjek reka cipta?”

Page 78: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

59

Persoalan kajian yang pertama adalah untuk mengetahui apakah kemahiran

berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam

kelas rekacipta. Persoalan kajian ini diwakili dengan 9 item. Dapatan kajian adalah

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.6.

Jadual 4.6: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Berfikir Kritikal

Item

Pernyataan

STS

TP

SS

Min

f

(%) f

(%) f

(%)

1 Saya mampu mengaitkan fakta dan idea bagi menghuraikan sesuatu masalah

1

1.4

8

11.0

64

87.7

4.05

2 Saya mampu berfikir secara reaktif (memberi ulasan, komen dan rasional)

2

2.7

2

2.7

69

94.5

4.11

3 Saya mampu membandingkan idea-idea yang dikeluarkan

2

2.7

5

6.8

66

90.4

4.22

4 Saya mampu memikir dengan mendalam dan membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang sesuatu perkara

3

4.1

3

4.1

67

91.8

4.23

5 Saya mampu menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan

2

2.7

3

4.1

68

93.2

4.26

6 Saya mampu menilai sesuatu isu dari pelbagai sudut.

0

0

4

5.5

69

94.5

4.15

Page 79: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

60

7 Saya mengeluarkan idea-idea yang bernas

0

0

6

8.2

67

91.8

4.22

8 Saya mampu mengemukakan pendapat bagi menghasilkan idea yang baik.

1

1.4

4

5.5

68

93.2

4.15

9 Saya mampu memberi kritikan dalam menghasilkan idea yang baik

1

1.4

4

5.5

68

93.2

4.20

Purata Min Keseluruhan

4.18

Jadual 4.5 di atas menunjukkan analisis peratusan dan min dari aspek kemahiran

berfikir kritikal. Berdasarkan dapatan yang diperoleh didapati item 5 iaitu “saya mampu

menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan” mencapai

nilai min yang tertinggi iaitu 4.26. Seramai 69 responden (93.2 peratus) menyatakan

bahawa mereka mampu menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara

berkesan manakala hanya 2 responden (2.7 peratus) yang menyatakan sebaliknya.

Seramai 3 responden (4.1 peratus) tidak pasti sama ada mereka mampu menggunakan

teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan atau tidak. Nilai min bagi

item tersebut berada di tahap tinggi.

Merujuk kepada item 6, didapati seramai 69 responden (94.5 peratus) yang tidak

mengatakan mereka mampu menilai sesuatu isu dari pelbagai sudut yang berbeza

manakala 4 responden (5.5 peratus) yang tidak pasti dengan jawapan mereka dan tidak

seorang pon responden (0 peratus) yang tidak bersetuju bahawa mereka mampu menilai

sesuatu isi dari pelbagai sudut berbeza. Manakala bagi item 8 pula iaitu “saya mampu

mengemukakan pendapat bagi menghasilkan idea yang baik” sebanyak 68 responden

(93.2 peratus) bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 4 responden (5.5 peratus) tidak

pasti dengan penyataan ini dan hanya seorang (1.4 peratus) yang tidak bersetuju dengan

Page 80: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

61

penyataan ini. Kedua-dua item 6 dan 8 ini mempunyai nilai min yang sama iaitu 4.15

yang menunjukkan bahawa item tersebut berada di tahap tinggi.

Hasil analisis bagi item 1 iaitu “ saya mampu mengaitkan fakta dan idea dalam

menghuraikan sesuatu masalah” menunjukkan nilai min ialah 4.05 dengan bilangan

seramai 64 daripada 73 responden (87.7 peratus) bersetuju bahawa mereka mampu

mengeluarkan idea yang bernas manakala 1 responden (1.4 peratus) menyatakan yang

sebaliknya. Seramai 8 responden iaitu 11.0 peratus yang tidak pasti samaada mereka

mampu mengeluarkan idea yang bernas atau tidak. Nilai min bagi item tersebut ialah

4.05 iaitu berada di tahap tinggi. Nilai min bagi item tersebut merupakan nilai min yang

terendah jika dibandingkan dengan nilai min bagi item lain dalam persoalan kajian yang

pertama ini.

Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian satu, item 5 menunjukkan nilai min

yang paling tinggi iaitu 4.26 diikuti dengan item 4 dengan nilai min 4.23 manakala item

1 menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu 4.05 dan ini diikuti oleh item 2 iaitu

4.11. Secara keseluruhannya, purata min bagi kemahiran berfikir kritikal adalah

sebanyak 4.18 iaitu berada di tahap tinggi. Ini menunjukkan secara keseluruhannya,

majoriti responden dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir kritikal melalui

pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas rekacipta.

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2

“Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan melalui

pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta.?”

Persoalan kajian yang kedua adalah untuk mengetahui adakah terdapatnya

pengaplikasian kemahiran menyelesaikan masalah terhadap mereka melalui

Page 81: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

62

pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta. Persoalan kajian ini

diwakili dengan 9 item. Dapatan kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual

4.7.

Jadual 4.7: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Item

Pernyataan

STS

TP

S

Min

f

(%) f

(%) f

(%)

10 Saya mampu mengenalpasti masalah yang wujud dalam situasi kompleks dan kabur.

3

4.1

1

1.4

69

95.4

4.21

11 Saya mampu mendapatkan jalan penyelesaian alternatif kepada masalah

1

1.4

2

2.7

70

95.9

4.37

12 Saya mampu menganalisis masalah yang wujud

1

1.4

7

9.6

65

89

4.16

13 Saya mampu menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.

1

1.4

4

5.5

68

93.2

4.23

14 Saya mampu untuk menvisualkan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya

1

1.4

3

4.1

69

94.5

4.15

15 Saya mampu menggunakan pelbagai teknik untuk

0

0

6

8.2

67

91.8

4.29

Page 82: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

63

menyelesaikan masalah.

16 Saya mampu mengkaji dan menilai masalah yang diberikan

0

0

7

9.6

66

90.4

4.27 17 Saya memerlukan masa

yang sedikit bagi menyelesaikan masalah yang rumit.

1

1.4

4

5.5

68

93.2

4.30

18 Saya mampu menyelesaikan masalah yang timbul dengan efektif dan berhati-hati.

3

4.1

5

6.8

65

89

4.12

PURATA MIN KESELURUHAN

4.23

Hasil kajian ini mendapati bahawa item 11 iaitu “saya mampu mendapatkan jalan

penyelesaian alternatif kepada masalah” yang mempunyai min yang paling tinggi iaitu

4.37 di mana seramai 70 responden (95.9 peratus) bersetuju dengan penyataan ini

manakala seorang responden (1.4 peratus) yang tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Seramai 2 responden (2.7 peratus) yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Nilai

min bagi item tersebut berada di tahap tinggi.

Hasil analisis bagi item 12 menunjukkan seramai daripada 65 responden (89.0

peratus) menyatakan bahawa mereka mampu menganalisis masalah yang wujud

manakala 7 responden (9.6 peratus) tidak pasti dan hanya 1 responden (1.4 responden)

yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Nilai min bagi item tersebut ialah 4.16

berada pada tahap yang tinggi dalam persoalan kajian kedua ini.

Merujuk kepada item 13, didapati seramai 68 responden (93.2 peratus)

menyatakan bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran

dan pengetahuan yang diperlukan berbanding hanya 1 responden (1.4 peratus) yang

Page 83: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

64

menyatakan tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat 4 responden (5.5 peratus)

yang tidak pasti dengan penyataan ini. Nilai min sebanyak 4.23 menunjukkan bahawa

item tersebut berada di tahap tinggi.

Min yang terendah dalam persoalan kajian ini ialah item 18 iaitu “saya mampu

menelesaikan masalah yang timbul dengan efektif dan berhati-hati” dengan nilai min

4.12. Seramai 65 responden (89 peratus) bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala

5 responden (6.8 peratus) tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Hanya 3 orang

responden (4.1 peratus) yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Nilai min

sebanyak 4.12 menunjukkan bahawa item tersebut berada di tahap tinggi.

Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian dua, item 10 menunjukkan nilai min

yang paling tinggi iaitu 4.37 dan diikuti oleh item 17 dengan nilai min 4.30. Item 18

menunjukkan nilai min yang paling rendah. Secara keseluruhannya, purata min bagi

tahap kemahiran menyelesaikan masalah adalah sebanyak 4.24 iaitu berada di tahap

tinggi. Ini menunjukkan secara keseluruhannya majoriti responden dapat

mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah melalui pembelajaran berasaskan

masalah di dalam kelas reka cipta.

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3

“Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan

masalah di dalam kelas reka cipta?”

Persoalan kajian yang ketiga adalah untuk mengetahui apakah kemahiran belajar

dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta.

Persoalan kajian ini diwakili dengan 8 item. Dapatan kajian adalah seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 4.8.

Page 84: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

65

Jadual 4.8: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Belajar

Item

Pernyataan

TS

TP

S

Min

f

(%) f

(%) f

(%)

19 Saya sentiasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri

2

2.7

2

2.7

69

94.5

4.19

20 Saya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam

0

0

2

2.7

71

97.3

4.32

21 Saya akan mencari dan menggunakan pengetahuan khusus dari pelbagai bidang

3

4.1

5

6.8

65

89.1

4.11

22 Saya berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja sehingga berjaya

0

0

4

5.5

69

94.5

4.12

23 Saya mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru.

1

1.4

2

2.7

70

95.9

4.12

24 Saya menggunakan pelbagai media untuk belajar (internet,buku rujukan)

1

1.4

3

4.1

69

94.5

4.23

25 Saya akan mendapatkan maklumat melalui pertanyaan dengan orang lain.

3

4.1

6

8.2

64

87.7

4.18

26 Saya akan belajar dari seseorang melalui pemerhatian diikut i

0

0

4

5.5

69

94.5

4.32

Page 85: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

66

dengan belajar secara sendiri

PURATA MIN KESELURUHAN

4.20

Merujuk kepada item 20, seramai 71 responden (97.3 peratus) menyatakan

mereka mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam semasa melalui pembelajaran

berasaskan masalah dalam kelas rekacipta. Hanya 2 responden (2.7 peratus) yang tidak

pasti dengan kenyataan ini dan tidak ada responden (0 peratus) yang tidak mempunyai

sifat ingin tahu yang mendalam. Manakala bagi item 26 pula seramai 69 responden (94.5

peratus) bersetuju menyatakan bahawa mereka akan belajar dari seseorang melalui

pemerhatian dan diikuti dengan belajar sendiri. Responden yang selebihnya seramai 4

orang (5.5 peratus ) menyatakan mereka tidak pasti dengan kenyataan ini. Nilai min bagi

kedua-dua item tersebut merupakan nilai min yang tertinggi dalam persoalan kajian ini

dengan nilainya 4.32 iaitu berada di tahap tinggi.

Analisis item 23 menunjukkan majoriti responden menyatakan mereka

mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru iaitu seramai 70

responden (95.9 peratus) berbanding hanya seorang responden ( 1.4 peratus) yang tidak

bersetuju. Seramai 2 responden (2.7 peratus) yang tidak pasti dengan penyataan ini.

Nilai min bagi item tersebut ialah 4.12 iaitu berada di tahap yang tinggi.

Merujuk kepada item 24, didapati seramai 69 responden (94.5 peratus)

menyatakan mereka menggunakan pelbagai media untuk belajar manakala seramai 3

responden (4.1 peratus) yang tidak pasti dengan penyataan tersebut. Hanya seorang

responden (1.4 peratus) yang menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan pelbagai

media untuk belajar. Nilai min bagi item tersebut ialah 4.23 iaitu berada di tahap yang

tinggi.

Page 86: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

67

Hasil analisis bagi item 21 menunjukkan seramai 65 responden (89.1 peratus)

menyatakan bahawa mereka akan mencari dan menggunakan pengetahuan khusus dari

pelbagai bidang, manakala seramai 3 responden (4.1 peratus) yang menyatakan

sebaliknya. Seramai 5 responden (6.8 peratus) yang tidak pasti sama ada mereka

menggunakan pengetahuan khusus dari pelbagai bidang ataupun tidak. Nilai min

sebanyak 4.11 menunjukkan bahawa item tersebut berada di tahap tinggi tetapi nilai min

tersebut merupakan nilai min yang terendah bagi persoalan kajian ketiga ini.

Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian tiga, item 20 dan item 26

menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.32 manakala item 21 menunjukkan nilai

min yang paling rendah iaitu 4.11 diikuti dengan item 23 dan item 22 dengan nilai min

yang sama iaitu 4.12. Secara keseluruhannya, purata bagi min bagi tahap kemahiran

belajar adalah sebanyak 4.20 iaitu berada di tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa

majoriti responden dapat mengaplikasikan kemahiran belajar melalui pembelajaran

berasaskan masalah dalam subjek reka cipta.

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4

“Apakah kemahiran membuat keputusan dapat diaplikasikan melalui

pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta?”

Persoalan kajian yang keempat adalah untuk mengetahui apakah kemahiran

membuat keputusan dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di

dalam kelas reka cipta. Persoalan kajian ini diwakili dengan 8 item. Dapatan kajian

adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.9.

Page 87: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

68

Jadual 4.9: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Membuat Keputusan

Item

Pernyataan

TS

TP

S

Min

f

(%) f

(%) f

(%)

27 Saya mampu membuat keputusan menggunakan akal fikiran yang tajam

1

1.4

10

13.7

62

84.9

4.10

28 Saya membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan

0

0

5

6.2

68

93.2

4.29

29 Saya akan menentukan matlamat dan kekangan sebelum membuat keputusan.

0

0

6

8.2

67

91.8

4.19

30 Saya mampu mempertimbangkan risiko untuk membuat keputusan

2

2.7

6

8.2

65

89

4.15

31 Saya membuat keputusan berdasarkan alasan yang dikemukakan

2

2.7

4

5.5

67

91.8

4.14

32 Saya mampu memilih penyelesaian yang paling efektif dalam membuat keputusan

23

4.1

6

8.2

64

87.7

4.08

33 Saya mampu membuat keputusan tanpa bergantung kepada orang lain

2

2.7

7

9.6

64

87.7

3.99

Page 88: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

69

34 Saya mampu menentukan apa yang salah atau apa yang betul, serta mencadangkan bagaimana cara ia boleh dibuat secara lebih baik

2

2.7

4

5.5

67

91.8

4.26

PURATA MIN KESELURUHAN 4.15

Merujuk kepada item 28, seramai 68 responden (93.2 peratus) menyatakan

bahawa mereka membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan. Hanya 5

responden (6.8 peratus) yang menyatakan tidak pasti dengan penyataan tersebut

manakala tidak seorang pun (0 peratus) yang meyatakan mereka tidak setuju bahawa

mereka mampu membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan. Nilai min

bagi item tersebut ialah 4.29 iaitu berada di tahap tinggi dan merupakan nilai min yang

tertinggi bagi persoalan kajian keempat.

Hasil dapatan bagi item 27 menunjukkan seramai 62 responden daripada 73

responden (84.9 peratus) menyatakan bahawa mereka mampu membuat keputusan

menggunakan akal fikiran yang tajam berbanding hanya seorang responden (1.4 peratus)

yang menyatakan sebaliknya. Seramai 10 responden (13.7 peratus) yang tidak pasti

samaada mereka mampu membuat keputusan menggunakan akal fikiran yang tajam atau

tidak. Nilai min bagi item tersebut ialah 4.10 iaitu berada di tahap tinggi.

Analisis item 30 menunjukkan majoriti responden menyatakan bahawa mereka

mampu mempertimbangkan risiko untuk membuat keputusan iaitu seramai 65 responden

(89.0 peratus) berbanding 2 responden (2.7 peratus) yang tidak bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Hanya 6 responden (8.2 peratus) yang tidak pasti dengan penyataan

tersebut. Nilai min sebanyak 4.15 menunjukkan item tersebut berada di tahap tinggi.

Page 89: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

70

Hasil analisis item 33 menunjukkan seramai 64 responden (87.7 peratus)

menyatakan bahawa mereka mampu membuat keputusan tanpa bergantung pada orang

lain. Manakala 2 responden (2.7 peratus) yang menyatakan sebaliknya. Seramai 7

responden (9.6 peratus) yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. nilai min bagi item

32 ini ialah 3.99 iaitu berada di tahap tinggi tetapi merupakan nilai min yang terendah

dalam persoalan kajian ini.

Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian empat, item 28 menunjukkan nilai

min yang tertinggi iaitu 4.29 dan ini diikuti oleh item 34 iaitu 4.26. Item 33 merupakan

item yang mempunyai nilai min yang terendah iaitu 3.99 diikuti dengan item 32 iaitu

4.08. Kesemua item bagi persoalan kajian empat ini berada di tahap tinggi. Secara

keseluruhannya, purata min bagi aspek kemahiran membuat keputusan adalah sebanyak

4.15 iaitu berada di tahap tinggi.

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data

Jadual 4.10: Taburan Peratusan Responden Secara Keseluruhan Persoalan Kajian

Persoalan Kajian

Purata

Min

Tahap

1 Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat

diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan

masalah dalam subjek rekacipta?

4.18

Tinggi

2 Apakah kemahiran menyelesaikan masalah

dapat diaplikasikan melalui pembelajaran

berasaskan masalah dalam subjek reka cipta?

4.23

Tinggi

3 Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan

melalui pembelajaran berasaskan masalah

dalam subjek reka cipta?

4.20

Tinggi

Page 90: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

71

4 Apakah kemahiran membuat keputusan dapat

diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan

masalah dalam subjek reka cipta?

4.15

Tinggi

Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada kiraan purata min keseluruhan bagi

setiap kemahiran berfikir aras tinggi yang dapat diaplikasikan melalui pembelajaran

berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta, kesemuanya adalah di tahap tinggi.

Kemahiran menyelesaikan masalah mencatatkan min yang paling tinggi iaitu sebanyak

4.23. Seterusnya diikuti oleh kemahiran belajar dan kemahiran berfikir kritikal yang

masing- masing mencatatkan min 4.20 dan 4.18. Kemahiran membuat keputusan

mencatatkan nilai min yang terendah iaitu 4.15.

4.5 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan analisis dapatan kajian secara

terperinci. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran berfikir aras tinggi yang

diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta

menunjukkan respon yang positif. Data yang dianalisis menunjukkan bahawa kesemua

kemahiran berfikir aras tinggi yang dikaji berada di tahap tinggi. Bab seterusnya akan

membincangkan tentang rumusan dan perbincangan berkaitan kajian ini.

Page 91: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

72

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan inti pati kajian yang merangkumi perbincangan, rumusan dan

cadangan mengenai tajuk kajian iaitu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta. Kesimpulan yang

dibuat adalah berdasarkan kepada dapatan kajian yang dianalisis melalui maklum balas

yang diberikan oleh 73 orang responden dengan menggunakan soal selidik.

Perbincangan dan rumusan mengenai hasil dapatan yang dibuat adalah dijelaskan

dengan lebih mendalam mengikut skop persoalan kajian. Hasil dari perbincangan dan

rumusan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan hasil

kajian ini bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran berfikir aras tinggi melalui

pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta.

5.2 Perbincangan Kajian 5.2.1 Bahagian A – Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan dapatan kajian, responden perempuan adalah jauh lebih ramai

daripada responden lelaki iaitu seramai 51 orang dengan peratusan 69.9 peratus dan

Page 92: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

73

pelajar lelaki seramai 21 orang dengan peratusan 30.1 peratus. Telah banyak statistik

menunnjukkan pelajar perempuan telah mendominasi tempat di universiti berbanding

lelaki terutamanya dalam kursus pendidikan. Kebanyakan responden berumur sekitar 20

hingga 25 tahun iaitu seramai 54 orang (74.0 peratus). Hanya 19 orang (26 peratus)

berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun.

Secara keseluruhannya, bilangan responden yang berbangsa melayu mencatat

bilangan peratusan yang tertinggi iaitu 57 orang (78.1 peratus). Ini diikuti dengan

responden berbangsa Cina iaitu seramai 7 orang (9.6 peratus) dan respondan berbangsa

lain seramai 5 orang (6.8 peratus). Responden berbangsa India adalah yang paling

sedikit iaitu 4 orang sahaja dengan peratusan 5.5 peratus.

5.2.2 Bahagian B – Perbincangan Persoalan Kajian Perbincangan kajian yang dibuat oleh penyelidik adalah berdasarkan hasil

dapatan kajian yang telah dianalisis di dalam bab empat, fokus perbincangan terdiri

daripada setiap persoalan kajian pada bahagian B. Ia meliputi empat persolan kajian

yang berkaitan dengan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi sepanjang

pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta. Aspek kemahiran berfikir aras

tinggi yang dikaji adalah dari segi kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan

masalah, kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan.

5.2.2.1 “Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui

pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta”

Kemahiran berfikir secara kritikal merupakan kemahiran yang diperlukan untuk

mengumpul data dan maklumat yang diterima. Kemahiran ini memerlukan kemahiran

Page 93: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

74

menganalisis data dan maklumat serta melibatkan kemahiran membanding, kemahiran

mengklasifikasi, kemahiran menilai, kemahiran memberi penerangan, kemahiran

meramal, kemahiran membuat kesimpulan dan generalisasi serta kemahiran merumus. (

Low, 1999).

Hasil analisis item 5, “saya mampu menggunakan teknologi, peralatan dan

sistem maklumat secara berkesan” menunjukkan nilai min yang paling tinggi iaitu 4.26

dan berada pada tahap tinggi. Responden yang bersetuju adalah sebanyak 93.2 peratus.

Ini menunjukkan responden berkemahiran dalam menggunakan teknologi, peralatan dan

sistem maklumat bagi menghasilkan idea-idea dan dapat membuat keputusan yang baik

bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Rashid dan Yahya (2003), ciri-ciri

seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal adalah mereka yang

mampu menggunakan peralatan teknologi secara berkesan. Kenyatan ini disokong oleh

Zahner et al. (1992) yang mengatakan pelajar yang belajar dalam persekitaran

pembelajaran yang berteraskan penggunaan teknologi adalah berkeupayaan mencari,

memperolehi dan menganalisa sumber maklumat.

Bagi item 1, “Saya mampu mengaitkan fakta dan idea dalam menghuraikan

sesuatu masalah”, menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu sebanyak 4.05 pada

tahap tinggi. Ini menunjukkan responden masih lemah dalam menagitkan idea dan fakta.

Siti Norbaizura (2006), menyatakan seandainya pemikiran kritikal memainkan peranan

penting dalam objektif pendidikan, maka sepatutnya perubahan dalam kurikulum

sepatutnya dipertimbangkan. Intitusi pengajian tinggi dan fakulti seharusnya

menawarkan pendekatan yang lebih sesuai kepada pelajar. Pendekatan tersebut haruslah

dimuatkan dengan asas-asas pemikiran tahap tinggi dan dapat memberi peluang

‘memanipulasi maklumat dan idea’di kalangan pelajar. Ini bagi menggalakkan mereka

supaya dapat mencari makna dan implikasi seperti cuba mengaitkan antara fakta dan

idea dalam usaha pelajar untuk mensintesis, membuat generalisasi, menerangkan

sesuatu, membuat hipotesis atau mencapai sebahagian dari kesimpulan mahupun

mengintepretasi maklumat tersebut.

Page 94: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

75

Secara keseluruhannya, elemen kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan

melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta. Ini terbukti

dengan purata min perolehan yang tinggi sebanyak 4.18. Menurut Siti Rahayah et al

(2008), pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara reaktif. Seseorang yang

mempunyai pemikiran kritikal dikatakan pandai mengemukakan kritikan-kritikan tajam

dan membuat penilaian yang perseptif. Kemahiran berfikir secara kritikal adalah

kebolehan individu menggunakan minda untuk mencari makna dan kefahaman terhadap

sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan

membuat pertimbangan yang wajar. (Siti Zuliana,2006)

5.2.2.2 “Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan

melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta”

Dapatan kajian dalam persoalan kajian kedua ini pula menunjukkan bahawa

tahap kemahiran menyelesaikan masalah melalui pembelajaran berasaskan masalah

dalam kelas reka cipta adalah tinggi dimana ia mencapai min keseluruhan 4.23. Pastinya

kemahiran ini adalah antara aspek yang dititikberatkan dalam apa jua organisasi

termasuklah juga dalam industri pekerjaan. Ini kerana menurut Som dan Mohd Dahlan

(1998), kajian mengenai keperluan pekerjaan menunjukkan bahawa tenaga kerja masa

hadapan memerlukan pemikiran yang tajam, iaitu kritis, inovatif, imiginatif dan kreatif

berbanding masa-masa lalu. Secara tidak langsung, ia akan mencetuskan pemikiran

kreatif dan analitis dan mengeluarkan pendapat di kalangan pelajar bagi percambahan

idea dalam menyelesaikan masalah yang diberikan dan mencapai sasaran atau objektif

sesebuah institusi.

Item 11 bagi pernyataan “saya mampu mendapatkan jalan penyelesaian alternatif

kepada masalah” mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu 4.37 bagi persoalan kedua ini.

Kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif,

Page 95: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

76

inovatif, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada

masalah baru yang berlainan (Nor Hafisah 2008). Menurut Som dan Mohd Dahlan,

(1998), kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai

kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat

maujud, abstrak, idea atau gagasan. Idea yang kreatif mengandungi ciri-ciri baru, asli,

pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.

Manakala bagi item 18 iaitu “Saya mampu menyelesaikan masalah yang timbul

dengan efektif dan berhati-hati”, menunjukkan nilai min yang terendah bagi persoalan

kajian yang kedua ini iaitu sebanyak 4.12. Jelas daripada dapatan ini menunjukkan

bahawa kebanyakkan responden mengalami kekurangan dalam elemen penyelesaian

masalah yang perlu dilakukan secara berhati-hati kerana mereka kurang terburu-buru

dan tidak memikir sedalamnya dalam menyelesaikan masalah. Masalah berkemungkinan

merupakan apa sahaja tugasan atau projek yang hendak dilaksanakan oleh seseorang.

Pada kebiasaannya ia melibatkan pelbagai langkah dan tahap. Kebanyakan penyelesaian

masalah memerlukan kaedah yang sesuai dengan masalah yan hendak diselesaikan.

(Newell dan Simon, 1993). Menurut Krulik dan Rudnik (1993), menyatakan bahawa

penyelesaian masalah adalah satu proses di mana seseorang individu tersebut perlu

menggunakan pengetahuan lepas, kefahaman dan teknik-teknik tertentu yang sesuai

dengan masalah yang dihadapi kini.

Secara keseluruhannya, elemen kemahiran menyelesaikan masalah dapat

diaplikasikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta.

Ini terbukti dengan purata min perolehan yang tinggi sebanyak 4.23. Ini bermaksud,

pelajar dapat menganalisis keadaan, menentukan masalah sebenar, melihat setiap

kemungkinan penyelesaian, menilai setiap penyelesaian dan memilih penyelesaian yang

terbaik. Menurut Stevens (1996) dalam Zulkifli (2007) menyatakan individu yang bagus

dalam penyelesaian masalah dapat menyesuaikan diri lebih tepat semasa perubahan

mendadak berlaku, mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki

dengan sebaiknya serta biasanya mereka merupakan seorang berprestasi tinggi (high

Page 96: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

77

achiever ). Oleh yang demikian, kebolehan penyelesaian masalah merupakan faktor

utama dalam menilai pencapaian seseorang.

5.2.2.3 “Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui

pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek rekacipta”

Analisis bagi item-item untuk elemen kemahiran berfikir aras tinggi melalui

pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta dari aspek kemahiran belajar

menunjukkan kesemua min adalah pada tahap yang tinggi iaitu sebanyak 4.20. Analisis

ini jelas menunjukkan bahawa aspek kemahiran belajar merupakan elemen yang amat

dititikberatkan sepanjang responden melalui pembelajaran berasaskan masalah.

Kemahiran belajar merujuk kepada pembelajaran individu sepanjang hayat untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya agar ia dapat mengikuti perkembangan

dan keperluan semasa. Belajar adalah satu pekerjaan walaupun ia tidak menggunakan

tenaga tetapi ia menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan sesuatu benda dan

perkara. (Firdaus, 2007)

Pengkaji mendapati bahawa item 20 bagi pernyataan “ saya mempunyai sifat

ingin tahu yang mendalam” mencapai nilai min yang tertinggi iaitu 4.32. Dapatan ini

menunjukkan kesungguhan responden untuk terus mempelajari sesuatu informasi yang

baru bagi meningkatkan kemahiran, pembangunan diri dan pengetahuan sepanjang

melalui proses pembelajaran. Ini kerana mengikut Raymond A. Noe (2002), persekitaran

kerja yang dinamik memerlukan pekerja memahami keseluruhan sistem kerja termasuk

perhubungan di antara kerja mereka, unit kerja mereka dan organisasi. Pelajar

diharapkan memperoleh kemahiran baru, menggunakannya dalam kerja dan berkongsi

maklumat dengan pekerja lain. Di antara langkah-langkah untuk meningkatkan

penguasaan pelajar dalam kemahiran ini adalah melalui gabungan aktiviti kerja

berkumpulan, tugasan projek, kajian kendiri serta latihan industri (Nor Hafisah, 2008).

Page 97: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

78

Kesemua aktiviti ini memerlukan pelajar berdikari dalam mendapatkan maklumat dan

pengetahuan baru daripada pelbagai sumber.

Analisis bagi item 21 iaitu “saya mampu mencari dan menggunakan pengetahuan

khusus dari pelbagai bidang,” mencatatkan nilai min yang terendah bagi persoalan

kajian yang ketiga iaitu 4.11. Jelas menunjukkan di sini bahawa responden mengalami

kegagalan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan teori pembelajaran yang diperoleh

serta mengkonstrak segala maklumat semasa pembelajaran berasaskan masalah

dijalankan. Menurut Hoffman dan Richie (1997), pelajar memerlukan banyak sumber

maklumat bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan pembelajaran kendiri melalui

penggunaan pelbagai elemen bagi memperoleh maklumat yang berkaitan tugasan dan

secara tidak langsung ini dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif mereka untuk

menguruskan maklumat yang memberi kesedaran kepada mereka tentang konteks fizikal

dan sosial yang relevan kepada tugasnya. Guru perlu bijak menentukan pelajar belajar

daripada pelbagai sumber seperti dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti

internet, CD ROM, Perisian pendidikan dan sebagainya( Zahner et al., 1992).

Secara keseluruhannya, elemen kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui

kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta. Ini terbukti dengan

min perolehan yang tinggi sebanyak 4.20. Ini bermaksud, pelajar mampu

bertanggungjawab terhadap pembelajarannya seperti berusaha mencari maklumat,

mempunyai semangat belajar yang tinggi serta mempunyai motivasi yang tinggi untuk

belajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

yang sangat diperlukan oleh industri sekarang. Menurut Nafisah (2008), jika para pelajar

masih duduk termenung serta lalai dalam melaksanakan tugas dan tidak mengambil langkah

utama dalam menggunakan minda untuk menerokai sesuatu idea bagi menyelesaikan

masalah maka seseorang pelajar itu akan ketinggalan dan mungkin akan tercicir di universiti

mahupun di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Page 98: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

79

5.2.2.4 “Apakah kemahiran membuat keputusan dapat diaplikasikan

melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta”

Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk

kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat

keputusan dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di

rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada

beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar (Hasliza, 2002).

Hasil analisis item 32, “Saya mampu membuat keputusan bedasarkan

perbandingan dan perbezaan”, menunjukkan nilai min 4.29 berada pada tahap tertinggi.

Responden yang bersetuju sebanyak 93.2 peratus. Ini menunjukkan bahawa pelajar

mampu berfikir pada tahap yang tinggi untuk membuat keputusan melalui pembelajaran

berasaskan masalah. Membuat keputusan ialah memilih satu alternatif penyelesaian

yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai

matlamat yang ditetapkan. Kesemua alternatif ini perlulah dibuat perbanding dan

perbezaan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Membuat keputusan ialah satu

proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik

daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Kemahiran

berfikir aras tinggi bermaksud terdapat ciri-ciri perluasan pemikiran semasa seseorang

diperlukan untuk membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi. Selain dari ini

individu juga mendapat peluang membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian,

mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (Rajendran, 2000)

Analisis item 33, “mampu membuat keputusan tanpa bergantung kepada orang

lain mempunyai nilai min yang terendah iaitu 3.99. Ini menunjukkan pelajar masih lagi

tidak pasti dalam membuat keputusan dan terpaksa bergantung kepada rakan-rakan atau

orang lain untuk membuat keputusan. Mereka tidak yakin untuk membuat keputusan.

Keputusan yang mereka lakukan sering berubah-ubah kerana mereka takut keputusan

yang di ambil tidak tepat. Menurut Zuliana (2006), pelajar seharusnya dilatih

menggunakan kemahiran berfikir ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan

Page 99: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

80

membuat keputusan sendiri dengan bijak dan tidak bergantung kepada orang lain. Mahir

berfikir adalah antara potensi minda yang berperanan penting dalam membuat keputusan

Secara keseluruhannya, elemen kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui

kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta. Ini terbukti dengan min

perolehan yang tinggi sebanyak 4.15. Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan

untuk mencapai satu matlamat. Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah

kunci kejayaan untuk berjaya dalam pekerjaan.

5.3 Rumusan Kajian Berdasarkan kepada hasil dapatan dan perbincangan di atas, perkara yang dapat

disimpulkan berdasarkan kajian ini ialah:

i. Majoriti responden adalah perempuan, berbangsa melayu dan berumur 22-25

tahun.

ii. Peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan

masalah dalam kelas rekacipta berada pada tahap yang tinggi.

iii. Elemen kemahiran berfikir aras tinggi yang mencapai nilai min tertinggi ialah

kemahiran menyelesaikan masalah dengan nilai min 4.23. manakala elemen yang

kedua tertinggi ialah kemahiran belajar dengan nilai min 4.20 sementara itu

kemahiran berfikir kritikal mencatat nilai min ketiga tertinggi iaitu 4.18 dan

akhir sekali elemen kemahiran membuat keputusan merupakan nilai min

terendah dengan nilainya 4.15

Page 100: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

81

5.4 Cadangan Kajian

Berdasarkan perbincangan dan rumusan yang diperolehi dalam kajian ini,

dikemukakan beberapa cadangan supaya boleh dijadikan panduan oleh pihak- pihak

tertentu bagi meningkatkan dan memantapkan lagi dari segi kemahiran berfikir aras

tinggi pelajar UTM ketika menjalani pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek

rekacipta. Adalah diharapkan ianya dapat meningkatkan lagi kualiti graduan yang bakal

berkhidmat di industri kita. Cadangan- cadangan adalah seperti berikut:-

5.4.1 Pelajar

i. Mengaplikasikan dan meningkatkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi yang

diperoleh melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di universiti

ii. Elemen kemahiran membuat keputusan mendapati nilai min yang terendah

iaitu 4.15. Sehubungan dengan itu diharapkan setiap pelajar agar lebih yakin

dalan membuat keputusan dan meningkatkan kemahiran berfikir kritikal

kerana seseorang yang mampu berfikir akan dapat membuat keputusan

dengan baik.

5.4.2 Pihak Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM

i. Pensyarah haruslah memberi penekanan kepada aspek kemahiran berfikir

aras tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua

subjek yang ditawarkan supaya pelajar dapat dibiasakan dengan

penekanan ini.

Page 101: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

82

ii. Pensyarah disarankan menekankan kaedah pembelajaran berasaskan

masalah di dalam kelas supaya kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan

pelajar dapat ditingkatkan.

iii. Pensyarah juga haruslah menilai pelajar berdasarkan kemahiran berfikir

yang telah digariskan agar pelajar bersungguh-sungguh dalam membuat

sesuatu tugasan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran

berfikir aras tinggi di kalangan pelajar-pelajar UTM.

5.5 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan

Berikut adalah cadangan-cadangan kajian lanjutan bagi membolehkan kajian

yang akan datang dijalankan:

i) Menggunakan skop yang lebih luas untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir

aras tinggi di kalangan pelajar melalui pembelajaran berasaskan masalah di

beberapa institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk dibuat

perbandingan.

ii) Penyelidik boleh menggunakan kaedah temubual sebagai instrumen kajian

supaya responden dapat memberi kenyataan pendapat dengan lebih bebas dan

menyeluruh.

iii) Kajian ke atas majikan industri juga boleh dilakukan untuk melihat aspek

kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh seseorang bagi

memenuhi kehendak industri.

iv) Kajian ini juga boleh dipanjangkan dengan menggunakan kaedah dan teknik

pengajaran yang lain yang dirasakan sesuai oleh pensyarah supaya

perbandingan kaedah pengajaran dapat dibuat.

v) Kajian juga boleh dipanjangkan dengan menggunakan responden dari fakulti

lain dari UTM yang lebih cenderung untuk memasuki industri.

Page 102: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

83

5.6 Kesimpulan

Transformasi budaya P&P di institusi pengajian telah bermula sejak awal dekad

80an lagi. Gagasan pendidikan hari ini menegaskan bahawa pembelajaran tidak hanya

terbatas kepada proses pemindahan maklumat yang bersifat sehala dan pelajar sebagai

penerima yang pasif tetapi kita mahukan proses persekolahan yang kaya dengan

pengalaman dan latihan pemikiran, tidak hanya berfokus kepada proses menyekolahkan

ingatan (schooling memories) tetapi juga berfungsi menyekolahkan minda (Firdaus

,2007)

Pengajaran dan pembelajaran subjek reka cipta melalui pembelajaran berasaskan

masalah boleh dijadikan wahana yang berkesan untuk mengajar kemahiran berfikir aras

tinggi. Reka cipta menawarkan peluang untuk membimbing pelajar meramal, merumus,

menganalisis, membuat inferens, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang

merupakan kemahiran berfikir aras tinggi.

Sebagai kesimpulannya, kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada

pelajar-pelajar tentang perlunya kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri pelajar bagi

memasuki alam pekerjaan dan mengharungi kehidupan seharian. Hasil kajian

menunjukkan bahawa tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) adalah tinggi. Namun begitu tindakan

susulan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi beberapa elemen dalam kemahiran

berfikir aras tinggi terutamanya dalam elemen membuat keputusan.

Senario hari ini melihatkan bahawa sebahagian majikan tidak hanya memandang

kepada segulung ijazah atau diploma yang diperoleh graduan tetapi kemahiran yang ada

pada graduan tersebut yang boleh memberi nilai tambah kepada organisasi. Oleh itu

graduan IPT hendaklah memainkan peranan untuk menjadi seorang insan yang unggul

dan mampu berdaya saing yang menjadi teras kemajuan dan tamadun kehidupan.

Page 103: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

84

RUJUKAN

Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah

Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdul Halim Othman (1993). " Psikologi Melayu ." Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka. Ahmad Firdaus (2007). Hubungan Di Antara Kemahiran Generik dengan

Pencapaian Pelajar Tahun Empat Pendidikan Teknik Kejuruteraan.

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon. Abdul Rahim

Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.

: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA:

Mc Graw Hill Education.

Bloom, B. S. (ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives handbook I:

Cognitive domain. New York: McKay.

Buletin Pengajaran dan Pembelajaran UNIPEN (2004). Pembinaan Atribut Graduan

dan Penerapan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar UTM. Universiti

Teknologi Malaysia.

Page 104: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

85

De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). Interpersonal Skill in Organization. USA: Mc

Graw Hill.

Edward, L., Monika, L. (1995). Creative Problem Solving: Thinking Skill for A

Changing Wold. USA: Mc Graw Hill Ennis, R. H., & Norris, S. P. (1989). Evaluating critical thinking. Pacific Grove, CA:

Midwest Fahriye Altinay Aksal, Zehra Altinay Gazi and Aytekin Isman(2008).

A ComprehensiveLook into the Learners’ Transferable Skills Related to

Constructivist Approach. World Applied Sciences Journal 4 (4): 558-567,

IDOSI Publications, 2008

Fakulti Pendidikan. Buku Panduan Akademik Ijazah Sarjana Muda (sesi 2005/2006).

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Fatin Farahiyah Bt Shaari (2006). Tanggapan Tenaga Pengajar Di Institut

Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru Terhadap Penerapan Kemahiran Employability’ Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Thesis Sarjana Muda.

Gergen, K. (1999). An Invitation To Social Construction. London: Sage.

Green, F. (2001). Market Value of Generic Skills. Research Paper 8.: United

Kingdom : University of Kent.

Hasliza Hassan (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada

Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: Tidak Diterbitkan.

Page 105: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

86

Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan

Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-

Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein

ONN (KUiTTHO). Tidak diterbitkan.

Hidanah binti Mohd. Yunos(mmm). Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif: Satu

Tinjauan Terhadap Guru-Guru Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Hoffman, B,. Dan Ritchie, D. (1997). Instructional Science. Using Multimedia to

Overcome the Problems with Problem-Based Learning. 25: 97-115

James Ramsay (2006).

Problem-Based Learning: A Novel Approach to Teaching

Safety,Health and Environmental Courses. Journal of SH&E Research.

Volume 3(2).

Kamus Dewan (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kathleen Cotton(2001).

Research Series. NWREL

Developing Employability Skills. School Improvement

Kearns, P. (2001). Generic Skills for The Economy. A Review of Research Relating to

Generic Skills. National Centre for Vocation Education Research: Adelaide.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Page 106: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

87

Khairi Izwan Abdullah (2007). Centre for Teaching and Learning. The Revised

UTM Graduate Attributes. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 1-13.

Kirby, Gary, R. & Goodpaster, Jeffery, R. (2002). Thinking. USA: Prentice Hall.

Krulik S. and Rudnick J. A (1993). Reasoning And Problem Solving. A Handbook

For Elementary School Teacher. Massachussets : Allyn and Bacon Newton

Lankard, B.A. (1990). Employability—the fifth basic skills. Eric Digest No.104.

Columbus Ohio: ERIC Clearinghouse on Adult, Career, and Vocational

Education. ED 325659.

Linley Cornish (2007). Creative Teaching, Effective Learning in Higher Education.

Research in International Education and Sustainability School of Education

University of New England Armidale. Tidak Diterbitkan.

Low, Eng Guan (1999). Infusing Critical and Creative Thinking Skills in Teaching

and Learning. Suara Pendidik. 21. 26 – 31.

Lynda Wee (2004). Jump Start Authentic Problem Based Learning. Singapura:

Prentice Hall.

Marlina binti Ali dan Shaharom bin Noordin (2006). Tahap Penguasaan Kemahiran

Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar pendidikan FIzik Merentas Jantina.

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor Jilid 15 Bil. 1

Tahun .

Mayer Committee (1992). Employment-Related Key Competencies: A Proposal for

Consultation. Melbourne: Mayer Committee.

Page 107: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

88

M. K. Hamza Kimberly G. Griffith (2006). Fostering Problem Solving &

Creative Thinking in the Classroom: Cultivating a Creative Mind!. Natinal

Forum Of Applied Educational Reaserch Journal- Electronic v 19 (3) 2006

Mohd Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Berfikir. Bentong: PTS

Publication and Distribution Sdn Bhd

Mohd Khairuddin Abdul Karim (2005). Pencapaian Pelajar Berdasarkan Kaedah

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Berbanding Kaedah Kuliah Bagi

Matapelajaran Pengurusan dan Organisasi Tapak di Kalangan Pelajar

Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana.

Mohd. Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (1998). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Dato’ Seri Najib Tun Razak (2009). Ucaptama Rang Undang-Undang Perbekalan

Tambahan(2009). Dewan Rakyat

Newell. A. and Simon. H. A. (1993). Human Problem Solving. Englewood Cliffs.

New Jersey: Prentice Hall

Page 108: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

89

Nooraishah bt kasiran (2004). Penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif di dalam mata pelajaran sains KBSM dikalangan pelajar

tingkatan empat daerah Kuala Langat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana Muda

Nor Ratna Masrom. (2005) Kertas Kerja Perbentangan “Problem Solving Skill in

ICT and Multimedia Application”.

Noriah bt Rahmat (2006). Tanggapan Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran

‘employability’ oleh Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda

N.S. Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesesiaan

Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Projek

KBKK: Poster ‘warisan Pendidikan-Wawasan’ anjuran Pusat Perkembangan

Kurikulum, KPM, dari 1 hingga 2 Ogos

N.S. Rajendran (2000). Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran

Berfikir. Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan 2000 anjuran

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan, dari 3 hingga 4

Oktober.

Nurefarehan (2008). Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir UTM (kemahiran

hidup) Bagi Mengajar Subjek Rekacipta . Universiti Teknologi Malaysia:

Tesis Sarjana Muda

Oblinger, D. G. dan Vervile, A. L. (1998). What Business Wants From Higher

Education. Phoenix: The Oryx Press.

Page 109: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

90

Phawani Vijayaratnam(2002). Developing students’ higher-order thinking skills

(HOTS) through the process genre approach. INTI International University

College,Malaysia. Tidak diterbitkan

Pusat Perkembangan Kurikulum (1995). Kemahiran Generik. Kuala Lumpur:

kementerian pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Rafiei b Hj Mustapha (1998). Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan

Kreatif(KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Menengah Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

Raymond A. Neo (2002). Pengurusan Sumber Manusia Memperolehi Kelebihan

Bersaing (Terjemahan). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Companies Malaysia

Sdn. Bhd.

Robinson J.P. (2000). The Workplace. Alabana Cooperative Extension System.

Tidak Diterbitkan.

Sabri Celik (2008). Fundamental Skill Levels of the Students in Vocational and

Technical Education (higher Education) Institutions. World Applied Sciences

Journal 3 (2): 336-342, 2008. IDOSI Publications

Selva Ranee Subramaniam(2007). Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam

Pengajaran Kimia Secara Kontekstual. Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1)

Page 110: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

91

Shahrom Mohd Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Hassan Basri dan Fatihah

Suja’(1998). Kearah Pembelajaran Bearsaskan Masalah (PBL) Dalam

Kursus Pengenalan Kejuruteraan Sekitaran(. Seminar Pengajaran dan

Pembelajaran Berkesan 2005

Sheila R. Thompson(2001). The Five Most Important entry-Level Employability

Skills That Employers of The Chippewa Valley Seek In Entry Level Job

Applicants. A Research Paper University of Wisconsin – Stout

Siti Norbaizura bt Hj Awad (2006). Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap

Pendekatan Problem Based Learning (PBL) Suatu Tinjauan Di Universiti

Sains Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda

Siti Rahayah Ariffin, Rosadah Abd. Majid, Anisah Alias, Suzana, Linda (2008).

KemahiranPemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah: Isu Kesahan dan

Kebolehpercayaan Menggunakan Model Rasch.

Siti Rahayah Ariffin, Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, , Nur’Ashiqin Najmuddin,

Shahrir Samsuri, Basri Hassan, Nor Azaheen Abdul Hamid (2008). Tahap

Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah

Pelajar-pelajar Sains Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar.

Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Siti Zuliana bt Hj Abdul Hamid (2006). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir

secara kritis dan kreatif (KBKK) di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Dalam

Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah di Daerah

Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Thesis Sarjana Muda.

Smith, S. (1997). Solve That Problem: Readymade Tools for Continuous

Improvement. London: Kogen Page Limiten.

Page 111: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

92

Som Hj Nor dan Mohamad Dahalan Mohd Ramli ( 1998). Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

S. Supramani (2006). Penyoalan Guru: Pemangki Pemikiran Aras Tinggi Murid.

Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya

Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ward, J.D dan Lee, L.L. (2004). Teaching Strategies for FCS : Student Achievement

in problem-Based Learning Versus Lecture-Based Instruction. Journal of

Family and Consumer Sciences. 96(1). 23-32

Wilen, W. W. (1995). A rationale for developing students' critical thinking through questioning. Jurnal Pendidikan Guru, 10,33-44.

W. Smits. (2007). Labour Economics. Indusrry-specific of Generic Skills?

Conflicting Interest of Firms and Workers. 14(3): 653-663.

Yahya Buntat dan Juliana Abd Rahman (2006). Tanggapan Tenaga Pengajar Di

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Terhadap Penerapan

Kemahiran “Employability” Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. 9-10 Disember

2006. Tidak Diterbitkan

Yahya bin Buntat dan Muhammad Rashid bin Rajuddin (2001). Aspek-aspek Penting

Dalam Kemahiran Employability Kemahiran Employability. Bulletin Fakulti

Pendidikan 2001. bil (2)

Page 112: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

93

Yahya bin Buntat dan Muhammad Rashid bin Rajuddin (2001). Kajian-kajian yang

Berkaitan Dengan Aspek-aspek Employability Yang Diperlukan Oleh Para

Majikan Industri. Bulletin Fakulti Pendidikan 2001. bil (3)

Yahya bin Buntat (2006). Kemahiran “Employability” (Soft Skills) dan Kepentingan

Penerapannya di Kolej-kolej Kediaman Pelajar. Universiti Teknologi

Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Zahner, J.E., R.A., Dick, W. & Gill, B. (1992). Evaluating Instructional Software : A

Simplified Model. Educational Technology, Research and Development, 40

(3), 55-62

Zulkifli Awang (2007). Penerapan Kemahiran Employability Di Kalangan

Pensyarah Fakulti Pendidikan UTM dari Perspektif Para Pelajar Perdana

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda

.

Page 113: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

94

LAMPIRAN A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

BORANG SOAL SELIDIK

Asslammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saudara/ Saudari,

Tujuan saya mengedarkan soal selidik ini untuk mendapatkan maklum balas serta data untuk menjawab persoalan kajian ke atas kajian yang bertajuk di bawah:

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

Panduan untuk menjawab soal selidik

1. Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam set ini dengan ikhlas.

2. Semua maklumat yan diberikan adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian semata-mata.

3. Kejujuran anda memberi maklumat akan menetukan kejituan kajian ini. 4. Kajian ini hanyalah tertumpu kepada pelajar-pelajar yang telah mengikuti

kaedah pembelajaran berasaskan masalah di universiti sahaja. 5. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda dalam menjayakan

penyelidikan ini.

Penyelidik: Musliha Salma bt Mohd Radzi Kursus: 4 SPA

Page 114: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

95

BAHAGIAN A ( LATAR BELAKANG RESPONDEN )

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada pilihan yang sesuai

1. Jantina Lelaki ( ) perempuan ( )

2. Umur 22 – 25 tahun ( ) 26 – 30 tahun ( ) 30 – 35 tahun ( ) 35 – 40 tahun ( )

3. Bangsa

Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) lain-lain ( ) Nyatakan_______________

Page 115: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

96

BAHAGIAN B

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada hanya petak anda fikirkan paling sesuai berdasarkan:

STS - Sangat Tidak Setuju TS - Tidak Setuju TP - Tidak Pasti S - Setuju SS - Sangat Setuju

Item

Contoh

STS TS TP S SS 0 Saya mampu mengeluarkan idea yang

bernas

/

Semua soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik ini adalah tertumpu semasa anda mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta

Bil Item STS TS TP S SS 1 Saya mampu mengaitkan fakta dan idea

bagi menghuraikan sesuatu masalah

2 Saya mampu berfikir secara reaktif (memberi alasan, komen dan rasional)

3 Saya mampu membandingkan idea-idea yang dikeluarkan

4 Saya mampu memikir dengan mendalam dan membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang sesuatu perkara

5 Saya mampu menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan

6 Saya mampu menilai sesuatu isu dari pelbagai sudut.

7 Saya mampu mengeluarkan idea yang bernas

8 Saya mampu mengemukakan pendapat bagi menghasilkan idea yang baik.

9 Saya mampu memberi kritikan dalam menghasilkan idea yang baik

Page 116: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

97

10 Saya mampu mengenalpasti masalah yang wujud dalam situasi kompleks dan kabur

11 Saya mampu mendapatkan jalan penyelesaian alternatif kepada masalah

12 Saya mampu menganalisis masalah yang wujud

13 Saya mampu menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.

14 Saya mampu untuk menvisualkan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya

15 Saya mampu menggunakan pelbagai teknik untuk menyelesaikan masalah.

16 Saya mampu mengkaji dan menilai masalah yang diberikan

17 Saya memerlukan masa yang sedikit bagi menyelesaikan masalah yang rumit.

18 Saya mampu menyelesaikan masalah yang timbul dengan efektif dan berhati-hati.

19 Saya sentiasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri

20 Saya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam

21 Saya akan mencari dan menggunakan pengetahuan khusus dari pelbagai bidang

22 Saya berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja sehingga berjaya

23 Saya mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru.

24 Saya menggunakan pelbagai media untuk belajar (internet,buku rujukan)

25 Saya akan mendapatkan maklumat melalui pertanyaan dengan orang lain.

26 Saya akan belajar dari seseorang melalui pemerhatian diikuti dengan belajar secara sendiri

27 Saya mampu membuat keputusan menggunakan akal fikiran yang tajam

28 Saya membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan

29 Saya mampu menentukan matlamat dan kekangan sebelum membuat keputusan.

Page 117: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

98

30 Saya mampu mempertimbangkan risiko untuk membuat keputusan

31 Saya membuat keputusan berdasarkan alasan yang dikemukakan

32 Saya mampu memilih penyelesaian yang paling efektif dalam membuat keputusan

33 Saya mampu membuat keputusan tanpa bergantung kepada orang lain

34 Saya mampu menentukan apa yang salah atau apa yang betul, serta mencadangkan bagaimana cara ia boleh dibuat secara lebih baik

Sila pastikan anda menjawab semua soalan. Kerjasama dan sokongan anda berikan didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Page 118: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

100

LAMPIRAN B Reliability [DataSet1] G:\analisis rintis.sav

Scale: ALL VARIABLES Case Processing Summary

a Listwise deletion based on all variables in the procedure. Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

.904 40

N % Cases Valid 10 100.0

Excluded(a) 0 .0

Total 10 100.0

Page 119: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filepenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 ... tahap ilmu dan kemahiran yang

101

Item Statistics Mean Std. Deviation N item1 3.9000 .31623 10 item2 4.0000 .47140 10 item3 4.2000 .42164 10 item4 4.0000 .00000 10 item5 4.0000 .47140 10 item6 3.8000 .63246 10 item7 4.2000 .42164 10 item8 4.0000 .47140 10 item9 4.2000 .42164 10 item10 3.9000 .87560 10 item11 4.0000 .00000 10 item12 4.0000 .47140 10 item13 3.7000 .94868 10 item14 4.0000 .66667 10 item15 4.0000 .47140 10 item16 4.1000 .31623 10 item17 3.7000 .48305 10 item18 4.0000 .47140 10 item19 4.1000 .56765 10 item20 3.8000 .63246 10 item21 4.1000 .73786 10 item22 4.0000 .81650 10 item23 4.0000 .66667 10 item24 3.8000 .78881 10 item25 4.1000 .56765 10 item26 3.9000 .73786 10 item27 3.9000 .31623 10 item28 3.8000 .63246 10 item29 4.1000 .56765 10 item30 4.2000 .63246 10 item31 3.6000 .69921 10 item32 4.0000 .81650 10 item33 3.4000 .69921 10 item34 4.1000 .31623 10 item35 3.9000 .87560 10 item36 3.8000 .42164 10 item37 4.0000 .00000 10 item38 4.2000 .42164 10 item39 3.5000 .52705 10 item40 4.0000 .81650 10