pemasangan kotak agihantiga fasa

10
TAJUK : INSTALL THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD TUJUAN: Kertas penerangan ini digunakan untuk menerangkan sistem pemasangan Kotak agihan 3 fasa bagi pepasangan elektrik PENERANGAN PEMASANGAN KOTAK AGIHAN TIGA FASA Bagi pengguna besar misalnya sekolah, pejabat, rumah pangsa, kilang dan sebagainya, jumlah bilanghan beban adalah besar. Oleh itu banyak litar akhir yang diperlukan. Kotak agihan (DB) biasa tidak dapat memenuhi kehendak permintaan tersebut, jadi sub-papan agihan akan dipasang ke litar itu. Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan. Papan pengagihan hendaklah dipasang dalam kotak bertutup di tempat yang mudah diperiksa dan tertulis (berlabel) dengan: i) Kadar fius dan pemutus litar ii) Saiz kabel iii) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan Distribution Board biasanya warna grey dan sebahagian mempunyai penutup yang lutsinar. Didalamnya dilengkapi dengan Bus Bar, Neutral Link, Earth Bar and Din Rail Manakala bilangan hala (Way) adalah bergantung kepada besarnya beban atau litar.

Upload: zunnur-zamzam

Post on 09-Aug-2015

120 views

Category:

Engineering


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemasangan kotak agihantiga fasa

TAJUK : INSTALL THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD

TUJUAN: Kertas penerangan ini digunakan untuk menerangkan sistem pemasangan Kotak agihan 3 fasa bagi pepasangan elektrik

PENERANGAN PEMASANGAN KOTAK AGIHAN TIGA FASA

Bagi pengguna besar misalnya sekolah, pejabat, rumah pangsa, kilang dan sebagainya, jumlah bilanghan beban adalah besar. Oleh itu banyak litar akhir yang diperlukan. Kotak agihan (DB) biasa tidak dapat memenuhi kehendak permintaan tersebut, jadi sub-papan agihan akan dipasang ke litar itu.

Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan. Papan pengagihan hendaklah dipasang dalam kotak bertutup di tempat yang mudah diperiksa dan tertulis (berlabel) dengan:

i) Kadar fius dan pemutus litarii) Saiz kabeliii) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan

Distribution Board biasanya warna grey dan sebahagian mempunyai penutup yang lutsinar. Didalamnya dilengkapi dengan Bus Bar, Neutral Link, Earth Bar and Din Rail

Manakala bilangan hala (Way) adalah bergantung kepada besarnya beban atau litar.

Page 2: Pemasangan kotak agihantiga fasa

Gambarajah Kotak Agihan Tiga Fasa

1. Pengasing yang diperlukan hendaklah mempunyai suis berangkai yang sesuai untuk kendalian atau menggunakan pemutus litar yang disusun agar ia dapat memutuskan semua pengalir litar bekalan di pemasangan itu

2. Perlindungan lebihan arus yang hendak di buat hendaklah dengan menggunakan fius atau pemutus litar yang dipasang pada setiap dawai hidup pengalir bekalan itu

3. Setiap perlindungan lebihan arus hendaklah sesuai untuk menahan arus litar pintas yang berlaku

Page 3: Pemasangan kotak agihantiga fasa

Pemutus Litar Bocor Kebumi ( ELCB )

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.

RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A, 40A, 63A and 80A . serta arus kendalian 30mA, 100mA and 300mA

Rajah. Pemutus Litar Bocor Kebumi

Pengasing litar/Main switch

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tdak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. Bagi bekalan 3-fasa berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang dengan suis tiga kutub berangkai

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik.

Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus antara 43A -100A

.Rajah. Suis Utama/Pengasing

Page 4: Pemasangan kotak agihantiga fasa

A. Pemutus Litar Jenis Miniatur

Disebabkan jenis ini berukuran kecil, maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar miniatur. Bentuknya seakan-akan suis tumbler biasa, bezanya cuma dari segi ukuran dan bentuknya sahaja (4 segi panjang). Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus.

Pemutus litar ini terbahagi kepada dua iaitu :

a) Tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan

b) Boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan beban yang sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya seperti motor dan sebagainya.

Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfunsi sebagai pelindung lebihan kepanasan supaya belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada sesebuah motor dan sebagai pengasing daripada kebocoran arus ke bumi pada sesebuah pemasangan

Kadaran arus dari 2-63A,

Page 5: Pemasangan kotak agihantiga fasa

Kelengkapan lain yang terdapat pada kotak agihan terdiri daripada Bus Bar, Neutral Link, Earth Bar and Din Rail

Gambarajah Bus bar

Gambarajah Terminal Bumi

Gambarajah Terminal Neutral

Gambarajah Din Rail

Page 6: Pemasangan kotak agihantiga fasa

Reka bentuk kotak agihan tiga fasa

Sistem-sistem pengagihan tiga fasa dibuat dari Keluli Keping (sheet steel), menumbuk bersalut (powder coated) dengan berwarna Kelabu/Bingkai putih dan penutup lutsinar (Transparent), serta bersama-sama itu dipasang dengan Palang Bas (Bus Bar), link Neutral (Neutral link), punca bumi (Earth Bar) dan landasan (Din Rail).

Gambarajah Kotak Agihan

Page 7: Pemasangan kotak agihantiga fasa