bab 2 kotak bentuk

18
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING) _________________________________________________________________ _____________ 1 KOTAK BENTUK Definisi : “satu struktur sementara yang dibina untuk menampung konkrit basah bagi membentuknya kepada bentuk-bentuk dan saiz (dimensi) yang diperlukan dan menyokongnya sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri (mengeras). Kotak bentuk terdiri daripada bahan (papan) yang bersentuhan dengan konkrit dan bahan penggalas yang menyokong atau menupang bahan permukaan tersebut. BAB 2 TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)

Upload: norsuzilawate-binti-zulkapli

Post on 27-Jun-2015

12.030 views

Category:

Documents


193 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

TUJUAN

PEMBINAAN KOTAK BENTUK

1

NOTA :

Pemadatan bermaksud proses membuang udara-udara yang terperangkap di dalam konkrit basah, bagi meningkatkan ketumpatan konkrit.

Kerja pemadatan dijalankan dengan menggunakan mesin vibrator (penggetar).

KOTAK BENTUK

Definisi : “satu struktur sementara yang

dibina untuk menampung konkrit basah

bagi membentuknya kepada bentuk-

bentuk dan saiz (dimensi) yang diperlukan

dan menyokongnya sehingga ia boleh

berdiri dengan sendiri (mengeras). Kotak

bentuk terdiri daripada bahan (papan)

yang bersentuhan dengan konkrit dan

bahan penggalas yang menyokong atau

menupang bahan permukaan tersebut.

BAB 2

TUANG BENTUK RASUK

(BEAM CASTING)

Page 2: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

Menampung konkrit basah yang baru dituang bagi

membentuknya ke bentuk dan saiz yang dikehendakki.

Menanggung konkrit semasa kerja-kerja pemadatan

(compaction)

Menahan konkrit sehingga konkrit tersebut memperolehi

kekuatan yang mencukupi untuk berdikari

(self-supporting).

SYARAT-SYARAT KETEGUHAN KOTAK BENTUK

Cukup kuat untuk menampung konkrit basah

Cukup tegar

Penyambungan yang kuat, kemas dan rapat pada

bahagian sambungan

Tidak telap air

Ukuran dan dimensi yang betul

Aras permukaan yang rata

Boleh digunakan semula setelah kotak bentuk

ditanggalkan

CIRI-CIRI KOTAK BENTUK

Untuk memastikan mutu siap struktur konkrit, kotak bentuk

hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Kotak bentuk hendaklah tegak untuk menahan deflection

semasa konkrit dituang

2. Kotak bentuk mestilah mempunyai kekuatan untuk menampung

berat atau tekanan serta getaran semasa proses compaction

konkrit

2

NOTA :

-Tidak telap air bermaksud air tidak dapat meresapi sesuatu bahan/permukaan.

-Aras permukaan yang rata boleh diuji dengan menggunakan alat aras spirit.

Page 3: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

3. Kotak bentuk hendaklah dipasang dengan tepat dan betul

mengikut ukuran dan searas sebagaimana yang telah

ditentukan.

4. Sambungan kotak bentuk mestilah rapat dan kemas supaya

tidak bocor untuk mengelakkan kehilangan air konkrit.

BAHAN UNTUK MEMBINA KOTAK BENTUK

Kayu Plastik Keluli Fyberglass

Rajah 2.1 : Penyediaan kotak bentuk dari bahan kayu

PEMASANGAN KOTAK BENTUK

3

NOTA :-Sekiranya berlaku kehilangan air konkrit semasa proses penuangan konkrit basah ianya boleh memberi kesan honey comb (sarang lebah) pada struktur konkrit.

NOTA :-Bahan kayu sering digunakan dalam kebanyakkan kerja kerana bahan ini mempunyai sifat yang semulajadi, senang untuk dikerjakan dan mudah untuk didapati.

Page 4: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

1. Kotak bentuk memerlukan tupang bagi menahan struktur kotak

bentuk yang dibina yang menampung konkrit basah.

2. Untuk satu projek pembinaan, kos bagi kotak bentuk boleh

mencecah sehingga 20% hingga 25% daripada kos pembinaan.

Untuk mendapat hasil kerja yang baik, kotak bentuk hendaklah

digunakan sekali sahaja (kayu). Kecacatan yang terdapat pada

permukaan kayu akan menyebabkan hasil kerja tidak

memuaskan.

3. Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika

digunakan berulang-ulang kali, tetapi tidak boleh melebihi empat

kali. Sekiranya sesuatu projek pembinaan itu memerlukan

penggunaan kotak bentuk yang berulang kali, ianya adalah lebih

ekonomi jika digunakan kotak bentuk sistem (keluli).

4. Kayu yang digunakan untuk kotak bentuk adalah bertujuan

menampung konkrit basah sehingga ia menegras dan kering

secukupnya. Dengan itu, kayu yang hendak digunakan sebagai

kotak bentuk hendaklah tidak terlalu kering dan tidak

mengandungi lembapan yang berlebihan. Sebaiknya kayu

tersebut perlu mengandungi kadar lembapan sebanyak 20%.

PENANGGALAN KOTAK BENTUK

4

NOTA :-Jika kayu yang hendak digunakan terlalu kering, ia akan menyerap air daripada konkrit

dan menyebabkan kehilangan air daripada konkrit dan boleh menyebabkan kesan honey

comb pada struktur konkrit. Di samping itu, kayu akan mengembang dan membengkok.

-Jika kayu yang digunakan terlalu basah, kotak bentuk boleh mengecut dan renggang

akan terbentuk pada sambungan kotak bentuk. Ini akan menyebabkan kebocoran dan air

akan mengalir keluar dari regangan ini seterusnya menyebabkan aras konkrit yang

terhasil tidak rata.

Page 5: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

Kerja-kerja penanggalan kotak bentuk biasanya dilakukan secara

berperingkat-peringkat terutama sekali jika kotak bentuk yang sama

akan digunakan semula. Sementara menunggu konkrit yang baru

dituang mengeras ke tahap yang maksimum, sesetengah bahagian

sudah boleh dibuka terlebih dahulu untuk membina kotak bentuk yang

seterusnya.

Kerja penanggalan kotak bentuk perlu dilakukan dengan berhati-

hati supaya kerosakan tidak berlaku pada kotak bentuk tersebut. Ia

juga perlu dengan cara yang betul supaya tidak merosakkan dan

mencacatkan konkrit.

Tempoh Penanggalan Kotak Bentuk

Jadual 2.1 : Tempoh Untuk Membuka Kotak Bentuk

Bahagian / struktur

Simen Portland

Biasa

Simen Portland

Cepat Mengeras

Hari Hari

Sisi rasuk, tembok dan

tiang (tanpa beban)3 2

Papan (penyangga pada

papak)4 3

Penanggalan penyangga

pada papak10 5

Bahagian bawah rasuk

(penyangga tidak

ditanggalkan)

6 5

Penanggalan penyangga

pada rasuk21 8

Rasuk bumiDitanggalkan bila konkrit mengeras

sepenuhnya

KOTAK BENTUK RASUK

5

Page 6: Bab 2 Kotak Bentuk

Rasuk Bumi

Rasuk Tingkat Atas

Rasuk Bumbung

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

DEFINISI RASUK

Jenis-jenis rasuk : Rasuk tupang mudah Rasuk selanjar Rasuk julur

Kedudukan rasuk :

Rasuk bumi (ground beam)

Rasuk tingkat atas

Rasuk bumbung (roof beam)

Rajah 2.2 : Kedudukan struktur rasuk pada sebuah bangunan

Rasuk Konkrit Bertetulang

6

“Rasuk merupakan struktur bangunan yang dibina mendatar. Rasuk menerima beban

daripada lantai, dinding , bumbung dan beban binaan lain. Beban ini dirintangi oleh momen

lentur dan daya ricih pada rasuk.”

Page 7: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

Rasuk konkrit bertetulang terdiri daripada tetulang utama dan

tetulang pencekak. Tetulang utama berfungsi bagi menanggung

beban, manakala tetulang pencekak berfungsi untuk menetapkan

kedudukan dan saiz dimensi tetulang utama. Biasanya rasuk terdiri

daripada empat batang tetulang utama. Untuk rasuk yang

menanggung beban yang tinggi, penambahan tetulang akan

dinyatakan di dalam plan struktur.

Rajah 2.3 : Komponen bagi rasuk konkrit bertetulang

PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK BUMI

1. Dibina menggunakan kayu bersaiz 1” x 2” dan papan lapis 12

mm.

2. Kotak bentuk perlu dibina mengikut saiz dan ketinggian yang

telah ditetapkan di dalam pelan.

3. Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran

semasa kerja-kerja pemadatan konkrit dijalankan.

4. Perlu dipastikan tiada kebocoran pada bahagian-bahagian serta

sambungan-sambungan kotak bentuk bagi mengelakkan

kehilangan air konkrit yang boleh menyebabkan honey combing.

5. Setelah pemasangan kotak bentuk siap, kerja pengarasan

dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk

adalah rata dan searas.

7

Tetulang utama

Rasuk konkrit

Page 8: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

6. Permukaan papan lapis perlu disapu dengan minyak hitam

terlebih dahulu supaya konkrit yang dimasukkan tidak melekat

pada kotak bentuk tersebut.

Rajah 2.4 :

Permukaan kotak bentuk disapu dengan

minyak hitam

(a)

(b)

Rajah 2.5 (a)(b) : Pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk

bumi

PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK BUMBUNG / TINGKAT ATAS

8

Page 9: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

1. Berbentuk sama seperti ground beam, tetapi ianya perlu

disokong oleh tupang bagi memelihara kedudukan dan

sisiannya. Sokongan kotak bentuk dikenali sebagai T-post.

2. Perlu dibina dari tiang ke tiang.

3. Kerja-kerja pembinaan kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat

atas memerlukan papan jalan @ prop terlebih dahulu.

4. Kerja-kerja memasang prop akan disertakan dengan kerja-kerja

menupang menggunakan T-post ataupun peranca.

5. Saiz kayu T-post ialah 2” x 3” dan hendaklah mempunyai jarak

lebih kurang 2 kaki antara satu sama lain di bawah kotak bentuk.

6. Kayu yang digunakan untuk T-Post adalah dari kayu yang terpilih

untuk dijadikan sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk

bumbung / tingkat atas supaya dapat menanggung beban

apabila pekerja berdiri di atasnya untuk kerja-kerja menuang

konkrit.

7. Prop akan dipasang di atas penutup tiang, yang dipasang

terlebih dahulu pada setiap tiang.

8. Tujuannya untuk memastikan ketinggian tiang adalah sama

antara satu sama lain, dan juga melindungi tiang daripada pecah

atau retak.

9. Kerja-kerja memasang prop perlu dilakukan dengan berhati-hati,

begitu juga dengan kerja-kerja meletak tupang di bawahnya.

10. Untuk memastikan keselarian, kerja-kerja setting-out akan

dijalankan di mana benang akan direntang pada papan jalan

untuk dijadikan panduan memasang kotak bentuk roof beam.

11. Bagi memastikan kedudukan roof beam adalah selari

dengan ground beam, pelambab akan digunakan. Caranya batu

pelambab akan digantung dan dijatuhkan bebas. Perlu dipastikan

ianya jatuh betul-betul pada setiap penjuru ground beam.

9

Page 10: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

12. Kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras

permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas.

Rajah 2.6 : Pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk

bumbung / tingkat atas

PEMASANGAN TETULANG

1. Sebelum pemasangan tetulang, kotak bentuk perlu dipseriksa

dari segi saiz, verticality, alignment, rigidity, cleanliness, prop

dan aras.

2. Tetulang yang telah siap dibentuk dan diikat akan dimasukkan

ke dalam kotak bentuk.

3. Ianya boleh berlaku samada sebelum, semasa atau selepas

kotak bentuk dibina.

4. Block spacer akan dipasang sekali semasa pemasangan tetulang

ke dalam kotak bentuk.

5. Tebal block spacer adalah bersamaan dengan tebal penutup

konkrit sebagaimana yang dikehendakki dalam plan struktur.

6. Saiz tetulang yang digunakan untuk roof beam biasanya berbeza

dengan saiz tetulang ground beam.

10

Page 11: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

(a) (b)

Rajah 2.7 : (a) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumi

(b) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumbung/tingkat atas

PENUANGAN KONKRIT

1. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dimasukkan ke dalam

kotak bentuk yang telah pun dipasang tetulang.

2. Perlu dipastikan sebelum penuangan konkrit dilakukan,

pemasangan tetulang perlu diperiksa dengan teliti seperti saiz,

jenama, grade, lapping, concrete cover, link spacing dan

bilangan.

3. Setelah konkrit dituang, kerja pemadatan/penggetaran konkrit

perlu dilakukan dengan menggunakan mesin vibrator bagi

memastikan tiada ruang-ruang udara yang tertinggal di dalam

bancuhan konkrit. Kaedah manual juga boleh digunakan iaitu

dengan mencocok-cocok rod besi dalam bancuhan konkrit.

4. Ini akan menghasilkan konkrit yang lebih padat.

5. Jika tidak, akan terdapat ruang-ruang udara yang terperangkap

yang menyebabkan lompang. Ini boleh menghasilkan struktur

konkrit yang mudah pecah dan tidak kuat.

11

Page 12: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

6. Permukaan konkrit hendaklah diratakan semasa penuangan dan

mesti diratakan permukaannya bagi mengelakkan pengasingan

bahan-bahan.

(a)

(b)

Rajah 2.8 : Kerja penuangan konkrit ke dalam kotak bentuk rasuk

PENGAWETAN KONKRIT

Semasa air dibancuh dengan simen, tindakbalas akan berlaku yang

menyebabkan simen akan membeku dan mengeras. Air hanya cukup

untuk tindakbalas kimia pada peringkat permulaan sahaja, jika air

kurang semasa simen mengeras konkrit tidak dapat mencapai

kekuatan maksimum.

Apabila konkrit ditempatkan, kandungan airnya akan hilang dengan

cepat melalui proses penyejatan, jikalau tindakan segera tidak diambil.

Tindakan mencegah kehilangan air dari konkrit dinamakan

pengawetan konkrit.

Pengawetan ialah satu tindakan menjaga konkrit setelah dituang dan

dipadatkan sehingga ianya mencapai kekuatan konkrit yang

dikehendakki dengan menggunakan air.

12

Page 13: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

Amalan pengawetan yang dilakukan adalah seperti berikut :-

Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan yang

dibasahkan seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan

sebagainnya.

Merendamkan permukaan konkrit dengan air. Kaedah ini sesuai

digunakan untuk mengawet lantai konkrit.

Membasahkan konkrit dengan air. Amalan ini dilakukan pada-

tempat-tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya

yang sukar diawet dengan cara lain.

Menyapu bahan-bahan kimia pada permukaan konkrit untuk

mengelakkan kehilangan air melalui proses sejatan.

Menggunakan wap air (stim). Biasa digunakan dikilang terutama

sekali konkrit prategasan.

Rajah 2.9 : Proses pengawetan konkrit melalui kaedah semburan airTUJUAN PENGAWETAN

- Memastikan pembentukan kekuatan mampatan yang dikehendaki

- Mengelakkan terjadinya kehilangan lembapan yang mengejut ke atas konkrit

13

Page 14: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

- Mengelakkan berlakunya keretakan pada permukaan konkrit

- Untuk membiarkan konkrit berada di dalam keadaan lembap seberapa lama yg boleh supaya proses pengerasan berjalan secara sederhana sehingga mencapai kekuatan yg maksima

- Mengelakkan konkrit dirosakkan oleh keadaan/cuaca sejuk

BAHAGIAN-BAHAGIAN KOTAK BENTUK

Kotak bentuk terdiri daripada elemen-elemen yang membolehkan

kotak bentuk dibina mengikut saiz , cukup kuat, dan mampu

menanggung beban yang dikenakan ke atasnya.

Kotak bentuk bagi rasuk biasanya terdiri daripada bahagian-bahagian

yang berikut:

Pampan tepi acuan rasuk (Beam / girder side)

Pampan bawah acuan rasuk (Beam/girder bottom)

Tiang T-Post (T-Head

Shore)

Belebas (Joist Ledger)

Beroti (Stiffener)

Tupang (Brace)

Pengikat (ties)

Susur Dinding (Waler)

14

Page 15: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

PENGIKAT KOTAK BENTUK (FORMWORK TIES)

Fungsi pengikat kotak bentuk :

1. Menguatkan dan mengukuhkan pembinaan kotak bentuk

2. Menetapkan saiz dan dimensi kotak bentuk

3. Menghalang kotak bentuk daripada melengkung

4. Mengikat kotak bentuk pada dinding dan lantai bangunan

5. Menjadikan binaan kotak bentuk yang kemas

Dua kategori pengikat kotak bentuk :

1. Recoverable – boleh digunakan semula

2. Non recoverable – tidak boleh digunakan semula

APLIKASI PENGIKAT KOTAK BENTUK

15

5

41

1

2

5

4

3

Page 16: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

Jenis-jenis pengikat kotak bentuk

1- Snap tie2- Loop End Tie3- Flat Strap Tie

16

3

4

5

1 – Tie two sides of formwork2 – Act as a spacer3 – Anchor one side only4 – Provide anchorage for succeeding lifts5 – May have to resist shear stress (not for snap ties)

Page 17: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

Sistem Pemasangan Pengikat Kotak Bentuk

1- Waler Rod Tie Syatem

2- Coil Tie Sistem

KOTAK BENTUK SISTEM

Kotak bentuk sistem merupakan kotak bentuk yang komponennya

dibina dikilang dengan mengikut saiz dan spesifikasi mengikut

standard yang telah ditetapkan. Setiap komponen ini akan dibawa ke

tapak untuk dipasang dan dibina.

17

Page 18: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

Bahan untuk kotak bentuk sistem terdiri daripada logam, fiberglass,

plastic, kayu dan aluminium.

Kebaikan

1. Komponen kotak bentuk yang standard

2. Kerja merekabentuk dikurangkan

3. Setiap komponen atau bahagian telah direkabentuk supaya

dapat menanggung beban tertentu

4. Tiada risiko kelemahan komponen atau terlebih beban

5. Boleh didirikan (dipasang) dengan lebih cepat, lebih mudah dan

lebih jitu (accurate)

6. Tidak memerlukan kemahiran dan peralatan yang banyak

7. Kebanyakkan kotak bentuk sistem tahan lama, boleh diguna

berulang kali tanpa had sekiranya dijaga dengan baik

8. Komponen bersaiz tertentu, mudah disusun dan diangkut

9. Bahan binaan sama ada logam atau kayu yang telah

diperkuatkan dan tidak mudah rosak

10. Terdapat rekabentuk yang pelbagai.

Kelemahan

1. Walaupun mudah dikendali tetapi ianya agak berat

2. Komponen yang standard; tidak sesuai digunakan untuk

mengkonkrit bentuk-bentuk yang unik /canggih

3. Berat; satu panel yang besar memerlukan kren untuk

mengangkut seperti kren

4. Kos perolehan yang tinggi;

tidak ekonomi bagi projek-

18

Page 19: Bab 2 Kotak Bentuk

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)______________________________________________________________________________

(a)(a)(a)(a)(a)(a)(a)(a)(a)(a)(a)(a)

(b)Rajah 2.10 : Komponen kotak bentuk sistem (logam) bagi rasuk

(a) (b) (c) (d)

Aplikasi penggunaan kotak bentuk sistem :

(a) (b) – Pemasangan kotak bentuk sistem di tapak bina

(c ) – Penanggalan kotak bentuk sistem

(d) – Struktur konkrit yang telah siap dibina

19