pemakanan mengikut peringkat umur

Upload: jasminhussain168656

Post on 13-Jul-2015

651 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Pemakanan kanak-kanak petatih dan prasekolah (2 hingga 6 tahun)Pengenalan Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah Pemakanan berpandukan piramid makanan Menggalakkan anak untuk makan

PengenalanPada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan. [Atas]

Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan prasekolahAlam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:y

y y y y y

Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari. Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama. Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama. Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.

[Atas]

Pemakanan berpandukan piramid makanan

y

Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia: o Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan o Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental o Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan o Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

y

y

Piramid Makanan Malaysia

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubiany

Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.

y y y y

Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda. Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein. Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran dan ubi 1 Keping roti "whole meal" 1/2 Cawan Nasi 1/2 Capati 1 Cawan bubur 1 Biji sederhana kentang Keping biskut - Krim Krakers masin

Bilangan hidangan sehari 2-3 Tahun 4-6 Tahun

6*

8*

* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2: Buah dan sayury y y

Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini. Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari. Bilangan hidangan sehari 2-3 Tahun 4-6 Tahun

Satu hidangan sayur-sayuran 1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak 1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran

2*

2*

Satu hidangan buah-buahan 1/2 Biji jambu sederhana 1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal) 1* 1*

1 saiz sederhana pisang 1 hiris betik, nenas, tembikai

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusuy y y

Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian. 1 Potong sederhana "peha ayam" 1 Ekor ikan kembong sederhana 2 Ketul daging saiz kotak mancis 5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala

Bilangan hidangan sehari 2-3 Tahun 4-6 Tahun

Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis = 1 Biji telur sederhana = 1 Keping tempe = 1 Keping tauhu = 2 sudu makan mentega kacang = 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan = 4 Ekor udang bersaiz kecil 2* 2*

Satu hidangan hasil tenusu

1 Gelas susu 1 Cawan dadih 2-3* 1 Keping Keju 3*

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gulay

Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.

[Atas]

Menggalakkan anak untuk makanIbu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:y y y y y

y y y y

y y y

Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan. Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan. Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik.. Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya. Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya. Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan. Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya. Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain) Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.

y y y

Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai. Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

Pemakanan RemajaPengenalan

Apakah Anaemia? Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

[Atas] Sebab-sebab anaemia 1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik) o Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah. o Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan. 2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :o

o

Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin. Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi. Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi. Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.

Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah. Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum. Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia. 3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihano o o

Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :o o

Anemia disebabkan kekurangan zat besi. Talasemia

[Atas] Tanda-tanda dan gejala

Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya. Gejala-gejala termasuk:y y y y y y y

Keletihan setiap masa Pening Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal Kulit pucat Kadar denyutan jantung yang cepat Kurang daya ingatan Kurang berat badan

[Atas] Komplikasi

Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :y y

Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi. Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

[Atas] Rawatan

Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.

y y

Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan. Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :y y

Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan

Makanan Hati, Ayam Peha ayam Daging lembu tanpa lemak Hati, Lembu Tuna Kerang paru Oats di proses Tauhu Kacang Bayam Kismis Roti Nasi

Saiz Hidangan 2 keping,105g 1 ketul kecil,125g 1 keping,268g 1 keping,283g 1 ketul,73g 10 Biji,86g Cawan,2g cawan 1 keping,107g 1 cawan,154g 1 cawan dicincang,64g 39g, cawan 1 keping,25g 128g

Zat Besi (mg) 12.8 1.0 5.9 11.1 1.1 2.0 7.7 1.8 3.4 4.5 2.4 1.4 0.8 0.3

Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.[Atas] Pencegahan

Makan makanan seimbang setiap hari. Sila lihat Piramid Makanan.

MASALAH GANGGUAN PEMAKANANApakah yang dimaksudkan dengan masalah gangguan pemakanan?

Masalah gangguan pemakanan adalah tabiat pemakanan yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan juga psikososial seseorang individu. Ini termasuklah : 1. Anorexia Nervosa : o Satu keadaan dimana seseorang sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk). 2. Bulimia Nervosa : o Merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan semula apa yang dimakan seperti memuntahkan semula makanan , penyalahgunaan laxative dan enema (cecair yang disuntik ke dubur) atau senaman yang berlebihan . 3. Masalah Keseronokan Menikmati Makanan : o o Merujuk kepada individu yang sentiasa seronok menikmati makanan tetapi tidak mengeluarkan semula apa yang dimakan. Masalah gangguan pemakanan ini lazimnya berlaku dikalangan golongan remaja perempuan.[Atas] Apakah ciri-ciri individu yang mengalami masalah gangguan pemakanan ?y y y

Pengumpulan lemak yang ketara atau peningkatan berat badan berlebihan. Pengurangan berat badan yang berlebihan. Tiada kedatangan haid

[Atas]

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa?

Anorexia Nervosa :y y y y y y y y y y y y y

Denyutan nadi yang rendah. Tekanan darah rendah. Keletihan. Mengantuk. Kulit menjadi kering. Rambut tidak bermaya. Kemunculan bulu-bulu halus. Mudah marah. Fikiran sering terganggu. Sentiasa mencari kesempurnaan. Kurang bersosial untuk mengelakkan daripada menikmati makanan. Kurang keyakinan diri. Tiada kedatangan haid.

Bulimia Nervosa :y y y y

Pembengkakkan kelenjar liur akibat sering muntah. Kedatangan haid yang tidak teratur. Kereputan gigi kerana kandungan asid yang tinggi dalam muntah. Sakit perut akibat sering berlaku ketegangan atau pengecutan perut disebabkan makan berlebihan.

y y y

Masalah perkumuhan, lendir kotor di dalam usus besar dan juga gangguan pembuangan air besar akibat daripada penggunaan laxative. Sukar untuk tidur. Suara menjadi serak.

[Atas] Apakah kesan-kesan yang berlaku akibat daripada masalah gangguan pemakanan?

Masalah gangguan pemakanan akan menyebabkan komplikasi yang serius iaitu :1. Semakin lama tabiat pemakanan yang abnormal diamalkan, semakin tinggi risiko gangguan status pemakanan akan berlaku termasuklah: o Kehilangan otot-otot, kehilangan lemak tubuh dan juga mineral pada tulang. o Kekurangan mineral utama dan vitamin. 2. Gangguan psikologi : o Masalah penyesuaian diri semasa mengalami perubahan ke tahap akil baligh

Sentiasa mengasingkan diri daripada bersosial dan sering mengalami konflik keluarga. o Kurang keyakinan diri. o Gangguan mental seperti takut dan kemurungan. 3. Masalah-masalah lain : o Pertumbuhan terbantut dan lewat mencapai akil baligh o Tulang mudah reput dan seterusnya mengakibatkan osteoporosis o Berisiko tinggi mendapat penyakit dan boleh membawa maut.o

[Atas] Bagaimana untuk membantu anda menangani masalah ini?y y y y y

Berbincang dengan keluarga / guru / kawan-kawan dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Doktor akan merawat anda bersama-sama dengan pakar kesihatan yang lain. Anda akan mendapat terapi/ rawatan secara individu, rawatan keluarga, perubahan sikap dan juga pemulihan pengambilan makanan. Anggota Fisioterapi dan pemulihan cara kerja juga akan membantu anda dalam proses pemulihan Sekiranya anda mengalami komplikasi dan kekurangan pemakanan yang teruk anda harus mendapat rawatan di hospital untuk tempoh tertentu.

Pemakanan untuk orang dewasaApakah dia Piramid Makanan?Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbezabeza di dalam Piramid Makanan Malaysia:y y y

Paras 1 o Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian Paras 2 o Buah-buahan dan sayur-sayuran Paras 3 o Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang o Susu dan produk tenusu

y

Paras 4 o Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?y y y y

Paras 1 o Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian) Paras 2 o Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian) Paras 3 o Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian) Paras 4 o Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

[Atas]

Apakan dia saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti . [Atas]

Apakah yang membentuk satu sajian?Jenis Makanany

Satu Sajiany y

Bijirin & produk bijirin dan ubiubian E.g. : Rice, bread, cereal, noodles, yam, potato

cawan nasi putih cawan mi/bihun/kuetiau/pasta 1 keping roti bijirin penuh keping capati (saiz kecil) 1 cawan bubur nasi cawan bijiran sarapan 1 biji ubi kentang saiz sederhana 3 keping biskut tawar/krim cawan sayuran berdaun hijau tua cawan sayuran buah atau ubian cawan lain-lain sayuran biji jambu batu saiz sederhana 1 potong betik / tembikai / nanas 1 biji pisang / oren / pir / epal cawan jus buah (tanpa gula) 1 cawan susu cawan dadih 1 keping keju * tenusu rendah lemak lebih

y

y y y y y y

Sayur-sayuran

y y y

Buah-buahan

y y y y

Susu dan Produk Tenusu

y y y y

digalakkan Telur, daging, ayam, ikan dan kekacangy y y

1 ketul peha ayam saiz sederhana 1 ekor ikan kembung 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala cawan kekacang kering 4 sudu makan udang kecil dengan kulit 1 keping tauhu 1 keping tempe 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

y y y

y y y

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia