pelaziman klasik dan operan

4
1. Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)dan Perlaziman Operan (Operant Conditioning) 1. Pelaziman Klasik (Classical Conditioning) Berdasarkan ‘hukum perkaitan’ (Law of Association) , Ivan Pavlov (1849-1936);mencadangkan proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antaraRangsangan (R) dan sesuatu Gerak Balas (G). Beliau cuba membuktikan toeri pembelajaran secara pendekatan behaviorisme ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu akan keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’ mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang diberikan kelak melalui pengalaman lepas. Pavlov telah melanjutkan lagi kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak balas dengan pemberian sesuatu ransangan(R). Perlaziman Klasik (Classical Conditioning) Tindakan (Action) (a) Sebelum Perlaziman RTT (makanan) à GTT (keluar air liur) RT (loceng) à Tidak ada GT (air liur tidak keluar) (b) Semasa Perlaziman RT (loceng) + RTT (makanan)à GTT (keluar air liur) (c) Selepas erlaziman RT (loceng) à GT (keluar air liur) KEKUNCI : RTT Ransangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus) RT Ransangan Terlazim (Conditioned Stimulus) GTT Gerak balas tak Terlazim (Unconditioned Respond) GT Gerak balas Terlazim (Conditioned Respond)

Upload: embun-pagi

Post on 06-Jul-2015

476 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaziman klasik dan operan

1. Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)dan Perlaziman Operan (Operant Conditioning)

1. Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)

Berdasarkan ‘hukum perkaitan’ (Law of Association), Ivan Pavlov (1849-1936);mencadangkan proses

asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antaraRangsangan (R) dan sesuatu Gerak Balas

(G). Beliau cuba membuktikan toeri pembelajaran secara pendekatan behaviorisme ini dengan

menjalankan kajian ke atas anjing. Dia mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan

makanan, air liur haiwan itu akan keluar.

Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’ mengaitkan bekas makanan yang dilihat

dengan makanan yang diberikan kelak melalui pengalaman lepas. Pavlov telah melanjutkan lagi

kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak balas dengan

pemberian sesuatu ransangan(R).

Perlaziman Klasik

(Classical Conditioning)

Tindakan

(Action)

(a) Sebelum Perlaziman RTT (makanan) à GTT (keluar air liur)

RT (loceng) à Tidak ada GT (air liur tidak keluar)

(b) Semasa Perlaziman RT (loceng) + RTT (makanan)à GTT (keluar air liur)

(c) Selepas erlaziman RT (loceng) à GT (keluar air liur)

KEKUNCI : RTT Ransangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)

RT Ransangan Terlazim (Conditioned Stimulus)

GTT Gerak balas tak Terlazim (Unconditioned Respond)

GT Gerak balas Terlazim (Conditioned Respond)

Page 2: Pelaziman klasik dan operan

Penguasaan (Acquisition), yakni organisma (anjing) tersebut telah mempelajari sesuatu gerak balas atau

respons baru yang berlaku secara berperingkat-peringkat. Dalam hal ini, lebih kerap organisma (anjing)

itu mencuba, lebih kukuh lagi penguasaannya terhadap situasi (pembelajaran) berkenaan.

Penguasaan (acquisition)

Penguasaan atau bagaimana organisma anjing tersebut mempelajari sesuatu gerak balas atau respon

baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisma itu mencuba, lebih kukuh lagi

penguasaan berkenaan.

Generalisasi (Generalizations)

Dalam eksperimennya Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing

itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisma yang telah terlazim dengan

dikemukakan sesuatu ransangan tak terlazim (GT = keluar air liur) walaupun ransangan itu berlainan

atau hampir sama (iaitu nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain organisma itu dapat

membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak

balas (makanan).

Diskriminasi (Discrimination)

Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air

liur. Bila nada loceng itu jauh berbeza daripada loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan

air liur. Ini menunjukan bahawa aoganisma berkenaan dapat membezakan atau mendeskriminasi.

Penghapusan (Extinction)

Sekiranya sesuatu ransangan terlazim (loceng) tidak diikuti ransangan tak terlazim (makanan), lama

kelamaan organisma itu tidak akan bergerakbalas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

Page 3: Pelaziman klasik dan operan

2. Perlaziman Operan (Operant Conditioning)

Perkataan ‘Operan’ yang dicipta oleh Barrhuss F. Skinner (1904-1990), membawa maksud bertindak ke

atas. Perlaziman operan (Operant Conditioning) ialah apabila organisma menghasilkan sesuatu

gerakbalas kerana organisma itu mengoperat(operating) ke atas persekitarannya (environment).

Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkah laku

itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga seseorang budak mengemaskan tempat tidur jika dia tahu

dia akan dibelanja makan aiskrim.

Perbezaan antara perlaziman operan (operant conditioning) dengan perlaziman klasik (classical

Conditioning) di mana dalam perlaziman klasik , organisma tidak mengubah keadaan

persekitaran (environment). Anjing tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur

apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala dalam perlaziman operan (operant

conditioning), anjing mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan

ransangan (makanan) yang diberikan.

Menurut Skinner, Perlaziman operan (Operant Conditioning) terdiri daripada dua konsep utama

iaitu peneguhan (reinforment) yakni peneguhan positif dan peneguhan negatif serta

denda (punishment). Peneguhan positif (positive reinforcement) boleh menambahkan kebarangkalian

ransangan tingkah laku bersifat positif . Sebagai contoh, tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan

diberikan makanan mengulang tingkah laku itu dengan harapan mendapat makanan.

Manakala peneguhan negatif (negative reinforcement) ialah ransangan yang mengakibatkan atau

mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku bersifat

negatif. Organisma berkemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan

keadaan yang negatif. Sebagai contoh, seseorang ibu akan mengangkat bayi yang menangis kerana tidak

tahan melihat dan mendengar bunyinya memekik-mekik.

Di samping itu, denda (punishment) merupakan ransangan yang menyebabkan suatu gerak balas

atau tingkahlaku yang terhasil berkurangan atau dihapuskan. Sebagai contoh seseorang itu tidak

memberi peluang kepada anaknya bermain bola semata-mata membuang masanya.

Peneguhan berterusan (continues Reinforcement) dan Peneguhan Berkala(Variable

Reinforcement) boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Peneguhan berterusan adalah ganjaran

atau peneguhan yang dihasilkan setiap kali gerak balas dihasilkan manakala peneguhan berkala adalah

ganjaran menurut nisbah atau menurut masa berdasarkan kekerapan tertentu.

Dari segi pembelajaran dalam teori tingkah laku ini, tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku

luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Dalam teori ini tumpuan akan diberikan kepada prinsip

rangsangan dan tindakbalas terhadap bahan yang dikemukakan oleh guru kepada muridnya. Menurut

Skinner (1954) lagi teori behaviorisme (tingkah laku) ini adalah satu kelakuan yang boleh diperhatikan

dan diukur.Teori ini juga berpegang kepada prinsip bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan

jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya.

Page 4: Pelaziman klasik dan operan

Menurut pandangan Thorndike (2000) hubungan di antara rangsangan dan tindakbalas akan

diperkukuhkan sekiranya tindakbalas yang positif diberikan ganjaran yang positif. Sebagai contoh,

apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan

mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Kebanyakkan

pembelajaran yang dijalankan berdasarkan teori ini adalah tanggungjawab pendidik dan dikawal

sepenuhnya oleh sistem pengajaran yang digunakan oleh guru. Pengaplikasian teori behaviorisme

(tingkah laku) pada murid-murid dalam pengajaran bahasa Melayu adalah wajar bagi membangunkan

keupayaan mereka untuk memberikan rangsangan bagi setiap tindakbalas positif yang diberikan

oleh guru kepada murid.