pelaksanaan program pembelajaran berasaskan …eprints.uthm.edu.my/9971/1/wazli_watisin.pdf · 2.10...

60
PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA POLITEKNIK BERSAMA INDUSTRI WAZLI BIN WATISIN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA

POLITEKNIK BERSAMA INDUSTRI

WAZLI BIN WATISIN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

iii

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA POLITEKNIK

BERSAMA INDUSTRI

WAZLI BIN WATISIN

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Julai 2017

Page 3: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

v

Untuk ibu dan arwah abah tersayang,

keluargaku dan keluarga isteriku

serta

isteriku

Page 4: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Yang Maha Esa kerana dengan segala limpah kurnia

dan barakahNya maka kajian ini dapat disiapkan. Saya ingin mengucapkan setinggi-

tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Prof Madya Dr Mohammad Hisyam

Mohd Hashim selaku penyelia yang banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar

dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti

Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM yang banyak membimbing saya. Tidak

lupa juga kepada Bahagian Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menaja

pengajian saya, rakan-rakan yang banyak menghulurkan bantuan tanpa mengira masa

dan tenaga, terima kasih yang tidak terhingga.

Buat ibu dan arwah abah, terima kasih kerana manjadi sumber inspirasi

kepada anakmu. Ibu dan arwah abah sentiasa memberikan dorongan kepada anakmu

ini untuk melanjutkan pengajian sehingga di peringkat tertinggi. Semoga roh arwah

abah damai di sana dan tergolong dalam kalangan para solehin. Setiap pengorbanan

tanpa mengira wang ringgit demi untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran.

Kepada adik-beradik yang lain, Ijal, Ijul, Irun, Leha dan Ati, terima kasih kerana

menjadi penyokong dalam kehidupan ini. Hanya Allah yang mampu membalas

pengorbanan kalian. Kepada isteriku Dr Nurul Izzatty, tidak terhingga terima kasih

diucapkan atas sokongan selama ini dan tanpa henti menjadi penyokong kehidupan

ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat karib yang sentiasa menceriakan hidup ini,

kepada rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat yang lain. Semoga kalian semua

berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Mudah-mudahan usaha dan penyelidikan

kerdil ini mendapat barakah dari Allah dan dicatat oleh malaikat sebagai sebahagian

ibadah saya kepada Allah S.W.T.

Page 5: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

vii

ABSTRAK

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang

menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak dalam lapangan kerja

sebenar, dengan tujuan untuk melahirkan graduan yang memiliki nilai

kebolehkerjaan. Walaupun kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara maju seperti

Amerika Syarikat dan United Kingdom, tetapi di Malaysia ianya baru dilaksanakan

pada tahun 2007 dan hanya melibatkan beberapa buah kolej komuniti pada peringkat

awal. Walau bagaimanapun pada tahun 2010, pelaksanaan PBK telah dihentikan di

kolej komuniti, dan dipindahkan di politeknik. Antara isu yang berlaku dalam

pelaksanaan PBK politeknik semasa dalam industri ialah konsep pelaksanaan PBK,

gaya pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian, hubungan politeknik dengan

industri, keseragaman konsep pelaksanaan PBK, isu dan cabaran dalam pelaksanaan

PBK, dan perbezaan kaedah pelaksanaan PBK antara politeknik dengan kolej

komuniti. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meneroka, memahami

dan menjelaskan pelaksanaan PBK politeknik bersama industri. Kajian ini dijalankan

menggunakan metodologi kajian kes kualitatif. Proses pengumpulan data di lapangan

kajian dilaksanakan selama setahun menggunakan teknik temubual, pemerhatian dan

analisis dokumen. Strategi persampelan variasi maksima, teknik persampelan

snowball dan jenis persampelan bertujuan digunakan. Peserta kajian adalah daripada

kalangan pengurusan dan pensyarah penyelaras PBK, penyelia industri dan pelajar

yang terlibat dengan PBK. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan PBK

politeknik bersama industri berlaku banyak penambahbaikan dalam pelaksanaannya

jika dibandingkan dengan pelaksanaan PBK di kolej komuniti sebelum ini, namun

terdapat beberapa isu yang wujud, iaitu melibatkan kurikulum PBK yang tidak selari

dengan dasar industri dan kelemahan penyelia industri dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 6: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

viii

ABSTRACT

Work Based-learning (WBL) is a learning method which combines theoretical

learning and practical simultaneously in the real work field to produce high value

employability graduates. WBL has been implemented at several developed countries

such as United States of America and United Kingdom. However, in Malaysia, this

method was implemented in 2007 which involved of several community colleges

only. However in 2010, the WBL implementation was laid off in community college

and relocated to polytechnics. There are several issues which occurred of WBL

implementation in polytechnics during the industrial training, includes WBL

implementation concept, teaching and learning style, evaluation method, the

relationship of polytechnic and industry, uniformity of WBL implementation

method, issues and challenges in WBL implementation and differences of WBL

implementation method between polytechnic and community college. Therefore, this

study aims to explore, understand and explain the implementation of WBL at the

polytechnic during industrial training in Malaysia. This study employed a case study

of qualitative approach. The data collections in the field study were conducted for

one year used interview technique, observation and document analysis. The sampling

techniques used in this research were maximum variation sample strategy, snowball

technique and purposive sample. The participants involved in this study were chosen

among the polytechnic management, WBL coordinator lecturers, industrial

supervisors and WBL students. The findings showed that the WBL implementation

in polytechnics has numerous improvements in its implementation compared to

WBL implementation in previous community college. However, there are several

issues faces in WBL curriculum that discordant with industrial policy and

weaknesses of industrial supervisors in teaching and learning style in the industry.

Page 7: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

ix

KANDUNGAN

TAJUK iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

SENARAI JADUAL xvii

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ TATANAMA/

ISTILAH xix

SENARAI LAMPIRAN xx

BAB I PENGENALAN MUKA SURAT

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Tujuan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.8.1 Politeknik 9

1.8.2 Industri 10

1.9 Kerangka Konseptual 10

1.9.1 Kerangka Konseptual Jackson dan Shaw 11

1.9.1.1 Matlamat Pembelajaran 12

1.9.1.2 Kandungan 12

Page 8: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

x

1.9.1.3 Konsep Falsafah Rasional 13

1.9.1.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 13

1.9.1.5 Penilaian Pelajar 14

1.10 Definisi Terminologi dan Operational 14

1.10.1 Pembelajaran Berasaskan Kerja 14

1.10.2 Penyelia Industri 15

1.10.3 Pengajaran dan Pembelajaran 15

1.11 Rumusan Bab 16

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Pendidikan di Malaysia 17

2.2.1 Sejarah Pendidikan di Malaysia 18

2.3 Pembelajaran Berasaskan Kerja 21

2.4 PBK di Malaysia 27

2.4.1 PBK di Kolej Komuniti 27

2.4.2 PBK di Politeknik 29

2.4.2.1 Tujuan Pelaksanaan PBK di Politeknik 30

2.5 Kelebihan Pembelajaran Melalui PBK 32

2.6 Faktor Kejayaan PBK 34

2.6.1 Peranan Pelajar dalam PBK 35

2.6.2 Peranan Majikan dalam PBK 36

2.6.3 Peranan Pendidik dalam PBK 38

2.7 Cabaran Pelaksanaan PBK 39

2.8 Pengajaran dan Pembelajaran 40

2.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 42

2.9 Model Kolb 43

2.9.1 Diverger 44

2.9.2 Asimilator 44

2.9.3 Konverger 45

2.9.4 Akomodator 45

2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45

2.11 Rumusan Bab 47

Page 9: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xi

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 48

3.2 Rasional Memilih Metodologi Kualitatif 49

3.3 Reka Bentuk Kajian 53

3.3.1 Falsafah Interpretivis 54

3.3.2 Pendekatan Induktif 55

3.3.3 Strategi Kajian Kes 55

3.3.4 Multi Metod 57

3.3.5 Ufuk Masa (Cross Sectional) 57

3.3.6 Teknik dan Prosedur Pengumpulan Data dan

Analisis Data 57

3.3.6.1 Penyelidik Sebagai Instrumen Utama

Kajian 58

3.3.6.2 Tugas Pertama Penyelidik: Pengumpul

Data 58

3.3.6.3 Tugas Kedua Penyelidik: Pembersih dan

Penganalisis Data 61

3.4 Kajian Awalan 62

3.5 Sampel Kajian 63

3.6 Latar Belakang Peserta Kajian dan Lapangan Kajian 67

3.6.1 Peserta Kajian 67

3.6.1.1 DNH/Pensyarah 1 67

3.6.1.2 PRD/Pensyarah 2 68

3.6.1.3 L3/Pensyarah 3 68

3.6.1.4 L4/Pensyarah 4 69

3.6.1.5 L5/Pensyarah 5 69

3.6.1.6 AZ/Pensyarah KK 69

3.6.1.7 M1/Penyelia Industri 1 70

3.6.1.8 M2/Penyelia Industri 2 70

3.6.1.9 M3/Penyelia Industri 3 71

3.6.1.10 ZR/Penyelia Industri KK 71

3.6.1.11 P1/P2/P3/Pelajar 1/Pelajar 2/

Pelajar 3 71

Page 10: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xii

3.6.2 Lapangan Kajian 72

3.6.2.1 Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah 72

3.6.2.2 Politeknik Ibrahim Sultan 73

3.6.2.3 Politeknik Ungku Omar 74

3.6.2.4 Industri 1 75

3.6.2.5 Industri 2 75

3.6.2.6 Industri 3 76

3.6.2.7 Industri 4 76

3.6.2.8 Industri 5 77

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 78

3.8.1 Pemerhatian 78

3.8.1.1 Pemerhatian Pasif 79

3.8.1.2 Pemerhatian Aktif 80

3.8.2 Temu Bual 83

3.8.2.1 Jenis Temu Bual 84

3.8.2.2 Temu Bual Kumpulan Pengurusan 86

3.8.2.3 Temu Bual Kumpulan Pensyarah 88

3.8.2.4 Temu Bual Kumpulan Penyelia Industri 89

3.8.2.5 Temu Bual Kumpulan Pelajar 90

3.8.3 Sumber Dokumen 91

3.9 Kesahan Data 93

3.9.1 Penyelidik Sebagai Detektif 93

3.9.2 Triangulasi Data 94

3.9.3 Pemeriksaan oleh Peserta Kajian 94

3.9.4 Pemeriksaan Pakar 95

3.9.5 Berada Lama di Lapangan 95

3.9.6 Diskripsi yang Tebal dan Terperinci 96

3.9.7 Kolaborasi 97

3.9.8 Taklimat Rakan Sekerja 97

3.9.9 Jejak Audit 98

3.10 Analisis Data 98

3.10.1 Tugas Pertama: Transkripsi 99

3.10.2 Tugas Kedua: Membersih dan Menyusun Data 101

3.10.3 Tugas Ketiga: Memahami Data 101

Page 11: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xiii

3.10.4 Tugas Keempat: Penghasilan Ketagori

Analitikal Konsep 102

3.10.3 Tugas Kelima: Menganalisis Data 104

3.11 Rumusan Bab 105

BAB IV DAPATAN KAJIAN: KONSEP PELAKSANAAN PBK

SEMASA DI INDUSTRI

4.1 Pendahuluan 106

4.2 Program PBK Politeknik: Sudut Pandang Peserta Kajian 106

4.2.1 Perbezaan Program PBK dengan Latihan

Industri 111

4.2.2 Tujuan Pelaksanaan PBK Politeknik : Sudut

Pandang Peserta Kajian 113

4.2.3 Kaedah Pembangunan Kurikulum PBK

Politeknik 115

4.2.3.1 Pengiktirafan MQA Terhadap

Kurikulum PBK Politeknik 117

4.2.3.2 Pemurnian Kurikulum PBK Politeknik 119

4.2.4 Pemilihan Industri 120

4.2.4.1 Skop Kerja dan Prasarana yang

Terdapat di Industri 121

4.2.4.2 Industri yang Berkemahiran Tinggi 123

4.3 Penerangan Tentang PBK Sebelum Pelaksanaan 125

4.4 Peranan Setiap yang Terlibat dengan PBK 128

4.4.1 Peranan Pensyarah 128

4.4.2 Peranan Penyelia Industri 130

4.4.3 Peranan Pelajar 133

4.5 Rumusan Bab 135

BAB V DAPATAN KAJIAN: PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SERTA PENILAIAN PBK

5.1 Pendahuluan 136

5.2 Aktiviti Pelajar di Industri 136

5.3 Pengajaran dan Pembelajaran di Industri 140

5.3.1 Pengalaman Kerja Sebenar 150

5.3.2 Kaedah Tunjuk cara 156

Page 12: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xiv

5.3.3 Nilai Kebolehkerjaan Tinggi 161

5.4 Kaedah Penilaian PBK 163

5.4.1 Kaedah Pemantauan 171

5.4.2 Kaedah Pemarkahan 173

5.4.2.1 Pemarkahan Pensyarah 174

5.4.2.1.1 Penilaian Laporan

Kajian 175

5.4.2.1.2 Penilaian Jurnal

Refleksi 177

5.4.2.2 Pemarkahan Penyelia Industri 179

5.4.2.2.1 Penilaian Performance

Appraisal 181

5.5 Rumusan Bab 183

BAB VI DAPATAN KAJIAN: ISU DAN CABARAN PBK

6.1 Pendahuluan 184

6.2 Cabaran PBK Politeknik 184

6.2.1 Bebanan Kerja 187

6.2.2 Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran 191

6.2.3 Cabaran dalam Penilaian 194

6.2.4 Kursus Tidak Sesuai 197

6.2.5 Kurang Pengetahuan Tentang PBK 199

6.2.6 Kaedah Pelaksanaan PBK Berbeza 201

6.3 Penambahbaikan dalam Pelaksanaan PBK

Politeknik 204

6.4 Hubungan Industri dengan Politeknik 208

6.5 Faktor Kejayaan PBK Politeknik 210

6.6 Perbezaan Pelaksanaan PBK Politeknik dengan

Kolej Komuniti 213

6.6.1 Perbezaan Kaedah Pelaksanaan 214

6.6.2 Perbezaan Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran 217

6.6.3 Perbezaan Kaedah Penilaian 222

6.6.4 Perbezaan Hubungan Dua Hala 224

6.7 Rumusan Bab 227

Page 13: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xv

BAB VII PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

7.1 Pendahuluan 228

7.2 Perbincangan 229

7.2.1 Pelaksanaan PBK Semasa dalam Industri 229

7.2.2 Tujuan Pelaksanaan PBK Politeknik 230

7.3 Pendekatan dan Rekabentuk Kurikulum PBK Politeknik 231

7.4 Hubungan Teori dan Praktik 234

7.4.1 Pengalaman Kerja Sebenar 237

7.4.2 Kaedah Tunjuk Cara 238

7.4.3 Nilai Kebolehkerjaan 240

7.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Penilaian PBK 241

7.5.1 Kaedah Pemantauan 243

7.5.2 Kaedah Pemarkahan 244

7.6 Keseimbangan Antara Keseragaman dan Kreativiti 246

7.6.1 Peranan Setiap yang Terlibat dengan PBK

Politeknik 247

7.6.1.1 Peranan Pensyarah 247

7.6.1.2 Peranan Penyelia Industri 249

7.6.1.3 Peranan Pelajar 251

7.7 Isu dan Cabaran PBK Politeknik 252

7.8 Perbezaan PBK Peringkat Politeknik dengan

Kolej Komuniti 255

7.9 Kesediaan Setiap Pihak yang Terlibat dalam PBK 258

7.9.1 Faktor Kesediaan Organisasi 258

7.9.1.1 Institusi Pendidikan 259

7.9.1.2 Industri 259

7.9.2 Faktor Kesediaan Persekitaran 259

7.9.3 Faktor Kesediaan Individu 260

7.9.3.1 Pensyarah Penyelaras 260

7.9.3.2 Penyelia Industri 260

7.9.3.3 Pelajar 261

7.9.4 Faktor Kesediaan Pengetahuan 261

7.10 Pengajaran dan Pembelajaran 261

7.11 Penilaian 262

Page 14: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xvi

7.12 Kesimpulan 265

7.13 Cadangan 266

7.13.1 Institusi Pendidikan 266

7.13.2 Pensyarah dan Penyelaras 267

7.13.3 Penyelia Industri 267

7.13.4 Cadangan Kajian akan Datang 268

7.14 Rumusan Bab 268

RUJUKAN 269

LAMPIRAN 287

VITA 324

Page 15: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xvii

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1: Gaya pembelajaran, adaptasi daripada Kolb(1984) 43

Jadual 3.1: Research Onion: Adaptasi daripada Saunders et al. (2008) 54

Jadual 3.2: Proses pengumpulan data kajian 59

Jadual 3.3: Proses pengumpulan Data Pemerhatian 81

Jadual 3.4: Skop Temubual Tidak Berstruktur 86

Jadual 3.5: Dokumen yang Dianalisis 92

Jadual 7.1 : Penerangan Model Pelaksanaan PBK 264

Page 16: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xviii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Jackson & Shaw (2002) 11

Rajah 2.1 : Model PBK Oregon 35

Rajah 7.1 : Model Pelaksanaan PBK 263

Page 17: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xix

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ TATANAMA/ ISTILAH

PBK - Pembelajaran Berasaskan Kerja

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

JPP - Jabatan Pengajian Politeknik

BPK - Bahagian Pembangunan Kurikulum

RMK9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

IKS - Industri Kecil Sederhana

MQA - Agensi Kelayakan Malaysia

Page 18: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

xx

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 287

B Surat Kebenaran Menyertai Kajian 292

C Transkripsi Temubual 295

D Transkripsi Pemerhatian 314

Page 19: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Work-based Learning ataupun Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan

salah satu anjakan paradigma dalam kaedah pembelajaran moden yang memasuki

negara kita pada awal tahun 2007 (Ahmad et. al, 2007). Menurut Ahmad et. al,

(2007) lagi, pada peringkat awal pelaksanaan program PBK di Malaysia, program

tersebut hanya dilaksanakan di sebelas buah kolej komuniti Kementerian Pendidikan

Tinggi Malaysia. Namun menurut Watisin et al. (2015), program PBK mengalami

beberapa masalah dalam pelaksanaannya semasa di kolej komuniti. Antara masalah

tersebut adalah melibatkan hubungan dua hala antara institusi pendidikan dengan

pihak industri, kelemahan pedagogi dan kesediaan pihak industri untuk memberikan

komitmen penuh dalam pelaksanaan PBK. Fenomena tersebut telah menyebabkan

program PBK telah dipindahkan pelaksanaannya ke politeknik pada Julai 2010

(Hasan, 2012).

Menurut Hasan (2012), perpindahan program PBK dari kolej komuniti ke

politeknik adalah bertujuan untuk menambah baik pelaksanaan PBK dari segala

sudut terutamanya dari segi fasiliti dan hubungan dengan industri. Pelaksanaan PBK

di politeknik melibatkan beberapa politeknik premier pada peringkat awal dan pada

masa akan datang pihak politeknik telah merancang untuk memperluas pelaksanaan

PBK ke semua politeknik Malaysia dan 75% daripada kursus yang ditawarkan adalah

dalam bentuk PBK.

Page 20: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

2

Perancangan Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) tersebut adalah untuk

melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebolehkerjaan yang tinggi serta

berketerampilan seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara dan pelan

tindakan pengajian tinggi (KPTM, 2007). Dasar-dasar semasa KPTM menuntut pusat

pengajian tinggi supaya melahirkan graduan yang kompeten berdasarkan kehendak

industri. Seperti mana yang pernah dinyatakan mantan Perdana Menteri Malaysia

keempat iaitu Tun Mahathir Muhammad (2011), sekiranya ingin menjadi negara

maju, kebergantungan kepada tenaga kerja kasar perlu dikurangkan dan perlu

meningkatkan tenaga kerja mahir dalam jumlah yang tinggi.

Isu ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru, tetapi kesinambungan daripada

saranan mantan perdana menteri kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Beliau menyatakan bahawa negara masih

memerlukan sejumlah besar tenaga kerja mahir yang seiring dengan perkembangan

industri semasa bagi mencapai Wawasan 2020 (2006, 31 Mac), kerana jumlah

tenaga mahir professional negara belum mencapai jumlah separuh daripada jumlah

yang diperlukan. Beliau menyarankan institusi pengajian supaya menggunakan

segala prasarana yang sedia ada untuk melahirkan graduan yang kompeten. Seramai

597 384 graduan sebenarnya yang mampu dilahirkan institusi pengajian di seluruh

negara dan terdapat 4.8 juta tempat telah disediakan untuk menjalani latihan bagi

meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Beliau juga menyarankan supaya institusi

pengajian di seluruh negara, melahirkan graduan yang sentiasa releven dengan

kehendak industri semasa. Menurut beliau, semua pihak perlu akur bahawa perkara

yang releven dan memenuhi kehendak industri semalam tidak semestinya releven

serta memenuhi kehendak industri hari ini.

Muhyidin Yassin (2009) dan (2011) menyatakan bahawa untuk memacu

negara ke arah negara maju, sistem pendidikan dalam bidang kemahiran terutamanya

bidang teknik dan vokasional perlu dijadikan pilihan utama. Menjadi tanggungjawab

institusi pendidikan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa bidang

kemahiran bukan pilihan kedua. Pelajar perlu menjadikan sekolah aliran kemahiran

atau vokasional sebagai pilihan utama.

Page 21: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

3

Saranan dan gesaan mantan timbalan perdana menteri dan perdana menteri

menunjukkan bahawa negara mengalami masalah kekurangan tenaga kerja mahir

yang kritikal. Menjadi persoalan, kurangkah graduan tempatan yang mampu

memenuhi kekurangan ini? Adakah graduan tersebut tidak releven dengan kehendak

industri semasa sehingga tidak mampu bersaing dengan tenaga kerja asing yang

saban tahun membanjiri negara? Sedangkan menurut Nik Mustafa (2007), sejumlah

24 608 (41.5%) yang benar-benar menganggur dan 36 642 (58.5%) graduan yang

berkerja sementara atau jawatan yang tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.

Menurut Nik Mustafa (2007) lagi, antara puncanya ialah graduan yang mengambil

bidang yang tidak mempunyai pasaran kerja dan tidak mempunyai nilai

kobolehkerjaan yang mampu meyakinkan pihak majikan. Oleh yang demikian,

langkah KPM melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

memperkenalkan program PBK merupakan langkah bijak untuk mencari jalan

penyelesaian terhadap isu graduan yang tidak memenuhi kehendak industri semasa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun kenyataan Nik Mustafa (2007) tentang kadar pengangguran graduan

tersebut agak lama, namun statistik terbaru daripada Kementerian Sumber Manusia

(2015) menunjukkan negara masih mengalami kadar pengangguran sebanyak 3%.

Menurut kajian Manpower Staffing Services (2014) melalui pengurusnya Sam

Haggang pula mendapati seramai 216,048 (56%) graduan universiti menganggur

daripada 385,800 jumlah penganggur di Malaysia. Kajian tersebut juga mendapati

30% daripada jumlah graduan menganggur tersebut adalah berpunca daripada tidak

mempunyai kemahiran seperti mana kehendak industri semasa. Syarikat tersebut

membuat penemuan yang hampir sama dengan Nik Mustafa (2007). Perkara tersebut

membuktikan isu graduan tidak memenuhi kehendak industri belum menemui titik

penyelesaian. Jika dilihat dari sudut kenyataan Tun Abdullah dalam RMK9 (2006),

Tun Mahathir (2011) dan Manpower Staffing Services (2014), situasi tersebut

mampu merencatkan perancangan negara untuk mencapai status negara maju

menjelang tahun 2020.

Page 22: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

4

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan

Tinggi Malaysia (KPTM) melalui Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) telah

merancang pelbagai usaha untuk memastikan institusi pendidikan mampu

melahirkan graduan yang berkualiti (Jabatan Kolej Komuniti dan Politeknik, 2008).

Semenjak tahun 2007, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) telah

melancarkan dasar Pelan Tindakan Pengajian Tinggi bertujuan melahirkan graduan

yang berkualiti untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara (KPTM, 2007). Pelan

tersebut telah memperincikan langkah-langkah untuk melahirkan modal insan

berkualiti bagi memenuhi Misi Nasional mencapai status negara maju pada tahun

2020 dan yang terbaru pada 2050. Antara perkara yang terkandung dalam Pelan

Tindakan Pengajian Tinggi tersebut ialah memperkasakan sistem pendidikan teknik

dan vokasional dan sebagai langkah awal, Bahagian Kolej Komuniti dan Politeknik

telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan seperti yang

dikehendaki negara (Ahmad et al.,2007). Menurut beliau, pada Februari 2007, kolej

komuniti telah mengadakan kolaborasi dengan pihak industri bagi melaksanakan

satu program pembelajaran yang memerlukan kerjasama antara kolej komuniti

dengan pihak industri iaitu Work-Based Learning ataupun Pembelajaran Berasaskan

Kerja (PBK).

Pada peringkat awal pelaksanaan PBK beberapa masalah wujud dalam

pelaksanaan PBK sehingga mengganggu kelancaran pelaksanaannya (Watisin, 2011).

Antara masalah tersebut adalah melibatkan hubungan dua hala institusi pendidikan

dengan pihak industri, penilaian pelajar serta pengajaran dan pembelajaran.

Kenyataan tersebut mempunyai persamaan dengan dapatan Hasan (2012), beliau

mendapati antara masalah dalam pelaksanaan PBK adalah melibatkan dalam

kalangan penyelia industri PBK iaitu kurangnya ilmu pedagogi dan

ketidaksamarataan kaedah penilaian antara pembimbing daripada industri yang

berlainan. Beliau menyarankan supaya program PBK ini dikaji dengan lebih

mendalam terutamanya melibatkan kaedah penyeliaan pelajar PBK serta kaedah

pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidik juga telah melakukan kajian awalan tentang PBK. Melalui kajian

awalan yang dilakukan terhadap penyelia industri dan pelajar, kajian mendapati

beberapa masalah yang wujud iaitu melibatkan hubungan dua hala institusi

pendidikan dengan pihak industri, kaedah penilaian dan penyeliaan serta kaedah

pengajaran dan pembelajaran program PBK. Berdasarkan data kajian awalan yang

Page 23: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

5

diperoleh, penyelidik mendapati penyelia industri PBK menghadapi masalah

ketidakjelasan tentang peranan sebenar terutamanya melibatkan penyeliaan pelajar,

penilaian pelajar serta proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun telah banyak kajian dibuat tentang PBK di dalam dan luar negara,

namun kajian penerokaan secara mendalam tentang pelaksanaannya terutamanya

peringkat politeknik semasa dalam industri belum dilakukan. Di Malaysia, kajian

Hasan (2012) tentang PBK lebih menjurus kepada kaedah penilaian PBK di

politeknik, manakala kajian Watisin (2011) lebih tertumpu kepada pelaksanaan PBK

di kolej komuniti. Watisin (2015) pula lebih menumpukan kepada isu hubungan dua

hala institusi pendidikan dengan industri. Beberapa kajian terbaru tentang PBK di

luar negara pula seperti kajian yang dilakukan O’Farril (2016) lebih menjurus kepada

kurikulum PBK. Kajian Lemanski dan Overton (2016) pula hanya melibatkan

pembangunan PBK, manakala kajian Garnett (2016) lebih menjurus kepada cabaran

PBK di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, pelaksanaan PBK politeknik bersama

industri merupakan satu fenomena yang memerlukan kajian secara mendalam

terutamanya melibatkan isu pelaksanaan program PBK khususnya semasa dalam

industri meliputi konsep pelaksanaan PBK, gaya pengajaran dan pembelajaran,

kaedah penilaian, hubungan politeknik dengan industri, keseragaman konsep

pelaksanaan PBK, isu dan cabaran dalam pelaksanaan PBK dan mengapa isu dan

cabaran tersebut berlaku.

Situasi PBK di negara luar juga sebenarnya mempunyai persamaan dengan

situasi PBK di Malaysia, bezanya negara maju seperti Amerika Syarikat menurut

Lewis (2004) telah melaksanakan PBK lebih 100 tahun yang lepas. Namun begitu,

negara luar masih menghadapi beberapa masalah dalam pelaksanaan PBK kerana

Bargeson (2008) mendapati isu hubungan dua hala institusi pendidikan dengan pihak

industri masih menyelubungi program PBK. Isu tentang kadar pengurangan cukai,

kos melatih pelajar PBK dan kadar imbuhan yang diterima pihak industri terus

menjadi pertikaian. Kajian demi kajian amat diperlukan bagi mencari jalan

penyelesaian terhadap situasi yang dihadapi dalam pelaksanaan PBK supaya kaedah

pelaksanaannya bertambah baik dari semasa ke semasa.

Page 24: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

6

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah, penyelidik mendapati program PBK mengalami

beberapa masalah dalam pelaksanaannya yang memerlukan penyelesaian.

Terutamanya melibatkan pelaksanaan dasar PBK, proses pengajaran dan

pembelajaran serta penilaian dan hubungan dua hala antara politeknik dengan

industri. Masalah dari sudut pelaksanaan dasar PBK adalah melibatkan kandungan

kurikulum PBK yang tidak diselarikan dengan dasar serta aktiviti industri. Terdapat

kurikulum PBK yang tidak dapat dilaksanakan semasa dalam industri disebabkan

ianya bertentangan dengan dasar industri dan juga bukan dalam lingkungan skop

kerja industri, manakala proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian

melibatkan tahap pengetahuan serta pengalaman penyelia industri dalam bidang

pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang rendah. Seperti yang sedia

maklum, penyelia industri bukan dalam kalangan individu yang mempunyai latar

belakang sebagai pendidik. Perkara yang menjadi isu ialah bagaimana penyelia

industri menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Dari sudut

isu hubungan dua hala antara industri dengan pihak institusi pendidikan pula, ia

menjadi salah satu faktor penentu kejayaan PBK. Hubungan antara pihak politeknik

dengan industri, boleh mendatangkan pelbagai kesan dalam pelaksanaan PBK. Setiap

isu yang wujud dalam program PBK mendatangkan kesan terhadap pelaksanaannya

serta merencatkan matlamat pelaksanaan PBK. Jika isu tersebut dibiarkan berlarutan

tanpa mencari penyelesaian melalui kajian yang mendalam, perkara ini merugikan

ramai pihak khususnya pelajar dan negara amnya. Oleh yang demikian, kajian ini

bertujuan untuk meneroka secara mendalam program PBK politeknik bersama

industri untuk memahami dengan mendalam, serta memperbanyak sorotan literatur

tentang pelaksanaan PBK untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Page 25: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

7

1.4 Persoalan Kajian

Secara umumnya Penyelidik ingin menerokai satu persoalan utama dan lapan

subpersoalan dalam kajian ini. Persoalan kajian adalah seperti yang berikut:

Soalan Utama :

i. Bagaimanakah pelaksanaan program PBK politeknik bersama

industri?

Subsoalan :

i. Bagaimanakah konsep pelaksanaan PBK?

ii. Bagaimanakah gaya pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan?

iii. Bagaimanakah kaedah penilaian terhadap pelajar PBK?

iv. Bagaimanakah hubungan dua hala antara institusi pendidikan dengan

pihak industri?

v. Bagaimanakah pelaksanaan program PBK dalam industri yang

berlainan?

vi. Apakah cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program PBK?

vii. Mengapakah cabaran tersebut berlaku?

Page 26: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

8

1.5 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan menerokai secara mendalam tentang pelaksanaan program PBK

politeknik bersama industri. Penyelidik meneroka secara terperinci bagaimanakah

pelaksanaan program PBK khususnya semasa dalam industri meliputi konsep

pelaksanaan PBK, gaya pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian, hubungan

politeknik dengan industri, keseragaman konsep pelaksanaan PBK, isu dan cabaran

dalam pelaksanaan PBK dan mengapa isu dan cabaran tersebut berlaku.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini dilaksanakan dalam industri yang menjalinkan hubungan kerjasama

dengan politeknik yang melaksanakan program PBK. Peserta kajian yang terlibat

dengan temu bual adalah seramai tiga belas orang, iaitu terdiri daripada enam orang

dalam kalangan pengurusan dan pensyarah penyelaras PBK, empat orang dalam

kalangan penyelia industri PBK dari industri yang berbeza dan tiga orang pelajar

yang terlibat dengan program PBK. Bagi kaedah pemerhatian, penyelidik tidak

menetapkan jumlah peserta kajian kerana lebih menumpukan situasi yang hendak

diperhatikan. Pemilihan peserta kajian daripada pelbagai latar belakang adalah untuk

mendapatkan data yang kaya dan pelbagai. Penyelidik memberi fokus terhadap

konsep pelaksanaan PBK, gaya pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian,

hubungan politeknik dengan industri, keseragaman konsep pelaksanaan PBK, isu dan

cabaran dalam pelaksanaan PBK dan faktor yang menyebabkan isu dan cabaran

tersebut berlaku.

Page 27: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

9

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada industri yang menjalinkan usahasama dengan politeknik

yang menjalankan program PBK sahaja dan hanya empat industri yang menjadi

lapangan kajian. Kajian ini juga terhad kepada beberapa peserta kajian yang benar-

benar mahir dalam program PBK, kerana program PBK masih diketagorikan sebagai

fenomena baru di Malaysia dan individu yang pakar dalam bidang ini masih kurang.

Selain itu, kekangan dari segi masa dan kos juga menjadi faktor.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar pelaksanaan program PBK

semasa dalam industri, seterusnya memberikan sumbangan idea dalam

menyelesaikan masalah-masalah yang wujud serta penambahbaikan yang perlu

dalam pelaksanaan program PBK politeknik. Dapatan kajian ini juga dapat

menyumbang dalam bidang penyelidikan ilmiah terutama untuk memperkaya

literatur tentang isu semasa PBK di Malaysia yang dapat dijadikan sumber rujukan

penyelidik akan datang khusunya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

dan politeknik Malaysia amnya. Di akhir kajian ini akan menjawab setiap persoalan

kajian dan seterusnya mencapai tujuan kajian.

1.8.1 Politeknik

Kajian ini diharapkan dapat memberikan impak positif dalam pelaksanaan PBK

politeknik bersama industri. Kajian ini juga diharap dapat memberi gambaran yang

jelas tentang kaedah pelaksanaan PBK meliputi pelaksanaan program PBK

khususnya semasa dalam industri meliputi konsep pelaksanaan PBK, gaya

pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian, hubungan politeknik dengan

industri, keseragaman konsep pelaksanaan PBK, isu dan cabaran dalam pelaksanaan

PBK dan mengapa isu dan cabaran tersebut berlaku. Setiap dapatan kajian boleh

dijadikan rujukan pihak politeknik sama ada sebagai rujukan dalam pelaksanaan

ataupun rujukan dalam penulisan ilmiah.

Page 28: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

10

1.8.2 Industri

Pihak industri boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk memahami konsep

sebenar pelaksanaan PBK serta mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan

mereka dalam pelaksanaan PBK. Pihak industri juga dapat mengetahui dengan jelas

tentang kebaikan dan manafaat yang mampu diperolehi dalam kerjasama PBK.

1.9 Kerangka Konseptual

Kerangka konsep dalam kajian ini menggunakan kerangka konsep kualitatif iaitu

berbeza daripada kerangka konseptual dalam penyelidikan kuantitatif kerana dalam

kajian ini, kerangka konseptual hanya dijadikan sebagai garis panduan. Bersesuaian

dengan tujuan kajian yang ingin membina hipotesis dan bukan menguji hipotesis.

Kaedah yang dipilih penyelidik ini adalah bertepatan dengan kenyataan daripada

Paton (1990), Merriam (2001) dan Othman Lebar (2006) yang mengatakan kualitatif

adalah untuk membina hipotesis dan bukan untuk menguji hipotesis. Oleh itu,

penyelidik menggunakan kerangka konsep daripada Jackson dan Shaw (2002)

sebagai garis panduan dalam penyelidikan tentang program PBK.

1.9.1 Kerangka Konseptual Jackson dan Shaw

Pemilihan kerangka konsep Jackson dan Shaw (2002) adalah berdasarkan konsep

yang wujud di dalamnya. Konsep tersebut sesuai digunakan sebagai garis panduan

untuk menerokai pelaksanaan program PBK berdasarkan persoalan dan tujuan

kajian. Walau bagaimanapun, penyelidik membuat adaptasi daripada teori Jackson

dan Shaw (2002) untuk disesuaikan dengan persoalan, tujuan dan skop kajian.

Kerangka konsep Jackson dan Shaw (2002) telah terbukti sesuai untuk dijadikan

garis panduan dalam penerokaan tentang program PBK semasa pelaksanaannya di

kolej komuniti sebelum ini. Oleh yang demikian, Penyelidik telah memutuskan untuk

mengguna pakai lima elemen dalam kerangka konsep Jackson dan Shaw (2002)

iaitu:-

Page 29: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

11

Tinjauan

Penyelidikan Perancangan

Penambahbaikan

Konsep

Falsafah

Rasional

Kandungan Kaedah

Pengajaran dan

Pembalajaran

Penilaian

Pelajar

Matlamat

Pembelajaran

1. Matlamat Pembelajaran

2. Kandungan

3. Konsep Falsafah Rasional

4. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

5. Penilaian pelajar

Kajian tentang pelaksanaan program PBK politeknik bersama industri adalah

berlandaskan lima elemen tersebut. Penyelidik menerangkan setiap elemen

berdasarkan penerangan asal Jackson dan Shaw (2002) dan huraian penyelidik

sendiri berdasarkan kajian.

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Jackson & Shaw (2002)

Rasional

Page 30: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

12

1.9.1.1 Matlamat Pembelajaran

Matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam PBK adalah bertujuan mewujudkan

kemahiran dan kecekapan terhadap pelajar sebagai persediaan menempuh alam

pekerjaan (Jackson dan Shaw, 2002). Pelajar perlu kompeten dalam bidang yang

diambil seperti mana yang dikehendaki pihak majikan. Selepas menjalani program

pengajian PBK, pelajar mampu menjadi pekerja yang berkemahiran dan mempunyai

tahap kebolehkerjaan yang tinggi. Dalam kajian ini, penyelidik meneroka matlamat

pelaksanaan program PBK menurut kefahaman perserta kajian khususnya semasa

dalam industri meliputi konsep pelaksanaan PBK, gaya pengajaran dan

pembelajaran, kaedah penilaian, hubungan politeknik dengan industri, keseragaman

konsep pelaksanaan PBK, isu dan cabaran dalam pelaksanaan PBK dan faktor yang

menyebabkan isu dan cabaran tersebut berlaku.

1.9.1.2 Kandungan

Selepas wujud matlamat pembelajaran dalam PBK, konsep seterusnya yang perlu

wujud dalam PBK menurut Jackson dan Shaw (2002) ialah kandungan yang

bermaksud pendidik dan majikan. Kedua individu tersebut merupakan tulang

belakang dalam pelaksanaan PBK, Berjaya atau tidak program PBK bergantung

dengan komitmen pendidik dan majikan. Pendidik dan majikan perlu berazam untuk

memberikan yang terbaik dalam PBK bagi memastikan pelajar memperoleh

kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Dalam konteks ini,

penyelidik melakukan kajian dari sudut komitmen yang diberikan pensyarah dan

penyelia industri terhadap pelaksanaan program PBK. Penyelidik menerokai

komitmen yang diberikan pensyarah, manakala gaya pengajaran dan pembelajaran

PBK dalam industri meliputi tahap kelayakan akademik dan pengalaman, silabus, set

induksi, teknik mengajukan soalan dan kesamarataan pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran dilihat dalam kalangan penyelia industri. Perkara tersebut amat penting

bagi menjamin kualiti graduan PBK selepas menamatkan pengajian kelak.

Page 31: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

13

1.9.1.3 Konsep Falsafah Rasional

Bagi memastikan setiap pembelajaran yang dilalui pelajar dalam PBK sentiasa

releven dengan industri semasa, menurut Jackson dan Shaw (2002) konsep falsafah

rasional perlu diaplikasi dalam PBK. Konsep falsafah rasional adalah satu kaedah

mengekalkan keadaan semasa supaya kandungan kurikulum PBK sesuai dengan

tujuan PBK dan sentiasa releven (Jackson dan Shaw, 2002). Melalui konsep falsafah

rasional, penambahbaikan terhadap kandungan kurikulum perlu sentiasa dilakukan

bagi memastikan kurikulum tersebut sentiasa releven dengan kehendak industri

semasa. Berdasarkan penyataan Jackson dan Shaw (2002) tersebut, penyelidik akan

membuat kajian terhadap kaedah penyediaan dan proses penambahbaikan kandungan

kurikulum PBK dan sejauh mana kaedah pengajaran dan pembelajaran PBK semasa

dalam industri mampu melahirkan pelajar yang mempunyai nilai kebolehkerjaan

tinggi.

1.9.1.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa pelajar berada dalam industri untuk menjalani PBK, penyelia industri akan

bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep pengajaran

dan pembelajaran dalam PBK menurut Jackson dan Shaw (2002) harus meliputi

elemen mengajar, musim, simulasi, bimbingan kursus dan bayangan. Pelaksanaan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam PBK perlu wujud proses mengajar,

bimbingan dan pemantauan. Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

tersebut perlu bermusim atau mengikut semester dan perlu wujud bahan atau alat

bantu mengajar seperti simulasi dan bimbingan kursus. Dalam kajian ini, penyelidik

akan menerokai pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran semasa dalam

industri meliputi set induksi, teknik mengajukan soalan serta kesamarataan

pelaksanaan penagajaran dan pembelajaran dalam kalangan penyelia industri.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di industri akan menentukan nilai

kebolehkerjaan pelajar PBK kelak.

Page 32: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

14

1.9.1.5 Penilaian Pelajar

Selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam PBK, pelajar perlu

dinilai untuk memastikan tahap penguasaan mereka terhadap pembelajaran. Penilaian

pelajar adalah untuk menilai tahap kemahiran dan menguatkan atau menambah

pengalaman pelajar (Jackson dan Shaw, 2002). Proses pengajaran dan pembelajaran

serta amali yang telah dilalui oleh pelajar perlu melalui proses penilaian supaya

kualiti pembelajaran dan amali yang dipelajari dapat dijaga dan diukur. Kajian ini

akan meneroka kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai pelajar PBK semasa

dalam industri. Penyelidik menumpukan kaedah penilaian yang digunakan dan

kesamarataan kaedah penilaian dalam kalangan penyelia industri.

1.10 Definisi Terminologi dan Operasional

Penulisan dalam kajian ini telah menggunakan pelbagai istilah. Sesetengah istilah

yang digunakan merupakan istilah yang memerlukan penerangan yang lebih lanjut

bagi memudahkan pemahaman. Oleh yang demikian, berikut ialah penerangan

terhadap beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.10.1 Pembelajaran Berasaskan Kerja

Pembelajaran Berasaskan Kerja ataupun singkatannya PBK dalam Bahasa Inggeris

adalah Work Based-Learning. Menurut Seagraves et al. (1996), PBK merupakan

pembelajaran yang menghubungkan keperluan bidang pekerjaan, pembelajaran kerja,

pembelajaran di tempat kerja dan pembelajaran melalui kerja. Bagi Lewis (2004)

pula, PBK merupakan satu kaedah pembelajaran yang jelas dan memberikan

pengalaman yang besar kepada pelajar seterusnya memberikan mereka peluang yang

lebih luas untuk menempatkan diri dalam bidang industri yang diceburi. Berdasarkan

definisi PBK yang telah diberikan Seagraves et al. (1996) dan Lewis (2004), PBK

merupakan satu kaedah pembelajaran yang memberikan pendedahan tentang

fenomena sebenar alam pekerjaan. Pelajar akan berada di alam pekerjaan sebenar

dan melakukan kerja-kerja seperti mana pekerja lain dengan seliaan mentor ataupun

kakitangan yang lebih berpengalaman dalam bidang masing-masing. Pendedahan

Page 33: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

15

terhadap alam pekerjaan dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan tempoh

berada di bilik kuliah akan meningkatkan daya kebolehkerjaan mereka selepas

menamatkan pengajian kelak. Penyataan daripada Lewis (2004) ini mempunyai

persamaan dengan Johnson (2001), beliau mendifinisikan PBK sebagai pembelajaran

melalui kerja dengan seliaan mentor.

Dalam kajian ini PBK didefinisikan sebagai program pembelajaran yang

dilaksanakan di Malaysia dengan kerjasama antara politeknik dengan industri.

Program ini menuntut pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam

industri selama setahun dengan seliaan penyelia industri iaitu dalam kalangan

pekerja industri yang berpengalaman meliputi pembelajaran teori dan amali.

1.10.2 Penyelia Industri

Menurut Abiddin (2006), penyelia merupakan individu yang membantu dan

membimbing pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajaran atau kemahiran mereka.

Bagi Department of Educatation & Early Development Career Technical Education

(2003) pula, penyelia adalah individu yang membimbing dan membantu pelajar.

Dalam kajian ini, penyelia industri merupakan mentor atau individu yang

akan membimbing pelajar PBK selama setahun dalam industri meliputi teori dan

amali. Penyelia industri merupakan pekerja industri yang dipilih oleh majikan

industri tersebut.

1.10.3 Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran adalah satu proses mengajar pelajar untuk belajar melalui maklumat,

idea, kemahiran, nilai dan cara berfikir (Joyce et.at, 2000), manakala pembelajaran

merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang terhasil daripada tindak balas

dengan persekitaran, pengalaman dan interaksi (Turner, 1999). Menurut Turner

(1999) lagi, pelajar perlu mengetahui pola pembelajaran bagi memudahkan mereka

mencapai objektif pembelajaran dan pendidik perlu mengetahui pola pembelajaran

pelajar bagi menyesuaikan kaedah pengajaran.

Page 34: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

16

Dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang

dilalui oleh pelajar dan penyelia industri. Proses ini meliputi keseluruhan proses teori

dan amali yang melibatkan proses perpindahan ilmu.

1.11 Rumusan Bab

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) mula dilaksanakan di negara kita pada awal

tahun 2007. Pelaksanaan PBK adalah berdasarkan saranan pemimpin supaya pusat

pengajian tinggi melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebolehkerjaan yang

tinggi. Saranan pemimpin tersebut berdasarkan situasi kadar pengganguran dalam

kalangan graduan yang menunjukkan 30 peratus kadar graduan menganggur adalah

berpunca daripada tidak mempunyai kemahiran sepertimana kehendak pihak industri.

Pada peringkat awal, PBK dilaksanakan di kolej komuniti, namun disebabkan

beberapa kekangan yang wujud dalam pelaksanaannya, pada tahun 2010 telah

dipindahkan di politeknik untuk pelajar peringkat diploma dan pada 2013

pelaksanaannya untuk pelajar ijazah sarjana muda politeknik.

Secara ringkasnya, dalam bab ini penyelidik menjelaskan masalah sebenar

yang wujud dalam pelaksanaan PBK yang memerlukan kajian. Penyelidik juga telah

menimbulkan pelbagai persoalan daripada setiap masalah tersebut. Persoalan kajian

tersebut akan menjadi garis panduan dalam penulisan bab yang seterusnya.

Page 35: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

17

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, penyelidik membuat sorotan literatur yang berkaitan dengan pelbagai

isu tentang pembelajaran berasaskan kerja (PBK), pengajaran dan pembelajaran serta

penilaian. Elemen pertama yang diketengahkan penyelidik dalam bab ini ialah

sorotan tentang PBK meliputi kaedah asas pelaksanaan, cabaran dan faktor kejayaan

dalam pelaksanaan PBK. Penyelidik seterusnya membuat sorotan literatur tentang

pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Sebelum menerangkan lebih lanjut

sorotan literatur ini, ada baiknya penyelidik menerangkan tentang kepentingan

sorotan literatur dalam sesebuah kajian. Menurut Merriam (2001), pengkaji perlu

mengetahui serba sedikit tentang isu kajian bagi memudahkan kerja lapangan dan

juga bagi mengelakkan pengkaji membuat kajian berulang. Perkara tersebut telah

menjadi pegangan penyelidik sepanjang kajian ini dijalankan.

2.2 Pendidikan di Malaysia

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berteraskan kepada falsafah pendidikan

kebangsaan. Setiap dasar dalam pendidikan negara perlu selari dengan falsafah

tersebut. Menurut KPM (2017), dasar pendidikan kebangsaan mempunyai empat

matlamat utama iaitu pertama, melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan

bersatu-padu. Kedua, melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu,

berketerampilan dan sejahtera. Ketiga, menyediakan sumber tenaga manusia untuk

keperluan pembangunan negara. Keempat, memberi peluang pendidikan kepada

semua warganegara Malaysia.

Page 36: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

18

Dasar pendidikan kebangsaan akan berubah mengikut kehendak dan

keperluan semasa negara. Namun setiap dasar yang digubal perlu melalui proses

yang telah ditetapkan. Dasar tersebut juga perlu meliputi pelbagai aspek dan elemen

dalam sosial masyarakat, politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan,

kewarganegraan dan sebagainya. Dasar dan matlamat pendidikan negara telah

banyak berlaku perubahan semenjak sebelum merdeka sehingga sekarang.

2.2.1 Sejarah Pendidikan di Malaysia

Sejarah pendidikan di Malaysia bermula sejak sebelum negara mencapai

kemerdekaan. Sejarah pendidikan di Malaysia meliputi dua fasa iaitu sebelum

merdeka dan selepas merdeka (Amir, 2002). Dua fasa tentang pendidikan di

Malaysia ini merupakan perintis kepada sistem pendidikan negara yang ada pada

masa kini. Proses menambah baik dari semasa ke semasa dalam sistem pendidikan

negara akhirnya telah mewujudkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia yang

digunapakai pada masa kini dalam bidang pendidikan negara. Bidang pendidikan

memainkan pelbagai peranan untuk menjana kemajuan sesebuah negara. Hussein

(1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu sebagai

penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan keterampilan, penyalur

kepercayaan dan sistem nilai, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia,

remaja dan kanak-kanak dan perhubungan rakan sebaya.

Pendidikan sebelum merdeka di negara kita adalah jauh berbeza dengan

sistem pendidikan yang ada pada zaman sekarang. Amir (2002) menyatakan bahawa

sebelum kemerdekaan, pendidikan di Tanah Melayu berbeza mengikut etnik serta

polisi kolonial yang komplemen kepada identifikasi dan ianya dapat dibezakan

berdasarkan bahasa yang digunakan. Menurut beliau, terdapat sekolah aliran bahasa

Melayu, aliran bahasa Cina, aliran bahasa Tamil dan sekolah Inggeris. Menjelang

kemerdekaan pada tahun 1957, perjuangan untuk mencipta sistem pendidikan

nasional bukan perkara yang mudah. Reaksi terhadap Penyata Barnes boleh dijadikan

contoh bagaimana sukarnya untuk memuaskan hati setiap kumpulan etnik. Laporan

Barnes mencadangkan sistem pendidikan kebangsaan yang memberikan pendidikan

rendah percuma kepada semua kumpulan etnik berumur enam ke dua belas tahun.

Pendidikan mengikut sistem bilingual, iaitu mencadangkan bantuan kewangan

Page 37: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

19

kerajaan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil ditarik balik supaya tidak

menggalakkan perkembangannya dan juga untuk menghentikan sistem persekolahan

komunal (Chai, 1977). Cadangan ini mandapat bantahan daripada etnik Cina yang

mendakwa Penyata Barnes akan menghapuskan sekolah-sekolah Cina. Penyata itu

juga dianggap bertujuan untuk menekan atau mendiskriminasikan kebudayaan

mereka dan orang Melayu secara umum masih kekal jauh ketinggalan dalam

lapangan ekonomi terutamanya kerana tiga faktor iaitu kedudukan mereka yang

tinggal di luar bandar, akses yang terhad kepada pendidikan serta kelewatan mereka

memasuki sektor-sektor moden (Amir, 2002).

Berikutan tragedi yang dinyatakan oleh Amir (2002), kerajaan telah

merancang strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang

berkaitan hubungan antara etnik. Idealogi negara iaitu Rukun Negara telah

diperkenalkan pada tahun 1970. Matlamat Rukun Negara adalah untuk mencapai

negara bersatu dalam masyarakat plural, ketaatan kepada negara, masyarakat yang

adil dengan kesamaan peluang, masyarakat yang liberal dengan kepelbagaian budaya

dan masyarakat progresif yang diorentasikan ke arah sains dan teknologi moden

(Information Ministry, 1969). Kenyataan daripada Information Ministry (1969) dan

Amir (2002) menunjukkan bahawa pendidikan memainkan peranan yang penting

dalam mencapai perpaduan nasional dan mencapai perpaduan kebangsaan. Amir

(2002) menambah bahawa antara polisi penting pendidikan ialah perubahan kepada

aliran Inggeris kepada penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu daripada peringkat

sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.

Berpandukan Laporan Jawatankuasa Kabinet pula, polisi pendidikan untuk

tahun 1980-an telah mengariskan matlamat-matlamat yang lebih spesifik. Matlamat

pendidikan kebangsaan Malaysia telah digariskan untuk mencapai perpaduan

nasional, menghasilkan tenaga kerja berkualiti kepada pembangunan negara,

mencapai pendemokrasian pendidikan dan menanamkan nilai-nilai positif (EPRD,

1993). Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dilancarkan pada tahun 1988 (KPM,

2017)

Page 38: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

20

Tahun 1990-an merupakan penghujung abad ke-20, seluruh dunia telah

begitu ghairah menyambut kedatangan abad baru. Tidak terkecuali dengan bidang

pendidikan di Malaysia bilamana tahun 1990-an dilihat sebagai penting untuk

menyediakan diri menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 (Amir, 2002). Beliau

menambah bahawa Malaysia telah melihat jauh ke hadapan melalui wawasan 2020

yang mula diketengahkan pada februari 1991. Melalui wawasan 2020 ini juga

pelbagai pembaharuan dalam sistem pendidikan negara diperkenalkan demi untuk

mencapai wawasan tersebut.

Sebagaimana yang berlaku sebelum ini, idealogi yang dimanifestasikan

dalam wawasan 2020 tidak lari daripada matlamat utama mencapai perpaduan

negara. Ini jelas terbukti dalam cabaran-cabaran pertama, kelima dan kelapan

wawasan 2020. Cabaran pertama menyatakan bahawa “mewujudkan negara

Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia

mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup

dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan disokong oleh satu bangsa

Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara”. Cabaran

kelima pula berbunyi “mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak-ansur,

rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama

masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu

negara”. Cabaran kelapan pula adalah “ pengagihan kekayaan negara secara adil dan

saksama masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum

berdasarkan fungsi ekonomi, dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum”.

(INTAN, 1994).

Secara ringkasnya, peranan sistem pendidikan hingga akhir 1980-an

merupakan tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga

kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan

adalah untuk pembinaan disiplin dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Jomo

(1991) menyatakan bahawa di Malaysia, peranan pendidikan dalam menyediakan

tenaga kerja yang pasif dan berdisiplin amat penting. Menurutnya pendidikan untuk

anak Melayu sangat berkesan untuk menjadikan mereka pekerja yang berdisiplin dan

patuh kepada pihak atasan. Tahap pendidikan rakyat merupakan salah satu penanda

aras dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. Amir (2002) menyatakan

bahawa negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kindom, Australia dan

Page 39: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

21

Jepun mempunyai tahap literasi yang tinggi dan menjadikan pendidikan sebagai

sumber pendapatan negara.

Rentetan daripada kronologi ringkas tentang sejarah pendidikan di Malaysia,

bermula dari pendidikan sebelum kemerdekaan sehingga ke hari ini telah

mewujudkan pelbagai kaedah pembelajaran yang diperkenalkan Kementerian

Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan tujuan

memartabatkan tahap pendidikan negara. Kesinambungan daripada dasar wawasan

2020 juga, satu dasar baru yang telah dirancangan pihak kerajaan yang meliputi

semua aspek pembangunan negara termasuk sistem pendidikan, iaitu Tranformasi

Negara 2050 (TN50) yang telah dilancarkan YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

Melalui TN50, KPTM telah merangka satu pelan pendidikan yang lebih memberi

tumpuan khusus terhadap pendidikan aliran kemahiran dan vokasional (KPTM,

2015). Membangunkan sistem yang tidak hanya menumpu kepada laluan akademik

biasa, tetapi turut memberi penekanan kepada laluan TVET (KPTM, 2015). Antara

pelan pemerkasaan pendidikan aliran kemahiran dan vokasional ialah pelancaran

program Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) pada Febuari 2007 di bawah

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada tahun 2010 program PBK tersebut

telah dipindahkan pelaksanaannya ke politeknik. Pihak politeknik juga telah

melaksanakan PBK untuk peringkat ijazah sarjana muda pada tahun 2013 dan

merancang 70 peratus kursus yang ditawarkan pihak politeknik pada masa akan

datang adalah dalam bentuk PBK.

2.3 Pembelajaran Berasaskan Kerja

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) ataupun dalam Bahasa Inggeris adalah

Work Based-Learning. Menurut Seagraves et al. (1996), PBK merupakan

pembelajaran yang menghubungkan keperluan bidang pekerjaan, pembelajaran kerja,

pembelajaran di tempat kerja dan pembelajaran melalui kerja. Kenyataan popular

Seagraves et al. (1996) tentang definisi PBK yang menjadi rujukan para pengkaji

PBK ialah “learning for work, learning at work and learning through work”. Billet

dan Choy (2013) telah menghuraikan makna kenyataan Seagraves et al. (1996)

tersebut. Billet dan Choy (2013) menyatakan bahawa tujuan utama pembelajaran

melalui PBK ialah belajar untuk bekerja. Belajar untuk berkerja hanya dapat

Page 40: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

22

diperoleh melalui pembelajaran di tempat kerja dan skop kerja tersebut perlu

memenuhi kehendak semasa pekerjaan.

Johnson (2001) pula mendifinisikan PBK sebagai pembelajaran melalui kerja

dengan seliaan mentor. Bagi Lewis (2004) pula, PBK merupakan satu kaedah

pembelajaran yang jelas dan memberikan pengalaman yang besar kepada pelajar

seterusnya memberikan mereka peluang yang lebih luas untuk menempatkan diri

dalam bidang industri yang diceburi. Definisi tentang PBK yang diberikan Seagraves

et al. (1996) dan Lewis (2004) mempunyai persamaan dengan definisi PBK yang

diberikan Nikolova et al. (2014), mereka menyatakan PBK sebagai satu kaedah

pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi

pembelajaran teori dalam bentuk praktikal di tempat kerja dan dinilai oleh

pembimbing. Ramage (2014) pula menyatakan bahawa PBK adalah kaedah

pembelajaran untuk belajar cara memahirkan diri dalam bidang pekerjaan.

Pembelajaran tersebut perlu dinilai dan penilaian adalah berdasarkan prestasi kerja

di tempat kerja. Salah satu lagi definisi popular tentang PBK ialah difinisi daripada

Iowa Education Department (2002), iaitu PBK boleh didefinisikan sebagai suatu

perancangan dan hubungan pengalaman di bilik darjah dengan jangkaan realiti di

alam pekerjaan.

Berdasarkan definisi PBK yang telah diberikan Seagraves et al. (1996),

Johnson (2001), Iowa Education Department (2002), Lewis (2004), Ramage (2014)

dan Nikolova et al. (2014), PBK dapat disimpulkan sebagai satu kaedah

pembelajaran yang memberikan pendedahan sebenar tentang fenomena alam

pekerjaan. Pelajar berada di alam pekerjaan sebenar dan melakukan skop kerja

seperti mana pekerja lain dengan seliaan mentor ataupun kakitangan yang lebih

berpengalaman dalam bidang masing-masing. Pendedahan terhadap alam pekerjaan

dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan tempoh berada di bilik kuliah

akan meningkatkan daya kebolehkerjaan mereka selepas menamatkan pengajian

kelak.

Definisi lain tentang PBK diberikan oleh Costley (2007), bagi mereka PBK

adalah satu kaedah pembelajaran yang menghubungkan pembelajaran bilik kuliah

dengan lapangan kerja sebenar. Setiap perkara yang berlaku di tempat kerja perlu

dipelajari melalui pengalaman sebenar dan bukan secara teori di bilik kuliah semata-

mata. Bagi Lemanski dan Overton (2016), pembelajaran yang berlaku di tempat kerja

bukannya dalam bentuk formal semata-mata tetapi pelajar PBK perlu belajar melalui

Page 41: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

23

pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman sebenarnya adalah kaedah

pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan. Menurut Felstead et al. (2005),

pembelajaran efektif yang berkesan terhadap seseorang individu adalah melalui

pengalaman iaitu melalui sesuatu yang tidak dirancang seperti menghadapi isu-isu

semasa dalam bidang pekerjaan, menyelesaikan masalah yang wujud dan melalui

proses komunikasi daripada pelbagai golongan peringkat umur, status dan jawatan.

Bagi Eden (2014), pelajar selalunya kurang jelas tentang pengetahuan yang

dimiliki, kebiasaannya selepas graduan pelajar kerap bertukar tempat kerja untuk

menyesuaikan diri dengan pengetahuan yang dimiliki. Tetapi melalui program PBK,

pelajar melalui pengalaman yang mampu meningkatkan tahap pengetahuan mereka

tentang bidang pekerjaan. Pengalaman tersebut amat berguna untuk memulakan alam

pekerjaan, manakala menurut William dan Thurairajah (2009), PBK merupakan

salah satu elemen budaya pembelajaran sepanjang hayat dan secara umumnya, PBK

adalah suatu konsep pembelajaran berdasarkan latihan pekerjaan untuk mendapatkan

pendedahan dan pengalaman sebenar sebagai seorang pekerja dalam pembangunan

kerjaya seseorang pelajar

American Federation of Teacher (1999) pula berpendapat bahawa

pembelajaran melalui kaedah PBK merupakan satu kaedah pembelajaran melalui

pengalaman yang efektif dan berkesan bagi membangunkan kemahiran individu

dalam bidang tertentu. Melalui kajian yang dilakukan oleh persatuan tersebut

menunjukkan bahawa pendekatan PBK sebenarnya mampu mengembalikan minat

pelajar untuk belajar. Pelajar secara tidak langsung akan mempelajari perkara yang

dilihat dan dialami di lapangan kerja. Menurut American Federation of Teacher

(1999) lagi, PBK yang berjaya perlu memberi penekanan terhadap integrasi bilik

kuliah dengan tempat kerja. Dapatan The American Federation of Teacher (1999)

dan Eden (2014) menunjukkan persamaan dari sudut memperhalus pengetahuan

pelajar. Pengalaman yang dilalui dalam program PBK membuatkan pelajar lebih

jelas dengan tahap pengetahuan dan nilai kebolehkerjaan mereka.

Kajian O‟Farrill (2016) menunjukkan bahawa pengalaman dalam PBK

menyediakan pelajar kepada peluang pembangunan pengetahuan, kemahiran, sikap

kebolehkerjaan yang mendorong kepada pengetahuan pemilihan kerjaya yang lebih

jelas. Walaupun telah terbukti pembelajaran melalui PBK dapat menyediakan pelajar

kepada alam pekerjaan, namun beberapa syarat penting perlu dipatuhi untuk

mencapai matlamatnnya seperti yang dinyatakan oleh Iowa Education Department

Page 42: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

24

(2002). Iowa Education Department (2002) menyatakan bahawa terdapat beberapa

kata kunci penting yang terlibat dalam pengertian PBK iaitu petama, hubungan

integrasi antara akademik dengan pembangunan kerjaya dilapangan. Kedua,

pemilihan kerjaya yang lebih jelas membolehkan pelajar meneliti bidang-bidang

kerjaya yang boleh diceburi, mengenal pasti minat, menetap sasaran kerjaya,

membina kemahiran dan memahami keperluan bidang kerjaya pada masa akan

datang dan yang ketiga ialah sikap kebolehkerjaan yang menerapkan sikap menepati

masa, kemahiran komunikasi, kejujuran, kerja berpasukan, kualiti orientasi dan

orientasi pelanggan. Kurikulum yang dibina haruslah melibatkan rakan perniagaan,

pekerja, industri, pendidikan dan komuniti. Kunci kejayaan PBK yang dinyatakan

Iowa Education Department (2002) merupakan antara kriteria yang diperlukan oleh

pihak majikan pada seorang pekerja (Wilton, 2014).

United States 103rd Congress (1994) menyatakan bahawa PBK merupakan

satu program latihan kerja dan pengalaman kerja yang dirancang termasuk latihan

yang berkaitan dengan prapekerjaan dan kemahiran bekerja serta menguasai secara

progresif pada tahap tinggi seterusnya diselaraskan dengan pembelajaran berasaskan

sekolah, releven dengan kerjaya yang luas dan penganugerahan sijil kemahiran.

Menurut Costley (2007), sijil dalam PBK sebagai bukti bahawa pelajar telah melalui

pengalaman PBK. Kemahiran harus meliputi kecekapan di tempat kerja secara

menyeluruh, meliputi pengajaran dan dihubungkan dengan aktiviti yang

memperkembang sikap positif bekerja, kebolehkerjaan, pengajaran luas dan semua

aspek dalam industri (Andrews dan Russell, 2012).

Beberapa pertubuhan yang banyak menjalankan kajian tentang PBK

antaranya ialah Office of Technology Assessment (1995) dan Department of

Education (2003). Kedua pertubuhan ini sependapat bahawa PBK merupakan

pembelajaran hasil daripada pengalaman kerja yang dirancang untuk menyumbang

terhadap perkembangan intelek dan kerjaya pelajar. Pengalaman kerja tersebut

menurut O‟Farrill (2016) hendaklah ditambah dengan aktiviti tambahan seperti

peneguhan, menambah baik atau memanjangkan masa pembelajaran semasa kerja.

Dengan itu pelajar dapat memperkembangkan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran

kerana ia tidak akan berkembang hanya dengan pengalaman kerja semata-mata.

Biarpun dapatan daripada pertubuhan ini diketagorikan telah lama, namun jika

dibandingkan dengan dapatan daripada Eden (2014), dapatan pertubuhan ini masih

Page 43: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

269

RUJUKAN

Abdullah, A. B. (2007). Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Tentang RMK9.

Utusan Malaysia Online. Dicapai pada November 21, 2007, dari

Http://www.utusan.com.my/utusan/specialcoverage/rmk9/html.htm.

Ahmad, A. R., Anuar, I., Mohamad, A. A. (2007), community college education

through collaborative Engagement and partnerships with industries-work

based learning project. Kertas Seminar Department of Polytechnic and

Community College Education.

Ahmad, M. A. (2002). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. (edisi kedua). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Algers, A., Lindstrom, B. and Svensson, B. (2016). Work-based learning through

negotiated projects – exploring learning at the boundary. Higher Education,

Skills and Work-Based Learning, 6 (1), 1-15.

American Federation of Teachers (1999). Reaching the next step: How school to

career can help students reach high academic standards and prepare for

good jobs. Washington, D.C.

Amir, H. D. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan (edisi kedua). Tanjung

Malim : Quantum Books.

Andrews, G. and Russell, M. (2012). Employability skills development: strategy,

evaluation and impact. Higher Education, Skills and Work-based Learning, 2

(1), 33-44.

Page 44: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

270

Ary, D., Jacobs, L.C., and Razaviegh, A. (1990). Introduction to research in

Education.Orlando: Holt, Rinchart and Winston, Inc.

Aziz, A. R. A. (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributors

Sdn Bhd.

Bailey, C.A. (2007). A Guide to Qualitative Field Research ( 2nd

ed). Thousand

Oaks, CA: Pine Forge Press

Barbour, R.S. (2008). Introducing Qualitative Research: A Student’s Guides to The

Craft of Qualitative Research. London: Sage Publications

Bazeley, P. (2007). Qualitative Data Analysis With NVivo (2nd

ed). London: Sage

Publications.

Benson, J.T. (1997). Wisconsin Work-Based Learning Guide. Madison Wisconsin:

Wisconsin Department of Public Instruction.

Bergeson, T. (2008). Washington State Worksite Learning Manual. Olympia: State

Superintendent of Public Instruction.

Bieber, H., Nagy, S., Leavy, P. (2011). The Practice of Qualitative Research (2nd

).

London: Sage Publications

Billet, S. and Choy, S. (2013), Learning Through Work: Emerging Perspectives and

New Challenges. Journal of Workplace Learning, 25 (4), 264-276.

Boeije, H. (2010). Analysis in Qualitative Research. London: Sage Publications

Bogdan, R.C., dan Biklen, S.K. (1992). Qualitative Research in Education: An

Introductory to theory and method. Needhams Heights, MA: Allyn and

Bacon.

Page 45: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

271

Bogdan, R.C., dan Biklen, S.K. (1998). Qualitative Research in Education: An

Introductory to theory and method (3rd

.ed). Boston: Allyn & Bacon.

Bourner, T. (1997). Teaching methods for learning outcomes. Journal of Education

and Training 39(9): 344-348.

Berg, B.L. (2007). Qualitative Research Methods for The Social Science (6th

ed).

Boston, MA: Pearson.

Bremer, C. & Madzar, S. (1995). Encouraging employer involvement in youth

apprenticeships and other work-based learning experiences for high school

students. Journal of Vocational and Technical Education, 12(1), 15-25.

Breslaw, E.G. (1973). Behaviorism in the Classroom. Change. The Magazine of

Higher Learning 5, (3), 52-55, April 1973. Published Online 15 nov 2012.

Brodie, P. and Irving, K. (2007). Assessment in work-cased learning: investigating a

pedagogical approach to enhance student learning. Assessment and

Evaluation in Higher Education, 32 (1), 11-19.

Brook, C., Corbridge, M. (2016). Work-Based Learning in a Business School

Context Artefacts, Contracts, Learning and Challenges. Higher Education,

Skills and Work-Based Learning, 6 (3), 249-260.

Brown, B. (1998). What’s happening in school-to-work programs? ERIC

Clearinghouse on Adult, Career, and Vocational Education: ERIC

Information Series No 190.

Brown, C. (2000). A comparison of selected outcomes of secondary tech prep

participants and non-participants in Texas. Journal of Vocational Education

Research, 25(3), 273-295.

Page 46: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

272

Bruner, J. (1973). Going Beyond the Information Given. New York: Norton.

Chai, H.C (1977). Education and Nation Building in Plural Societies: The West

Malaysian Experience. Canberra: The Australian National University.

Claire, H.M., Maggi, S.B. (2010). An Introduction to Qualitative Research Synthesis:

Managing The Information Explosion in Social Science Research. New York:

Routledge.

Cohen, L., & Manion, L. (1989). Research Method in Education (3rd

.ed). London:

Routledge.

Cooper, D.R., & Schindler, P.S. (1998). Business Research Methods (6th

.ed). Boston:

Irwin Mc Graw-Hill.

Corbin, J., Strauss, A. (2008). Basics of Qualitative Research: Techniques and

Procedures for Developing Grounded Theory. 3rd

ed. Thousand Oaks, CA:

Sage Publications.

Costley, C. (2007). Work-Based Learning: Assessment and Evaluation in Higher

Education. Assessment & Evaluation in Higher Education, 32 (1), 1-9.

Creswell, J.W. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among

Five Approaches. (2nd

ed). Thousand Oaks: Sage Publications.

Cronin, J. (2008). Ordinary Differential Equations: Introduction and Qualitative

Theory (3rd

ed). Boca Raton, FL: Chapman & Hall.

Denzin, N.K, Lincoln, Y.S. (2008). Strategies of Qualitative Inquiry (3rd

ed) Los

Angeles, CA: Sage Publications.

Denzin, N.K, Lincoln, Y.S. (2008). Collecting and Interpreting Qualitative

Materials. 3rd

ed. Thousand Oaks: Sage Publications.

Page 47: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

273

Department of Educatation (2003). Alaska Work Based-Learning Guide. Early

Development Career Technical Education, 43-47.

Eden, S. (2014). Out of the comfort zone: enhancing work-based learning about

employability through student reflection on work placements. Journal of

Geography in Higher Education, 38(2), 266-276.

EPRD (Education Planning and Research Division), (1993). Education in Malaysia.

Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Eisner, E.W. and Peshkin, A., (1990). Qualitative Inquiry in Education: The

Continuing Debate. New York: Teachers College Press.

Felce, A. (2010), Towards a context-engaged approach to work-based learning.

Learning and Teaching in Higher Education, 4 (1), 20-35.

Felder, R. M. and Brent, R. (2004). The ABC’s of Engineering Education: ABET,

Bloom’s Taxonomy, cooperative learning. American Society for Engineering

Education. Sesi 1375.

Felstead, A., Fuller, A., Unwin, L.,Ashton, D., Butler, P. and Lee, T. (2005).

Surveying the Scene: Learning metaphors, survey design and the workplace

context. Jurnal of Educations and Work,18 (4), 359-383.

Ferrandez, R., Kekale, T. and Devins, D. (2016). A framework for work-based

learning: basic pillars and the interactions between them. Higher Education,

Skills and Work-Based Learning, 6 (1), 7-9.

Flick, U. (2009). An Introduction to Qualitative Research. (4th

ed). Los Angeles:

Sage Publications.

Frost, N. (2011). Qualitative Research Methods in Psychology: From Core to

Combined Approaches. Maidenhead: Open University Press.

Page 48: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

274

Gainen, J., and Locatelli, P. (1995). Assessment for the New Curriculum:a Guide for

Professional Accounting Programs. Accounting Education Series. Vol. 11.

Sarasota, FL: Accounting Education Change Commission and American

Accounting Association.

Gay, L. R., and Airasian, P. (2000). Educational Research. Competencies For

analysis and Application. (6th

.ed) New Jersey: Prentice Hall.

Gibson, W.J., & Brown, A. (2007). Working With Qualitative Data.

London: Sage Publications.

Glesne, C.(2006). Becoming Qualitative Researchers: An Introduction. (3th

.ed)

Boston: Pearson.

Gbrich, C. (2007). Qualitative Data Analysis: An Introduction. Thousand Oaks, CA:

Sage Publications.

Ghani, M. Z. and Ahmad, A. C. (2015) Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-

Kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Gomez, A. G. (2000). Engineering But How?. The Technology Teacher, 60, (2), 17 –

22.

Garnett, J. (2016). Work-based learning: A critical challenge to the subject discipline

structures and practices of higher education. Higher Education, Skills and

Work-Based Learning, 6 (3), 305-314.

Haimson, J., and Belotti, J. (2001). Schooling in the workplace: Increasing the scale

and quality of work-based learning. Mathematica Policy Research Final

Report. Washington, D.C.

Hammersley, M. (2009). Questioning Qualitative Inquiry: Critical Essay. Los

Angeles: Sage Publications

Page 49: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

275

Harb, J. N., Terry, R. E., Hurt, P. K., Williamson K. J. (1995). Teaching through the

cycle: Application of learning style theory to engineering education at

Brigham Young University. Brigham Young University Press: Provo, Utah.

Harry, T. (2010). Qualitative Research Methods in Education. Thousand Oak. Sage

Publications.

Hasan, A. (2012). Instrumen Penilaian Pembimbing dalam Pelaksanaan

Pembelajaran Berasakan Kerja Pelajar di Industri. Doctoral dissertation,

Universiti Teknologi Malaysia.

Hennink, M., Bailey, A., Hutter, I. (2010). Qualitative Research Method London:

Sage Publications

Honey, P. & Mumford, A. (1992). The Manual of learning styles. Maidenhead: Peter

Honey.

Hughes, K., Bailey, T., & Mechur, M. (2001). School-to-work: Making a difference

in education. (A Research Report to America) Institute on Education and the

Economy, ERIC Document Reproduction Service No. ED 426-295.

Human, S. V., & Morkel, J. (2017). Teacher and learners’ belief in a just world and

perspectives of discipline of Grade 4 - 8 learners in South African schools.

Journal Educational Studies, 43 (3), 343-353.

Hussein, H. A. (1998). Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Refomasi dan

Wawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Information Ministry, (1969). Rukunnegara. Kuala Lumpur: Information

Department.

Institut Tadbiran Awam Negara, (1994). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia.

Kuala Lumpur: Intan.

Page 50: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

276

Iowa Education Department (2002). Work-Based Learning Guide. Iowa Education

Department Report.

Jabatan Kolej Komuniti dan Politeknik (2008). Senarai Kolej Komuniti di Malaysia.

Dicapai pada Disember 24, dari Http://www.i.com.my/bpkk/kolej.html.

Jackson, N. and Shaw, M. (2002). Visual Representation and Conceptual Imagery in

Curiculum-Making. Dicapai pada November 12, 2008, dari www.heacademy

.ac.uk/resource.asp? Process=full_record&Section=generic&id=49.

Jackson, G.,& Wirt, J. (1996). Putting students to work. Training and Development,

50 (11), 58-61.

Jager, T. D., Coetzee, M. J., Maulana, R., Helms, L. M. & Grift, W. V. D. (2017).

Profile of South African secondary-school teachers’ teaching quality:

evaluation of teaching practices using an observation instrument. Journal

Educational Studies, 44 (1), 1-20.

Jarrett, J., & Coates, J. F.(1995). Employee development and job creation: Trends,

problems, opportunities. In M. London (Ed). Employees, Careers and Job

Creation: Developing Growth-Orientated Human Resource Strategies and

Programs, 1-25: Jossey-Bass Publishers, USA.

Jonassen, D. H & Grabowski, B. L. 1993. Handbook of individual differences

learning & instruction. Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. Hove and

London.

Johnson, D. (2001). The Opportunities, Benefits and Barriers to The Introduction of

Work –Based Larning. Innovations in Education and Teaching International:

Proquest Education Jurnals, 38 (4), 364-368.

Jomo, K.S, (1991). Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 51: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

277

Joyce, B., Weil, M. & Calhoun E. (2000). Models of Teaching.

Allyn and Bacon: Boston.

Kamus Dewan (2005). Bahasa Melayu-Bahasa Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kazis, R. (1999). Minding Their Business: What Employer Look for in School-to-

Career Programs. The High School Magazine, 15-18.

Kazis, R., & Goldberger, S. (1995). The role of Employers: The Integration of Work-

Based Learning. Education Through Occupations in American High Schools,

Vol.2. The challengers of implementing curriculum integration. New York:

Grubb Research Corporation.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1990). Pukal Latihan KBSM, Falsafah

Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dicapai

pada 18 mac 2017 dari http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/dasar-

pendidikan-kebangsaan/book/6/1?page=1.

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (2015). Ringkasan Esekutif: Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). Dicapai

pada 18 mac 2017 dari http://bendahari.uthm.edu.my/v2/PPPM/Ringkasan-

Eksekutif-PPPM-2015-2025.pdf.

Kidder , L.H. (1981). Qualitative Research and Quasi: Experimental Frameworks.

Jurnal of Scientific Inquiry and Social Sciences, 226-256.

King, N., Horrocks, C. (2009). Interviews in Qualitative Research. Los Angeles:

Sage Publications.

Kisber, L.B. (2011). Qualitative Inquiry : Thematic, narrative and Art-informed

perspectives. Thounds Oaks : Sage Publications.

Page 52: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

278

Kolb, D. A. (1984). Experiential learning as a source of development. New Jersey:

Prentice Hall.

Konting, M. M. (2005) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Knowles, J.G., Cole, A.L. (2008). Handbook of The Art in Qualitative Research:

Perspectives, Methodologies, Examples and Issues. London: Sage

Publications.

KPTM (2007). Pelan Tindakan pengajian Tinggi. Dicapai pada 22 febuari, 2008,

dari Http://.mohe.gov.my/transformasi/bab2.pdf.

Kvale, S., Brinkmann, S. (2009). Interviews: Learning the Craft of Qualitative

Research Interviewing (2nd

ed). Thousand Oaks: Sage Publications.

Kyndt, E., Donche, V., Gijbels, D. &Petegem, P. V. (2014). Workplace learning

within teacher education: the role of job characteristics and goal orientation.

Journal Educational Studies, 40 (5), 515-532.

Lebar, O. (2006). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Method.

Tanjung Malim: UPSI.

Lemanski, T., Overton, T. (2016). The development of mapping tool for work-based

learning activities. Higher Education, Skills and Work-Based Learning, 6 (3),

277-287.

Lewins, A., Silver, C. (2007). Using Software in Qualitative Research: A Step-by-

Step Guide. Los Angeles, CA: Sage Publications.

Lewis, M. (1997). Characteristics of Successful School-to-Work Initiatives: What the

Research Says. ERIC Clearinghouse on Adult, Career, and Vocational

Education, ERIC Information Series No. 270.

Page 53: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

279

Lewis, A.C. (2004). Effects of Work-Based Learning. Tech Directions, 64 (3), 6.

Lianputtong, P.(2010). Performing Qualitative Cross-Cultural Research. New York:

Cambridge University Press

Litchman, M. (2006). Qualitative Research in Education: A User’s Guide. Thousand

Oaks, CA: Sage Publications.

Litchman, M. (2011). Understanding and Evaluating Qualitative Educational

Research. Los Angeles: Sage Publications.

Lincoln, Y., & Guba, E., (1985). Naturalistic Inquiry.

New York: Sage Publications.

Mahathir, M. (2011). Bicara Negarawan Tv1. Dicapai pada 3 mac 2012 di

psp.rtm.gov.my/seal/record/bicara negarawan.

Manpower Staffing Services (2014). Kadar Pengangguran di Malaysia. Dicapai

pada feb 2016 di www.beritasemasa.com.my/graduan-universiti-menganggur.

Mainemelis, C., Boyatzis, R. and Kolb, D.A (2002). Learning Styles and Adaptive

Flexibility: Testing the Experiential Theory of Development. Management

Learning, 33 (1), 5-53.

Marshall, C., Rossman, G.B. (2011). Designing Qualitative Research. Los Angeles:

Sage Publications.

McKeachie, W.J. (1990). Learning, Thinking and Thorndike. Journal of Educational

Psychology, 12 (2), 91-116.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in

Education. San Francisco: Jossey-Bass.

Page 54: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

280

Merriam, S.B. (2001). Andragogy and Self- Directed Learning: Pillars of Adult

Learning Theory. San Francisco: Jossey-Bass Publication.

Merriam, S. B., & Kee, Y. (2014). Promoting Community Wellbeing: The Case for

Lifelong Learning for Older Adults. Adult Education Quarterly, 64(2), 128-

144.

Miles, M.B., & Huberman, A.M., (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded

Sourcebook. (2nd

.ed). Thousand Oaks: Sage Publications.

Mohd, M. R., Norehan, M. S., Khairuddin, K. (2008). Work-Based Leraning :

Curriculum Development Process, Issues and Challenges. Kertas Seminar

Department of Polytechnic and Community College Education.

Mok, S. S. (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Kuala Lumpur:

Multimedia –ES Resources.Sdn.Bhd

Mok, S. S. (2012). Perkembangan Kanak-kanak.

Multimedia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Muhyidin, Y. (2009). Majlis Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan

2010-2012. Teks ucapan. Dicapai pada Mac 2016, di laman

jpnjohor.moe.my/jpnjohor/v6/haluan_kerja_pendidikan.pdf.

Muhyidin, Y. (2011). Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Teknik dan

Vokasional. 7 Januari 2011. Teks Ucapan, dicapai pada Februari 2012, di

Laman dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?=254.

Myers, M.D. (2009). Qualitative Research in Businness and Management. London:

Sage Publications

National center for Research in Vocational Education (19997). Work-based learning.

NCRVE Publication No. MDS 1144. Berkeley, CA.

Page 55: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

281

National Study of School-to-Work Initiatives. (1995). Critical elements of school-to-

work reform. Element Seven: Work-based learning strategies. Retrieved

February 6, 2003, Dicapai pada September 15, 2007, dari

http://www.ed.gov/pubs /SER/SchoolWork/study7k.html.

Nik Mustapha, R. A. (2007). Institusi Pengajian Tinggi Penjana Pembangunan

Modal Insan Kelas Pertama. Prosiding. Selangor. UPM. Ms 25.

Nikolova, I., Van Ruysseveldt, J., De Witte, H., & Syroit, J. (2014). Work-based

learning: Development and validation of a scale measuring the learning

potential of the workplace (LPW). Journal of Vocational Behavior, 84(1), 1-

10.

Noriati A. R., Boon, P. Y., dan Ahmad, S. F. S. (2009). Siri Pendidikan Guru Murid

dan Alam Belajar. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Nun, H. (1999). Gaya Pembelajaran Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia.

Projek Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia.

O’Farrill, R.T. (2016). Professional Application Projects: Work-Based Learning in

The Curriculum. Higher Education, Skills and Work-Based Learning 7 (1),

21-34.

Office of Technology Assessment (1995). Learning to work: Making the transition

from school-to-work (OTA-HER-637). U.S Congress, Washington, DC:

Government Printing Office.

Otala, L. (1994). Industry-university Partnership: The New Frontier of Management

Development. New Jersey:Prentice Hall.

Ozturk, N. (2017). An analysis of teachers’ self-reported competencies for teaching

metacognition. Journal Educational Studies, 43 (3), 247-264.

Page 56: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

282

Padgett, D.K. (2008). Qualitative Methods in Social Work Research. Los Angeles,

CA: Sage Publications.

Patton, Q.M. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. (2nd

.ed).

Thousand Oaks, Calif: Sage Publications.

Pol, J. V. D., Brindley, S. & Higham, R. J. E. (2017). Two secondary teachers’

understanding and classroom practice of dialogic teaching: a case study.

Journal Educational Studies, 44 (2), 1-19.

Ragbir, K. J. S. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Ramage, C. (2014). Learning to Learn Through University Accredited Work-Based

Learning: A Threshold Conception. Journal of Workplace Learning, 26 (8),

488-510.

Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006). Rancangan Malaysia ke Sembilan 2006-

2010. Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.

Richards, L. (2009). Handling Qualitative Data: A Practical Guide (2nd

ed). London:

Sage Publications.

Saldana, J. (2009). The Coding Manual for Qualitative Researchers. London: Sage

Publications.

Saunders, M., Lewis, P.,& thornhill, A. (2008). Research Methods for Business

Students. Harlow England: Prentice Hall.

Schensul, S.L., Schensul, J.J. & Le Compte, M.D., (1999). Essential Ethnographic

Methods: Ethnographer’s Toolkit. New York: Altamira Press.

Page 57: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

283

Scribner, J., & Wakelyn, D. (1997). Youth apprenticeship experiences in Wisconsin:

A stakeholder-based evaluation. ERIC Document Reproduction Service No.

ED422505.

Seagraves, L., Osbourne, M., Neal, P., Dockrell, R., Hartshorn, C., & Boyd, A.

(1996). Learning in smaller companies. Final Report, Educational Policy and

Development, Stirling, UK.

Siebert, S., Mills, V., Tuff, C. (2009). Pedagogy of Work-Based Learning: The Role

of The Learning Group. Journal of Workplace Learning, 21 (6), 443-454.

Silverman, D. (1997). Qualitative Research: Theory, Method and Practice. London,

Thousand Oaks and New Delhi : Sage Publications.

Silverman, D. (2010). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook (3rd

ed).

London: Sage Publications.

Stake, R.E, (1995). The Art of Case Study Research. Thousand Oaks, Calif: Sage

Publications.

Stasz, C., & Brewer, D. (1998). Work-Based Learning : Student Perspectives on

Quality and Links to School. Educational Evaluation and Policy Analysis,

20(1), 31-46.

Swail, W.S. and Kampits, E. (2004). Work_Based Learning and Higher Education:

A Research Perspective. America: Educational Policy Institute.

Talbot, J. and Lilley, A. (2014). Approaches to supervising work-based learning

student’s workplace research. Higher Education, Skills and Work-based

Learning, 4 (1), 44-65.

Tesch, R. (1995). Qualitative Research: Analysis Type & Software Tools. London:

The Falmer Press.

Page 58: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

284

Thorndike, E. L. (1914). Measurements of Ability to Solve Arithmetical Problems.

The Pedagogical Seminary, 21(4), 495-503. Published Online: 30 August

2012.

Tomlison, S. (1997). Edward Lee Thorndike and John Dewey on the Science of

Education. Journal of Oxford Review of Education, 23 (3) 365-385.

Torrance, H. (2010). Qualitative Research Methods in Education. Thousand Oaks:

Sage Publications.

Tudor, S. and Mendez, R. (2014). Lessons From Covey: Win-Win Principles for

University-Employer Engagement. Higher Education, Skills and Work-Based

Learning, 4 (3), 213-227.

Turner, M. (1999). The learning experience. The British Journal of Administrative

Management; Orpington: May/Jun (31), 4-5

Travers, M. (2001). Qualitative Research Through Case Studies. London: Sage

Publication and New Dehli: Thousand Oaks.

UNESCO dan ILO (2002). Technical and Vocational Education and Training for the

Twenty-First Century : UNESCO and ILO Recommendations. Paris dan

Geneva : UNESCO dan ILO. Dicapai pada 13 Januari 2014, daripada

http://unesdoc.unesco.org/images/0012/001260/126050e.pdf

Universiti Teknologi Tun Hussien Onn Malaysia (2009). Panduan Penulisan Tesis

UTHM. Pusat Pengajian Siswazah UTHM.

United States 103rd

Congress (1994). The school-to-work opportunities act. P.L. 103-

239. Washington, DC: Author.

Van Maanen, J. (Ed.) (1983). Qualitative Methodology.

Beverly Hill, California: Sage Publications.

Page 59: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

285

Vermont (1998). State Board of Education Manual of Rules and Practices. Vermont

Department of Education.

Watisin, W. (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja di Kolej

Komuniti: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana: UTHM

Watisin, W. dan Hashim, M. M. H. (2011). Masalah Dalam Pelaksanaan

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) di Kolej Komuniti. TVET World

Congress: UTHM.

Watisin, W., Ismail, N. I., dan Hashim, M. M. H. (2015). The Problems of Bilateral

Relations Between Educational Institutions and Industrial Committee

Towards Work-Based Learning in Malaysia. Procedia - Social and

Behavioral Sciences, 172 (1), 352 – 358.

Wendy, L. (2010). Qualitative Educational Research: Reading in Reflexive

Methodology dan Transformative Practice. New York: Routledege.

Wilton, N. (2014). Employability is in The Eye of the Beholder. Higher Education,

Skills and Work-Based Learning, 4 (3), 242-255.

Woods, P. (2006). Successful Writing for Qualitative Researchers (2nd

ed). Oxon:

Routledge.

Wolcott, H.F. (2009). Writing Up Qualitative Research (3rd

ed). Los Angeles: Sage

Publications.

Wonacott, M. (2002). The Impact of Work-Based Learning on Students. Education

Resources Information Center. ERIC Digest No. 242.

Yami, B.H. (2005). Behaviorism and Psychologism: Why Block’s Argument against

behaviorism is Unsound. Journal of Philosophical Psychology 18 (2), 179-

186

Page 60: PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN …eprints.uthm.edu.my/9971/1/Wazli_Watisin.pdf · 2.10 Teori Pelaziman Operan Thorndike 45 2.11 Rumusan Bab 47 . xi BAB III METODOLOGI

286

Yin, R.K (1994). Case Study research (2nd

.ed). Thousand Oaks, CA: Sage

Publication.