nota teori pelaziman operan

12
NOTA TEORI PELAZIMAN OPERAN - SKINNER Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner

Upload: eyzan-rashid

Post on 11-Jun-2015

699 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota teori pelaziman operan

NOTA TEORI PELAZIMAN OPERAN - SKINNER

 

                        Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner

Page 2: Nota teori pelaziman operan

Eksperimen Skinner

Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

A) PENEGUHAN

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

Page 3: Nota teori pelaziman operan

i. Pengukuhan Positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah

(a) memuji secara ikhlas,

Page 4: Nota teori pelaziman operan

(b) memuji dengan cepat,

(c) memuji tanpa pilih kasih,

(d) memuji usaha dan cuba jaya,

(e) memuji tingkah laku yang spesifik

(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

i. Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Peneguhan Negatif

Page 5: Nota teori pelaziman operan

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.

Page 6: Nota teori pelaziman operan

B) DENDAAN

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Dendaan

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran

Page 7: Nota teori pelaziman operan

C) PRINSIP PREMACK

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”.

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

D) PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:

Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.

Page 8: Nota teori pelaziman operan

Peneguhan itu tidak lagi digunakan.

Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

Implikasi teori skinner tersebut dalam P& P ialah :

1. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

2. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

3. Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

TEKNIK-TEKNIK  PENGURUSAN TINGKAH LAKU Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut; Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer – makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder – token, kupon, mainan, bintang dll desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan   takut bercakap di depan kelas, fobia dll bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif    secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. 2.4 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku;        -        memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan

Page 9: Nota teori pelaziman operan

-           membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut-           menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)-           mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat-           memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai-           menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program-           melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation)-           tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai-           memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu;

PJ Suaian

    -  Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?     -  Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?     -  Bila tingkah laku itu berlaku?     -  Kekerapan tingkah itu berlaku.     -  Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?     -  Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa. Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak pengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya pembentukan (shaping) - pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki. prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal. fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

Page 10: Nota teori pelaziman operan

modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid kejelakan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri - “Over Correction” adalah satu teknik kejelakan.

ganjaran (reinforcers)

Pelupusan dan peningkatan tingkah laku Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.