Download - Pelaziman klasik dan operan
1. Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)dan Perlaziman Operan (Operant Conditioning)
1. Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)
Berdasarkan ‘hukum perkaitan’ (Law of Association), Ivan Pavlov (1849-1936);mencadangkan proses
asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antaraRangsangan (R) dan sesuatu Gerak Balas
(G). Beliau cuba membuktikan toeri pembelajaran secara pendekatan behaviorisme ini dengan
menjalankan kajian ke atas anjing. Dia mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan
makanan, air liur haiwan itu akan keluar.
Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’ mengaitkan bekas makanan yang dilihat
dengan makanan yang diberikan kelak melalui pengalaman lepas. Pavlov telah melanjutkan lagi
kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak balas dengan
pemberian sesuatu ransangan(R).
Perlaziman Klasik
(Classical Conditioning)
Tindakan
(Action)
(a) Sebelum Perlaziman RTT (makanan) à GTT (keluar air liur)
RT (loceng) à Tidak ada GT (air liur tidak keluar)
(b) Semasa Perlaziman RT (loceng) + RTT (makanan)à GTT (keluar air liur)
(c) Selepas erlaziman RT (loceng) à GT (keluar air liur)
KEKUNCI : RTT Ransangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT Ransangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT Gerak balas tak Terlazim (Unconditioned Respond)
GT Gerak balas Terlazim (Conditioned Respond)
Penguasaan (Acquisition), yakni organisma (anjing) tersebut telah mempelajari sesuatu gerak balas atau
respons baru yang berlaku secara berperingkat-peringkat. Dalam hal ini, lebih kerap organisma (anjing)
itu mencuba, lebih kukuh lagi penguasaannya terhadap situasi (pembelajaran) berkenaan.
Penguasaan (acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisma anjing tersebut mempelajari sesuatu gerak balas atau respon
baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisma itu mencuba, lebih kukuh lagi
penguasaan berkenaan.
Generalisasi (Generalizations)
Dalam eksperimennya Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing
itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisma yang telah terlazim dengan
dikemukakan sesuatu ransangan tak terlazim (GT = keluar air liur) walaupun ransangan itu berlainan
atau hampir sama (iaitu nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain organisma itu dapat
membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak
balas (makanan).
Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air
liur. Bila nada loceng itu jauh berbeza daripada loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan
air liur. Ini menunjukan bahawa aoganisma berkenaan dapat membezakan atau mendeskriminasi.
Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu ransangan terlazim (loceng) tidak diikuti ransangan tak terlazim (makanan), lama
kelamaan organisma itu tidak akan bergerakbalas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.
2. Perlaziman Operan (Operant Conditioning)
Perkataan ‘Operan’ yang dicipta oleh Barrhuss F. Skinner (1904-1990), membawa maksud bertindak ke
atas. Perlaziman operan (Operant Conditioning) ialah apabila organisma menghasilkan sesuatu
gerakbalas kerana organisma itu mengoperat(operating) ke atas persekitarannya (environment).
Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkah laku
itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga seseorang budak mengemaskan tempat tidur jika dia tahu
dia akan dibelanja makan aiskrim.
Perbezaan antara perlaziman operan (operant conditioning) dengan perlaziman klasik (classical
Conditioning) di mana dalam perlaziman klasik , organisma tidak mengubah keadaan
persekitaran (environment). Anjing tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur
apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala dalam perlaziman operan (operant
conditioning), anjing mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan
ransangan (makanan) yang diberikan.
Menurut Skinner, Perlaziman operan (Operant Conditioning) terdiri daripada dua konsep utama
iaitu peneguhan (reinforment) yakni peneguhan positif dan peneguhan negatif serta
denda (punishment). Peneguhan positif (positive reinforcement) boleh menambahkan kebarangkalian
ransangan tingkah laku bersifat positif . Sebagai contoh, tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan
diberikan makanan mengulang tingkah laku itu dengan harapan mendapat makanan.
Manakala peneguhan negatif (negative reinforcement) ialah ransangan yang mengakibatkan atau
mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku bersifat
negatif. Organisma berkemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan
keadaan yang negatif. Sebagai contoh, seseorang ibu akan mengangkat bayi yang menangis kerana tidak
tahan melihat dan mendengar bunyinya memekik-mekik.
Di samping itu, denda (punishment) merupakan ransangan yang menyebabkan suatu gerak balas
atau tingkahlaku yang terhasil berkurangan atau dihapuskan. Sebagai contoh seseorang itu tidak
memberi peluang kepada anaknya bermain bola semata-mata membuang masanya.
Peneguhan berterusan (continues Reinforcement) dan Peneguhan Berkala(Variable
Reinforcement) boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Peneguhan berterusan adalah ganjaran
atau peneguhan yang dihasilkan setiap kali gerak balas dihasilkan manakala peneguhan berkala adalah
ganjaran menurut nisbah atau menurut masa berdasarkan kekerapan tertentu.
Dari segi pembelajaran dalam teori tingkah laku ini, tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku
luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Dalam teori ini tumpuan akan diberikan kepada prinsip
rangsangan dan tindakbalas terhadap bahan yang dikemukakan oleh guru kepada muridnya. Menurut
Skinner (1954) lagi teori behaviorisme (tingkah laku) ini adalah satu kelakuan yang boleh diperhatikan
dan diukur.Teori ini juga berpegang kepada prinsip bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan
jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya.
Menurut pandangan Thorndike (2000) hubungan di antara rangsangan dan tindakbalas akan
diperkukuhkan sekiranya tindakbalas yang positif diberikan ganjaran yang positif. Sebagai contoh,
apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan
mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Kebanyakkan
pembelajaran yang dijalankan berdasarkan teori ini adalah tanggungjawab pendidik dan dikawal
sepenuhnya oleh sistem pengajaran yang digunakan oleh guru. Pengaplikasian teori behaviorisme
(tingkah laku) pada murid-murid dalam pengajaran bahasa Melayu adalah wajar bagi membangunkan
keupayaan mereka untuk memberikan rangsangan bagi setiap tindakbalas positif yang diberikan
oleh guru kepada murid.