pelaksanaan e-book menggantikan buku teks konvensional sekolah

Upload: suria0384

Post on 17-Jul-2015

517 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

PELAKSANAAN PROGRAM E-BOOK MENGGANTIKAN BUKU TEKS KONVENSIONAL SEKOLAHPENGENALAN: APA ITU E-BOOK? Penggunaan teknologi menjadi semakin penting kepada masyarakat dan industri pada masa kini. Sebagaimana kita ketahui, komputer adalah antara teknologi yang berkembang dengan pesat sekali. Kini di mana-mana sahaja sama ada di pejabat, sekolah, kedai mahupun rumah, kita dapat melihat komputer. Komputer adalah sebuah alat elektronik yang boleh menerima data, menyimpan dan melaksanakan arahan berbentuk matematik, logik dan memanipulasi data secara automatik dan kemudian melaporkan hasil perlaksanaan ini. Perkembangan komputer bermula sejak tahun 1944 lagi yang mana komputer digit yang pertama yang dipanggil Mark I telah dibina oleh Howard Aiken bersama dengan rakan-rakannya di Universiti Harvard. Selepas Mark I, pada tahun 1946 lahir pula komputer elektronik bernama ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator). Setelah melalui beberapa generasi, perkembangan komputer menjadi semakin maju sehingga kini ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan keupayaan. Antaranya, superkomputer, minikomputer, mikrokomputer, komputer pangku atau lebih dikenali sebagai laptop, Notebook dan komputer poket. (Zoraini Wati Abas, 1996). Kini komputer digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Menurut Mok Soon Sang (2003), penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan. Penggunaannya semakin melonjak hinggakan helain-helain buku yang dipanggil e-Book juga turut dimuatkan dalam komputer terutamanya dalam komputer pangku seperti laptop, mini komputer dan notebook. Menurut Siriginidi Subba Rao (2004) dalam kajiannya, Penggunaan e-Book amat terkenal di kalangan masyarakat. Beberapa kajian telah dijalankan tentang penggunaan e-Book dikalangan masyarakat, Antaranya, Forrester Research menganggarkan US$7.8 billion adalah hasil yang diterima daripada penggunaan e-Book. Manakala Microsoft mengumumkan sehingga 2020, iaitu 90% bahan bacaan adalah daripada bahan elektronik. Menurut Jupiter Research, pengguna e-Book di Amerika Syarikat adalah seramai 1.9 million. Antara faktor-faktor yang menyokong peningkatan penggunaan e-Book adalah di sebabkan, pertama; pembangunan dalam infrastuktur maklumat global yang cepat. Kedua; peningkatan jumlah penerbitan dalam format digital. Ketiga; ciri-ciri penerbitan digital (persekitaran multimedia dan interaktif) dan keempat; pembangunan teknologi mudah alih yang menyenangkan penggunaannya daripada buku biasa. Menurut Wikipedia the free encyclopedia, (t.t), e-Book adalah singkatan daripada electronic book iaitu e-teks yang berbentuk digital daripada buku konvensional yang tercetak. Bagi Sirridinidi Subba Rao (2004) pula, pelbagai takrifanSosiologi Persekolahan (PAET 4101) 1

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

berkenaan e-Book. Iaitu sebuah teks dalam bentuk digital, atau seperti sebuah buku ditukar menjadi bentuk digital, atau bahan bacaan digital. Ia juga didefinisikan sebagai sebuah buku dalam satu format fail komputer atau fail kata-kata elektronik, ataupun sebagai pengecam imej-imej yang unik. Dato Ahmad Said (2009) pula berkata, e-Book adalah berbentuk elektronik dari sebuah buku yang biasanya diterbitkan dalam bentuk tercetak namun kali ini berbentuk digital. Beliau menjelaskan lagi dengan menyatakan sokongan sumber dari The new Concise Oxford English Dictionary (2001) bahawa ebook adalah sebagai sebuah versi elektronik dari sebuah buku tercetak yang dapat dibaca pada sebuah personal komputer atau alat lain yang direka khusus untuk membaca e-Book. Berdasarkan definisi ini, terdapat dua unsur utama dari e-Book. Pertama, e-Book berbentuk digital. Kedua, penggunaan e-Book memerlukan suatu alat, baik hardware (peralatan fizikal) mahupun software atau perisian. Penggunaan e-Book mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri antaranya, ebuku teks yang berbentuk pendidikan boleh didapati dengan harga kos yang rendah berbanding buku yang versi bercetak. Terkini iaitu pada ogos 2009, terdapat lebih 2 juta buku percuma yang boleh didapati secara muat turun. Apa yang menarik lagi, teks yang terkandung dalam e-Book berkenaan boleh dicari secara automatik dan dirujuk menggunakan hiperrangkai. Pengeluaran e-buku tidak menggunakan kertas, dakwat, dan sebagainya. Berbeza pula dengan penggunaan buku-buku yang dicetak yang memerlukan 3 kali lebih bahan mentah dan 78 kali lebih banyak air untuk menerbitkannya. Selain itu, e-Book boleh membenarkan penonjolan sementara dan catatan. Saiz fon dan muka fon juga akan dapat diselaraskan. Kelebihannya lagi iaitu, satu e-Book boleh terbuka secara automatik pada bacaan halaman lepas dan sesebuah e-Book juga ditawarkan untuk selama-lamanya, tanpa terputus cetakannya. (Wikipedia, the free encyclopedia, t.t) Walau bagaimanapun, e-Book juga tetap mempunyai keburukan-keburukannya. Antaranya, pembacaan e-Book memerlukan satu alat elektronik dan perisian. Kebiasaannya sebuah komputer peribadi yang diperlukan untuk menambah perisian tersebut. Untuk membaca e-Book kuasa elektrik diperlukan selain bateri sekiranya ia telah kehabisan tenaga casnya. E-book juga boleh rosak sekiranya perkakasan atau perisian komputer mengalami masalah. Apa yang membimbangkan lagi, masalah kecurian e-Book lebih tinggi berbanding buku-buku yang dicetak kertas. Selain itu, rasa tidak selesa pada fizikal bagi sesetengah pengguna, terutama masalah ketegangan mata. Keburukannya yang ketara lagi adalah isi-isi yang terdapat dalam e-Book mudah dipotong atau berlaku pengubahsuaian melalui penggunaan perkakasan atau perisian dan ia disebarkan dengan meluas pada Internet sedangkan adakalanya tidak mendapat kelulusan daripada pengarang atau penerbit. Maka inilah punca mudahnya berlaku cetak rompak. (Wikipedia, the free encyclopedia, t.t).

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

2

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

E-BOOK PENYELESAIAN MASALAH BEG BERAT Setiap hari murid-murid sekolah perlu menggalas beban beg berat yang kadang kala tidak termampu pun untuk mereka menggalasnya ekoran saiz badan mereka yang kecil khasnya murid-murid sekolah rendah. Bukan setakat buku-buku teks sahaja yang dimuatkan dalam beg berkenaan, malah demi mencapai kecemerlangan akademik, ditambah pula dengan buku-buku rujukan, buku kerja dan buku latihan. Apatah lagi jika murid-murid membawa bekal makanan dan air, sudah tentu ia juga turut diisi di dalam beg sekolah mereka. Maka masalah isu beg berat ini menjadi hangat dan mendapat liputan meluas media cetak dan media elektronik sejak zaman Tan Sri Sulaiman Daud menjadi menteri pendidikan kali kedua lagi dan ia berlanjutan juga ketika Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Musa Mohamed. (Mohd Fuad Razali, 2009, Januari 15, 18). Justeru untuk menanggani masalah berkenaan, ia diperbincangkan dan dijalankan kajian khusus oleh Kementerian Pelajaran (KPM) dengan memperkenalkan jadual waktu anjal di setiap sekolah, terutama sekolah rendah. (Zainor Said, 2009, Februari 13, 2). Menurut Berita Harian 26 Januari 2000 dirujuk dalam Koeprun Devi Samu (2000). Pengumuman pelaksanaan jadual waktu anjal di sekolah di seluruh negara telah diumumkan KPM pada tahun 1996. Kajian mendapati jadual waktu anjal berjaya mengurangkan beban sebanyak satu kilogram, manakala pengajaran di sekolah menjadi lebih berkesan. Sekalipun begitu, pada pertengahan tahun 1996 didapati pelaksanaan jadual waktu anjal masih belum dapat menanggani sepenuhnya kemelut masalah ini di sebabkan murid-murid biasanya memasukkan semua buku yang ada ke dalam beg sekolah mereka dan menggalasnya ke sekolah setiap hari lantaran bimbang terlupa membawa sesebuah buku ke sekolah. Masalah ini ditambah lagi bagi sesetengah pelajar yang terpaksa mengikuti kelas tambahan sama ada yang disediakan oleh pihak sekolah atau oleh pihak swasta, sebaik sahaja sekolah tamat. Mereka biasanya tidak pulang ke rumah dan terus pergi ke tempat kelas tambahan setelah sesi sekolah berakhir. Dengan ini lebih banyak buku dimasukkan ke dalam beg. (Lee Chye Ewe, 2004, September 10, 13&14). Dalam hai ini, masyarakat sering menyalahkan buku teks sebagai faktor yang menyebabkan beg murid-murid berat. Oleh demikian, bahagian buku teks KPM mengambil inisiatif dengan menjalankan kajian terhadap 24 buah sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Hasil dapatan kajian yang diperolehi sebenarnya, bahan-bahan lain yang dibawa oleh murid hampir 11/2 kali ganda lebih berat daripada berat buku teks. Nisbah berat buku teks dengan bahanbahan lain ialah 40%: 60% di Sekolah Kebangsaan, 35%: 65% di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 40%: 60% di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Jadual 1, 2 dan 3 menerangkan secara terperinci hasil daripada dapatan kajian tersebut. (Koeprun Devi Samu, 2000).

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

3

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

Purata Purata Purata Purata Berat Buku Berat BahanBerat Beg Beg Berat Teks Bahan Lain Sahaja Tahun 1 30.8% 54.3% 14.9% 100% (1.3 kg) (2.3 kg) (0.6 kg) (4.2 kg) Tahun 2 32.1% 46.1% 21.8% 100% (1.6 kg) (2.3 kg) (1.09 kg) (4.99 kg) Tahun 3 33.7% 52.9% 13.4% 100% (1.74 kg) (2.73 kg) (0.69) (5.16 kg) Tahun 4 38.4% 50.8% 10.8% 100% (2.27 kg) (3.0 kg) (0.64 kg) (5.91 kg) Tahun 5 31.1% 54.2% 14.7% 100% (1.89 kg) (3.29 kg) (0.89 kg) (6.07 kg) Tahun 6 24.1% 64.6% 11.3% 100% (1.22 kg) (3.27 kg) (0.57 kg) (5.06 kg) Jadual 1: Purata Berat Buku Teks, Bahan-Bahan Lain Dan Beg Murid-Murid Sekolah Kebangsaan (Koeprun Devi Samu, 2000)

Tahun

Purata Purata Purata Purata Berat Buku Berat BahanBerat Beg Beg Berat Teks Bahan Lain Sahaja Tahun 1 28.6% 56.6% 14.8% 100% 1.26 kg (2.49 kg) (0.65 kg) (4.4 kg) Tahun 2 25.5% 62.0% 12.5% 100% (1.43 kg) (3.48 kg) (0.7 kg) (5.61 kg) Tahun 3 32.1% 53.5% 14.4% 100% (2.03 kg) (3.38 kg) (0.91 kg) (6.32 kg) Tahun 4 31.6% 58.4% 10.0% 100% (2.2 kg) (4.07 kg) (0.7 kg) (6.97 kg) Tahun 5 33.5% 55.9% 10.6% 100% (2.36 kg) (3.94 kg) (0.75 kg) (7.05 kg) Tahun 6 28.9% 59.6% 11.5% 100% (1.89 kg) (3.9 kg) (0.75 kg) (6.54 kg) Jadual 2: Purata Berat Buku Teks, Bahan-Bahan Lain Dan Beg Murid-Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Koeprun Devi Samu, 2000)

Tahun

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

4

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

Purata Purata Purata Purata Berat Buku Berat BahanBerat Beg Beg Berat Teks Bahan Lain Sahaja Tahun 1 32.6% 42.2% 25.2% 100% (1.19 kg) (1.54 kg) (0.92 kg) (3.65 kg) Tahun 2 32.4% 42.9% 24.7% 100% (1.43 kg) (1.89 kg) (1.09 kg) (4.41 kg) Tahun 3 31.9% 39.9% 28.2% 100% (1.44 kg) (1.8 kg) (1.27 kg) (4.51 kg) Tahun 4 38.8% 44.8% 16.4% 100% (1.75 kg) (2.02 kg) (0.74 kg) (4.51 kg) Tahun 5 39% 41.8% 19.2% 100% (2.03 kg) (2.18 kg) (1 kg) (5.21 kg) Tahun 6 34.3% 50.9% 14.8% 100% (1.74 kg) (2.58 kg) (0.75 kg) (5.07 kg) Jadual 3: Purata Berat Buku Teks, Bahan-Bahan Lain Dan Beg Murid-Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Koeprun Devi Samu, 2000)

Tahun

Sekalipun hakikatnya buku teks bukanlah punca utama beg murid berat, namun bagi mengatasi lagi masalah ini, KPM cuba memperkenalkan pula buku teks berjilid iaitu membahagikan buku teks kepada sekurang-kurangnya dua jilid agar murid-murid sekolah dapat membawa buku dengan lebih ringan. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, Dato Aziz Shamsuddin dilaporkan berkata, cara ini membolehkan murid membawa buku yang lebih ringan. Buku itu dibahagikan sekurangkurangnya dua jilid. Walau bagaimanapun, usaha ini diminta agar dikaji semula oleh sebuah persatuan ibubapa dan guru agar ia tidak membebankan terutamanya ibu bapa yang berpendapatan rendah kerana dengan penerbitan buku tersebut, maka kos harga sebuah buku teks akan meningkat. (Ein Azmi, t.t) Seterusnya bagi membendung lagi isu ini, terdapat pula cadangan supaya menyediakan almari atau rak buku di belakang bilik darjah agar murid-murid tidak perlu membawa pulang buku teks mereka setiap hari ke rumah. (Burhanuddin bin Mohd Saleh, 2000, Februari 17, 4) Walaupun begitu, menurut Lee Chye Ewe (2004, September 10, 41&42 ), ia tetap tidak mencapai hasil yang dihajati lantaran banyak sekolah tidak mampu menyediakan ruang tersebut kerana ruang bilik darjah akan menjadi sempit dan menyebabkan suasana pembelajaran menjadi kurang selesa dan kondusif. Masalah ini ditambah pula sekiranya sekolah berkenaan mempunyai dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Ini memungkinkan berlakunya kehilangan bukubuku sekalipun ia ditulis nama kepunyaan murid-murid tersebut. Selain itu, sekiranya buku-buku tertentu disimpan di sekolah, menimbulkan pula masalah kepada muridmurid untuk membuat latihan, ulangkaji dan rujukan apabila berada di rumah.

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

5

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

Setelah pelbagai cara dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini tidak dilihat keberkesanannya, maka kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah dengan memperkenalkan program e-book iaitu menukar buku teks konvensional kepada buku teks elektronik dan pembelajaran dalam talian. (Wahid Hashim, t.t, 1). Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Y.B Dato Ahmad Razif Abd Rahman dalam Utusan Malaysia (2009, Mei 26), Pelaksanaan program e-book ini berikutan keprihatinan kerajaan negeri dengan keperluan pendidikan semasa. Ini disokong lagi melalui kata Dato Ahmad Said (2008, Ogos 17), cadangan membekalkan komputer riba kepada pelajar sekolah rendah dan menengah adalah pratikal buat masa sekarang bagi mengatasi masalah beg berat pelajar sekolah. Malah ujar beliau lagi, Pelaksanaan eBook merupakan usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pencapaian pendidikan ke arah menyediakan tenaga kerja dalam era k-ekonomi agar dapat bersaing di peringkat global. (Terengganu pelopor...). Pada peringkat permulaan, Y.A.B. Dato Ahmad Said (2009), menyatakan bahawa e-book tersebut diagihkan kepada 10,438 murid tahun lima dari 127 buah sekolah melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selain murid, seramai 3,800 guru Tahun Lima juga turut dibekalkan kemudahan yang sama, bagi membolehkan mereka mengendalikan pembelajaran serta memantau latihan dalam talian secara terus dengan murid, walaupun berada di luar waktu sekolah. (Ahmad Said, 2009, Mei 27, 2). Setakat Jun 2009, penggagihan e-Book tersebut sepertimana jadual di bawah:1. Kijal 723 9. Chukai 1795 2. Seberang Takir & Bukit Tunggal 830 10. Jabi 618 3. Jerteh 222 11. Permaisuri 865 4. Langkap 136 12. Batu Rakit 236 5. Paka 1145 13. Telemong 478 6. Bukit Besi 508 14. Ajil 698 7. Bandar 785 15. Kuala Berang 415 8. Air Putih 495 Jadual 4: Jumlah agihan e-book Negeri Terengganu Darul Iman setakat Jun 2009. Terengganu Pelopor e-Book (Pamplet)

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

6

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

Gambar 1&2: Bentuk mini laptop yang diagihkan oleh kerajaan Terengganu kepada murid-murid tahun lima dan guru-guru sekolah

PERISIAN E-BOOK: KOMPUTER TERENGGANU (TC) Perisian bermaksud sesuatu aturcara yang mengandungi arahan-arahan untuk melaksanakan sesuatu tugas pada komputer berdasarkan permintaan pengguna. (G.S Rao, A.K Rao, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail, 1991). Perisian terdiri daripada dua jenis utama iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem ialah sistem pengoperasian komputer seperti MS-DOS, CP/M, Unix, OS/2 dan DR DOS. Manakala perisian aplikasi pula ialah program yang mengarah komputer untuk membuat apa yang kita perlukan. Terdapat beribu-beribu perisian aplikasi di pasaran. Perisian aplikasi ini lazimnya digunakan untuk memproses perkataan seperti Microsoft Word, Word Perfect dan Professional Write. Selain itu, ia digunakan untuk membentuk dokumen yang menarik, melukis rajah, membuat carta dan lain-lain lagi. Sebagai contoh Microsoft Excel, Microsoft Power Point, Calendar Creator Plus, Dr. Halo New Printshop, DrawPerfect dan seumpamanya. (Zoraini Wati Abas, 1996). Lazimnya, perisian-perisian asas sememangnya telah dibekalkan dan tersedia ada secara percuma di dalam sesebuah komputer, laptop, mini komputer atau seumpamanya. Oleh demikian, begitulah juga pada mini laptop atau Komputer Terengganu yang dikeluarkan oleh kilang Top IT yang beroperasi di Gong Badak, Terengganu. Walau bagaimanapun, oleh sebab pelaksanaan penggunaan mini laptop di Terengganu dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah beg berat, maka terdapat perisian khusus yang membezakannya daripada mini laptop lain yang berada dipasaran. Perisian utama dan paling penting tersebut ialah perisian buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) darjah lima dan ia dinamakan sebagai perisian e-Book. Menurut Dato Ahmad Said (2008, Ogos 17), e-Book tersebut menggunakan perisian khas atau CD-Rom interaktif dari KPM. Bagi memastikan perisian e-book tersebut tetap mempunyai ciri-ciri sepertimana yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), bahawa buku teks ialah buku yang digunakanSosiologi Persekolahan (PAET 4101) 7

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Justeru ia dipaparkan dalam format PDF Acrobat Reader agar ia dilihat sama sepertimana bentuk buku teks asal, cuma yang membezakannya dengan buku teks asal, ianya berbentuk digital. Isi kandungan Perisian e-Book tersebut ialah buku-buku teks matapelajaran darjah lima iaitu Bahasa Melayu, English, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pelajaran Jawi, Pendidikan Islam 1 dan 2, Bahasa Arab, Science; Practical book dan Science; Text book.

Gambar 3: Menu utama Perisian E-Book iaitu perisian buku teks KBSR darjah lima

Kesemua perisian ini sememangnya sama sepertimana buku teks asal yang telah dibekalkan oleh KPM sejak saban tahun sama ada bentuk tulisanya, warna, gambar-gambar dan seumpamanya. Dengan perisian ini, murid-murid hanya perlu mengklik pada menu matapelajaran e-Book tersebut, maka paparan helaian buku teks akan terpapar di skrin mini laptop mereka. Dengan program ini, murid-murid tidak perlu lagi membawa dalam bentuk buku biasa sehingga membebankan mereka untuk mengendong atau menggalas beg berat setiap hari ke sekolah. Selain perisian e-Book, kerajaan Terengganu turut menitik beratkan ilmu agama dengan memuatkan juga perisian e-Quran. Apa yang menarik di dalam perisian eQuran, ia mengandungi ayat suci al-Quran 30 juzuk, panduan solat dan berpuasa, doa-doa harian dan panduan berwuduk serta bertayamum. Kesemua perisian ini

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

8

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

dipaparkan dalam bentuk grafik, animasi beserta bunyi lantas meransang minat murid untuk lebih mendalami asas-asas fardu ain.

Gambar 4: Skrin utama perisian e-Quran

Gambar 5: Perisian belajar solat & Puasa

Gambar 6: Perisian doa-doa harian

Gambar 7: Perisian amali wuduk

Gambar 8: Perisian amali tayamum

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

9

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

KEBAIKAN DAN FAEDAH KOMPUTER TERENGGANU (TC) Isu beg berat yang selama ini disebut-disebut dan diperbincangkan, telah menampakkan penyelesaiannya bagi Negeri Terengganu dengan pelaksanaan program e-Book tersebut. Satu kertas penyelidikan telah dibentangkan oleh Wan Mohd Ramli Abdullah, Azmi Zakaria, Shahrol Padiman dan Satinah Syed Salleh (1994), berkenaan kajian beban beg berat murid sekolah rendah dan hasilnya menyatakan bahawa purata berat beg buku murid bertambah dari 3.5 kg bagi murid tahun satu kepada 7.2 kg bagi murid tahun enam di sebabkan kepadatan matapelajaran dan pertambahan bilangan buku serta barang-barang lain seperti bekas makanan dan minuman, payung dan pakaian. Namun, bagi murid-murid Terengganu kini, mereka hanya perlu membawa eBook yang hanya seberat 1.3 kg. (Terengganu pelopor....). Jika mereka membawa barang-barang lain sekalipun, berat beg mereka tidaklah sebeban sebelum pelaksanaan program tersebut. Keberkesanan program ini telah menampakkan hasilnya setelah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu. Menurut Roslan Abdul Rahman (2009, Jun 29, 5), pelaksanaan e-Book memberi faedah kerana ia menjimatkan ruang dan juga perbelanjaan kerana selain perisian buku teks, segala bahan ilmu lain juga boleh dimasukkan dalam e-Book. Dato Ahmad Said (2009, 17) juga mengulas hal ini bahawa satu iklan ditemui dalam internet mengiklankan perisian e-Book dengan kandungan 60,000 judul dan dalam 104 bahasa. Justeru, bayangkanlah jika ia dicetak dalam bentuk buku bercetak, sudah tentu menghasilkan 6,240,000 buah buku yang sudah tentu tidak tahu di mana untuk kita meletakkan buku-buku tersebut. Selain itu, pelaksanaan program ini juga adalah sebagai persiapan awal bagi membina generasi yang selaras dengan tuntutan perkembangan moden dan perubahan dunia yang semakin mencabar hari ini dan akan datang. (Roslan Abdul Rahman, 2009, Jun 29, 5). Dengan terlaksananya program Komputer Terengganu atau e-Book ini, Dato Ahmad Said berkata ternyata ia memberi faedah besar kepada murid sekolah rendah, terutama dalam usaha mewujudkan generasi celik komputer. (Kamarudin Mat Akib, 2009, September 01). Menurut Dato Ahmad Said (2008, Ogos 17, 2) lagi, melalui cara itu, pembelajaran akan lebih menarik dan mampu mencapai objektif melahirkan pelajar cemerlang". Guru dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II, Noma Baba berkata pelaksanaan pembelajaran menggunakan e-Book adalah satu pendekatan positif selain mampu melahirkan murid berfikiran global suatu ketika nanti. Katanya lagi, kaedah itu nyata menggembirakan murid kerana e-Book perkara baru selain satu bonus kepada mereka untuk meneroka lebih mendalam di bidang teknologi maklumat. ( Suriati Ali, 2009, Januari 13, 7&8). Di samping itu, dengan adanya e-Book untuk murid-murid sekolah, maka hasrat kerajaan untuk merealisasikan satu rumah satu komputer menjadi kenyataan. Malah program yang dilaksanakan ini bertepatan dan bersesuaian dengan kata-kata Saidina Umar supaya kita mengajar anak-anak kita sesuai dengan zaman mereka. (Mohd Fuad Razali, 2009, Januari 15).

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

10

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

KEBURUKAN ATAU MASALAH KOMPUTER TERENGGANU (TC) Lazimnya sesebuah peralatan elektronik pastinya bernilai tinggi. Justeru pelaksanaan program e-Book ini menelan belanja yang agak tinggi dan mahal. Menurut Mohd Fuad Razali (2009, Januari 15), Setiap komputer riba yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 sebuah. Bagi kerajaan Terengganu, ia mungkin tidak menghadapi masalah untuk menyediakan peruntukkan itu lantaran negerinya kaya dengan hasil royalti minyak. Namun, bagaimana pula jika Kementerian Pelajaran ingin meniru dan meneruskan juga program ini. Maka sudah tentu kerajaan perlu memperuntukkan kirakira 8.5 bilion untuk tujuan itu sahaja. Sebagai alat elektronik, sememangnya ia adalah barang yang sensitif dan mudah rosak. Murid-murid sekolah rendah kebiasaannya masih tidak bijak mengurus dan menjaga barang-barang mereka. Jika mini komputer tersebut jatuh, kemungkinan besar berlaku kerosakkan. Maka ini akan menelan pula belanja bagi kos penyenggaraan e-Book yang rosak. Persoalannya di sini, siapakah yang akan menanggung kos tersebut? Adakah murid dan ibu bapa itu sendiri, pihak sekolah, kerajaan Terengganu ataupun Kementerian Pelajaran? Jika murid dan ibu bapa itu sendiri, pastinya ada yang kurang kemampuan. Namun, jika kerajaan pula, maka kos bagi e-Book ini sahaja makin meningkat dengan menelan belanja yang sangat tinggi. Justeru adakah ia berbaloi sedangkan masih banyak kebajikan-kebajikan lain bagi rakyat yang perlu diambil berat. Apa yang membimbangkan lagi, bagaimana pula sekiranya ia hilang atau dicuri. Kemungkinan ibu bapa perlu menggantikannya kerana peraturan sekarang pun, jika buku teks rosak atau hilang, ibu bapa mesti bertanggung jawab untuk membayar ganti ruginya. (Mohd Fuad Razali, 2009, Januari 15). Waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah lazimnya memakan masa sekurang-kurang 5 jam sehari iaitu bermula jam 7.45 pagi hinggalah 1.30 petang. Kebiasaan bateri yang dicas pada sesebuah mini laptop hanya mampu bertahan selama dua jam. Jika murid sering membukanya sudah tentu ia tidak mampu bertahan hingga waktu akhir P&P. Justeru sudah pasti ia memerlukan pula arus aliran elektrik. Bayangkan, sekiranya sesebuah kelas terdapat 30 orang murid, bagaimana mungkin untuk menyambungkan kabel-kabel mini laptop milik murid-murid berkenaan, di samping meningkatkan pula bil bulanan elektrik sekolah. Selain itu, masalah virus menyerang sistem atau data-data juga, pasti tidak dapat dielakkan sekiranya thumb drive yang terkandung virus dimasukkan ke dalam eBook tersebut atau ketika P&P dijalankan secara talian. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), Virus yang telah masuk ke dalam sesebuah sistem akan mengganggu penggunaan komputer dengan melenyapkan data atau merosakkan program tertentu. Sejak dari tahun 1986 lagi, lebih daripada 1200 virus telah dikesani di seluruh dunia dan sebanyak 50 virus lahir setiap bulan. Antara contoh-contoh virus iaitu Brain, Den Zuk, Michaelangelo, Ping Pong, Lehigh, Cascade, Keypress, Japanese Christmas dan lainlain lagi. Dengan sebab serangan virus tersebut, pelbagai masalah mula timbul seperti fail hilang, fail membesar, dilihat lain daripada biasa, paparan yang aneh pada monitor, pelaksanaan perisian yang lebih lama daripada biasa dan kehilangan ruang dalamSosiologi Persekolahan (PAET 4101) 11

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

cakera liut. Sekalipun e-Book tersebut menggunakan pembunuh virus iaitu sebuah program komputer yang boleh mengesan beberapa jenis virus dan seterusnya membunuh virus tersebut, contohnya Dr. Solomons Anti-Virus Toolkit, V-Buster, Norton Antivirus, Central Point Antivirus, Serum, McAfee Scan dan Untouchable, namun pembunuh virus ini tidak juga mampu menghapus semua jenis virus yang ada. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, adanya virus yang melindungi dirinya sehingga tidak dapat dikesan oleh pembunuh virus. Oleh itu, setakat ini masalah virus masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Tidak sampai lagi tiga bulan e-Book tersebut diagihkan kepada para murid, telah ada laporan yang mendapati lima murid telah menggunakan e-book untuk memuat turun lagu-lagu Micahel Jackson dan beberapa kegiatan yang tidak sepatutnya. Apabila e-book tersebut telah diperiksa oleh guru mereka, didapati lima pelajar tersebut telah menyimpan lagu Man In The Mirror, Beat It and Billie Jean dalam e-book mereka. Dua daripada pelajar tersebut juga memuat turun klip video Raja Pop tersebut. (SM Noor, 2009, Julai 05). Selepas itu, dilaporkan pula sekumpulan murid tahun Lima sebuah sekolah Kebangsaan di Gong Badak, Terengganu membuktikan mereka telah 'celik IT' apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah. (Haradian Shah Hamdan, t.t). Bagi Fadzil (2009, Ogos 27), betapa murid-murid sekarang lebih cerdik, sepatutnya kemudahan yang diberikan, digunakan untuk membangunkan potensi serta memudahkan kerja tetapi sebaliknya pula telah berlaku. Ini bermakna teknologi canggih yang dianggap sebagai pembaharuan pembelajaran sudah menjadi senjata makan tuan. Di sebabkan timbulnya masalah salah guna e-Book ini walaupun ia hanya melibatkan segelintir murid, maka menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Dato Ahmad Razif Abd Rahman, kerajaan perlu pula membelanjakan lagi kos tambahan yang tinggi bagi membina perisian khas yang bertujuan membolehkan para guru mengawal, memantau dan mengunci penggunaan e-Book di kalangan murid. (Perisian Khas..., 2009, Julai 26). Menurut Dato Ahmad Razif lagi di dalam blog beliau (2009, Julai 27), "Perisian itu juga akan memudahkan guru-guru mengesan aktiviti pelajar yang menyimpan dan menonton bahan-bahan dilarang". Kos melaksanakan projek memasang perisian khusus tersebut pada 25,000 buah e-Book akan dilakukan oleh pengeluar mikrocip terkemuka dunia, Intel Corporation (Intel) dengan kos RM30 juta dan ia dikenali sebagai Tripple X System. (Bernama, 2009, Ogos 25). Di samping itu, Menurut Dato Ahmad Razif (2009, Julai 27), perilaku murid-murid dalam kelas juga akan dipantau menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Walau bagaimanapun, bagi murid-murid yang didapati menyalah guna e-Book tersebut dengan menyimpan benda-benda yang tidak elok seperti video atau gambar porno, mereka tidak akan dibenar membawa pulang e-Book ke rumah sebaliknya disimpan oleh guru dan hanya dikeluarkan untuk digunakan pelajar berkenaan ketika sesi pembelajaran dalam kelas. Kata Dato Razif "Sekarang ini ramai murid yang terlalu 'advanced' dengan komputer, kita bimbang mereka akan muat turun banyak bendaSosiologi Persekolahan (PAET 4101) 12

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

yang tidak bermanfaat. Jadi kepada mereka yang menyalahgunakan e-book, kita tidak akan bertolak ansur. Tindakan itu terpaksa diambil bagi mengelakkan murid menggunakan e-book yang diberi untuk tujuan tidak bermanfaat dan memberi pengaruh negatif kepada mereka. (Ahmad Razif Abdul Rahman, 2009, Julai 29). Tindakan sebegini sememangnya amat wajar dilaksanakan, namun telah kita ketahui perisian buku teks terkandung dalam e-Book tersebut. Bagaimana mungkin murid berkenaan boleh membuat latihan, ulangkaji dan rujukan apabila berada di rumah jika e-Book tersebut telah disimpan oleh gurunya. Hal ini umpama ditelan mati bapak, diluah mati mak.

PENUTUP Sebagai negeri yang telah diisytiharkan Negeri Anjung Ilmu dalam usahanya memberi ruang dan tempat yang terbaik untuk kecemerlangan ilmu pengetahuan, maka dengan adanya program e-Book ini sememangnya dilihat akan lebih mengubah landskap pendidikan di Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penggunaan teknologi maklumat (IT) di kalangan murid sekolah. (Utusan Malaysia.com, 2009, Mei 26). Sekalipun pada peringkat awal e-Book ini diperkenalkan, KPM masih mengkaji dan mempertimbangkannya, namun menurut Dato Ahmad Razif dalam Bernama.com. (2009, Ogos 25), kini beberapa pegawai daripada KPM telah ke Terengganu untuk melihat pelaksanaan sistem e-Book dan mereka turut menyatakan minat supaya sistem itu diperluas. Malah menurut Dato Ahmad Razif lagi, mereka merasakan program ini amat berjaya dan telah menampakkan kematangan serta peningkatan murid dari segi pemahaman penggunaan komputer Bernama.com, (2009, Ogos 25), melaporkan, kini program e-Book, telah di sambut baik oleh beberapa buah negeri dan negara. Kerajaan Terengganu telah membekalkan beberapa unit e-Book ke Brunei ekoran mereka juga turut ingin mempertimbangkannya sebagai pengganti kepada buku teks yang digunakan sekarang kerana sukatan pelajarannya lebih kurang sama dengan Malaysia. Begitu juga Indonesia, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak turut menunjukkan minat terhadap eBook yang dipelopori oleh Terengganu dan telah menyatakan hasrat untuk membeli komputer riba itu daripada kerajaan negeri. (Utusan Malaysia, 2009, September 14). Menurut Ahmad Said, Terengganu mempunyai hak eksklusif untuk memasarkan eBook ke negara-negara di rantau Asia Tenggara. (Bernama.com, 2009, Ogos 25). Namun apa yang diharapkan program e-Book ini bukan sekadar projek perintis yang pantas. Contohnya, KBSR yang dicuba setahun, kemudian tahun berikutnya, terus dilaksanakan di seluruh negara. Begitu juga apabila subjek Sains diperkenalkan semula di sekolah rendah menggantikan Alam dan Manusia, selepas setahun dibuat projek rintis di beberapa sekolah, tahun berikutnya terus dilaksanakan di seluruh negara. Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) lagi hebat, tanpa sebarang projek perintis, terus dilaksanakan di seluruh negara dan kini PPSMI ini terpaksa pula dihapuskan dan kembali semula dalam bahasa Melayu. (Mohd Fuad Razali, 2009, Januari 15).Sosiologi Persekolahan (PAET 4101) 13

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

BIBLIOGRAFI 1. Ahmad Razif Abd Rahman. (2009, Julai 27). Rm30 juta tapis e-book. Diperolehi September 11, 2009 dari http://ybrazif.blogspot.com/2009/07/rm30j-tapis-ebook.html 2. Ahmad Razif Abdul Rahman. (2009, Julai 29). Guru simpan e-book. Diperolehi September 11, 2009 dari http://ybrazif.blogspot.com/2009/07/guru-simpan-ebook.html 3. Ahmad Said. (2008, Ogos 17). Komputer riba interaktif untuk pelajar. Diperolehi Oktober 01, 2009, dari http://terengganulening.blogspot.com/2008/08/komputer-riba-interaktif-untukpelajar.html 4. Ahmad Said. (2009). E-book di terengganu. Diperolehi Ogos 4, 2009, dari http://pmb.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/index_article.display.php?cid= 49&idcat=128&page=&aid=471 5. Ahmad Said. (2009, Mei 27). Sekolah Terengganu guna e-Book. Diperolehi September11, 2009, dari http://terengganulening.blogspot.com/2009/05/sekolah-terengganu-guna-ebook.html 6. Bernama.com. (2009, Julai 26). Perisian khas sekat akses e-book. Diperolehi September 11, 2009, dari http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=428130 7. Bernama.com. (2009, Ogos 25). E-book dilengkapi sistem porno. Diperolehi Oktober 01, 2009 dari http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=435573 8. Burhanuddin bin Mohd Saleh. (2000). Masalah kanak-kanak dan sekolah islam. Diperolehi September 11, 2009 dari http://www.mailarchive.com/[email protected]/msg07519.htm. 9. Ein Azmi. (t.t). Teks berjilid: Ringankah beg murid?. Diperolehi September 11, 2009 dari http://detik.daily.tripod.com/Jun/b22junf.htm 10. Fadzli. (2009, Ogos 27). E-book ke e-porno. Diperolehi Oktober 01, 2009 dari http://cikgumalaysia.com/index.php/v1/beritapenuh/3637/ 11. G.S Rao, A.K Rao, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail. (1991). Pembelajaran berbantukan komputer. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

14

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

12. Haradian Shah Hamdan. (t.t). Bahan lucah dalam e-book. Diperolehi Oktober 11, 2009 dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0725&pub=Kosmo&se c=Negara&pg=ne_02.htm 13. Kamarudin Mat Akib. (2009, September 01). Kerajaan tambah e-book. Teganukita, hlm. 414. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Buku teks. Diperolehi Oktober 01, 2009,

dari http://www.moe.gov.my/bbt/konsepbt.php 15. Koeprun Devi Samu (2000). Kajian berat Buku teks murid sekolah rendah. Dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Ed.), Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000, 8-11 November 2000 (hlm. 53-63). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.16. Lee Chye Ewe. (2004). Beg sekolah. Diperolehi September 16, 2009 dari

http://cikgulee.blogdrive.com/archive/66.html 17. Mohd Fuad Razali. (2009, Januari 15). Bila komputer riba ganti buku teks. Diperolehi September 11, 2009, dari http://www.malaysiakini.com/letters/96461 18. Mok Soon Sang (2003). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan skim perkhidmatan guru bahagian 2: Kompetensi khusus/ fungsi (Pengurusan P&P). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.19. Roslan Abdul Rahman. (2009, Jun 29). Soal jawab mengenai e-book terengganu.

Diperolehi Oktober 01, 2009, dari http://teganuku.blogspot.com/2009/06/soaljawab-mengenai-e-book-terengganu.html20. Siriginidi Subba Rao (2004). Electronic book technologies: an overview of the

present situation. Library Review, vol 53, pp. 363-371. Retrieved October 01, 2009, from http://www.emeraldinsight.com/Insight/ViewContentServlet?Filename=Publishe d/EmeraldFullTextArticle/Articles/0350530704.html21. SM Noor. (2009, Julai 05). Masalah mula timbul, lima pelajar salah guna e-book

muat turun lagu michael jackson. Diperolehi September 11, 2009, dari http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=679:m asalah-mula-timbul-lima-pelajar-salah-guna-e-book-muat-turun-lagu-michaeljackson&catid=35:dalam-negeri&Itemid=8522. Suriati Ali. ( 2009, Januari 13). Gembira dapat e-book. Diperolehi Oktober 01, 2009,

dari http://wartahadhari.blogspot.com/2009/01/gembira-dapat-e-book.html

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

15

Pelaksanaan Program E-Book Menggantikan Buku Teks Konvensional Sekolah

23. Wahid Hashim. (t.t) Terengganu bakal keluarkan komputer. Diperolehi Ogos 04, 2009 dari http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0625&pub= DuniaPendidikan&sec=Berita&pg=be_04.htm 24. Wan Mohd Ramli Abdullah, Azmi Zakaria, Shahrol Padiman dan Satinah Syed Salleh (1994). Kajian beban beg buku murid sekolah rendah. Dalam Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Ed.), Prosiding Seminar kebangsaan penyelidikan 1994, 11-14 Disember 1994 (hlm. 55-57). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 25. Zainor Said. (2009). Respons: Antara isu beg berat, pelajar enggan bawa buku. Diperolehi September 11, 2009 dari http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/02/respons-antara-beg-beratpelajar.html 26. Zoraini Wati Abas. (1996). Komputer dalam pendidikan. (Edisi ke-3). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd 27. 500 EIO jayakan e-Book (2009, Mei 26). Diperolehi 2009, Oktober 11 dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0527&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm 27. Wikipedia, the free encyclopedia. (t.t) E-book. Diperolehi 2009, Oktober 01 dari http://en.wikipedia.org/wiki/E-book 28. Terengganu Pelopor e-Book. (t.t). Pamplet. Terengganu Darul Iman.

Sosiologi Persekolahan (PAET 4101)

16