sistem ekonomi konvensional

40
PENGENALAN Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asa Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran yang mudah. Mulai abad Kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hokum riba, sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing. Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taimiyah ( 1262-1328 Masihi ) dan Ibn Khaldun ( 1332-1406 Masihi ). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi. Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh, system harga, hokum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara dan lain-lain lagi. 1

Upload: farrita95

Post on 25-Jan-2016

115 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ekonomi konvensional dan sistem ar rahnu.

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Ekonomi Konvensional

PENGENALAN

Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah

berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda

telah meletakkan asa Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan

negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan.

Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli

sahaja di pasaran yang mudah. Mulai abad Kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai

kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hokum riba, sistem harga,

monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini

membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing.

Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taimiyah ( 1262-

1328 Masihi ) dan Ibn Khaldun ( 1332-1406 Masihi ). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik

adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga,

monopoli, penyorokan dan spekulasi. Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang

terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai,

buruh, system harga, hokum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang,

modal, kewangan negara dan lain-lain lagi.

Beliau yang berasal dari Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh

ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting mendahului Adam Smith dengan jarak waktu

400 tahun. Walaubagaimana pun, momentum pengembangan ilmu Ekonomi Islam ini mengalami

kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan empayar Islam yang berlaku di sekitar kurun ke-

13 Masihi.

Inilah zaman kegelapan Islam di mana masalah politik dan sosial di kalangan umat

Islam telah menjadi kucar-kacir sehingga membantutkan institusi keilmuan. Para ilmuan tidak

mampu lagi mengkaji dan berijtihad. Mereka hanya mampu bertaklid dan dengan rela hati

menutup pintu ijtihad. Ilmu Ekonomi Islam yang diasaskan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun

serta yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab

kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.

1

Page 2: Sistem Ekonomi Konvensional

Selepas dari tempoh ini, penumpuan ilmu beralih ke Barat. Lahirlah tokoh ilmu ekonomi

Barat seperti Adam Smith ( 1723-1790 ), David Ricardo (1772-1823), J.S. Mills (1806-1873),

Irving Fisher (1867-1947), John Maynard Keynes (1883-1949), dan lain-lain.Cendikiawan dari

negara Islam pula menghala ke Barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan

amalannya di negara masing-masing.

Zaman kejatuhan kegemilangan Islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa

Barat ke atas negara-negara Islam. Maka dengan strategi serampang dua mata ini, iaitu melalui

penjajahan politik dan penjajahan ilmu, boleh dikatakan semua negara Islam kini mengamalkan

sistem pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang dikatakan sekular itu.

Natijahnya, daripada sejarah pengembangan ilmu yang terbantut itu, persoalan yang

mendepani kita ialah apakah dan di manakah Ekonomi Islam?Adakah system ekonomi Barat

sesuai diamalkan oleh umat,negara dan masyarakat Islam dengan pengubahsuaian yang

sewajarnya( proses Islamisasi) atau adakah Ekonomi Islam itu merupakan satu bidang ilmu yang

sama sekali berlainan dari ekonomi Barat sehinggakan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada

acuan ekonomi Konvensional? Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh

beku dalam ilmu ekonomi Islam selepas zaman Ibn Khaldun. Pendekatan pertama lebih mudah

dan lebih praktikal memandangkan kepada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi

Konvensional.

Tuntasnya, para ilmuan Islam boleh menggunakan ekonomi Konvesional sebagai titik

tolak serta membuat penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan dalam Islam,

mengubahsuai perkara yang tidak sesuai juga menolak yang jelas tidak dibenarkan Islam.

2

Page 3: Sistem Ekonomi Konvensional

EKONOMI ISLAM

Maksud

Ekonomi Islam didefinisikan sebagai suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji

tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk

kepentingan diri dan juga masyarakat bagi mendapatkan keredhaan Allah.Asas kepada Ekonomi

Islam adalah berpaksikan kepada keadilan, kebebasan hak milik, dan persamaan, di simpul

dengan ikatan akidah, kesucian jiwa, pengorbanan, persaudaraan dan ihsan. Ekonomi Islam

berlandaskan beberapa sumber utamanya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai ciri

utamanya. Hal ini memberi makna dan panduan kepada manusia semasa menjalankan kegiatan-

kegiatan ekonomi.

Pengertian Sistem

Intipati daripada gambaran di atas dapat difahamkan bahawa sistem Ekonomi Islam

adalah “syumul”, tidak terpisah daripada masyarakat,negara dan sunnatullah. Ia merupakan suatu

sistem yang membentuk corak pentadbiran dan pengurusan sektor-sektor yang melibatkan

pelbagai institusi yang mengandungi nilai-nilai hokum, peraturan dan kepercayaan, yang mengait

secara langsung atau tidak dalam hal yang berhubung dengan penggunaan, pengeluaran, agihan

atau pertukaran. Ini bermakna sistem Ekonomi Islam adalah “multi-dimensional” dan sepadu

sifatnya, di samping wujudnya koordinasi yang mantap daripada semua pihak yang terlibat sama

ada di peringkat mikro atau makro untuk menjayakan fungsi sesebuah sistem ekonomi selari

dengan nilai-nilai hukum dan peraturan Islam. Negara yang menggunakan sistem ini adalah

Negara Mesir dan Arab Saudi.

Struktur Kegiatan

Alam dari segi struktur ia mengandungi tiga sektor asas iaitu:

1. Sosial,masalahah atau kebajikan.

2. Ekonomi,tijarah atau perniagaan/perdagangan.

3. Politik,siasah atau kenegaraan.

3

Page 4: Sistem Ekonomi Konvensional

Ketiga-tiganya tidak terlepas daripada perlakuan dan kegiatan manusia dalam kehidupan

hariannya. Sebarang masalah yang timbul, penyelesaiannya harus dilakukan di peringkat

atas,iaitu masyarakat dan kerjasama swasta (sektor pertama dan kedua).

Manakala sektor ketiga (awam) sebagai penyelaras dan berfungsi mengawasi sebarang

kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan ramai, di samping bertindak sebagai badan

amanah dan penyelesai masalah peringkat terakhir apabila sektor pertama dan kedua gagal

berfungsi.

Pembangunan setempat adalah contoh terdekat dalam hal ini. Umpamanya, pembinaan

prasarana masyarakat, masjid dan jambatan tidak perlu menagih semuanya daripada

pemerintah.Dengan system waqaf dan sadaqah, pemerintah tidak perlu berbelanja besar kerana

sebahagian daripada biayanya dilakukan oleh orang ramai dan pihak swasta atas asas amal jariah.

Dengan ini, kerajaan dari satu segi boleh menjimatkan kos pembangunan.

Bagaimanapun, pembahagian beberapa bidang kegiatan manusia seperti di atas

bukanlha dalam bentuk rigid tidak boleh berubah, sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan

memudahkan kefahaman.

Pada hakikatnya,dalam amalan biasa terdapat hubungan yang rapat di antara ketiga-

tiga bidang tersebut. Umpamanya, di antara aktiviti atau kegiatan siasah, politik atau kenegaraan

ada yang menyentuh secara langsung bidang ekonomi, perniagaan atau perdagangan dan juga

bidang sosial.

Dalam hal sedemikian, sistem Ekonomi Islam secara keseluruhannya dapatlah digambarkan

sebagai suatu sistem yang merangkumi semua jenis aktiviti atau kegiatan ekonomi yang

dijalankan dalam ketiga-tiga sektor di atas seperti berikut:

4

Page 5: Sistem Ekonomi Konvensional

Gambaran di atas jika dibandingkan dengan pensektoran aktiviti atau kegiatan ekonomi

negara pada masa ini dapatlah disimpulkan seperti berikut:

Sektor Pertama menyerupai sector awam.Sektor kedua pula menyerupai sektor

swasta.Manakala sektor sosial, maslahah atau kebajikan adalah satu sektor yang terdapat dalam

sistem Ekonomi Islam.

Wujudnya sektor sosial, maslahah atau kebajikan adalah satu ciri khusus(unique feature)

sistem ekonomi Islam. Ini adalah menunjukkan bahawa Islam memberi perhatian berat kepada

golongan yang lemah dengan memberikan pertolongan melalui hukum dan peraturan yang

tersendiri yang dicipta oleh Allah S.W.T.

Setiap sektor yang disebutkan di atas mempunyai fungsi,hukum dan institusinya yang

tersendiri. Hal ini bolehlah dihuraikan dengan ringkas seperti berikut.

5

SISTEM EKONOMI

ISLAM (Nizam al-Iqtisad al-

Islami)

Siasah/Politik Kenegaraan

(Awam)

Ekonomi /Perniagaan

/Perdagangan (Swasta)

Sosial/Maslahah/

Kebajikan(Sukarela)

Page 6: Sistem Ekonomi Konvensional

Sektor Awam Kerajaan

Sektor kerajaan yang berkait dengan siasah, politik atau kenegaraan adalah

menggabungkan aktiviti atau kegiatan ekonomi yang dilaksanakannya sama ada secara langsung

atau tidak oleh pemerintah. Beberapa fungsi sektor ini termasuklah,di antaranya.

a) Merancang dan melaksanakan dasar atau polisi ekonomi negara, umpamanya

polisifiskal, kewangan dan polisi pembangunan.

b) Mentadbir dan mengurus segala bentuk harta milik negara, misalnya harta tanah dan

galian (al-ardhi wa al-ma’adin).

c) Mengawas segala kegiatan di semua sektor, baik sektor awam mahupunswasta melalui

agensi (al-hisbah).

Hukum-hakam yang bersangkutan dalam sektor ini, di antaranya ialah

Hukum-hakam mengenai semua jenis cukai,termasuk cukai izyah,kharaj,ushur dan sulh

al-jizyah.

Hukum-hakam harta fai’ dan ghanimah (ahkam al-fai’ wa al-ghanimah)

Hukum-hakam peninggalan pusaka (ahkam al-tarikah) atau harta perwarisan.

Hukum-hakam harta wqaf dan wasiat (ahkam al-waqaf wa al-wasaya)

Hukum-hakam mengenai mata wang (ahkam al-nuqud)

Hukum-hakam mengenai tanah dan galian (ahkam al-aradhi wa al-ma’adin)

Institusi-institusi jabatan atau kementerian yang berkaitan dalam sektor ini di antaranya

termasuklah :

Institusi Perbendaharaan Negara (Bayt al-Mal).

Institusi Bank Pusat (Dar al-Amwal).

Diwan atau Jabatan Perancangan Pembangunan.

Jabatan Hasil Dalam Negeri (Diwan al-Jibayah).

Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.

Kementerian Galian dan Sumber Alam.

Kementerian Waqaf.

6

Page 7: Sistem Ekonomi Konvensional

Sektor Swasta

Sektor swasta dalam sistem Ekonomi Islam merupakan sektor ekonomi/perdagangan yang

tidak kurang pentingnya daripada sektor pertama.Rakyat dalam sektor ini secara persendirian

atau kolektif, (shakhsiyah fardiyah awi’ tibariyah) berusaha mencari rezeki (fadhlan min Allah)

dengan menggunakan tenaga, kebolehan dan harta milik mereka.

Bentuk kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sektor ini amat luas, ia meliputi

bidang-bidang seperti pertanian, perlombongan, perusahaan, pembinaan, perdagangan,

kewangan, pengangkutan, perkhidmatan dan lain-lain.

Setiap orang yang menjalankan kegiatan dalam sektor ini adalah bertujuan untuk

memperolehi rezeki yang halal sebagai perantaraan untuk membolehkan mereka melakukan

amalan berbelanja di jalan Allah (infaq fi sabil Allah).

Di antara fungsi-fungsi yang sesuai dilaksanakan melalui kegiatan-kegiatan seperti ini ialah:

o Kewajipan berusaha untuk mendapat rezeki yang halal dan menunaikan tanggujawab

infaq fi sabil Allah.

o Mempelbagaikan sumber rezeki yang baik dan bermanfaat melalui mekanisme tawaran

dan permintaan yang sihat di pasaran untuk menentukan harga yang sesuai.

o Memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna secara meluas dan secukupnya.

o Berusaha mengembangkan harta dengan cara yang halal dan menggunakan dengan cara

yang sama bukan membekukannya.

o Memakmurkan alam dan isi kandungnya bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi,

kestabilan dan kesejahteraan.

Hukum-hukum yang wajib dipatuhi dalam sektor ini meliputi satu rangkaian hukum yang

luas. Para fuqaha’, dari segi pengkanunannya, menghimpunkan hukum-hakam ini dalam

bahagian mu’amalah. Institusi yangterlibat boleh menjalankan kegiatanya sama ada orang

7

Page 8: Sistem Ekonomi Konvensional

perseorangan atau dalam bentuk entity yang sah secara kolektif yang terdiri daripada berbagai

bentuk syarikat dan entity lain yang diakui seperti badan kerajaan dan badan kanun.

Sektor Sosial/Kebajikan Masyarakat

Perlakuan dan kegiatan ekonomi dalam sektor kebajikan mempunyai fungsi yang tersendiri

di antaranya ialah:

a) Membantu golongan yang lemah, seperti anak-anak yatim, orang-orang fakir dan

miskin.

b) Menyediakan skim kesejahteraan sosial (al-daman al-ijyima’i) sama ada oleh

pemerintah atau persendirian.

c) Menyediakan prasarana di peringkat asas.

Aktiviti atau kegiatan-kegiatan dalam sektor ini dilakukan dengan menggunakan harta

milik persendirian (sadaqah tatawwu’) awam dan jika perlu harta milik negara (bayt-al-mal).

Hukum-hakam yang bersangkutan dalam sektor ini di antaranya ialah:

i. Zakat dan segala jenisnya termasuk zakat fitrah.

ii. Pemberian sukarela (sadaqah tatawwu’), hibah dan minhah.

iii. Waqaf sama ada waqaf am ataupun khas.

iv. Pinjaman kebajikan (qardan hasan)

8

Page 9: Sistem Ekonomi Konvensional

Konsep Ekonomi Islam

Islam mengambil suatu kaedah terbaik di antara kedua-dua pandangan yang ektrem

tersebut dan cuba untuk membentukkan keseimbangan sebenar di antara keduanya. Ia

menetapkan bahawa kejayaan tidak diperolehi melalui fahaman yang pertama ataupun fahaman

yang kedua tetapi melalui pelarasan kedua-duanya.

Seseorang tidak sepatutnya menyerahkan dirinya bulat-bukat kepada fahaman

kerohanian dan tidak mengendahkan fahaman hidup kebendaan ataupun seseorang hanya menilai

sesuatu melalui nilai faedah ekonominya dan mengetepikan langsung nilai-nilai moral.

Sesuatu kejayaan sistem Ekonomi Islam bergantung kepada sejauh mana

pengubahsuaian dapat dilakukan di antara keperluan kebendaan dan keperluan etika yang

diperluaskan oleh manusia. Sistem Ekonomi Islam tidak melupakan ciri asas kemajuan manusia

yang bergantung kepada sejauh mana kejayaan koordinasi dan harmoni di antara aspek moral

dan kebendaan dalam kehidupan manusia. Apabila nilai-nilai moral dipisahkan daripada

kemajuan ekonomi, ia akan kehilangan kuasa yang mampu mengekalkan kestabilan dan

keseimbangan dalam sistem sosial.

Di samping itu, apabila perjuangan ekonomi langsung tidak mempunyai tidak

mempunyai batas-batas moral dan menuju kepada fahaman kebendaan lantas akan wujud

kegiatan rasuah dan keadaan yang tidak bermoral yang pasti akan menghapuskan kestabilan

ekonomi masyarakat.

Akibatnya, masyarakat akan menghadapi persaingan dan permusuhan, hilangnya sikap

bekerjasama dan kasih sayang di antara kedua-dua konsep hidup tadi dan akhirnya akan

membawa kehancuran dan keruntuhan kepada masyarakat.Ini tidak mendorong masyarakat

untuk menganggap bahawa Islam mengesyorkan nilai moral semata-mata dan menentang

kemahuan ekonomi untuk kehidupan.

9

Page 10: Sistem Ekonomi Konvensional

Sebenarnya hal ini tidaklah benar, apa yang cuba dilakukan ialah untuk mewujudkan

suasana harmoni sebenar di antara fahaman kebendaan dan kerohanian manusia. Sistem

Ekonomi Islam mengajarkan bahawa kejayaan dan keselamatan bukanlah terletak pada fahaman

kerohanian kedua-duanya.

Sistem ekonomi Islam menekankan bahawa manusia tidak sepatutnya menyerahkan

diri sepenuhnya ke dalam fahaman kerohanian, mengabaikan kepentingan unsur-unsur

kebendaan dan menganggap ia sebagai berdosa dan mengetepikan nilai-nilai moral kehidupan.

Menolak Fahaman Rahbaniah

Islam menolak konsep-konsep hidup yang ekstrem dan mengambil sikap pertengahan di antara

kedua-dua kaedah pemikiran. Al-Quran menolak rahbaniah melalui firman Allah:

Maksudnya:

Kemudian Kami iringi sesudah-mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringan

lagi dengan Nabi Isa Ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil, dan Kami jadikan

dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri), dan

perbuatan mereka beribadat secara “Rahbaniyyah”-merekalah sahaja yang mengadakan dan

merekannya, Kami tidak mewajibkannya atas mereka, (mereka berbuat demikian) kerana

mencari keredaan Allah, Dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut

yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara

mereka, Kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik-

derhaka.

Firman Allah Dalam Surah al-Ma’idah:

Maksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya ara, judi, dan pemujaan berhala,

dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari

perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya.”

Dalam firman di atas Allah menghendaki manusia mengekalkan keseimbangan dalam hidup

dan tidak sewajarnya berlaku kejam terhadap diri dengan menjauhkan perkara-perkara yang baik

10

Page 11: Sistem Ekonomi Konvensional

oleh kerana “tiada penghormatan melakukan persaingan dan pertapaan semata-mata”.

Seterusnya, manusia diberi amaran supaya kekal dalam batas-batas yang ditentukan oleh Allah

kerana Allah tidak mengasihi mereka yang melampaui batas.

Dalam surah yang sama, Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah

perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan

Kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)” dan bertaqwalah kamu kepada

Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di

dalam hati.”

Dalam firman Allah di atas, diteranglan bahawa Allah tidak menghendaki untuk

membebankan manusia dengan mengadakan batas-batasyang luar biasa dalam hidup.Allah

memberikan prinsip-prinsip hidup yang positif membolehkan manusia memperolehi

kesempurnaan.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang baik

dalam kehidupan tidak membuatkan manusia mentaati atau mendapat keredaan Allah. Oleh

itu,tentulah sia-sia atau tidak bererti langsung untuk menerima cara hidup sedemikian yang

dianggap menzalimi manusia.

Ciri-ciri Utama Sistem Ekonomi Islam

Sistem ekonomi Islam yang telah jelas dalam halaman terdahulu mempunyai ciri-ciri utama

seperti berikut:

Kebebasan Individu dan Masyarakat.

Sebenarnya Islam merupakan satu-satunya agama yang membawa kebenaran dan keadilan

dalam dunia ini dan umat Islam merupakan insan yang mempunyai tugas untuk menyeru kepada

kebaikan dan menjauhi kemungkaran seperti yang dijelaskan dalam al-Quran:

Bermaksud:

11

Page 12: Sistem Ekonomi Konvensional

“Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat Segala perkara yang

baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka pula

segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan, mereka (yang demikian sifatnya) adalah

dari orang-orang yang soleh.”

Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa kemuliaan umat Islam yang disebut dalam ayat di

tersebuat bergantung kepada sejauh mana kemampuan mereka menyeru manusia kepada

kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran.

Jika mereka kehilangan ciri asas tersebut, akhirnya mereka juga akan kehilangan kemuliaan

yang diberikan.Perlu juga dinyatakan bahawa tugas asas dalam menyeru kebaikan dan melarang

kemungkaran hanya boleh dilaksanakan jika terdapat kebebasan sepenuhnya untuk berusaha dan

bertindak.

Dengan lain perkataan, kebebasan dan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan serta

melarang kemungkaran saling bergantung berjalan seiring. Kita tidak dapat menyeru manusia

kepada kabaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran jika kita tidak mempunyai

kebebasan untuk bersuara.

Disebabkan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

merupakan prinsip asas Islam yang membezakannya daripada lain-lain agama, Islam

memberikan kebebasan kepada individu untuk melaksanakan tugas tersebut.

Sebenarnya ia berjaya membentuk dan mewujudkan hubungan yang rapat di antara individu

dan masyarakat yang membolehkan mereka bekerjasama dan menyukarkan berlakunya

pergeseran di antara mereka. Islam menetapkan supaya setiap individu mempunyai dua peranan

yang serentak iaitu peranan sebagai seorang individu yang bebas dan peranannya sebagai

seorang masyarakat.

Hak Pemilikan Individu.

Islam mengiktirafkan hak individu terhadap harta benda dan membenarkan pemilikan semua

jenis harta benda yang mampu diperolehinya menurut cara yang halal.Ia membenarkan seseorang

12

Page 13: Sistem Ekonomi Konvensional

untuk mendapatkan seberapa banyak harta yang mampu diperolehinya menurut pengetahuan,

kemahiran dan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang bermoral dan tidak antisosial.

Andaian bahawa Islam mengiktirafkan hak individu ke atas milik persendirian dibuktikan

oleh hakikat bahawa ia membimbing individu untuk membelanjakan (ke atas dirinya dan orang

lain) harta kekayaannya:

Maksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagiaan dari apa yang telah Kami

berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya dan tidak

ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat, dan orang-

orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Dalam Surah al-Dhariyat’ Allah berfirman:

Maksud:

“Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk

orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).”

Kenyataan yang menyebut bahawa Islam mengiktiraf hak individu terhadap harta benda

seterusnya diuji kebenarannya melalui ayat-ayat al-Quran berikut:

Maksud:

“Adapun tembok itu pula ia dipunyai oleh dua orang anak yatim dibandar itu,dan di bawahnya

ada “Harta terpendam” kepunyaan mereka, dan bapa mereka pula adalah orang soleh.

MakaTuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka

yang terpendam itu sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) Aku

tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan

tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.”

Ayat-ayat al-Quran tersebut dengan jelas mengiktirafkan hak individu untuk memiliki dan

membelanjakan harta benda. Islam juga mengiktirafkan semua hak lain berkaitan dengan hak

13

Page 14: Sistem Ekonomi Konvensional

pemilikan, misalnya keselamatan harta benda daripada penipuan, kecurian dan lain-lain bentuk

pemilikan yang diharamkan iaitu melalui kekerasan dan tipu muslihat.

Islam menjamin keselamatan harta benda milik umatnya dan mengenakan hukuman yang

berat kepada penjenayah-penjenayah. Pencuri dan perompak yang mengancam keselamatan harta

benda yang dimiliki oleh rakyatnya dan tidak menghormati hak mereka, akan dihukum dengan

berat oleh kerajaan Islam seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran berikutnya:

Maksud:“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)

potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,

(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha

Bijaksana.”

Kaedah-Kaedah Asas Dalam Sistem Ekonomi Islam.

Oleh kerana sistem ekonomi Islam bermatlamatkan mencari keredhaan Allah swt semata-

mata yang berbeza dengan sistem ekonomi konvensional, maka terdapat garis panduan bagi

menjadikan sistem ekonomi itu teratur, seimbang dan diredai oleh Allah swt serta

membahagiakan sesama manusia.

1. Harta merupakan hak Allah swt yang mutlak.

2. Aktiviti perekonomian merupakan suatu ibadat.

3. Asal sesuatu adalah harus.

4. Uruf dan adat diambil kira dalam transaksi.

5. Mencapai Maslahat Khas dan Am.

6. Mengetahui hukum-hakam.

Prinsip Ekonomi Islam :

Prinsip-prinsip utama telah di rumus seperti berikut:

Kesatuan (unity)

Keseimbangan (equilibrium)

Kebebasan (free will)

Tanggungjawab (responsibility)

14

Page 15: Sistem Ekonomi Konvensional

I. Kebebasan individu.

II. Hak terhadap harta.

III. Ketidaksamaan ekonomi dalam batasan.

IV. Kesamaan sosial.

V. Keselamatan sosial.

VI. Larangan memupuk kekayaan.

VII. Larangan terhadap institusi anti-sosial.

VIII. Kebajikan individu dalam masyarakat.

Dasar-Dasar Ekonomi Islam.

Antara dasar-dasar ekonomi Islam adalah:

1. Bertujuan untuk mencapai masyarakat yang sejahtera baik di dunia dan di akhirat.

2. Hak milik relative perseorangan diakui sebagai usaha dan kerja secara halal serta

dipergunakan untuk hal-hal yang halal pula.

3. Dilarang menimbun harta benda dan menjadikannya terlentar.

4. Dalam harta benda itu terdapat hak untuk orang miskin yang selalu meminta, oleh kerana

itu harus dinafkahkan sehingga dicapai pembahagian rezeki.

5. Pada batas tertentu, hak milik relative tersebut dikenakan zakat.

6. Perniagaan diperkenankan, akan tetapi riba’ dilarang (diharamkan).

7. Tiada perbezaan suku dan keturunan dalam bekerjasama dan yang menjadi ukuran

perbezaan adalah prestasi kerja.

15

Page 16: Sistem Ekonomi Konvensional

SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL

Maksud

Sistem ekonomi konvensional menurut kamus dewan ialah mengikut atau sebagaimana yang

kebiasaanya. Konvensional bermaksud sesuatu amalan, tingkah laku dan ciri-ciri yang sudah

diiktiraf dengan meluas serta diguna pakai.

Pengertian Sistem

Sistem ekonomi konvensional sudah diterima pakai dan telah dipraktikan dalam sebuah

masyarakat.Ekonomi ini menggunakan sumber akal dan nafsu semata-mata. Sistem ekonomi

konvensional boleh dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara

meluas di dalam sesebuah masyarakat. Suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam

sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh

berubah mengikut ketentuan masyarakat. Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem

kapitalis, sosialis, komunis dan ekonomi campuran.

1. Kapitalisme

Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Di bawah sistem ini seseorang individu

berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya. Mencegah

orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu

diuruskan setelah dia mati.

Dalam hal ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja

kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan

oleh masyarakat, keseluruhannya hak-hak ini boleh dibatasi melalui tindakan masyarakat.

Persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang cekap. Pada

umumnya persaingan dalam sistem kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan dibenarkan

berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain.

16

Page 17: Sistem Ekonomi Konvensional

Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah:

Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia.

Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan industri

kredit) yang mengenakan riba (faedah).

Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus atau

dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham.

Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktiviti-

aktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme

dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal.

Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah sistem

kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga dengan

bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan

Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasrat

setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan

dengannya.

2. Sosialisme

Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke atas

masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiran sosialisme

mula mendapat sambutan dan begitu laris. Prinsip sosialisme adalah:

Mengembalikan kuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada golongan

proliter (petani dan buruh).

Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada negara untuk diagihkan

sama rata kepada rakyat.

17

Page 18: Sistem Ekonomi Konvensional

Di bawah sistem sosialisme, hak milik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah dan

modal yang digunakan secara besar-besaran. Industri-industri besar dimiliki dan dikawal oleh

negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oelh individu.

Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai lebih

banyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi sangat kurang

berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme.

Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh negara,

maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang dijalankan oleh

persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluang untuk menjadi

ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding dengan sistem kapitalisme.

3. Komunisme

Sosialisme berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan proliter secara

demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2 (1940-

1945) ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu menggunakan kekerasan

dicadangkan iaitu dikenali sebagai komunisme. Ianya mendapat sambutan di Barat sesudah

kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis, yang bermotokan persamaan (equality),

kemerdekaan (liberty) dan persaudaraan (fretinity).

Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang radikal dan satu doktrin politik

yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi sistem ini, semua tanah dan modal sama ada yang asli

atau buatan manusia, berada di tangan negara sepenuhnya. Rakyat akan menerima pendapatan

menurut keperluan mereka, bukan mengikut kebolehan mereka.

Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialis dengan komunisme. Guru bagi

kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx. Tujuan utama penganjur sosialisme ialah untuk

menegakkan kerajaan dictator oleh sosialis: Karl Marx mengarahkan agar semua komunis

mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman sosialisme.

18

Page 19: Sistem Ekonomi Konvensional

Oleh itu penganjur komunis Rusia telah menamakan negara mereka ‘Union of Soviet sosialist

Republic’ bukannya ‘Union of Soviet Communist Republic’. Dalam ‘The Communist

Manifesto’ Karl Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat akan mengasaskan pemerintahan

diktator pekerja-pekerja sosialis.

Tujuan ekonomi Komunisme ialah:

i. Menghapuskan semua hak milik persendirian.

ii. Menghapuskan unit keluarga.

iii. Menghapuskan segala agama.

Ekonomi Campuran

Di samping itu ada juga sistem ‘klon’ yang lahir dari sistem-sistem tersebut yang disebut

sebagai ekonomi campuran. Sebenarnya sistem ekonomi konvensional tidak ada sebarang sistem

ekonomi yang tulen. Dalam sistem komunis ada juga cirri-ciri kapitalis.

Di Rusia para petani dibenarkan bercucuk tanam di atas tanah mereka di halaman rumah dan

memiliki hasilnya. Mereka juga dibenarkan memiliki beberpaa ekor ternakan seperti ayam, babi

dan biri-biri. Setengah-setengah negara seperti di Afrika dan Timur Tengah membentuk sistem

campuran bebas dan sosialisme.

Di bawah sistem ekonomi campuran, hakmilik harta boleh berubah dari hak milik individu

secara mutlak kepada hakmilik negara sepenuhnya. Nisbah di antara satu sama lain mungkin

berubah dengan perkembangan ekonomi itu.

Cara bagaimana sesebuah perusahaan itu dimulakan juga berbeza. Perusahaan kecil-kecilan

mungkin dibiarkan kepada individu manakala perusahaan yang lebih besar menjadi hak milik

negara dan dijalankan oleh negara. Malaysia mempunyai sistem ekonomi campuran yang

terbuka, berorientasikan eksport dan bergantung kepada mekanisma harga serta pasaran.

Ciri-Ciri Ekonomi Konvesional :

a) Sistem ekonomi yang terpisah daripada agama. Ianya lahir berdasarkan pemikiran

manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan pengalaman atau maklumat

yang baru.

19

Page 20: Sistem Ekonomi Konvensional

b) Berlandaskan kepada kebebasan individu dalam pelbagai aspek, termasuklah kepentingan

modal dan sistem tawaran juga permintaan.

c) Mementingkan pengumpulan modal dan harta dengan mengetepikan nilai halal atau

haram.

d) Berunsurkan amalan riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (pertaruhan).

e) Mementingkan kekayaan material semata-mata dan mengikis sifat tolong-menolong.

f) Mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain.

Unsur-Unsur Yang Tidak Ada Dalam Sistem Ekonomi Islam Tetapi Ada Dalam Sistem

Konvensional

UNSUR TANAJUSY

Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli

pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan

sebenarnya pembeli tidak mahu membeli barangan berkenaan.

UNSUR GHARAR

Gharar merujuk kepada ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang

tidak pasti wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh Islam

menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar.

UNSUR TADLIS AL ‘AIB

Tadlis al-‘aib bermaksud menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang

diketahui ada pada sesuatu yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. Kontrak

mestilah bersih dari unsur ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan pertimbangan

sendiri.

UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY

Alghabnu bermaksud kurang. Dalam kontrak al-mu’awadhah al-maliah (pertukaran pemilikan

harta) al-ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau pihak penerima kontrak.

UNSUR GHALAT

20

Page 21: Sistem Ekonomi Konvensional

Ghalat bermaksud kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran.

Ghalat yang dianggap tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-‘aqid yang bermaksud kesilapan

kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak. Ghalat yang mesti dipastikan tidak wujud

ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata).

SISTEM EKONOMI ISLAM AR-RAHNU

Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan

sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun

1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang

berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah

diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.

Konsep pajak gadai Islam atau ar-Rahnu adalah satu sistem yang diperkenalkan pada tahun

1993. Kehadirannya mendapat perhatian masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam. Justeru,

kaedah pengaplikasian skim tersebut adalah mengikut syariat. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya; “dan jika kamu dalam musafir sedang kamu tidak dapat

seorang penulis maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang.

Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain ,

hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah

bertaqwa kepada Allah. Dan janganlah kamu sembunyikan kesaksian

kerana barang siapa yang menyembunyikannya sungguh hatinya

kotor (berdosa) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

( Surah al-Baqarah 2: 283 )

Terdapat dua hadis yang berkaitan dengan sistem ini:

21

Page 22: Sistem Ekonomi Konvensional

Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn)

diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abu Syahmi atas pinjamannya sebanyak

30 sha gandum untuk keluarganya.”Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Dari Aisyah r.a

yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang di

hutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”

Di atas kesedaran itu, sistem Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardu

Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan

utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan

oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Skim ini memberikan kemudahan

alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada

peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.

Ar-Rahnu beroperasi berdasarkan dua konsep iaitu:

a) Ar-Rahnu yang merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan

sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya

hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

b) Al Wadiah Yad Dhamanah yang merujuk kepada simpanan barang berharga dengan

jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Antara kelebihan Ar Rahnu kepada umat Islam ialah:

1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)

Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman

yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam

perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di

mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang

menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan

oleh Islam.

2. Nilai Gadaian Tidak Merosot

22

Page 23: Sistem Ekonomi Konvensional

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah

serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang

kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit

daripada sebelum digadai.

3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang

ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau

dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan

melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai

pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.

4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,

penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan

kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau

dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada

di pihak penerima gadaian.

5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah

Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn

melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai

Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan

ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau

meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku

semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur

23

Page 24: Sistem Ekonomi Konvensional

penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan

kepada pemberi gadaian.

7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan

pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah

dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh

diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional

yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi

gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang

gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka

telah habis.

9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya

Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta

Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian

berkenaan. Dalam Ar Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang

sepatutnya dengan barang gadaian yang di gadai oleh penggadai.

Ciri-Ciri Sistem Ar-Rahnu

Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan esam Islam.

Ianya berkonsepkan fardu kifayah; iaitu membantu esame umat yang memerlukan

pertolongan.

24

Page 25: Sistem Ekonomi Konvensional

Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi pinjaman yang mana

ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.

Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak

membebankan peminjam.

Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan barang gadaian tersebut

dengan baik.

Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga semasa barang gadaian

(kebiasaannya barang gadaian ialah emas).

SUMBER RUJUKAN

Internet:

http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/pelbagai/artikel-pilihan/211-kepentingan-

sistem-ekonomi-islam-terhadap-masyarakat

http://studentsrepo.um.edu.my/107/9/BAB_6.pdf

http://tarbiyahcj.blogspot.com/2006/01/sistem-ekonomi-islam-dan-sistem.html

http://www.usahawan.com/umum/sistem-pajak-gadai-islam-ar-rahnu.html

http://laman-seri.blogspot.com/2011/06/ar-rahnu-pinjaman-tanpa-faedah.html

http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-sistem-ekonomi-barat-

dengan-sistem-ekonomi-islam/

25

Page 26: Sistem Ekonomi Konvensional

LAMPIRAN

Unsur Riba ditegah dalam Islam.

26

Antara prinsip ekonomi Islam.

Ekonomi Islam berpaksi kepada Keadilan.

Page 27: Sistem Ekonomi Konvensional

Dinar Emas digunakan pada zaman dahulu.

Ar-Rahnu membantu

perkembangan ekonomi umat Islam.

Ekonomi Islam melahirkan masyarakat bahagia.

KESIMPULAN

Perekonomian sebagai salah satu sendi kehidupan yang penting untuk membawa manusia

kepada satu cara hidup yang tersusun. Sistem ekonomi Islam atau dikenali sebagai muamalat

adalah suatu sistem yang mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Yang Maha

Berkuasa iaitu Allah swt. Maksud ekonomi yang berasal daripada bahasa greek iaitu [aikos] yang

bermaksud ‘rumah’, dan [nemo], yang bermaksud ‘peraturan’, (iaitu pengurusan rumah tangga)

merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk

memenuhi keperluan manusia.

Sistem Ekonomi yang diguna pakai kebanyakan masyarakat di zaman ini adalah sistem yang

tidak berteraskan syariat Islam iaitu sistem ekonomi konvensional ataupun lebih dikenali dengan

nama sistem Kapitalis. Sistem kapitalis inilah yang paling meluas di gunakan pada masakini.

Sistem ekonomi ini juga dikenali sebagai sistem perusahaan bebas.

Melalui sistem ini, setiap individu adalah berhak untuk menggunakan dan mengawal barang-

barang ekonomi yang diperolehinya, mencegah orang lain daripada menggunakan barang itu dan

memutuskan bagaimana barang-barang itu perlu digunakan selepas kematian. Dalam hal ini,

setiap individu mahupun organisasi adalah bebas untuk mengaut segala hasil ataupun

keuntungan dengan menggunakan apa jua cara sekalipun sama ada mengikut peraturan atau

tidak.

27

Page 28: Sistem Ekonomi Konvensional

Banyak manfaat dan kelebihan yang masyarakat akan dapat nikmati melalui pengamalan

sistem ekonomi Islam dan seterusnya mengenepikan sistem konvensional yang menindas

masyarakat dan cuma menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Justeru, menjadi

tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi melaksanakan dan menjalankan kegiatan ekonomi

berteraskan syariat Islam dan dapat menunjukkan bahawa Islam ini sebagai satu cara hidup yang

terbaik untuk manusia.

Melaksanakan sistem ekonomi Islam adalah salah satu tuntutan dalam syariat Islam. Ianya

sangat penting bagi meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia

umumnya. Dengan terlaksananya sistem ekonomi Islam, maka kehidupan manusia akan lebih

tersusun dan terjamin tanpa ada sebarang penindasan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Islam akan menjamin kehidupan umat Islam dan juga bukan Islam. Islam amat menitik berat soal

keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba,

penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk

penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu.

Oleh itu, marilah kita sama-sama melaksanakan tuntutan ini dengan membuat perubahan ke

arah yang lebih baik dan betapa pentingnya untuk kita melaksanakan sistem ekonomi berteraskan

tuntutan syariat.

28