pelajar bermasalah pendengaran

17
Disediakan Oleh: Abd Qarim Bin Mohamed Abdullah Syafiq Bin Ariffin Farhan Bin Sayuati Mohd Amirul Bin Azaman PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Upload: annizuka

Post on 29-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Disediakan Oleh:

Abd Qarim Bin Mohamed

Abdullah Syafiq Bin Ariffin

Farhan Bin Sayuati

Mohd Amirul Bin Azaman

PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Page 2: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh

mereka yang terlibat bersama golongan kanak-kanak khas,

tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat,

terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu

para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin

menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat

dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.

Page 3: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN

            Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat

kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan

berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan

deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami.

Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa

masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat

mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain.

Page 4: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

JENIS MASALAH PENDENGARAN

Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda

hadapi adalah penting kerana ia akan membantu anda dan

menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah

pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika

anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh

dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu.

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah:

• Konduktif

• Sensorineural

• Campuran

Page 5: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila

terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga

tengah.

Contoh masalah dan jangkitan yang boleh

menyebabkan masalah pendengaran konduktif:

• ketiadaan lubang telinga (atresia),

• cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia /

anotia),

• sumbatan tahi telinga di salur telinga,

• jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah

• gegendang telinga bocor/pecah

Page 6: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila

terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di

mana koklea dan saraf pendengaran berada

Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada

rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat

dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara

menyeluruh.

Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah

pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan

ubat atau pembedahan

Page 7: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila

terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak

iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir

bersama.

Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah

pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi

telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah

pendengaran campuran.

Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah

beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah

pendengaran campuran.

Page 8: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Jenis masalah pendengaran juga mempunyai dua kategori iaitu:

a)      Separuh pekak

Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi

ianya masih terdapat sisa pendengaran. Biasanya deria dengar mereka

masih boleh berfungsi sama ada dengan bantuan alat pendengaran

atau tidak.

(Brill, Mac Neil & Newman, 1986)

b)     Pekak

Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak

dapat berfungsi langsung. Kecacatan diperolehi sama ada sebelum,

semasa atau selepas kelahiran. (Brill, Mac Neil & Newman,1986)

Page 9: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

CIRI-CIRI

• Meminta percakapan diulang berkali-kali

• Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa

• Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami

arahan

• Sukar memahami perbualan di tempat bising

• Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam

usaha untuk memahami apa yang didengari

Page 10: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Selepas Kelahiran

• Penyakit berjangkit disebabkan

bakteria dan virus

• Kecederaan telinga

• Pengambilan ubat berlebihan

ototoksik (streptomycin)

• Demam campak, beguk

• Jaundis

• Berat badan kurang dari 1500g

• Jangkitan kuman telinga tengah

• Tidak diketahui

PUNCA KECACATAN

Sebelum Kelahiran

• Baka

• Pengambilan dadah, alkohol

• Toksemia

• Jangkitan penyakit

• Tidak diketahui

Semasa Kelahiran

• Tidak cukup bulan

• Kelahiran yg terlalu lama

• Penyakit hemolosis

• Anoxia

• Sawan

Page 11: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

DARJAH KEPEKAKAN

Menurut Paul dan Quigley (1990) seseorang yang kurang

upaya pendengaran tidak dapat menggunakan pendengarannya,

memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa

pendengaran.

Menurut Northem dan Lemme (1982) untuk memahami

pertuturan kita hanya perlu 10-15 dB (desible) kekuatan bunyi yang

didengar berbanding bunyi persekitaran.

Terdapat enam peringkat (kategori) kurang upaya

pendengaran menurut Daniel P. Hallahan dan James Kauffman (1997)

iaitu:

Page 12: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

DARJAH KATEGORI TAHAP PENDENGARAN PENAMPATAN

> 26 dB Normal Boleh mendengar Sekolah biasa

27-40 dB Sedikit Boleh mendengar bunyi vokal

tetapi mungkin tidak

menyedari beberapa bunyi

konsonan.

Sekolah biasa dengan menggunakan

alat bantu mengajar.

41-55 dB Ringan atau

sederhana

Dapat mendengar bunyi-

bunyi pertuturan yang kuat

sahaja . Boleh dengan

pertuturan pada jarak 3-5

kaki.

Perlu perhatian sekolah biasa dengan

alat bantu mendengar yang ada guru

khas. Di tempat

56-70 dB Sederhana

teruk

Tidak dapat mendengar bunyi

pertuturan dalam perbualan

biasa

Di tempatkan di sekolah bercantum/

kelas khas

71-90 dB Teruk Tidak dapat mendengar

bunyi-bunyi pertuturan

Di tempat di sekolah bercantum/

kelas khas

91 dB

ke atas

Sangat teruk Tidak dapat mendengar

langsung bunyi-bunyi

pertuturan atau lain-lain.

Menghadapi masalah kerencatan

bahasa. Kesukaran bahasa dan tidak

dapat beri perhatian sepenuhnya.

Page 13: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

PENCEGAHAN

• Elak mengorek telinga (benda-benda tajam dan keras)

• Bersihkan cuping telinga dengan kain lembab (lembut)

• Jika mengandungi serumen atau bendasing, titikkan

minyak

• Berjumpa pegawai perubatan (ENT) – keluar nanah atau

sakit

• Elakkan mangambil ubat tanpa nasihat doktor -

mengandung

• Jauhi daripada bunyi yang terlalu kuat

• Elakkan memukul di bahagian kepala

Page 14: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

MENGESAN KECACATAN

SECARA OBJEKTIF

• Saringan Pendengaran

• Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan

audiologi

SECARA SUBJEKTIF

• Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry – PTA)

- Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi

• Ujian pertuturan

- Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas

Page 15: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

• Pemerhatian

- Kurang memberi pemerhatian – tahap kepekakan

- Tidak memahami arahan

- Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan

- Seringkali bertanya pada rakan-rakan

- Selalu berkhayal

- Lemah dalam akademik (Bahasa)

- Cara percakapan yang janggal

- Sering memandang ke arah penutur

Page 16: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Prosedur Penilaian

• Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan

latarbelakang klien

• Menjalankan pemeriksaan telinga luar

• Menjalankan ujian telinga tengah

• Menjalankan ujian-ujian pendengaran

• Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan

pendengaran jenis kehilangan pendengaran

Page 17: PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN