kebolehpasaran graduan bermasalah … · viii 1.10 definisi istilah 13 1.10.1 kebolehpasaran 13...

39
KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH PENDENGARAN BIDANG HOSPITALITI DALAM INDUSTRI HOSPITALITI DI MALAYSIA INTAN NAZRIFA BT TORMUDZI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2012

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH PENDENGARAN BIDANG HOSPITALITI DALAM INDUSTRI HOSPITALITI DI MALAYSIA

INTAN NAZRIFA BT TORMUDZI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2012

Page 2: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

v

ABSTRAK

Sasaran kerajaan untuk menerima 36 juta ketibaan pelancong pada tahun 2020

memerlukan kira-kira 497,000 tenaga kerja dalam sektor pelancongan. Dalam jumlah

itu, 65 peratus daripada tenaga kerja memerlukan mereka yang berkelayakan sijil.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan progam Sijil

Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel & Katering pada tahun 2002.

Kajian berbentuk deskriptif ini mengkaji kebolehpasaran graduan bermasalah

pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia dengan mengkaji impak

pendidikan kemahiran khas terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran dalam

industri hospitaliti, tahap minat mereka dan juga mengkaji halangan yang

menghadkan peluang graduan ini untuk bekerja dalam industri hospitaliti. Kajian ini

melibatkan 70 orang responden yang merupakan graduan bermasalah pendengaran

program Kemahiran Khas Pengurusan Hotel dan Katering di PIS dan juga 30 orang

pengurus sumber manusia dari industri hospitaliti. Menggunakan soal selidik dan

temu bual sebagai instrumen kajian, data dianalisa dengan menggunakan Statistical

Packages for Social Sciences (SPSS) Version 17.0 bagi mendapatkan nilai peratusan,

kekerapan dan purata skor min. Hasil dapatan menunjukkan impak pendidikan yang

positif terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran (Min=4.09). Tahap minat

graduan juga berada pada tahap yang tinggi (Min=4.12). Halangan dan kekangan

terdiri daripada masalah komunikasi, perasaan rendah diri, kekurangupayaan mereka

dan layanan industri berada pada tahap yang tinggi (Min= 3.89). Dapatan ini juga

disokong dengan dapatan dari temubual yang dijalankan. Secara keseluruhannya,

walaupun pendidikan kemahiran khas membantu graduan meningkatkan kemahiran

dan pengetahuan serta mempunyai minat untuk bekerja dalam industri, halangan dan

kekangan yang ada menyebabkan tidak semua graduan berpeluang bekerja dalam

industri hospitaliti. Majikan dalam industri hospitaliti diharapkan dapat mengubah

persepsi terhadap golongan ini kerana mereka mempunyai kelayakan dan mampu

bekerja dalam industri hospitaliti sekiranya diberi peluang.

Page 3: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

vi

ABSTRACT

Government's target to receive 36 million tourist arrivals by 2020 will require about

497,000 workers in the tourism sector. In total, 65 per cent of their workforce

requires a qualified certificate. The Ministry of Higher Education has introduced a

Special Skills Polytechnic Certificate program in Hotel Management & Catering in

2002. This descriptive study reviewed the hearing impaired employability of

graduates in the hospitality industry in Malaysia to assess the impact of special skills

education for hearing impaired graduate’s career in the hospitality industry, the level

of their interest and to study the barriers that limit opportunities for these graduates

to work in the hospitality industry. The study involved 70 respondents who are

hearing impaired graduates of Special Skills program in Hotel Management and

Catering in the PIS and the 30 human resource managers from the hospitality

industry. Using questionnaires and interviews as a research instrument, data were

analysed using the Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 17.0 for

the percentage, frequency and the average score. The findings show a positive impact

on hearing impaired graduate’s career in hospitality industry (Mean = 4:09).

Graduate level of interest was also at a high level (Mean = 4.12). Obstacles and

constraints includes communication problems, low self-esteem, their disability and

hospitality industry acceptance at a high level (Mean = 3.89). This result is also

supported by findings from interviews carried out. Overall, although the education of

special skills to help graduates improve their skills and knowledge and they have a

passion for working in the industry, but because of the barriers and constraints

resulted not all graduates get the opportunity to work in the hospitality industry.

Employers in the hospitality industry are expected to change the perception of these

groups because they have the qualifications and ability to work in the hospitality

industry if given the chance.

Page 4: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 8

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Skop kajian 9

1.7 Limitasi kajian 9

1.8 Kepentingan kajian 10

1.9 Kerangka konsep 10

Page 5: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

viii

1.10 Definisi Istilah 13

1.10.1 Kebolehpasaran 13

1.10.2 Bermasalah pendengaran 13

1.10.3 Pendidikan khas 13

1.10.4 Industri hospitaliti 14

1.10.5 Kerangka konsep kajian 14

1.10 Kesimpulan 16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kebolehpasaran 17

2.3 Model Kebolehpasaran Graduan 18

2.4 Pendidikan Khas 20

2.5 Industri Hospitaliti 21

2.6 Perkembangan industri hospitaliti di Malaysia 21

2.7 Pendidikan dalam industri hospitaliti 22

2.8 Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik

(Hotel dan Katering)

24

2.9 Impak pendidikan khas terhadap kerjaya

graduan berkeperluan khas

25

2.10

2.11

Minat mempengaruhi pemilihan kerja

Minat graduan bermasalah pendengaran bidang

hospitaliti untuk bekerja dalam industri

hospitaliti

26

27

2.12 Halangan dan kekangan yang menghadkan

peluang pekerjaan kepada individu berkeperluan

khas

28

2.13 Kajian kebolehpasaran graduan bermasalah

pendengaran di Malaysia

31

2.14 Kajian kebolehpasaran graduan berkeperluan

khas di luar negara

34

Page 6: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

ix

2.15 Pekeliling perkhidmatan bil 3/2008: Dasar satu

peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan

awam kepada orang kurang upaya

35

2.15.1 Tujuan 35

2.15.2 Latar belakang 35

2.15.3 Dasar pengambilan 35

2.15.4 Prosedur permohonan jawatan 36

2.15.5 Prosedur pengambilan 36

2.15.6 Peranan Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM)

36

2.15.7 Peranan Ketua Jabatan 37

2.15.8 Pemantauan 37

2.16 Kesimpulan 38

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka bentuk kajian 39

3.3 Kerangka operasi 40

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen kajian 42

3.5.1 Soal selidik 43

3.5.2 Temu bual 44

3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

kajian

45

3.7 Pengedaran soal selidik dan pengumpulan data 47

3.8 Kaedah penganalisaan data 48

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Bahagian A: Maklumat demografi

responden

50

Page 7: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

x

4.3 Analisis Bahagian B: Impak pendidikan khas

vokasional politeknik kepada graduan

bermasalah pendengaran bidang hospitaliti

terhadap pekerjaan dalam industri hospitaliti.

52

4.3.1 Aspek pengetahuan 52

4.3.2 Aspek kemahiran 53

4.3.3 Aspek latihan 53

4.3.4 Aspek program 54

4.4 Analisis Bahagian C: Tahap minat graduan

bermasalah pendengaran untuk bekerja dalam

industri hospitaliti.

55

4.5 Analisis Bahagian D: Faktor-faktor yang

menghadkan peluang pekerjaan kepada graduan

bermasalah pendengaran dalam industri

hospitaliti

56

4.5.1 Faktor kekurangupayaan 56

4.5.2 Faktor komunikasi 57

4.5.3 Faktor perasaan rendah diri 57

4.5.4 Faktor penerimaan industri 58

4.6 Analisis temu bual 59

4.6.1

4.6.2

Analisis temubual soalan tertutup

Analisis temubual soalan terbuka

59

61

4.7

4.8

4.9

Rekabentuk Model Kebolehpasaran Graduan

Bermasalah Pendengaran Bidang Hospitaliti

Dalam Industri Hospitaliti

Model Kebolehpasaran Graduan Bermasalah

Pendengaran Bidang Hospitaliti Dalam Industri

Hospitaliti di Malaysia

Rumusan

62

63

65

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan dapatan kajian 66

Page 8: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

xi

5.2.1 Impak pendidikan kemahiran khas

politeknik kepada graduan pengurusan

hotel dan katering terhadap kerjaya

mereka dalam industri hospitaliti

67

5.2.2 Tahap minat graduan bermasalah

pendengaran untuk bekerja dalam

industri hospitaliti

69

5.2.3 Halangan dan kekangan yang

menghadkan peluang pekerjaan

kepada graduan bermasalah

pendengaran dalam industri hospitaliti

71

5.3 Rumusan 73

5.4 Cadangan 74

5.4.1 Cadangan kepada pelajar dan graduan

bermasalah pendengaran

75

5.4.2 Cadangan kepada institusi pengajian

tinggi

75

5.4.3 Cadangan kepada industri hospitaliti 75

5.4.4 Cadangan kepada pihak swasta 76

5.4.5 Cadangan kepada pihak kerajaan 76

5.4.6 Cadangan kajian lanjutan 76

5.5 Penutup 77

RUJUKAN

79

LAMPIRAN 86

Page 9: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini industri hospitaliti menjadi semakin penting dalam pembangunan

ekonomi Malaysia dan banyak menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan

negara. Walaupun secara relatifnya Malaysia masih baru dalam industri ini di

peringkat antarabangsa, namun industri pelancongan Malaysia mempunyai potensi

untuk meningkatkan mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan

pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di kawasan Asia

Tenggara (Hadi, 2008).

Pembangunan sektor hospitaliti di Malaysia kini sedang memuncak lantaran

Malaysia dilihat lebih stabil berbanding negara-negara lain di Asia. Manakala dasar

kerajaan pula adalah ingin menjadikan sektor ini sebagai salah satu sektor ekonomi

yang teguh, berdaya saing dan tumbuh berterusan (Hiyang, 2008). Ibrahim (2007)

menyatakan bidang hospitaliti ini merangkumi perkhidmatan seperti hotel, restoran,

pelancongan, katering dan kontrak katering. Pengurusan dalam bidang hospitaliti ini

sangat berkait rapat dengan industri pelancongan negara. Ini kerana para pelancong

yang bertandang ke negara kita pasti akan menggunakan khidmat hospitaliti

terutamanya di sektor perhotelan.

Malaysia telah menjadi sebagai salah sebuah negara tumpuan pelancong. Hari

ini, Malaysia mencapai kedudukan yang kukuh dalam pelancongan global. Kita

merupakan negara ke-9 yang paling banyak dikunjungi di dunia dan memperoleh

RM 1 bilion penerimaan daripada pelawat asing setiap minggu (Kementerian

Pelancongan Malaysia, 2011). Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai

antara destinasi pelancongan utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi

ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global. Malaysia

Page 10: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

2

menerima kira-kira 23 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2009 dan meningkat

kepada 24.6 juta pada tahun 2010 (Ng, 2011).

Statistik perbandingan kedatangan pelancong ke Malaysia pada bulan Januari

2010 dan bulan Januari 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan

Malaysia (2011) seperti dalam Jadual 1.1 menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2

peratus. Sementara itu, jumlah pengunjung hotel bagi tahun 2010 yang telah

dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (2011) ditunjukkan dalam

Jadual 1.2 di bawah.

Jadual 1.1: Statistik kedatangan pelancong ke Malaysia pada Januari 2010 dan Januari 2011

(Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia, 2011)

Tahun Januari 2010 Januari 2011 % Perubahan Jumlah Pelancong 1,896,928 1, 918, 751 1.2%

Jadual 1.2: Statistik kedatangan pengunjung hotel bagi tahun 2010 (Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia, 2011)

Pengunjung Tempatan Pengunjung Luar Negara Jumlah

27,354,771 25, 595, 972 53, 130, 743

Ini menunjukkan bahawa Malaysia masih kekal sebagai salah sebuah

destinasi pelancongan utama di rantau ini dan merupakan sebuah negara yang lebih

stabil berbanding negara-negara lain di Asia (Kementerian Pelancongan Malaysia,

2011). Pada masa yang sama, dapat kita lihat dengan jelas bahawa pengurusan dalam

industri hospitaliti sangat berkait rapat dengan industri pelancongan negara kerana

pelancong-pelancong yang berkunjung ke negara kita sudah pasti akan menggunakan

khidmat hospitaliti terutamanya sektor perhotelan.

Industri hospitaliti adalah suatu industri perniagaan yang menyediakan segala

perkhidmatan kepada pelanggannya seperti perkhidmatan makanan dan minuman,

kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, perkhidmatan

pelancongan dan sebagainya. Perkataan hospitaliti adalah berasal daripada Bahasa

Latin iaitu ‘hospitare’ yang bermaksud bersedia menerima tetamu. Ungkapan ini

merangkumi penyediaan keperluan asas kepada tetamu seperti makanan, minuman

atau penginapan. Industri hospitaliti menyediakan peluang pekerjaan yang mencabar

di seluruh dunia dengan masa kerja yang bebas, pendapatan yang menggalakkan dan

peluang melancong yang luas (Dittmer, 2003).

Page 11: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

3

Menurut World Tourism Organisation (WTO), pelancongan pula bermaksud

aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada

persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan

rehat, perniagaan dan sebagainya (Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS, 2011).

Manakala menurut Kotler, (2003), hospitaliti bermaksud menyambut tetamu dengan

budi bahasa dan kemesraan termasuklah persiapan tempat penginapan,

makanan, infrastruktur serta perkhidmatan.

Selain itu, definisi pelancongan menurut Bidang Ekonomi Utama Negara

(NKEA) bermaksud pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, membeli-belah,

produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti

lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta

pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik. Sejajar dengan

pertumbuhan industri hospitaliti yang sedang memuncak ini, kerajaan ingin terus

menjadikan sektor ini sebagai salah satu sektor ekonomi yang teguh, berdaya saing

dan tumbuh berterusan (Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS, 2011).

Pertumbuhan pesat aktiviti mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran

(MICE) global membantu peningkatan industri hospitaliti dan pelancongan setempat

yang sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara. Peningkatan itu dapat dilihat

menerusi data kemasukan pelancong tahun lalu seramai 24.6 juta yang menjana

pendapatan RM51 bilion (Kementerian Pelancongan, 2011). Menyedari permintaan

menggalakkan dalam bidang itu, Malaysia perlu melahirkan lebih ramai tenaga

profesional dalam bidang berkenaan.

Sesuai dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai

destinasi utama pelancongan dunia dan Malaysia sebagai rumah kedua, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) telah memperkenalkan kursus pelancongan dan

hospitaliti dalam program pendidikan Politeknik Malaysia. Kursus hospitaliti mula

diperkenalkan pada tahun 1998 di Politeknik Johor Bahru (PJB) (sekarang Politeknik

Ibrahim Sultan) di Jabatan Hospitaliti & Fesyen (JHF) dan ditukar kepada Jabatan

Hospitaliti (JH) pada tahun 2005. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011, jabatan ini

dikenali sebagai Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH). PJB merupakan

politeknik pertama di Malaysia yang menawarkan kursus pelancongan dan hospitaliti

sepenuhnya.

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

menawarkan dua jenis program iaitu Diploma Pengurusan Hotel &

Page 12: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

4

Katering dan Diploma Pengurusan Pelancongan, sejajar dengan permintaan kerjaya

dalam industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia pada masa ini. Selain itu,

JPH PIS juga menawarkan Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel

& Katering, direka khusus untuk pelajar khas (masalah pendengaran) yang juga

mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dan berjaya dalam arus pembangunan

Malaysia. Ini adalah kerana Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menghadkan

Program Pendidikan Khas berakhir di peringkat menengah sahaja ianya perlu

diteruskan sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi agar mereka juga dapat

menggunakan peluang bagi mengikuti latihan untuk mempersiapkan diri ke alam

pekerjaan dan menceburi bidang yang mereka minati (Portal Rasmi Jabatan

Pengajian Politeknik, 2011).

Warga OKU (Orang Kelainan Upaya) ataupun individu berkeperluan khas

merupakan salah satu daripada kumpulan sasar dalam program pembangunan sosial

dan kerajaan adalah komited untuk membantu mereka supaya dapat menjalani

kehidupan seperti orang-orang biasa, mendapat pekerjaan yang sama dari segi

ekonomi dan sosial dan bersama menikmati hasil dari pembangunan negara. Satu

pendekatan yang diambil untuk membantu golongan ini ialah menggalakkan mereka

untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang bukan sahaja akan

membolehkan mereka berdikari dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada

bantuan kerajaan tetapi memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama

menyumbang kepada pembangunan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Walaubagaimanapun, apabila kita memperkatakan tentang graduan

pendidikan teknik dan vokasioanal bagi golongan berkeperluan khas, banyak pihak

yang masih ragu-ragu terutamanya pihak majikan yang tidak memberi kepercayaan

untuk peluang kerjaya itu diisi oleh golongan berkeperluan khas walaupun mereka

mempunyai lulusan dan telah mengikuti latihan yang bersesuaian.

1.2 Latar belakang masalah

Pertumbuhan pesat industri hospitaliti dan pelancongan antarabangsa telah membuka

peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara kita. Sektor ini menjadi antara

penyumbang utama kepada pendapatan negara. Pada tahun 2009, Malaysia telah

menerima kedatangan 23.5 juta pelancong yang menjana kira-kira RM 51 billion

melebihi sasaran 19 juta pelancong yang telah ditetapkan sebelum ini (Kementerian

Page 13: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

5

Pelancongan Malaysia, 2011). Sasaran kerajaan untuk menerima 36 juta ketibaan

pelancong pada tahun 2020 memerlukan kira-kira 497,000 tenaga kerja dalam sektor

pelancongan. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.4 dari segi pecahan mengikut

kelayakan, sebanyak 65 peratus daripada tenaga kerja memerlukan mereka yang

berkelayakan sijil vokasional.

Jadual 1.3: Tenaga kerja tambahan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan pasaran pada tahun 2020.

(Sumber: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan , 2010)

Kelayakan Jumlah Pekerja Yang Diperlukan Sijil Vokasional 324, 000 Diploma 124, 000 Ijazah Sarjana Muda 45, 000 Ijazah Sarjana 4, 000

Jumlah 497, 000

Manakala Jadual 1.3 menunjukkan statistik yang dikeluarkan oleh

Kementerian Sumber Manusia (2011) iaitu tiga negeri tertinggi yang mencatatkan

kekosongan jawatan bagi industri hospitaliti dan katering di Malaysia bagi bulan

Oktober 2011. Ini menunjukkan bahawa terdapat banyak peluang pekerjaan dalam

industri hospitaliti yang masih belum diisi.

Jadual 1.4: Kekosongan jawatan bagi industri hospitaliti dan katering di Malaysia mengikut negeri pada Oktober 2011

(Sumber: Kementerian Sumber Manusia, 2011)

Negeri Jumlah Kekosongan Selangor 4, 428

Kuala Lumpur 2, 465 Johor 2, 335

Jumlah 13, 138

Memandangkan industri hospitaliti kini sedang berkembang pesat dan

memerlukan banyak tenaga kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

menawarkan kursus Pengurusan Hotel dan Katering dalam usaha untuk membantu

melahirkan tenaga mahir dalam bidang hospitaliti. Selain itu, peningkatan

keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap kepentingan memberi bimbingan kerjaya

dan latihan untuk golongan berkeperluan khas, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia telah memperkenalkan progam Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam

Page 14: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

6

Pengurusan Hotel & Katering sejak tahun 2003. Sehingga kini, program ini telah

melahirkan kira-kira 210 orang graduan sejak tahun 2003.

Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Mohd Zahari et.al (2010)

menunjukkan graduan bermasalah pendengaran yang mengikuti program Sijil

Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel dan Katering yang tamat

belajar pada tahun 2003 mempunyai pengalaman kurang dari lima tahun. Ini

menunjukkan mereka terpaksa berusaha keras dan menunggu dalam jangka masa

yang agak lama untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala isu graduan menganggur

terus berlaku dan meningkat saban tahun. Persoalan yang timbul ialah adakah

graduan bermasalah pendengaran ini tidak berminat untuk bekerja dalam industri ini

ataupun majikan tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada golongan ini.

Selain itu, isu berhenti kerja di kalangan pekerja industri hospitaliti adalah

perkara yang patut diambil perhatian ini adalah kerana kadar berhenti kerja

terutamanya di kalangan pekerja operasi telah menjadi isu yang sangat

membimbangkan di peringkat global (Hamdi, 2006). Ini juga turut diakui oleh

Robert J. Blomme (2008) dan menyatakan bahawa salah satu cabaran utama bagi

industri hospitaliti adalah untuk mengekalkan pekerja yang berpendidikan dan

berkemahiran tinggi. Abdullah (2007) juga menyatakan bahawa kadar pemberhentian

kerja yang tinggi dalam sektor ini akibat kesukaran majikan untuk mengekalkan

pekerjanya menambahkan lagi kekosongan tenaga kerja dalam industri hospitaliti.

Sehubungan dengan itu, untuk menampung kekurangan pekerja dan

keperluan pasaran menjelang tahun 2020 para majikan yang terlibat di dalam industri

ini seharusnya memberikan peluang kerjaya kepada golongan bermasalah

pendengaran terutamanya yang mempunyai kelayakan. Golongan ini juga dikatakan

lebih setia, produktif dan dapat memberikan komitmen yang baik terhadap kerja

(Mohd Zahari et.al 2010). Mereka juga berhak untuk mendapatkan pekerjaan dan

mendapat faedah daripada pekerjaan sama seperti golongan normal untuk memenuhi

keperluan meneruskan hidup. Namun begitu, masih terdapat sesetengah majikan

yang prejudis terhadap kebolehan golongan ini dan telah menyebabkan mereka

dilayan seperti golongan minoriti.

Usaha Kementrian Pendidikan Malaysia menawarkan kursus yang

bersesuaian untuk golongan ini mendapatkan latihan dan kelulusan adalah supaya

golongan ini mampu berdikari dan meneruskan hidup mereka tanpa perlu bergantung

kepada orang lain. Golongan berkeperluan khas pada hari ini kebanyakannya sudah

Page 15: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

7

celik IT dan berpendidikan tetapi masih diabaikan dalam sektor pekerjaan. OKU juga

boleh menjadi penyumbang dan aset negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri

Najib Tun Razak berkata, mereka (OKU) mungkin mempunyai kekurangan tetapi

kalau diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat menyumbang

kepada kesejahteraan mereka tetapi turut menyumbang kepada negara. Masyarakat

boleh menyumbang dengan menyediakan prasarana OKU, menyediakan guru-guru

terlatih serta keperluan lain bagi membantu golongan berkenaan (Razak, 2006).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu Wong

Koon Mun, jangan sesekali memandang rendah terhadap OKU kerana mereka juga

mempunyai bakat dan potensi untuk berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun

mempunyai kekurangan, tetapi mereka mampu berdikari dan hidup dengan hasil titik

peluh sendiri. Presiden Rumah Amal Cheshire Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon

berkata, adalah penting bagi memastikan OKU mempunyai pendapatan sendiri dan

boleh berdikari dalam kehidupan seharian tetapi pada praktiknya, adalah sukar bagi

OKU untuk bersaing mencari peluang pekerjaan yang terhad di pasaran kerja terbuka

terutama dengan mereka yang normal (Harian Metro Online, 2011). Tidak dinafikan

peluang pekerjaan bagi golongan OKU adalah amat terhad walaupun dasar 1%

jawatan untuk golongan OKU dalam sektor kerajaan, masih ramai lagi golongan

OKU yang sukar mendapatkan pekerjaan walaupun mereka mempunyai kelayakan.

Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia turut

mendedahkan sikap kebanyakan majikan yang enggan menyediakan pekerjaan

termasuklah menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk OKU.

1.3 Pernyataan masalah

Apa yang dapat dilihat ialah wujudnya masalah ketidaksepadanan yang mana berlaku

masalah pengangguran graduan termasuklah graduan bermasalah pendengaran

bidang hospitaliti tetapi pada masa yang sama wujud kekosongan jawatan dalam

industri ini. Pertumbuhan industri ini juga terhalang dan sedikit terganggu kerana

kadar pemberhentian kerja yang tinggi dalam sektor ini. Industri ini menghadapi

kesukaran untuk mengekalkan pekerja apabila mereka tidak dapat mengenalpasti

faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan pekerja dan seterusnya pekerja

yang setia (Abdullah, 2007).

Page 16: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

8

Justeru itu, penyelidik merasakan perlunya satu kajian dibuat untuk mengkaji

kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti dengan

melihat sejauhmanakah impak pendidikan kemahiran khas kepada graduan

bermasalah pendengaran terhadap kerjaya mereka dalam industri hospitaliti, minat

graduan bermasalah pendengaran untuk bekerja di dalam industri ini dan mengkaji

faktor-faktor yang menghadkan peluang pekerjaan kepada graduan bermasalah

pendengaran bidang hospitaliti.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini mempunyai empat objektif kajian iaitu;

1. Mengkaji impak pendidikan kemahiran khas politeknik dalam pengurusan

hotel dan katering kepada graduan bermasalah pendengaran terhadap

pekerjaan dalam industri hospitaliti di Malaysia.

2. Mengkaji tahap minat graduan bermasalah pendengaran untuk bekerja dalam

industri hospitaliti di Malaysia.

3. Mengkaji faktor-faktor yang menghadkan peluang pekerjaan kepada graduan

bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia.

4. Membangunkan model kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran

bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini mempunyai empat persoalan kajian iaitu;

1. Sejauhmanakah impak pendidikan program kemahiran khas politeknik

kepada graduan pengurusan hotel dan katering terhadap kerjaya mereka

dalam industri hospitaliti di Malaysia?

2. Sejauhmanakah tahap minat graduan bermasalah pendengaran untuk bekerja

dalam industri hospitaliti di Malaysia?

3. Apakah halangan dan kekangan yang menghadkan peluang pekerjaan kepada

graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia?

4. Bagaimanakah model kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran

bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia?

Page 17: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

9

1.6 Skop kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya memfokus kepada impak pendidikan kemahiran

khas dalam pengurusan hotel dan katering kepada graduan bermasalah pendengaran

terhadap kerjaya dalam bidang hospitaliti dan tahap minat graduan bermasalah

pendengaran untuk bekerja dalam industri hospitaliti. Kajian ini juga akan mengkaji

kekangan dan halangan yang menghadkan peluang pekerjaan dan juga peluang untuk

graduan bermasalah pendidikan memajukan kerjaya mereka dalam industri

hospitaliti. Seterusnya, model kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran

bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia akan dibangunkan pada akhir

kajian ini.

1.7 Limitasi kajian

Terdapat beberapa batasan dan limitasi dalam kajian yang dijalankan ini.

(i) Ketepatan kajian ini bergantung kepada keterbukaan responden untuk

menjawab setiap item soal selidik dan temu bual yang dijalankan secara jujur

dan ikhlas serta tanpa sebarang prejudis.

(ii) Dapatan kajian hanya akan menggambarkan kebolehpasaran graduan

bermasalah pendengaran bidang hospitaliti dari Politeknik Ibrahim Sultan

dalam industri hospitaliti di Malaysia pada tempoh masa kajian dijalankan

dan tidak menggambarkan situasi untuk masa-masa akan datang.

(iii) Kekangan masa; dimana kajian yang dilakukan ini perlu diselesaikan dalam

masa yang singkat dan ini menyebabkan responden yang dikaji tidak

mencukupi di samping reponden kajian merupakan graduan yang telah tamat

belajar dan berada di serata Malaysia dan membataskan penyelidik untuk

bersemuka dengan kesemua responden.

(iv) Batasan komunikasi; memandangkan responden kajian merupakan graduan

bermasalah pendengaran, penyelidik menghubungi responden menggunakan

khidmat pesanan ringkas, emel, berhubung melalui laman sosial dan juga soal

selidik dikirimkan melalui pos di mana kebarangkalian tidak mendapat respon

adalah tinggi.

Page 18: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

10

(v) Dapatan temu bual pula hanya mewakili 30 responden yang merupakan

pengurus bahagian sumber manusia dari hotel, resort dan juga restoren di

semenanjung Malaysia.

1.8 Kepentingan kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak

tertentu seperti:

(i) Jabatan pengajian politeknik

Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan maklumat penting kepada pihak

Pengajian Politeknik dalam melahirkan graduan berkeperluan khas yang

berkualiti dan mempunyai kepolehpasaran dalam industri hospitaliti.

(ii) Industri hospitaliti

Penyelidik mengharapkan agar kajian yang dijalankan ini dapat dijadikan

panduan dan memberi kesedaran kepada industri hospitaliti terutamanya

pihak majikan bahawa golongan berkeperluan khas juga mampu melakukan

kerja sepertimana golongan normal sekiranya diberikan peluang.

(iii) Pelajar berkeperluan khas

Melalui kajian yang dijalankan ini dapat membantu pelajar-pelajar

berkeperluan khas bukan sahaja yang mengikuti program Hospitaliti dan

Katering malah program-program lain agar mereka tidak berputus asa untuk

meneruskan pengajian mereka untuk sama-sama bersaing mendapatkan

pekerjaan setelah tamat pengajian kelak.

1.9 Kerangka konsep

Kajian ini difokuskan untuk mengkaji kebolehpasaran graduan bermasalah

pendengaran bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti. Kerangka konsep yang

dibina untuk kajian ini adalah seperti Rajah 1.1. Kerangka konsep ini dibina

berdasarkan Model Kebolehpasaran Graduan Berkeperluan Khas oleh Harun (2007).

Kerangka ini menunjukkan penyelidik memilih graduan bermasalah pendengaran

Page 19: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

11

yang mengikuti program Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel

& Katering sebagai responden kajian ini. Penyelidik ingin mengkaji impak

pendidikan kemahiran khas kepada graduan bermasalah pendengaran dalam industri

hospitaliti iaitu dari aspek pengetahuan, kemahiran, latihan dan aspek program itu

sendiri secara keseluruhannya. Penyelidik juga ingin mengkaji tahap minat graduan

untuk bekerja dalam industri hospitaliti serta kekangan dan halangan yang dihadapi

oleh golongan ini untuk diterima bekerja. Bagi halangan dan kekangan termasuklah

faktor kekurangupayaan, komunikasi, perasaan rendah diri dan penerimaan industri

terhadap graduan bermasalah pendengaran. Penyelidik ingin melihat sejauhmana

kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran sama ada mereka memperoleh

pekerjaan dalam industri hospitaliti atau pun industri lain.

Page 20: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

12

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian (Sumber: Diadaptasi dari Harun (2007) dan diubahsuai oleh penyelidik mengikut kesesuaian kajian

IMPAK

PENDIDIKAN Pengetahuan Kemahiran Latihan Program

GRADUAN

BERMASALAH PENDENGARAN

BIDANG HOSPITALITI

MINAT

BEKERJA DALAM INDUSTRI

HOSPITALITI

HALANGAN DAN KEKANGAN

Kekurangupayaan Komunikasi Perasaan Rendah

Diri Penerimaan

Industri

BEKERJA DALAM INDUSTRI LAIN

HALANGAN DAN

KEKANGAN Kekurangupayaan Komunikasi Perasaan Rendah

Diri Penerimaan

Industri

TIDAK

BEKERJA

Page 21: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

13

1.10 Definisi istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisi dalam kajian ini:

1.10.1 Kebolehpasaran

Menurut Dacre Pool dan Sewell (2007) kebolehpasaran bermaksud mempunyai satu

set kemahiran, pengetahuan, kefahaman dan sifat-sifat peribadi yang membuatkan

seseorang lebih cenderung untuk memilih dan mendapatkan pekerjaan yang

memuaskan hati mereka dan berjaya dalam kerjaya yang dipilih itu.

1.10.2 Bermasalah pendengaran

Masalah pendengaran sebagaimana yang didefinisikan oleh Akta Pendidikan

Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act,

IDEA, 2001) bererti "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak

tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada

dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian

pendidikannya"(Apling, 2002). Seseorang yang mengalami masalah pendengaran

secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa

pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat

linguistik menerusi pendengaran. (Brill, 1986).

1.10.3 Pendidikan Khas

Menurut Chua (1992) pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual

dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal,

alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang

dibuat ini semata-mata untuk menolong individu berkeperluan khas untuk mencapai

kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka

berdikari. Pendidikan khas bagi konteks kajian ini adalah merujuk kepada program

Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel & Katering.

Page 22: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

14

1.10.4 Industri hospitaliti

Industri hospitaliti merujuk kepada bisnes dan urusan yang berkaitan dengan

penginapan, pelancongan, hiburan dan rekreasi, pengankutan, perkhidmatan

penerbangan, kapal mewah dan pengendali lawatan (Kotler, 2003).

1.10.5 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep yang digunakan dalam kajian ini telah diadaptasi daripada Model

Kebolehpasaran Graduan Berkeperluan Khas yang dibangunkan oleh Harun (2007).

Kerangka teori ini juga telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian ini.

Bagi mengakaji impak pendidikan Kemahiran Khas Politeknik dalam

Pengurusan Hotel dan Katering terhadap graduan bermasalah pendengaran,

pengumpulan data dibuat melalui 4 aspek iaitu aspek pengetahuan, kemahiran,

latihan, dan program. Keempat-empat aspek ini telah diadaptasi dan diubahsuai

daripada kajian yang dijalankan oleh Mohd Zahari et.al (2010). Definisi istilah bagi

keempat-empat aspek yang digunakan dalam kajian ini adalah:

(i) Pengetahuan

Sesuatu yang diperoleh melalui pengalaman yang dapat mengubah seseorang

sehingga mampu membuat sesuatu dengan lebih berkesan (Drucker, 1989).

(ii) Kemahiran

Kemahiran merupakan kebolehan yang diskrit, iaitu sesuatu yang diperolehi oleh

seseorang individu dan kebolehannya untuk melaksanakan pelbagai aktiviti

menggunakan intelektual dan melakukan kerja-kerja sosial (Bailey, 2004).

(iii) Latihan Industri

Menurut Kamus Dewan (2005), latihan ialah aktiviti yang dilakukan secara

berulangkali khusus untuk mengasah kemahiran atau membiasakan diri dengan

sesuatu perkara. Industri pula bermaksud sektor yang menjalankan aktiviti pekerjaan.

Page 23: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

15

Latihan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah latihan yang perlu dijalani oleh

pelajar Politeknik bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan

dengan keadaan sebenar di sektor industri (Portal Rasmi Jabatan Pengajian

Politeknik, 2012).

(iv) Program Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel dan Katering

Program ini merupakan program berasaskan kemahiran untuk pelajar cacat

pendengaran dengan tujuan untuk melengkapkan diri mereka dalam persediaan

memasuki bidang kerjaya termasuk di dalam industri hospitaliti. Program ini

mendedahkan pelajar kepada asas pengurusan hotel dan katering dalam aspek teori

dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, membuat tugasan, projek penulisan dan

katering, kerja makmal, dapur, restoran, bilik dobi serta latihan industri (Jabatan

Pelancongan dan Hospitaliti PIS, 2011).

Kajian ini juga mengkaji minat graduan bermasalah pendengaran dalam

bidang hospitaliti untuk bekerja dalam industri hospitaliti di Malaysia. Minat yang

dimaksudkan dalam kajian ini ialah sumber motivasi yang mendorong seseorang

untuk melakukan apa yang ingin dilakukan ketika bebas memilih. Sesorang akan

menjadi berminat ketika sesuatu itu dirasakan bermanfaat dan akan mendatangkan

kepuasan (Hurlock, 1993).

Seterusnya bagi halangan dan kekangan yang menghadkan peluang pekerjaan

kepada graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti pula

mengandungi empat faktor halangan. Empat faktor ini telah diadaptasi daripada

kajian Mohd Zahari et.al (2010) dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian ini.

Definisi istilah bagi keempat-empat faktor halangan yang digunakan dalam kajian ini

adalah:

(i) Kekurangupayaan

Mengikut Akta Orang Upaya 2008, OKU termasuklah mereka yang mempunyai

kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila

berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan

berkesan mereka dalam masyarakat. Kekurangupayaan dalam kajian ini merujuk

Page 24: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

16

kepada individu yang termasuk dalam golongan OKU kategori kurang upaya

pendengaran.

(ii) Komunikasi

Komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur,

penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca,

pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir)

mesej tersebut (Masri 1997).

(iii) Rendah Diri

Menurut (Rubino 2003), rendah diri bermaksud perasaan tidak selamat dan tidak

selesa dengan diri sendiri atau dengan orang lain.

(iv) Penerimaan industri

Penerimaan industri dalam kajian ini merujuk kepada bagaimana majikan mahupun

sesebuah syarikat menerima dan memberi layanan kepada pekerja bermasalah

pendengaran termasuklah hubungan pekerja bermasalah pendengaran dengan pekerja

lain (Mohd Zahari et.al, 2010).

1.11 Kesimpulan

Secara keseluruhannya bahagian ini memberi gambaran awal mengenai kajian yang

akan dilakukan dengan menghuraikan latar belakang masalah, pernyataan masalah

dan serta menyenaraikan langkah-langkah yang akan dibuat dalam kajian melalui

persoalan kajian dan objektif yang telah ditetapkan.

Page 25: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

17

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur ini dilakukan untuk mencernakan maklumat yang sedia ada

berkaitan dengan kajian pelajar berkeperluan khas, impak pendidikan terhadap

kerjaya, pengaruh minat terhadap kerjaya, halangan dan kekangan yang menghadkan

peluang kerjaya kepada graduan berkeperluan khas, dan kajian-kajian terdahulu

mengenai kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran dalam industri

hospitaliti. Sehubungan dengan itu, kajian yang konsisten dan boleh dipercayai dapat

dihasilkan.

2.2 Kebolehpasaran

Menurut Dacre Pool dan Sewell (2007), kebolehpasaran bermaksud mempunyai satu

set kemahiran, pengetahuan, kefahaman dan sifat-sifat peribadi yang membuatkan

seseorang lebih cenderung untuk memilih dan mendapatkan pekerjaan yang

memuaskan hati mereka dan berjaya dalam kerjaya yang dipilih itu. Yorke dan

Knight (2004) mendefinisikan kebolehpasaran adalah satu set pencapaian kemahiran

mendapat pekerjaan, pemahaman dan sifat-sifat peribadi yang menjadikan graduan

lebih cenderung untuk mendapat pekerjaan dan berjaya dalam pekerjaan yang

mereka pilih, yang memberi manfaat kepada diri mereka sendiri, tenaga kerja,

masyarakat dan ekonomi.

Kebolehpasaran secara ringkasnya bermaksud mampu mendapatkan

pekerjaan dan dapat memenuhi pekerjaan. Manakala maksudnya secara lebih

komprehensif adalah kemampuan untuk bergerak sendiri dalam pasaran buruh dan

dapat merealisasikan potensi diri melalui pekerjaan yang mapan (Hillage dan Pollard

Page 26: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

18

1998). Manakala Universiti Exeter mentakrifkan kebolehpasaran sebagai mekanisme

yang membolehkan pelajar mengembangkan kebolehan mereka untuk digunakan dan

juga menggunakan pelbagai kemahiran dan peluang untuk meningkatkan

pembelajaran akademik mereka sendiri dan membolehkan tahap kebolehpasaran

mereka menjadi tinggi. Menurut Robinson (2000) kebolehpasaran merupakan

kemahiran yang membolehkan kita mendapat pekerjaan, terus kekal dalam syarikat

dan untuk terus maju dalam pekerjaan atau bidang yang diceburi. Kemahiran

kebolehpasaran merupakan kemahiran yang boleh diajar dan ditanamkan.

Seterusnya, Hughes dan Stoner (2000) telah merumuskan bahawa

kebolehpasaran bukan sahaja merujuk kepada persediaan pekerjaan malah meliputi

pemindahan dari alam pendidikan dan latihan ke alam pekerjaan, pemindahan

kemahiran dari satu tempat yang berbeza, pembangunan kemahiran di tempat kerja

dan peralihan dari tempoh pengangguran kepada alam pekerjaan. Terdapat beberapa

model kebolehpasaran graduan yang dibangunkan untuk menilai tahap

kebolehpasaran graduan, menilai keberkesanan sesebuah institusi pengajian tinggi

serta impak pendidikan tinggi terhadap pekerjaan. Model-model kebolehpasaran

dibincangkan pada topik yang seterusnya.

2.3 Model kebolehpasaran graduan

Terdapat beberapa buah model alternatif yang dicipta oleh penyelidik-penyelidik

kajian lepas untuk memahami peranan pihak yang terlibat dalam melaksanakan

kemahiran 'employability’ ke institut pendidikan yang lebih tinggi. Semua pihak

yang berkepentingan termasuklah kerajaan, universiti, majikan dan graduan sendiri

perlu terlibat dalam proses ini. Ini adalah untuk mengetahui keperluan kemahiran,

cara meningkatkan kemahiran dan penyelesaian kepada jurang kemahiran. Antara

beberapa model kebolehpasaran graduan termasuklah:

(i) “The Magic Bullet Model” (Harvey 2001)

Keberkesanan kebolehpasaran graduan sesebuah institusi pendidikan boleh diukur

dengan menggunakan “bullet model” di mana model ini menunjukkan kesan

pendidikan tinggi kepada pekerjaan. Berdasarkan model ini, pelajar mempunyai nilai

kebolehpasaran adalah hasil daripada menjadi seorang pelajar yang kemudiannya

Page 27: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

19

berpindah ke alam pekerjaan. Pelajar memasuki institusi pengajian tinggi di mana

pelajar berpeluang mengembangkan atau membangunkan kebolehpasaran mereka,

apabila tamat belajar meraka perlu bijak menggunakan kemahiran, pengetahuan

pengalaman dan sebagainya yang diperoleh semasa belajar untuk memasarkan diri

mereka. Sekiranya diterima bekerja mereka dikira berjaya mendapatkan pekerjaan.

Model ini juga menyatakan bahawa pendidikan yang lebih tinggi menyediakan

peluang-peluang pelajaran dan pembangunan yang membolehkan graduan

membangunkan kemahiran kebolehpasaran dan seterusnya mendapatkan pekerjaan.

(ii) Model Kebolehpasaran Bennett, Dunne dan Carré (1999)

Bennett, Dunne dan Carré (1999) mencadangkan satu model peruntukan kursus

dalam pendidikan tinggi. Kandungan dalam modelnya termasuklah kandungan

pengetahuan tatatertib, kemahiran tatatertib, kesedaran di tempat kerja dan juga

pengalaman di tempat kerja.

(iii) USEM Model (Yorke and Knight 2004)

Model yang dibangunkan untuk mengukur kebolehpasaran graduan ini mengandungi

empat aspek utama; Understanding iaitu pemahaman, Skills iaitu kemahiran atau satu

amalan yang cekap, Efficiacy beliefs yang merujuk kepada kualiti personal yang

meliputi seperti gaya pembelajaran, persekitaran, keupayaan untuk belajar, berubah

dari semasa ke semasa dan mempunyai asas tahap yang berbeza untuk setiap

individu dan Metacognition iaitu merujuk kepada amalan kognisi.

(iv) Model Kerjaya EDGE (Dacre Pool dan Sewell 2007)

Model ini berkongsi pendekatan holistic kepada rekabentuk kurikulum.

Mengandungi 5 komponen utama iaitu yang pertama tahap pengetahuan mata

pelajaran (Degree subject knowledge) kefahaman dan kemahiran. Elemen ini

merupakan pusat yang utama bagi model ini. Majikan akan mengadili graduan

berasaskan sejauhmana pencapaian mereka setelah tamat kursus yang diikuti.

Elemen kedua, Generic Skills iaitu kemahiran generik dikenali juga sebagai

kemahiran teras, kemahiran utama atau kemahiran yang boleh dipindahkan. Contoh

Page 28: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

20

kemahiran generik termasuklah penyesuaian / fleksibiliti, kesediaan untuk belajar,

bekerja dalam satu pasukan komunikasi yang baik (lisan dan bertulis) dan juga

kemahiran numerasi. Emotional Intelligence, iaitu kepintaran emosi yang ditakrifkan

sebagai kapasiti untuk mengiktiraf perasaan kita sendiri dan orang-orang yang lain,

untuk memotivasi diri kita, dan untuk menguruskan emosi kita baik dalam diri kita

dan dalam hubungan dengan orang lain. Elemen kelima ialah Experience iaitu

pengalaman. Ini termasuklah pengalaman kerja dan kehidupan. Pengalaman kerja

(graduan yang mempunyai pengalaman kerja lebih cenderung untuk mendapatkan

pekerjaan daripada graduan yang tiada pengalaman kerja). Seterusnya pengalaman

hidup yang lebih luas pula akan menjadikan pelajar lebih matang.

Seterusnya lima elemen ini akan membawa kepada refleksi dan penilaian.

Pelajar disediakan dengan peluang-peluang untuk mendapatkan kemahiran,

pengetahuan, kefahaman dan sifat adalah penting, tetapi begitu juga menyediakan

peluang untuk renungan dan penilaian pengalaman pembelajaran yang telah berlaku

atau pun lebih dikenali dengan perancangan pembangunan peribadi. Ini dipengaruhi

dengan keberkesanan diri sendiri, keyakinan diri dan harga diri (self-esteem) pelajar

tersebut. Kemudian barulah mereka boleh memasuki peringkat kebolehpasaran.

Setelah meneliti model-model kebolehpasaran graduan, dapatlah dirumuskan

bahawa sesebuah institusi pengajian tinggi menyediakan peluang pembangunan

pekerjaan yang membolehkan graduan membangunkan kebolehpasaran diri mereka

sendiri dan seterusnya mendapatkan kerja di industri. Pendidikan yang diperoleh

memberi impak terhadap kebolehpasaran graduan dalam industri seterusnya terhadap

kerjaya mereka dalam industri.

2.4 Pendidikan khas

Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk individu yang berkeperluan

khas. Golongan yang berkeperluan khas ini termasuklah golongan yang mempunyai

masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal serta bermasalah

pembelajaran termasuklah golongan pintar cerdas. Matlamat pendidikan kepada

golongan kurang upaya ini adalah agar mereka menjadi insan yang mampu berdikari,

berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan

negara (Mohamed, 2005).

Page 29: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

21

Sebestian (1992) menyatakan tujuan utama pendidikan khas masa kini adalah

untuk membolehkan mereka hidup dengan berdikari mengikut kebolehan masing-

masing. Fokus utama ialah bagi membolehkan pelajar kurang upaya berintegrasi

dalam komuniti dengan sepenuhnya. Mereka berhak untuk mendapat ‘suatu

kehidupan yang penuh dengan normal iaitu dengan bantuan yang penuh atau separuh

penuh mengikut kekurangan kendiri individu itu.

2.5 Industri hospitaliti

Hospitaliti berasal dari perkataan Latin “hospitare” yang membawa makna

persediaan menerima kunjungan tetamu dengan menyediakan makanan dan

minuman, perkhidmatan pengankutan dan juga tempat penginapan Dittmer (2003)

Kamus Oxford (2005) pula mendefinisikan hospitaliti sebagai perlakuan yang ramah

dan baik terhadap tetamu. Dalam kata lain, hospitaliti ialah memberi layanan mesra

dan menerima dengan tangan terbuka pelanggan yang dikenali atau tidak secara sama

rata. Bagi kebanyakan orang, industri ini lebih kepada memberi perkhidmatan,

layanan yang sopan dan mesra kepada pelanggan.

Namun, dalam skop yang lebih luas, industri hospitaliti merujuk kepada

perniagaan dan urusan yang berkaitan dengan penginapan, palancongan, hiburan dan

rekreasi, pengangkutan, perkhidmatan penerbangan, kapal mewah, keretapi, sewa

kenderaan dan pengendali lawatan tour operator (Kotler, 2003).

2.6 Perkembangan industri hospitaliti di Malaysia

Menurut Ismail (2006) sektor hospitaliti di Malaysia telah diberi perhatian serius

oleh pihak kerajaan sejak pertengahan tahun 1980-an. Kepesatan perkembangan

industri ini bermula sejak Rancangan Malaysia kedua ekoran daripada kebimbangan

pergantungan yang kuat kepada komoditi utama seperti petroleum, minyak kelapa

sawit, getah asli dan kayu balak. Kini industri ini telah menjadi salah satu di antara

industri terpenting yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu

menjadi penyumbang utama pendapatan wang asing negara, pendapatan pelancong,

imbangan pembayaran, peluang guna tenaga, pembangunan industri sokongan

(makanan, pengangkutan, dan industri desa) dan pembangunan wilayah.

Page 30: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

22

Tambahnya lagi, industri ini menjanjikan pulangan lumayan kepada sesebuah

yang mempunyai sumber atau produk pelancongan yang pelbagai. Perkembangan

pesat industri ini boleh dilihat melalui pertambahan bilangan pelancong yang datang

ke dalam negara. Pada tahun 2000 jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia telah

dianggar akan mencapai 10 juta orang. Namun begitu, menurut Laporan Lembaga

Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), jumlah sebenar telah melebihi

jangkaan tersebut iaitu mencapai sebanyak 11 juta orang pelancong. Ini merupakan

satu peningkatan yang agak baik yang mana peratusan meningkat ialah sebanyak

28.9 peratus berbanding tahun 1999 iaitu seramai 793, 149 orang.

Selain itu, pertumbuhan pesat industri ini juga telah menjadikan Malaysia

sebagai salah sebuah negara yang maju dalam bidang pelancongan dengan sumber

pendapatan tukaran matawang asing kedua terbesar dengan peningkatan perolehan

sebanyak 40.7 peratus pada tahun 2000. Pertumbuhan ini banyak dipengaruhi oleh

pergerakan pertumbuhan sektor pelancongan domestik di samping pelancongan

antarabangsa. Dalam masa yang sama, dianggarkan terdapat lebih daripada 1000

agensi pelancongan mempunyai lebih kurang 9939 orang pekerja bersedia untuk

menampung pengurusan dan meraikan kedatangan para pelancong (Jabatan Statistik

Malaysia, 2000).

Oleh itu, dalam usaha untuk memastikan negara terus kukuh sebagai salah

sebuah negara maju dalam industri ini, strategi yang kemas dan bersepadu amat perlu

untuk mempertingkatkan lagi tahap profesionalisme, jenis dan kualiti perkhidmatan

pelancongan yang disediakan oleh para pengusaha pelancongan tempatan. Program

pendidikan dan latihan yang khusus mengenai kemahiran serta pengetahuan tentang

nilai tradisional dan budaya tempatan perlu diberikan kepada pekerja yang terlibat

dalam sektor ini seperti pemandu palancong, pekerja barisan hadapan kaunter

pertanyaan, pihak pengurusan hotel dan restoren supaya mereka dapat

menyampaikan maklumat dan perkhidmatan yang tepat dan lengkap kepada para

pelancong (Ridzuan, 2000).

2.7 Pendidikan dalam industri hospitaliti

Nelson A.A dan Dopson, (2001) berpendapat pendidikan dalam bidang hospitaliti

wujud sebagai salah satu usaha bagi memenuhi keperluan semasa industri hospitaliti

dan pelancongan yang mana memerlukan pekerja yang cekap seiring dengan

Page 31: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

23

standard yang telah ditetapkan oleh industri tersebut. Wood (2003) pula menyatakan,

faktor utama kejayaan dalam industri hospitaliti ialah dengan lahirnya graduan yang

berkualiti dan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh industri.

Dengan pertambahan pelancong yang masuk ke negara ini, ia telah memberi

implikasi yang besar kepada struktur guna tenaga dalam industri hospitaliti dan

pelancongan (Norliza, 2000). Di atas kesedaran dan kepekaan ini, Kementerian

Pendidikan Tinggi telah mewujudkan beberapa kursus dalam bidang Pengurusan

Hotel dan Katering dan juga bidang Pengurusan Pelancongan pada peringkat Sijil

dan juga Diploma di beberapa buah politeknik. Kursus yang ditawarkan di jabatan ini

menekankan pada aspek kognitif, psikomotor dan estetika di samping meningkatkan

lagi kreativiti, inovasi serta keyakinan diri pelajar. Para pelajar bukan sahaja

memperolehi ilmu dari tenaga pengajar yang pakar dari jabatan ini, malahan mereka

juga berpeluang mengalami keadaan kerja sebenarnya melalui program latihan

sambil belajar.

Dalam usaha politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangani

masalah pengangguran di kalangan pelajarnya, maka institusi pengajian ini telah

mensyaratkan setiap pelajar harus menjalani program Latihan Industri. Latihan

Industri (LI) merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik yang mesti

dipenuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan sijil atau diploma dalam

pengajian mereka. LI bertujuan memberi pendedahan tentang suasana kerja yang

sebenar serta menghubungkaitkan kefahaman teori dan amali yang telah dipelajari.

Pelajar politeknik KPT akan menjalani latihan industri mereka pada semester 3 bagi

kursus sijil dan semester 5 bagi kursus diploma. Antara objektif LI adalah untuk

memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis pekerjaan, suasana persekitaran

dan suasana kerja yang sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti.

Dengan itu mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang

telah mereka perolehi di politeknik seterusnya mengaplikasi segala teori yang

dipelajari tersebut pada bidang kerja (Kementerian Pengajian Tinggi, 2008).

Asas kepada kerjaya yang berkualiti sebenarnya terletak kepada keupayaan

institusi pengajian memantapkan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam diri

pelajar sebelum memasuki alam pekrjaan. Oleh itu, peranan utama yang perlu

diutamakan oleh pihak institusi ialah dengan menyediakan kurikulum program yang

relevan dan membekalkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan

dengan kursus yang diambil.

Page 32: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

24

2.8 Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering)

Peningkatan keprihatinan oleh kerajaan Malaysia mengenai kepentingan memberi

bimbingan kerjaya dan latihan untuk individu-individu khususnya lepasan SPM

berkeperluan khas. Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan program

berterusan berasaskan kemahiran untuk pelajar cacat pendengaran dengan tujuan

untuk melengkapkan diri mereka dalam persediaan memasuki bidang kerjaya

termasuk di dalam industri hospitaliti bermula pada tahun 2003.

Program ini mendedahkan pelajar kepada asas pengurusan hotel dan katering

dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, membuat tugasan,

projek penulisan dan katering, kerja makmal, dapur, restoran, bilik dobi serta latihan

industri. Pelajar digalakkan mengikuti program bekerja sambil belajar yang

dikendalikan oleh pihak politeknik dan sektor swasta. Program yang ditawarkan ini

memberi penekanan seimbang untuk teori dan amali yang berkaitan dengan

perkembangan di sektor industri ini.

Program pengajian antara lain meliputi pengetahuan dan kemahiran di

bahagian operasi seperti kaunter perkhidmatan, pengemasan, mendobi, dapur dan

restoran.Kursus sokongan seperti Komunikasi Interpersonal, Makanan dan

Pemakanan, Sanitasi, Pemasaran, Perakaunan dan Aplikasi Komputer akan juga

diberi penekanan. Pelajar juga akan didedahkan kepada prinsip dan amalan

pengurusan seperti Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan Pengurusan,

Pemasaran Strategik, Pengurusan Kos, Penyeliaan Penyenggaraan dan Undang-

Undang Hospitaliti.

Menyedari kepentingan latihan industri iaitu untuk melatih para pelajar

menggunakan kemahiran kebolehpasaran yang dimiliki dengan berkesan sewaktu

melaksanakan tugasan di tempat kerja, Jabatan Hospitaliti telah mewajibkan semua

pelajar di bawah jabatan tersebut untuk menjalani LI selama satu semester penuh

iaitu selama 6 bulan di agensi-agensi yang berkaitan dengan bidang pengkhususan

masing-masing (Unit Perhubungan Dan Latihan Industri Politeknik).

Antara kemahiran kebolehpasaran yang boleh ditingkatkan dalam industri ini

adalah seperti kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, kemahiran bekerja dalam

kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kreatif, berkpeimpinan, kemahiran

pengurusan masa dan juga penerapan budaya (Jabatan pengajian Politeknik). Kajian

yang dijalankan oleh Jelani (2007) mendapati perlaksanaan Latihan Industri dalam

Page 33: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

79

RUJUKAN

Abdullah (2007). The Linkage of Employee Satisfaction and Loyalty in Hotel

Industry in klang Valley, Malaysia. Universiti Teknologi MARA.

Abdullah, F. Z. (1988). Pandangan Masyarakat Terhadap Orang Cacat

pendengaran. Maktab perguruan Ilmu Khas.

Ahmad Zanzali, N.A., Rahmat.,N.(2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pemilihan Kerjaya Perguruan di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti

Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Apling, R. (2002). The Individuals With Disabilities Education. CRS Report for

Congress.

Baharom Mohamad. (2011). Teknologi Komunikasi dan Maklumat Dalam Program

Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. Kota Kinabalu:

UMS.

Bailey, T.R. Working Knowledge - Work Base Learning and Education Reform. New

York: Routledgefalmer, 2004.

Bennett, N, E Dunne, and C Carré. " Patterns of core and generic skills provision in

higher education." Higher Education, 1999: 71-93.

Berita Harian Online . (2011, March 25). Retrieved December 12, 2011, from

Bharian : http://www.bharian.com.my

Berita Harian Online. (2010, April 6). Retrieved Disember 7, 2011, from Bharian:

http://www.bharian.com.my/

Blog Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Retrieved December 10, 2011,

from buletinkpm.blogspot: http://buletinkpm.blogspot.com/

Brill, R. M. (1986). Framework For Appropriate programs For Deaf Children.

American Annals of The Deaf, 131 , 65-67.

Buntat, Yahya, Osman, Asadul khair. (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Belia Melayu di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Memilih Sektor

Pertanian Sebagai Satu Kejaya. Kota Tinggi .

Page 34: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

80

Campbell, I. (1996). Cases in disabilty. Management development Rev 9(5), 22-24.

Chua Tee Tee, K. B. (1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Corporate Tourism. (2011). Retrieved December 12, 2011, from Tourism malaysia:

http://corporate.tourism.gov.my

Creswell J.W. (2002). Qualitative Inquiry And Research Design . London : SAGE

Publications.

Cruickshank, W. &. (1975). Eduction of Exceptional Children and Youth. Upple

Saddle River: Prentice Hall.

Dacre Pool, L, dan P Sewell. "The key to employability: developing a practical

model of graduate employability." Education & Training, 2007: 277 – 289

Disun, S.A., Minghat, A.D. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan

Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di Daerah Muar, Johor. Johor: Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Dittmer, P. (2003). Dimensions of the Hospitality Industry. New York: John Wiley

and Sons Inc.

Drucker, Peter Ferdinand. The New Realities. Transaction Publisher, 1989.

Gallaudet University,. (1995). Gallaudet Research Institute. Retrieved December 8,

2011, from Gallaudet Research Institute.

Gunn, F. (1979). Tourism Planning. New York : Crane Russak.

Hadi, S. A. (2008). Persepsi Industri Hospitaliti Terhadap Kualiti Dan Tahap

Penguasaan Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Master's Thesis.

Hamdi, M. A. (2006). Turnover Intentions of Hotel Employees: The Role of Human

Resources Management, Practices, Trust In Organization and Effective

Commitment

Haq, dan Faridah Serajul. "Career and Employment Opportunities For Women With

Disabilities in Malaysia." Asia Pasific Disability Rehabiliation Journal, 2003.

Harian Metro Online. (2011, Jun 9). Retrieved December 7, 2011, from MyMetro:

http://www.hmetro.com.my/

Haron, R. (2009, Disember 26). Strategi Pemilihan Kerjaya. Retrieved Disember 24,

2011, from http://www.kaunselingkerjaya.com

Harvey, L. "Defining and measuring employability." Quality in Higher Education,

2001.

Page 35: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

81

Hillage, J, and E Pollard. "Employability: Developing a Framework for Policy

Analysis." Department for Education and Employment, 1998.

Hiyang, T. K. (2008). Pembangunan Profil Kemahiran Generik Terhadap Graduan

Hospitaliti. Universiti Tun Hussein Onn.

Holland, J. (1973). Making Vocational Choices: A Theory of Personalities Type and

Model Environment. Waltham : Massachusetts, Blaisdell

Hughes, M, dan F.Stoner. "Understanding and Sustaining Employability." Learning

and Skills Development Agency. London: LSDA, 2000.

Hurlock. B., E. (1993). Perkembangan Anak Jakarta. Erlangga .

Ibrahim, Y. (2007). “Pemerkasaan Industri Pelancongan.” dalam Utusan Karya

(2007) "Pemikir". Kuala Lumpur: Utusan Karya.

Idris, Noraini. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, 2010.

Illinois State Board of Education. "Illinois workplace skills assessment 2001 -2002.

An information bulletin for secondary schools and community colleges. ."

Workforce Preparation Partnerships Division., 2002.

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara. (2003). Kajian Masalah

Pengangguran di Kalangan Siswazah. Pulau Pinang: Institut Penyelidikan

Pendidikan Tinggi Negara.

Ismail, N. I. (2006). Persepsi Keselamatan Pelancong di Kawasan Ekopelancongan

KajianKes: Taman Negara, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia.

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS. 2011. http://www.pis.edu.my (accessed

November 15, 2011).

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2008). Retrieved Disember 24, 2011, from

Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia: http://docs.jpa.gov.my/

Jamila, K. M. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

Lumpur: PTS Publications & Distributiors Sdn. Bhd.

Jelani, a. (2007). Perlaksanaan Latihan Industri Dalam Meningkatkan

Kebolehkerjaan: Satu Kajian Kes Pelajar-Pelajar di Politeknik Johor Bahru.

Universiti Tun Hussein Onn.

Kamus Dewan Edisi Ke Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Kaniappan, S. A. (1996). Aspirasi Pekerjaan Di Kalangan Pelajar Cacat

pendengran: Satu Kajian kes di Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Vokasional. Shah Alam: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 36: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

82

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.

Kuala Lumpur.

Kementerian Pelancongan Malaysia. (2011). Retrieved Disember 18, 2011, from

Corporate Tourism: http://www.tourism.gov.my/

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan . (2010). Retrieved

Disember 20, 2011, from Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi

dan Kebudayaan : http://www.kpkk.gov.my/

Kementerian Sumber Manusia . (2011). Retrieved December 8, 2011, from Laman

Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia : http://www.mohr.gov.my/

Kilpatrick, S & Allen,K. "Review of research: factors influencing demand for

vocational education and training courses." Kensington: National center

vocational education research., 2001.

Konting, Mohd Majid. "Kaedah Penyelidikan Pendidikan." Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2005.

Koon, C. T. (1992). Pendiddikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kotler. P., B. J. (2003). Marketing For Hospitality and Tourism Third Edition. New

Jersey: Prentice Hall Publishing.

Leon, J. & Borchers, R.E. "High school graduate employment trends and the skills

graduates need to enter Texas manufacturing industries." Journal of

vocational and technical education, 1998.

Mamat, S. R. (2002). Kajian Terhadap Aspirasi Kerjaya Di Kalangan Pelajar

Bermasalah Pendengaran Di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Kota

Bharu, Kelantan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Masri, Suliman. Komunikasi Berkesan: penulisan berita, rencana, ulasan. Fajar

Bakti, 1997.

Meng, E. A. (1995). Psikologi Pendidikan: Psikologi perkembangan Semester 1.

Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Merriam, and Sharan.B. Qualitative Research in Practice: Examples for discussion

and analysis. Jossey-Bass, 2002.

Minghat, A.D., Mansor, N.Z. (2010). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya . Pulau Pinang: Universiti

Teknologi Malaysia.

Page 37: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

83

Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

Lumpur : PTS Publications & Distributions Sdn Bhd.

Mohamed., J. K. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Bentong:

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Embul, Hellen Unyan. "Kurikulum Pengurusan Hotel dan Katering: Satu

Analisis Terhadap Elemen-Elemen Kemahiran Kerjaya dan Sahsiah Diri."

Kolej Universiti Tun Hussein Onn, 2001.

Mohd Hanafi Mohd Yasin, L. M. (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasioanal Untuk

Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.

Mohd Najib, A. G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Mohd Salleh,N., Abdullah, K.,Buang, N.A. (2001). Job Opportunities for Special

Needs Population In Malaysia. Jurnal Pendidikan. Jilid 27 , 77-85.

Mohd Zahari, M.S, Mat Yusoff, N., Jamaluddin, M.R., Mohd Radzi, S.,Othman, Z.

(2010). The Employability of The Hearing Impaired Graduates in Malaysia

Hospitality Industry. World Applied Sciences Journal 10 (Special Issue of

Tourism & Hospitality): 126-135.

Moores, D. (1987). Educating The Deaf: Psychology, Principles and Practices. Edisi

ketiga. Boston: Houghton Mifflin Company.

Nelson A.A & Dopson, L. (2001). Future Hotel education: Required Skills and

Knowledge for Graduates of U.S Hospitality Programs beyond The Year

2000- Part 1 . Hospitality Research Journal 19(4).

Newton, Rita, Marcos Ormerod, dan Pam Thomas. "Disabled People's Experiences

in the Workplace Environment in England." Equal Opportunities

International, 2007: 610-623.

Ng. Y.Y (2011, March 30). Program Transformasi Ekonomi. Hala Tuju Untuk

Malaysia .

Noor, Noraini Mohd, dan Sazali Sahiman. "Penerapan Kemahiran Generik Dalam

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah." Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2007.

Parasnis, I. S. (1996). Deaf Adults' Attitudes Toward Career Choices for Deaf and

Hearing People in India. American Annals of The Deaf 141(5) , 333-338.

Piaw, C. Y. (2006). Research Methods. Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Page 38: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

84

Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik. (2011). Retrieved December 10, 2011,

from Jabatan Pengajian Politeknik: http://politeknik.gov.my

Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik. 2012. http://politeknik.gov.my (accessed

Jun 17, 2012).

Portal Rasmi Politeknik Ibrahim Sultan. n.d. www.pis.edu.my (accessed 13 Jun,

2012).

Rashid., A. R. (2005). Professionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raybould, J. V. (2005). Are Graduates Equipped with the Right Skillsin the

Employability Stakes? Journal of Industrial and Commercial Training 37(5) ,

259-26.

Razak, N. T. (2006, September 18). Utusan Malaysia Online. Retrieved Disember

12, 2011, from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/

Ridzuan, N. (2000). Komunikasi Berkesan Di Kalangan Pekerja-Pekerja Industri

Pelancongan. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.

Robinson, J.P.(2000). What Are Emploayability Skills? In The Alabama Cooperative

Extension System. Alabama A&M and Auburn University.

Robson, C. (2002). Real World Research: A Resource for social scientists and

practitioners-researchers (2n ed). Oxford : Blackwell.

Rubino, Dr Joe. Restore Your Magnificence: A Life-Changing Guide to Reclaiming

Your Self-Esteem. Vision Work Publisher, 2003

Safani Bari, M. M. (2006). Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan

Murid-Murid. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Said, A. M. (2000). Laporan Seminar Pendididkan Khas Peringkat Kebangsaan 2000.

Pendiddikan Khas Dalam Sistem Pendidikan Khas Dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan: Dasar Perlaksanaan Dan Hala Tuju Masa Depan.

Sebestian, S. (1992). Special Education: Current Trends. Jurnal Masalah

Pendidikan. Jilid 16 , 45-63.

Tan Kin Hiyang, A. R. (2007). Career Prospects in Hospitality and Tourism Industry:

An overview. Batu Pahat, Johor: CCTET 2007.

The Star Online. (2011, July 17). Retrieved December 12, 2011, from thestar:

http://thestar.com.my/

Thompson, A.R. Career Development Project: Postsecondary Education Programs

for Induviduals with Disabilities. Mississippi State University, 1994.

Page 39: KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH … · viii 1.10 Definisi Istilah 13 1.10.1 Kebolehpasaran 13 1.10.2 Bermasalah pendengaran 13 1.10.3 Pendidikan khas 13 1.10.4 Industri hospitaliti

85

W.Creswell, J. (1998). Qualitative Inquiry And Research Design: Choosing Among

Five Traditions. Sage Publications, Inc.

W.Ingandls, S.Rouse, dan P.Worsfold. "Employement of The Disabled in The Hotel

and Catering Industry: Aesssumptions and Realit." International Journal Of

Hospitality Management, 1991: 27-287.

W.Ingandls, S.Rouse, dan P.Worsfold. "Employement of The Disabled in The Hotel

and Catering Industry: Aesssumptions and Realit." International Journal Of

Hospitality Management, 1991: 27-287.

Williams, Bridget, Phil, dan Jhon Evesley. "Experiences and Expectations of

Disabled People." A Research Report for the Office for Disability Issues, 2005.

Williams, Bridget, Phil, dan Jhon Evesley. "Experiences and Expectations of

Disabled People." A Research Report for the Office for Disability Issues,

2005.

Yorke, M, dan P Knight. Learning, Curriculum and Employability in Higher

Education. London: RoutledgeFalmer, 2004.

Yusoff, Mohd Abdullah Mohamed. "Jangan Pinggir Mahasiswa OKU." Harakah

Daily, 2012.