sistem pendengaran

21
Muka depan

Upload: fariha-muhamad

Post on 12-Apr-2016

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

UJIAN PENDENGARAN

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PENDENGARAN

Muka depan

Page 2: SISTEM PENDENGARAN

Isi kandungan

Page 3: SISTEM PENDENGARAN

penghargaan

Page 4: SISTEM PENDENGARAN

pendahuluan

Page 5: SISTEM PENDENGARAN

TUGASAN 1: UJIAN PENDENGARAN

Maklumat Responden

Aspek KeteranganJantina : Perempuan

Umur : 22 tahun

Kesihatan Responden : Responden mengalami selsema pada hari ujian

dilakukan.

Kesihatan Telinga : Dinding salur telinga kiri (bahagian bawah) mengalami

luka dan terdapat kesan kemerahan. Responden

menyatakan beliau akan sakit telinga semasa mencuci

telinga.

Kesihatan Hidung : Responden mengalami hidung tersumbat kerana beliau

sedang selsema ketika ujian dilakukan.

Kesihatan Tekak : Berkeadaan baik dan tidak mengalami batuk.

Sejarah Kelahiran : Responden menyatakan bahawa tiada masalah kesihatan

ketika kelahiran.

Latar Belakang Keluarga : Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah

pendengaran.

Page 6: SISTEM PENDENGARAN

Ujian Pendengaran – Pemeriksaan Keadaan Telinga Luar

Ujian pendengaran dijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan telinga responden.

Ujian ini dimulakan dengan memeriksa salur telinga beliau. Untuk melaksanakan ujian ini,

satu alatan khas telah digunakan. Alatan tersebut adalah alat otoskop.

Rajah 1 Otoskop Rajah 2 Otoskop dan tempat simpanan

Otoskop adalah alat perubatan yang digunakan untuk melihat ke dalam telinga. Alat ini

digunakan oleh doktor dan juga pakar telinga untuk mengetahui keadaan di dalam salur

telinga (telinga luar) pesakit. Melalui otoskop, doktor akan dapat melihat keadaan telinga

luar sehingga gegendang telinga (membran timpanik) iaitu kawasan telinga tengah.

Sebelum memulakan ujian, telinga responden diukur pada bahagian luar dengan

menggunakan spekula bagi menentukan saiz spekula yang sesuai dengan telinga

responden. Penggunaan saiz spekula yang sesuai adalah penting bagi memastikan panjang

spekula dapat membantu untuk melihat telinga luar dan telinga tengah respoenden. Panjang

spekula juga perlu sesuai agar spekula tidak mencederakan salur telinga beliau.

Rajah 3 Spekula telinga

Page 7: SISTEM PENDENGARAN

Rajah 4 Cara penggunaan otoskop

Pemeriksaan telinga telah dilakukan terhadap telinga kiri dan kanan responden dengan

menggunakan otoskop.

Rajah 5 Cuping telinga responden

Didapati bahawa cuping telinga pesakit pada kedua-dua belah adalah berkeadaan baik.

Cuping telinga responden pada kedua-dua belah juga terbentuk dengan sempurna.

Pemeriksaan telinga dimulakan dengan telinga kiri terlebih dahulu didikuti telinga kanan.

Sewaktu pemeriksaan telinga dijalankan, didapati bahawa salur telinga responden

mengalami luka kecil kerana terdapat kesan luka berwarna merah pada dinding salur telinga

beliau. Kesan luka itu terdapat pada sebelah bawah dinding salur telinga tersebut.

responden menyatakan bahawa sewaktu beliau mencuci telinga dengan menggunakan

cotton bud, beliau akan merasa sakit sekiranya cotton bud dihalakan pada dinding bawah

salur telinga. Luka ini berkemungkinan terjadi semasa mencuci telinga. Responden juga

Cara memeriksa dan memegang

Gegendang telinga

Salur telinga

Otoskop

Page 8: SISTEM PENDENGARAN

menyatakan bahawa beliau mencuci telinga pada setiap hari. Kekerapan mencuci telinga

juga mungkin menjadi faktor utama kecederaan pada salur telinga. Di samping itu juga, cara

mencuci telinga sama ada secara kasar juga merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan berlakunya kecederaan pada telinga.

Sewaktu pemeriksaan telinga dijalankan, turut didapati bahawa salur telinga responden

adalah agak panjang kerana masa yang agak lama diambil untuk mengenalpasti gegendang

telinga. Di salur telinga responden juga didapati mempunyai bulu telinga yang banyak.

Gegendang telinga responden didapati berada dalam keadaan sihat kerana gegendang

tersebut berwarna putih seakan mutiara serta bersinar dan memantulkan balik cahaya

daripada lampu otoskop itu.

Rajah 7 Kesan luka pada dinding salur telinga kiri

Rajah 8 Gegendang telinga yang berwarna putih bersinar seakan-akan mutiara (shiny white pearl)

Page 9: SISTEM PENDENGARAN

Sewaktu memeriksa salur telinga kanan, didapati salur telinga beliau berada di

dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan pada dinding salur telinga. Di salur telinga kanan

turut terdapat bulu telinga yang banyak dan halus. Gegendang telinga pada telinga kanan

mudah dikesan dan ianya berwarna putih seakan mutiara serta memantulkan cahaya

daripada otoskop.

Luka pada dinding salur telinga

Gegendang telinga

Rajah 9 Ilustrasi salur telinga kiri

Bulu telinga

Rajah 10 Gegendang telinga kanan yang bersinar putih seakan-akan mutiara (shiny-white pearl)

Arah pergerakan bunyi

Page 10: SISTEM PENDENGARAN

Gegendang

telinga

Bulu telinga

Rajah 11 Ilustrasi salur telinga kanan

Arah pergerakan bunyi

Page 11: SISTEM PENDENGARAN

Ujian Pendengaran - Pemeriksaan Tahap Pendengaran

Pemeriksaan tahap pendengaran adalah penting dilakukan untuk menentukan jenis

dan tahap kepekakan seseorang. Pemeriksaan atau ujian ini dilakukan untuk menilai fungsi

keseluruhan pendengaran individu serta untuk mengesan sebarang masalah pendengaran

dan kerosakan yang mungkin berlaku pada bahagian dalam telinga individu. Terdapat

beberapa jenis ujian pendengaran yang dijalankan untuk menentukan tahap pendengaran

individu, antaranya adalah :

1. Ujian audiometri nada tulen (Pure-tune Audiometry)

2. Ujian audiometri konduksi udara (Air-conduction Audiometry)

3. Ujian audiometri konduksi tulang (Bone-conduction Audiometry)

4. Ujian audiometri impedens (Impedance Audiometry)

5. Play Audiometry

6. Evoked Respone Audiometry (ERA)

7. Tympanometry

8. Acoustic Reflex Testing

9. Otoacoutic Emission (OAE)

10. Behavioral Observation Audiometry (BOA)

11. Audotory Brainstem Respone (ABR)

12. Visual Reinforcement Audiometry (VRA)

13. Auditory Steady-State Responses (ASSR)

Ujian audiometri nada tulen telah digunakan untuk menguji tahap pendengaran

responden pada kali ini dan diuji dengan menggunakan berbagai jenis frekuensi. Ujian ini

dilakukan dengan menggunakan audiometer. Audiometer adalah merupakan satu

instrument elektronik dan mempunyai beberapa butang untuk memudahkan pemilihan

frekuensi nada yang diperlukan. Frekuensi yang digunakan adalah 125Hz (paling rendah)

sehingga 8000Hz (paling tinggi). Untuk menyalurkan tenaga bunyi yang dihasilkan oleh

audiometer ke dalam salur telinga dengan baik, fon telinga telah digunakan. Fon telinga ini

juga bertindak sebagai penghalang bunyi-bunyi yang tidak diperlukan memasuki salur

telinga responden. Sekiranya responden menggunakan fon telinga yang tidak sesuai

dengan saiz telinga beliau, berkemungkinan keputusan daripada ujian audiometri ini akan

menghasilkan ralat dari segikejituan tahap pendengaran beliau. Responden dipakaikan fon

telinga yang berbeza warnanya. Fon telinga untuk telinga kanan adalah berwarna merah

dan fon telinga kiri adalah berwarna biru.

Page 12: SISTEM PENDENGARAN

Rajah 12 Audiometer Rajah 13 Fon kepala

Bacaan yang diperolehi daripada audiometer dipindahkan ke audiogram. Audiogram

adalah catatan grafik (graf) hasil daripada bacaan nilai frekuensi dan desible yang diberikan

kepada responden melalui audiometer. Graf audiogram ini mempunyai dua paksi, iaitu paksi

Y yang mewakili desible (dB) dan paksi X yang mewakili frekuensi (Hz). Bacaan bagi kedua-

dua belah telinga ditanda di atas paksi graf yang sama. Sehubungan itu, untuk

memudahkan bacaan keputusan ujian, bacaan daripada telinga kanan ditanda dengan

bulatan menggunakan pen bewarna merah dan tanda pangkah dengan menggunakan pen

bewarna biru untuk bacaan telinga kiri. Dengan adanya audiogram, tahap pendengaran

seseorang dapat ditentukan dengan lebih mudah dan tepat.

Rajah 14 Contoh audiogram

Page 13: SISTEM PENDENGARAN

Rajah 15 Klasifikasi tahap pendengaran audiogram

Berdasarkan rajah di atas, tahap pendengaran terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama, suara lembut yang merangkumi intensiti di antara -10dB sehingga 35dB.

intensiti bunyi pada tahap bahagian pertama ini adalah di kawasan yang kurang bunyi dan

sunyi. Bahagian kedua pula adalah suara sedang yang merangkumi 40dB hingga 70dB.

Intensiti ini berada dalam kawasan yang yang mempunyai ramai orang dan bunyi yang

banyak seperti di pejabat atau jalan raya. Bahagian terakhir pula mempunyai intensiti bunyi

sebanyak 70dB sehingga 120 dB. Digambarkan bahawa tempat-tempat yang mempunyai

intensiti ini adalah seperti kawasan pembinaan dan juga di kawasan sekitar kawasan kilang.

Rajah 16 Klafikasi frekuensi audiogram

Page 14: SISTEM PENDENGARAN

Rajah 16 menunjukkan klafikasi frekuensi pada audiogram. Frekuensi tersebut

terbahagi kepada dua bahagian iaitu frekuensi rendah dan frekuensi tinggi. Pada bahagian

frekuensi ini, nada bunyi yang dihasilkan adalah kasar dan agak perlahan.nada bunyi yang

terhasil adalah bermula pada frekuensi 0Hz sehingga 1500Hz. Bahagian kedua pula iaitu

frekuensi tinggi yang bermula pada 1501Hz sehingga 8000Hz. Bunyi yang dihasilkan pada

tahap frekuensi tinggi ini adalah nyaring dah kuat.

Tahap Pendengaran Julat dB

Normal Bawah 20

Ringan 20-45

Sederhana 46-70

Teruk 71-90

Sangat teruk 91 dan ke atas

Jadual 1 Ukuran kehilangan pendengaran

Dengan merujuk kepada jadual dalam Jadual 1, terdapat 5 tahap pendengaran yang

dikelaskan mengikut desibel pendengaran. Pada tahap pendengaran normal, individu boleh

mendengar semua jenis bunyi. Pada tahap pendengaran ringan pula, individu mempunyai

kesukaran untuk mendengar bunyi yang perlahan atau terlalu jauh. Pada peringkat tahap

kehilangan pendengaran sederhana, individu didapati hanya mampu untuk mendengar

bunyi yang terhasil dalam lingkungan 1 meter hingga 1.5 meter sahaja. Selain itu, suara

yang kuat perlu digunakan apabila bercakap dengan individu yang tergolong dalam

kumpulna ini. Pada tahap kehilangan pendengaran teruk pula, individu tidak boleh

mendengar pertuturan yang normal kerana mereka hanya boleh mendengar bunyi yang kuat

sahaja. Malah, mereka turut menmpunyai masalah pertuturan yang teruk. Bagi tahap

kehilangan pendengaran yang sangat teruk pula, individu sukar untuk mendengar bunyi

walaupun bunyi yang kuat serta menghadapi masalah pertuturan dan sukar untuk

berinteraksi secara lisan.

Menerusi ujian tahap pedengaran yang dikenakan kepada responden, rajah dan

jadual berikut merupakan keputusan kepada ujian yang telah dijalankan.

Page 15: SISTEM PENDENGARAN

Rajah 17 Keputusan ujian tahap pendengaran

Frekuensi (Hz) Intensiti bunyi (dB)125 40250 45500 40750 351000 451500 352000 353000 304000 256000 158000 0

Jadual 2 Keputusan ujian audiometri telinga kanan.

Frekuensi (Hz) Intensiti bunyi (dB)125 35250 45500 40750 401000 451500 352000 303000 304000 356000 58000 5

Jadual 3 Keputusan ujian audiometri telinga kiri.

Page 16: SISTEM PENDENGARAN

Berdasarkan Jadual 2, responden banyak memberi respon pada tahap bunyi yang

sederhana (rujuk Rajah 15). Pada frekuensi 125Hz sehingga 2000Hz, bacaan intensiti bunyi

yang ditunjukkan adalah di antara 35dB hingga 45dB. Pada tahap ini, frekuensi yang

digunakan adalah tahap frekuensi rendah (rujuk Rajah 16). Ujian diteruskan lagi dengan

menggunakan frekuensi yang lebih tinggi (rujuk Rajah 16) iaitu 3000Hz sehingga 8000Hz.

Pada tahap frekuensi ini, responden mula memberikan respon pada tahap bunyi lembut

(rujuk Rajah 15). Bacaan intensiti bunyi yang ditunjukkan menerusi audiogram adalah di

antara 30dB sehingga 0dB. Jadual 3 pula menunjukkan keputusan ujian audiometri telinga

kiri. Berdasarkan jadual tersebut, didapati ketika frekuensi rendah (125Hz hingga 1500Hz)

dikenakan kepada pendengaran responden, respon terhadap intensiti bunyi yang diberikan

adalah di antara 35dB hingga 45dB. Pada frekuensi yang lebih tinggi pula, iaitu 2000Hz

hingga 8000Hz dikenakan pula, responden memberi respon terhadap intensiti bunyi di

antara 5dB hingga 30dB.

Respon terhadap intensiti bunyi adalah berbeza-beza mengikut frekuensi yang

dikenakan terhadap pendengaran responden. Secara teorinya, semakin tinggi frekuensi,

responden akan memberikan respon pada tahap intensiti bunyi yang rendah. Namun,

apabila dilihat pada keputusan ujian audiogram telinga kiri responden iaitu pada frekuensi

sebanyak 4000Hz dikenakan, respon yang diberikan terhadap intensiti bunyi adalah 35dB.

Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan kepada situasi ini. Salah satu daripadanya adalah

lokasi ujian dijalankan. Ujian audiogram ini telah dijalankan di Bilik Kemahiran Hidup, Blok

Pendidikan Khas, IPGK Ilmu Khas. Blok ini adalah berada berhampiran dengan jalanraya

dan juga berdekatan dengan hospital. Semasa menjalankan ujian ini, keadaan lalu lintas di

jalanraya berhampiran adalah agak lengang, namun masih mempunyai kenderaan yang

melalui kawasan tersebut.

Selain itu, semasa ujian ini dijalankan responden mengalami masalah kesihatan.

Responden mengalami hidung tersumbat kerana selsema. Apabila seseorang mengalami

selsema, tahap pendengaran seseorang akan berkurang. Jadi, semasa ujian ini dijalankan,

tahap pendengaran responden menurun dan akibatnya, beliau tidak dapat mendengar

dengan jelas. Sehubungan itu, keputusan terhadap intensiti bunyi ketika 4000Hz dikenakan

adalah lebih tinggi daripada frekuensi yang lebih rendah, iaitu 35dB. Malah, faktor

pemakaian tudung semasa ujian dijalankan adalah mempengaruhi keputusan yang

ditunjukkan. Seandainya responden menjalankan ujian mengikut prosedur yang disarankan,

iaitu tidak memakai apa-apa yang menghalang bunyi daripada memasuki salur telinga ketika

ujian dijalankan, keputusan ujian pada kedua-dua telinga akan lebih tepat. Namun, semasa

ujian dijalankan, responden memakai tudung. Jadi, telinga beliau dilitupi tudung dan anak

tudung. Perkara ini menyebabkan bunyi terhalang untuk memasuki salur telinga secara

100%. Oleh sebab tiu, keputusan bacaan audiogram adalah tinggi daripada yang

Page 17: SISTEM PENDENGARAN

sepautunya diperoleh sekiranya ujian dilakukan terhadap individu yang mempunyai tahap

pendengaran normal.

Sebagai langkah untuk mendapatkan bacaan audiometer yang lebih tepat, beberapa

langkah perlu diambil. Pertama, tempat ujian dijalankan haruslah tertutup dan jauh daripada

sumber bunyi. Hal ini adalah kerana, bunyi yang terhasil daripada persekitaran akan

mengganggu fokus responden serta mengelirukan responden. Sekiranya ujian dilakuakan

terhadap responden perempuan Muslim yang bertudung, bilik bertutup juga amat diperlukan.

Hal ini adalah kerana, beliau perlu menanggalkan tudung ketika ujian dijalankan bagi

memastikan tiada halangan yang menghalang bunyi daripada terus sampai ke gegendang

telinga. Fabrik tudung akan menyerap bunyi dan menyebabkan nada bunyi yang memasuki

salur telinga akan berkurangan. Oleh itu, respon yang diperolehi adalah kurang tepat dan

tidak selari dengan tahap pendengaran responden yang sebenar.

Selain itu, penggunaan fon telinga yang bersesuaian dengan telinga responden juga

merupakan salah satu faktor dalam menentukan kejituan keputusan yang diperolehi.

Sekiranya fon telinga terlalu kecil atau terlalu besar dengan responden, bunyi daripada luar

akan mudah memasuki ruang salur telinga. Perkara ini menyebabkan responden tidak dapat

mengelaskan bunyi yang terhasil daripada alat audiometer tersebut. selain itu, penguji juga

perlu memastikan bahawa fon telinga yang digunakan adalah tidak rosak kerana bunyi

daripada audiometer perlu didengari oleh responden untuk membolehkan beliau memberi

respon ketika mendengar bunyi yang terhasil.