peka formula empirik

Upload: norzaliatun-ramli

Post on 19-Jul-2015

3.158 views

Category:

Documents


75 download

TRANSCRIPT

TARIKH : 29 MAC 2012 TAJUK : Formula empirik magnesium oksida TUJUAN : Menentukan formula empirik magnesium oksida

HARI : JUMAAT

PERNYATAAN MASALAH : Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan formula empirik magnesium oksida? HIPOTESIS :

PEMBOLEHUBAH I) II) III) Dimalarkan : panjang pita magnesium oksida Dimanipulasi : Jisim pita magnesium oksida dan oksigen yang dibekalkan Bergerak balas : Jisim abu magnesium oksida

BAHAN : 10 cm pita magnesium dan kertas pasir RADAS : mangkuk pijar dan penutup, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan alas segi tiga tanah liat PROSEDUR :

RAJAH 3.3 DILUKISKAN DAN DILABELKAN (ms 25)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Mangkuk pijar dan penutupnya ditimbang. 10 cm pita magnesium digosok dan dibersihkan dengan kertas pasir. Pita digulung dan diletakkan ke dalam mangkuk pijar. Mangkuk pijar ditimbang bersama-sama penutup dan gegelung pita itu. Susunan radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.3 Mula-mula, mangkuk pijar dipanaskan dengan kuat tanpa penutupnya. Apabila pita magnesium mula terbakar, mangkuk pijar ditutup dengan penutupnya. Dengan menggunakan penyepit, penutup itu dibuka sedikit sekali-sekala dan penutup itu ditutup semula dengan cepat.

9. ,NJBF 10. ,FFGDK 11. KJSKDFS 12. ,JSDF,DS

MENGUMPULKAN DATA : PERKARA Mangkuk pijar + penutup Mangkuk pijar + penutup + magnesium Mangkuk pijar + penutup + magnesium oksida Magnesium Oksigen JISIM (g) 16.94 17.33 17.59 0.39 0.26

PERBINCANGAN : 1. Mengapakah pita magnesium dibersihkan dengan kertas pasir sebelum digunakan ? Untuk mengeluarkan lapisan oksida (karat) di atas permukaan pita magnesium.

2. Namakan wasap putih yang terhasil. Wasap magnesium oksida

3. Nyatakan sebab bagi tindakan berikut: a) Tutup mangkuk pijar dengan penutup sebaik sahaja pita magnesium mula terbakar. Untuk mengelakkan wasap putih magnesium oksida terbebas keluar ke persekitaran

b) Buka penutup mangkuk pijar sedikit sekali-sekala semasa pemanasan. Untuk membenarkan oksigen masuk ke dalam mangkuk pijar untuk bertindakbalas dengan magnesium.

c) Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperoleh. Untuk memastikan semua pita magnesium telah lengkap bertindak balas.

4. Mengapakah wasap putih di dalam mangkuk pijar dielakkan daripada terbebas? Ia boleh mengurangkan jisim pita magnesium.

5. Bardasarkan keputusan anda, tentukan formula empirik magnesium oksida.

UNSUR JISIM MOL NISBAH MOL

MAGNESIUM 0.39 g 0.39 / 24 = 0.016 mol 0.016 / 0.016 = 1 1

OKSIGEN 0.26 g 0.26 / 16 = 0.016 mol 0.016 / 0.016 = 1 1

Maka, formula empirik magnesium oksida adalah MgO.

KESIMPULAN : Formula empirik magnesium oksida adalah MgO.