9 peka kimia

78
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) PENTAKSIRAN KERJA AMALI KIMIA (PEKA KIMIA – 4541/4) PEKA bermaksud Pentafsiran Kerja Amali” berasaskan sekolah; dengan menggunakan pendekatan rujuk-kriteria. Pentaksiran PEKA mengukur tahap penguasaan pelajar bagi sesuatu elemen (apa yang perlu dikembangkan dalam diri pelajar) yang tidak dapat diukur dalam kertas 1 dan 2: Kemahiran saintifik dan nilai murni. Pentaksiran PEKA dibuat secara berterusan (formatif), secara individu, walaupun pelajar bekerja dalam kumpulan. Melalui PEKA, guru mengetahui tahap pencapaian kemahiran tertentu pelajar, secara langsung. Di samping mempertingkatkan mutu pembelajaran, maklumat daripada hasil penilaian PEKA digunakan bagi tujuan pensijilan. Matlamat PEKA: Melengkap serta mempertingkatkan proses p&p. Kronologi Perlaksanaan PEKA 1999 : PEKA diperkenal, menggantikan Kertas 3 (amali) 2002 : PEKA dihapuskan (ganti dengan Kertas 3 kembali). Kertas 3 merupakan teori 1

Upload: suffyand

Post on 04-Jul-2015

1.917 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PENTAKSIRAN KERJA AMALI KIMIA (PEKA KIMIA – 4541/4)

PEKA bermaksud “Pentafsiran Kerja Amali” berasaskan sekolah; dengan menggunakan pendekatan rujuk-kriteria.

Pentaksiran PEKA mengukur tahap penguasaan pelajar bagi sesuatu elemen (apa yang perlu dikembangkan dalam diri pelajar) yang tidak dapat diukur dalam kertas 1 dan 2: Kemahiran saintifik dan nilai murni.

Pentaksiran PEKA dibuat secara berterusan (formatif), secara individu, walaupun pelajar bekerja dalam kumpulan.

Melalui PEKA, guru mengetahui tahap pencapaian kemahiran tertentu pelajar, secara langsung.

Di samping mempertingkatkan mutu pembelajaran, maklumat daripada hasil penilaian PEKA digunakan bagi tujuan pensijilan.

Matlamat PEKA: Melengkap serta mempertingkatkan proses p&p.

Kronologi Perlaksanaan PEKA

1999 : PEKA diperkenal, menggantikan Kertas 3 (amali)

2002 : PEKA dihapuskan (ganti dengan Kertas 3 kembali). Kertas 3 merupakan teori mengenai praktikal, mengan-dungi 3 soalan: Soalan 1 wajib, manakala soalan 2 dan 3 adalah pilihan; dalam masa 1½ jam (25%). Kumpulan pertama yang mengambil kertas ini adalah tahun 2003.

2003 : PEKA diperkenalkan kembali. Pencapaian pelajar dalam PEKA Kimia dinilai mulai peperiksaan SPM 2004, melalui kertas 4, iaitu Kimia 4.

Format pentaksiran PEKA: Kesahan, kebolehpercayaan, keboleh-laksanaan dan penjaminan kualiti, di samping keserasian / kerele-vanan dengan kurikulum; merangkumi domain kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran) dan afektif (nilai-nilai murni).

1

Page 2: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Objektif PEKA

Bagi membolehkan pelajar:

- Menguasai kemahiran saintifik- Memperkukuhkan teori dan konsep kimia- Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni

Ciri-ciri PEKA Kimia

i. Keserasian dengan kehendak kurikulum. ii. Berpusatkan pelajar.iii. Telus dan terbuka.iv. Kebolehlaksanaan dan sistematik.v. Pelbagai instrumen.vi. Formatif dan berterusan.vii. Mempunyai skor.viii. Pelaporan positif.ix. Pemantauan berterusan.

Pengoperasian PEKA Kimia

PEKA Kimia dijalankan mengikut prosedur berikut:

Penataran

Pelaksanaan

Penyelarasan

Pemantauan

Pengesanan

1. Penataran PEKA Kimia

Maksud penataran: Pendedahan kepada pihak yang terlibat dengan PEKA Kimia – ie pentadbir sekolah, pemantau, guru dan pelajar tentang perlaksanaan PEKA Kimia. Proses penataran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik, dengan tanggungjawab:

2

Page 3: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) / Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

- Mengedarkan buku Panduan PEKA Kimia ke sekolah.

- Mengadakan penataran kepada sekolah dan guru kimia.

- Memastikan PEKA Kimia dilaksanakan.

Pentadbir / Guru Kanan Sains

- Memastikan guru memperolehi buku panduan PEKA Kimia.

- Memastikan guru diberi penataran.

- Memastikan semua pelajar diberi taklimat.

- Memastikan sijil PEKA Kimia dilaksanakan.

Guru Pentaksir

- Menyediakan Jadual Kerja Pentaksiran PEKA Kimia.

- Memberi taklimat PEKA Kimia kepada pelajar.

- Memaklumkan perkara yang hendak ditaksir kepada pelajar.

- Mentaksir pelajar tingkatan empat mulai Januari hingga November dan pelajar tingkatan lima dari Januari hingga 31 Julai.

- Merekodkan hasil pentaksiran dalam Borang Penskoran PEKA Kimia.

- Menyediakan portfolio pentaksiran pelajar yang berpindah.

- Menyediakan semua fail yang berkaitan.

- Menyimpan semua dokumen di tempat yang selamat.

- Menyediakan sijil PEKA Kimia.

- Bekerjasama dengan pemantau dan penyelaras PEKA Kimia.

- Menghantar Skor PEKA Kimia ke Lembaga Peperiksaan.

3

Page 4: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

2. Perlaksanaan PEKA Kimia

PEKA Kimia dilaksana dengan melibatkan aspek pentadbiran dan pentaksiran:

Pentadbiran

o Pentadbiran merujuk kepada proses bagaimana PEKA diurus dan dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

o Proses pentadbiran dilaksana untuk memastikan perjala-nan dan perlaksanaan proses pentaksiran berjalan dengan lancar, secara berterusan.

o Proses pentadbiran dilaksanakan dengan cara berikut:

- Perancangan- Penataran- Perlaksanaan- Pemantauan- Pengesanan- Laporan

Pentaksiran

o Pentaksiran adalah proses mengukur tahap penguasaan pelajar dengan merujuk kepada kriteria yang ditetapkan.

o Pentaksiran bertujuan mengesan tahap penguasaan pelajar untuk penambahbaikan.

o Pentaksiran PEKA Kimia dirancang, ditadbir, diskor dan dirumuskan di peringkat sekolah

3. Penyelarasan PEKA Kimia

Penyelarasan PEKA Kimia dijalankan bagi tujuan untuk memasti-kan keseragaman dari segi:

- Kefahaman terhadap peraturan penskoran.

- Penggunaan yang betul terhadqp peraturan penskoran.

- Pemberian skor yang betul bagi setiap pelajar.

4

Page 5: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Penyelarasan di peringkast sekolah dijalankan sebelum dan se-lepas pentaksiran. Manakala, penyelarasan di peringkat pusat dijalankan setelah pentaksiran dijalankan. Proses penyelarasan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, dengan mengam-bil kira tarikh-tarikh berikut:

- Tarikh mesyuarat penyelarasan- Tarikh akhir pelajar menyiapkan tugasan- Tarikh menyiapkan pentaksiran- Tarikh penyerahan skor yang lengkap kepada Lembaga

Peperiksaan- Tarikh pemberian sijil PEKA Kimia

Proses penyelarasan melibatkan dua pihak: Penyelaras pusat (yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan penyelaras sekolah (Guru Kanan Sains / Ketua Panitia).

4. Pemantauan PEKA Kimia

Pemantauan: Proses untuk melihat dan memastikan program PEKA Kimia dilaksana dan berjalan dengan lancar, mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan.

Pemantau adalah pegawai yang diberi tauliah yang terdiri dari-pada pemantau luar dan pemantau dalaman.

Pemantau Luar

o Pegawai Lembaga Peperiksaano Jemaah Nazir Sekolaho Pegawai Jabatan Pelajarano Pegawai Pelajaran Daerah / Bahagiano Ketua Pentaksir Negerio Ketua Pentaksir Kawasan / Daerah

Pemantau Dalaman

o Pengetuao Penolong Kanan Akademiko Guru Cemerlango Gura Kanan Mata Pelajaran Kimia

5

Page 6: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Guru-guru yang dilantik oleh PengetuaProses pemantauan dijalankan mengikut kesesuaian. Jabatan Pelajaran Negeri menentu dan memaklumkan tempoh dan jadual pemantauan PEKA Kimia kepada sekolah.

Pemantauan dilaksanakan dengan cara berikut:

- Pembentukan Jawatankuasa Pemantauan peringkat negeri - Mengadakan lawatan pemantauan- Menjalankan proses pemantauan- Membuat laporan pemantauan- Mengadakan mesyuarat pasca pemantauan.

5. Pengesanan PEKA Kimia

Pengesanan: Proses menilai program PEKA Kimia dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya kepada pendidikan.

Tujuan pengesanan: Untuk penambahbaikan program PEKA.

Pengesanan dilaksanakan selepas satu kitaran lengkap pengoperasian PEKA (ie sehingga sijil dikeluarkan). Pegawai yang terlibat dalam pengesanan terdiri daripada Pegawai Lua-ran (pegawai Lembaga Peperiksaan dan pegawai Kemente-rian Pelajaran) dan Pegawai Dalaman (terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan penyelidik).

Penjaminan Kualiti

PEKA Kimia berperanan sebagai mekanisme untuk memastikan objektif mata pelajaran kimia dapat direalisasi dan menepati kualiti yang dihasrat. Pensijilan akan dibuat dan dikeluarkan oleh sekolah seiring dengan penghantaran skor PEKA Kimia ke Lembaga Peperik-saan Malaysia.

6

Page 7: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Panduan Peka Kimia

Bahagian ini membincangkan aspek yang ditaksir dan kaedah yang digunakan dalam proses pentaksiran PEKA Kimia.

1. Konstruk Yang Ditaksir

Konstruk yang hendak dikembangkan dalam diri pelajar diuji dengan menggunakan empat instrumen pentaksiran, sebagai-mana dalam Jadual 1. Instrumen yang diguna adalah berdasar-kan kesesuaian instrumen untuk mentaksir konstruk tersebut.

Jadual 1: Taburan konstruk mengikut jenis instrumen pentaksiran

Instrmen Pentaksiran Konstruk Yang Ditaksir

Kertas 1 - 4541/1

(Kertas Objektif)

Pengetahuan

Kefahaman

Kemahiran aplikasi

Kertas 2 - 4541/2

(Kertas Subjektif)

Pengetahuan

Kefahaman

Kemahiran aplikasi

Kemahiran menganalisis

Kemahiran mensintesis

Kertas 3 - 4541/3

(Kertas Objektif)

Kemahiran proses sains

Mengeksperimen

Kertas 4 - 4541/4

(Kertas Objektif) Mengeksperimen

Kemahiran manipulatif

Sikap saintifik dan nilai murni

7

Page 8: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Berdasarkan konsep PEKA, bagi tujuan kemudahtadbiran, aspek kemahiran mengeksperimen digabungjalin dengan kemahiran manipulatif; manakala, sikap saintifik dan nilai murni yang ditaksir adalah aspek yang benar-benar dapat diperhati, mudah tadbir dan mudah tafsir sahaja yang diambil kira. Perkara ini ditera-kan dalam jadual konstruk dan petunjuk prestasi.

PEKA Kimia ditaksir berdasarkan 5 konstruk berikut, sebagai-mana yang dalam masing-masing Jadual 2 hingga Jadual 6:

Konstruk I: Merancang penyiasatan / eksperimen (KR)

Konstruk II: Menjalankan penyiasatan / eksperimen (KJ)

Konstruk III: Mengumpul dan merekod data (KD)

Konstruk IV: Mentafsir data dan membuat kesimpulan (KK)

Konstruk V: Sikap saintifik dan nilai murni (SSNM)

Jadual 2: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk I - Merancang penyiasatan / eksperimen

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP)

Laporan amali PP 1

Mempamerkan perkara-perkara berikut dengan lengkap: Tujuan / Pernyataan masalah Menyatakan hipotesis / Mengenal pasti pemboleh ubah Senarai alat dan bahan Kaedah / Teknik / Rajah Cara data dikumpul

8

Page 9: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 3: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk II - Menjalankan penyiasatan / eksperimen

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP)

Senarai se-mak dalam Borang Skor individu se-masa menja-lankan pe-nyiasatan / eksperimen

Dapat menjalankan penyiasatan / eksperimen melalui:

PP 1Boleh mengikuti Kaedah / Tujuan / Pernyataan masalah.

PP 2Boleh memilih alat radas / peralatan lain yang sesuai dan mencukupi.

PP 3Boleh mengendalikan alat radas atau memasang (set up) alat radas / peralatan lain dengan teknik yang betul.

PP 4Boleh mengambil bahan dalam kuantiti yang sesuai dan mengendalinya dengan betul.

PP 5Boleh membersihkan alat radas / peralatan lain yang telah digunakan dengan cara yang betul dan / atau boleh menyimpan alat radas yang telah digunakan dengan betul dan selamat.

PP 6Boleh melupuskan bahan kimia dan sisa dengan cara yang betul selepas menjalankan penyiasatan / eksperimen.

9

Page 10: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 4: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk III - Kemahiran mengumpul dan merekod data

INSTRUMEN / EVIDENS

PETUNJUK PRESTASI (PP)

1. Laporan amali

PP 1

Boleh membina jadual yang mempunyai lajur dan baris yang bertajuk dan berunit (jika ada) dengan betul / merekod data / pemerhatian.

PP 2

Boleh melengkapkan pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan bilangan titik perpuluhan yang sesuai (jika ada) / mengumpul data / pemerhatian dengan betul dan relevan.

PP 3

Boleh merekod data pemboleh ubah bergerak balas yang diperolehi dengan bilangan titik perpuluhan dengan betul (jika ada) / merekod data yang mencukupi / merekod ulangan pemerhatian / data dengan situasi yang berbeza.

2. Folio / Skrap PP 1

Dapat mengumpul dan mempamerkan maklumat berdasar-kan sumber dan kaedah yang betul.

PP 2

Dapat merekod kepelbagaian maklumat yang relevan.

PP 3

Maklumat yang direkod tepat dan jelas.

10

Page 11: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 5: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk IV - Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan

INSTRUMEN / EVIDENS

PETUNJUK PRESTASI (PP)

Laporan amali / folio

PP 1

Boleh membina *graf / cara lain dengan betul dan / membuat pengiraan yang betul.

*Graf mengandungi perkara-perkara berikut:

Tajuk graf Kedua-dua paksi berlabel dan berunit Skala seragam Sekurang-kurangnya 4 titik dipindah dengan betul Saiz graf melebihi 50% kertas graf Bentuk graf sesuai dengan eksperimen dan garis licin

Dapat mempamer bentuk komunikasi lain yang bersesu-aian.

Contoh: Menulis persamaan kimia

Formula bahan dan hasil ditulis betul Persamaan ditulis dengan seimbang

PP2

Boleh menyatakan perkaitan yang betul antara pemboleh ubah bertepatan dengan pemerhatian / pengukuran.

Membuat inferens daripada graf / komunikasi lain.

PP3

Boleh membuat kesimpulan yang betul berdasarkan data / pemerhatian yang betul.

Boleh menyatakan hipotesis diterima / ditolak berdasarkan data / pemerhatian yang betul.

11

Page 12: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 6: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk V - Sikap saintifik dan nilai murni

INSTRUMEN / EVIDENS

PETUNJUK PRESTASI (PP)

Laporan amali / folio

PP 1

Sentiasa menunjukkan semangat ingin tahu yang ber-terusan.

PP2

Boleh menjalankan eksperimen mengikut urutan dan teknik yang betul / Boleh menjalankan kajian daripada sumber maklumat yang betul.

PP3

Sentiasa jujur dalam merekod data dan / pemerhatian.

PP4

Boleh menyediakan laporan mengikut format yang ditetap-kan dengan betul.

PP5

Sentiasa menunjukkan sikap bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan orang lain.

PP6

Sentiasa mengamalkan sikap saling membantu dan ber-toleransi semasa menjalankan eksperimen atau tugasan.

PP7

Berfikiran rasional.

12

Page 13: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

2. IIlustrasi Pentaksiran

Penilaian PEKA Kimia dilaksanakan sepenuhnya di peringkat sekolah - dirancang, ditadbir, diskor, dirumus dan dilapor, ber-dasarkan kerangka yang ditetap dan dimoderatkan. Proses penaksiran dipantau oleh pegawai LPM / JPN / PPD dan guru yang dilantik.

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada segala perancangan (pelajar, bila, kekerapan, siapa yang terlibat, pemilihan / pembinaan instrumen, pembinaan skema pensko--ran dsb) - dibuat oleh sekolah; berpandukan Panduan PEKA Kimia.

Ditadbir di peringkat sekolah: Usaha pengumpulan maklumat penilaian diorganisasi dan dilaksanakan oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan pembelajaran seseorang pelajar di sesebuah sekolah.

Diskor di peringkat sekolah: Pemberian skor berdasarkan skema penilaian yang dibina guru / penilai lain (eg guru, pela-jar, rakan sepembelajaran, ibu bapa, dsb.). Meskipun pen-skoran boleh dibuat oleh pelbagai pihak, tetapi guru bertang-gungjawab merumuskan skor (kerana dia terlibat secara langsung dengan pelajar).

Dilaporkan di peringkat sekolah: Proses pengumpulan maklu-mat dan merumus skor dilakukan guru yang mengajar bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Rumusan dibuat di peringkat mikro dan makro, berdasarkan prinsip rumusan yang ditetapkan dan peraturan penggredan yang dibina.

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada aspek kuantitatif dan kualitatif penilian:

- Aspek kuantitatif merujuk kepada apa yang dinilai, ie ele-men yang dihasrat akan dikembang dalam diri pelajar (se-bagaimana dalam Jadual 1). Dengan itu semua sekolah akan menumpukan kepada penilaian yang merujuk kepada konstruk yang telah disenarai.

- Aspek kualitatif merujuk kepada di mana penilaian tersebut didasarkan. Pencapaian pelajar berdasarkan kepada

13

Page 14: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

kriteria yang telah ditetapkan dan contoh evidens yang ditunjukkan oleh pelajar, seperti yang dicadang dalam Con-toh Petunjuk Prestasi (sebagaimana dalam Jadual 2 - 6). Dengan itu, semua sekolah menggunakan kriteria sama.

Dimoderatkan: Usaha memastikan setiap pelajar dinilai ber-dasarkan aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif yang sama. Usaha dibuat melalui pernyataan kriteria yang jelas, mekanis-me penyelarasan dan pemantauan

PEKA Kimia mentaksir kemahiran saintifik (merancang eksperi-men, menjalankan eksperimen, mengumpul dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan), sikap saintifik dan nilai murni. Proses pentaksiran menggunakan pendekatan rujuk kriteria; tanpa membandingkannya dengan prestasi pelajar lain.

Pentaksiran bermula selepas penataran kepada pegawai berkai-tan, guru dan pelajar yang terlibat; berpandukan Peraturan Pen-skoran. Skor yang diperolehi direkod dalam Borang Skor Indivi-du (rujuk Lampiran 1). Apabila sesuatu kemahiran dikuasai, rumusan ke atas skor dibuat untuk tujuan penggredan, pelapo-ran, serta pensijilan. Sekiranya pelajar belum menguasai sesuatu kemahiran yang ditaksir, pelajar tersebut diberi peluang untuk ditaksir berulang kali. Gred yang diberi adalah sebagai berikut:

- A untuk Cemerlang- B untuk Kepujian- C untuk Memuaskan- D untuk Belum Mencapai Tahap Minimum

Penjaminan kualiti: Tindakan terancang dan berterusan yang dilaksana bagi memberi keyakinan yang mencukupi bahawa pro-duk yang dilahirkan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan. Produk ialah individu; manakala, kualiti ialah ciri-ciri individu se-bagaimana dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ilustrasi bagaimana proses pentaksiran PEKA Kimia dilaksana-kan adalah sebagaimana dalam Rajah 1.

14

Page 15: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rajah 1: Carta alir ilustrasi pentaksiran PEKA Kimia

Mula

Penataran

Perlaksanaan Pentaksiran

Perkara Yang Ditaksir

Peraturan Penskoran

Menskor & Merekod

Belum Menguasai Skor

Telah Menguasai

Merumus

Penggredan

Pelaporan dan Pensijilan

15

Page 16: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3. Takrifan Beberapa Istilah Dalam PEKA Kimia

Instrumen

Kaedah / mekanisma yang diguna untuk mendapatkan evi-dens tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang ditaksir.

Evidens

Bukti yang dihasil / ditunjukkan pelajar dalam bentuk proses, produk atau artifak yang boleh ditaksir.

Artifak

Bahan kekal yang dihasilkan daripada aktiviti pelajar; eg, model dan buku skrap.

Buku skrap

Himpunan maklumat / foto / gambar / keratan akhbar / spesimen / bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dikumpulkan dalam tempoh masa tertentu mengenai sesuatu topik dan disusun dalam bentuk yang sistematik.

Folio

Laporan kajian yang berformat mengenai sesuatu tugasan yang diberikan oleh pentaksir.

Laporan tugasan

Laporan kajian / amali yang berformat mengenai sesuatu tugasan penyiasatan yang diberikan.

4. Instrumen Pentaksiran PEKA Kimia

Dua jenis instrumen yang diguna dalam proses pentaksiran PEKA Kimia: Tugasan amali dan projek (rujuk Jadual 7).

16

Page 17: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 7: Evidens, masa serta aspek yang ditaksir bagi setiap instrumen PEKA Kimia

INSTRUMEN EVIDENSBILA

INSTRUMEN DIGUNAKAN

APA YANG DITAKSIR

Tugasan amali

Laporan yang disedia-kan oleh pelajar yang mengandungi tujuan, hipotesis (jika ada), pemboleh ubah (jika ada), alat radas dan ba-han kimia, kaedah ke-putusan, perbincangan dan kesimpulan.

Laporan amali

Semasa menja-lankan amali.

Merancang ekspe-rimen

Menjalankan eks-perimen

Mengumpul dan merekod data

Mentafsir data dan membuat kesimpu-lan

Sikap saintifik dan nilai murni.

Projek

Tugasan yang dilaksa-nakan dalam jangka masa tertentu melibat-kan proses merancang, aktiviti mengutip data atau maklumat, mem-proses maklumat dan membuat kesimpulan, kemudian dipersembah-kan dalam bentuk lapo-ran.

Folio, mo-del, buku skrap, la-poran pro-jek.

Mengikut aktiviti yang dicadang-kan oleh pentak-sir.

Sikap saintifik dan nilai murni.

Kemahiran saintifik (jika berkaitan).

Laporan amali perlu mengandungi perkara berikut:

Tujuan eksperimen / pernyataan masalah Hipotesis (jika ada) Pemboleh ubah (jika ada) yang

- dimalar- imanipulasi, dan- bergerak balas

17

Page 18: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Radas dan bahan (kimia) Kaedah / prosedur Data / pemerhatian Mantafsir data / perbincangan Kesimpulan.

Manakala, projek (folio) perlu mengandungi perkara berikut:

Tajuk Latar belakang / pengenalan Objektif Jadual / data kajian / maklumat dalam pelbagai bentuk Perbincangan Kesimpulan Sumber rujukan.

5. Contoh Tugasan

i. Contoh Tugasan Amali Kimia

Contoh 1

Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menentukan takat lebur dan takat beku asetamida. Anda dikehendaki menyediakan laporan amali bagi eksperimen itu. Laporan amali anda mestilah mengandungi:

a. Tujuan eksperimenb. Senarai alat radas dan bahan kimiac. Kaedah / prosedur eksperimend. Gambar rajah susunan radase. Rekod pemerhatian / dataf. Tafsiran data / perbincangang. Kesimpulan

Semasa anda menjalankan tugasan amali, anda juga akan ditaksir dari segi kemahiran menjalankan eksperimen, sikap saintifik dan nilai murni. Laporan amali anda akan digunakan untuk mentaksir kemahiran merancang eksperimen, mengumpul dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan.

18

Page 19: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Contoh 2

Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas. Anda dikehendaki menyediakan laporan amali bagi eksperimen itu, Laporan amali anda mestilah mengandungi:

a. Tujuan eksperimen / pernyataan masalahb. Hipotesisc. Semua pemboleh ubah yang terlibat: Dimanipulasi, bergerak

balas dan dimalard. Senarai alat radas dan bahan kimiae. Kaedah / prosedur eksperimenf. Gambar rajah susunan radasg. Rekod pemerhatian / datah. Tafsiran data / perbincangan i. Kesimpulan

Semasa anda menjalankan tugasan amali, anda juga akan ditaksir dari segi kemahiran menjalankan eksperimen, sikap saintifik dan nilai murni. Laporan amali anda akan digunakan untuk mentaksir kemahiran merancang eksperimen, mengumpul dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan.

ii. Contoh Tugasan Folio

Anda dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Di akhir proses pengumpulan maklumat, anda dikehendaki menyediakan laporan berbentuk folio. Folio anda mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Tajukb. Pengenalan / latar belakangc. Objektifd. Dapatan maklumate. Perbincanganf. Kesimpulang. Sumber rujukan

Catatan: Muka depan portfolio hendaklah dibuat sebagaimana dalam Lampiran 2.

19

Page 20: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

6. Kaedah Mentaksir

1. Pentaksiran PEKA Kimia dijalankan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran-pembelajaran; dengan melibatkan perkara-perkara berikut:

i. Merancang eksperimenii. Menjalankan eksperimeniii. Mengumpul dan merekod dataiv. Mentafsir data dan membuat kesimpulanv. Sikap saintifik dan nilai murni

2. Guru boleh mentaksir satu sahaja kemahiran terhadap beberapa pelajar atau beberapa kemahiran terhadap beberapa pelajar atau keseluruhan pelajar dalam satu kelas sekiranya pentaksiran boleh dikendalikan dengan baik.

3. Pentaksiran kemahiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilakukan serentak dengan mana-mana pentaksiran kemahiran yang lain.

4. Hasil tugasan pelajar disemak, diskor, direkod dan dimaklumkan kepada pelajar.

5. Semua pelajar mesti mengemukakan evidens yang lengkap apabila diminta dan disimpan oleh pentaksir dalam portfolio pelajar.

6. Pelajar yang belum menguasai perkara yang ditaksir akan mengambil aktiviti pentaksiran ulangan pada tugasan lain yang ditetapkan.

7. Semua pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk memperolehi sesuatu kemahiran sebelum pentaksiran dijalan.

8. Pentaksiran dijalankan sekurang-kurangnya dua kali di tingkatan empat bermula pada bulan Januari hingga September dan dua kali di tingkatan lima bermula pada bulan Januari hingga 31 Julai.

20

Page 21: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

7. Kaedah Menskor Respons Pelajar

Skor diberi kepada petunjuk prestasi (PP) yang terdapat dalam Jadual Peraturan Penskoran, sebagaimana dalam Jadual 8.

Jadual 8: Peraturan penskoran berasaskan pencapaian petunjuk prestasi (PP)

Konstruk Intrument Skor Pencapaian CatatanYang

Ditaksir/ Evidens

3 2 1

Merancang penyiasatan / eksperimen

Laporan amali Menyenaraikan semua 5 per-kara dalam PP dengan leng-kap.

Menyenaraikan ≥ 3 perkara da-lam PP dengan lengkap.

Menyenaraikan ≥ 2 perkara da-lam PP dengan lengkap.

Rujuk PP dalam Ja-dual 2, mu-ka surat 8.

Menjalankan penyiasatan / eksperimen

Senarai se-mak dalam Borang Skor Individu se-masa men-jalankan pe-nyiasatan / eksperimen.

Memenuhi ≥ 4 PP

Memenuhi ≥ 3 PP

Memenuhi ≥ 2 PP

Rujuk PP dalam Ja-dual 3, mu-ka surat 9.

Kemahiran mengumpul dan merekod data

1. Laporan amali

2. Folio / skrap

Memenuhi semua PP

Memenuhi 2 PP

Memenuhi 1 PP

Rujuk PP dalam Ja-dual 4, mu-ka surat 10.

Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan

Laporan amali / folio

Memenuhi semua PP

Memenuhi 2 PP

Memenuhi 2 PP

Rujuk PP dalam Ja-dual 5, mu-ka surat 11.

Sikap saintifik dan nilai murni

Folio / lapo-ran amali

Memenuhi ≥ 6 PP

Memenuhi ≥ 4 PP

Memenuhi ≥ 3 PP

Rujuk PP dalam Ja-dual 6, mu-ka surat 12

21

Page 22: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Sebagai panduan, berikut diberikan contoh bagaimana sesuatu evidens diskor oleh pelajar bagi setiap konstruk.

7.1 Kaedah Menskor Kemahiran Merancang Penyiasatan / Eksperimen (Kostruk I)

Cara menskor kemahiran merancang eksperimen:

Guru menandakan laporan amali kimia dengan merujuk kepada Petunjuk Prestasi

Guru menyemak dan menanda (√) perkara-perkara dalam Petunjuk Prestasi yang dikuasai oleh murid pada laporan amali pelajar

Guru menjumlah tanda (√) yang diperolehi oleh pelajar

Guru menulis skor murid dalam Borang Skor Individu (BSI)

Contoh pelajar yang mendapat skor 3:

Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas

Pemboleh ubah yang dimanipula-si

: Jumlah luas permukaan kalsium karbonat

Pemboleh ubah yang bergerak balas

: Isipadu gas karbon dioksida per unit masa / Kadar tindak balas

Pemboleh ubah yang dimalar

: Suhu, kuantiti dan kepekatan asid hidroklorik, jisim kalsium karbonat

Hipotesis : Semakin besar jumlah luas permukaan kalsium karbonat, semakin tinggi kadar tindak balas

Radas : Kelalang kon 100 cm3, buret, besen, penyumbat getah, salur penghantar, selinder penyukat dan jam randik

Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat dan ketulan besar kalsium

22

Page 23: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

karbonat, asid hidroklorik 0.2 mol dm-3

Rajah :

Kaedah / Prosedur:

1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air seperti dalam rajah.

2. Bacaan awal buret dicatatkan.3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam

kelalang kon.4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm3 asid hidroklorik cair disukat

dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang

telah dipasangkan dengan salur getah.6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan.7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa

30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan.8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan

ketulan besar kalsium karbonat.9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua

tindak balas pada kertas graf yang sama.

Contoh pelajar yang mendapat skor 2:

23

Page 24: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas

Pemboleh ubah yang dimanipula-si

: Kadar tindak balas Kesilapan menulis

Pemboleh ubah yang bergerak balas

: pemboleh ubahJumlah luas permukaan

Pemboleh ubah yang dimalar

: Suhu, kuantiti dan kepekatan asid hidroklorik, jisim kalsium karbonat

Hipotesis : Semakin tinggi kadar tindak KesilapanBalas, semakin besar jumlah menulisLuas permukaan kalsium kar- hipotesisbonat

Radas : Kelalang kon 100 cm3, buret, besen, penyumbat getah, salur penghantar, selinder penyukat dan jam randik

Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat dan ketulan besar kalsium karbonat, asid hidroklorik 0.2 mol dm-3

Rajah :

Kaedah / Prosedur:

24

Page 25: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air seperti dalam rajah.

2. Bacaan awal buret dicatatkan.3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam

kelalang kon.4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm3 asid hidroklorik cair disukat

dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang

telah dipasangkan dengan salur getah.6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan.7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa

30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan.8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan

ketulan besar kalsium karbonat.9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua

tindak balas pada kertas graf yang sama.

Contoh pelajar yang mendapat skor 1:

Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas

Pemboleh ubah yang dimanipula-si

: Kadar tindak balas Kesilapan menulis

pemboleh ubah

Pemboleh ubah bergerak balas

: Jumlah luas permukaan

Pemboleh ubah yang dimalar

: Suhu, kuantiti dan kepekatan asid hidroklorik, jisim kalsium karbonat

Hipotesis : Semakin tinggi kadar tindak balas, Kesilapansemakin besar jumlah luas permukaan menuliskalsium karbonat hipotesis

Radas : Kelalang kon, buret, besen, penyumbat getah, salur peng- - Tidak menulishantar, selinder penyukat dan spesifikasi ke-jam randik lalang kon

Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat - Nilai kepekatandan ketulan besar kalsium kar- asid hidroklorikbonat, asid hidroklorik tidak dinyatakan

Rajah :

25

Page 26: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kaedah / Prosedur:

1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air seperti dalam rajah.

2. Bacaan awal buret dicatatkan.3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam

kelalang kon.4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm3 asid hidroklorik cair disukat

dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang

telah dipasangkan dengan salur getah.6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan.7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa

30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan.8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan

ketulan besar kalsium karbonat.9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua

tindak balas pada kertas graf yang sama.

26

Page 27: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

7.2 Kaedah Menskor Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Ekspe-rimen (Kostruk 2)

Cara menskor kemahiran menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

Guru mentaksir satu kumpulan pelajar yang telah diberitahuapa yang hendak ditaksir

Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mengambil alat radas / peralatan, bahan yang sesuai dan mencukupi

Guru memerhatikan pelajar yang ditaksir semasa penyiasatan / eksperimen dijalankan

Guru menanda (√) Petunjuk Prestasi dan memberi skor Kepada pelajar dalam Borang Skor Individu (BSI)

Mana-mana pelajar yang memperolehi seku-rang-kurangnya 4 Petunjuk Prestasi yang betul mendapat skor 3.

Mana-mana pelajar yang memperolehi seku-rang-kurangnya 3 Petunjuk Prestasi yang betul mendapat skor 2.

Mana-mana pelajar yang memperolehi seku-rang-kurangnya 1 Petunjuk Prestasi yang betul mendapat skor 1.

27

Page 28: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

7.3 Kaedah Menskor Kemahiran Mengumpul dan Merekod Data (Kostruk 3)

Contoh keputusan eksperimen mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas adalah seperti berikut:

Contoh skor 3:

Masa Bacaan buret (cm3) Isipadu gas (cm3)

(saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar

0 46.00 44.00 0.00 0.00

30 41.00 39.00 5.00 5.00

60 27.50 37.50 18.50 6.50

90 19.00 34.00 27.00 10.00

120 15.00 30.50 31.00 13.50

150 12.00 37.50 34.00 16.50

180 10.00 24.00 36.00 20.00

210 9.00 21.00 37.00 23.00

240 7.50 18.00 38.50 26.00

270 7.00 15.50 39.00 28.50

300 6.50 13.00 39.50 31.00

330 6.00 10.50 40.00 33.50

360 5.50 8.00 40.50 36.00

390 5.00 7.00 41.00 37.00

420 4.50 4.50 41.50 39.50

450 4.50 2.50 41.50 41.50

480 4.50 2.50 41.50 41.50

28

Page 29: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Contoh skor 2: ** Kesalahan - Unit bagi isipadu tidak dinyatakan

Masa Bacaan buret Isipadu gas

(saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar 0 46.00 44.00 0.00 0.00 30 41.00 39.00 5.00 5.00 60 27.50 37.50 18.50 6.50 90 19.00 34.00 27.00 10.00120 15.00 30.50 31.00 13.50150 12.00 37.50 34.00 16.50180 10.00 24.00 36.00 20.00210 9.00 21.00 37.00 23.00240 7.50 18.00 38.50 26.00270 7.00 15.50 39.00 28.50300 6.50 13.00 39.50 31.00330 6.00 10.50 40.00 33.50360 5.50 8.00 40.50 36.00390 5.00 7.00 41.00 37.00420 4.50 4.50 41.50 39.50450 4.50 2.50 41.50 41.50480 4.50 2.50 41.50 41.50

Contoh skor 1: ** Kesalahan - Unit bagi isipadu tidak dinyatakan & Bacaan buret tidak direkodkan kepada 2 tempat perpuluhan

Masa Bacaan buret Isipadu gas(saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar 0 46.0 44.0 0.0 0.0 30 41.0 39.0 5.0 5.0 60 27.5 37.5 18.5 6.5 90 19.0 34.0 27.0 10.0120 15.0 30.5 31.0 13.5150 12.0 37.5 34.0 16.5180 10.0 24.0 36.0 20.0210 9.0 21.0 37.0 23.0240 7.5 18.0 38.5 26.0270 7.0 15.5 39.0 28.5300 6.5 13.0 39.5 31.0330 6.0 10.5 40.0 33.5360 5.5 8.0 40.5 36.0390 5.0 7.0 41.0 37.0420 4.5 4.5 41.5 39.5450 4.5 2.5 41.5 41.5480 4.5 2.5 41.5 41.5

29

Page 30: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

7.4 Kaedah Menskor Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesim-pulan (Kostruk 4)

Berikut diberi contoh menskor maklumat daripada data dalam konstruk 3 yang ditafsir dengan cara melukis graf, seterusnya dibuat kesimpulan terhadap eksperimen yang dijalankan (iaitu, mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas).

Contoh skor 3:

(RUJUK GRAF MUKA SURAT 333)

Perbincangan / mentafsir data

Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan kecil menghasilkan kecerunan awal graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih kecil saiz zarah lebih tinggi kadar awal tindak balas.

[PP 2}

Kesimpulan

Hipotesis diterima // Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas permukaan kalsium karbonat lebih besar.

[PP 3}

Contoh skor 2:

[PP 1]Seperti graf yang dilampirkan. Rujuk graf jumlah isipadu gas karbon dioksida melawan masa pada muka surat 333

Perbincangan / mentafsir data

Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan besar menghasilkan kecerunan graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih besar saiz zarah lebih tinggi kadar awal tindak balas

X [PP 2]

30

Page 31: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kesimpulan

Hipotesis diterima // Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas permukaan kalsium karbonat lebin besar.

[PP 3]

Contoh skor 1:

[PP 1]Seperti graf yang dilampirkan. Rujuk graf jumlah isipadu gas karbon dioksida melawan masa pada muka surat 333

Perbincangan / mentafsir data

Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan besar menghasilkan kecerunan graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih besar saiz zarah lebih tinggi kadar awal tindak balas

X [PP 2]

Kesimpulan

Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas permukaan kalsium karbonat lebih kecil.

X [PP 3]

31

Page 32: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

7.5 Kaedah Menskor Sikap Saintifik dan Nilai Murni (Kostruk 5)

Instrumen: Amali Kimia

Tajuk: Mengkaji kesan jumlah luas permukaan kalsium karbonat ke atas kadar tindak balas

Sikap Saintifik dan Nilai Murni Petunjuk Prestasi

Pemerhatian Guru:

Pelajar kerap bertanya atau membuat perbincangan dengan rakan atau guru semasa menjalankan eksperimen.

PP1(ingin tahu)

Pelajar memasukkan kalsium karbonat ke dalam kelalang kon diikuti dengan asid hidroklorik cair.

PP2(urutan dan teknik)

Pelajar mengambil bacaan buret dan mencatat dalam jadual.

PP3(jujur merekod)

Laporan amali pelajar didapati memenuhi format yang ditetapkan.

PP4(format laporan)

Pelajar sentiasa mematuhi arahan makmal dan mengikuti prosedur makmal.

PP5(bertanggungjawab atas keselamatan diri dan orang lain)

Pelajar mengambil bacaan buret dan memaklumkan kepada rakannya untuk dicatatkan dalam jadual.

PP6(saling membantu)

Apabila melakukan kesilapan pelajar dapat menerima teguran guru.

PP7(rasional dan luwes)

Nota:

Skor 3 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 6 PP

Skor 2 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 4 PP

Skor 1 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 3 PP

32

Page 33: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

8 Kaeadah Menskor Respons Pelajar - Instrumen: Folio

TAJUK: UBAT-UBATAN

1.0 PENGENALAN

Ubat amat penting dalam kehidupan kita untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ubat ialah bahan kimia yang berupaya mempengaruhi organisma hidup daripada segi menghasilkan perubahan biokimia dan fisiologi kepada tisu serta organ dan seterusnya mengakibatkan perubahan kepada fungsi tuhuh. Ubat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ubat tradisional dan ubat moden.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membuat perbandingan antara ubat tradisional dengan ubat moden.

2.2 Mengkaji jenis-jenis ubat dan penggunaannya dalam penyembuhan penyakit.

2.3 Mengkaji kesan sampingan ubat akibat daripada dos yang berlebihan.

3.0 DAPATAN MAKLUMAT

3.1 Ubat Tradisional

Ubat yang diperolehi daripada sumber semula jadi tanpa diproses secara kimia seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan atau mineral. Keberkesanan ubat tradisional ini bergan-tung kepada kepercayaan dan amalan tanpa bukti saintifik.

Ubat tradisional biasanya disedia dengan mencampurkan beberapa jenis tumbuhan dengan bahagian tumbuhan yang tertentu seperti akar, batang, bunga, pucuk dan daun. Campuran ini biasanya direbus dan air rebusannya dimi-num. Bahagian tumbuhannya boleh digosok dan kemu-dian bahagian yang digosok itu disapu pada bahagian yang sakit. Dos yang betul perlu ditentukan kerana dos yang berlebihan mungkin mendatangkan kesan sampingan.

33

Page 34: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Berikut adalah beberapa contoh ubat tradisional dan penggunaannya

Ubat Tradisional Penggunaan

Rumput serani Sejenis tumbuhan yang digunakan untuk merawat gigitan binatang berbisa, keracunan, lelah dan batuk kering.

Ginseng Akar tumbuhan tertentu yang digunakan untuk menyegar dan menguatkan badan.

Lidah buaya Jus dan gel daripada daun lidah buaya disapu untuk mengubati luka, kulit melecur atau kegatalan kulit.

Pudina Diguna untuk menaikkan suhu badan dan seterusnya menyebabkan badan berpe-luh.

Bawang putih Bersifat antibiotik dan digunakan untuk merawat luka, mencegah serangan asma serta jangkitan selsema dan merendah- kan tekanan darah tinggi.

Halia Melegakan penyakit sengal-sengal teruta-manya di kalangan orang tua, memanas-kan badan untuk mencegah serangan selsema dan menghilangkan angin dalam badan.

Kuinina Untuk merawat penyakit malaria.

Ubat kokaina Digunakan sebagai ubat bius

3.2 Ubat Moden

Kebanyakan ubat moden yang dihasilkan hari ini berasal daripada tumbuhan dan mikro-organisma. Kemajuan yang pesat dalam penyelidikan dan pembangunan ubat terma-suk teknik baru seperti bioteknologi dan kejuruteraan gene-tik membantu dalam mengubati penyakit seperti kanser, alzheimer dan sebagainya.

34

Page 35: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Ubat moden ialah bahan kimia yang dihasilkan dengan menyediakan sebatian yang mempunyai struktur molekul aktif dalam sesuatu ubat tradisional. Beberapa jenis ubat moden adalah seperti dalam jadual berikut.

Jenis Ubat Contoh

Analgesik Aspirin, parasetamol, kodeina.

Antibiotik Penisilin, streptomisin.

Ubat psikoteraputik

Stimulan, antidepresan, antipsikotik, trankuilizer.

Ubat yang lain Hormon, steroid.

3.2.1 Analgesik

Analgesik ialah ubat yang membolehkan pesakit tidak merasai kesakitan walaupun masih berada dalam keadaan sedar. Beberapa contoh ubat analgesik dan penggunaannya adalah seperti dalam jadual berikut.

Contoh Analgesik Penggnaan

Asperin Menghilangkan kesakitan, meredakan demam dan merawat penyakit arthritis.

Parasetamol Menghilangkan kesakitan dan demam, menggantikan aspirin bagi kanak-kanak.

Kodeina Menghilangkan sakit kepala dan batuk

35

Page 36: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3.2.2 Antibiotik

Antibiotik ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh mikro-organisma seperti kulat dan bakteria. Ia bertindak membunuh atau menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit. Beberapa contoh ubat antibiotik dan penggunaannya adalah seperti dalam jadual berikut.

Contoh Antibiotik Penggunaan

Penisilin Merawat penyakit kulit, antraks, peneumonia, meningitis, gonorhea dan siflis.

Streptomisin Merawat jangkitan urinari, tuberculosis (tibi), pneumonia dan disentri.

3.2.3 Psikoteraputik / Psikiatri

Ubat psikoteraputik / psikioatri digunakan untuk merawat pesakit jiwa dengan bertindak secara langsung terhadap otak dan sistem saraf. Beberapa contoh ubah psiko-teraputik / sikiatri dan penggunaannya adalah seperti dalam jadual berikut.

Ubat Psikoteraputik Fungsi

Stimulan

(Contoh: Amfetamin, Dekstroamfetamin)

Meningkatkan kegiatan otak dan badan pesakit. Merangsang perasaan pesakit psikiarik supaya terasa yakin terhadap diri sendiri, bertenaga dan cergas.

Antidepresan

(Contoh: Barbiturat dan Trankuilizer)

Mengawal keadaan kemurungan pesa-kit. eg, kebimbangan dan ketegangan yang berterusan, panik akibat tekanan dan punca psikologi yang lain.

Antipsikotik

(Contoh: Klozapin, Kloropromazin dan Haloperidol).

Merawat gejala penyakit psikotik yang disebut skizofrenia. Pesakit tidak dapat mentafsirkan realiti dengan tepat, mem-punyai pemikiran dan pemutusan yang tidak logik, tidak mampu mengkomuni-kasikan idea dan menyisih daripada masyarakat.

36

Page 37: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3.2.4 Ubat Moden Lain

Ubat moden lain adalah seperti hormon dan steroid. Hormon ialah bahan organik yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin manusia untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis. Ia digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan kekurangan hormon dalam badan.

Steroid ialah sebatian lipid semula jadi. Beberapa jenis hormon dan alkohol yang dikenal sebagai ste-rol merupakan sebatian steroid. Sebatian steroid yang digunakan dalam bidang perubatan boleh di-kategorikan kepada steroid anabolik dan korteko-steroid. Beberapa contoh hormon dan steroid serta penggunaanya adalah seperti dalam jadual berikut.

Jenis Contoh Penggunaan

Hormon Insulin Merawat penyakit kencing manis.

Steroid

Anabolik

Metandrostenolone

Testoteronpropionat

Merawat beberapa pe-nyakit yang serius seperti AIDS dan kanser. Men-egah kehilangan otot pesakit.

Kortikos-teroid

Kortison

Prednison

Merawat penyakit asma dan artritis rheumatoid (sendi tulang menjadi bengkak, sakit dan ke-jang). Bersifat antiinfla-masi.

4.0 PERBINCANGAN

Ramai orang membuat andaian bahawa kesihatan dapat dipulihkan dan dipelihara dengan memakan ubat. Andaian ini menyebabkan ramai orang terlalu bergantung pada ubat atau menyalahgunakan ubat. Ini juga boleh menyebabkan terdedah

37

Page 38: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

kepada bahaya ubat. Pengambilan ubat dalam dos yang rendah adalah paling baik; manakala, ubat yang diambil dalam dos yang tinggi adalah beracun. Tiada ubat yang betul-betul selamat jika tidak digunakan dengan betul. Setiap ubat akan mendatangkan bahaya yang berlainan terhadap penggunanya. kut arahan doktor atau cara penggunaan ubat yang dinyatakan pada botol ubat apabila menggunakannya. Penyalahgunaan ubat akan menjejaskan kesihatan kita daripada segi kesan sampingan yang buruk atau penagihan.

Perkara berikut perlu diberi perhatian semasa menggunakan ubat:

- Kekerapan pengambilan ubat- Tempoh masa- Ubat lain perlu dielak- Tindakan terlupa

5.0 KESIMPULAN

Seseorang pesakit boleh mengambil ubat tradisional atau ubat moden dalam dos yang bersesuaian. Kesan sampingan akan timbul jika ubat diambil dalam dos yang berlebihan.

6.0 SUMBER RUJUKAN

McLean, J. (1996). Chemistry. England: Addison Wesley Longman Limited.

Laman Web http:/www.asianhealth.com

Petunjuk Prestasi (PP)

Skor

PP 1 √PP 2 √PP 3 √PP 4 √ 3PP 5PP 6 √PP 7 √

38

Page 39: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kaedah Merekod

Skor pentaksiran setiap konstruk yang ditaksir direkod dalam Borang Skor Individu (BSI), sebagaimana dalam Jadual 10 (Rujuk juga Lampiran 2).

Prosedur Mengurus Borang Skor Individu (BSI)

Pengurusan Umum

o Borang Skor Individu merekod skor semasa pentaksiran dijalankan di atas perkara yang ditaksir.

o Gred diberi selepas selesai pentaksiran

o Borang ini digunakan oleh pelajar, pentaksir dan pemantau.

o Borang ini hendaklah diisi dalam dua salinan:

- Salina asal - disimpan dalam portfolio pelajar- Salinan kedua - disimpan oleh pentaksir

o Sekiranya pelajar berpindah sekolah, satu salinan BSI yang dikemaskini hendaklah disertakan bersama surat pindah.

o Semua BSI hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan di-sahkan oleh Pengetua pada akhir tempoh pentaksiran.

Cara Mengisi Borang Skor Individu oleh Pentaksir

o Tandakan (√) pada lajur petunjuk prestasi yang berkenaan apabila pelajar telah menguasai petunjuk prestasi itu.

o Isikan angka 3, 2, atau 1 pada lajur skor merujuk kepada peraturan penskoran.

o Jumlah 3 skor tertinggi diisi dalam ruang berkenaan.

o Gred A, B, C dan D atau X diisi dalam ruang berkenaan merujuk kepada jadual penggredan. Pindahkan gred A, B, C, D atau X ke dalam Borang Gred Individu (BGI), sebagaimana dalam Jadual 11.

39

Page 40: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 11: Jadual penggredan

Gred Jumlah Skor Penerangan Gred

A 8, 9 Mencapai tahap cemerlang

B 5, 6, 7 Mencapai tahap kepujian

C 3, 4 Mencapai tahap memuaskan

D 1, 2 Belum mencapai tahap minimum

X T. H. Tidak hadir

11. Kaedah Merumus Skor

Pentaksiran dijalankan sekurang-kurangnya 2 eksperimen di tingkatan empat dan 2 eksperimen di tingkatan lima. Rumus skor bagi setiap perkara yang ditaksir diambil daripada jumlah tiga skor yang tetinggi. Gred diberi berdasarkan Jadual Penggredan.

Gred pencapaian pelajar dilakukan di akhir pentaksiran di tingkatan lima, berdasarkan Peraturan Penggrerdan (Jadual 11).

Contoh penggredan skor pelajar dalam Borang Skor Individu adalah sebagaimana dalam Jadual 12.

Semua gred yang diperolehi daripada Borang Skor Individu (BSI) hendaklah dipindahkan ke dalam Borang Gred Induk (BGI), sebagaimnana dalam Jadual 13, pada akhir tempoh pentaksiran

12. Kaedah Melapor Dapatan Pentaksiran

Pelaporan dibuat dalam bentuk sijil yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan format dari Lembaga Peperik-saan Malaysia. Dalam sijil tersebut dimasukkan gred bagi

40

Page 41: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

setiap perkara yang ditaksir. Contoh sijil PEKA Kimia adalah sebagaimana dalam Rajah 2.

(JADUAL 12, RUJUK MUKA SURAT 345)

(JADUAL 13, RUJUK MUKA SURT 346)

41

Page 42: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rajah 2: Contoh format sijil PEKA Kimia

LogoSekolah

SIJIL PENTAKSIRAN KERJA AMALI BERASASKAN SEKOLAH

Peperiksaan SPM Tahun: ………………………

Nama Mata Pelajaran: KIMIA

Kod Mata Pelajaran: 4541/4

Nama: …………………………………………..

Nombor Kad Pengenalan: ………………….…..

Dianugerahkan Sijil Pentaksiran Kerja Amali Berasaskan Sekolah (PeKA) kerana telah memperolehi pencapaian seperti berikut:

1. Merancang Penyiasatan /

Eksperimen

: …………...

2. Menjalankan Penyiasatan /

Eksperimen

: ……….…..

3. Mengumpul Dan Merekod Data : ……………

4. Mentafsir Data Dan Membuat

Kesimpulan

: ……………

5. Sikap Saintifik Dan Nilai Murni : ……………

………………………….

Tandatangan Pengetua

42

Page 43: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Cop Pengetua

Tarikh: …………………..

13. Kandungan Dalam Portfolio

Perkara berikut perlu dimasukkan dalam portfolio pelajar:

o Borang Pergerakan Evidenso Borang Skor Indiviuo Evidens

Bagi evidens seperti model hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah diurus. Satu rekod evidens yang disimpan hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana dalam Jadual 14, dengan ditanda tangani oleh pelajar dan pentaksir.

Jadual 14: Rekod evidens

Bil. Evidens Tarikh Keluar

Tanda Tangan Pelajar

Tarikh Masuk

TandaTangan

Pentaksir

43

Page 44: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

14. Pengurusan Fail Pentaksiran

Bagi setiap kelas yang ditaksir, pihak sekolah perlu menyedia-kan satu fail untuk mengisi:

o Salinan Borang Skor Individu (BSI)o Borang Gred Individuo Borang Semakan Ketua Pentaksir Negeri / Ketua Pentaksir

Kawasan

15. Perancangan Pentaksiran

15.1 Garis Panduan Penyediaan Perancangan Pentaksiran

Pentaksiran PEKA dilaksanakan untuk mentaksir perfor-mans pelajar dalam lima konstruk yang telah ditera dengan menggunakan aktiviti dalam proses p&p.

Pentaksiran PEKA adalah proses berterusan yang dibuat semasa p&p dalam bilik darjah / makmal, bukannya dibuat secara berasingan atau tambahan.

Rangka kerja pentaksiran perlu selari dengan p&p yang dirancang untuk memperkembangkan sesuatu konstruk melalui aktiviti makmal. Bermakna, aktiviti pentaksiran dibuat berdasarkan aktiviti yang dijalankan untuk mencapai konstruk tersebut.

Pihak pentaksir perlu merancang secara berhati-hati supaya evidens yang didapati adalah sah.

Aktiviti p&p yang melibatkan pelajar mestilah dirancang supaya memenuhi keperluan pentaksiran dan membolehkan pencapaian positif dipamerkan.

44

Page 45: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Dalam setiap aktiviti tidak semestinya dapat mencakupi semua konstruk yang hendak ditaksir.

Kerangka pentaksiran direkabentuk untuk memberi peluang kepelbagaian aktiviti. Ini termasuk pengumpulan evidens secara langsung atau secara tidak langsung.

15.2 Perancangan Penyiasatan Yang Baik

Pilih Penyiasatan Secara Berhati-hati

o Penyiasatan hendaklah dilengkap berdasarkan keka-gan yang ada - termasuk masa, ruang, peluang dan infra-truktur di sekolah.

o Pentaksir mestilah betul-betul jelas apakah yang hendak ditaksir dalam PEKA Kimia.

o Penyiasatan / eksperimen / projek hendaklah jangan terlalu kompleks atau over-ambitious.

o Penyiasatan / eksperimen / projek itu hendaklah sesuai dengan peringkat pelajar. Kebolehan saintifik yang ren-dah mungkin sesuai bagi pelajar yang berkebolehan rendah tetapi bagi pelajar yang berkebolehan memerlu-kan skop yang lebih luas untuk mempamerkan kefaha-mannya dalam kaedah saintifik dan pengetahuannya.

Kaedah Membantu Pelajar Untuk Memulakan Aktiviti Penyiasatan

o Fikirkan tentang Senarai Semak Perancangan yang dapat membantu pelajar merancang.

o Pastikan pelajar biasa dengan alat radas dan bahan yang akan digunakan.

o Pastikan pelajar telah menguasai latar belakang saintifik sebelum mereka memulakan penyiasatan.

45

Page 46: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Jangan biarkan pelajar melaksanakan penyiasatan yang identikal dengan eksperimen yang dijalankan dalam kelas dalam pengajaran-pembelajaran.

o Kadang-kadang pentaksiran yang baik mungkin dilak-sanakan sebagai aktiviti dalam bilik darjah. Sebagai contoh, sekiranya kelas telah menyiasat berkenaan Kesan suhu ke atas kadar tindak balas, pelajar boleh ditugaskan untuk merancang penyiasatan bagi menyia-sat kesan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar tindak balas.

Pilih Masa Untuk Menjalankan Penyiasatan

o Berdasarkan konsep PEKA Kimia, pelajar mestilah men-dapat pengalaman sebelum mereka ditaksir. Penga-laman ini didapati semasa proses p&p.

Pilih Pelajar Untuk Mempertingkatkan Konstruk PEKA

o Pastikan pelajar mengetahui perkara yang akan ditaksir dan Penerangan Markah yang akan diguna untuk pentaksiran. Sediakan salinan Konstruk, Petunjuk Pres-tasi dan Penerangan Markah bagi setiap pelajar atau tampalkan di dinding bilik darjah / makmal.

o Berikan pelajar pengalaman untuk mempraktikkan penyiasatan, markahkan dan berikan komen bertulis supaya mereka mengetahui bagaimana untuk memper-baiki prestasinya.

o Pada peringkat awal penyiasatan bantuan guru mungkin banyak diberikan dan ini akan membiasakan pelajar dengan teknik atau kaedah Pentaksiran PEKA.

Pastikan Pelajar Mengetahui Bagaimankah Pencapaian Yang Baik

o Pastikan pelajar merancang dengan mencatatkannya.

o Pastikan pelajar merujuk dan menggunakan pengeta-uan saintifik dalam perancangannya.

46

Page 47: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Pastikan semua konstruk telah diketahui pelajar - eg pemboleh ubah, hipotesis, keputusan, kesimpula dll.

o Guru Pentaksir perlu dapat membezakan setiap hasil kerja pelajar. Sebaiknya, mulakan perancangan dalam kelas, kemudian disambung di rumah. Dengan ini guru dapat melihat pelajar berbincang, mengadaptasi, mem-perbaiki dan seterusnya melaksanakan penyiasatan. Kerja berkumpulan dibenarkan tetapi pentaksir mestilah memastikan produk adalah merupakan hasil kerja individu.

Penyimpanan Rekod

o Pelajar menyimpan semua kerjanya dalam Portfolio, kemudian portfolio ini disimpan oleh guru. Sekiranya melibatkan lebih daripada seorang pentaksir, kaedah ini memudahkan pergerakan rekod.

o Pelajar digalakkan menyimpan rekodnya sendiri. Dengan ini pentaksiran PEKA lebih bermakna kerana ianya dapat merekodkan perkembangan pencapaian pelajar dalam konstruk kimia. Selepas pelajar ditaksir berdasarkan frekuensi yang telah ditetapkan, p&p dijalankan seperti biasa supaya pelajar dapat meman-tapkan penguasaannya dalam konstruk kimia sebagai pelengkap untuk Ujian Amali Bertulis.

Memberi Komen Hasil Kerja Pelajar

o Setiap kali pentaksiran dilakukan, pihak pentaksir perlu memberi komen (secara lisan dan bertulis) kepada pelajar. Komen yang diberikan hendaklah ringkas, tetapi tepat dan padat, eg berbentuk: K1PP1 – 2 (Bermaksud: Kemahiran 1, Petunjuk Prestasi 1, Skor 2). Komen yang dibuat adalah bertujuan untuk:

- Memberi tahu pelajar tahap penguasaannya; dengan ini membantu mereka memperbaiki kelemahan

47

Page 48: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

- Membantu pentaksir dalam pentaksiran atau untuk kegunaan penyelarasan.

- Memalumkan kepada penyelaras / pemantau bahawa hasil kerja pelajar telah ditaksir.

o Adalah penting untuk pentaksir mencatat sekiranya dalam masa perlaksanaan penyiasatan terdapat perbualan / secara lisan untuk mendapatkan penjelasan pelajar. Ini boleh dicatatkan sebagai tingkah laku yang diperhatikan, seperti: Pelajar telah mengambil kira langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.

Di mana Mendapatkan Bantuan

o Hadiri Taklimat Penataran PEKA Kimia sama ada di peringkat negeri / daerah / sekolah.

o Hubungi personel berikut untuk mendapatkan bantuan tentang PEKA Kimia:

- Ketua Pentaksir Kebangsaan- Ketua Pentaksir Negeri- Ketua Pentaksir Daerah- Ketua Pentaksir Sekolah

15.3 Pentaksiran Menggunakan Aktiviti

Dalam menentukan aktiviti, pentaksir mestilah sedar dan mahir tentang Penerangan Markah bagi setiap konstruk yang akan ditaksir. Pentaksir perlu ingat bahawa:

- Tiap-tiap Penerangan Markah memerlukan pelajar diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

- Skor tertinggi hanyalah diberi kepada pelajar yang dapat mempamer evidens yang memenuhi Penerangan Markah, tanpa bantuan guru, dan / atau pendekatan bestari.

Penerangan Konstruk

48

Page 49: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

ELEMEN 1:

Kemahiran Merancang Penyiasatan Eksperimen – KR

Perkara berikut mestilah dipertimbangkan semasa pelajar memilih aktiviti yang sesuai:

o Penerangan mestilah melibatkan eksperimen yang diterakan dalam kurikulum.

o Teknik dan alat radas mestilah terhad kepada alat radas yang terdapat di sekolah.

o Penggunaan Senarai Semak Perancangan dapat mengingatkan pelajar peluang-peluang untuk mempamerkan kebolehan mereka.

o Pentaksiran di peringkjat perancangan memberikan peluang pada pelajar untuk memperbaiki dan mengubahsuai strategi supaya dapat meneruskan ke kemahiran yang seterusnya.

ELEMEN 2

Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen – KJ

Perkara berikut mestilah dipertimbangkan semasa pelajar menjalan-kan aktiviti penyiasatan / eksperimen:

o Perlaksanaan penyiasatan berdasarkan perancangan yang telah dipersetujui oleh pentaksir.

o Pengendalian alat radas dan bahan berdasarkan perancangan.

o Teknik dan alat radas mestilah terhad kepada alat radas yang terdapat di sekolah

ELKEMEN 3

Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis Gambar Rajah – KD

Dalam Penerangan Pemarkahan, perkara berikut mestilah dapat dipamerkan oleh pelajar:

49

Page 50: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Membuat pemerhatian dan / atau pengukuran, di mana sesuai dan mencukupi.

o Bagaimana merekod pemerhatian dan / atau pengukuran.

o Setakat manakah ketepatan pemerhatian dan / atau pengukuran yang perlu dibuat.

o Adakah perlu membuat pemerhatian dan / atau pengukuran semula.

ELEMEN 4

Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan – KS

Dalam Penerangan Pemarkahan perkara berikut mestilah dapat dipamerkan oleh pelajar dalam kemahiran tersebut:

o Membuat pentaksiran terhadap data yang telah dikomunikasikan.

o Membuat kesimpulan.

15.4 Penggunaan Komputer, ICT dan Pencarian Website

Penggunaan komputer digalakkan dalam perlaksanaan PEKA. Dalam kes di mana pelajar membuat laporan, kalau laporan dibuat di rumah pentaksir mestilah memastikan tugasan dilaksanakan oleh pelajar sendiri. Ini boleh dilaksanakan dengan pentaksir mendapat-kan terlebih dahulu draf laporan.

15.5 Sokongan Dan Bantuan Kepada Pelajar

o Dalam pentaksiran PEKA Kimia pelajar perlu didedahkan tentang konstruk yang akan ditaksir, bagaimana mereka akan ditaksir, bila mereka akan ditaksir dan apakah bentuk evidens yang perlu dipamer dan bagaimana evidens itu akan diskor.

50

Page 51: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Pelajar juga telah biasa dengan keperluan Peraturan Pentaksiran.

o Pentaksir perlu ingat tentang setakat mana bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar. Bantuan yang diberikan termasuk se-cara verbal atau bertulis dalam Borang Perancangan Penyiasatan.

o Pentaksir bertanggungjawab dalam penyeliaan aktiviti yang dilaku-kan pelajar dan berpuas hati dengan evidens yang dipamerkan. Markah akhir tidak boleh dirumus sekiranya pentaksir sangsi terhadap produk yang diberikan pelajar.

o Borang Perancangan Penyiasatan boleh digunakan untuk mem-anu pelajar semasa merancang.

o Pentaksir boleh mengubah suai Borang Perancangan Penyiasatan berikut berdasarkan kesesuaian aktiviti.

Elemen 1: Kemahiran Merancang Penyiasatan / Eksperimen (KR)

Membuat pernyataan masalah / tujuan eksperimern.

Boleh menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas.

Boleh mempamerkan mana-mana perkara berikut dalam perancangan:

- Pernyataan masalah dan / atau tujuan penyiasatan

- Teknik

- Data

- Prosedur kerja

- Cara komunikasi

- Senarai bahan dan radas

- Pentafsiran data

- Semua pemboleh ubah

- Kesimapulan

Boleh memilih satu teknik

Boleh menyenaraikan radas dan bahan yang sesuai dan mencukupi

51

Page 52: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Contoh: Borang Perancangan Penyiasatan

Borang Perancangan Penyiasatan

Anda mestilah menetapkan Tajuk Penyiasatan dan ini adalah perkara yang anda akan siasat. Perancangan anda mestilah mengandungi empat bahagian:

Bahagian 1: Merancang

Bahagian 2: Menjalankan eksperimen

Bahagian 3: Mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah

Bahagian 4: Mentafsir data dan membuat kesimpulan

Selepas anda melengkapkan setiap bahagian penyiasatan, tandakan √ pada kotak berikut:

Bahagian 1: Merancang

Apakah yang akan anda kaji / siasat ? Ini merupakan Tajuk / Tujuan Penyiasatan

Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasi iaitu faktor yang anda akan manipulasi.

Nyatakan pemboleh ubah yang bergerak balas iaitu perkara yang akan anda perhati.

Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan iaitu faktor yang anda perlu tetapkan.

Apakah pernyataan hipotesis ? Iaitu hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pernyataan ini mestilah boleh diuji.

Nyatakan senarai alat radas dan bahan yang diperlukan dari segi kuantiti.

Huraikan kaedah / prosedur eksperimen yang akan anda guna; lukis jika boleh membantu / Namakan teknik.

Nyatakan apa yang akan anda ukur, perhati atau rekod, iaitu bagaimana data ini akan direkod.

Nyatakan bagaimana data ini akan dikomunikasikan seperti dija-dual, tajuk-tajuk lajur dalam jadual.

52

Page 53: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Buat ramalan berdasarkan pengetahuan saintifik.

Elemen 2: Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen (KJ)

Dapat menjalankan penyiasatan mengikut perancangan yang lengkap melalui:

Menggunakan senarai bahan dan alat radas Menggunakan prosedur yang telah dirancang Mendapat ukuran / data / pemerhatian seperti perancangan Mengguna dan mengendalikan alat radas serta bahan sains / spesi-

men dengan betul Membersih dan menyimpan alat radas sains dengan betul Melupus bahan yang tidak diperlukan lagi dengan cara yang betul

Bahagian 2: Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen

Menjalankan penyiasatan mengikut perancangan dengan selamat dan tepat:

Menggunakan senarai bahan dan alat radas

Menggunakan prosedur yang telah dirancang

Mengumpul evidens yang mencukupi

Mendapat ukuran / data / pemerhatian seperti perancangan

Mengguna dan mengembalikan alat radas serta bahan sains / spesimen dengan betul

Membersih dan menyimpan alat radas sains dengan betul

Melupus bahan yang tidak diperlukan lagi dengan cara yang betul

Elemen 3: Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis Gambar Rajah (KD)

Dapat mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap melalui:

Dapat membina jadual yang mempunyai lajur dan baris yang bertajuk dan berunit dengan betul

53

Page 54: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Dapat melengkapkan jadual yang mengandungi data-data yang men-cukupi dan sistematik

(Pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang dimalar / mengumpul data dalam bentuk pemerhatian yang betul)

Dapat melukis gambar rajah berkualiti yang mengandungi perkara berikut:

o Gambar rajah berfungsi

o Alat radas yang lengkap

o Bersih, tiada garis putus-putus

Bahagian 3: Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis Gambar Rajah

Mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap melalui:

Merekod pengukuran, pemerhatian atau evidens dalam cara yang terbaik dan jelas. Simpan data mentah

Membina jadual, labelkan tajuk lajur (pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas), rekodkan data mengikut ketepatan bacaan berdasarkan unit

Mengumpul maklumat lain yang mungkin diperlukan

Melukis gambar rajah, di mana perlu

Elemen 4: Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan (KS)

Dapat mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap melalui:

Dapat membina graf dengan betul dan / atau membuat pengiraan yang tepat. Graf mengandungi perkara berikut:o Tajuk grafo Kedua-dua paksi berlabel dan berunito Skala seragamo Pindah sekurang-kurangnya 4 titik betulo Graf garis licin / bentuk betul atau

Dapat mempamer bentuk komunikasi lain yang bersesuaian. Contoh carta bar:o Tajuk carta baro Kedua-dua paksi berlabel dan berunit

54

Page 55: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Skala seragamo Pindah sekurang-kurangnya 4 titik betulo Bentuk

Dapat menyatakan perkaitan yang betul antara pemboleh ubah ber-tepatan dengan pemerhatian / pengukuran atau membuat inferens yang munasabah atau mendapat maklumat yang betul daripada graf atau komunikasi

Dapat membuat kesimpulan yang betul berdasarkan data / pemer-hatian atau dapat menyatakan hipotesis diterima atau ditolak berdasar-kan data / pemerhatian

Bahagian 4: Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan

Mentafsir data dan membuat kesimpulan yang lengkap melalui:

Fikirkan tentang evidens yang telah anda perolehi dan tetapkan bagaimana data itu patut dipersembahkan

Adakah anda perlu membuat penghitungan kepada data dengan menggunakan formula / rumus ?

Adakah anda akan melukis graf, carta palang atau histogram ? Anda perlu melabel paksi, memindahkan titik dan melukiskan graf licin / best fit line, atau bar atau histogram

Adakah sesuatu pola yang diikuti oleh data ?

Adakah hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji digambarkan dalam graf, carta bar atau carta palang ?

Gunakan pengetahuan saintifik untuk menerangkan kesimpulan

Bagaimanakah kesimpulan berbanding dengan ramalan dan hipo-tesis ?

55

Page 56: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

(LAMPIRASN 1: RUJUK BUKU NOTA MUKA SURAT 411)

56

Page 57: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

LAMPIRAN 2:MUKA DEPAN PORTFOLIO

LogoSekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

…………………………………………………………………………..

PORTFOLIO

PEKA KIMIA

2007 / 2008

Nama: ……………………………………………………………………….

Tingkatan: …………………………………………………………………..

No. Kad Pengenalan: ……………………………………………………….

Angka Giliran: ……………………………………………………………..

Alamat: …………………………………………………………………….

…………………………………………………………………….

No. Telefon: ……………………………………………………………….

Catatan: ……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

1

Page 58: 9   PEKA Kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

2