email formula
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Inilah simkad pertama di Malaysia dan di dunia di mana penggunanya dapat semula 3% dari setiap nilai dikeluarkan. Disamping boleh dijadikan pendapatan sampingan yang PASSIVE...Jangan ketinggalan...APA NAMA SIMKAD NI?- Tone ExcelPERLU TUKAR NO TELEFON KE?Tak perlu. Kekalkan no. telefon anda sedia ada.PAKAI LINE APA?- TuneTalk (Di mana ada Celcom, di situ ada TuneTalk..sebab, TuneTalk dimiliki bersama oleh Celcom & TuneGroup)SPEED -4G(LTE)/3G(H+)BAGAIMANA NAK RELOAD?- Beli kad/kupon reload TuneTalk di kedai jual topup mcm biasa, boleh juga melalui online CIMBclicks, Maybank2u, epay & mesin ATM.BERAPA HARGA KALAU NK JADI AHLI?- 3G RM95.40 (RM30 kredit tersedia dalam simkad)- 4G RM106.00 (RM30 kredit tersedia dalam simkad)TAMBAH RM4.60/RM4.00 (Modal RM100/RM110) (JIKA MAHU), Saya bagi..- RM95.40/RM106.00 (RM30 kredit tersedia dalam simkad)- FREE TableTalkExpress (bernilai RM3)- FREE postage (bernilai RM6.36)- FREE SupportGroup 24/7 - FREE 53 ebook pemasaran (RM5/book)- FREE Teknik Online MarketingDI MANA NAK BELI?- Tidak dijual di pasaran umum. Hanya dapatkan dari HQ/agen penjual simkad yg sah/ahli yg memperkenalkan simkad ini kpd anda.APA FAEDAH YG SAYA BOLEH DAPAT?- Topup RM30, dpt FREE data 1GB utk SEBULAN! Kredit kekal RM30 untuk call/sms- Topup RM50, dpt free kredit RM20. Boleh guna untuk call/sms/data- Topup sendiri peroleh rebate 3% masuk TUNAI kedalam akaun bank anda- PERCUMA Perlindungan Insuran RM100K (T&C apply)- No expiry date topup point.- Boleh tukar PERCUMA Tiket AirAsia, Handphone dan banyak lagi!- Diskaun 30% Menginap Di Tune Hotels di SELURUH DUNIA- Insentif Pelancongan& Umrah PERCUMA- Highest Direct Sponsor Contest- Highest Reload Contest- Lucky Draw Contest- Website Promosi Diberi PERCUMABAGAIMANA SIMKAD NI BOLEH BUAT DUIT?- Anda jadi pengguna simkad ni sambil promote kelebihannya kpd sesiapa saja:1. Anda dapat Fast Track Bonus RM20 tiap kali anda daftar rakan baru. 2. Anda juga dapat komisyen 3%-13% tiap kali rakan dalam rangkaian anda (Level 1-3) topup tak kira di mana & sampai bila-bila (Recurring Passive Income). 3. Anda dapat Bonus Penajaan setiap bulan 5%-20% dari komisen topup (no.2 diatas)4. Anda sendiri topup pun dapat 3% komisyen.BAYARAN MASUK KE MANA?- Bayaran akan masuk ke account bank masing2Tiada syarat terselindung spt tanda * pd telco lain. Pakai sendiri pun dah untung byk!Sape tak nak mmg rugi, jgn biarkan [email protected] telefon anda mengkayakan orang lain..Jom kita kayakan diri kita sendiri. Telah terbukti melahirkan jutawan dengan pasif income 6 angka sebulan.Untuk maklumat lebih lanjut,bleh layarihttp://toneexcel.biz/930292atauPM/Call/Whatsapp SAYA DI..+6019-5011540Ikhlas,Wan Amirul HakimUsahawan Internet & TelekomunikasiTRANSCRIPT

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
EMAIL FORMULA
“ A Sense Of Urgency ”
Rahsia Menukar Prospek Menjadi
Pembeli Dalam Sekelip Mata!

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
HAK CIPTA TERPELIHARA
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
___NAMA ANDA____.
Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam
e-buku ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan
ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak
penerbit dan penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang
disalahgunakan.
PENAFIAN
Penerbitan ini mengandungi pandangan penulis. Ia bertujuan membantu dan menyediakan
maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. E-buku ini diniagakan dengan memahami
penulis dan penerbit tidak terlibat dengan khidmat professional yang terkandung di dalam buku
ini. Pembaca perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya
memerlukan bantuan.
Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau
risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada
penggunaan mana-mana kandungan e-buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Bahagian 1
- Apakah itu ‘A Sense of Urgency’?
- Kuasa ‘Urgency’ di dalam Pemasaran Email
- ‘Fake Urgency’
- Memahami Konsep Urgency (Impulse Factor)
- ‘A Sense of Urgency + Emotional Marketing?
Bahagian 2
- Fear of Loss
- Urgency
- Jones Theory
- Kredibiliti
- Tamak
- Kemahuan
- Sifat Ingin Tahu
- Nombor atau Digit
- ‘Magic Words’
Bahagian 3
- Urgency pada Subjek
- Urgency pada Call to Action
- Urgency pada P.S (Post Script)
RUMUSAN

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
PengenalanAssallamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana sudi mendapatkan Ebook
Email Formula: A Sense Of Urgency ini. Baiklah sebelum itu, izinkan saya
nyatakan bahawa ebook ini adalah dalam Bahasa Melayu walaupun tajuknya
dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa saya hasilkan ebook ini?
Tujuan utama saya mudah sahaja, kini pemasaran emel menjadi
penyumbang besar kejayaan Usahawan Internet. Kebanyakan hasil jualan
adalah daripada teknik pemasaran emel. Sehubungan itu juga, kini banyak
ebook tentang teknik pemasaran emel yang tumbuh bagai cendawan
selepas hujan.
Walau bagaimanapun, di dalam ebook ini, saya cuba mencari satu kelainan
dalam teknik pemasaran emel. Sebenarnya terdapat beratus – ratus strategi
pemasaran emel yang boleh kita lakukan, tetapi adakah kita pasti tentang
keberkesanannya?
Ebook EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency yang saya tulis ini, mungkin
agak berbeza dengan ebook lain kerana saya hanya memfokuskan beberapa
tajuk tertentu sahaja di dalam pemasaran emel. Ebook ini adalah hasil
pengalaman saya sendiri.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Sesetengah isi kandungannya mungkin sesuai dan mungkin juga tidak sesuai
untuk anda. Tetapi adalah tidak salah untuk kita sama – sama mencubanya.
‘Try & Error’ itulah ungkapan yang sesuai untuk saya nyatakan di sini.
Saya yakin, ‘Try & Error’ini telah banyak kali kita lakukan dalam kehidupan
harian kita, jadi tidak ada salahnya jika anda mencubanya dalam teknik
pemasaran emel anda.
Kenapa ‘Try & Error’ terjadi?
Mudah sahaja, setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia,
atau lebih mudah pelbagai ragam prospek atau subscriber. Jadi ‘Try & Error’
memang patut dilakukan bagi mengenal pasti cara terbaik dalam melakukan
jualan melalui teknik pemasaran emel.
Jadi saya berharap ebook ini akan memberi sedikit idea bagaimana
melakukan pemasaran emel dengan lebih berkesan.
Jadi, gunakanlah sebaik mungkin!
Nama ANda
www.LamanWeb.com

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Bahagian 1Apakah itu ‘A Sense of Urgency’?
A Sense of Urgency bermaksud perkara – perkara yang berbetuk desakan.
Jika di dalam jualan, ianya membawa erti perkara – perkara atau strategi
tertentu yang bakal membuatkan prospek merasa terdesak untuk membeli
produk yang dijual. Selain itu ia juga bermaksud dorongan.
Desakan? Dorongan?
Ya, strategi URGENCY ini sering kali digunakan di dalam bidang jualan ‘door
to door’, ‘cold calling’ dan pelbagai bidang lagi. Kenapa?
Mudah sahaja, idea dan strategi dalam ‘A Sense of Urgency’ sangat berkesan
terhadap prospek. Cuba anda bayangkan, katakanlah anda seorang ‘kaki
shopping’. Ketika anda lalu di depan kedai baju yang memang anda suka,
anda terlihat satu papan tanda tertulis 90% DISKAUN HARI INI SAHAJA!
Apa yang akan anda buat?
Jika saya ‘kaki shopping’, sudah pasti saya segera masuk ke dalam, memilih
barangan tersebut dan membelinya. Anda perasan atau tidak strategi
‘URGENCY’ yang digunakan oleh kedai tersebut?
Yang mana satu?
90% DISKAUN HARI INI SAHAJA!

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Terdapat 2 strategi pada ayat tersebut. Yang pertama ialah 90% DISKAUN
dan yang kedua ialah HARI INI SAHAJA! Itu adalah apa yang anda baca
sahaja.
Bagaimana pula dengan apa yang anda lihat?
Lihat? Bagaimana pula tu Haszoor?
Baiklah, katakan jika tokei kedai meletakkan baju yang cantik, yang
sememangnya anda mahu beli sejak sekian lama (cuma tak mampu sebab
mahal). Itu strategi yang ketiga!
Jika tokei kedai meletakkan awek cun berserta papan tanda tersebut, serta
awek cun tersebut memakai pula pakaian yang agak seksi….
Itu juga ‘A Sense of Urgency’!
Apa sahaja perkara yang mampu membuatkan anda terdesak untuk
mendapatkan barangan tersebut atau sesuatu yang mampu menarik
perhatian dikira ‘A Sense of Urgency’. Mudah bukan? Yang menjadi tanda
tanya, adakah ‘A Sense of Urgency’ yang tokei kedai gunakan itu berjaya
membuatkan anda membeli barangan dari kedai beliau.
Adakah anda sudah faham sekarang atau mahu saya tunjukkan contoh
sekali lagi? Baik, saya berikan satu lagi contoh. Kali ini saya kaitkan sekali
dengan teknik pemasaran emel yang biasa kita gunakan.
Saya yakin, anda sendiri pernah mencuba teknik ini.
Di dalam emel anda, anda nyatakan bahawa tawaran ini adalah terhad. Ayat
anda adalah seperti berikut:

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Tawaran harga murah ini hanya untuk 10 pelanggan sahaja!
Selepas ini ianya akan meningkat kepada harga …. bla….bla…bla
Itulah ‘A Sense of Urgency’ yang anda gunakan dalam pemasaran emel!
Tetapi percaya atau tidak kebanyakan teknik tersebut sudah lagi tidak
berkesan. Jadi bagaimana?
Kuasa ‘A Sense Of Urgency’ dalam Pemasaran Emel!
Kini sesetengah ‘A Sense of Urgency’ dalam pemasaran emel sudah biasa
digunakan. Kebanyakan prospek sudah lali dengan teknik ini. Ada yang

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
berjaya, dan ramai juga yang gagal. Jadi bagaimana untuk kita mengetahui
mana satu yang terbaik?
Hakikatnya kita tidak tahu mana satu yang terbaik. Seperti yang saya
nyatakan sebelum ini. Terdapat pelbagai jenis manusia yang wujud. Setiap
satunya dengan pelbagai karenah dan ragam. Apa yang anda perlu lakukan
adalah melakukan semua strategi kemudian membuat penilaian sendiri
teknik atau strategi manakah yang mampu menjadikan prospek anda
bertukar menjadi pelanggan.
Kuasa ‘A Sense of Urgency’ begitu kuat dalam pemasaran emel. Hasilnya
sungguh memberangsangkan!
Tanyalah mana – mana IM, sudah pasti mereka pernah melakukan teknik
tersebut. Percaya atau tidak, teknik ‘A Sense of Urgency’memberikan
pendapatan lumayan untuk mereka. Ia juga berlaku kepada saya.
Setiap kali saya menggunakan teknik ‘A Sense of Urgency’ dalam pemasaran
emel saya, saya pasti mendapat habuan yang lumayan. Tetapi sebelum itu,
pastikan anda mempunyai ‘mailing list’ yang besar sekurang –kurangnya
500 – 1000 subscriber. Jangan harapkan sesuatu yang tinggi hasilnya jika
‘mailing list’ anda hanya seramai 100 orang!
Baik, apa yang ‘A Sense of Urgency’ mampu lakukan?
- Membuat jualan dalam sekelip mata, mungkin 2 jam, 8 jam, 24 jam
dan mungkin juga 7 hari selepas anda menghantar emel. Yang penting
anda wajib tahu objektif penghantaran emel anda. Adakah anda mahu
mereka membeli dalam masa 2 jam, 8 jam atau 7 hari.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
- Menambah keuntungan serta menggandakan jualan produk anda
dengan 1 emel sahaja! Ya saya akan tunjukkan caranya nanti!
‘Fake Urgency’
Apakah sebenarnya ‘fake urgency’? ‘Fake Urgency’ adalah salah satu
desakan atau dorongan yang gagal. Maksudnya tiada sesiapa pun yang

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
mahu melihat atau membuat tindakan hasil dari ‘urgency’ yang anda
lakukan.
Mengapa ini terjadi?
Apakah kesilapan yang anda lakukan?
Mengapa tiada sesiapa pun yang melihat tawaran anda?
Anda merasakan anda telah memberikan tawaran terbaik untuk subscriber
anda, tetapi kelihatan seolah – olah semuanya sia – sia.
Adakah perkara ini pernah berlaku kepada anda?
Tanpa segan silu saya nyatakan, perkara ini memang terjadi kepada saya.
Saya menghantar pelbagai emel berbentuk ‘A Sense of Urgency’ tetapi
hasilnya? KOSONG!
Perkara ini berlaku hanya kerana satu sebab iaitu…
- Anda sebenarnya tidak tahu langsung apa kehendak subscriber anda.
- Anda tidak pernah membuat kajian apa yang subscriber anda mahu.
- Anda tidak pernah meletakkan diri anda pada kedudukan subscriber.
Lebih teruk lagi, anda tidak pernah ambil pusing siapakah subscriber anda.
Anda hanya tahu menulis emel yang power tetapi tidak tahu target market
anda. Anda tidak tahu siapa mereka, umur mereka, kerja mereka,
kemampuan mereka, yang paling penting apakah tujuan mereka menjadi
subscriber anda.
Saya sendiri pada mulanya tidak pernah mengetahui perkara ini.
Sehinggalah saya perasan, setiap kali saya membuat promosi, emel saya
semakin hari dipinggirkan. Asalnya tiada sesiapa yang membeli produk yang
saya promosikan.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Kemudian tiada sesiapa membaca emel saya. Lebih teruk lagi, peratus yang
membaca emel saya semakin hari semakin menurun! Ya itulah yang berlaku
kerana kesilapan saya sendiri.
Jadi anda harus faham dan tahu siapa subscriber anda. Dengan keadaan itu,
pemasaran emel menggunakan teknik ‘A Sense of Urgency’pastinya lebih
mudah dan lebih lumayan.
Konsep ‘A Sense of Urgency’
‘A Sense of Urgency’ kebiasaannya digunakan pada hampir keseluruhan
emel. Ini bagi memastikan emel yang dihantar memberi satu impak untuk

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
subscriber bertindak dengan segera. Segala bentuk dorongan atau desakan
baik secara langsung atau tidak langsung, pasti memberikan kesan yang
berbeza pada emel anda.
Anda boleh praktikkan pada subjek emel anda.
Gunakan pada headline emel anda.
Gunakan pada isi kandungan emel anda.
Gunakan pada ‘Call to Action’ emel anda.
Boleh juga digunakan pada ‘Post Script’ (P.S).
Pendek kata, gunakan ‘A Sense of Urgency’ pada setiap bahagian emel dan
setiap emel yang dihantar, anda pasti dapat lihat sesuatu yang hebat
berlaku. Percayalah…
A Sense Of Urgency + Emotional Marketing!
Saya telah menerangkan mengenai ‘A Sense of Urgency’. Kini anda patut
tahu mengenai ‘Emotional Marketing’ pula.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Apakah itu ‘Emotional Marketing’?
‘Emotional Marketing’ bermaksud melakukan pemasaran dengan menjadikan
emosi sebagai senjata atau medium utama. Kenapa emosi?
Hampir 70% - 90% faktor pembelian berlaku hanya disebabkan emosi.
Emosi yang bagaimana?
Emosi takut, bimbang, bersemangat dan sebagainya. Semua emosi ini boleh
dijadikan panduan untuk kita melakukan ‘Emotional Marketing’. Skopnya
agak luas, mungkin saya terpaksa hasilkan 1 lagi ebook mengenai
‘Emotional Marketing’.
Cukuplah sekadar anda tahu, bahawa kebanyakan faktor membeli adalah
hasil dorangan dari emosi kita yang telah terganggu. Contohnya, apabila kita
melihat sesuatu tawaran terhad, kita menjadi bimbang jika tawaran tersebut
tamat dan kita gagal mendapatkannya.
Jadi kita membuat keputusan untuk mendapatkan barangan tersebut. Emosi
telah berjaya mengawal tindakan kita.
Itulah yang dinamakan ‘Emotional Marketing’!
Bahagian 2Kuasa ‘Fear of Loss’
Apakah itu ‘fear of loss’? Bolehkah ‘fear of loss’ digunakan dalam pemasaran
emel? Jawapannya BOLEH dan DIGALAKKAN! ‘Fear of Loss’atau dalam

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
bahasa melayu yang membawa erti ‘takut akan kehilangan’. Mungkin agak
kelakar bunyinya dan seperti tergantung.
Biar saya jelaskan sedikit lagi supaya kita sama – sama faham.
Takut akan kehilangan… maksudnya bimbang atau risau akan hilangnya
sesuatu tawaran yang menarik. Anda harus menjadikan subscriber anda
sebagai orang yang paling kecut perut jika terlepas satu tawaran istimewa
daripada anda.
Bagaimana mahu menjadikan subscriber kecut perut?
Tawarkan sesuatu berdasarkan:
Elemen ‘Fear of Loss’
- Berbeza
- Unik atau luarbiasa
- Berpatutan
- Kena dengan target market anda
- Paling penting, sesuatu yang subscriber anda idam – idamkan!
Baik sebelum itu, apa yang anda perlu lakukan?
Pertama, seperti yang saya maklumkan di awal ebook ini tadi, anda haruslah
membuat kajian tentang subscriber anda. Cuba selidik apa yang mereka
mahukan. Siapa mereka, kemampuan mereka, jenis serta tahap pemikiran
mereka. Jadi barulah mudah untuk anda menggunakan ‘fear of loss’dalam
pemasaran emel anda.
Bagaimana membuat kajian?
Berinteraksilah dengan mereka. Jangan asyik anda sahaja yang hantar emel,
sesekali anda boleh minta pandangan mereka. Hantarkan emel pertanyaan,

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
tanya apa sahaja yang anda mahu asalkan ianya bersangkut paut dengan
produk yang ingin anda promosi.
Anda boleh meminta subscriber anda membalas emel yang dihantar, minta
pandangan mereka mengenai sesuatu topik. Hubungan 2 hala ini secara
tidak langsung membina kepercayaan mereka terhadap anda.
Anda boleh bertanya masalah yang mereka hadapi, contohnya subscriber
anda berminat menjalankan perniagaan internet, tetapi masalah mereka
adalah tidak tahu selok belok membina laman web, jadi anda boleh kongsi
sedikit jalan penyelesaiannya.
Anda boleh bertanya tentang kemampuan mereka, berapa mereka sanggup
bayar dan apa pula yang mereka inginkan sebagai balasan yang mereka
mahukan.
Contohnya;
Sebelum ini saya pernah mengadakan seminar mengenai asas pemasaran
internet. Pada waktu tersebut saya langsung tidak membuat kajian. Hasilnya
tidak sampai 10 orang yang mendaftar dan saya terpaksa membatalkan
seminar tersebut, kerana ‘charge yang dikenakan agak murah, jadi tidak
dapat menampung kos seminar tersebut.
Kemudian saya buat sedikit kajian. Bertanya kepada subscriber, menilai
semula apa yang mereka mahukan, kemudian melancarkan semula seminar
tersebut dan hasilnya…
Sungguh memberangsangkan!
Sekarang saya tunjukkan satu persatu bagaimana melakukan ‘fear of loss’
dalam pemasaran emel anda dan saya berharap ianya akan dapat
membantu anda.
Langkah 1

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
- Buat sedikit kajian, berinteraksi dengan subscriber. Pastikan anda
mengetahui selok belok mengenai subscriber anda. Anda harus tahu
dengan siapa anda berhadapan. Anda perlu tahu jenis mereka,
mungkin pendapatan mereka, berapa mereka sanggup bayar, tahap
mana pemikiran mereka dan sebagainya.
Langkah 2
- Buat sedikit pengumuman, bahasa mudahnya ‘pre-launh’ atau pra
pelancaran. Beritahu subscriber betapa pentingnya produk yang anda
promosikan tersebut. Buat mereka tertunggu – tunggu. Ini bertujuan
membina ‘excitement’ subscriber.
Langkah 3
- Promosi, masukkan elemen – elemen ‘fear of loss’ dalam emel anda.
Pastikan subscriber tahu yang tawaran anda adalah yang terbaik, unik
dan sungguh luarbiasa. Yang penting tawaran tersebut tidak sama
dengan tawaran orang lain.
Langkah 4
- Ucapkan tahniah & terima kasih tanda anda menghargai pelanggan
seperti mereka. Ini penting supaya anda mempunyai peluang
mempromosikan produk yang lain kepada mereka di lain masa.
Jadi bagaimana?
Saya harap anda sudah faham sedikit sebanyak kuasa ‘fear of loss’ dalam
pemasaran emel.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Kuasa ‘Urgency’
Urgency atau URGENT bermaksud penting. Sesuatu yang perlu disegerakan.
Sebelum ini saya pernah menerangkan mengenai ‘urgency’ dalam
pemasaran emel. Saya memanggilnya Teori Loceng Kecemasan.
Mengapa?
Saya pasti anda tahu mengenai Loceng Kecemasan. Jika di bangku sekolah,
Loceng Kecemasaran bermaksud adanya peristiwa penting berlaku seperti
kebakaran. Apa yang kita lakukan apabila mendengar Loceng Kecemasasan?
Sudah pasti lari bukan!
Sama jugalah ‘urgency’ yang kita gunakan dalam pemasaran emel. Cuma
yang berbeza ialah, kita tidak mahu subscriber lari, kita mahu mereka
bergegas dengan segera untuk mendapatkan produk yang kita promosi.
Bagaimana membuat ‘urgency’ di dalam emel?

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Paling mudah ialah menetapkan ‘dateline’ atau tarikh tamat / tarikh tutup.
Ya, dengan meletakkan tarikh tutup sesuatu emel promosi, saya yakin
sedikit sebanyak kita pasti dapat menggerakkan subscriber melakukan
sesuatu. Terangkan dengan jelas apa yang anda mahu mereka lakukan
kemudian berikan ‘DEADLINE’!
Berikut adalah 3 idea yang biasa digunakan di dalam ‘URGENCY’.
- Harga = Dapatkan pada harga RMxx sebelum ________
- Diskaun = Diskaun 70% pada hari ini sahaja!
- Bonus = Beli dan dapatkan BONUS TERHAD sebelum __________
Terdapat pelbagai cara lagi, yang penting anda wajib letakkan tarikh
tertentu yang bakal membuatkan subscriber anda tidak senang duduk
dengan tawaran anda.
Sekarang kita lihat lebih teliti bagaimana ‘dateline urgency’ digunakan di
dalam pemasaran emel dan yang pastinya ia sangat berkesan.
Dateline digunakan dalam banyak versi:
Dateline Tetap
Bermaksud sesuatu tarikh yang telah ditetapkan, tawaran tersebut hanya
sah sebelum tarikh tersebut. Contohnya, tawaran istimewa ini hanya sah
sebelum 17hb. Jadi buat tempahan segera sebelum tarikh tersebut.
Dateline Kuantiti
Memberi erti sesuatu tawaran yang terhad kepada beberapa kuantiti sahaja.
Contohnya, ebook ini hanya untuk 200 orang sahaja.
Dateline Harga

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Harga adalah paling utama, kerana ianya mampu mengerakkan subscriber
dengan lebih cepat kerana pastinya seseorang itu mahukan sesuatu yang
murah. Jadi dateline harga adalah sangat berkesan di dalam pemasaran
emel. Kebiasaan dateline harga digabungkan sekali dengan dateline tetap.
Dateline Bonus
Ini adalah salah satu lagi cara yang agak berkesan. Membuat tawaran bonus
istimewa untuk jangka masa terhad atau untuk kuantiti yang terhad.
Dateline Diskaun
Suatu masa dahulu, idea dateline diskaun merupakan antara yang terhebat.
Walau bagaimanapun ianya masih lagi boleh diguna pakai dan pasti
memberikan kesan yang berbeza. Kebiasaan diskaun turut sama
digabungkan dengan dateline tetap atau dateline kuantiti.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Kuasa ‘Jones Theory’ – People Like to Believe
Seterusnya ialah kuasa ‘Jones Theory’ iaitu ‘People Like to Believe’.
Maksudnya manusia suka untuk percaya. Subscriber membeli kerana
percayakan sesuatu. kebiasaannya percaya kepada 2 perkara.
Pertama, percaya terhadap produk. Kedua percaya terhadap penjual.
Apakah hubung kaitnya dengan pemasaran emel?
Begini, untuk kes yang pertama, percaya kepada produk. Di dalam
pemasaran emel, anda boleh meletakkan testimoni pembeli mengenai
betapa produk tersebut dapat membantu mereka. Selain itu anda juga boleh
letakkan bukti pembayaran pembeli yang mendapatkan produk anda. Ini
bagi menaikkan lagi rasa kepercayaan subscriber pada produk anda. Saya
sarankan gunakan bukti bergambar. Itu adalah lebih baik.
Untuk kes yang kedua, percaya kepada penjual. Seharusnya anda
menyatakan terlebih dahulu ‘track record’anda. Ini termasuklah latar
belakang, kejayaan anda mungkin serta apa sahaja yang berkaitan dengan
produk yang anda jual atau promosi. Tujuannya adalah sama, ianya untuk
membina kredibiliti di mata pembeli.
Saya berikan contoh;

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Saya menggunakan testimoni yang meyakinkan, kemudian meletakkan
‘screen shot’ bukti pembelian, selain itu saya juga menggunakan gambar –
gambar orang yang telah berjaya setelah membeli produk tersebut.
Jika anda mahu lebih baik lagi, gunakan video.
Selain itu saya turut membuat emel bersiri yang meng’update’ segala cerita
terbaru atau status terkini mengenai sesuatu produk yang saya jual ataupun
saya promosi. Dengan cara ini, subscriber dapat mengetahui segala
pergerakan atau latar belakang sesuatu produk yang kita jual ataupun
promosi.
Berikut saya ringkas beberapa teknik ‘Jones Theory’ yang saya gunakan
dalam pemasaran emel antaranya ialah;
- Mengunakan testimoni, baik testimoni produk ataupun penjualnya.
- Menggunakan bukti pembayaran produk.
- Menggunakan bukti pendapatan.
- Mengemas kini segala berita terbaru, contohnya segala update terbaru
mengenai produk, penjual atau segala yang berkaitan yang mampu
meningkatkan kredibiliti serta kepercayaan subscriber terhadap
produk yang kita jual atau promosi.
- Menggunakan bukti bergambar atau video.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Kuasa Kredibiliti
Saya pasti anda tahu apa itu kredibiliti dan bagaimana ianya mampu
menjual. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai maksud sebenarnya.
Cukuplah sekadar saya berkongsi bagaimana saya menggunakan kredibiliti
di dalam pemasaran emel saya.
Antara cara yang biasa saya gunakan;
Saya menyatakan dengan tepat, mengenai produk contohnya nama produk,
apakah kelebihan produk, ciri – ciri produk, apa yang bakal pembeli perolehi
selepas mendapatkan produk tersebut dan pelbagai lagi. Nyatakan apa
sahaja yang membawa kebaikan pembeli.
Selain itu saya juga turut menyatakan dengan tepat mengenai penjual
produk. Siapa mereka,latar belakang mereka, track record, kejayaan
mereka, pengalaman mereka dan pelbagai lagi. Seperti yang saya nyatakan
di atas, ‘highlight’ apa sahaja mengenai penjual produk selagi ianya mampu
membuatkan prospek percaya yang penjual tersebut adalah yang terbaik.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Kuasa Tamak
Tahukah anda sebenarnya semua manusia di muka bumi ini mempunyai
sifat tamak. Jika tidak banyak pasti ada sedikit Saya juga tidak terkecuali.
Saya mahukan sesuatu yang lebih. Jika saya sudah menjana RM100 sehari,
saya mahukan RM200 pula sehari dan begitulah seterusnya.
Jadi adalah lebih baik kita ambil kesempatan atas sifat tamak tersebut.
Jika anda sudah tahu bahawa subscriber anda, apa lagi buatlah tawaran
seperti berikut di dalam pemasaran emel anda;
Bulk Order
Ini antara yang paling berjaya, sebab itulah kita boleh lihat banyak tawaran
‘BULK ORDER’. Jika di dalam perniagaan biasa, ‘bulk order’ lebih dikenali
sebagai BORONG. Jika di dalam perniagaan internet pula ianya lebih kepada
PAKEJ LENGKAP yang mempunyai beberapa modul atau lebih senang pakej
MRR & PLR yang dijual dengan banyak.
Bagaimana saya menggunakan ‘bulk order’?
Kebiasaannya saya menggunakan ‘bulk order’ dalam menawarkan bonus
tambahan. Pastikan subscriber nampak dengan jelas ‘bulk order’ yang anda
tawarkan. Ulangi beberapa kali supaya mereka faham tentang tawaran ‘bulk
order’ tersebut.
Pilihan
Selain itu anda juga boleh gunakan teknik ini. Meminta supaya subscriber
memilih mana satu yang mereka mahukan. Cara ini telah terbukti kerana
subscriber biasanya akan memilih salah satu daripada pilihan yang anda
berikan.

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Saya berikan contoh, jika anda menjual 2 produk sekali gus, ini adalah teknik
yang sangat bagus untuk digunakan. Anda perlu nyatakan dengan tepat
kelebihan 2 produk tersebut berserta harganya. Kemudian anda sendiri
membuat sedikit review mengenai 2 produk tersebut. Biarkan subscriber
anda memilih mana satu yang mereka suka.
Contohnya;
Produk A – adalah produk JIMAT WANG
Produk B – adalah produk BUAT DUIT
Anda nyatakan kelebihan produk tersebut, masukkan sekali harga kemudian
anda berikan sedikit review anda. Biarkan subscriber untuk memilih. Jika
anda bijak, anda tawarkan ‘bulk order’ di sini. Maknanya mereka harus
mendapatkan kedua – dua produk tersebut sekali gus. Jadi, asalnya
subscriber mempunyai 2 pilihan kini bertukar arah mengambil ‘bulk order’
sebagai pilihan utama.
Kuasa Kemahuan

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Setiap orang ada kemahuan yang tersendiri, ada yang mahu berjaya, mahu
kurus, mahu dapat awek yang cun. Jadi mengapa kita tidak mahu
menggunakan kemahuan sebagai senjata utama dalam pemasaran emel.
Bagaimana?
Jika anda mempromosikan ebook cara – cara mengorat awek yang cun,
apakata anda nyatakan dahulu setiap masalah yang prospek alami.
Kemahuan prospek adalah mahu mendapatkan awek cun. Masalahnya pula
ialah beliau tidak tahu cara yang terbaik mendekati awek.
Senaraikan secara terperinci mengenai masalah tersebut dan BUMP,
tunjukkan penyelesaian kepada masalah mereka itu. Setiap kemahuan
berpunca daripada masalah yang dihadapi, dan sebab itulah saya
menggunakan masalah.
Lebih tinggi kemahuan seseorang itu,lebih tinggi lagilah masalah yang
dihadapinya. Sama juga lebih tinggi impian seseorang itu, lebih banyak
masalah yang bakal di hadapinya.
Kuasa Sifat Ingin Tahu

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Sama seperti kemahuan, kita juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.
Pendek kata sesuatu yang membuatkan kita teruja. Elemen ‘suspen’ atau
misteri yang ditonjolkan mampu juga menghasilkan jualan.
Teknik pra pelancaran adalah salah satu hasil dari sifat ingin tahu manusia.
Di sebabkan itulah pelbagai teknik ‘teaser’ dilakukan sebelum pelancaran
sebenar.
Yang pastinya, sifat ingin tahu ini mampu merangsang serta memberi
dorongan untuk kita membeli sesuatu produk.
Contohnya;
Anda lakukan satu siri emel, mungkin dalam 3 atau 5 emel secara berturutan
daripada permulaan pra pelancaran hingga pelancaran sebenar sesuatu
produk. Kemudian anda lihat hasilnya. Jika dilakukan dengan betul, saya
pasti ianya adalah sesuatu yang hebat.
Kuasa Nombor / Digit

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Ini pula adalah kuasa Nombor atau Digit. Sesungguhnya manusia sukakan
nombor. Contohnya seperti RM20,000. RM10,000 hanya 20 hari dan pelbagai
lagi. Nombor tersebut memainkan peranan penting dalam menghasilkan
satu emosi (teruja) dalam diri kita.
Tanyalah mana – mana orang sekalipun, walaupun mereka tidak meminati
kira – kira atau matematik, tetapi sesuatu yang berbentuk nombor pasti
membuka mata mereka serta memberi dorongan untuk mengetahuinya
dengan lebih lanjut.
Jadi, adakah anda dapat lihat kuasa nombor dalam pemasaran emel?
Kuasa ‘Magic Words’
Akhir sekali ialah kuasa ‘Magic Words’ yang boleh kita gunakan dalam
pemasaran emel. Apa itu ‘Magic Words’? ‘Magic Words’ ialah perkataan yang

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
memberi satu impak kepada pembaca. Perkataan tersebut mestilah berjaya
mendorong subscriber untuk membuat tindakan.
Antara ‘Magic Words’ yang paling popular dan sering digunakan ialah
perkataan PERCUMA. Sebut sahaja percuma, pasti dapat menarik perhatian
pembaca. Kita sukakan sesuatu yang percuma, betul tak?
Selain itu, perkataan seperti download sekarang, perkataan rahsia,
perkataan diskaun, bonus dan sebagainya. Ini adalah perkataan yang bakal
membuatkan subscriber kita berasa teruja ketika membacanya. Jadi pastikan
anda menggunakan perkataan ini sebaik mungkin untuk menarik subscriber
membuat tindakan susulan hasil dari ‘magic words’ tadi.
Berikut saya senaraikan beberapa ‘Magic Words’ yang agak ‘HOT’;
1. PERCUMA
2. SEKARANG
3. HARI INI
4. DOWNLOAD
5. BUKA SEKARANG
6. DISKAUN
7. BONUS
8. ISTIMEWA
9. REBET
10. TAWARAN
Bahagian 3Strategi Urgency pada Subjek Emel

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Tujuan subjek emel ditulis adalah untuk memastikan ianya dibuka. Lebih
tinggi peratus emel yang dibuka, lebih tinggilah peluang untuk anda meraih
keuntungan. Jadi anda boleh lihat betapa pentingnya subjek emel anda.
Berikut adalah contoh – contoh subjek pada emel yang biasa digunakan;
1. [[firstname]], Rahsia Buat Duit dilancarkan SEKARANG!
2. [[firstname]], TAWARAN TUTUP dalam masa 2 jam sahaja lagi!
3. [[firstname]], TERHAD untuk 12 orang sahaja!
4. [[BUKA SEKARANG]], penting untuk [[firstname]].
5. BONUS ISTIMEWA hanya untuk [[firstname]].
6. [[firstname]], DISKAUN 50%, Kini Tinggal 5 tempat sahaja lagi!
7. Mahukah [[firstname]] RM200 Sehari?
8. [[firstname]], buat tempahan hari ini juga!
9. TAHNIAH! RM100 untuk [[firstname]].
10. [[firstname]], ini BUKTI RM12,500 sebulan dengan affiliate.
Strategi Urgency pada Subjek ‘Call to Action’ Emel
‘Call to action’ ialah bahagian akhir emel yang mana kita meminta
subscriber melakukan sesuatu. ‘Call to action’ boleh dilakukan dalam bentuk
arahan, contohnya BUAT TEMPAHAN SEKARANG! Atau boleh juga dalam

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
bentuk sindiran atau ‘reverse psychology’ seperti JANGAN DOWNLOAD
jika…..
Berikut adalah contoh ‘urgency’ yang biasa digunakan pada bahagian ‘call to
action’;
1. Klik Sekarang ---->
2. Buat tempahan hari ini juga
3. Buat tempahan sebelum 13 hb julai
4. Dapatkan segera, kini tinggal 5 unit sahaja lagi
5. Bertindaklah sekarang
6. Daftar dalam masa 24 jam
7. Ambil tindakan segera sebelum jam 6 petang
8. Jangan lepaskan peluang hebat ini
9. Layari laman web ini sekarang
10. Ikuti perkembangan di sini ---->
Strategi Urgency pada P.S (Post Script) Emel
Ini adalah bahagian akhir setiap emel. Ia juga merupakan antara bahagian
paling penting sekali dalam pemasaran emel. Sesetengah subscriber akan
pergi ke bahagian bawah terlebih dahulu. Di sinilah kekuatan P.S (Post
Script).

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
Jadi gunakan sebaik mungkin P.S ini bagi menarik perhatian subscriber anda.
1. BONUS yang disediakan hanya untuk 5 yang terawal sahaja!
2. Pastikan anda dapatkannya hari ini juga kerana saya memberikan
diskaun SEPARUH HARGA.
3. Peluang ini hanya terhad untuk 15 peserta sahaja!
4. Tawaran bakal ditutup pada jam 12 malam ini, buat tindakan anda
segera!
5. 12 bonus disediakan bersama tawaran eksklusif ini.
6. Buat tempahan segera sebelum 15 Ogos!
7. Harga akan dinaikkan sehingga RM100, buat tempahan sekarang
untuk mendapatkannya pada harga RM50 sahaja.
8. Harga istimewa jika buat tempahan sekarang!
9. Jangan lepaskan peluang keemasan ini
10. Pastikan anda mendaftar awal kerana bimbang slot kosong bakal
berakhir.
RumusanTahniah kerana akhirnya tamat sudah bacaan anda. Saya harap anda
mendapat sesuatu daripada ilmu yang saya kongsikan hari ini. Walaupun
ilmu di dalam ebook ini tidaklah seberapa, tetapi saya yakin ada sesetengah

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
idea yang ada di dalamnya sedikit sebanyak membantu anda melakukan
pemasaran emel dengan lebih berkesan.
Sebenarnya memang banyak teknik penulisan emel. Apa yang saya
kongsikan dengan anda hanyalah hasil daripada pengalaman dan sedikit
kajian saya terhadap pemasaran emel pada masa ini.
Email Formula: A Sense Of Urgency dihasilkan untuk memastikan anda
menggunakan penulisan emel dengan betul, maknanya memfokuskan pada
teknik ‘urgency’ bagi membantu anda dalam membuat jualan untuk
sebarang produk.
Selagi target market anda betul, saya yakin ianya bukanlah satu masalah
besar jika anda bijak menggunakannya. Saranan terakhir saya ialah,
gunakan & gabungkan setiap idea dalam Email Formula: A Sense Of Urgency
dan pastinya anda akan dapat melihat hasilnya dalam sekelip mata. Akhir
kata dari saya, gunakan sebaik mungkin ilmu ini untuk anda berjaya di
dalam pemasaran emel.
Ikhlas,
Nama Anda
www.LamanWeb.com
Gambar Anda

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency

EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
TAMAT