hasil kajian pbs bahasa melayu stpm baharu

32
1.0 PENGENALAN 1.1 Latar belakang Komunikasi ialah satu proses ke arah mewujudkan kesamaan. Apabila kita berkomunikasi kita akan berusaha untuk membentuk kesamaan dengan cara bertukar dan berkongsi maklumat secara lisan dan tulisan. Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Menurut Cragan & Sheilds (1998: 7) komunikasi ialah satu hubungan antara konsep teorikal yang memberi penerangan, penilaian ataupun ramalan, tindakan manusia berdasarkan orang yang berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati sebahagian besar pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat menggunakan bahasa slanga dalam komunikasi khususnya dalam kalangan pelajar menengah atas. Bahasa kasar turut digunakan dalam komunikasi pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat tetapi pengkaji memilih untuk membuat kajian berkaitan penggunaan bahasa 1

Upload: eda-saayah-bakarim

Post on 19-Jun-2015

979 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Kajian penggunaan bahasa slanga dlm kalangan pelajar (SMKDMM), Pahang.

TRANSCRIPT

Page 1: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang

Komunikasi ialah satu proses ke arah mewujudkan kesamaan. Apabila kita

berkomunikasi kita akan berusaha untuk membentuk kesamaan dengan cara bertukar

dan berkongsi maklumat secara lisan dan tulisan. Komunikasi boleh ditakrifkan

sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang

individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Menurut Cragan &

Sheilds (1998: 7) komunikasi ialah satu hubungan antara konsep teorikal yang

memberi penerangan, penilaian ataupun ramalan, tindakan manusia berdasarkan orang

yang berkomunikasi.

Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati sebahagian besar pelajar SMK

Dato’ Mahmud Mat menggunakan bahasa slanga dalam komunikasi khususnya dalam

kalangan pelajar menengah atas. Bahasa kasar turut digunakan dalam komunikasi

pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat tetapi pengkaji memilih untuk membuat kajian

berkaitan penggunaan bahasa bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’

Mahmud Mat.

Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh atau cara pelajar

mengatahui bahasa slanga tersebut. Di samping itu, pengkaji turut membincangkan

kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja pada masa akan datang.

1.2 Definisi konsep

Menurut Asmah Haji Omar dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, bahasa slanga ialah

kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan tidak boleh

dikatakan sebagai halus.

1

Page 2: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Nik Safiah Karim mendefinisikan bahasa slanga sebagai bahasa terhad (restricted

language) kerana mempunyai ciri tertentu dan hanya digunakan dan difahami oleh

golongan tertentu sahaja.

Bagi Teo Kok Seong pula, bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh

sesuatu kumpulan atau golongan.

Sterkenburg pula mentakrifkan bahasa slanga sebagai label penggunaan yang

menandakan item leksikal yang tidak dianggap sebahagian daripada bahasa persuratan

yang standard, dan selalunya terhad kepada pekerjaan, kelas dan kumpulan sosial

yang tertentu.

Ajid Che Kob (1998), berpendapat “key word” atau kata kunci dalam pengujaran

bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih

makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.

Secara umumnya, bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan oleh golongan

remaja. Bahasa ini dikenal juga sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker. Bahasa ini

merupakan bahasa yang tidak rasmi yang digunakan oleh kelompok tertentu. Antara

ciri utama bahasa slanga ialah kosa kata yang kelihatan seperti perkataan biasa tetapi

diberikan pengertian khusus atau bentuk ciptaan baharu mengikut kumpulan tertentu.

Kosa kata tersebut hanya difahami dan diketahui oleh kumpulan masyarakat atau

daerah tertentu.

2

Page 3: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

(a) Mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar

SMK Dato’ Mahmud Mat.

(b) Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK

Dato’ Mahmud Mat.

(c) Membincangkan kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar

pada masa akan datang.

3

Page 4: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk

(a) mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam

kalangan pelajar.

(b) mengetahui bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar.

(c) dijadikan panduan dalam pengajaran khususnya kesan penggunaan bahasa

slanga oleh pelajar pada masa akan datang

4

Page 5: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar

Menengah Atas SMK Dato’ Mahmud Mat yang terdiri daripada tingkatan 4, 5, dan 6.

Bagi mencapai objektif kedua, pengkaji hanya menyenaraikan perkataan yang kerap

digunakan dalam kalangan pelajar. Bagi objektif ketiga, pengkaji membincangkan

kesan penggunaan bahasa slanga oleh pelajar pada masa akan datang.

5

Page 6: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berdasarkan penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan oleh

pelajar menengah atas SMK Dato’ Mahmud Mat. Oleh itu, penggunaan bahasa slanga

yang digunakan hakikatnya berbeza mengikut keadaan dan ciri fizikal sesuatu

kawasan atau daerah. Selain itu, responden merupakan pelajar menengah rendah yang

masih tidak membezakan antara bahasa slanga dan bahasa kasar dan bahasa dialek.

Hal ini menyebabkan sebahagian maklumat borang soal selidik tidak dapat dianalisis

sepenuhnya kerana terdapat bahasa selain bahasa slanga telah dinyatakan.

6

Page 7: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data dan maklumat sebagai

bahan kajian.

6.1 Mendapatkan bahan/data

(a) Kajian perpustakaan

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah ke perpustakaan. Pengkaji

memanfaatkan institusi seperti perpustakaan , laman sesawang, dan pelbagai

tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau bukan bertulis. Pengkaji

mendapatkan maklumat dengan cara merujuk buku teks dan buku rujukan di

perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

(b) Kajian lapangan

i. Soal selidik

Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih

tepat. Soal selidik merupakan satu kaedah pengumpulan data daripada orang

ramai mengenai pendapat mereka, perasaan, kelakuan, kepercayaan, sosial, tabiat

dan latar belakang responden seperti umur, tahap pendidikan dan latar belakang

kewangan responden. Soal selidik juga ditakrifkan sebagai penerangan terhadap

suatu populasi. Kaedah ini mengira dan menerangkan apa yang terkandung dalam

populasi tersebut. Pengkaji memilih kaedah tinjauan iaitu dengan menggunakan

borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden bagi

memperoleh data-data yang diperlukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah

mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden secara rawak

terhadap pelajar menengah atas untuk memperoleh data secara spesifik.

7

Page 8: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Menurut Mohd Najib, (1999) instrumen soal selidik adalah sesuai untuk

pengukuran afektif bagi tujuan mengetahui kecenderungan, sikap, persepsi dan

sebagainya. Mohd Majid Konting, (1990) soal selidik adalah kaedah yang paling

mudah dan cepat untuk memperolehi maklumat penyelidikan.

6.2 Mengumpulkan Data

Kajian ini bermula dengan membuat pengumpulan maklumat melalui kajian

perpustakaan iaitu dengan proses membaca bahan bertulis seperti tulisan ilmiah,

buku, makalah, dan bahan tulis, dan sumber-sumber lain. Melalui cara ini,

pengkaji memperoleh idea dan buah fikiran tentang kajian serta maklumat tentang

bahasa slanga yang bakal dilaksanakan.

Seterusnya, pengkaji menggunakan laman sesawang yang berkaitan dengan

kajian untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam. Pengkaji meninjau

tulisan ilmiah, buku, akhbar, blog, dan bahan bertulis, untuk mendapatkan

maklumat yang lebih banyak dan mendalam. Hal ini demikian kerana, melalui

laman sesawang maklumat yang diperoleh lebih meluas berkaitan bahasa slanga

ini. Melalui kaedah ini, membolehkan pengkaji mendapat maklumat terkini

berkaitan tajuk yang dikaji dan membantu pengkaji menghasilkan kajian yang

baik.

8

Page 9: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

6.3 Menganalisis Data

Semua maklumat dan data yang diperoleh dikumpulkan melalui kaedah

perpustakaan, soal selidik dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-

perkataan dalam jadual. Semua maklumat yang dicari digunakan untuk mencapai

semua objektif kajian.

9

Page 10: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian secara terperinci. Bahagian ini

dibincangkan dengan lebih mendalam berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

Bahagian pertama dimulai dengan mengenal pasti pengaruh penggunaan bahasa

slanga dalam kalangan pelajar, diikuti pengumpulan dan pengelasan bahasa slanga

mengikut tingkatan dan akhir sekali kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan

remaja.

7.1 Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato’

Mahmud Mat

Faktor-faktor Bilangan Peratusan (%)

Rakan 18 60

Keluarga 2 6.67

Lain-lain (Media massa) 10 33.33

JUMLAH KESELURUHAN 30 126.68

Jadual 1 : Pengaruh penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK

Dato’ Mahmud Mat

10

Page 11: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Rakan60%

Keluarga7%

Lain-lain33%

Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato'

Mahmud Mat

Rajah 1 : Peratusan Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat

Berdasarkan jadual dan rajah 1 di atas dapat dilihat pengaruh penggunaan

bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat secara keseluruhan.

Pengkaji mendapat maklumat ini dengan menggunakan kaedah soal selidik. Dalam

borang soal selidik tersebut, pengkaji menyenaraikan pilihan jawapan untuk dipilih

responden secara rawak. Pengkaji turut melampirkan contoh borang soal selidik di

bahagian lampiran 1.

Berdasarkan analisis maklumat yang dilakukan, pengkaji mendapati pengaruh

dominan pelajar menggunakan bahasa slanga ini ialah pengaruh rakan dengan

peratusan paling tinggi iaitu 60% . 18 0rang daripada responden memilih bahawa

rakan merupakan pengaruh utama mereka mengetahui atau menggunakan bahasa

slanga.

11

Page 12: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Rakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gaya hidup atau cara

hidup seseorang. Segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku rakan akan banyak

mempengaruhi pembentukan identiti individu. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan

sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai

lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya

ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Rakan merupakan agensi tidak formal

yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga

di sekolah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan

tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue

& Steinberg, 1995).

Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990).

Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentang kecenderungan menurut seseorang

remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderungan rakan sebaya paling tinggi pada

umur 14 hingga 15 tahun. Remaja lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya

kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa

dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri. Hal ini secara tidak langsung

mempengaruhi percakapan dan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar.

Seterusnya, pelajar memilih pilihan jawapan lain-lain dengan peratusan 33%.

Pelajar memilih jawapan ini menyatakan penggunaan bahasa slanga dipengaruhi oleh

media massa. Media massa ialah alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat

dari sumber kepada khalayak (menerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi

seperti surat khabar, filem, radio, dan televisyen (Cangara, 2002). Media massa ialah

media yang berorientasikan aspek penglihatan misalnya media cetak. Selain itu,

melalui pendengaran atau audio seperti radio, dan akhirnya pendengaran dan

penglihatan seperti televisyen dan video yang bersifat verbal visual (Liliweri, 2001).

12

Page 13: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Media massa yang banyak digunakan dalam kehidupan umumnya seperti surat

khabar, radio, televisyen.

Sebagai contoh, bahasa slanga yang digunakan dalam karya kreatif pada hari

ini adalah dalam menghasilkan novel atau cerpen yang menggunakan slanga

penyerapan kata baku kepada kata sebutan lisan seperti antar (hantar), amek (ambil).

Bahasa slanga bertujuan menambahkan kemesraan seperti camtu (macam itu),

kengkawan (kawan – kawan), slanga kata berirama seperti siniz (sini), seryuz (serius)

dan sebagainya.

Perkembangan bahasa slanga terutama melalui media massa yang mendapat

tempat dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja amat

membimbangkan ahli bahasa dan pencinta bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana

bahasa ini dikatakan akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi di negara kita. Kita tidak mahu bahasa slanga

berleluasa di negara kita dan secara tidak langsung menghakis keutuhan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi.

Berdasarkan analisis maklumat, pengkaji mendapati pengaruh keluarga kurang

mempengaruhi penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat

dibuktikan berdasarkan jadua l1 dan rajah 1 di atas. Peratusan pengaruh keluarga

hanya 7% secara keseluruhan maklum balas responden. Pengkaji berpendapat bahawa

pengaruh keluarga kurang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga ini dalam

kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana bahasa slanga umumnya merupakan bahasa

yang digunakan oleh generasi muda atau golongan remaja. Hal ini menyebabkan

bahasa ini kurang difahami oleh golongan ibu bapa khususnya.

13

Page 14: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga merupakan

bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja 

tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok

memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Hal ini jelas membuktikan

pengaruh keluarga khususnya ibu bapa kurang menggunakan bahasa ini dalam

komunikasi mereka dengan anak-anak. Hal ini seterusnya kurang mempengaruhi

pelajar menggunakan bahasa slanga.

14

Page 15: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

7.2 Mengumpul dan mengelaskan bahasa slanga dalam kalangan pelajar SMK

Dato’ Mahmud Mat.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pengkaji menyenaraikan bahasa slanga yang

sering digunakan dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Mahmud Mat mengikut

tingkatan iaitu tingkatan 4, 5, dan 6. Pengkaji mengelaskan perkataan beserta maksud

yang telah disenaraikan oleh responden. Bagi sesetengah perkataan, pengkaji

menyatakan lebih daripada satu maksud kerana perkataan tersebut mempunyai makna

berbeza mengikut golongan pelajar. Pengkaji hanya memilih perkataan yang kerap

digunakan pelajar. Pengkaji turut menyatakan bilangan kekerapan perkataan tersebut

digunakan.

15

Page 16: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

7.2.1 Tingkatan 4

Bil Perkataan Maksud Kekerapan

1. Sakai 1. Tidak mengetahui sesuatu

2. Serabut

4

1

2 Koya 1. Suka berangan

2. Mengarut

3. Perasan diri

2

1

1

3 Siot 1. Mengarut 3

4. Balak Teman lelaki 3

5. Mengepong Membonceng motosikal 3

6. Pane Lambat 2

7. Kemut Kedekut 2

8. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2

9. Sumbat Bosan 3

10. Kerek Berlagak 2

11. Pokai Tidak mencukupi wang 2

12. Blah Perbuatan menghalau 2

13. Galak Terlalu gembira 2

Jadual 2 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan

16

Page 17: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

7.2.2 Tingkatan 5

Bil Perkataan Maksud Kekerapan

1. Koya 1. Menunjuk-nunjuk

2. Suka berangan

1

1

2 Bolok 1. Punca masalah

2. Serabut

2

1

3 Sakai Serabut 4

4. Bajet Perasan diri hebat 3

5. Batak Beria-ria 3

6. Giler Sangat/paling 3

7. Gedik Mengada-ngada 2

8. Sengal Tidak ada tujuan 2

9. Mengepong Menunnggang moto 2

10. Sengkek Tidak mempunyai wang 2

11. Masyuk Pendapatan yang lumayan 2

12. Kantoi Pecah rahsia 2

Jadual 3 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan

7.2.3 Tingkatan 6

17

Page 18: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Bil Perkataan Maksud Kekerapan

1. Mengkarap 1. Tidak boleh diharap

2. Perbuatan mengarut

3. Tidak berguna

3

2

3

2. Koya 1. Beria-ria

2. Perasan diri

3. Selekeh

4

1

2

3. Poyo 1. Berlagak berpengetahuan

2. Menjengkelkan

1

2

4. Sakai 1. Beria-ria

2. Sifat pelik

3

3

5. Pana Tidak berpuas hati 3

6. Cun Cantik 2

7. Bro Singkatan (brother) / panggilan untuk rakan 4

8. Lu Awak 2

9. Gua Saya 2

10. Mamun Serabut 3

13. Giler Sangat/terlalu 4

14. Kuca Berterabur 4

15. Kedalul Tidak teratur 5

16. Bajet Perasan diri hebat 2

17. Sengal Menjengkelkan 3

Jadual 4 : Bahasa slanga yang sering digunakan dalam kalangan pelajar mengikut tingkatan

7.3 Kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar.

18

Page 19: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas

Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik.

Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari

oleh anasir –anasir luar. Jika ditinjau penggunaan bahasa seperti di atas amat jelas

kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin

rendah nilainya akibat penggunaan bahasa kita sendiri.

2. Implikasi kepada generasi pelapis negara

Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar dalam masyarakat dan

negara kita. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula

terabai. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan

individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik

pandai dan modal insan yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan

baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka

menjawat bidang pekerjaan swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai

yang tidak dapat menulis atau bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Sehubungan itu, timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukan dengan bahasa

lain.

3. Pengaruh persekitaran

19

Page 20: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita.

Sebagai contoh, pengaruh daripada media massa iaitu dalam rancangan televisyen,

penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem

banyak menjadi ikutan dan menular dalam kehidupan masyarakat.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

20

Page 21: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Sebagai kesimpulannya, dapat dibuktikan penggunaan bahasa slanga semakin

menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’

Mahmud Mat. Penggunaan bahasa slanga ini banyak dipengaruhi oleh rakan mereka

dengan peratusan paling tinggi iaitu 60%. Media massa merupakan pengaruh kedua

dengan peratusan 33%. Keluarga merupakan pengaruh paling sedikit iaitu dengan 7%.

Hal ini boleh dibuktikan berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 di atas.

Pengkaji berpendapat kesan penggunaan bahasa slanga ini dapat menjejaskan

kedudukan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan remaja. Bagi golongan remaja,

apabila mereka berkomunikasi dalam kalangan mereka, mereka perlu mengetahui

istilah tertentu untuk mengelakkan perbualan mereka difahami oleh khalayak.

Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang

tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja  tertentu

sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok

memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Bagi Teo Kok Seong pula,

bahasa slanga ialah gaya atau fesyen pertuturan oleh sesuatu kumpulan atau golongan.

Kesan penggunaan bahasa slanga seterusnya ialah memberi implikasi kepada

generasi akan datang. Generasi pelapis ini tidak mampu untuk menggunakan dan

mempraktikkan bahasa Melayu dengan baik dalam kehidupan mereka. Kegagalan itu

akan menyebabkan lahirnya cerdik pandai dan modal insan yang tidak mampu

menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, sama ada secara lisan

atau bertulis.

9.0 PENUTUP

21

Page 22: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Hasil kajian di atas dapat membuktikan bahawa bahasa slanga semakin

menular dalam kalangan remaja khususnya dalam kalangan pelajar SMK Dato’

Mahmud Mat. Pelajar perlu menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai

terutamanya dalam berkomunikasi. Pelbagai kajian perlu dilakukan, sebagai contoh

cara atau kaedah yang sistematik agar penggunaan bahasa slanga ini dapat

dikurangkan dalam komunikasi. Kajian tersebut bukan sahaja penggunaan bahasa

slanga tetapi juga penggunaan bahasa Melayu yang telah bercampuraduk dengan

bahasa asing. Penyelidik berharap agar kajian seperti ini dapat diteruskan pada masa

akan datang.

BIBLIOGRAFI

22

Page 23: Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu

Buku:

Hj Muhammed Salehudin Aman, 2008. Mari Kita Berbahasa Jilid 1. Kuala Lumpur :

Citra Kurnia Enterprise.

Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007. Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi. Kuala Lumpur :

PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim, 1986. Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. Kuala Lumpur :

Gateway Publishing House Sdn Bhd.

Raminah Hj Sabran, 1993. Kesekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahan Internet:

Zin Mahmud. 2009. Isu keracunan bahasa. Diakses pada 30 Julai 2013, daripada

http : //abihulwa.blogspot.com/2009/isu-keracunan-bahasa.html

23