pbs hasil kajian ekonomi stpm

5
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 0 1 2 3 4 5 6 Tahun Kadar inflasi (%) TAHUN KADAR INFLASI (%) 2006 3.6 2007 2.0 2008 5.4 2009 0.6 2010 1.7 2011 3.2 2012 1.6

Upload: muhammad-syawal

Post on 04-Sep-2015

176 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stpm hasil kajian

TRANSCRIPT

TAHUNKADAR INFLASI (%)

20063.6

20072.0

20085.4

20090.6

20101.7

20113.2

20121.6

Peningkatan tekanan inflasi pada tahun 2006 bagaimanapun, dijangka menyederhana kesan daripada peningkatan nilai ringgit yang sebahagiannya membantu mengurangkan kos import.Selepas mengambil kira komitmen kerajaan untuk tidak menaikkan harga runcit produk petroleum sehingga akhir tahun serta impak minuman daripada kenaikan tarif elektik, inflasi dijangka berada pada kadar 3.7% bagi keseluruhan tahun 2006.Inflasi, diukur melalui peratus perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP), berkurang dengan ketara kepada 2.0% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 berikutan keadaan bekalan yang lebih baik, persaingan yang sengit, pengawalan harga yang efektif dan pengukuhan nilai ringgit. Sebahagian besar peningkatan dalam IHP disebabkan oleh harga yang lebih tinggi bagi makanan dan minuman tanpa alcohol, pengangkutan serta sewa dan utility. Ketiga-tiga kumpulan ini menyumbang 87.4% kepada pertumbuhan dalam IHP.Inflasi telah meningkat di seluruh dunia pada tahun 2008 berikutan harga bahan api dan makanan yang tinggi. Harga minyak mentah meningkat 79.0% , manakala harga komoditi makanan (gandum, beras, kacang soya, jagung dan CPO) naik antara 30.0% hingga 130.0% sejak separuh kedua 2007 hingga bulan Jun 2008. Seiring dengan harga yang tinggi, inflasi yang diukur melalui peratus perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat 4.4% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2008.Berikutan pelarasan harga petrol (41%) dan diesel (63%) serta tarif elektrik antara 18% dan 26% bagi pengguna domestik, komersial dan industri berkuat kuasa mulai 1 Julai 2008, inflasi telah meningkat 8.5% pada bulan Julai iaitu kadar tertinggi sejak Disember 1981. Memandangkan prospek harga global yang kekal tinggi, inflasi dijangka kekal pada paras yang tinggi dalam tempoh separuh kedua 2008 dan awal tahun 2009 sebelum merede tahun 2009.Inflasi seluruh dunia mereda pada tahun 2009 apabila harga minyak mentah dan komoditi makanan jatuh mendadak daripada paras tertinggi pada tahun 2008 akibat permintaan yang lebih rendah berikutan kelembapan ekonomi global. Harga minyak mentah (WTI) menyusut 51.5% kepada purata USD55.7 setong dalam tempoh lapan bulan pertama 2009. Harga komoditi makanan seperti gandum, beras, kacang soya, jagung dan minyak sawit turut merosot antara 4.3% hingga 33.3%. Inflasi domestik mereda dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.3% dalam tempoh lapan bulan pertama 2009. Inflasi yang sederhana ini mencerminkan kesan asas tinggi pelarasan harga bahan bakar pada bulan Jun 2008, kenaikan harga makanan yang lebih perlahan dan pengurangan permintaan domestik. Inflasi pada bulan Jun 2009 menjadi negatif 1.4% buat pertama kali sejak bulan Ogos 1986 (-0.5%) dan sekali lagi negatif 2.4% pada bulan Julai dan Ogos 2009. Ini disebabkan oleh kesan kumulatif pengurangan harga petrol dan diesel sejak bulan Ogos hingga Disember 2008. Inflasi negatif ini dijangka bersifat sementara dengan inflasi diunjur meningkat kira-kira 1% bagi tahun 2009.Inflasi keseluruhan meningkat 1.5% dalam tempoh lapan bulan pertama 2010. Peningkatan dalam IHP disebabkan sebahagian besar oleh kenaikan harga bagi kumpulan makanan dan minuman tanpa alkohol, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, serta pengangkutan, menyumbang 1.1 mata peratusan kepada peningkatan dalam IHP. Sepanjang tempoh tersebut, rasionalisasi subsidi bagi roti, gula serta petrol, diesel dan LPG juga telah menyumbang kepada peningkatan IHP. Inflasi keseluruhan berpurata pada 3.2% pada tahun 2011. Peningkatan inflasi, khususnya pada separuh pertama tahun 2011, disebabkan terutamanya oleh faktor penawaran yang berpunca daripada harga makanan yang lebih tinggi dan pelarasan yang lebih tinggi terhadap harga ditadbir. Inflasi mencatat paras tertinggi pada 3.5% pada bulan Jun dan menurun pada separuh kedua tahun itu disebabkan kesan daripada pelarasan lebih tinggi bagi harga keluaran petroleum dan gula pada bulan Julai dan Disember 2010 telah luput. Tekanan inflasi semakin menurun pada tahun 2012,iaitu 1.6% pada keseluruhan tahun 2012.Tekanan inflasi global menjadi sederhana,mengubah trend menaik yang dialami pada tahun sebelumnya.Dua trend asas menyumbang kepada perkembangan ini.Pertama,kelembapan dalam aktiviti ekonomi berikutan permintaan yang amat lemah. Kedua, kenaikan harga tenaga yang lebih rendah juga memberikan kesan langsung dalam mengurangkan kanaikan harga pengguna, terutamanya dalam ekonomi maju.