ekonomi stpm kertas 1_1

15
MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012 1 BAB 1 : PENGENALAN Objektif Diakhir pengajaran dan pembelajar pelajar boleh; 1. Mentakrifkan ilmu ekonomi sebagai kajian tentang bagaimana sumber terhad digunakan bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad; 2. Memerihalkan sumber ekonomi, iaitu tanah, buruh, modal, dan usahawan (menyatakan peranan teknologi bagi mempengaruhi sumber ekonomi). 3. Memerihalkan barang (termasuk perkhidmatan) berdasarkan barang percuma dan barang ekonomi, barang awam dan barang persendirian, barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna. 4. Menggariskan perkaitan antara sumber/faktor pengeluaran dengan barang ekonomi. 5. Menjelaskan konsep kehendak tidak terhad dan sumber terhad. 6. Menjelaskan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas dalam aspek penggunaan barang dan sumber; 7. Menjelaskan masalah asas ekonomi, iaitu apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan. 8. Mentakrifkan keluk kemungkinan pengeluaran dalam konteks kapasiti pengeluaran sebuah ekonomi. 9. Menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran untuk menghuraikan masalah kekurangan, pilihan, dan kos lepas. 10. Menghitung kos lepas, membina jadual, dan melukis keluk kemungkinan pengeluaran bagi kos lepas malar dan kos lepas meningkat. 11. Menganalisis kesan perubahan anugerah sumber, teknologi, dan komposisi barang modal dan barang pengguna terhadap kapasiti pengeluaran dan keluk kemungkinan pengeluaran; 12. Mengilustrasi kewujudan pengangguran, agihan barang, dan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran. Bahan nota 1.1 Defini ilmu ekonomi 1. Ilmu ekonomi sebagai kajian tentang bagaimana sumber terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad . 2. Ilmu ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad. 3. Kehendak manusia tidak terhad kerana cita rasa pcngguna sentiasa berubah-ubah dan kemajuan teknologi membolehkan pelbagai barang dan perkhidmatan dihasilkan untuk menarik perhatian dan memaksimumkan kepuasan manusia. 4. Sumber terhad seperti tanah, modal, buruh dan usahawan tidak dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. lni bermakna pilihan perlu dibuat terhadap sumber yang akan digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. 5. Sumber terhad yang mempunyai kegunaan alternatif bermaksud apabila suatu sumber digunakan untuk menghasilkan suatu barang tertentu, maka sumber tersebut tidak boleh digunakan untuk mengeluarkan barang lain pada masa yang sama. Perbezaan diantara mikroekonomi dan makroekonomi A. Mikroekonomi 1. Mikroekonomi merupakan satu cabang ekonomi yang mengkaji kelakuan dan pilihan yang dibuat oleh pelaku ekonomi yang kecil, seperti seorang individu, sebuah firma, sebuah industri dan sebuah pasaran. 2. Mikroekonomi bertumpu pada analisis berkaitan dengan masalah membuat pilihan untuk; mewujudkan kecekapan dalam penggunaan sumber ekonomi (matlamat firma) mencapai kepuasan maksimum daripada pendapatan yang terhad (matlamat individu/penggu na)

Upload: ananthan-ayavoo

Post on 25-Jul-2015

2.592 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

1

BAB 1 : PENGENALAN Objektif

Diakhir pengajaran dan pembelajar pelajar boleh; 1. Mentakrifkan ilmu ekonomi sebagai kajian tentang bagaimana sumber terhad digunakan bagi

memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad; 2. Memerihalkan sumber ekonomi, iaitu tanah, buruh, modal, dan usahawan (menyatakan peranan

teknologi bagi mempengaruhi sumber ekonomi). 3. Memerihalkan barang (termasuk perkhidmatan) berdasarkan barang percuma dan barang ekonomi,

barang awam dan barang persendirian, barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna. 4. Menggariskan perkaitan antara sumber/faktor pengeluaran dengan barang ekonomi. 5. Menjelaskan konsep kehendak tidak terhad dan sumber terhad. 6. Menjelaskan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas dalam aspek penggunaan barang dan

sumber; 7. Menjelaskan masalah asas ekonomi, iaitu apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapa barang

dikeluarkan. 8. Mentakrifkan keluk kemungkinan pengeluaran dalam konteks kapasiti pengeluaran sebuah ekonomi. 9. Menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran untuk menghuraikan masalah kekurangan, pilihan,

dan kos lepas. 10. Menghitung kos lepas, membina jadual, dan melukis keluk kemungkinan pengeluaran bagi kos lepas

malar dan kos lepas meningkat. 11. Menganalisis kesan perubahan anugerah sumber, teknologi, dan komposisi barang modal dan barang

pengguna terhadap kapasiti pengeluaran dan keluk kemungkinan pengeluaran; 12. Mengilustrasi kewujudan pengangguran, agihan barang, dan pertumbuhan ekonomi dengan

menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran.

Bahan nota 1.1 Defini ilmu ekonomi

1. Ilmu ekonomi sebagai kajian tentang bagaimana sumber terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

2. Ilmu ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.

3. Kehendak manusia tidak terhad kerana cita rasa pcngguna sentiasa berubah-ubah dan kemajuan teknologi membolehkan pelbagai barang dan perkhidmatan dihasilkan untuk menarik perhatian dan memaksimumkan kepuasan manusia.

4. Sumber terhad seperti tanah, modal, buruh dan usahawan tidak dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. lni bermakna pilihan perlu dibuat terhadap sumber yang akan digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

5. Sumber terhad yang mempunyai kegunaan alternatif bermaksud apabila suatu sumber digunakan untuk menghasilkan suatu barang tertentu, maka sumber tersebut tidak boleh digunakan untuk mengeluarkan barang lain pada masa yang sama.

Perbezaan diantara mikroekonomi dan makroekonomi A. Mikroekonomi 1. Mikroekonomi merupakan satu cabang ekonomi yang mengkaji kelakuan dan pilihan yang dibuat

oleh pelaku ekonomi yang kecil, seperti seorang individu, sebuah firma, sebuah industri dan sebuah pasaran.

2. Mikroekonomi bertumpu pada analisis berkaitan dengan masalah membuat pilihan untuk; mewujudkan kecekapan dalam penggunaan sumber ekonomi (matlamat firma) mencapai kepuasan maksimum daripada pendapatan yang terhad (matlamat individu/penggu na)

Page 2: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

2

B. Makroekonomi 1. Makroekonomi menitikberatkan analisis untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

aktiviti sebuah ekonomi atau keseluruhan. Agregat merujuk kepada sekumpulan pelaku ekonomi yang diperlakukan sebagai satu unit.

2. Makroekonomi merangkumi aspek aktiviti secara agregat seperti jumlah output, jumlah guna tenaga, pendapatan negara, perbelanjaan agregat dan tingkat harga umum.

1.2 Sumber Ekonomi (Faktor Pengeluaran) sumber ekonomi boleh digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. A. Tanah

1. Tanah merupakan anugerah alam yang mempunyai penawaran terhad dan tidak mudah ditambah.

2. Digunakan dalam proses pengeluaran. 3. Tanah mempunyai pelbagai kegunaan.

B. Buruh

1 Buruh merupakan individu yang memberikan sumbangan sama ada tenaga fizikal atau mental yang digunakan dalam proses pengeluaran.

2 Buruh menyumbangkan masa dan usaha untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. 3 Tenaga buruh terdiri daripada buruh mahir dan tidak mahir.

C. Modal

1. Modal merupakan sumber ciptaan manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan.

2. Modal tidak akan berubah bentuk fizikalnya selepas digunakan dalam proses pengeluaran. Antara contoh modal termasuklah kilang, bangunan, mesin.

D. Usahawan

1. Berperanan membangunkan sumber ekonomi seperti tanah, modal, buruh untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

2. Usahawan menanggung risiko. ketidakpastian seperti perubahan cita rasa pengguna, perubahan dasar kerajaan.

3. Melakukan aktiviti inovasi dan pembaharuan untuk membangunkan produk baru, memperkenalkan teknik pengeluaran baru atau membentuk organisasi perniagaan baru.

4. Perancang dan pengawal aktiviti firma dengan menentukan teknik pengeluaran yang paling cekap untuk meminimumkan kos pengeluaran.

Teknologi(bagaimana teknologi mempengaruhi sumber)

1. Teknologi ialah pengetahuan untuk menggabungkan sumber pengeluaran. 2. Teknologi bukan sumber ekonomi, sebaliknya merupakan pemangkin kepada proses

pengeluaran. 3. Penggunaan teknologi moden dapat meningkan keupayaan sebuah firma. Kesannya, daya

pengeluaran meningkat.

1.3 Kehendak Manusia 1. Merupakan keinginan manusia untuk menggunakan barang dan perkhidmatan bagi menikmati

kehidupan yang lebih selesa. 2. Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan akan memuaskan kehendak manusia yang tidak terhad. 3. Oleh kerana kehendak manuasia tidak terhad maka, masyarakat terpaksa membuat pilihan. 4. Pilihan ialah barang yang penting didahulukan dan yang kurang penting dikemudiankan.

Page 3: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

3

Pengelasan barang A. Barang percuma dan barang ekonomi.

Barang percuma 1. Barang percuma pengeluarannya tidak melibatkan kos. 2. Pengeluaran adalah tidak terhad. 3. Tidak perlu membuat pilihan. 4. Mempunyai kos lepas sifar. 5. Pengguna tidak perlu membayar kerana tiada harga. Contoh, udara, cahaya matahari dan air

hujan. Barang ekonomi 1. Barang ini dikeluarkan oleh pihak swasta dan melibatkan kos. 2. Penawarannya adalah terhad. Maka, firma atau pihak swasta terpaksa membuat pilihan. 3. Ia melibatkan kos lepas. 4. Pengeluaran barang ini adalah untuk memaksimumkan keuntungan firma. 5. Barang ekonomi ini mempunyai ciri pengecualian iaitu yang mampu sahaja dapat menikmati

barang ini. Contoh, komputer, kek, kasut.

B. Barang awam dan barang persendirian Barang awam 1. Barang awam didefinisikan sebagai barang atau perkhidmatan yang digunakan oleh sesiapa

sahaja walaupun mereka tidak membayar untuk menggunakannya. 2. Ciri-ciri utama:

(a) Tiada Persaingan contoh, perkhidmatan pertahanan negara

(b) Tanpa Pengecualian Tiada halangan untuk menggunakan barang awam. Contoh, rumah api.

3. Penawaran barang adalah terhad. Maka kerajaan perlu membuat pilihan projek pembangunan. 4. Ada kos lepas. 5. Pengeluaran barang ini adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.Contoh,

perkhidmatan bomba, pertahanan dan pendidikan.

C. Barang persendirian 1 Barang persendirian ialah barang yang dimiliki oleh seorang individu dan tidak boleh

digunakan oleh individu lain. 2 Penggunaan barang persendirian perlu dipersetujui oleh pemilik barang tersebut terlebih

dahulu. Contoh barang rumah milik sendiri, kereta milik sendiri dan kilang milik sendiri.

D. Barang modal 1. Barang modal merupakan barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan

perkhidmatan serta barang modal yang lain. Contoh barang modal termasuklah jentera, peralatan kilang dan bangunan.

E. Barang Perantaraan 1. Barang yang digunakan oleh firma sebagai input untuk megeluarkan output. Contoh bahan

mentah. F. Barang Pengguna atau barang akhir

1 Barang Pengguna atau barang akhir ialah barang dapat memuaskan kehendak pengguna secara langsung dan tidak perlu proses lagi.

2. Contoh barang pengguna ialah sabun, serbuk pencuci.

Page 4: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

4

Perkaitan antara Faktor Pengeluaran (sumber ekonomi) dengan Barang Ekonomi 1. Sumber ekonomi terhad menyebabkan bukan semua barang yang dikehendaki oleh

masyarakat dapat dikeluarkan. 2. Sebaliknya sumber yang terhad dapat mengeluarkan barang barang ekonomi yang terhad

sahaja. 3. Apabila lebih banyak sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan barang ekonomi maka

pengeluaran barang ekonomi lain terpaksa dikorbankan akibat kekurangan sumber tersebut. 4. Firma terpaksa memilih barang ekonomi yang hendak dikeluarkan dengan menggunakan

sumber ekonomi sedia ada. Sebagai contoh, jika firma hendak mengeluarkan talipon bimbit maka pengeluaran komputer terpaksa dikorbankan.

1.4 Masalah Asas Ekonomi

KEKURANGAN 1. Masalah kekurangan wujud disebabkan sumber ekonomi yang terhad dan kehendak manusia yang

tidak terhad. 2. Sumber-sumber ekonomi termasuk modal, buruh, pengurusan, dan sumber asli(petroleum, arang

batu) adalah terhad. 3. Maka barang dan perkhidmatan kekurangan. 4. Ini kerana kehendak manusia tidak terhad maka tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat,

semua kehendak tidak boleh dipenuhi. PILIHAN 1. Oleh sebab masalah kekurangan menyebabkan pelaku ekonomi tidak dapat memenuhi semua

kehendak yang wujud maka mereka terpaksa membuat pilihan. 2. Kehendak yang perlu dipenuhi dahulu @ kurang penting dikemudiankan. 3. Pilihan akan menyebabkan suatu barang dapat dihasilkan dengan banyak dan barang lain akan

dapat dihasilkan secara berkurangan. 4. Proses pilihan ini akan dapat memaksimumkan utiliti bagi pengguna dan memaksimumkan

keuntungan bagi pengeluar @ memaksimumkan kepuasan pengguna dan memaksimumkan kepentingan firma.

KOS LEPAS 1. Apabila pelaku membuat pilihan bermakna barang lain harus dilepaskan. 2. Kos Lepas ialah jumlah barang kedua terbaik yang harus dilepaskan untuk memilih barang yang

diberi keutamaan(terbaik). 3. Contoh : sekolah dan hospital 4. Barang yang kos lepas tinggi tidak dikeluarkan kesannya barang itu tidak cukup

Apa dan berapa banyak yang hendak dikeluarkan

1. Masalah kekurangan sumber ekonomi memaksa sesebuah ekonomi membuat pilihan tentang jenis barang yang perlu dikeluarkan.

2. Firma perlu menentukan jenis barang yang perlu dikeluarkan terlebih dahulu dan jenis barang yang perlu dilepaskan.

3. Selepas menentukan jenis barang yang perlu dikeluarkan, firma perlu nenentukan jumlah bagi setiap jenis barang yang akan dikeluarkan. Penentuan jenis dan jumlah barang yang akan dikeluarkan akan menentukan corak peruntukan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

4. Hal ini demikian kerana semakin banyak sesuatu jenis barang dikeluarkan, semakin banyak sumber ekonomi yang akan diagihkan kepada pengeluaran barang tersebut dan pengeluaran barang lain terpaksa dikurangkan.

Page 5: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

5

Bagaimana hendak dikeluarkan 1. Masalah bagaimana hendak dikeluarkan merujuk kepada penentuan teknik atau kaedah

pengeluaran yang akan dikeluarkan. 2. Dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan firma akan menggunakan teknik

pengeluaran yang paling cekap yang dapat meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan keuntungan.

3. Firma boleh memilih untuk menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan buruh atau berintensifkan modal, bergantung pada harga relatif faktor pengeluaran. Jika harga buruh secara relatif lebih murah daripada harga modal, firma tersebut akan menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan buruh. Sebaliknya, jika harga modal secara relatif lebih murah daripada harga buruh, firma tersebur akan menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal.

Untuk siapa hendak dikeluarkan

1. Masalah untuk siapa hendak dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli pengguna. 2. Ia merujuk kepada penentuan corak pengagihan barang dalam ekonomi. 3. Masalah ini dipengaruhi oleh corak agihan pendapatan dan jumlah pendapatan. Agihan

pendapatan yang lebih adil membolehkan lebih ramai pengguna menikmati sesuatu barang. Golongan berpendapatan tinggi cenderung memperoleh lebih banyak barang berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

1.5 Keluk kemungkinan pengeluaran

1. Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) merujuk kepada keluk yang menunjukkan had maksimum pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh sesebuah negara pada tingkat penggunaan sumber ekonomi yang efisien (optimum) dan pada tingkat teknologi yang tetap.

2. Andaian-andaian KKP adalah seperti berikut: (a) Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh dan kecekapan pengeluaran (pengeluaran

pada kos minimum). (b) Sumber ekonomi terhad. Sumber ekonomi yang diperoleh adalah terhad dari segi kuantiti

dan kualiti. (c) Teknologi tetap. (d) Ekonomi mengeluarkan dua barang sahaja.

Penjelasan KKP dengan gambar rajah

1. Gambarajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran LM bagi sebuah ekonomi yang mengeluarkan barang pertanian dan barang ketenteraan.

2. LM menunjukkan had maksimum pengeluaran bagi dua jenis barang tersebut dalam ekonomi pada tingkat guna tenaga penuh dan tingkat teknologi tetap.

KEKURANGAN 1. Titik K yang terletak di luar keluk kemungkinan pengeluaran merupakan kombinasi yang tidak

mungkin dapat dikeluarkan. Ha1 ini demikian kerana berlaku kekurangan sumber ekonomi.

Q2 Q1

Barang pertanian (Unit)

P2

P1

O

L

M

C

D

Barang ketenteraan (Unit)

K

G

Page 6: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

6

PILIHAN 1. Titik L, C, D dan M pada keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan pilihan yang mungkin

dibuat oleh kerajaan. Titik-titik pada keluk ini telah tercapai kecekapan pengeluaran.. 2. Titik-titik ini menunjukkan had maksimum barang pertanian dan barang ketenteraan yang

dapat dikeluarkan dengan sumber ekonomi sedia ada pada tingkat teknologi tetap. 3. Jika kerajaan lebih mementingkan barang ketenteraan, titik D akan dipiiih. Sebaliknya, jika

kerajaan lebih mementingkan barang pertanian, titik C akan dipilih. 4. Kerajaan boleh membuat pilihan di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran tersebut.

KOS LEPAS 1. Titik-titik L, C, D dan M pada kkp merupakan titik pengeluaran pada tingkat guna tenaga

penuh. 2. Kerajaan hanya boleh memilih satu titik sahaja pada kkp tersebut. 3. Pertambahan barang ketenteraan atau barang pertanian akan melibatkan kos lepas. Sebagai

contoh pergerakan titik dari C ke D melibatkan kos lepas sebanyak P1P2 unit barang pertanian akibat tambahan pengeluaran sebanayak Q1Q2 unit barang ketenteraan.

i. Keluk kemungkinan pengeluaran kos lepas meningkat

1. Tambahan satu unit barang yang dikeluarkan

akan menyebabkan kuantiti barang lain yang terpaksa dilepaskan adalah tidak sama.

2. Contohnya untuk menambahakan dari 2 unit ke 3 unit barang ketenteraan maka 2 unit(29-27) barang awam dilepaskan. Seterusnya untuk menambahakan dari 3 unit ke 4 unit barang ketenteraan maka 5 unit(27-22) barang awam terpaksa dilepaskan. Setiap tambahan unit barang ketenteraan seterusnya bilangan unit barang awam yang dilepaskan akan meningkat.

ii. Keluk kemungkinan pengeluaran kos lepas malar

1. Tambahan satu unit barang yang dikeluarkan akan menyebabkan kuantiti barang lain yang terpaksa dilepaskan adalah sama.

2. Contohnya untuk menambahakan dari 1unit ke 2 unit barang X maka 4 unit (16-12) barang Y dilepaskan, seterusnya dari 2 unit ke 3 unit barang X maka 4 unit(12-8) barang Y terpaksa dilepaskan. Setiap tambahan unit barang X bilangan unit barang Y yang dilepaskan adalah sama.

0

8

12

16

20

4

Barang Y

Barang X 1 2 3 4

5 4

6 15 22 27

30

3 2

Barang Awam (Unit)

O Barang ketenteraan

(Unit)

1

29

Page 7: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

7

Faktor-faktor yang mangalihkan keluk ke kanan 1. Pertambahan faktor pengeluaran 2. Peningkatan teknologi 3. Daya pengeluaran buruh meningkat

Pertambahan sumber ekonomi kadar yang sama

Akibat pertambahan yang sama dalam pelaburan menyebabkan pengeluaran kedua-dua barang(barang X dan barang Y) bertambah dengan kadar yang sama. Kesannya, keluk kemungkinan pengeluaran bergerak ke kanan dari KKP1 ke KKP2 / AA ke BB. Pertumbuhan ekonomi telah berlaku.

Pertambahan sumber kadar yang tidak sama

Akibat peningkatan teknologi pengeluaran barang X menyebabkan pengeluaran barang X bertambah dari Q0 ke Q1 manakala barang Y tetap tidak berubah di Y0. Kesannya, keluk kemungkinan pengeluaran berubah dari KKP1 ke KKP2 / AA ke AB.

Jadual Keluk Kemungkinan Pengeluaran :

Kombinasi Barang Y (unit) Barang X (unit) A 200 0 B 190 15 C 180 30 D 150 50 E 110 60 F 40 75 G 0 80

Barang Y(unit)

Plotkan titik-titik A- G dalam gambarajah

Page 8: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

8

Huraian bagi rajah keluk : Pada titik A, 0 unit barang x dan 200 unit barang Y dikeluarkan Pada titik B, 15 unit barang x dan 190 unit barang Y dikeluarkan Pada titik C, 30 unit barang x dan 180 unit barang Y dikeluarkan Pada titik D, 50 unit barang x dan 150 unit barang Y dikeluarkan Pada titik E, 60 unit barang x dan 110 unit barang Y dikeluarkan Pada titik F, 75 unit barang x dan 40 unit barang Y dikeluarkan Pada titik G, 80 unit barang x dan 0 unit barang Y dikeluarkan

Latihan

a) Berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 150 unit pakaian? 75 unit kereta (75 – 0 = 75) b) Berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 25 unit kereta? 10 unit pakaian (150 – 140) a) Berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 40 unit kereta? 30 unit pakaian (150 – 120) B) Berapakah kos lepas mengeluarkan 75 unit kereta?

150 unit pakaian (150– 0)

SOALAN OBJEKTIF TAHUN LEPAS PERUNTUKAN SUMBER 2011/1 Apabila sumber ekonomi terhad, untuk menambah suatu barang maka A semakin sedikit barang lain yang dikeluarkan B semakin sedikit sumber ekonomi yang menganggur C semakin banyak barang penggenap yang dikeluarkan D semakin tinggi kepuasan yang diperoleh oleh masyarakat 2008/1 Faktor pengeluaran yang terhad dalam sesebuah ekonomi akan menyebabkan

Barang X(unit)

Page 9: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

9

A firma memperoleh keuntungan yang besar B pengeluaran barang awam diberi keutaman C wujud ketidakseimbangan agihan pendapatan D suatu barang dikurangkan untuk menambahkan barang lain 2010/1 Sewa adalah ganjaran kepada faktor pengeluaran yang A menawarkan perkhidmatan dari segi mental clan fizikal B merupakan anugerah sumber semula jadi dan penawarannya tetap C diciptakan oleh manusia untuk digunakan dalam proses pengeluaran D bertanggungjawab menggabungkan input untuk menghasilkan output KECEKAPAN PENGELUARAN 2000/1 Sesebuah ekonomi mencapai kecekapan pengeluaran yang maksimum apabila ia A dapat meningkatkan pengeluaran semua barang B dapat mengurangkan pengeluaran semua barang C tidak dapat mengurangkan pengeluaran semua barang D dapat meningkatkan pengeluaran suatu barang tanpa mengurangkan pengeluaran barang lain E tidak dapat meningkatkan pengeluaran suatu barang tanpa mengurangkan pengeluaran barang lain JENIS BARANG 2007/1 Yang manakah penyataan yang benar tentang sesuatu jenis barang dalam ekonomi? A. Barang pengganti ialah barang yang boleh digunakan secara bersama dengan barang lain. B. Barang modal ialah barang yang akan diproses lagi sebelum boleh digunakan oleh pengguna. C. Barang percuma ialah barang yang disediakan oleh kerajaan tanpa perlu membuat pembayaran. D. Barang perantaraan ialah barang yang akan digunakan sebagai faktor oleh firma lain dalam proses

pengeluaran KOS LEPAS MALAR 2004/1 Dalam gambar rajah di bawah, AB menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran yang lurus.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang gambar rajah di atas? A Kos lepas bagi mengeluarkan barang X tidak berubah apabila pengeluaran barang X ditambah. B Kos lepas bagi mengeluarkan barang X semakin bertambah apabila pengeluaran barang X ditambah. C Kos lepas bagi mengeluarkan barang Y semakin berkurang apabila pengeluaran barang Y ditambah. D Kos lepas bagi mengeluarkan barang Y semakin bertambah apabila pengeluaran barang Y ditambah. 2009/1 Dalam gambar rajah di bawah, PQ ialah keluk kemungkinan pengeluaran.

Page 10: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

10

Pertambahan satu unit barang perkilangan akan menyebabkan A pengurangan pengeluaran barang pertanian menjadi sifar B pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang pertanian C pengurangan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang pertanian D pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang pertanian KOS LEPAS MENINGKAT 2002/1 Bagi keluk kemungkinan pengeluaran yang mengalami kos lepas yang semakin meningkat, pertambahan satu unit barang industri akan menyebabkan A pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang pertanian B pengurangan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang pertanian C pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang pertanian D pertambahan pengeluaran yang semakin besar bagi barang pertanian 1999/1 Perpindahan dalam keluk kemungkinan pengeluaran boleh diakibatkan oleh A kenaikan kadar pengangguran B kenaikan tingkat harga umum C perubahan dalam cita rasa pengguna D perubahan dalam teknik-teknik pengeluaran E kenaikan dalam kombinasi barang-barang yang dikeluarkan 2008/2 Jadual di bawah m nunjukkan kemungkinan pengeluaran pakaian dan jentera dalam sebuah ekonomi.

Kemungkinan pengeluaran Pakaian (unit)

Jentera (unit)

P Q R S T

100 90 70 40 0

0 10 20 30 40

Berapakah kos lepas pengeluaran dari Q ke S? A 0.4 unit pakaian C 1.3 unit jentera B 0.75 unit jentera D 2.5 unit pakaian 2000/2 Gambar rajah di bawah menunjukkan AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran.

Kos lepas Pakaian = 50 = 2.5 Jentera 20 1 jentera = 2.5 pakaian Kos lepas untuk 1 jentera ialah 2.5 pakaian

Page 11: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

11

Antara yang berikut, yang manakah yang akan menyekat sesebuah negara mengeluarkan kombinasi barang pada titik E? A Pengaliran masuk buruh asing B Pengaliran masuk pelaburan asing C Penyekatan masuk pelabur dan buruh asing D Penggalakan rakyat meningkatkan kemahiran E Peningkatan teknologi dalam semua sektor ekonomi 2011/3 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran PQ bagi suatu ekonomi. Pengeluaran di titik R dapat dicapai jika berlaku pertambahan A harga bahan api C bayaran levi pekerja asing B pusat latihan kemahiran D tempoh masa persekolahan 2003/1 Gambar rajah di bawah menunjukkan AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.

Pernyataan yang manakah benar tentang gambar rajah di atas? A Kos lepas ialah sifar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan. B Kos lepas adalah malar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan. C Kos lepas bertambah besar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan. D Kos lepas bertambah kecil apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan. 2005/1 Dalam gambar rajah di bawah, PQ ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.

Page 12: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

12

Antara penyataan berikut, yang manakah yang benar apabila titik pengeluaran bergerak dari titik P ke titik R? A Harga relati F barang pertanian dan barang perkilangan tidak berubah. B Semakin banyak barang perkilangan dikeluarkan, semakin kurang barang pertanian dapat

dihasilkan. C Semakin banyak barang pertanian dihasilkan, semakin kurang barang perkilangan dapat

dikeluarkan. D Permintaan terhadap barang pertanian berkurang, manakala permintaan terhadap barang perkilangan

bertambah. 2006/2 Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa kemungkinan pengeluaran bagi pakaian dan kereta.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang kos lepas berdasarkan gambar rajah di atas? A. Kos lepas untuk mengeluarkan satu unit pakaian adalah malar. B. Kos lepas untuk meningkatkan pengeluaran kereta daripada 25 unit kepada 60 unit ialah 40 unit

pakaian. C. Kos lepas untuk meningkatkan pengeluaran kereta daripada 40 unit kepada 60 unit ialah 30 unit

pakaian. D. Kos lepas untuk meningkatkan pengeluaran pakaian daripada 120 unit kepada 150 unit ialah 15 unit

kereta. MASALAH ASAS EKONOMI 2006/1 Jenis sesuatu barang yang hendak dikeluarkan akan menentukan A. Corak peruntukan sumber ekonomi B. Teknik pengeluaran barang berkenaan C. Corak pengagihan kekayaan dan pendapatan D. Jumlah bagi jenis barang berkenaan yang dikeluarkan 2011/2

Page 13: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

13

Yang manakah yang berkaitan dengan masalah "bagaimana barang hendak dikeluarkan"? A Kerajaan mengurangkan subsidi minyak. B Kerajaan menggalakkan pengeluaran eksport. C Fima meningkatkan pengeluaran barang pengganti import. D Firma menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan.

SOALAN ESEI TAHUN LEPAS SUMBER EKONOMI 1999/1 Apakah yang dimaksudkan dengan sumber ekonomi, dan jelaskan maksud " sumber ekonomi adalah terhad". [4] contoh jawapan

sumber ekonomi merupakan faktor atau benda yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Contohnya buruh, tanah, modal, usahawan.

Sumbe ekonomi adalah terhad iaitu penawarannya adalah tidak mencukupi untuk menghsilkan semua barang dan perkhidmatan yang diminta oleh masyarakat.

2011/1 “Kehendak manusia tidak terhad, tetapi sumber ekonomi adalah terhad” huraikan secara ringkas masalah yang timbul daripada keadaan ini. [6] contoh jawapan 2005/9 Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi tidak mencukupi kerana sumber ekonomi yang terhad. Bincangkan. [10] FAKTOR PENGELUARAN 2003/1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan? [2] (b) Huraikan dengan ringkas dua tugas usahawan. [4] BARANG 2003/2 Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam. [6] 2006/1 Terangkan secara ringkas perbezaan antara barang percuma dengan barang ekonomi [6] KOS LEPAS 2002/39 Dengan memberikan contoh berangka dan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk kemungkinan Pengeluaran yang menunjukkan kos lepas meningkat dibentuk. [10] 2004/1 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara Z yang mengeluarkan barang pengguna dan barang modal.

Page 14: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

14

(a) Nyatakan dua faktor yang membolehkan titik E dicapai. [2] (b) Terangkan apa yang akan terjadi kepada kos lepas jika ekonomi beralih dari

(i) titik A ke titik B, dan ke titik C, (ii) titik D ke titik A. [4]

MASALAH ASAS EKONOMI 2009/1 (a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? [2] (b) Terangkan dua masalah asas ekonomi. [4] 2005/1 Terangkan masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh. [6] Contoh jawapan:

Masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh; a) Berapa banyak teh perlu dikeluarkan Melibatkan persoalan penawaran teh iaitu berdasarkan mekanisme harga atau berdasarkan

permintaan dan penawaran b) Bagaimana teh hendak dikeluarkan Melibatkan kaedah yang paling cekap untuk mengeluarkan teh berdasarkan kaedah yang

meminimumkan kos@memaximumkan untung@memaksimumkan keluaran@paling cekap c) Untuk siapa hendak dikeluarkan Melibatkan pengguna teh yang mempunyai kuasa beli

KUANTITATIF 2000/5 Yang berikut ialah kombinasi barang X dan Y yang boleh dikeluarkan oleh negara Z.

(a) Pada kertas graf, lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran negara Z. Nyatakan kombinasi-kombinasi pengeluaran yang tidak cekap. [3] (b) (i) Takrifkan kos lepas, dan jelaskan maksud hukum kos lepas semakin meningkat.

[4]

C

B 12 A

3

5

9

2 1

Barang modal (Unit)

O Barang pengguna

(Unit)

E

D

Page 15: ekonomi stpm kertas 1_1

MODUL EKONOMI MODUL 1/SEMESTER 1/2012

15

(ii) Sediakan jadual untuk menunjukkan kos lepas per unit pengeluaran barang X dan barang Y. [4] (iii) Adakah hukum kos lepas semakin meningkat berlaku di negara Z?

[1] (c) Jika negara Z mengeluarkan barang-barang pada kombinasi D, apakah faktor yang menentukan pilihan tersebut sekiranya negara Z

mengamalkan sistem ekonomi pasaran? [2]

(d) Jika X ialah barang intensif modal dan Y pula ialah intensif buruh, lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran untuk menunjukkan perubahan yang berlaku apabila (i) lebih ramai buruh asing memasuki negara Z, dan (ii) produktiviti modal meningkat lebih cepat daripada produktiviti buruh.

[4] (e) Beberapa tahun kemudian didapati kombinasi yang berikut boleh dikeluarkan oleh negara Z.

Selesai