pbs ekonomi fazrul

39
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH TENAGA BURUH DI MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2012 MOHAMAD FAZRUL BIN ABDUL RAZAK 941130-01-5011 SJ 0003/1037 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI SULAIMAN KM 6 JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT 00000 XXXXXXX ENCIK RAZALI BIN BACHIK 30 OGOS 2013

Upload: fazrul

Post on 30-Nov-2014

1.987 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs ekonomi fazrul

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBORKAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGANGURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH

TENAGA BURUH DI MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2012

MOHAMAD FAZRUL BIN ABDUL RAZAK

941130-01-5011

SJ 0003/1037

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI SULAIMAN

KM 6 JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT

ENCIK RAZALI BIN BACHIK

30 OGOS 2013

Page 2: Pbs ekonomi fazrul

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon Mohamad Fazrul Bin Abdul RazakNo. Kad Pengenalan Calon 941130-01-5011

Angka Giliran Calon SJ 0003/ 1037Nama Pusat PBS Calon SMK Munshi Sulaiman Batu Pahat

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus ...Ekonomi 4........... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran .Ekonomi........ di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran .................................. (untuk calon persendirian individu).Tandatangan CalonTarikhPerakuan oleh Guru/Penilai:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus .....Ekonomi 4....... telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/PemeriksaNama Guru/PemeriksaTarikh

Page 3: Pbs ekonomi fazrul

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: SJ0003/1037 No. Kad Pengenalan: 941130-01-5011

Tarikh

Aktiviti dalam PenghasilanKerja Kursus

(diisi oleh calon)

Ulasan GuruTandatangan

GuruTandatangan

calon

24/5

26/6

28/6

19/8

23/8

30/8

1/9

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Ekonomi

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .....................................

Nama Guru: ................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

Page 4: Pbs ekonomi fazrul

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: Mohamad Fazrul Bin Abdul Razak Angka Giliran: SJ 0003/1037

No. Kad Pengenalan: 941130-01-5011

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria PenilaianMarkah Penuh

Markah Guru/Pemeriksa

Markah Penyelaras

A. Penulisan

1. Sinopsis 2

2. Kandungan (butiran dan muka surat) -

3. Penghargaan -

4. Pengenalan 2

5. Objektif Kajian 2

6. Lokasi Kajian 2

7. Kaedah Kajian 5

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15

9. Rumusan dan Kesimpulan 3

10. Bibliografi/Rujukan 2

11. Lampiran (jika perlu) B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab

1.Pembentangan 4

2.Kreativiti Persembahan 3

3.Keterampilan 2

4.Soal jawab 8

C. Impak Keseluruhan 5

Jumlah Markah 55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……….……............

Nama:........................................................................

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Penyelaras: ..........................................

Nama:........................................................................

No. Kad Pengenalan: ............................................... No. Kad Pengenalan: ...............................................

Page 5: Pbs ekonomi fazrul

Tarikh: ...................................... Tarikh: ......................................

No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

Page 6: Pbs ekonomi fazrul

1.0 TAJUK PROJEK

Tenaga Buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

1.1 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tenaga buruh di Malaysia.

Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kadar perubahan guna tenaga buruh dan

sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Bagi

mendapatkan data sekunder, kajian ini telah menggunakan kaedah perpustakaan. Kaedah

ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas

mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian

dengan reka bentuk kajian. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati bahawa kadar

perubahan guna tenaga pada tahun 2000 paling tinggi berbanding tahun-tahun lain.

Manakala penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009

disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis kewangan

subprime di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, penyelidik juga

mendapati bahawa sektor ketiga adalah penyumbang guna tenaga yang terutama di

Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah pun

menambah ilmu pengetahuan penyelidik dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh

penyelidik lain pada masa yang akan datang.

Page 7: Pbs ekonomi fazrul

ISI KANDUNGAN

Kadungan Halaman

Abstrak 1

Latar Belakang Kajian 3

Penyataan Masalah 4

Objektif Kajian 5

Kaedah Kajian 6

Dapatan Kajian dan Perbincangan 7-18

Cadangan 19-22

Penutup / Rumusan 23

Rujukan 24

Page 8: Pbs ekonomi fazrul

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini membentangkan data berkaitan kadar perubahan peratusan guna tenaga dan

sumbangan guna tenaga mengikut sektor dari tahun 2000-2012 berdasarkan data yang

diperoleh daripada jabatan perangkaan Malaysia.

Menurut Siaran Bulanan Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Februari 2013,

maklumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia, tenaga buruh merujuk kepada mereka yang

berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari lahir terakhir) semasa minggu

rujukan, sama ada bekerja atau menganggur.

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan

sektor ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang

terlibat. Sektor utama melibatkan aktiviti peringkat awal dalam proses pengeluaran.

Sektor utama ialah pengeluaran bahan mentah yang terdiri daripada aktiviti pertanian dan

hasil bumi merupakan aktiviti sektor ini. Ia terdiri daripada beberapa sektor iaitu sektor

pertanian, sektor perhutanan, sektor perikanan, sektor penternakan serta sektor

perlombongan dan kuari.

Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang kebanyakannya

merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia merupakan tahap kedua dalam proses

pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap atau separuh

siap. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah sektor perkilangan dan

sektor pembinaan. Sektor ketiga dikenali sebagai sektor perkhidmatan yang melibatkan

aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan. Sektor ketiga terbahagi kepada 3 kumpulan

iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain.

Dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju

menjelang tahun 2020, tenaga buruh adalah begitu penting bagi kerana ia menyumbang

kepada ketiga-tiga sektor ekonomi ini kepada pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK). Oleh itu, kadar perubahan peratusan guna tenaga dan sumbangan

guna tenaga mengikut sektor dari tahun 2000-2012 akan dikaji dan dibincangkan bagi

mencapai objektif kajian ini.

Page 9: Pbs ekonomi fazrul

3.0 PENYATA MASALAH

Bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik,

kadar pertumbuhan positif bagi negara-negara ini harus dikekalkan. Malaysia merupakan

salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu daripada

negara yang mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Menurut Dry Sdale dan Huang

(1997), pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti Malaysia, Singapura,

Indonesia, Filipina dan Thailand adalah memberangsangkan.

Kita ketahui bahawa di awal kemerdekaan, Malaysia merupakan sebuah negara

pertanian dengan hasil negara bergantung kepada eksport pertanian. Bagaimana pun

senario ini berubah terutama pada tahun 1980-an yang menyaksikan sektor pembuatan

mengambil alih kedudukan sektor pertanian. Sumbangan guna tenaga mengikut sektor-

sektor merupakan satu elemen yang tidak boleh dinafikan dalam pertumbuhan ekonomi

dan KDNK. Oleh itu, Malaysia memang memerlukan tenaga mahir yang ramai untuk

pembangunan negara Malaysia.

Namun begitu, kadar perubahan guna tenaga tidak stabil setiap tahun. Perubahan

tenaga buruh bukan sahaja bergantung kepada langkah memperbaiki suasana pasaran

buruh dan meningkatkan mutu sumber manusia melalui pendidikan, latihan dan latihan

semula tetapi juga disebabkan pelbagai faktor lain. Oleh itu, terdapat pelbagai cadangan

akan dibincangkan dalam kajian ini untuk mengatasi masalah ini.

Kesimpulannya, kajian ini adalah penting bagi mengetahui faktor-faktor tentang

peningkatan dan penurunan kadar perubahan guna tenaga dan sumbangannya mengikut

sektor masing-masing di Malaysia. Selain itu, kita juga patut mengetahui sejarah

ekonomi Malaysia dan perkara ini dapat membantu kita pada masa depan kerana remaja

merupakan pemimpin kelak.

Page 10: Pbs ekonomi fazrul

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini merupakan meneliti jumlah tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000

hingga tahun 2012. Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Mengenal pasti kadar perubahan peratusan tenaga buruh di Malaysia

dari tahun 2000-2012

ii. Mengenal pasti sumbangan tenaga buruh mengikut sektor di Malaysia

dari tahun 2000-2012

Page 11: Pbs ekonomi fazrul

5.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan

literatur seperti buku-buku ilmiah. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah

ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah,

pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Kajian

kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu mengumpulkan data dan

menganalisis,.

Selepas mendapatkan data dengan menggunakan satu kaedah di atas, iaitu kajian ke

pustakaan pengkaji akan mengumpul data yang dikumpulkan oleh ahli kumpulan dan

menggunakan data tersebut dalam dapatan kajian. Penyelidik mencatatkan nota yang

diperlukan semasa membuat penyelidikan dan mencari bahan rujukan di perpustakaan.

Penyelidik juga menggunakan maklumat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan

sumbangan setiap sektor daripada internet seperti Laporan Kewangan Malaysia.

Penyelidik menganalisis data berdasarkan data yang dikumpulkan oleh ahli

kumpulan. Penyelidik akan mengisi semua data ke dalam jadual. Jadual yang siap akan

dilabelkan di bahagian dapatan kajian untuk dijadikan bukti dalam penyelidikan kajian

tersebut. Rujukkan bahan baca dari perpustakaan dan laman sesawang menjadi sumber

utama untuk mendapatkan data berkaitan dengan kadar perubahan peratusan guna tenaga

dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000-2012.

Rumus untuk menghitung guna tenaga:

Guna tenaga=Tenaga Buruh-Penganggur

Page 12: Pbs ekonomi fazrul

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Kaj

ian

terhadap kadar perubahan guna tenaga buruh Di Malaysia dari tahun 2000

hingga 2012

Jadual 1: Tenaga buruh, guna tenaga dan kadar perubahan guna tenaga di Malaysia dari

tahun 2000 hingga 2012

Jadual 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan bilangan tenaga buruh

dan guna tenaga serta kadar perubahan guna tenaga di Malaysia dari tahun 2000 hingga

2012.

Tahun Tenaga buruh

(,000)

Guna tenaga

(,000)

Kadar perubahan guna

tenaga (%)

1999 9151.5 8740.7 -

2000 9572.5 9271.2 6.07

2001 9892.1 9532.5 2.82

2002 10198.8 9840.0 3.23

2003 10565.9 10181.1 3.47

2004 10846.0 10463.7 2.78

2005 11290.5 10892.8 4.1

2006 11544.5 11159.1 2.44

2007 11775.1 11398.0 2.14

2008 11967.5 11576.5 1.57

2009 12083.4 11640.9 0.56

2010 12361.3 11958.5 2.73

2011 124645.7 12255.5 2.48

2012 12923.9 12505.0 2.04

Page 13: Pbs ekonomi fazrul

Berdasarkan jadual di atas, penyelidik mendapati jumlah tenaga buruh dan jumlah

guna tenaga pada tahun 2000 merupakan 9572500 orang dan 9271200 orang. Kadar

perubahan guna tenaga dari tahun 1999 hingga 2000 adalah 6.07%, telah mencapai

perkembangan kadar perubahan guna tenaga yang paling banyak dari tahun 2000 hingga

2012.

Pada tahun 2001, bilangan tenaga buruh dan bilangan guna tenaga bertambah dari

9 572 500 orang kepada 9 892 100 orang dan dari 9 271 200 orang kepada 9 532 500

orang. Kadar perubahan guna tenaga tahun 2001 telah merosot dari 6.07% kepada

2.82%. Manakala, kadar perubahan guna tenaga 2002 telah meningkat sebanyak 0.46%,

iaitu bilangan guna tenaga tahun 2002 bertambah sehingga 9 840 000 orang. Bilangan

tenaga buruh telah meningkat sebanyak 306 700 orang.

Seterusnya, tenaga buruh pada tahun 2003 adalah 10 565 900 orang. Guna tenaga

adalah sedikit pada tahun tersebut kerana kadar perubahan guna tenaga berkembang dari

3.23% hingga 3.47%. Sebaliknya, kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2004 telah

merosot sebanyak 0.69% tetapi meningkat balik kepada 4.1% pada 2005. Bilangan tenaga

buruh pada tahun 2004 dan 2005 ialah 10 846 000 orang dan 11 290 500 orang.

Menurut jadual di atas, kadar perubahan guna tenaga semakin merosot dari tahun

2006. Kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2006 ialah 2.44% dan ia merosot

sehingga 2.14% pada tahun 2007. Bukan itu sahaja, kadar perubahan tenaga buruh terus

merosot sebanyak 0.57% pada tahun 2008 dan akhirnya merosot sampai 0.56% pada

tahun 2009 tetapi bertambah balik menjadi 2.73% pada tahun 2010. Bilangan tenaga

buruh pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 adalah sebanyak 11 544 500 orang, 11 775

100 orang, 11967500 orang dan 12083400 orang. Guna tenaga pada tahun 2006, 2007,

2008 dan 2009 yang telah ditunjukkan oleh jadual 1 ialah 11159100 orang, 11398000

orang, 11 576 500 orang dan 11 640 900 orang.

Walaupun kadar perubahan guna tenaga meningkat sebanyak 2.17% pada tahun

2010, kemerosotan kadar perubahan guna tenaga tetap berlaku pada tahun 2011,

peratusannya jatuh sehingga 2.48% dan terus merosot sebanyak 0.44% pada tahun

2012.Pada tahun 2011, tenaga buruh dan guna tenaga ialah 124 645 700 orang dan 12

Page 14: Pbs ekonomi fazrul

255 500 orang. Manakala, tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2012 ialah 12 923

900 orang dan 12 505 000 orang.

Berdasarkan data kajian 5.1, kadar perubahan guna tenaga pada 2000 paling

tinggi berbanding tahun-tahun lain. Menurut buku Rangka rancangan jangka panjang

kedua (RRJP 2) 1991-2000 yang digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional

(DPN),tumpuan mereka kepada pembangunan sumber manusia telah memajukan sumber

manusia dan mewujudkan tenaga buruh yang berdisiplin dan produktif serta

meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri

melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula

masyarakat. Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian tentang Perindustrian dan

Pembangunan Ekonomi di Malaysia yang dikarang oleh Anuar Ali dari Dewan Bahasa

dan Pustaka (2000), penggunaan getah asli dunia sektor perkhidmatan Malaysia

memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru pada tahun

2000. Sektor ini mewujudkan 34.3 peratus jumlah peluang pekerjaan baru bagi tenaga

buruh di Malaysia.

Seterusnya, penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga

2009 disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis

kewangan subprime di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007, telah membawa

kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah hampir dua tahun sejak krisis

kewangan global , namun masih belum ada tanda-tanda mengembalikan kestabilan di

sektor kewangan dan pemulihan ekonomi. Pelbagai kesan telah berlaku semasa krisis

ekonomi, iaitu nilai eksport negara berkurangan kerana permintaan dunia telah merosot

27.8%. penurunan mendadak harga komoditi minyak, gas, dan kelapa sawit serta pasaran

saham turut menjejaskan ekonomi Malaysia. Kemelesetan ekonomi yang melanda turut

memberi kesan kepada guna tenaga dalam sektor pembuatan terutamanya industri

elektrik dan elektronik. Mereka terpaksa diberhentikan kerja kerana permintaan dari luar

Negara terhadap industri tersebut berkurangan. Kadar pemberhentian pekerja telah

meningkat berikutan kemerosotan permintaan produk dan perkhidmatan yang dihadapi

oleh pihak industri. Oleh itu, krisis ekonomi global merupakan faktor yang penting untuk

menjelaskan penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009.

Page 15: Pbs ekonomi fazrul

Pada tahun 2010, keadaan kadar perubahan guna tenaga berubah dari merosot

kepada meningkat. Berdasarkan Ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, kerajaan

Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pada tahun 2010 bagi mengatasi masalah ini.

Langkah-langkah kerajaan telah berjaya menghalang masalah ini dan meningkatkan

2.17% kadar perubahan tenaga buruh pada tahun 2010. Sebagai contoh, kerajaan

menyediakan 2000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di syarikat GLC

(Government Linked Company), terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti

penerbangan, utility, kesihatan, outsourcing dan multimedia kreatif. Kerajaan juga

mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam seperti mewujudkan 13000

pekerjaan untuk pegawai secara kontrak di agensi kerajaan. Kerajaan juga membuat

pengisian segera 50000 jawatan kosong di peringkat profesional dan sokongan dalam

perkhidmatan awam persekutuan. Oleh itu, langkah-langkah kerajaan ini telah pun

berjaya meningkatkan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2010.

Secara keseluruhannya, jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam pembangunan

negara ialah 9271200 orang pada tahun 2000 telah meningkatkan menjadi 12505000

orang pada tahun 2012. Penyelidik tidak dapat menafikan bahawa guna tenaga Malaysia

semakin berkembang dari tahun ke tahun dan hal ini dapat mempercepat proses

pembangunan negara kita.

Page 16: Pbs ekonomi fazrul

6.2 Kajian terhadap sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun

2000 hingga 2012

Dalam bahagian ini, data-data akan membahagikan berasaskan 3 sektor di Malaysia,

iaitu sektor pertama (sektor pertanian), sektor kedua (sektor perindustrian) dan sektor

ketiga (sektor perkhidmatan).

6.2.1 Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi

dari tahun 2000 hingga 2012

Jadual 2: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari

tahun 2000 hingga 2012

Tahun Sektor 1 (,000) Sektor 2 (,000) Sektor 3 (,000)

2000 1448.7 3313.3 4509.2

2001 1448.3 3327.5 4756.7

2002 1447.8 3461.9 4920.5

2003 1445.4 3649.7 5086

2004 1449.5 3739.7 5274.5

2005 1444 3892.8 5556

2006 1435 3982.4 5741.8

2007 1432.8 4054 5911.2

2008 1433.7 4096.7 6046.1

2009 1433.2 3978 6229.7

2010 1432.4 4154 6372.1

2011 1429.6 4280.7 6545.2

2012 1428 4390.2 6686.8

Page 17: Pbs ekonomi fazrul

Graf 1: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari

tahun 2000 hingga 2012

Berdasarkan gambar-gambar rajah di atas, jadual 2 dan graf 1 telah menunjukkan

sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000

hingga 2012.

Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbangkan RM 1448.7 ribu kepada

pertumbuhan ekonomi. Manakala, sektor kedua dan sektor ketiga menyumbang sebanyak

RM 3313.3 ribu dan RM 4509.2 ribu. Sebanyak 1448.3 ribu ringgit Malaysia telah pun

disumbangkan oleh sektor pertama kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun

2002.Sebanyak RM 3327.5 ribu dan RM 4756.7 ribu juga disumbangkan oleh sektor

kedua dan sektor ketiga.

Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama hanya berjumlah RM

1445.4 ribu, iaitu penurunan sebanyak RM 2.4 ribu. Sebaliknya, sektor ketiga dan sektor

kedua masih meningkat sehingga RM 3649.7 ribu dan RM 5086 ribu pada tahun tersebut.

Walaubagaimanapun, sumbangan guna tenaga sektor pertama menaik balik sehingga RM

1449.5 ribu pada tahun 2004.Namun, ia masih menjunam dari tahun 2005 hingga 2007,

iaitu RM 1444 ribu, RM 1435 ribu dan RM 1432.8 ribu. Penurunan sumbangan guna

Page 18: Pbs ekonomi fazrul

tenaga sektor pertama kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2005 hingga 2007 adalah

sebanyak RM 11.2 ribu.

Sumbangan guna tenaga yang terlibat dalam sektor kedua kepada pertumbuhan

ekonomi pada tahun 2005 hingga 2007 ialah RM 3892.8 ribu, RM 3928.4 ribu dan RM

4054 ribu. Manakala, sektor ketiga masih berkembang dengan lancar pada tiga tahun

berturut-turut, iaitu RM 5556 ribu, RM 5741.8, dan RM 5911.2 ribu.

Seterusnya, sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada pertubuhan ekonomi

walaupun mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 1432.8

ribu hingga RM 1433.7 ribu tetapi ia mengalami kemerosotan dari tahun 2009 hingga

2012, iaitu RM 1433.2 ribu, RM 1432.4 ribu, RM 1429.6 ribu dan RM 1428 ribu.

Sebaliknya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor kedua adalah secara tidak

stabil kerana sumbangannya mencapai RM 4096.7 ribu pada tahun 2008 tetapi

sumbangannya jatuh sebanyak RM 118.7 ribu pada tahun 2009, kemudian sumbangannya

meningkat sebanyak RM 412.2 ribu dari tahun 2010 hingga 2012. Manakala, sumbangan

guna tenaga sektor ketiga kepada pertumbuhan ekonomi adalah meningkat secara lancar

dari tahun 2008 hingga 2012, iaitu dari RM 6046.1 ribu hingga RM 6686.8 ribu,

pertambahan sebanyak RM 640.7 ribu.

Page 19: Pbs ekonomi fazrul

6.2.2 Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada keluaran dalam negara

kasar (KDNK)

Jadual 3: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK

Tahun base on

year

Sektor 1 (,000) Sektor 2 (,000) Sektor 3

(,000)

2000 2000 68266 123969 175648

2001 2000 67574 119728 182821

2002 2000 70081 124402 193499

2003 2000 74328 134718 201568

2004 2000 77556 152030 214528

2005 2000 78307 152625 230043

2006 2000 79731 161793 247099

2007 2000 81058 166964 272406

2008 2000 81656 169443 293072

2009 2000 79292 156113 302044

2010 2000 80186 172860 322610

2011 2005 116633 199703 384272

2012 2005 117970 212196 408926

Page 20: Pbs ekonomi fazrul

Graf 2: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK

Berdasarkan gambar-gambar rajah di atas, jadual 3 dan graf 2 telah menunjukkan

sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK dari tahun 2000 hingga 2012.

Data KDNK dari tahun 2000 hingga 2010 telah mengambil tahun 2005 sebagai tahun

asasnya. Manakala tahun asas data KDNK tahun 2011 dan tahun 2012 merupakan tahun

2005.

Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbang RM 68 266 ribu kepada

KDNK. Manakala, sektor kedua dan sektor ketiga menyumbang sebanyak RM 123 969

ribu dan RM 175 648 ribu. Sebanyak 67 574 ribu ringgit Malaysia telah pun

disumbangkan oleh sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2002.Sebanyak RM 119

728 ribu dan RM 182 821 ribu juga disumbangkan oleh sektor kedua dan sektor ketiga.

Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama, sektor kedua dan sektor

ketiga kepada KDNK hanya berjumlah RM 74 328 ribu, RM 134 718 ribu dan RM 201

568 ribu. Seterusnya, perkembangan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada

KDNK pada 2004 yang paling banyak ialah sektor kedua kerana sumbangannya

bertambah RM 17 312 ribu berbanding sumbangan guna tenaga sektor ketiga yang

bertambah sebanyak RM 12 960 ribu dan diikuti oleh sumbangan guna tenaga sektor

pertama yang bertambah sebanyak RM 3 228 ribu.

Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2005 hingga

2007 ialah RM 78 307 ribu, RM 79731 ribu dan RM 81058 ribu. Manakala, sektor ketiga

masih berkembang dengan lancar pada tiga tahun berturut-turut, iaitu RM 230 043 ribu,

Page 21: Pbs ekonomi fazrul

RM 247 099 ribu, dan RM 272 406 ribu. Sumbangan guna tenaga sektor kedua pada

tahun 2005 hingga 2007 ialah RM 152 625 ribu, RM 161 793 ribu dan RM 166 964 ribu.

Manakala sumbangan guna tenaga sektor ketiga pada tahun 2005 hingga 2007 merupakan

RM 230 043 ribu, RM 247 099 ribu dan RM 272 406 ribu.

Walaupun sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK mengalami

perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 81 058 ribu hingga RM 81 656

ribu tetapi perkembangannya masih tidak stabil dan menjunam sehingga RM 79 292 ribu

pada tahun 2009.Namun begitu, sumbangannya meningkat RM 894 ribu pada tahun

2010.Seterusnya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor ketiga adalah secara

lancar kerana sumbangannya semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu RM

293 072 ribu, RM 302 044 ribu dan RM 322 610 ribu.

Situasi perubahan sumbangan guna tenaga sektor kedua sama dengan sektor

kedua. Walaupun sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK mengalami

perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 166 964 ribu hingga RM 169

443 ribu tetapi ia mengalami kemerosotan sehingga RM 156113 ribu pada tahun 2009.

Namun begitu, sumbangannya meningkat RM 16 747 ribu pada tahun 2010.

Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK pada tahun 2011 dan

2012 menggunakan tahun 2005 sebagai tahun asasnya. Sumbangan guna tenaga sektor

pertama kepada KDNK pada tahun 2011 dan 2012 ialah RM 116 633 ribu dan RM 117

970. Sebaliknya, sumbangan guna tenaga sektor kedua pada tahun 2011 dan 2012 juga

merupakan RM 199 703 ribu dan RM 212 196. Manakala, sumbangan guna tenaga sektor

ketiga pada tahun 2011 dan 2012 ialah RM 384 272 ribu dan RM 408 926 ribu.

Berdasarkan data kajian 5.2, kadar pertumbuhan KDNK pada tahun 2011 paling

tinggi berbanding tahun lain. Menurut Laporan MITI 2011: MEMACU Transformasi

MENJANA Pertumbuhan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa

dan Industri Malaysia, tahun 2011 merupakan tahun yang mencabar bagi peningkatan

produktiviti, disebabkan krisis kewangan kerajaan di kawasan Euro dan gangguan

rantaian bekalan disebabkan bencana alam. Namun begitu, Malaysia menunjukkan

prestasi yang baik dalam meningkatkan peningkatan produktiviti. Produktiviti Malaysia

Page 22: Pbs ekonomi fazrul

meningkat sebanyak 4.6 peratus atas permintaan domestik yang kuat. Paling ketara,

sektor pertanian berkembang sebanyak 6.2 peratus disebabkan oleh peningkatan hasil

daripada pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan pelaksanaan sebahagian

daripada Projek Permulaan (EPP) pertanian seperti pembiakan burung walit, penanaman

herba, akuakultur dan pertanian komersil berskala besar. Sementara itu, perkhidmatan

meningkat sebanyak 4.9 peratus, didorong terutamanya oleh peningkatan produktiviti

dalam komunikasi, perdagangan borong dan runcit dan hartanah serta perkhidmatan

perniagaan. Pada tahun 2011, Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengenal

pasti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan pembuatan yang memerlukan

pembangunan dan sokongan yang lebih fokus. Ia bertujuan membina subsektor tambah

nilai lebih tinggi seperti lampu diod pemancar cahaya (LED), panel solar dan

pengeluaran ubat generik. Peningkatan pelaburan asing dan domestik dalam bidang ini

dan subsektor lain pada tahun 2011 menunjukkan keyakinan pelabur yang berterusan

terhadap masa depan sektor pembuatan negara.Bukan itu sahaja, Rundingan Pusingan

Doha di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mencapai kemajuan yang terhad pada

tahun 2011, tetapi terdapat perkembangan dalam bidang-bidang perdagangan pelbagai

hala yang lain. Secara keseluruhan, 30 negara-negara membangun terlibat dalam proses

penyertaan ke dalam WTO termasuk Afghanistan, Iran, Iraq, Kazakhstan, Republik

Demokratik Rakyat Laos (Lao PDR) dan Rusia. Dengan langkah-langkah pembukaan

pasaran Rusia berikutan penyertaannya dalam WTO, lebih banyak peluang eksport akan

diwujudkan bagi Malaysia. Isu-isu semasa ekonomi yang berlaku dalam tahun 2011,

telah menyebabkan peningkatan KDNK berlaku pada tahun tersebut.

Seterusnya, data kajian 5.2 telah menunjukkan sumbangan guna tenaga sektor

pertama pada tahun 2001 kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah paling

rendah. Berdasarkan penyelidikan mengenai Sumber Daya Agraria (Tanah Pertanian)

oleh Masyarakat, Hal-hal berkaitan Perundangan dan Impak Pembangunannya dan Impak

Pembangunan yang dikaji oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, kedudukan sektor

pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan terbentuknya  WTO di mana

liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor

pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran

untuk memperoleh daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada

Page 23: Pbs ekonomi fazrul

tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7

bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit

imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun

2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan

peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun.

Keadaan ini telah menimbulkan penurunan sumbangan guna tenaga sektor pertama pada

tahun 2001 terhadap KDNK.

Secara keseluruhannya, data KDNK yang ada pada kajian 5.2 telah menunjukkan

peningkatannya setiap tahun walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa Malaysia

sedang melaksanakan Wawasan 2020.

Page 24: Pbs ekonomi fazrul

7.0 CADANGAN

Bahagian ini akan membincangkan cadangan daripada penyelidik bagi meningkatkan

kadar perubahan guna tenaga dan keluaran dalam negara kasar supaya matlamat Malaysia

Wawasan 2020 dapat direalisasikan.

Kerajaan harus mengurangkan import dari negara lain supaya KDNK dapat

ditingkatkan. Kerajaan patut mengenakan kawalan-kawalan import dengan menaikkan

cukai import (tarif). Kerajaan juga patut mengawal penggunaan tukaran wang asing.

Kerajaan boleh mencatu penggunaan tukaran wang asing melalui bank pusat. Orang

ramai dan para pengusaha haruslah menerangkan tujuan mereka membeli mata wang

asing. Kerajaan lebih mengutamakan penggunaan mata wang asing untuk mengimport

barang mesti dan bahan mentah sektor industri dan tidak menggalakkan penggunaannya

untuk mengimport barang-barang mewah. Kerajaan juga patut menurunkan nilai mata

wang bagi mengurangkan import dari Negara asing. Langkah ini menyebabkan barang

import menjadi lebih mahal dan akan mengurangi import. Sebaliknya barang eksport

menjadi murah di pasaran antarabangsa dan akan menambah eksport. Oleh itu, kerajaan

patut merealisasikan cadangan ini bagi meningkatkan KDNK Malaysia.

Seterusnya, kerajaan harus menjalankan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan kadar

pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk

mencapai Wawasan 2020. Sebagai contoh, kerajaan patut meningkatkan R&D

(penyelidikan dan perkembangan) dan kandungan pengetahuan dalam dalam sektor

pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Hal ini akan menyebabkan kualiti dan kuantiti

penawaran produk daripada ketiga-tiga sektor akan semakin meningkat. Sekiranya kualiti

dan kuantiti meningkat, kebaikannya bukan sahaja menyebabkan harga yang menurun

tetapi juga kualiti produk yang telah ditingkatkan akan menyebabkan keyakinan pelbagai

terhadap produk tersebut semakin meningkat. Rakyat Malaysia akan membelanjakan

wang yang lebih banyak terhadap produk tersebut kerana berbaloi berbanding produk

lain. Selain itu, pelabur asing akan cuba melabur kepada syarikat tersebut kerana

mempercayai bahawa syarikat tersebut mempunyai keupayaan untuk perkembangan

syarikat dan akan membawa kekayaan kepada mereka. Bukan itu sahaja, negara lain akan

Page 25: Pbs ekonomi fazrul

mengimport barangan buatan Malaysia kerana kosnya murah. Hal ini akan menyebabkan

produk tersebut akan menjejak kaki kepada pasaran antarabangsa. Di samping itu,

peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia juga akan semakin meningkat dan

menambahkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu, tindakan ini adalah rasional

bagi meningkatkan KDNK Negara.

Bagi meningkatkan kadar perubahan guna tenaga dan KDNK, kerajaan harus

mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia. Langkah yang pertama yang perlu

dilakukan adalah memodenkan kegiatan ekonomi yang sedia ada. Untuk mencapai

matlamat ini, dalam kegiatan pertanian yang tradisional perlulah usaha-usaha dilakukan

untuk membuat pembaharuan agar daya pengeluaran semakin meningkat. Sebagai

contoh, kerajaan patut membuat R&D ( research and development ) untuk

memperkenalkan input yang lebih moden seperti menyediakan benih yang tinggi daya

pengeluarannya, memperkenalkan input moden yang lain dan memperkenalkan cara

penanaman dan pemeliharaan tanaman yang lebih baik. Langkah yang seterusnya adalah

mengembangkan kegiatan ekonomi yang baru dan dapat mempercepat transformasi

kegiatan ekonomi dari yang bersifat tradisional kepada kegiatan ekonomi moden. Di

dalam perkara ini, langkah yang penting adalah menggalakkan perkembangan di sektor

perindustrian. Ekonomi yang semakin maju akan memerlukan berbagai jenis barang

perkilangan, untuk digunakan di dalam negeri dan di eksport. Apabila suatu Negara

mempunyai sumber alam yang kaya, kegiatan lain di sektor utama dan sektor

perkhidmatan dapat dikembangkan. Pengeluaran hasil pertanian yang baru,

mengembangkan sektor perlombongan dan mengembangkan tempat-tempat untuk

pelancongan merupakan usaha lain yang perlu dikembangkan sekiranya terdapat potensi

dan peluang untuk melakukan perkembangan tersebut. Melalui cadangan ini,

perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapat

mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Perkara ini bukan sahaja menambahkan

pendapatan negara, tetapi juga mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Ini juga

bertujuan untuk melindungi industri-industri tempatan dan mempelbagaikan

ekonomi demi meningkatkan KDNK dan kadar perubahan guna tenaga dalam negara.

Page 26: Pbs ekonomi fazrul

Bukan itu sahaja, kerajaan juga patut menyokong urus niaga berbentuk

perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Peranan IKS Satu perkara yang sering

diperkatakan dalam IKS ialah ia berupaya meningkatkan peluang pekerjaan kepada orang

ramai. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara

intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini

secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi

pengeluaran dalam operasi IKS. Selain itu, peranan IKS sebagai tempat latihan dalam

pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha tidak dapat

dipertikaikan lagi. Dengan jumlah modal tersebut, pengusaha IKS dapat membina latihan

dan pengetahuan yang berguna mengenai selok-belok operasi perniagaan dan bergantung

hidup kepada perniagaan tersebut. Bagi sejumlah modal yang kecil juga sukar bagi

seseorang pengusaha mendapat faedah yang sama dalam firma besar. Peluang pekerjaan

dalam IKS ini sudah tentu dapat memberi dan menyediakan latihan dan kemahiran yang

berguna kepada diri mereka sendiri di samping pekerja terlibat. Latihan dan kemahiran

yang dapat diperolehi dalam IKS juga tidak terhad kepada satu-satu bidang operasi. Di

samping itu, IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dengan

mewujudkan, mengembangkan, dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan

industri negara.  struktur pembangunan industri di Malaysia lebih berbentuk

pergantungan dan penyesuaian pengeluaran barangan untuk pasaran eksport. Keadaan

pasaran tempatan yang kecil tidak menjadi satu pendorong yang kuat. IKS dapat memberi

sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi negara melalui hubungjalin mereka

dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Tambahan lagi, hubungjalin yang sesuai

boleh memberi faedah penting dari segi perpindahan teknologi, peningkatan kualiti

barangan, produktiviti, latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerja di samping

mempercepatkan pembinaan struktur asas perindustrian negara dengan lebih baik. Oleh

itu, kerajaan patut menyokong urus niaga IKS di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan harus mengambil langkah bagi meningkat kadar perubahan

guna tenaga dan KDNK. Dalam dunia yang serba bersaing, daya pemikiran, kreativiti dan

inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran

dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu

yang lebih baik dan sempurna. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah

Page 27: Pbs ekonomi fazrul

ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka

panjang. Oleh itu, semua rakyat patut bekerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran

yang akan datang dengan proses menuju Wawasan 2020.

Page 28: Pbs ekonomi fazrul

8.0 PENUTUP

Berdasarkan kajian tentang kadar perubahan guna tenaga dan sumbangan guna

tenaga mengikut sektor kepada KDNK, maka selanjutnya dapat ditarik kesimpulan

sebagai berikut:-

Harapan yang lebih besar lagi cerah berada di tahun-tahun akan datang kerana

ekonomi negara ini telah jauh mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan ekoran

daripada langkah drastik yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga membawa negara kini

benar-benar keluar daripada zaman sukarnya. Ini memberi peluang laluan bagi

peningkatan seterusnya dalam kegiatan ekonomi di masa akan datang.

Namun begitu, kerajaan harus selalu memerhati guna tenaga setiap tahun dan

cuba melaksanakan matlamat, iaitu Malaysia selalu mencapai guna tenaga penuh.

Bukan itu sahaja, keadaan pengangguran diharapkan adalah kurang dalam Malaysia pada

masa depan. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi akan semakin meningkat dari tahun ke

tahun

Pemantauan kerajaan kepada ekonomi Malaysia harus selalu dijalankan walaupun

kita seharusnya berkeyakinan bahawa Malaysia dapat kembali ke paras sebelum krisis di

samping kadar inflasi yang rendah adalah rangsangan kepada kemajuan negara di masa

depan. Kerajaan patut selalu memandang serius terhadap ekonomi Malaysia supaya

Malaysia tidak mengalami kemerosotan pada suatu hari nanti.

Kesimpulannya, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang

mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang

diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di

Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana

jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan

nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020

pasti akan tercapai.

Page 29: Pbs ekonomi fazrul

9.0 RUJUKAN

Mohomad Shukri Seman[Guru Cemerlang], Lim Kien Kwok, Safriza Abd. Hamid.

2013. Teks STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3 ; Bangi : Penerbitan

Pelangi Sdn.Bhd.

Laporan Ekonomi Tahun 2000-2012, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA,

http://www.treasury.gov.my

Jabatan Perangkaan Malaysia 2000-2012. Perangkaan Ekonomi Malaysia Siri Masa.

Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Malaysia.

Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. Statistik Jenayah di Malaysia, www.rmp.gov.my/

Pelan atasi pengangguran, Mohamad Sofee Razak.JTK http://jtksm.mohr.gov.my/

Jamal,A.(2003).Ekonomi Malaysia.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka dan

Kementerian Pendidikan Malaysia.