esei kerja kursus a.k.a pbs sejarah stpm

49
1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sosioekonomi merupakan kajian yang berkaitan atau melibatkan unsur-unsur dan faktor- faktor kemasyarakatan dengan ekonomi. Masyarakat pula ditakrifkan sebagai himpunan individu yang hidup bersama di sebuah tempat di mana mereka menjalani kehidupan, bekerja dan berfikir menurut sesuatu cara atau peraturan, tatatertib dan adat istiadat yang tertentu 1 . Dalam esei ilmiah ini pengkaji telah memfokus kepada perkembangan sosioekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau merupakan kampung yang terletak di kawasan agak pedalaman dalam Daerah Ranau. Penduduk di kampung ini semuanya terdiri daripada kaum Dusun. Masyarakat Dusun adalah peneroka yang bertanggungjawab ke atas pembukaan Kampung Lungkidau 2 . Masyarakat Dusun di kampung ini merupakan golongan yang berasal dari pelbagai tempat seperti Daerah Telupid, Sandakan dan kampung-kampung sekitar Daerah Ranau 3 . Menurut Ajis Lapinah, masyarakat Dusun yang meneroka dan membuka petempatan di Kampung Lungkidau merupakan masyarakat yang sedang mencari 1

Upload: necore

Post on 02-Feb-2016

1.080 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Perkembangan Sosio Ekonomi Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau Ranau

TRANSCRIPT

Page 1: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sosioekonomi merupakan kajian yang berkaitan

atau melibatkan unsur-unsur dan faktor-faktor kemasyarakatan dengan ekonomi. Masyarakat

pula ditakrifkan sebagai himpunan individu yang hidup bersama di sebuah tempat di mana

mereka menjalani kehidupan, bekerja dan berfikir menurut sesuatu cara atau peraturan, tatatertib

dan adat istiadat yang tertentu1. Dalam esei ilmiah ini pengkaji telah memfokus kepada

perkembangan sosioekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

Kampung Lungkidau merupakan kampung yang terletak di kawasan agak pedalaman

dalam Daerah Ranau. Penduduk di kampung ini semuanya terdiri daripada kaum Dusun.

Masyarakat Dusun adalah peneroka yang bertanggungjawab ke atas pembukaan Kampung

Lungkidau2. Masyarakat Dusun di kampung ini merupakan golongan yang berasal dari pelbagai

tempat seperti Daerah Telupid, Sandakan dan kampung-kampung sekitar Daerah Ranau3.

Menurut Ajis Lapinah, masyarakat Dusun yang meneroka dan membuka petempatan di

Kampung Lungkidau merupakan masyarakat yang sedang mencari petempatan baharu bagi

menaiktaraf hidup mereka. Golongan tersebut kemudiannya membawa dan mengamalkan

sosiobudaya mereka yang pelbagai di Kampung Lungkidau. Selain sosiobudaya, golongan

tersebut turut membawa amalan bertani sebagai aktiviti perekonomian yang utama selain berburu

di kampung tersebut. Walau bagaimanapun, amalan sosiobudaya dan ekonomi masyarakat

Dusun di Kampung Lungkidau telah mengalami perubahan dan perkembangan seiring dengan

peredaran masa iaitu dari tahun 1960 hingga 2013.

1

Page 2: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

2.0 Latar Belakang Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau telah muncul sejak awal pembukaan kawasan

petempatan tersebut iaitu pada awal 1960. Malahan, masyarakat Dusunlah yang meneroka serta

bertanggungjawab ke atas pembukaan Kampung Lungkidau4.

Masyarakat Dusun yang membawa kepada pembukaan Kampung Lungkidau adalah

mereka yang berasal dari pelbagai tempat dan kawasan termasuklah Daerah Telupid, Sandakan

serta kampung-kampung sekitar Daerah Ranau5. Kumpulan masyarakat Dusun tersebut telah

datang berhijrah ke kawasan Kampung Lungkidau yang pada asalnya merupakan hutan belukar.

Mereka berhijrah bagi mencari petempatan baharu dan sumber tanih yang subur6. Penghijrahan

dari tempat yang berbeza telah membawa kepada variasi masyarakat Dusun di kampung tersebut.

Selain perbezaan tempat asal, variasi etnik Dusun yang terdapat di Kampung Lungkidau

juga dipengaruhi oleh perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat Dusun yang berhijrah di

Kampung Lungkidau. Hal ini berlaku apabila pasangan yang berkahwin berasal dari etnik Dusun

yang berbeza. Sebagai contoh, lelaki yang berbangsa Dusun Labuk mengahwini perempuan dari

etnik Dusun Liwan7.

Masyarakat di kampung ini tidak dapat merujuk kepada mana-mana cabang etnik Dusun

disebabkan kepelbagaian cabang etnik Dusun di Kampung Lungkidau. Walau bagaimanapun,

majoriti masyarakat Dusun di kampung tersebut adalah terdiri daripada cabang Dusun Labuk,

disusuli Dusun Liwan dan sebahagiannya merupakan masyarakat Dusun Tindal serta segelintir

golongan Dusun Sungai.

2

Page 3: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

3.0 Perkembangan Sosiobudaya di Kampung Lungkidau Sekitar Tahun 1960 hingga tahun

2013

Sosiobudaya di Kampung Lungkidau telah mengalami asimilasi dan hal ini

memperlihatkan keunikan aspek sosiobudayanya yang tersendiri. Asimilasi tersebut adalah

disebabkan faktor masyarakat di Kampung Lungkidau yang terdiri daripada beberapa cabang

etnik Dusun yang berbeza. Variasi etnik Dusun di Kampung tersebut menyebabkan kepelbagaian

amalan sosiobudaya di kampung ini. Dalam penulisan ilmiah ini, pengkaji cuba untuk mencari

dan mengkaji maklumat yang berkaitan dengan sosiobudaya masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau.

Sosiobudaya masyarakat Dusun Kampung Lungkidau terbahagi kepada beberapa

bahagian iaitu warisan kebudayaan kesusasteraan lisan, unsur kebudayaan kebendaan, adat-

istiadat dan lain-lain.

3.1.1 Kebudayaan Dari Aspek Kesusasteraan Lisan

3

Page 4: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Terdapat pelbagai jenis kesusasteraan lisan dan muzik vokal masyarakat Dusun seperti

cerita rakyat kepada legenda, nyanyian sekular kepada puisi ritual8. Masyarakat Dusun di

Kampung Lungkidau turut mempunyai warisan kesusasteraan lisan yang tersendiri dan unik.

a) Tanong atau Tangon

Jacqueline telah memberikan gambaran dan definisi tangon di dalam bukunya,

“ Tanong atau tangon boleh digambarkan sebagai cerita rakyat, cerita dongeng atau cerita pari-pari… cerita tersebut merupakan

cerita rekaan sebagai hiburan dan kadangkala memberi nasihat moral kepada anak-anak…”9

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau khususnya warga tua akan menyusur-

galurkan atau menceritakan cerita dongeng yang menarik kepada golongan muda terutamanya

kanak-kanak. Perkara ini disebabkan sikap kanak-kanak yang menyukai cerita atau tangon yang

disampaikan.

Menurut Alexius Asir, pada awal 1960an, aktiviti manangon bukan sahaja diamalkan

oleh warga tua malahan kaum muda juga menyertai acara manangon ini. Hal ini telah

mengeratkan perhubungan masyarakat Dusun di kampung ini pada waktu itu.

Sehingga kini, aktiviti manangon masih diamalkan oleh masyarakat Dusun Kampung

Lungkidau namun terhad kepada skop yang kecil iaitu antara sesama warga tua dan kanak-kanak.

Teknologi moden yang semakin maju menyebabkan masyarakat Dusun di kampung tersebut

4

Page 5: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

khususnya remaja lebih berminat untuk menonton televisyen dan melayari internet untuk

mencari cerita yang lebih menarik berbanding mendengar tangon warisan masyarakat Dusun.

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau telah mengambil beberapa inisiatif bagi

mengelakkan pupusnya budaya manangon di kampung ini termasuklah mengadakan

pertandingan manangon setiap tahun iaitu pada Hari Pesta Menuai. Ganjaran dan hadiah yang

ditawarkan mampu menarik minat setiap golongan untuk menyertainya sekaligus menanamkan

sikap menghargai budaya warisan itu. Seterusnya para ibu bapa turut menggalakkan anak-anak

mereka untuk mendengar tangon daripada warga-warga tua di kampung. Hal ini bukan sahaja

dapat mengekalkan warisan budaya tersebut di Kampung Lungkidau malah memupuk akhlak

mulia dalam kalangan remaja dan kanak-kanak melalui teladan dalam tangon-tangon itu.

b) Mogondi’ dan Momurinait

Upacara mogondi dan momurinait telah diamalkan oleh masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau sejak awal 1960 hingga akhir tahun 197910. Mogondi’ merupakan cara mengucap

bacaan ritual oleh bobolian manakala rinait ialah ayat yang diucapkan11.

Terdapat banyak rinait dan upacara berbeza yang diamalkan oleh etnik Dusun di

Kampung Lungkidau, antaranya termasuklah memulihkan orang yang sakit. Dalam upacara

tersebut beberapa bahan seperti ayam jantan, kemenyan atau kemburongoh beserta tiga biji telur

perlu disediakan oleh keluarga si sakit. Bobolian akan menjalankan upacara mogondi’ dengan

momurinait di hadapan pesakit. Perkara ini dipercayai bertujuan untuk memanggil roh jahat dari

5

Page 6: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

badan pesakit supaya keluar. Sebagai balasannya, roh jahat tersebut akan dijamu dengan

makanan yang telah disediakan12.

Selain bertujuan untuk menyembuhkan penyakit, upacara mogondi’ yang diamalkan

masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau juga bertujuan untuk monubak atau menjamu sesuatu

semangat seperti semangat pokok Ara. Etnik Dusun di kampung ini percaya bahawa dengan

berbuat demikian semangat yang menghuni di pokok tersebut tidak akan menganggu

ketenteraman kampung.

Upacara mogondi’ dan momurinait sering dilakukan sekitar tahun 1960 hingga 1975,

namun ia mula ditinggalkan menjelang tahun 1980. Hal ini disebabkan kedatangan mubaligh

Kristian ke Kampung Lungkidau bagi menyebarkan ajaran Katolik. Selepas sebahagian besar

masyarakat Dusun di kampung ini memeluk agama kristian, secara perlahan-lahan amalan

mogondi’ dan momurinait ditinggalkan. Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih terdapat

segelintir penduduk terutamanya warga tua yang sering menyanyikan irama rinait tanpa

melakukan upacara mogondi’. Oleh yang demikian, golongan muda di kampung ini masih

mengenali amalan tersebut meskipun tidak sempat melihat upacara tersebut dilaksanakan.

a) Sundait dan Sudawil

6

Page 7: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Sundait merupakan teka-teki dalam bahasa Dusun yang sering dijadikan hiburan13.

Sudawil pula merupakan nyanyian antifon dan respon atau sahut-menyahut14.

Sejak awal 1960an sundait dan sudawil sering diamalkan oleh masyarakat Dusun

Kampung Lungkidau terutamanya pada musim menuai. Biasanya kumpulan petani yang sedang

menuai padi akan bersoal jawab dengan mengemukakan sundait masing-masing. Kadangkala ,

mereka juga akan berbalas pantun atau sudawil semasa menjalankan kerja-kerja menuai. Sundait

dan sudawil ini diamalkan bagi menceriakan suasana dan menghilangkan rasa bosan kepada para

penuai padi15.

Walaupun pelbagai teknologi masa kini semakin maju, namun pengamalan warisan

sundait dan sudawil tidak dilupakan oleh masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau. Justeru

warisan tersebut masih diamalkan oleh semua golongan dalam masyarakat Dusun pada musim

atau masa-masa tertentu. Hal ini telah menjadi lambang keunikan masyarakat Dusun di kampung

tersebut.

3.1.2 Adat Istiadat dan Pantang Larang

Terdapat beberapa adat istiadat dan pantang larang etnik Dusun di Kampung Lungkidau

yang diamalkan sejak 1960 dan kekal diamalkan sehingga kini16. Adat istidat yang kekal

diamalkan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau termasuklah adat mamantang do

Bambarayon, adat pelaksanaan sogit dan sebagainya. Pantang larang yang masih diamalkan pula

adalah pantang larang berburu dan pantang larang wanita yang mengandung.

7

Page 8: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

a) Mamantang do Bambarayon

Sejak awal kedatangan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau, mereka telah mengamalkan

adat mamantang do Bambarayon atau menghormati Bambarayon. Etnik Dusun di kampong ini

percaya bahawa Bambarayon atau lebih dikenali sebagai semangat padi merupakan satu

semangat yang mengekal dan menyuburkan tanaman padi17. Oleh yang demikian, mereka telah

mengamalkan adat untuk menghormati semangat tersebut.

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau adalah dilarang untuk memakan nasi daripada

beras baru dengan mencampurkannya dengan sayuran yang mudah layu dan lauk tertentu.

Seboleh-bolehnya mereka perlu memakan nasi baru tanpa campuran sayuran dan lauk bagi hasil

padi yang pertama. Sekiranya mereka tidak menuruti adat tersebut dikhuatiri Bambarayon akan

marah dan tanaman padi akan musnah. Mereka percaya bahawa Bambarayon tidak suka akan

sayuran yang mudah rosak dan lauk tertentu18. Selain itu, masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau juga tidak pernah membuang lebihan nasi bagi mengelak Bambarayon daripada

kumaus atau merajuk kerana Bambarayon kononnya benci kepada pembaziran19.

Meskipun pada masa kini semua penduduk sudah mempunyai pegangan agama masing-

masing, namun uniknya mereka tetap mengamalkan adat mamantang do bambarayon. Selain

bertujuan untuk menjaga warisan budaya tersebut, mereka turut berpendapat bahawa amalan

tersebut membawa teladan baik dan tidak salah disisi agama20.

8

Page 9: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

b) Sogit

Sogit merupakan denda atau hukuman berbentuk kebendaan terhadap orang yang

melakukan kesalahan21. Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau mengamalkan adat

melaksanakan sogit sejak awal pembukaan Kampung Lungkidau sehingga kini.

Seseorang yang didapati melakukan kesalahan seperti mencederakan orang lain dan

mogimpahu (berzina) adalah antara kesalahan yang akan dikenakan sogit tertentu. Sogit tersebut

adalah berdasarkan dengan kesalahan mereka. Orang yang bersalah tersebut akan diminta untuk

menyediakan seekor babi atau lembu untuk membayar kesalahan yang dilakukan. Sogit tersebut

akan disembelih dan diagihkan kepada semua penduduk kampung mengikut rumah. Orang yang

dikenakan sogit tersebut tidak dibenarkan untuk memakan sogit itu.

Selain itu, terdapat juga sogit yang dinamakan sebagai sogit Pitas. Pitas merupakan adat

memutuskan tali persaudaraan sedia ada antara pasangan yang ingin berkahwin. Kebiasaanya,

apabila lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang agak dekat hendak

berkahwin, mereka perlu memberi barangan tertentu kepada keluarga pasangan masing-masing

sebagai sogit pertalian darah atau pitas. Etnik Dusun di kampung ini biasanya memilih tajau atau

tempayan sebagai barangan sogit pitas tersebut22.

9

Page 10: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Sogit-sogit ini dilaksanakan sebagai pengajaran kepada penduduk yang lain agar tidak

mengulangi kesalahan yang sama. Pelaksanaan sogit ini juga adalah bertujuan untuk

mengelakkan terjadinya kalangou atau malapetaka di kampung ini seperti penyebaran penyakit

berbahaya dan pergaduhan antara warga kampung23. Masyarakat Dusun di Kampung ini percaya

sekiranya para pesalah tidak membayar sogit, perkara ini akan membawa impak negatif terhadap

kampung.

Pelaksanaan sogit masih diamalkan sehingga kini oleh masyarakat Dusun di kampung ini.

Walau bagaimanapun terdapat sedikit perubahan dalam pelaksanaan sogit iaitu si pesalah

dimestikan juga untuk menyediakan beberapa ekor ayam jika sogit utamanya adalah babi.

Perkara ini ekoran daripada terdapatnya penduduk yang beragama Islam di kampung ini.

c) Pantang Larang Wanita Mengandung

Etnik Dusun di Kampung Lungkidau telah menetapkan beberapa pantang larang kepada

golongan wanita yang sedang mengandung sejak awal 1960 sehingga kini. Justeru, orang yang

terdekat seperti suami kepada si isteri juga diwajibkan untuk mematuhi beberapa pantang larang,

Pantang larang ini diwujudkan bagi mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku kepada wanita

dan kandungannya.

Masyarakat Dusun di kampung ini sangat percaya bahawa setiap perbuatan yang

dilakukan oleh ibu bapa akan memberi impak kepada bayi dalam kandungan. Oleh hal yang

demikian ketika si isteri mengandung, si suami dilarang membunuh binatang atau melakukan

10

Page 11: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

pekerjaan tertentu seperti menumbuk padi. Perbuatan membunuh binatang dan menumbuk padi

boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami pinomoyoon iaitu menyerupai sesuatu

benda, sebagai contoh, besar kemungkinan bayi yang akan dilahirkan menyerupai atau

mempunyai sifat tertentu tikus jika si bapa membunuh tikus ketika si ibu mengandung.

Seterusnya , jika si ibu atau si bapa membunuh binatang seperti lelabi, dikhuatiri si ibu akan

menghadapi kesukaran ketika melahirkan anak tersebut24.

Ketika melahirkan pula, setiap ruang udara rumah seperti jendela dan pintu di rumah

yang didiami si ibu mesti diletakkan ranting dan daun limau. Kepercayaan etnik Dusun di

kampung ini terhadap kewujudan kumokodong atau hantu penanggal mendorong mereka untuk

mengambil langkah berhati-hati tersebut. Wangi limau dipercayai dapat menakutkan

kumokodong sekaligus mengelakkannya daripada mengganggu bayi yang baru lahir.

Walaupun teknologi perubatan semakin moden, wanita yang mengandung di kampung ini

masih mengamalkan perubatan tradisional. Sebagai contoh, amalan meminum air didihan nasi

daripada beras hitam dalam kalangan wanita yang baru melahirkan anak. Air didihan nasi hitam

tersebut dipercayai dapat memulihkan sel darah merah wanita tersebut25.

Pengamalan pantang larang dan perubatan wanita mengandung dalam kalangan etnik

Dusun di kampung ini dikekalkan dan masih diteruskan sehingga kini meskipun mereka sudah

mempunyai pegangan agama masing-masing. Pengekalan ini mempunyai rasionalnya yang

tersendiri iaitu bagi menjamin kesejahteraan ibu dan bayinya.

3.1.3 Budaya Kerja

11

Page 12: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau mempunyai budaya kerja yang tersendiri. Budaya

mogitatabang dan misuli merupakan budaya kerja yang sinonim dalam masyarakat Dusun

kampung ini26.

Mogitatabang atau gotong-royong diamalkan oleh etnik Dusun di kampung ini. Sejak

awal pembukaan kampung sehingga kini. Budaya mogitatabang ini melibatkan kerja-kerja berat

dan ringan seperti membuat rumah, membuka serta mengusahakan kawasan pertanian.

Masyarakat Dusun di kampung ini juga sering mogitatabang dalam menjayakan sesuatu pesta

atau majlis seperti Pesta Menuai dan Majlis Perkahwinan.

Misuli merupakan suatu budaya kerja dimana masyarakat Dusun berbalas-balas dalam

melakukan sesuatu kerja27. Budaya misuli dan mogitatabang mempunyai banyak persamaan

namun perbezaan yang ketara ialah apabila misuli sesuatu pihak wajib sumuli atau membalas

kerja yang dilakukan oleh pihak lain kepada mereka. Sekiranya pihak ini tidak dapat sumuli

kerja pihak lain, maka dia perlu membayar upah kepada orang berkenaan. Sebagai contoh, Petani

A membantu Petani B dalam kerja-kerja menuai padi dan Petani B juga perlu membantu petani

A dalam kerja-kerja menuai atau kerja yang telah dipersetujui.

Peredaran masa telah mengubah budaya kerja masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau. Kini masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau lebih selesa mengupah pekerja

untuk menyiapkan sesuatu kerja. Perkara ini disebabkan masyarakat Dusun di kampung ini

terlalu sibuk dengan komitmen masing-masing. Walau bagaimanapun, sebahagian besar

12

Page 13: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

masyarakat Dusun di kampung ini masih mengamalkan budaya mogitatabang dan misuli sebagai

budaya kerja terutamanya ketika morobuat atau melakukan kerja-kerja pertanian. Perkara ini

bukan sahaja mengeratkan perhubungan antara sesama malah dapat mengekalkan budaya kerja

warisan Dusun.

3.1.4 Peralatan dan Perkakasan

Terdapat pelbagai jenis peralatan dan perkakasan tradisional yang digunakan oleh masyarakat

Dusun di Kampung Lungkidau sehingga kini. Peralatan tersebut termasuklah peralatan dapur,

peralatan pertanian dan lain-lain.

Peralatan dapur seperti sompuugi28, totodok dan dompuran29 telah digunakan sejak awal

1960 hingga kini30. Walaupun peralatan moden seperti dapur gas telah ada, namun peralatan

tradisional tersebut masih digunakan terutamanya pada waktu-waktu kecemasan seperti

kehabisan gas untuk memasak. Jarak kampung yang jauh dengan kedai menjual tong gas

menyebabkan masyarakat Dusun memasak menggunakan kaedah dan peralatan tradisional

seperti dompuran dan sompuugi sementara menunggu tong gas diisi. Selain itu, peralatan ini juga

digunakan dalam proses menyalai daging. Sebagai contoh, totodok atau pencucuk daging yang

diperbuat daripada buluh digunakan ketika menyalai daging di dompuran.

Gagamas31,barait32 dan linggaman33 pula merupakan perkakasan pertanian tradisional

masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau yang kekal digunakan sehingga kini. Kekurangan

modal menyebabkan masyarakat Dusun tidak mampu membeli peralatan moden seperti jentera

penuai untuk menuai padi. Walau bagaimanapun, masyarakat dusun di kampung ini telah

13

Page 14: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

menggunakan bahan moden seperti racun rumpai dan serangga untuk memusnahkan serangga

dan tumbuhan perosak serta menggunakan baja subur dan baja buah untuk menyuburkan

tanaman.

Peralatan tradisional lain yang masih kekal digunakan etnik Dusun di kampung ini ialah

badas34, tosung35 dan toolu36. Badas biasanya digunakan untuk menyimpan sinalau. Peralatan

moden yang mahal seperti peti sejuk tidak mampu dimiliki oleh sebahagian besar masyarakat

Dusun Lungkidau menyebabkan peralatan tradisional masih digunakan. Meskipun peralatan

moden seperti mesin padi sudah ada di kampung ini, namun segelintir orang Dusun di Kampung

Lungkidau lebih selesa menggunakan tosung dan toolu untuk mengasingkan padi daripada

kulitnya.

3.1.5 Makanan dan Minuman

Etnik Dusun di Kampung Lungkidau mempunyai makanan dan minuman tradisi yang

tersendiri dan unik.

Pemikiran manusia yang semakin cerdik dan kreatif pada masa kini membawa kepada

munculnya menu-menu makanan yang enak seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza.

Menu-menu makanan ini telah menarik minat ramai termasuklah masyarakat Dusun di kampung

Lungkidau. Meskipun begitu, makanan tradisi tetap menjadi pilihan utama etnik Dusun di

kampung ini. Makanan tradisi tersebut termasuklah linangot (campuran nasi dan ubi), linopot

14

Page 15: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

(nasi yang di bungkus dengan daun wangi), winulu (makanan yang dimasak di dalam buluh),

tonsom (pekasam ikan atau daging), kinomulok37 dan bintanok38.

Kinomol dan tumpung merupakan minuman tradisi paling popular dalam kalangan

masyarakat Dusun di kampung Lungkidau. Kinomol adalah tapai yang diperbuat daripada ubi

dengan campuran lompog39 dan biasanya dimasukkan di dalam tajau besar. Tumpung pula

merupakan tapai nasi yang disimpan di dalam bekas kecil atau baldi berpenutup. Amalan

moginum atau meminum tapai masih kekal sehingga kini terutamanya pada musim mangasok

(menanam padi) dan majlis perkahwinan. Selain itu terdapat juga minuman tradisi masyarakat

Dusun Lungkidau untuk tujuan perubatan seperti air rebusan tulang ular yang di percayai dapat

menyembuhkan penyakit sendi.

15

Page 16: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

4.0 Perkembangan Ekonomi Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau

Secara umumnya, perkataan ekonomi berasal daripada gabungan kata Greek, iaitu oikos

dan oikonomia yang bermaksud segala tindakan yang berkaitan dengan pengeluaran atau

pengedaran barangan ekonomi40.

Sumber ekonomi utama masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau adalah berteraskan

kepada aktiviti pertanian. Pada awalnya aktiviti pertanian masyarakat Dusun di Lungkidau

adalah secara primitif atau sara diri sehinggalah mengalami perubahan kepada pertanian

komersil pada akhir tahun 2000. Selain aktiviti pertanian, aktiviti berburu juga merupakan salah

satu sumber ekonomi masyarakat Dusun di kampung ini. Sekitar tahun 2005, muncul pula

perniagaan runcit sebagai sumber ekonomi sampingan etnik Dusun di Lungkidau.

Aktiviti pertanian masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau pada asalnya berlaku secara

kecil-kecilan. Tanaman yang menjadi pilihan untuk pertanian termasuklah ubi kayu, pisang dan

padi bukit. Kawasan pertanian yang diusahakan hanya dalam skop kecil, iaitu kira-kira 0.5 ekar

hingga 1 ekar. Keadaan ini disebabkan oleh tenaga buruh yang terdiri dalam kalangan keluarga

sahaja dan peralatan yang digunakan adalah peralatan tradisional yang terhad. Lokasi pertanian

masyarakat Dusun ini sering berpindah untuk mencari tanih yang subur. Hal ini disebabkan,

masyarakat Dusun di kampung ini bergantung kepada kesuburan tanah semula jadi. Orientasi

pengeluaran hasil juga hanya dalam kalangan keluarga sahaja. Sekiranya terdapat lebihan hasil,

perniagaan akan berlaku secara sistem barter.

16

Page 17: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Bermula tahun 2000, pertanian komersil dalam kalangan etnik Dusun di Kampung

Lungkidau mula diperkenalkan. Pegawai-pegawai pertanian telah datang memberi ceramah

sekaligus memperkenalkan tanaman komersil seperti koko, kelapa sawit dan getah kepada

masyarakat Dusun di kampung ini. Masyarakat Dusun yang telah tertarik dengan tanaman

komersil tersebut, telah membuka tanah pertanian dan mula mengusahakan tanaman tersebut.

Pertanian ini kemudiannya telah membuahkan hasil sekaligus berjaya menaikkan taraf hidup

masyarakat Dusun di kampung ini. Kejayaan ini telah di dorong oleh faktor seperti bantuan baja

dan biji benih selain penyediaan peralatan seperti tangki penyembur racun dan mesin pemotong

rumput oleh lembaga-lembaga pertanian seperti Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga

Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Sabah. Keadaan ini telah memudahkan

kerja para petani etnik Dusun di Kampung Lungkidau. Orientasi pengeluaran hasil iaitu

pemasaran tempatan dan eksport telah meningkatkan pendapatan masyarakat Dusun di kampung

ini. Meskipun pertanian komersil telah diperkenalkan namun pertanian primitif seperti tanaman

padi bukit dan sayur-sayuran terus diusahakan oleh masyarakat Dusun. Aktiviti ini telah

dianggap sebagai aktiviti pertanian yang wajib dilaksanakan41.

Ekonomi sampingan iaitu bidang pernigaan runcit dalam kalangan etnik Dusun di

Kampung Lungkidau mula diperkenalkan sekitar tahun 2005. Faktor kesukaran untuk

mendapatkan barangan keperluan seperti gula, tepung dan garam, telah mendorong masyarakat

Dusun di kampung ini untuk menceburi bidang pernigaan secara kecil-kecilan. Perniagaan runcit

di kampung ini hanya menyediakan bekalan barangan dengan terhad. Perkara ini disebabkan

daya ketersampaian yang rendah di kampung ini sepaerti jarak yang jauh dengan kedai pembekal

dan ketiadaan jalan raya yang sesuai42. Pendapatan harian peruncit hanyalah kira-kira RM50

17

Page 18: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

hingga RM100. Budaya berhutang turut berlaku disebabkan sumber pendapatan penduduk yang

agak terhad.

Selain pertanian komersil dan perniagaan runcit, masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau turut terlibat dengan aktiviti perikanan dan berburu sebagai sumber ekonomi

sampingan. Peralatan berburu telah mengalami perubahan bermula tahun 1960 hingga 2013.

Pada awalnya, peralatan berburu yang digunakan adalah peralatan tradisional dan buatan sendiri

iaitu tandus43, sopuk44 dan golui45. Walau bagaimanapun pengenalan senjata moden seperti

senapang yang lebih mudah digunakan telah mendorong masyarakat Dusun untuk mendapatkan

lesen bagi memiliki senjata tersebut. Peralatan dalam aspek perikanan pula tidak mengalami

sebarang perubahan46. Masyarakat Dusun di kampung ini kekal menggunakan peralatan

perikanan seperti tambong47, kayu pancing, siud48,tundalo49 dan wotu50. Orientasi pengeluaran

hasil buruan dan perikanan hanyalah dalam kawasan kampung sahaja.

Secara ringkasnya aktiviti perekonomian masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau

mengekalkan aktiviti pertanian sebagai sumber aktiviti utama. Walau bagaimanapun terdapat

pembaharuan yang telah membawa kepada perubahan kaedah pertanian, peralatan dan orientasi

pengeluaran hasil pertanian itu.. Etnik Dusun di Kampung Lungkidau turut mengekalkan aktiviti

ekonomi sampingan seperti berburu dan aktiviti perikanan. Selain itu, kemunculan ekonomi

perniagaan turut menambahkan pendapatan sampingan masyrakat Dusun di kampung ini.

18

Page 19: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau telah mengalami

evolusi dari aspek budaya dan perekonomian bermula 1960 hingga 2013. Evolusi ini berlaku

disebabkan peredaran masa dan kemajuan teknologi moden. Ekonomi yang rendah dan bersifat

tradisi pada awalnya menyebabkan budaya hidup masyarakat Dusun dahulu terikat dengan

persekitaran kampung sahaja. Walau bagaimanapun perkembangan sosioekonomi menyebabkan

masyarakat Dusun di kampung Lungkidau mengalami perubahan terutamanya dari aspek

ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh, golongan muda masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau kini mempunyai taraf pendidikan yang agak stabil. Meskipun telah mengalami

perubahan yang agak ketara, namun sikap masyarakat Dusun di kampung ini yang lebih suka

mengamalkan sosioekonomi asal etnik Dusun di kampung ini, secara tidak langsung

menggambarkan harapan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau yang ingin mengekalkan

sosioekonomi etnik Dusun di kampung ini.

19

Page 20: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Nota Hujung

20

Page 21: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

1 Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM SEJARAH (SEJARAH ISLAM),Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 2014,hlmn 3.2 Temuramah dengan Ajis Lapinah3 Temuramah dengan Ajis Lapinah4 Temuramah dengan Kangob Sandakan5 Temuramah dengan Kamilis Tahir6 Temuramah dengan Kamilis Tahir7 Temuramah dengan Jusilin Guntidong8Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, UMS : KL, 2003, hlmn 146.9 Ibid,147.10 Temuramah dengan Kamilis Tahir11Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, UMS : KL, 2003, hlmn 172.12Temuramah dengan Kamilis Tahir13Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, UMS : KL, 2003, hlmn 156.14 Ibid, 155.15 Temuramah dengan Januin Asir16 Temuramah dengan Petrus Lapinah17 Temuramah dengan Petrus Lapinah18 Temuramah dengan Monilin Salubai19 Temuramah dengan Monilin Salubai20 Temuramah dengan Petrus Lapinah21 Temuramah dengan Paun Guntidong22 Temuramah dengan Paun Guntidong23 Temuramah dengan Petrus Lapinah24 Temuramah dengan Kangob Sandakan25 Temuramah dengan Monilin Salubai26 Temuramah dengan Petrus Lapinah27 Temuramah dengan Petrus Lapinah28 Sompuugi ialah buluh pendek yang digunakan untuk meniup api29 Dompuran ialah tempat memasak menggunakan kayu api 30 Temuramah dengan Kangob Sandakan31 Parang atau pisau kecil yang digunakan untuk membersihakan rumput32 Beg yang diperbuat daripada anyaman rotan33 Pisau kecil yang mempunyai pemegang khas untuk menuai padi34 Labu sayung tua35 Kayu besar dan keras yang dibelah dan dilubangkan ditengahnya dan digunakan sebagai medium menumbuk padi36 Sebatang kayu yang agak panjang, keras dan bulat dan digunakan untuk alat menumbuk padi37 Tapai nasi yang manis38 Kuih yang diperbuat daripada ubi parut atau nasi dan pisang yang di bungkus dengan daun39 Serbuk yis yang digunakan untuk membuat tapai40 Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahmed, Teks STPM SEJARAH (SEJARAH DUNIA) PENGGAL SATU, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Malaysia, 2013. Hlmn 157.41 Temubual dengan Januin Asir42 Temubual dengan Monilin Salubai43 Lembing 44 Sumpit 45 Jerat 46 Temubual dengan Ajis Lapinah47 Bubu 48 Sejenis raga buatan untuk menangkap ikan49 Jala 50 Tuba ikan

Page 22: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Bibliografi

Sumber Primer

Ajis Lapinah. 66 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara

01.02.2014

Alexius Asir. 40 Tahun. Penduduk Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara

01.02.2014

Januin Asir. 53 Tahun. Penduduk Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara

02.02.2014

Page 23: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Jusilin Guntidong. 53 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau.

Wawancara. 02.02.2014

Kamilis Tahir. 62 Tahun. JKKK Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara

02.02.2014

Kangob Sandakan. 89 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau.

Wawancara 01.02.2014.

Monilin Salubai. 44 Tahun. Penduduk tetap Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau.

Wawancara 03.02.2014

Paun Guntidong. 65 Tahun. Ketua Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara

02.02.2014.

Petrus Lapinah. 50 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau.

03.02.2014.

.

Sumber Sekunder

Asmiaty Amat. Siri Etnik Sabah-Bugis Sabah. KL : ITBM., 2012.

Jacqueline Pugh-Kitingan, Siri Etnik Sabah-Kadazan Dusun. KL : ITBM . 2012.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. DBP Kementerian Pendidikan Malaysia. KL : 1994

Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM SEJARAH

(SEJARAH ISLAM), Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 2014.

Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahmed, Teks STPM SEJARAH ( SEJARAH

DUNIA) PENGGAL SATU, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Malaysia. 2013

Rosazman Hussin, Jalihah Md.Shah dan Dayu Sansalu. Orang Sungai. UMS. KL : 2012.

Page 24: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Lampiran

Gambar 1 : Badas.

Page 25: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 2 : Tosung dan toolu. Gambar 3 : Seorang wanita Dusun memperlihatkan cara monutu (menumbuk padi).

Gambar 4 : Tajau Roluwon.

Page 26: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

. Gambar 5 : Tajau Kologiau.

Gambar 6 : Tanduk haiwan buruan yang sering dijadikan perhiasan rumah oleh masyarakat Dusun.

Page 27: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 7 : Kakamot (peralatan) yang masih digunakan masyarakat Dusun Lungkidau sehingga kini. – sungul dan mumuhau.

Gambar 8 : Rumah kebanyakan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

Page 28: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 9 : Tulang ular yang di rebus untuk dijadikan ubat sakit sendi.

Gambar 10 : Dompuran.

Page 29: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 11 : Suduon (kayu api) dan kapak.

Page 30: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 12 dan 13 : Tanaman ubi kayu dan sayuran di halaman rumah masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

Page 31: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 15 dan 16 : Pertanian komersil ( kelapa sawit) dan pertanian primitif ( tanaman padi ) yang diamalkan masyarakat Dusun Kampung Lungkidau pada masa kini.

Gambar 17 : Linopot dan tonsom adalah makanan tradisi dan menjadi kegemaran masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

Page 32: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 18 dan 19 : Kedai runcit masyarakat Dusun yang hanya menyediakan barangan keperluan yang terhad.

Page 33: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

Gambar 20 : Jarak di antara Kampung Lungkidau dengan jalan raya utama yang jauh menyebabkan daya ketersampaian yang rendah di kampung ini.

TEMA: Sejarah Etnik

TAJUK: Perkembangan Sosioekonomi Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau Sekitar

Tahun 1960 hingga Tahun 2013

Page 34: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

1.0 Pengenalan

Kampung Lungkidau merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan agak pedalaman di

Daerah Ranau. Masyarakat di kampung tersebut semuanya terdiri daripada orang etnik Dusun.

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau masih mengamalkan sebahagian besar amalan sosio-

budaya etnik Dusun seperti adat-istiadat, cara hidup dan bahasa yang melambangkan identiti dan

keindahan warisan turun-temurun. Walau bagaimanapun, arus kemodenan masa kini sedikit-

sebanyak mula mempengaruhi sosio-budaya di Kampung Lungkidau. Dari aspek ekonomi pula,

masyarakat Dusun di kampung tersebut masih menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi

utama namun mula bertumpu kepada pertanian tanaman komersial seperti kelapa sawit, koko dan

getah.

2.0 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti sejarah kemunculan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

ii. Mengenalpasti perkembangan ekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

iii. Mengenalpasti perubahan dan perkembangan sosio-budaya masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau.

3.0 Permasalahan Kajian

i. Esei ini akan menjelaskan sejarah dan asal usul kemunculan etnik Dusun di Kampung

Lungkidau padaawal 1960-an.

ii. Dalam esei ini juga perubahan dan perkembangan budaya etnik Dusun di Kampung

Lungkidau di jelaskan sekitar tahun 1960 hingga 2013.

iii. Di samping itu, esei ini juga akan menjelaskan tentang perkembangan ekonomi masyarakat

Dusun di Kampung Lungkidau sekitar tahun 1960 hingga tahun 2013.

Page 35: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

4.0 Skop Kajian

i. Sejarah kemunculan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau dan perkembangan sosio-

budayanya dari tahun 1960 hingga 2013.

ii. Kajian ini juga memfokuskan kepada perkembangan ekonomi masyarakat Dusun di

Kampung Lungkidau sekitar tahun 1960 hingga 2013.

5.0 Sorotan Kajian

Untuk menyiapkan kajian ini, pengkaji telah mencontohi penulis Asmiaty Amat yang mana dalam

bukunya“BUGIS SABAH”, telah menyatakan makanan dan hidangan tradisi etnik Bugis yang

pelbagai.Antara makanan tradisi etnik Bugis yang dinyatakan dalam buku tersebut termasuklah

Burasa iaitu sejenis makanan yang disediakan daripada santan dan beras pulut. Hidangan lain yang

dinyatakan ialah Sokko dan Barongko. Melalui karya penulis (Amiaty Amat), pengkaji telah

mendapat gambaran tentang aspek yang akan di jadikan unsur yang akan di masukkan dalam kajian.

Selain itu, pengkaji turut mejadikan buku “ORANG SUNGAI”, karya yang dihasilkan

daripada kerjasama penulis Rosazman Hussin, Jalihah Md.Shah dan Dayu Sansalu sebagai sumber

kajian. Dalam buku tersebut telah dinyatakan bahawa Orang Sungai mempunyai cerita rakyatnya

yang tersendiri. Antara cerita rakyat tersebut adalah ‘Perjanjian Buaya dengan Orang Sungai’ dan

‘Kayu Inatus’. Pengkaji telah merujuk buku tersbut untuk kajian tentang sosio-budaya masyarakat

Dusun di Kampung Lungkidau terutamanya kajian tentang ‘Tangon’ iaitu cerita rakyat masyarakat

Dusun di kawasan kajian pengkaji.

Penulis Jacqueline Pugh Kitingan dalam karyanya, “KADAZAN DUSUN” telah mengkaji

adat istiadat, sosio budaya dan ekonomi etnik Kadazan Dusun di Sabah. Antara aspek yang

Page 36: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

ditekankan dalam karya tersebut ialah penanaman padi sebagai sumber ekonomi utama kaum

Kadazan Dusun. Pengkaji mencontohi karya tersebut dalam mengkaji perkembangan ekonomi

masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

6.0 Kaedah Kajian

i. Kajian Perpustakaan - Pengkaji akan membuat penyelidikan buku-buku, jurnal, majalah,

internet atau website, buletin dan gambar yang berkaitan dengan sosiobudaya dan ekonomi

etnik Dusun.

ii. Kajian Lapangan – Pengkaji akan mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan

perkembangan sosiobudaya dan ekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau dengan

mengadakan temubual dengan penduduk-penduduk asal di kampung tersebut.

Pembahagian Struktur Esei

1.0 Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan tentang asal-usul kemunculan serta perkembangan

budaya dan ekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau secara umum.

Isi

2.0 Bahagian ini akan memfokus kepada sejarah dan asal-usul kemunculan masyarakat Dusun di

Kampung Lungkidau pada awal 1960.

3.0 Bahagian ini akan menjelaskan tentang perkembangan budaya dan masyarakat Dusun di

Kampung Lungkidau sekitar tahun 1960 hingga 2013.

Page 37: Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

4.0 Bahagian ini akan menjelaskan aspek ekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau dan

perkembangannya sekitar tahun 1960 hingga 2013.

Kesimpulan

Bahagian ini akan menyatakan mengenai harapan dan prospek masa depan dan perancangan

masyarakat Dusun dalam usaha mengekalkan warisan dan budaya masyarakat Dusun di Kampung

Lungkidau.

Penutup

Pada keseluruhannya, kajian terhadap perkembangan sosio-budaya dan ekonomi masyarakat Dusun

di Kampung Lungkidau adalah untuk memperihalkan perubahan dan pembaharuan sosio-budaya

dan ekonomi masyarakat Dusun Kampung Lungkidau dalam tempoh 53 tahun.

Bibliografi

Asmiaty Amat. Siri Etnik Sabah-Bugis Sabah. KL : ITBM., 2012.

Jacqueline Pugh-Kitingan, Siri Etnik Sabah-Kadazan Dusun. KL : ITBM . 2012.

Rosazman Hussin, Jalihah Md.Shah dan Dayu Sansalu. Orang Sungai. UMS. KL : 2012.