pbs bm

24
TAJUK KAJIAN: KAJIAN TENTANG ANALISIS PENYEBUTAN SUKUAN KATA ASLI DAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Upload: nabila

Post on 09-Nov-2015

269 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN:KAJIAN TENTANG ANALISIS PENYEBUTAN SUKUAN KATA ASLI DAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALANBahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu analisis penyebutan sukuan kata asli dan pinjaman Bahasa Melayu.1.1 LATAR BELAKANG KAJIANMenurut penulis blog iaitu Siti Nuratiqah Zulkifli (2008), pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan Bahasa Sanskrit sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur Bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu Bahasa disebabkan dalam Bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Umumnya, dalam Bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara kata asli Bahasa Melayu dengan kata pinjaman. Dalam Petikan Kursus Perantaraan Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar terdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan. Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing dan peminjaman imbuhan. Menurut Halimah Abdul Rahman (2006) pula, selain unsur Bahasa Inggeris dan Arab terdapat banyak lagi unsur asing dalam Bahasa Melayu. Ini meliputi pinjaman daripada Bahasa Sanskrit, Belanda, Portugis, Tamil, Cina, Jawa, Sunda, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Aspek peminjaman yang menonjol daripada Bahasa-bahasa ini ialah aspek perbendaharaan kata.1.2 Definisi KonsepStruktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. (Nik SafiahKarim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.) Bunyi konsonan ialah bunyi bersuara dan tidak bersuara iaitu udara dari paru-paru menerima sekatan atau gangguan udara. Terdapat dua jenis bunyi konsonan iaitukonsonan asli bahasa Melayu ( 19 bunyi konsonan) dan konsonan pinjaman (8 bunyi konsonan pinjaman.

2.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah seperti yang berikut :a) Menjelaskan cara penyukuan kata bagi perkataan asli Bahasa Melayu.b) Membandingkan cara penyukuan kata bagi perkataan asli & pinjaman dalam Bahasa Melayu.c) Mengesan dan memperlihatkan wujudnya artikulasi sertaan / tambahan dalam penyebutan perkataan Bahasa Melayu mengikut pola suku katanyad) Mengesan dan menunjukkan kewujudan kelainan bunyi/fon bagi sesuatu konsonan berdasarkan kehadirannya dalam sesuatu pola suku kata.

3.0 KEPENTINGAN KAJIANHasil kajian ini penting untuka) Pelajar akan memahami akan aspek pinjaman samaada yang digunapakai dalam mengenal istilah masyarakat.b) Masyarakat akan terdedah kepada penggunaan Bahasa Melayu yang betul sejak dari kecil lagi.c) Negara dapat melahirkan seseorang yang mahir dengan istilah Bahasa Inggeris dan menyebabkan system ejaan dan penulisan mereka turut terpengaruh.

4.0 SKOP KAJIANKajian ini berfokus kepada cara penyukuan kata bagi perkataan asli Bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji juga perlu membandingkan cara penyukuan kata bagi perkataan asli & pinjaman dalam Bahasa Melayu. Di samping itu, pengkaji juga perlu mengesan & memperlihatkan wujudnya artikulasi sertaan / tambahan dalam penyebutan perkataan Bahasa Melayu yang diuji kepada informen mengikut pola suku katanya. Seterusnya, pengkaji juga perlu mengesan & menunjukkan kewujudan kelainan bunyi / fon bagi sesuatu konsonan yang diucapkan oleh informen berdasarkan kehadirannya dalam sesuatu pola suku kata.6.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini akan menghuraikan kaedah kajian. 6.1 Mendapatkan Bahan/Data (a) Kajian KepustakaanKaedah ini digunakan dengan cara merujuk buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai pola suku kata asli dan kata pinjaman. Di samping itu, pengkaji juga membuat rujukan melalui internet dengan melayari laman sesawang untuk mengetahui definisi konsep suku kata asli dan kata pinjaman. Kaedah ini kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada skop kajian. (b) Kajian Lapangan (i) Temu BualKaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual secara tidak formal iaitu, temu bual yang diadakan dengan seorang guru sekolah. Pengkaji akan menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya hasil rakaman itu digunakan untuk menganalisis temubual tersebut. (ii) Soal selidikPengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan pengkaji menjalankan kajian mereka iaitu penyebutan sukuan kata asli dan kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Pengkaji akan mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu akan diedarkan di kawasan kajian.(d) RakamanPengkaji boleh mendapatkan data analisis penyebutan sukuan kata asli dan kata pinjaman dengan cara merakamkan perbualan dengan informan.6.2 Mengumpulkan DataPengkaji akan menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan dengan informan tentang cara penyebutan pola suku kata asli dan kata pinjaman dalam bahasa Melayu.6.3 Menganalisis DataPengkaji akan menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis data. 7.0 DAPATAN KAJIANDalam bahagian ini diperlihatkan dapatan kajian cara penyukuan kata bagi perkataan asli bahasa Melayu, membandingkan cara penyukuan kata bagi perkataan asli dan pinjaman dalam bahasa Melayu, mengesan dan memperlihatkan kewujudan artikulasi sertaan dalam penyebutan perkataan bahasa Melayu mengikut pola suku katanya dan mengesan dan menunjukkan kewujudan kelainan bunyi bagi sesuatu konsonan berdasarkan kehadirannya dalam sesuatu pola suku kata. 7.1 Cara penyukuan kata bagi perkataan asli Bahasa MelayuMenurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin dalam buku Bahasa Melayu STPM Penggal 1 (2013), jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam Bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada Bahasa asing, terutamanya Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih, misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku saka. Di bawah diperturunkan contoh-contoh perkataan mengikut jumlah suku kata dan disenaraikan mengikut binaan strukturnya.Satu Suku Kata1 KVRuYuYa Am2 VKAm

3 KVKCatSenRohTin4 KKVKStorBrekDrafKrim

5 KVKKGolfPortVolt6 KKKVSkru

7 KKKVKSkripSpring

Dua Suku Kata1 V-KVAkuElaUbiItu2 V-VKAibAurAirAis3 V-KVKAdikEmasIzinUlas4 VK-KVAbdiIntiAsliErti

5 VK-KVKAmbilUmpanEmbunIndah6 KV-VRiaDoaSuaBau7 KV-VKJauhGiatKuihTuah8 KV-KVPasuGuruLekaBisu

9 KV-KVKKapalHirisMulutTelur10 KVK-KVLampuBintiSendaTunggu11 KVK-KVKBintangJemputSuntingBengkung

Tiga Suku Kata1 KV-V-KVCuacaSiapaBiolaBuaya2 KV-V-KVKBiawakSiasatPiutangKaedah3 V-KV-VUsiaAreaIdeaAnoa

4 KV-KV-VSemuaBaruaDeriaBoria5 KVK-KV-VTempuaMentua6 KV-KV-VKSeluarMaruahBeruangSekian

7 KVK-KV-VKBerlianLengkuasManfaat8 V-KV-KVUtaraAsasiUlamaIlahi9 V-KV-KVKIjazahAlamatAkibatIsyarat

10 VK-KV-KVInderaAsramaIstanaAlmari11 KV-KV-KVKeliruRebanaSuteraBudaya12 KVK-KV-KVKembojaSoldaduMisteriPenjuru

13 VK-KV-VKIlmiahIkhtiar14 V-KV-VKAkaunElaunIdealAmaun15 KV-KV-KVKBelalangSelaputRiwayatBelukar

16 KVK-KV-KVKTempurungMatlamatSembilanCengkerik17 KV-KVK-KVBelanjaTerumbuRoyaltiKerengga18 KVK-KVK-KVSempurna

19 KV-KVK-KVKSelumbarKumandangKelompok

Empat Suku Kata dan Lebih1 KV-KV-VKKVKeluargaBiduandaKeluangsa

2 KV-KVK-KV-KVSederhanaSayembaraBijaksanaSejahtera3 KVK-KV-KV-KVLaksamanaBendahariHarmonikaMandalika

4 KVK-KV-V-KVSentiasa

5 KV-KV-KV-KVBidadariSanubariDinihari6 KV-KV-KV-KVKParajuritKapitalisHulubalangkelemumur

7 V-KV-KVK-KV-KVUniversiti8 KVK-KV-KV-KVKCenderawasih9 KV-KV-KV-KV-KVMaharajalela

7.2 Membandingkan Cara Penyukuan Kata bagi Perkataan Asli dan Pinjaman dalam Bahasa .......MelayuMenurut Nik Safiah Karim dalam buku Teks STPM Penggal 1 Bahasa Melayu, terdapat empat struktur suku kata yang mendasari kebanyakan kata dasar dalam Bahasa Melayu iaitu ;

BILSTRUKTUR SUKU KATAHURAIANCONTOH

a)VSatu vokal a-ku, i-kut,di-a

b)VKVokal diikuti oleh satu konsonan Un-ta, er-ti, as-li

c)KVVokal didahului oleh konsonan So-tong, su-ri, per-li

d)KVKVokal didahului dan diikuti oleh konsonanPas-ti, tun-da, pa-dam

Terdapat tujuh pola struktur suku kata dalam Bahsa Melayu yang telah dipinjam iaitu seperti berikut ;BILSTRUKTUR SUKU KATA PINJAMAN SERTA HURAIANCONTOH

a)KKVDua konsonan diikuti oleh vokal

Dra-ma, pro-fe-sor, in-dus-tri

b)KKVK Dua konsonan diikuti oleh vokal dan konsonan

Trak-tor, e-lek-trik, draf

c)VKKKonsonan yang diikuti oleh oleh deretan dua konsonan

Eks-port

d)KVKKKonsonan yang diikuti oleh vokal dan deretan dua konsonan

Bank, kon-teks, golf

e)KKVKKDeretan dua konsonan diikuti oleh vokal dan deretan dua konsonan lagiKom-pleks

f)KKKV Deretan tiga konsonan diikuti oleh vokal

Stra-tegi, skru

g)KKKVKDeretan tiga konsonan diikuti oleh vokal yang diikuti oleh vokal yang diikuti pula oleh konsonan

Struk-tur, spring,skrip

Terdapat empat bilangan struktur suku kata yang terdapat di dalam struktur suku kata asli manakala terdapat tujuh bilangan struktur suku kata pinjaman. Antara struktur suku kata asli ialah V, VK, KV, KVK manakala struktur suku kata pinjaman ialah KKV, KKVK, VKK, KVKK, KKVKK, KKKV dan KKKVK. 7.3 Mengesan dan memperlihatkan wujudnya artikulasi sertaan atau tambahan dalam ........penyebutan perkataan bahasa melayu mengikut pola suku katanya7.3.1 Artikulasi sertaanMenurut Zainuddin Ahmad di dalam buku teks longman (2012), artikulasi sertaan ialah bunyi yang ikut muncul apabila bunyi utama dihasilkan. Istilah lain untuk artikulasi sertaan termasuklah artikulasi tambahan, koartikulasi, atau bunyi pengiring. Artikulasi sertaan muncul kerana dalam pertuturan bahasa itu, bunyi-bunyi bahasa itu tidak berdiri sendiri melainkan diujarkan dalam satu himpunan. Dalam himpunan bunyi tersebut, akan wujud keadaan saling mempengaruhi antara bunyi itu, sama ada daripada bunyi yang sebelumya atau bunyi yang mengikutnya. Dalam keadaan tertentu, satu unsure bunyi lain akan muncul dalam himpunan bunyi utama itu. Bunyi yang terhasil itu dikenali sebagai artikulasi sertaan. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis artikulasi sertaan, iaitu nasalisasi, palatalisasi, labialisasi, dan globalisasi.7.3.2 NasalisasiMenurut Zainuddin Ahmad di dalam buku teks longman (2012), istilah lain untuk nasalisasi ialah penyengauan. Bunyi sengauan sertaan ini muncul apabila lelangit lembut terbuka dan udara turut keluar melalui rongga hidung dalam menyebut sesuatu bunyi vocal. Bunyi sengauan sertaan ini diberi lambang [~] di atas vocal yang diujarkan. Dalam bahasa Melayu, nasalisasi berlaku dalam empat persekitaran, iaitu

i. Vokal yang mengikut bunyi konsonan sengauan, misalnyaEjaanSebutan

MalangnasihatnganganyanyiNyaman[mla][nsihat][][][man]

ii. Vokal rangkap yang mengikut bunyi konsonan sengauan, misalnyaEjaanSebutan

MaungNiatNgiangNyiurNyamuk[m][nt][][r][muk]

iii. Vokal yang hadir selepas konsonan separuh vokal, misalnyaEjaanSebutan

LewahKahwinKayuhWayangWajib[lewh][kahwn][kayh][wy][wjib]

iv. Vokal yang mengikut bunyi konsonan geseran rongga tekak [] yang dalam tulisan jawi dilambangkan oleh huruf ain (), misalnyaEjaanSebutan

TaatTaunTabiatKeadaanKemaraan[tat][tan][tabit][keadan][kemaran]

7.3.3 Palatalisasi Menurut Zainuddin Ahmad di dalam buku teks longman (2012), palatalisasi juga dikenali sebagai pelelangitkerasan. Bunyi sertaan palatalisasi berlaku dalam dua keadaan yang berikuti. Perkataan yang mengandungi vokal rangkap ai,ia, iu atau io, misalnyaEjaanSebutan

MainKeliarSiulTrioSial[main][keliar][siul][trio][sial]

ii. Perkataan yang mengandungi turutan bunyi konsonan [n] diikuti oleh konsonan letusan [] atau [],misalnyaEjaanSertaan

PancanganKunciPanjangHujung[pana][kuni][pana][huun]

7.3.4 Labialisasi Menurut Zainuddin Ahmad di dalam buku teks longman (2012), istilah lain untuk labialisasi ialah pembibiran. Bunyi sertaan labialisasi ialah pembibiran. Bunyi sertaan labialisasi diberi lambang[]. Unsur bunyi sertaan ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal rangkap au,ua, atau ui, misalnyaEjaanSebutan

KautSeluangBuihKeluarKuat[kaut][seluan][buih][keluar][kuat]

7.3.5 Glotalisasi Menurut Zainuddin Ahmad di dalam buku teks longman (2012), glotalisasi juga dikenali sebagai pengglotalan. Bunyi sertaan glotalisasi berlaku apabila penyebutan sesuatu perkataan menghasilkan bunyi konsonan hentian glotis. Contoh perkataan yang mengalami glotalisasi adalah seperti yang berikutEjaanSebutan

BadakPercikSoalKeadaanGemuk[bada][pri][soal][kadaan][gmu]

7.4 Mengesan dan menunjukkan kewujudan kelainan bunyi/ fon bagi sesuatu konsonan berdasarkan kehadirannya dalam sesuatu pola suku kataBILKONSONAN CARA PENYEBUTAN

T (DEPAN)

1Timur[timur]

2Tusuk[tusuk]

3Tamil[tamil]

4Tepung[tepung]

5Telur[telur]

T (TENGAH)

1Betul [Betul]

2Katak [Katak]

3Batuk [Batuk]

4Betina[Betina]

5Bentuk [Bentuk]

T (BELAKANG)

1Cepat[Cepat]

2Berat[Berat]

3Tempat[Tempat]

4Rambut[Rambut]

5Kasut[Kasut]

K (DEPAN)

1Kebangsaan [Kebangsaan]

2Kek [Kek]

3Keluar [Keluar]

4Kereta [Kereta]

5Kasut[Kasut]

K(TENGAH)

1Bankrap[Bankrap]

2Takut[Takut]

3Bengkel[Bengkel]

4Belukar[Belukar]

5Barbeku[Barbeku]

K(BELAKANG)

1Bank[Ban]

2Baluk[Baluk]

3Buruk[Buruk]

4Banyak [Banyak]

5Kakak[Kaka]