pascamodenisme dan isu pendidikan masyarakat -sekolah & masyarakat

Upload: nurhainifaliniahmad

Post on 17-Jul-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kelas Tuan HJ. Ahmad Sohaimi Lazim

TRANSCRIPT

PASCAMODENISME DAN ISU PENDIDIKAN MASYARAKATBagaimana mahu memahami gejala Click to edit Master subtitle style pascamoden? Sebelum memahaminya, anda perlu faham tentang zaman moden kerana pasca moden itu merupakan zaman selepas moden.

3/28/12

ZAMAN MODEN

Era tradisi berubah kepada moden dalam semua masyarakat Era moden ditandakan oleh operasi ekonomi yang berasaskan perindustrian dan modal secara besarbesaran Di Eropah zaman moden dimulai dengan revolusi industri yang memperlihatkan perubahan aktiviti ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian

3/28/12

PASCAMODEN

Aliran teori sosial yang secara serius diketengahkan pada abad lalu sungguhpun perkataan posmoden telah dikesan sejak tahun 1930-an lagi. Idea-idea pascamoden selalunya dikaitkan dengan : - Jean Baudrillard - Jean-Francois Lyotard - Fredric Jameson dll.

3/28/12

PASCAMODEN

Featherstone (1991) Moden merujuk kepada kesan spesifik pembangunan ekonomi terhadap struktur sosial berasaskan industrialisasi, perkembangan sains dan teknologi, negara moden, pasaran kapitalis dunia, urbanisasi dll infrastruktur. Bersama-sama perkembangan itu adalah perubahan budaya seperti sekularisasi, penekanan kpd individualisme dan semakin pentingnya peranan media elektronik dan teknologi maklumat.

3/28/12

PASCAMODEN

Pascamoden dikaitkan dengan pertumbuhan sektor perkhidmatan dan formasi sosial pascaindustri. Masyarakat moden dicirikan terutamanya oleh operasi ekonomi yang berasaskan perindustrian dan modal secara besar-besaran. Sistem ekonomi disebut sebagai kapitalisme

3/28/12

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

Dirujuk sebagai globalisasi. Penting dalam penelitian terhadap perubahanperubahan masyarakat, khususnya dalam konteks pendidikan. Bidang pendidikan tidak terkecuali mengalami beberapa perubahan dan penyesuaian kepada era pascamoden. Perkembangan ekonomi dan budaya dibincangkan oleh pascamoden.

3/28/12

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

Masih merupakan penerusan kepada sistem ekonomi kapitalisme. Idea-idea lebih kepada perubahan budaya yang selaras dengan kehendak ekonomi kapitalis. Dunia pendidikan di mana pendidikan pascamoden berkembang untuk memenuhi citarasa dan memperkukuhkan lagi sistem kapitalisme.

3/28/12

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

Perubahan dalam bidang pendidikan kesan daripada pascamodenisme banyak dirujuk. Jean-Francois Lyotard (1984) Perkembangan pendidikan adalah untuk memenuhi citarasa ekonomi dan budaya pascamoden. Menurut beliau, status ilmu pengetahuan akan diubahsuai sebagaimana masyarakat memasuki era pascaindustri dan budaya memasuki era pascamoden.

3/28/12

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

3/28/12

Menurut Lyotard, ilmu pengetahuan dan pedagogi yang secara tradisi berkait rapat telah diganti dengan pandangan baru yang melihat ilmu pengetahuan sbg komoditi. Perkembangan ilmu bukan lagi semata-mata kerana kepentingan sains tetapi untuk dijadikan komoditi. Sesuai dgn pengkomoditian pendidikan, penilaian mengenai ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh individu bukan lagi setakat membezakan si cerdik dan si bodoh tetapi mengaitkannya sebagai kuasa wang.

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

3/28/12

Pengkomputeran akan menjadi alat penting dalam gerakan sistem pasaran. Pendidikan dilihat sbg aset penting yang perlu dijual beli utk berjaya di pasaran. Sebelum ini, pakar-pakar diperlukan untuk proses transmisi ilmu pengetahuan kini peranan mereka diambil alih oleh sistem maklumat (peranan lebih ekstrem) Lyotard telah meramalkan bahawa dalam era maklumat komputer, profesor tidak diperlukan di mana kebanyakan peranan mereka akan diambil alih oleh jaringan data.

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

Beliau juga mengatakan, dalam proses transmisi ilmu pengetahuan, profesor tidak lagi dapat bersaing dengan bank maklumat yang terdapat sistem jaringan Pengkomersilan pendidikan merupakan ciri penting perubahan pendidikan pascamoden. Pada era pascamoden kemasukan ekonomi pesaran ke sistem persekolahan telah lebih menguntungkan kelas sosial tertentu, khususnya golongan kelas menengah dan keatas.3/28/12

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

Kesan daripada penswastaan ialah kurang peruntukan pendidikan percuma dan peningkatan kos pengajian. Dalam situasi seperti ini, mereka yang berada pada kelas atas secara perbandingannya lebih berkemampuan memilih persekolahan yang dikehendaki. Perniagaan pendidikan tinggi bukan sahaja menyukarkan golongan kelas rendah di negara berkenaan tetapi juga merugikan negara miskin.3/28/12

PASCAMODEN & PENDIDIKAN

Contohnya, universiti-universiti di United Kingdom telah mengenakan yuran pengajian berganda untuk pelajar-pelajar daripada negara-negara membangun.

3/28/12