alam barzakh dan isu masyarakat sekitarnya

Upload: ridzuan-dolah

Post on 05-Jul-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    1/42

    i

    Kandungan 

    1.0  Pendahuluan ........................................................................................................... 1 

    2.0 

    Objektif .................................................................................................................. 1 

    3.0 

    Definisi Alam Barzakh ........................................................................................... 2 

    4.0  Dalil Kewujudan Alam Barzakh ............................................................................ 4 

    4.1 

    Dalil daripada Al-Quran ..................................................................................... 4 

    4.2  Dalil daripada Hadis Nabi ......................................................................... 6 

    5.0 

    Peristiwa di Alam Barzakh..................................................................................... 7 

    5.1 

    Soalan Mungkar dan Nakir ............................................................................... 13 

    5.2  Soalan Kubur kepada Orang Mati yang Tidak Ditanam atau Hancur. ............. 18 

    5.3 

    Bilangan Mungkar dan Nakir ........................................................................... 19 

    5.4 

    Soalan dua malaikat khusus untuk umat Muhammad atau tidak ..................... 20 

    5.5   Nikmat Kubur ................................................................................................... 20 

    5.6  Azab Kubur ...................................................................................................... 23 

    5.7 

    Roh Sahaja yang Merasai Nikmat dan Azab Kubur atau Berserta Jasad ......... 26 

    5.8  Di Mana roh sebelum kiamat? .......................................................................... 26 

    5.9  Para Nabi Hidup dan Beribadah di dalam Kubur ............................................. 27 

    5.10 

    Penolakan terhadap Alam Barzakh dan Hukumnya ..................................... 28 

    6.0 

    Isu Masyarakat Sekitar Alam Barzakh ................................................................. 29 

    6.1  Adakah Ahli Kubur Boleh Mendengar? ........................................................... 30 

    6.2 

    Kesan Perlakuan Orang Hidup kepada Si Mati ................................................ 32 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    2/42

    ii

    6.3 

    Fahaman tentang Alam Barzakh yang Bercanggah Ahli Sunnah wal Jamaah . 38 

    7.0  Rumusan ............................................................................................................... 38 

    Bibliografi ....................................................................................................................... 39 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    3/42

    1

    1.0 Pendahuluan

    Alam Barzakh. Satu istilah yang telah sinonim dengan umat Islam sejak zaman kanak-

    kanak lagi. Adalah sesuatu yang amat penting untuk kita ketahui peristiwa alam

    kematian kerana ia antara perkara yang tak dapat dicapai oleh pancaindera dan termasuk

    dalam ilmu akidah yang perlu diketahui. Ada antara perbincangan tentangnya bersifat

    wajib diketahui dan ada juga sekadar maklumat tambahan. Pengetahuan mendalam

    tentang alam barzakh boleh menjadi satu motivasi untuk mengamalkan ajaran Islam

    sebaiknya.

    Jadi, satu nukilan semula berbentuk ringkasan kepada khazanah ilmu ulama' yang

     bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah perlu dibuat untuk pembacaan orang awam

    kerana kekangan masa untuk mereka mendalami ilmu-ilmu seperti ini.

    2.0 Objektif

      Mengkaji tentang alam barzakh secara terperinci melalui dalil-dalil al-Quran

    dan hadis Rasulullah .

      Mengkaji ijtihad dan perbezaan pendapat pada ulama’ mengenai perkara

    furu’ berkenaan alam barzakh. 

      Mengkaji punca kekeliruan masyarakat berkenaan alam barzakh.

      Menganalisis pandangan ulama’ yang pelbagai  berkaitan dengan isu

    masyarakat yang timbul.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    4/42

    2

    3.0 Definisi Alam Barzakh

     Al-Barzakh atau ejaan Arabnya ل رزخ disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran dan

    semuanya disebut dalam bentuk kata nama. Dari segi bahasa ia bermakna sesuatu atau

     penghalang antara dua perkara.1  Antara contoh penggunaan perkataan secara bahasa

    dalam al-Quran ialah seperti: 

     ا ج  ي   و ا

      ا   ا و تا   ب   و ج           ز

      و  ار

    Maksudnya :  Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut

    berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang

     satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut

    itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

    Surah al-Furqan (25) : 53

    Penggunaan kalimah barzakh dalam ayat al-Quran di atas adalah secara umum membawa

    maksud penghalang atau sempadan yang hakiki dan boleh dicapai oleh pancaindera

    manusia manakala apa yang bakal dibincangkan ialah berkenaan “Barzakh” yang

    mempunyai maksud yang khusus di mana ia juga disebutkan dalam al-Quran :

    و

     

      

      

      

      

     

     زخ

      

     ئارو

     ن

     

    Maksudnya : … sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang

    mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan

     semula (pada hari kiamat).

    Surah Al-Mu’minun (23) : 100

    1 ʻAli bin Muḥammad ʻAli Al-Zain Al-Sharīf Al-Jurjānῑ  (1983), Al-Ta’rῑfāt . Lubnan: Dār Al-Kitāb, h. 45 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    5/42

    3

    Sumber yang paling baik untuk melihat definisi kalimah dalam al-Quran adalah

    tafsir. Jadi, kami mebawakan beberapa tafsiran ulama’ tafsir untuk kalimah al-barzakh.

    Menurut Qatādah, ia bermaksud penghalang antara dunia dan akhirat. Muḥammad bin

    Ka`ab pula mentakrifkannya sebagai sesuatu antara dunia dan akhirat, bukan bersama ahli

    dunia yang boleh makan dan minum dan bukan bersama ahli akhirat yang menerima

     balasan amal mereka. Abu Ṣakhr mengatakan al-barzakh adalah kubur, bukan di dunia,

     bukan di akhirat. Mereka menetap di dalamnya sehingga hari dibangkitkan. Bagi Al-

    Ḍaḥḥāk, ia adalah satu tempoh antara kematian dan hari dibangkitkan. Berbeza dengan

    Mujāhid,  beliau memberi definisi al-barzakh  sebagai penghalang untuk mereka(orang

    yang mati) kembali ke dunia.2 Tafsiran-tafsiran di atas menunjukkan jumhur ulama’ tafsir

    mentakrifkan barzakh dalam ayat tersebut merujuk kepada satu alam yang berada dalam

    tempoh kematian seseorang dengan hari dia dibangkitkan semula. Cuma Mujahid yang

    memberikan takrif yang agak berbeza dengan jumhur ulama’ tafsir. 

    Kesimpulannya, kewujudan alam barzakh ini bukanlah semata-mata alam kubur

    dengan makna tempat dikebuminya jasad dan tiada apa-apa berlaku sehingga

    dibangkitkan apabila berlakunya kiamat kelak. Tetapi, wujud satu alam di mana manusia

    yang telah meninggal melalui beberapa fasa atau ‘peristiwa’ sehingga tibanya Hari

    Kebangkitan. Perkara-perkara yang berlaku dan berkaitan dengan alam selepas mati ini

    akan dibincangkan dalam bahagian-bahagian seterusnya.

    2 Ismāʻīl bin ʻUmar bin Kathīr (1999), Tafsīr al -Quran al-`A ẓīm. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li Al-Nashr waAl-Tawzīʻ, j. 5. h. 494.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    6/42

    4

    4.0 Dalil Kewujudan Alam Barzakh

    Setiap berita dan dakwaan memerlukan bukti atau dalil untuk memastikan kesahihannya,

    terutama dalam hal-hal berkaitan agama termasuk dalam ilmu akidah, fiqah dan tasawuf

    atau akhlak. Kami akan mengemukakan beberapa dalil tentang alam barzakh daripada

    nas-nas al-Quran dan hadis Nabi . ملسو هيلع هللا ىلص

    4.1  Dalil daripada Al-Quran

    Terdapat beberapa ayat al-Quran yang memberi kefahaman tentang kewujudan satu alam

    antara kematian manusia dan hari Kiamat, atau dengan nama lain disebut alam kubur dan

    alam kematian yang mana kewujudannya sekali gus membuktikan wujudnya Hari

    Kebangkitan.

    a)  Dalil paling utama ialah dalil yang menyebut secara jelas kalimah barzakh, iaitu :

    ورائو

       

      

     

      

     

     زخ

     

      

     ن

    Maksudnya : …  sedang di hadapan mereka ada alam barzakh

    (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka

    dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

    Surah Al-Mu’minun (23) : 100 

    Ayat ini telah dihuraikan pada bahagian definisi alam barzakh sebelum ini.

     b) 

    Dalil-dalil lain kewujudan alam barzakh daripada al-Quran ialah dalil wujudnya

    azab di dalam kubur pada ayat ke  45 dan 46 Surah al-Ghāfir(40) yang akan

    dihuraikan dalam bahagian azab kubur.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    7/42

    5

     

     ل

     وق

     

     

     ن

     ا

     ٦ابء

     

      

     ر ٱ

       

     وضن

     ا

    و

     

     

      

      و

     د

     ٱ

     م

      

     م

     

     ءال

     ا

     

     ٱ

     أ

     ابن

     

    Maksudnya: dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab yang

     seburuk-buruknya.  Mereka didedahkan kepada bahang api neraka

     pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam

     Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada

    malaikat), “Masukkan Firaun dan pengikutnya ke dalam azab seksa

    api neraka yang sedahsyat-dahsyatnya!” 

    Apabila melihat kepada ayat ini dan dihubungkaitkan antara frasa ‘pagi dan

     petang’ dan frasa ‘pada hari berlakunya kiamat’ , jelaslah kepada kita bahawa

    azab yang dikenakan kepada Firaun dan kaumnya adalah sebelum berlakunya

    hari akhirat. Ia bukanlah neraka yang akan dihadapkan pada hari akhirat. Jadi, tak

    dapat ditakwilkan lagi bahawa azab tersebut berlaku antara kematian dan hari

    dibangkitkan semula.

      

           اب ظ   دون 

    Maksudnya: Kami akan menyeksa mereka sebanyak dua kali(iaitu

     pelbagai azab didunia dan di alam kubur setelah mati). Kemudian

    3.kepada azab yang besar (di akhirat)merekakembalikankami akan

    Kalimah ‘thumma’ atau ‘kemudian’ dalam ayat ini amat penting. Oleh

    sebab azab yang besar berlaku kemudian, ini bermakna dua lagi azab

    3 Waḥ ba ṯ  bin Muṣṭafā Al-Zuḥaylī (1998 ), Tafsīr Al - Munīr . Damsyiq : Dār Al-Fikr Al-Maʻāṣir, j.11. h.19.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    8/42

    6

     berlaku sebelumnya dan ia pastinya lebih kecil. Tak mungkin disebutkan

     perkataan ‘besar’ melainkan untuk menunjukkan yang lain lebih kecil

    daripadanya dan tiada azab yang lebih besar berbanding azab di akhirat.

    Dua kali azab yang disebutkan merujuk kepada azab di dunia dan satu

    azab antara dunia dan akhirat kerana tiada azab kepada roh sebelum ia

    ditiupkan ke dalam jasad dan dilahirkan di dunia.

    4.2  Dalil daripada Hadis Nabi

    Tiada hadith sahih yang secara jelas menyebut perkataan al-barzakh dengan

    merujuk kepada alam kubur. Tetapi terdapat beberapa hadith yang memberi

    kefahaman tentang wujudnya alam ini dengan sabdaan tentang perkara yang bakal

     berlaku di dalam kubur.

    a)  Daripada Ibn ’Abbas r.a, dia berkata  ketika baginda Nabi berjalan

     berhampiran dua kubur di Madinah atau Mekah dan baginda berkata,

    “Sesungguhnya dua orang (yang berada di dalam kubur tersebut) sedang diazab

    dan mereka diazab bukanlah kerana kesalahan yang (dilihat) kecil. Seorang

    daripada mereka tidak membersihkan dengan betul kemaluannya selepas buang

    air kecil dan seorang lagi gemar mengadu domba(menyebabkan perbalahan

    antara manusia).”4 

    4 Muhammad b. Isma’il Abū ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,“Kitab al-Wuḍu’ ”. no. hadith 2178. j.1. Damsyiq: Dar al-Fikr, h.53. 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    9/42

    7

     b)  Hadis al-Syaykhān daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bercerita di

    dalam khutbah solat gerhana matahari tentang syurga, neraka dan keadaan di

    dalam dan soalan malaikat kepada manusia ketika di dalam kubur.5 

    c)  Hadis diriwayatkan dalam al-Ṣaḥīḥayn, Rasulullah bersabda tentang

    soalan dalam kubur dan perbezaan jawapan orang beriman, munafiq dan kafir.6 

    Dalil-dalil lain akan disebutkan dalam Bab Perjalanan Kematian kerana thabitnya

    dalil tentang pelbagai kejadian antara kematian dan kebangkitan adalah bukti

     jelas wujudnya alam barzakh. 

    5.0 Peristiwa di Alam Barzakh

    Sebelum memasuki fasal-fasal khusus berkenaan alam barzakh, kami membawakan satu

    hadis yang panjang menceritakan perjalanan roh daripada kematian sehingga disoal oleh

    Munkar dan Nakir.

        

    ا ق      س     ب  ا           

      ق ا      و    ل  و   ا ش       ا           

      :ل      زاذان    ل  و   ا ش   ا و         بز  ءا    ا

    ص

     ا

     رل

     

     

     :ل

      

      

      

     ر ا

     

     ر

     زة

        و

     

     

      

     و

      ا

     

     

      

     ظ

      و

     اء

     

     ظ

      

     

      و

     

     

      ص

      ا ل    :ل    و  ،ر     ا

       ل:    «  اب ا   ذ      ا»:ل « ن اذ    ا ا ن

        ت  ا  ء    ا  ة واع   ا     ل  و  أر  و ن ءا   ئ

     

    5 Ibid., “Kitāb Al-ʻIlm”. no. hadith 85. j.1. h.28. 

    6 Ibid., “ 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    10/42

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    11/42

    9

        ؟    ا   :ل     :ل     ي ي ؤك ا    ا   :ل   

     ا    ل      بر :ل   و :ل  ا     :".

     

    Maksudnya : Diriwayatkan daripada Barra’ bin Azib RA telah berkata: “Kami sedang

    berada di sisi satu jenazah di perkuburan Baqi’, lalu Nabi SAW datang kepada kami.

     Baginda duduk dan kami pun duduk di sekelilingnya seolah-olah di atas kepala kami ada

    burung dan jenazah itu sedang dimasukkan ke liang lahad. Baginda berkata: “Aku

    berlindung dengan Allah daripada azab kubur” tiga kali. Kemudian baginda bersabda:

    “Sesungguhnya apabila seseorang itu menuju ke akhirat dan meninggalkan dunia maka

    malaikat akan turun kepadanya seolah-olah di muka mereka ada matahari. Mereka

    membawa kain kafan dari kain kafan syurga. Maka para malaikat itu duduk pada jenazah

    itu seluas mata memandang. Kemudian malaikat maut akan datang duduk di kepala

    orang yang hendak mati lalu berkata: “Wahai jiwa yang baik dan wangi, kelua rlah

    menuju keampunan dan kered aan Allah.” Baginda bersabda lagi: “Maka jiwa itu keluar

     seperti titisan air keluar daripada mulut orang sedang minum, lalu malaikat maut itu

    mengambilnya. Apabila malaikat maut itu mengambilnya maka para malaikat lain tidak

    membiarkan jiwa itu berada di tangannya walaupun sekelip mata, lalu mereka

    mengambilnya dan meletakkannya dalam kain kafan dan usungan itu. Daripada kain

    kafan itu keluarlah bau yang wangi bau kasturi yang paling wangi yang ada di atas muka

    bumi.” Baginda bersabda lagi: “Para malaikat itu membawa naik jiwa it u. Mereka tidak

    melalui satu malaikat pun di langit kecuali malaikat itu ak an berkata: “ Roh wangi

    apakah ini? Para malaikat  yang membawanya menjawab: “Fulan bin Fulan dengan

    menyebut namanya yang paling baik yang diberikan kepadanya dahulu sehingga mereka

     sampai ke langit. Lalu mereka meminta langit dibukakan untuk roh itu. Lalu langit

    dibukakan untuknya. Malaikat yang membawanya akan menghebahkannnya hingga ke

    langit yang akan seterusnya hingga sampai ke langit yang ketujuh. Allah SWT berfirman:

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    12/42

    10

    “Hendaklah kamu tulis catatan hamba-Ku ini di 'illiyin dan kembalikannya semula ke

    bumi kerana sesungguhnya Aku jadikan dia daripada tanah, Aku kembalikannya kepada

    tanah dan daripada tanak dia akan Aku keluarkan buat kali kedua.” 

     Baginda SAW bersabda: “Maka rohnya dkembalikan kepada jasadnya. Maka dua

    malaikat mendatanginya lalu duduk di sisinya dan bertanya kepadanya: “Siapa Tuhan

    engkai?” Maka dia menjawab: “Tuhan aku ialah Allah.” Dua malaikat itu bertanya:

    “Apakah agama engkau?” Dia menjawab: “Agama aku adalah Islam.” Dua malaikat itu

    bertanya: “Siapakah lelaki yang diutuskan kepadamu ini?” Dia menjawab: “Dia adalah

     Rasul Allah.” Kedua-dua malaikat itu bertanya: “Apakah ilmu engkau?” Dia menjawab:

    “Aku telah membaca kitab Allah lalu aku beriman dan membenarkannya.” Maka penyeru

    dari langit menyeru: “Benarlah hamba-Ku dan sedia tempat duduknya di dalam syurga

    dan buka pintu syurga baginya.” Baginda bersabda: “Dia didatangi oleh roh dan bau

    wanginya serta kuburnya diluaskan baginya seluas mata memandang. Baginda

    bersabda: “Dia didatangi oleh seorang lelaki yang baik rupa parasnya, indah

     pakaiannya dan baunya wangi lalu berkata: “Bergembiralah dengan perkara yang

    menggembirakan engkau. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan kepada engkau.”

     Dia bertanya kepada lelaki itu: “Siapa engkau, muka engkau adalah muka yang

    membawa kebaikan.” Maka lelaki itu menjawab: “Aku adalah amalan soleh engkau.”

     Lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, adakanlah kiamat supaya aku menemui keluarga dan

    hartaku.” 

     Baginda bersabda: “Sesungguhnya apabila manusia kafir hendak meninggal

    dunia dan menuju ke akhirat maka akan turun kepadanya malaikat muka hitam daripada

    langit bersama keranda. Kemudian malaikat maut akan datang dan duduk di kepalanya

    lalu berkata: “Wahai jiwa yang kotor, keluarlah menuju kepada kemurkaan dan

    kebencian Allah.” Baginda bersabda: “Jiwa itu ber  pecah-pecah dalam jasadnya. Lalu

    malaikat maut akan menyentapnya sebagaimana benang disentap dari kapas basah lalu

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    13/42

    11

    mengambilnya. Apabila malaikat maut itu mengambilnya maka para malaikat itu tidak

    membiarkannya berada di tangannya walau sekelip mata. Mereka teus mengambilnya

    dan meletakkannya di dalam keranda itu. Dari dalam keranda itu keluar bau paling

    busuk yang ada di atas muka bumi. Mereka terus membawanya naik ke langit. Semua

    malaikat yang mereka lalui akan bertanya: “Roh fulan bin fulan dengan menyebut

    namanya yang paling keji yang diberikan kepadanya ketika di dunia, sehinggalah mereka

     sampai ke langit dunia. Malaikat itu meminta dibukakan pntu baginya, lalu tidak

    dibukakan baginya.”

     Kemudian baginda membacakan firman Allah SWT:

     ء

      

       

     

      و

      

     

     

     ك

      

     اء

     

     

     

     

     

       ا

     

     و

     

      

      

     ن

       ا  ي   

    Maksudnya: “Sesungguhnya orang -orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami

    dan yang angkuh ( merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan

    dibukakan bagi mereka pintu-pintu di langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga

     sehingga unta masuk di dalam lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-

    orang yang melakukan kesalahan.” 

    Surah al-A`rāf (7): 40

     Lalu Allah SWT berfirman: “Catatkan catatannya dalam al -sijjī n di bumi bawah. Maka

    rohnya dicampakkan dengan sekali campakan.” Kemudian baginda SAW membaca: 

           و     ء     ك

        ءا            و      ا  ي 

      ن 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    14/42

    12

    Maksudnya: “(Amalalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kerana Allah,

     serta tidak memperseutukan sesuatupun dengan-Nya; dan sesiapa yang

    mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari

    langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jatuh

    (yang membinasakan).” 

    Surah al-Hajj (22) : 31

     Maka rohnya kembali ke jasadnya. Dua malaikat datang kepadanya dan duduk

    di sisinya lalu bertanya: “Siapakah Tuhan engkau?” Dia menjawab: “Aku tidak tahu.”

     Malaikat itu bertanya: “Siapakah lelaki yang diutuskan kepada kami ini?” Dia

    menjawab: “Aku tidak tahu.” Maka penyeru dari langit menyeru: “Dia dusta, sediakan

    tempatnya di dalam api neraka dan bukan pintu neraka baginya. Maka panas dan

    racun neraka sampai kepadanya, kuburnya disempitkan sehingga tulang rusuknya

    bersilang antara satu sama lain. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang hodoh

    mukanya, pakaiannya buruk dan baunya busuk lalu berkata: “Bergembiralah dengan

    keadaan yang menyakitkan engkau, inilah hari yang telah dijanjikan kepada engkau.”

     Dia bertanya: “Siapa engkau yang membawa keburukan ini?” Lelaki itu menjawab:

    “Aku adalah amalan keji engkau.” Lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, janganlah

    engkau adakan hari kiamat.7  

    7 Abū ʻAbd Allah Al-Ḥākim Muḥammad bin ʻAbd Allah(1990 ), Al- Mustadrāk ʻalā Al-Ṣahīhayn. “KitābAl-Īmān”. no. hadith 1338. j.1. Beirut: Dār Al-Fikr Al-ʻIlmiyyah. h.93.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    15/42

    13

    5.1  Soalan Mungkar dan Nakir

    Apabila mayat selesai dikebumikan, Allah akan mengutuskan dua malaikat (Munkar dan

     Nakir) dalam bentuk dan rupanya yang sangat menakutkan dan menggerunkan untuk

    menyoal si mati di dalam kuburnya tentang:

    a)  Tuhan yang menciptanya,

     b)  Agama yang menjadi pegangan dan panduan hidupnya,

    c)  dan juga tentang seorang lelaki yang bernama Muhammad.

    Dalam al-Quran, Allah berfirman:

     آ      ا ا  ا  

     ا    ا ل    ا ة

     ا   و ظا ا 

    و ة

      

      وء

     

     ا

       

    Maksudnya:  Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang

    beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia

    dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim

    (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa

     yang dikehendakiNya.

    Surah Ibrāhī m (14) : 27

    Ibu Kathir ketika menafsirkan ayat ini menyebut hadis riwayat Imam Ahmad Ibn

    Hanbal dimana Rasulullah SAW bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari

    siksa kubur.” 

    Al-Ṣabūn ī di dalam Ṣafwa ṯ  al-Taf āsir berkata: “Allah SWT menetapkan pendirian

    mereka atas kalimah tauhid  ا 

    ه

     

     dan atas iman dalam kehidupan ini sehingga mereka

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    16/42

    14

    tidak boleh dikelirukan dan diperdaya, manakala di akhirat, Allah SWT menetapkan

    mereka ketika disoal oleh malaikat di dalam kubur.”8 

    Soalan Munkar dan Nakir juga disebut dengan fitnah kubur. Ia adalah antara

    hakikat ghaib yang tidak dapat dirasai kecuali setelah berakhirnya kehidupan di dunia dan

    kita semua sentiasa hampir ke penghujungnya. Hakikat ini terbukti melalui hadis-hadis

    sahih sehingga mencapai taraf mutawatir. Antara hadis tersebut ialah hadis yang

    diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.  Daripada Asma’ binti Abu Bakar r.a.: 

    ر  ا       ن     و  و-   و-لا   

    Maksudnya: “Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawasanya

    kalian itu akan difitnah (ditanya) di kubur kalian seperti (hampir sama)

    dengan fitnah Dajjal .”9 

    Sesiapa yang ditetapkan dengan kata-kata yang thabit, mati atas hakikat kebenaran

    dan disudahi dengan husnul khatimah, akan diilhamkan oleh Allah untuk menjawab

    soalan kedua-dua malaikat tersebut tanpa merasai takut dan gerun dengan rupa kedua-dua

    mereka. Tetapi orang yang tidak berpegang kepada tali iman semasa hidupnya di dunia

    dan dia mati dan keadaan yang dijalani atau dilalui dalam kehidupannya, seperti lalai dan

    alpa, derhaka dan durjana, serta menolak kebenaran, maka Allah akan memenuhi harinya

    dengan rasa takut dan gerun kepada kedua-dua malaikat yang mengemukakan soalan

    kepadanya.

    8 Muḥammad 

    `Alī Al-Ṣābūnī (1997).

    Ṣ afwa ṯ  al-Tafāsīr. j.2. Kaherah: Dār Al

    -Ṣābūnī,. h.89.

     

    9 Muḥammad b. Isma’il Abū ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,“Kitāb al-Jumuʻah’ ”. no. hadith 1053. j.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 37. 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    17/42

    15

    Dapat kita ketahui tentang pertanyaan atau fitnah kubur ini berdasarkan hadis-hadis

    Rasulullah. Di sini dibawakan beberapa hadis yang membicarakan tentang soalan yang

    akan ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

    a) 

    Hadis yang menunjukkan si mati ditanya tentang Baginda SAW.

    "ص  ذو    و       ضو اذ   ا     ع     

         ص ا ا     ل    :      ن  ا    ن  

         ل: ا رو ا      ؟     ل:  و ر  ا   ك    ظ

     

     ها

      

      

     " : و

     

     

      ص

     

    ا

     ل

      ا

     

     ا

     

     اا

     و

     

    - ا

     و

     ل

      

     

     ل

     

     دري

     

     :ل

      

      سو

     رد

     

     :ل

      

            ص   ذ        ض   ب         

        ا    " Baginda bersabda: “Jika seorang hamba telah dikebumikan dan

     para penghantarnya pulang meninggalkannya, maka dia akan

    mendengar bunyi tapak kasut mereka. Dua malaikat segera

    mendatanginya. Setelah didudukkan oleh kedua malaikat itu, mereka

    mengajukan pertanyaan, ‘Apakah yang kamu ketahui tentang lelaki

    ini –  Muhammad SAW ?’ (Jika orang mukmin) maka akan menjawab,

    ‘Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul - Nya!’

     Lantas dikatakan kepadanya, ‘Lihatlah tempatmu di neraka. Allah

    telah menggantikannya dengan tempat di syurga.’ Dia pun melihat

    keduanya (syurga dan neraka).” Jika dia orang munafik atau kafir,

    maka ketika ditanya, ‘Apakah yang kamu ketahui tentang lelaki ini –  

     Muhammad SAW?’ maka dia akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dan

    tidak pernah mengikut akan dia!’ Lalu dia dipukul oleh palu besi

    (dengan kuat) antara dua telinganya sehingga menjerit semahu-

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    18/42

    16

    mahunya yang didengar oleh semua makhluk di sekitarnya kecuali jin

    dan manusia.”10 

     b) 

    Hadis Al-Barra’ yang menunjukkan si mati ditanya empat perkara iaitu tentang

    Tuhannya, agamanya, Nabinya dan bagaimana dia mengetahuinya seperti yang

    disebutkan sebelum ini.

     Baginda bersabda, “Lantas rohnya dikembalikan ke bumi dan masuk ke

     jasadnya. Segera datang dua malaikat yang mengherdiknya dengan amat keras

    dan menyuruhnya duduk. Mereka (Munkar dan Nakir) bertanya, ‘Siapakah

    Tuhanmu? Apakah agamamu? Siapa Nabimu? Dia menjawab, ‘Tuhanku Allah

    dan agamaku Islam.’ Lalu ditanya, ‘Apakah yang kamu ketahui tentang lelaki

    ini (Muhammad SAW) yang telah diutuskan untukmu?’ Dia menjawab, ‘Dia

    utusan Allah!’ ‘Bagaimana kamu mengetahuinya?’ tanyanya kemudian. Dia

    menjawab, ‘Tuhan kami telah memberi penjelasan kepada kami, lalu kami

    mengimani dan membenarkannya’!”11 

    Dalam hadis tersebut terdapat perbezaan tentang cara (bentuk) pertanyaan dan

     jawapannya, mengikut keadaan mereka di dunia. Ada manusia yang pertanyaannya hanya

    mengenai soal akidah dan ada yang ditanya tentang semua perkara, oleh yang demikian

    tiada pertentangan dalam perkara ini.

    Dalam riwayat lain yang sedikit berbeza, para periwayat hadis ada yang

    membatasinya pada beberapa persoalan dan ada pula yang ditanya dengan lengkap,

    10 Ibid, Muhammad b. Isma’il Abu ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,

    “Kitab al-Janā’iz

     ”. no. hadith

    1338. j.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h.90.

    11 Abū ʻAbd Allah Al-Ḥākim Muḥammad bin ʻAbd Allah(1990 ), Al- Mustadrāk ʻalā Al -Ṣahīhayn. “KitābAl-Īmān”. no. hadith 1338. j.1. Beirut: Dār Al-Fikr Al-ʻIlmiyyah. h.93.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    19/42

    17

    sehingga ada orang yang ditanya tentang semuanya seperti yang terdapat dalam hadis Al-

    Barra’.

    Ulama’ berbeza pendapat tentang bahasa pertuturan antara malaikat dan si mati.

    Pendapat yang pertama adalah bahasa si mati, ini pendapat Al-Jalal12

    . Pendapat kedua

    adalah Bahasa Arab, ini pendapat Ibnu Hajar Al-Haitami. Pendapat yang terakhir adalah

    Bahasa Suryani (bahasa Kitab Zabur) dan ini qaul yang dhoif, ini pendapat Al-Bulqini.13 

    Berdasarkan hadis yang dibawakan di atas, dapat kita fahami daripada zahir hadis

     bahawa roh akan dikembalikan ke dalam jasad, kemudian disoal. Imam Al-Qurtubi

    mengatakan bahawa Allah SWT akan menghidupkan kembali seorang mukallaf (yang

    telah dikenakan tanggungjawab agama) dalam kuburnya, serta diberi akal kembali

    kepadanya, sehingga dia dapat hidup kembali dan memahami apa yang ditanyakan dan

    dapat menjawabnya, memahami apa yang akan diberikan dan dijanjikan kepadanya, baik

     berupa penghormatan mahupun kehinaan.14 

    Dalam Nawadir Al-Usul At-Tirmizi Al-Hakim Abu Abdullah meriwayatkan hadis

    daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW suatu hari menyampaikan tentang

    kewujudan dua malaikat yang menyoal dalam kubur. Umar bin Al-Khattab r.a. lalu

     bertanya, “Ya Rasulullah, adakah akal kita akan dikembalikan semula?” Baginda

    menjawab, “Benar, seperti keadaan kamu semua sekarang.” 

    Inilah pendapat Mazhab Ahlu Sunnah, para ulama, tabi’in dan yang datang sesudah

    mereka.

    Fitnah kubur bukan hanya berlaku kepada orang mukmin dan munafik sahaja, tetapi

    akan berlaku pada sekalian umat, tidak kira yang beriman atau kufur. Ini bersalahan

    12 Al-Jalal diambil daripada gelaran Jalāl al-Dīn, iaitu gelaran Imam Al-Suyuti.

    13 Ibrāhīm al

    -Bājūri (2011).

    Tuḥ fa ṯ  al- Murīd . Nuruzzaman MZ(terj.). Kedah: Darul Busyra. h. 253.

    14 Muḥammad bin Aḥmad Al-Qur ṭubī(2015). Rahsia Alam Kematian. Nabilah Abd Jalil(terj.). Selangor :Al-Hidayah Houses of Publisher Sdn. Bhd. h. 201.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    20/42

    18

    dengan pandangan Ibnu Abdul Barr yang menyatakan dalam kitabnya Al-Tamhid bahawa

    orang kafir tidak disoal oleh Munkar dan Nakir.15 

     Namun begitu, terdapat beberapa golongan yang terlepas daripada fitnah kubur.

    Menurut Syeikh Ramli dalam Nihayah Al-Muhtaj, golongan yang tidak ditanya di dalam

    kubur adalah16, 

    a)   bayi

     b)  orang gila yang tidak waras sebelumnya (gila semenjak mukallaf)

    c)  syahid dalam peperangan

    d)  nabi-nabi

    Sedikit berbeza dengan pandangan Imam Al-Qurtubi tentang hal ini, iaitu dalam

    kitabnya At-Tadhkirah, beliau menyatakan bahawa budak kecil akan dilayan seperti

    orang dewasa dan diberi akal yang sempurna sehingga mereka mengetahui tempat tinggal

    dan kesesangan hidup mereka. Mereka diberi ilham untuk menjawab pertanyaan yang

    diajukan terhadap mereka.

    5.2  Soalan Kubur kepada Orang Mati yang Tidak Ditanam atau

    Hancur.

    Persoalan ini pasti menjadi tanda tanya terhadap semua orang yang terfikir

    tentangnya. Apabila dikatakan orang yang mati dengan keadaan mayatnya hancur juga

    ditanya dengan soalan-soalan Mungkar dan Nakir. Pertanyaan itu pula ditanya kepada

    roh berserta jasadnya, bukan sekadar rohnya. Ia tentunya menjadi sesuatu yang tidak

    logik pada adat bahkan sesuatu yang sukar dipercayai.

    15 Yūsuf bin `Abd Allah bin Muḥ

    ammad bin `Abd al-Barr (1967). Al-Tamhīd li mā fī al -Muwaṭṭa’ min al -

     Ma`ānī wa al - Asānid. Maghribi: Wizāraṯ  `Umūm al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ . j 22. h.252.

    16Muḥammad bin Abī Al-ʻAbbās Al-Ramlī (1980). Nihāyaṯ  Al-Muḥtāj. Beirut: Dār al-Fikr. j.2. h.283.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    21/42

    19

    Ketika mensyarahkan Matan Jauharah Al-Tauhid, Syeikh Ibrahim Al-Bājūrī

    mengatakan mayat yang berkecai-kecai atau yang dimakan oleh binatang juga akan

    ditanya dengan soalan kubur sebagaimana orang yang mati dan ditanam dengan

    sempurna anggotanya17

    . Berkenaan bagaimana bentuk asal dikembalikan, ia adalah

    terpulang kepada Allah kerana Dia bersifat dengan Sifat Qudrat , iaitu Maha Berkuasa

    terhadap segala sesuatu.

    5.3  Bilangan Mungkar dan Nakir

    Jika Mungkar dan Nakir hanya dua malaikat sahaja, bagaimanakah mereka akan

     bertanya kepada ramai manusia yang ditanam atau meninggal dalam masa yang sama

    tetapi di tempat yang berbeza? Terdapat tiga pandangan yang boleh didapati dalam

     persoalan ini.

    Al-Qurtubi berpendapat bahawa saiz kedua-dua malaikat ini akan dibesarkan dan

    mereka akan bertanya kepada mayat-mayat yang banyak itu secara sekali gus. Ini

     bermakna, menurut Imam Al-Qurtubi, bilangan malaikat ini hanya dua sahaja.

    Al-Hafiz Al-Suyuti pula berpendapat ditugaskan untuk banyak malaikat untuk

     bertanya mereka yang meninggal. Mungkar dan Nakir hanya menjadi ketua malaikat-

    malaikat yang banyak ini.

    Al-Hulaimi pula berpendapat Mungkar dan Nakir ini adalah satu nama yang

    diberikan kepada sebahagian malaikat. Satu kumpulan dinamakan Nakir dan satu

    kumpulan lagi dinamakan Mungkar. Ini bermakna bilangan mereka itu banyak 18.

    17 Ibrāhīm al-Bājūri (2011). Tuḥfa ṯ  al-Murīd. (terj.)Nuruzzaman MZ. Kedah: Darul Busyra. h. 253.

    Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al

    -Būṭī(1996).

     Keyakinan Hakiki. Muhammad Sulaiman Yassin(terj.).

    Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.397.

    18 Ibrāhīm al-Bājūri (2011). Tuḥ fa ṯ  al- Murīd . (terj.)Nuruzzaman MZ. Kedah: Darul Busyra. h. 253.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    22/42

    20

    5.4  Soalan dua malaikat khusus untuk umat Muhammad atau tidak

    Timbul persoalan tentang adakah umat terdahulu juga disoal di dalam kubur. Abu

    Abdullah At-Tirmizi dalam Nawadir Al-Usul menyatakan: Pertanyaan terhadap mayat

    hanya berlaku pada umat (Islam) sekarang, kerana umat (Islam) terdahulu terus diazab

    (ketika mereka menafikan risalah para Rasul). Tetapi semasa Muhammad SAW diutus

    oleh Allah, baginda diutus dengan penuh rahmat dan keselamatan kepada semua

    makhluk.19 

    Imam Al-Ashbīlī dan al-Qur ṭubī pula berpendapat sebaliknya, iaitu soalan kubur

    ini adalah untuk semua umat. Sebahagian lagi ulama’ tidak mengiakannya atau

    menafikannya.20 

    5.5  Nikmat Kubur

     Nikmat di dalam kubur adalah termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib yang sabit buktinya

    melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir.21 Kami sebutkan di sini nikmat kubur

     berserta dalil naqlinya kerana itulah yang menjadi asas kepada sikap kita terhadap perkara

    ghaib yang ada di luar bidang kuasa penglihatan dan pancaindera kita.

    1.  Memperoleh wangian dan haruman daripada Syurga.

     اء

       ا

     

     زاذان

     

     و

     

     ل

      

     

     ش ا

     

      

     ل

     و

     

     

      

     ا

     

      و

      ا

     

     

     ...ل

     زب

     ا

      او

     

     

      

     ل

      ا

     

     

     

               و  و ور

     

    19Muḥammad bin ʻAlī bin Al-Ḥasan Al-Ḥākim Al-Tirmidhī(t.t.b). Nawādir Al-Uṣūl fī Aḥādīth Al-Rasūl.Beirut: Dār Al-Jīl. j.3. h.228. 

    20 Ibn al-Qayyim Al-Jawziyyah(t.t.b). Al- Rūḥ. Beirut: Dar al-Kutub al-ʻIlmiyyah. h.86.

    21 Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al-Būṭī(1996). Keyakinan Hakiki. Muhammad Sulaiman Yassin(terj.).Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.394.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    23/42

    21

    Maksudnya:  Al-Barra' bin 'Azib berkata, ... hamparkanlah syurga dan

    berilah pakaian syurga untuknya, dan bukakanlah baginya satu pintu

     syurga, Nabi bersabda:, lalu hamba itu memperoleh harum dan wanginya

     syurga lalu kuburnya diperluas sejauh mata memandang .22

     

    2.  Dilapangkan dan diterangi kuburnya.

    Dalam riwayat Al-Tirmidhi dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah

     bersabda:

    ا

     

     ذا

    -

     :ل

     و

    -  

     زرن

     دان

     ن

     

    :

      لل

      

      

     ؟ ا

     ا

       ل

      

     

     

     :ن

      

      

      ا

     :و

      نا

     

     :

     

     

     :ل

      

     ا

     ون

     ا

       

       ن

     

     رو

     ا

      رو

     

                        ل ا         :ن       ارذ ن

            ر        ل 

     

    Hadis di atas menceritakan tentang kedatangan dua malaikat bertanya dengan

    soalan-soalan kubur. Setelah mayat itu dapat menjawabnya, maka malaikat berkata

    “Kami telah tahu, bahawa kamu berkata seperti itu.” Kemudian kuburnya

    dilapangkan seluas 70 hasta kali 70 hasta, kemudian diterangi ruangannya, dan

    dikatakan kepadanya: “Tidurlah.”23 

    Terdapat pelbagai riwayat yang menceritakan tentang keluasan kubur setelah

    dilapangkan. Dalam hadis diriwayatkan Imam Al-Bukhari dinyatakan bahawa

    dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta. Dalam hadis Al-Barra’ dinyatakan, “Sejauh

    22 Abū Dāwud Sulaymān bin Al-Ashʻath(2009). Sunan Abī Dāwud. “Kitāb Al-Sunnah”. no. hadith 4753. j.4. Riyadh: Dar al-

    Risālah al-ʻĀlamiyyah. h 239

     

    .23 Muḥammad bin ʻĪsā bin Sawraṯ  Al-Tirmidhī(1975). Sunan Al-Tirmidhī . “Abwāb Al-Janā’iz”. no. hadith1071. j.3. Mesir: Musṭafā Al-Bābī Al-Ḥalabī. h. 375. 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    24/42

    22

    mata memandang.” Dalam suatu riwayat daripada Ma`bad, daripada Ma`azah, dia

     berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah r.a., “Sudikah kamu memberitahu kami

    tentang apa yang akan berlaku pada kubur kami?” Beliau menjawab, “Jika dia

    orang mukmin maka kuburnya dilapangkan seluas 40 hasta.” 

    3.  Diperlihat syurga setiap pagi dan petang di dalam kuburnya.

    Al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain telah meriwayatkan daripada Nafi’ daripada

    Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda:

    ضر

     

     

     ا

     

     

     

     

     

     

     :ل

     

     

      ا

     ت

     ذا

     

     ن

     " :ل

      و

     

     

      ص

     ا

     رل

     ن

     :

      

     ،

     

     ن

     ن و

      ا

     

     

      ا

     

     

     ن

     ن

      او ةا  

      ا م   ا        ك ا :ل      ر ا    ر ا"

     

    Maksudnya: Setiap seorang daripada kamu, manakala telah mati

    akan ditayangkan (diperlihatkan) kepadanya kedudukan tempatnya

     setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan

    diperlihatkan seperti yang diperlihatkan) kepada ahli syurga dan

     jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan

    kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada

    hari kiamat .”24 

    24 Muhammad b. Isma’il Abu ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,“Kitab al-Janā’iz ”. no. hadith 1379. j.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 99.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    25/42

    23

    5.6  Azab Kubur

    Azab juga seperti nikmat di dalam kubur iaitu termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib

    yang sabit buktinya melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir. Kami bawakan

    dalil-dalil yang menunjukkan adanya azab kubur.

    1.  Allah ta’ala berfirman:

       قو   و  

    و ا

        و  نض     ر ٱ . با ٱ ء  ن     ممل 

    ٱ

     د

     ٱ    ن  ا ءال  با  

    Maksudnya: dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa

     yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api

    neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam

    alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan

    kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya

    ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!"

    Surah al-Ghāfir (40) : 45-46 

    Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan ayat ini, “Fir’aun dan pengikutnya dihadapkan ke

    neraka setiap pagi dan petang terus-menerus hingga datang hari kiamat. Ketika kiamat

    datang barulah arwah dan jasad mereka sama-sama merasakan api neraka”. Beliau juga

     berkata, “Ayat-ayat ini adalah landasan kuat bagi Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah tentang

    adanya azab kubur”25.

    2.  Hadis yang mengisahkan tentang dua lelaki yang diazab di dalam kubur.

    25 Ismāʻīl bin ʻUmar bin Kathīr (1999), Tafsīr al -Quran al-`A ẓīm. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li Al-Nashr waAl-Tawzīʻ, j.7. h.146. 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    26/42

    24

     و

     

     

     ص

     ا

       :     س رض   ل

     أ أ   ن و  : إ ن ه ن    ل

        ر ة أ     ن ا أو  ال

     

     

     :ل

     ؟

     ا

     

     

     

     رل

     

     :ا

     .واة

     

     

     

     ز

        .Maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a.: Sesungguhnya Nabi melalui

    (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya dua

    orang (yang berada di dalam kubur tersebut) sedang diazab dan

    mereka diazab bukanlah kerana kesalahan yang (dilihat) kecil.

    Seorang daripada mereka tidak membersihkan dengan betul

    kemaluannya selepas buang air kecil dan seorang lagi gemar

    mengadu domba (menyebabkan perbalahan antara manusia).

     Kemudian Baginda meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya

    menjadi dua lalu bersabda: “Semoga pelepah k urma ini akan dapat

    meringankan seksaan mereka ber dua selama ia belum kering.”

    3.  Hadis tentang penyeksaan orang musyrik di dalam kubur.

    رل   ئ  ار   و  إذ  ز   ل 

     أصب

     ف

     

     ل

     رأ

     أو

     

     أو

     

     أ

     ذا

     

     دت

     

     دت

     ل

     أ

     ر

     ل

     ار

     

     إن

     ل

     ااك

     

     ا

     ل

     ؤء

     ت

     

     ا با   نأ  ت اا  نأ  ر   ا

     أ يا

     

    Maksudnya:  Daripada Zaid Bin Tsabit r.a., dia berkata: Ketika

     Rasulullah berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang

    keldainya dan kami bersama baginda, tiba-tiba keldainya terkejut dan

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    27/42

    25

    hampir saja baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima

    atau empat kuburan, lalu Baginda bertanya: “Siapakah di antara

    kamu yang mengetahui penghuni- penghuni kubur ini?” Seorang lelaki

    menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi : “Bilakah mereka mati?”

     Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati dalam syirik.” Lalu baginda

    bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kubur ini)

     sedang diseksa di dalam kubur mereka. Andai kata mereka tidak

    dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia

    memperdengarkan kepada kamu seksaan kubur sebagaimana yang aku

    mendengarnya.”26  

    4.  Doa pelindung daripada azab kubur

    ا

     ا

     

     أ

     غ

     وإذا

     

     اب

     

     :رأ

     

     

     ذ

     :

     و  ا ال  و  ا وات ا با 

    Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

    “Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahud akhir (dalam

     solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat

     perkara: Daripada azab Jahannam, daripada azab kubur, daripada

     fitnah hidup serta mati dan daripada fitnah Dajjal.”27 

    26 Muslim bin Al-Ḥajjāj  Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣ aḥīḥ Muslim, “Kitāb Al-Janna ṯ  wa Ṣifati Naʻīmihā wa Ahlihā ”. no. hadith 2867. j.4. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy, h. 2199. 27 Ibid, “Kitāb Al-Masājid wa Mawāḍiʻu Al-Ṣolāṯ”. no. hadith 588. j.1. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-TurāthAl-ʻArabiy, h.412.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    28/42

    26

    5.7  Roh Sahaja yang Merasai Nikmat dan Azab Kubur atau Berserta

    Jasad

    Yang ma'ruf menurut Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah pada asal nikmat dan azab

    itu dikenakan atas roh, sedangkan jasad itu sekadar mengikuti rohnya sahaja.

    Sebagaimana azab di dunia ini, hanya jasad yang merasainya dan roh hanya mengikutinya

    sahaja, sebagaimana hukum-hukum syar'iyyah di dunia ini berlaku atas zahirnya dan

    sebaliknya di akhirat. Perkara ini termasuk dalam perkara yang mumkin.  Nas juga

    menyebutkan perkara ini secara zahir. Jika masih ada yang mendakwa sebaliknya, jumhur

    umat telah menjawabnya dengan jawapan yang boleh diringkaskan begini, “Mereka ini

    tidak mempunyai dalil atau bukti untuk mengkhususkan azab dan nikmat kubur dengan

    roh sahaja. Mereka juga tak mampu mentakwilkannya. Orang yang mengimani azab atau

    nikmat kubur itu hanya dari segi asasnya, iaitu dengan roh sahaja, mampu mengimaninya

    dengan roh dan jasadnya. Dan jika tiada dalil atas pengkhususan atau takwilan tersebut

    maka pendapat yang mengatakan azab atau nikmat kubur itu dengan roh sahaja adalah

     pendapat yang tidak berasaskan dalil dan bukti. 28 

    5.8  Di Mana roh sebelum kiamat?

    Ulama berselisih faham tentang tempat tinggal roh antara dua mati hingga hari kiamat.

    Perselisihan yang banyak ini boleh disimpulkan sebagaimana berikut29:

    a)  roh orang beriman berada dalam syurga dan roh orang kafir berada dalam

    neraka,

    28 Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al

    -Būṭī(1996).

     Keyakinan Hakiki. (terj.) Muhammad Sulaiman Yassin.

    Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.397.29 Muḥammad bin ʻAlī bin Muḥammad bin Abī al-ʻIzz (2008). Syarah Aqidah al-Tahawiyyah. HasanKasnan(terj.). Kuala Lumpur: JAKIM. j.2. h. 285.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    29/42

    27

     b)  roh orang beriman berada di pintu syurga di mana bau, nikmat, rezeki daripada

    syurga datang kepadanya,

    c) 

    roh berada dalam kubur mereka yang telah hancur,

    d) 

    Imam Malik : roh bebas pergi ke mana ia hendak pergi,

    e) 

    roh orang beriman berada di sisi Allah,

    f)  roh orang beriman ada di Jababiyah di Damsyik dan roh kafir berada di sebuah

     perigi di Hadramaut,

    g)  Kaʻab : roh orang beriman berada di langit ketujuh dan orang kafir berada di

    dalam bumi yang ketujuh di bawah iblis

    h)  roh orang beriman ada di perigi Zam-zam dan roh orang kafir berada di perigi

    Barhut

    i)  roh orang beriman ada di tangan kanan Nabi Adam AS dan roh kafir ada di

    tangan kirinya

     j) 

    Ibnu Hazm : roh berada di tempat tinggalnya sebelum jasad dikebumikan,

    k) 

    Riwayat Shihab : roh syuhada seperti burung hijau yang tergantung di 'Arasy, ia

    terbang pada waktu pagi dan petang menuju ke taman-taman syurga, ia datang

    kepada Tuhannya setia hari memberi salam kepadanya,

    Daripada dalil-dalil yang ada dapatlah dibuat ringkasan bahawa roh-roh di alam barzakh

    adalah berbeza kedudukannya antara satu sama lain.

    5.9  Para Nabi Hidup dan Beribadah di dalam Kubur 

    Para Nabi adalah manusia yang sangat mulia yang dipilih oleh Allah. Kenabian tidak

    akan dapat dicapai melalui usaha kerana ia telah ditentukan oleh Allah. Keistimewaan

    mereka bukan sahaja di dunia, malah di alam barzakh dan akhirat.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    30/42

    28

    Antara bentuk kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah ialah jasad para Nabi

    tidak akan dimakan oleh tanah dan mereka hidup di dalam kubur. Perkara ini bukanlah

     perkara yang qat’i, tetapi masih ada riwayat sahih yang menyebut tentangnya. 

     

     

    : و

     

     

      ص

     ا

     رل

     ل

     

    «را

      

       ء

     ء

    «ن Maksudnya:  Para Nabi itu hidup di dalam kubur mereka (dan mereka

     sentiasa) solat.”30 

    Hal ini juga disebut oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Kitab Sharah Sahih

    Bukhari yang beliau karang bertajuk Fath Al-Bārī   ketika menghuraikan hadis

    tentang mimpi Nabi ; baginda bertemu dengan Nabi ʻIsa dan Dajjal dalamملسو هيلع هللا ىلص

    mimpi tersebut.

    5.10 Penolakan terhadap Alam Barzakh dan Hukumnya

    Hukum yang bakal dibincangkan bukan sekadar berkisar tentang haram, harus,

     berdosa atau tidak. Tetapi, perkara yang bakal difokuskan ialah melibatkan antara kufur

    dan tidak. 

    Ijmak ulama’ umat menjatuhkan hukum kafir kepada sesiapa sahaja yang menolak

    atau ingkar terhadap nas-nas yang qaṭʻī  dari segi dilalahnya sama ada dalam akidah atau

    fiqah.

    Ini bermakna sesiapa sahaja yang beriktikad atau yakin bahawa tidak wujud alam

     barzakh, ia merupakan kata-kata atau iktikad kufur jika dia tahu ia disebut dalam al-

    Quran, tetapi tidak mahu beriman dengannya. Begitu juga hukumnya jatuh ke atas sesiapa

    yang tidak mempercayai azab kubur berdasarkan dalil qat’i daripada al-Qur’an yang telah

    kami jelaskan sebelum ini. Sesiapa  yang menolak bahawa adanya soal kubur setelah

    meninggal pula, maka dia dikira fasiq dan wajib bertaubat.

    30 Abū Yaʻlā Aḥmad bin ʻAlī(1984). Musnad Abī Yaʻlā. “Musnad Anas bin Mālik”. no. hadith3425. j. 6. Damsyik: Syarikat Dār Al-Ma’mūn li Al-Turāth, h. 147. 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    31/42

    29

    Perkataan “sesiapa” dalam ayat sebelum ini tidak terpakai untuk yang berada pada

    zaman Nabi yang mendengar perkhabaran itu daripada Nabi sendiri. Jika orang yang

    mendengar sendiri daripada mulut Rasulullah tentang wujudnya soal jawab oleh dua

    malaikat di dalam kubur, kemudian menolaknya, maka dia telah menolak kata-kata Nabi

    dan serta merta dikira kufur kepada Nabi kerana dia sudah mendengarnya daripada Nabi

    sendiri tanpa perantaraan.31 

    6.0 Isu Masyarakat Sekitar Alam Barzakh

    Sebahagian masyarakat Islam di negara kita masih ada yang berfahaman dengan apa

    yang sekadar didengari dan sehingga mereka berpegang kuat dengan perkara tersebut

    sehingga mereka mendengar penerangan daripada para agamawan. Kadang-kadang berita

    sebegini dibawa oleh golongan agama sendiri. Contohnya, masyarakat percaya bahawa

    titisan air mata yang terkena pada wajah jenazah memberi kesakitan kepada jenazah

    tersebut. Manakala bagi orang awam yang sekadar membaca hadis, mereka mungkin akan

    temui hadis bahawa si mati akan diazab kerana tangisan ahli keluarganya. Di sinilah kita

    melihat kepada perlunya bimbingan guru dan huraian ulama’ dalam membaca hadis

    kerana hadis biasanya berbilang-bilang walaupun dalam topik yang sama.

    Punca kekeliruan dalam masyarakat juga dilihat semakin parah apabila wujudnya

    golongan yang membawa pandangan-pandangan yang masih janggal bagi orang awam

    masyarakat Melayu. Pandangan ini dikatakan janggal kerana ia jelas berbeza dengan apa

    yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sedangkan amalan tradisi masyarakat ini ada

    asasnya dalam agama. Kesannya, orang awam kini mempunyai kelompok-kelompok

    tersendiri sehingga kadang-kadang timbulnya pertelingkahan. Jadi, cara perbincangan

    31 ʻAbd Allah al-Hararī(2004). Al-Shar ḥ Al-Qawīm fī Ḥal Alfāẓ  Al-Ṣirāṭ  Al- Mustaqīm. Kaherah: Dār Al-Mashāriʻ. h. 381.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    32/42

    30

    yang akan dibawa ialah membawa asas atau punca perbezaan dalam setiap masalah

    sehingga ia dapat difahami dan diharmonikan.

    6.1  Adakah Ahli Kubur Boleh Mendengar?

    Mungkin bagi orang awam, mereka tidak biasa mendengar perbahasan seperti ini.

     Namun, inilah antara punca yang membawa kepada perselisihan dalam masyarakat.

    Pertelingkahan berkenaan harus atau haramnya talqin sebenarnya berpunca daripada

    topik ini selain hujah bahawa Nabi tidak pernah melakukan hal ini. Bagi golongan

    yang mengharamkan talqin, mereka berpegang kukuh bahawa orang yang telah mati tidak

    dapat mendengar secara mutlak apa-apa bunyi di alam dunia. Mereka yang lebih

    sederhana pula mengatakan pada dasarnya mayat-mayat ini tidak mendengar, tetapi

    kadang-kadang ia berlaku kerana mukjizat Nabi .

    Memang terdapat perbahasan panjang berkenaan hal ini. Malah, ulama’ Sunni

    Asha’irah dan Maturidi sendiri ada yang berpendapat mayat tidak lagi mendengar selepas

    mati pada dasarnya. Secara ringkasnya, para ulama' terbahagi kepada tiga kelompok

    dalam membahaskan isu ini:

    a)  Pertama : Menthabitkan bahawa orang yang telah mati boleh mendengar setelah

    meninggal secara mutlak.

     b)  Kedua : Menafikan kemampuan si mati boleh mendengar setelah meninggal,

    kecuali mukjizat yang diberikan kepada Nabi.

    c)  Ketiga : Menafikan bahawa orang yang mati boleh mendengar pada asasnya,

    tetapi masih boleh mendengar secara khusus, dalam keadaan tertentu yang

    disebutkan dalam nas.

    Pendapat pertama dipegang oleh jumhur ulamak termasuk Imam Al-Ṭabari dalam

    Tahdhib Al-Aḥkām, Ibnu Rajab dalam Ahwal al-Qubur, Al-Nawawi dalam Sharah

    Sahih Muslim, Ibn al-Qayyim dalam al-Ruh dan Ibn Kathir dalam tafsirnya. Keputusan

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    33/42

    31

    ini berdasarkan hadith daripada Anas bin Malik r.a menceritakan tentang Nabi bercakap

    kepada mayat pemimpin musyrikin ketika perang Badar sehingga ditanya oleh

    Sayyidina Umar r.a sama ada mayat-mayat tersebut mampu mendengar. Lalu baginda

    menyatakan bahawa mereka mendengar lebih baik berbanding orang hidup32

     :

       ك و     ن رل  ص        ر       م      

       ل:  اد  «     ر                     ر 

      ؟ 

    ر و  و  ر  و  تو   »      ص ا ل   

     ا؟

      

     و

     ا

     و

     ا

     

     

     رل

     

     :ل

      

      و

    «

     

      

     

     

     

      

     ي وا

    ا

     ن

     رون

      

       

      و

     

      

     ل

     

    » ا

     ا

     

     

     ر

     

     

    Satu lagi hujjah diambil daripada hadis yang menceritakan bahawa mayat

    mendengar derapan selipar apabila orang mula meninggalkan kuburnya setelah

    dikebumikan seperti yang telah disebutkan dalam fasal “Soalan Mungkar Nakir. 

    Pendapat kedua yang menafikan pendengaran orang yang mati pula adalah

     pendapat Imam Ibnu Hajar dan beberapa ulama' lain seperti Qatadah dan Al-Bayhaqi.

    Ini berdasarkan ayat al-Quran :

    ا

     

       

       

    Mereka mengatakan ayat ini membawa maksud “ Kamu tidak akan dapat membuatkan

    mereka mendengar (kepada kamu).” 

    32 Muslim bin Al-Ḥajjāj 

    Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣ aḥīḥ Muslim, “Kitāb Al-Janna ṯ  wa Ṣifati Naʻīmihā wa Ahlihā ”. no. hadith 2875. j.4. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy, h2203.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    34/42

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    35/42

    33

    dicuri di dalam perutnya.34 Hadis ini juga menjadi punca perbincangan panjang dalam

    hukum pendermaan organ.

     Namun, kesan yang kami ingin tekankan bukanlah kesan secara fizikal seperti

    kecacatan anggota badan mayat, tetapi kesan di alam barzakh dan ghaib yang melibatkan

    kesan positif iaitu pahala dan nikmat kubur serta kesan negatif seperti dosa dan azab.

    a) Mayat diazab kerana tangisan keluarganya

    Kepercayaan ini bukanlah sesuatu yang parah dalam masyarakat, tetapi tetap perlu

    diketengahkan untuk membetulkan salah faham dalam masyarakat. Antara isu yang

     berlegar dalam fikiran sebahagian orang awam adalah titisan air mata yang terkena wajah

    mayat akan menyebabkan kesakitan kepada mayat dan tentang tangisan orang hidup yang

    akan menyebabkan mayat diazab.

    Sebenarnya, perkara ini memang ada asasnya daripada hadis yang diriwayatkan dalam

    Sahih Muslim Sayyidina Abdullah Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah bersabda,

    “Sesungguhnya orang yang mati diseksa kerana tangisan keluarganya.”   35  Hadis ini

     bertaraf sahih daripada Nabi dan memang ada benarnya. Perkara yang menjadi

     persoalan, adakah semua yang mati dan ditangisi oleh ahli keluarganya pasti diazab oleh

    Allah?

    Jawapan kepada permasalahan ini telah dijawab sendiri oleh Aisyah r.a kepada

     perkataan Sayyidina Ibnu Umar r.a yang memutlakkan azab kepada semua jenazah yang

    ditangisi keluarga dengan membacakan  hadis dan ayat al-Quran 36 :

    34 : Wizāraṯ  al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ  al-Kuwayt(2007). Al- Mawsūʻaṯ  Al-Fiqhiyya ṯ  Al- Kuwaytiya ṯ . Kuwait: Penerbitan Kementerian, j. 40. h. 27.

    35 Muslim bin Al-Ḥajjāj  Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣaḥīḥ Muslim, “Kitāb Al-

    Janā’iz”. no. hadith928. j.2

    . Beirut: Dār Al-I

    ḥyā’ Al-Turāth Al

    -ʻArabiy, h.640.

    36 Ibid. no. hadith 929. h.641.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    36/42

    34

    واز

     ر

     و

    { }و

     ض

    {

     

     ن و

     ا

     

     ء

     

     

      ا

     ةن

     وز  

    Menurut Aisyah r.a.; jenazah yang diseksa kerana tangisan keluarganya hanya jenazah

    orang kafir kerana Allah berfirman bahawa seseorang tidak akan menanggung balasan

     buruk daripada perbuatan orang lain.

    Terdapat juga beberapa riwayat lain yang menyebut dirayah  seperti Sayyidina

    Ibnu Umar r.a. dan kedudukannya dilihat kukuh kerana banyaknya hadis sepertinya37. Hal

    ini demikian kerana ada pendapat yang menyatakan kemungkinan ada antara hadis

    tersebut yang dilafaz selepas Sayyidatina Aisyah mendengar hadis tadi daripada Nabi.

    Jadi, untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul, Imam An-Nawawi raḥimahullah 

    menghuraikan bahawa mayat akan diazab jika sebelum mati dia telah berwasiat agar ahli

    keluarganya menangisi pemergiannya secara berlebih-lebihan dan meratapi

     pemergiannya atau dia mengupah ahli kerabatnya agar berbuat demikian atau dia tidak

     berpesan agar meninggalkan perbuatan tersebut, maka dia akan diazab kerana wasiat

    tersebut. Pendapat lain mengatakan dia diazab semata-mata hanya kerana dosanya atau

    kekufurannya, bukanlah kerana ratapan dan tangisan ahli keluarganya  atau dia rasa

    terseksa mendengar tangisan ahli keluarganya38.

    Kesimpulannya, dibenarkan menangis kerana sedih atas pemergian seseorang

    dengan syarat tidak sehingga meratap atau dibuat-buat dan mayat tidak diazab kerana

    tangisan tersebut. Ulama’ fiqah sendiri membenarkan perbuatan ini dalam kerangka

    harus, tidak mencapai taraf sunat.39 

    37 Ibid h.638-643.

    38 Yaḥyā bin Sharaf Al- Nawawī (1972), Al-Minhāj Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim bin Al-Ḥajjāj. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al

    -Turāth Al

    -ʻArabiy, j.6. h.22.

    39 Ismāʻīl bin Yaḥyā bin Ismāʻīl Al-Muzanī (1990), Mukhtaṣar Al-Muzanī. Beirut: Dār Al-Maʻrifaṯ , j.8.h.134.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    37/42

    35

    b)  Pahala Sampai kepada Si Mati?

    Isu ini sudah menjadi suatu perbincangan yang amat getir dalam kalangan

    Masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kebanyakan masyarakat Melayu terutamanya

    orang awam sebenarnya telah berpegang bahawa pahala sampai kepada si mati sejak

    zaman berzaman. Oleh sebab itu, mereka dengan adat gemar bergotong-royong, biasanya

    akan mengadakan majlis tahlil arwah sebaik sahaja selesai pengebumian dan diteruskan

     pada beberapa malam setelah kematian ahli keluarga dengan tujuan menghadiahkan

     pahala zikir-zikir kepada si mati.

    Amalan ini cuma menjadi isu yang hangat apabila wujud satu golongan yang agak

    keras mempertahankan pendapat ulama’ yang mengatakan pahala tidak sampai kepada si

    mati dan amalan tahlil adalah bidʻah yang bertentangan dengan syariat. Ia menjadi satu

    kekeliruan dalam masyarakat kerana masyarakat Melayu telah mengamalkannya sejak

     puluhan tahun dan diamalkan oleh ulama’ dan para imam masjid di Tanah Melayu.

    Ulama’ silam dan kontemporari sememangnya khilaf dalam hal ini. Sebahagian

    mengatakan pahala amalan orang yang hidup tidak sampai kepada si mati dengan

    mengemukakan beberapa dalil:

    i. 

    Ayat al-Qur’an : 

      ون 

               

    Maksudnya: Dan tiadalah apa-apa bagi manusia kecuali apa yang

    telah mereka kerjakan.

    Surah Al-Najm (53) : 39

    ii.  Hadis

      ا نا ت اذ  ل: "  و   ا  ن رل ا ص     ة    

           ص وو           و  ر ص : ث   

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    38/42

    36

    Maksudnya :  Apabila meninggalnya seorang anak

     Adam(manusia), terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:

    Sedekah jariah, ilmunya yang bermanfaat dan anak soleh yang

    berdoa untuknya.

    Terdapat beberapa ayat al-Quran dan banyak hadis lain yang mereka bawakan untuk

    mempertahan pendapat mereka. Mereka juga sering membawakan kata-kata masyhur

    Imam Al-Shafiʻi dalam masalah ini bahawa pahala bacaan al-Quran oleh orang hidup

    tidak sampai kepada orang yang telah mati 40. Namun, sebahagian ulama’ lain mempunyai

    dalil yang membenarkan premis pahala sampai kepada si mati dan takwilan terhadap dalil

    yang digunakan oleh golongan pertama tadi.

    Pertama, ayat al-Quran (i) tadi membawa maksud seseorang akan diseksa atas

     perbuatan buruk yang dilakukan berdasarkan sebab nuzul ayat tersebut. Ketika Walid

    ibnu Al-Mughirah memeluk Islam, beliau diejek oleh musyrik dengan kata-kata “Kami

    akan menanggung seksaanmu di akhirat jika engkau kembali kepada agama kami 41.” 

    Selain itu, Imam Al-Ṭabari juga berpendapat ayat tersebut telah dinasakhkan dan diganti

    dengan ayat ke-21 Surah Al-Ṭur yang memberi kefahaman bahawa anak-anak kecil

    dimasukkan ke dalam syurga kerana kebaikan ibu bapa mereka42. Ini bermakna,

     perbuatan baik orang lain boleh memberi manfaat kepada orang lain selepas meninggal

    seperti solat jenazah, si mati beroleh manfaat walaupun solat tersebut dilakukan oleh

    orang lain.

    40 Ismāʻīl bin ʻUmar bin Kathīr (1999), Tafsīr Ibnu Kathīr. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li Al-Nashr wa Al-Tawzīʻ, j.7. h.465. 

    41Muḥammad bin Jarīr bin Yazīd Al-Ṭabarī (2000), Jāmiʻ Al-Bayān fi Ta’wīl Al-Qur’ān. Riyadh:

    Mu’assasaṯ  Al-Risālaṯ , j.22. h.546.

    42 Ibid., h.468.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    39/42

    37

    Oleh sebab itu, ulama Nusantara zaman berzaman tidak melihat masalah kepada

    majlis tahlil yang mana masyarakat berkumpul, berzikir dan memberi makan. Semua

     perkara tersebut ada dalil tersendiri dan ketidaksampaian pahala kepada si mati bukanlah

    dalil yang kukuh untuk mengharamkan tahlil dengan syarat masyarakat tidak berpegang

     bahawa ia telah dilakukan oleh Nabi dan sahabat secara zahirnya.

    Ringkasnya, ulama’ Shafi’iyyah kebanyakannya mengatakan pahala bacaan al-

    Quran , zikir dan doa sampai kepada si mati. Perkara ini sama sekali tidak bercanggah

    dengan pendapat imam mereka kerana kata-kata Imam Al-Shafi’i yang dimasyhurkan itu

    sebenarnya bukanlah qaul  penuh beliau kerana bagi beliau pahala tidak sampai jika ia

    tidak dibaca di hadapan mayat atau tidak didoakan setelah membacanya43. Pendapat ini

    dinyatakan oleh tokoh mujaddid yang bermazhab Shafi’i, Imam Zakariyya Al-Anṣārī 44.

    Kami lebih memilih pendapat ulama’ Shafi’iyyah kerana mereka lebih memahami

    manhaj pemikiran dan penulisan Imam Al-Shafi’i sendiri berbanding tokoh-tokoh lain.

    Malah, sampainya pahala kepada ahli kubur ini juga adalah pendapat imam-imam yang

    menjadi rujukan utama golongan yang mengharamkan tahlil ini seperti Syeikh Ibnu

    Taimiyyah dalam Majmu’ Al-Fatawa, Syeikh Ibnu Qayyim dalam kitab Al-Ruh dan

    Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab al-Najdi dalam Ahkam Tamanni al-Maut.45 

    Kesimpulannya, terdapat ramai ulama’ yang mengatakan bahawa pahala bacaan

    al-Quran , zikir dan doa sampai kepada si mayat di dalam kubur seterusnya ia menjadi

    asas ulama' Nusantara dalam menghalalkan tahlil.

    43 Muhadir Haji Joll (2015), Kekeliruan Umat : Inilah Jawapannya. Kuala Lumpur: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

    h.231.

    44 Mengikut kajian Dr Lokman Abdullah, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh APIUM, sanad-sanad

     pengajian ulama’ Melayu Nusantara yang belajar di Mekah kebanyakannya sampai kepada beliau. Ini bermakna, pemikiran dan ijtihad beliau banyak digunakan di Tanah Melayu sendiri.

    45 Muhadir Haji Joll (2015), Kekeliruan Umat : Inilah Jawapannya. Kuala Lumpur: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

    h.231.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    40/42

    38

    6.3  Fahaman tentang Alam Barzakh yang Bercanggah Ahli Sunnah

    wal Jamaah

    Perkara yang tidak kurang pentingnya adalah mengetahui fahaman yang bercanggah

    dengan fahaman Ahlu Sunnah wa Al-Jamaah. Perbincangan sebelum ini membolehkan

    kita bawa beberapa pandangan ahli falsafah dan kepercayaan agama lain yang

     bertentangan dengan apa yang telah thabit dalam Islam.

    a) 

    tempat tinggal roh tidak wujud, mereka mengatakan nyawa adalah salah satu

    'aradh badan seperti hidup dan perasaannya.46

     

     b) 

    roh berada jasad binatang sesuai dengan akhlak dan sifat yang telah

    dilakukan ketika hidupnya.47 

    c)  Roh berpindah kepada jasad manusia lain yang baru dilahirkan(tanasukh). Ia

    disebut kelahiran semula mengikut kepercayaan Hindu dan Buddha.48 

    7.0 Rumusan

    Perkara paling penting untuk diketahui ialah perkara-perkara asas dalam akidah yang bersumberkan nas untuk menjauhi 'pencemaran' dalam akidah. Mengetahui ijtihad yang pelbagai pula sebagai bekalan untuk perkara yang bakal bermain di minda masyarakatseterusnya mengkagumi keluasan ilmu ulama'. Tapi, ia bukanlah modal untuk kitamencari kesilapan orang lain dan melazimkan diri berdebat. 

    Punca salah faham dan perselisihan masyarakat berpunca daripada sebahagian golonganyang terlalu keras memegang satu pendapat tanpa meraikan pendapat ulama' yang

     banyak. Sikap seperti ini wujud dalam kedua-dua golongan yang bertelagah. Jadi, sikaptoleransi yang dipayungi ilmu agama amat perlu dalam menerima amalan tradisimasyarakat yang tidak bercanggah dan mempunyai asalnya dalam agama. 

    46 Muḥammad bin ʻAlī bin Muḥammad bin Abī al-ʻIzz (2008). Syarah Aqidah al-Tahawiyyah. HasanKasnan(terj.). Kuala Lumpur: JAKIM. j.2. h. 285.47 Ibid,.

    48 Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al-Būṭī(1996). Keyakinan Hakiki. Muhammad Sulaiman Yassin(terj.).Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.399.

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    41/42

    39

    Bibliografi

    Abdullah Muhammad Basmeih(2007). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kuala Lumpur:

    JAKIM.

    Abū Dāwud Sulaymān bin Al-Ashʻath(2009). Sunan Abī Dāwud. 7 j. Riyadh: Dar al-Risālah

    al-ʻĀlamiyyah. h 239. 

    Abū Yaʻlā Aḥmad bin ʻAlī(1984).  Musnad Abī Yaʻlā. 13 j. Damsyik: Syarikat Dār Al-

    Ma’mūn li Al-Turāth. 

    Bājūri, Ibrāhīm al- (2011). Tuḥ fa ṯ  al- Murīd . Nuruzzaman MZ(terj.). Kedah: Darul Busyra.

    Bukhari, Muḥammad b. Isma’il Abu ’Abd Allah al- (1994), Sahih al-Bukhari. 9 j. Damsyiq:

    Syarikat Dar al-Fikr.

    Būṭī, Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al- (1996).  Keyakinan Hakiki.  Muhammad Sulaiman

    Yassin(terj). Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia.

    Ḥākim , Abū ʻAbd Allah Muḥammad bin ʻAbd Allah  Al- (1990 ), Al- Mustadrāk ʻalā Al-

    Ṣahīhayn. 4 j. Beirut: Syarikat Dār Al-Fikr Al-ʻIlmiyyah. 

    Hararī , ʻAbd Allah al- (2004).  Al-Shar ḥ  Al-Qawīm fī Ḥal Alfāẓ   Al-Ṣirāṭ   Al- Mustaqīm. 

    Kaherah: Dār Al-Mashāriʻ. 

    Ibn Abī al-ʻIzz Muḥammad bin ̒ Alī bin Muḥammad (2008). Syarah Aqidah al-Tahawiyyah.

    Hasan Kasnan (terj.). 2 j. Kuala Lumpur: JAKIM.

    Ibn `Abd al-Barr, Yūsuf bin `Abd Allah bin Muḥammad (1967).  Al-Tamhīd li mā fī al -

     Muwaṭṭa’ min al - Ma`ānī wa al - Asānid. 24 j. Maghribi: Wizāraṯ  `Umūm al-Awqāfwa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ .

    Ibn Kathīr, Ismāʻīl bin ʻUmar (1999), Tafsīr al -Quran al-`A ẓīm.8 j. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li

    Al-Nashr wa Al-Tawzīʻ. 

    Ibn al-Qayyim, Muḥammad bin Abī Bakr Al-Jawziyyah(t.t.b). Al- Rūḥ. Beirut: Dar al-Kutub

    al-ʻIlmiyyah. 

  • 8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya

    42/42

    Jurjānῑ   , ʻAli bin Muḥammad ʻAli Al-Zain Al-Sharīf Al- (1983),  Al-Ta’rῑfāt . Lubnan:

    Syarikat Dār Al-Kitāb, h. 45. 

    Muslim bin Al-Ḥajjāj  Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣ aḥīḥ Muslim. 5 j.

    Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy. 

     Nawawī , Yaḥyā bin Sharaf Al- (1972), Al- Minhāj Sharḥ Ṣ aḥīḥ Muslim bin Al- Ḥajjāj. 18 j.

    Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy. 

    Qur ṭubī , Muḥammad bin Aḥmad Al- (2015).  Rahsia Alam Kematian. Nabilah Abd

    Jalil(terj.). Selangor : Al-Hidayah Houses of Publisher Sdn. Bhd

    Ramlī, Shams al-Dīn Muḥammad bin Abī Al-ʻAbbās Al- (1984). Nihāyaṯ  Al-Muḥtāj. 8 j.

    Beirut: Syarikat Dār al-Fikr.

    Ṣābūnī, Muḥammad `Alī Al- (1997). Ṣ afwa ṯ  al-Tafāsīr.  3 j. Kaherah: Syarikat Percetakan

    Dār Al-Ṣābūnī. 

    Muḥammad bin ʻĪsā bin Sawraṯ  Al-Tirmidhī(1975). Sunan Al-Tirmidhī . 5 j. Mesir: Musṭafā

    Al-Bābī Al-Ḥalabī. 

    Tirmidhī, Muḥammad bin ʻAlī bin Al-Ḥasan Al-Ḥākim Al- (t.t.b).  Nawādir Al -U  ṣūl fī

     Aḥādīth Al - Rasūl . 4 j. Beirut: Syarikat Dār Al-Jīl. 

    Wizāraṯ  al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ  al-Kuwayt(2007). Al- Mawsūʻaṯ  Al-Fiqhiyya ṯ  

     Al-Kuwaytiya ṯ .45 j. Kuwait: Penerbitan Kementerian.

    Zuḥaylī  , Waḥ ba ṯ  bin Muṣṭafā Al- (1998), Tafsīr Al - Munīr . 30 j. Damsyiq : Dār Al-Fikr Al-

    Maʻāṣir.