isu dan cabaran pentaksiran berasaskan sekolah (1)

Upload: aimi-dayana-jaafar

Post on 13-Apr-2018

875 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    1/15

    ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    DALAM KALANGAN GURU

    Noorzeliana Binti Idris !Norazila"ati Binti A#d$lla% &Sania% Binti se'#a(

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    ABSTRAK

    Sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong

    pelajar-pelajar belajar dan menghafal untuk lulus peperiksaan. Pengetahuan yang

    diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaantidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum.

    Maka Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasakan

    Sekolah (PBS sebagai sebahagian daripada Program !ransformasi Pendidikan) PBSdirancang" ditadbir" di skor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang

    ditetapkan oleh #embaga Peperiksaan Malaysia dan ia merupakan satu bentuk

    penilaian yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah. $amun sejak kebelakanganini banyak keluhan dari guru-guru tentang PBS. Maka kertas ini mengetengahkan isu

    dan cabaran permasalahan guru dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBS.

    Kajian ini membincangkan isu-isu berkaitan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan

    guru dalam menaksir" amalan birokrasi dalam pentaksiran" dan beberapapermasalahan guru sepanjang melaksanakan PBS. Kajian ini telah mengemukakan

    beberapa cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan PBS.

    KATA KUNCI* Pentaksiran Berasaskan Sekolah" ketidaksungguhan" ketidakyakinan

    PENGENALAN

    PBS dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran

    dan pembelajaran. Ia juga merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek"afektif (emosi dan rohani dan aspek-aspek psikomotor (fi%ikal selaras dengan &alsafah

    Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah 'endah (KSS' atau Kurikulum

    Standard Sekolah Menengah (KSSM. bjektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk)

    i mendapatkan gambaran keseluruhan potensi indi*idu

    ii memantau pembangunan indi*idu dan membantu untuk meningkatkan potensiindi*idu

    iii membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran indi*idu

    (#embaga Peperiksaan" +,+

    Komponen PBS terdiri daripada bidang akademik dan bukan akademik seperti 'ajah .

    Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS dan Pentaksiran Pusat (PP"

    manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psiko metrik (PPsi dan

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    2/15

    P

    B

    A K A D EM I KP e n t a k s i r a n

    P u s a tP e n t a k s i r a n

    S e k o l a hB U K A N

    A K A D E M I KP e n t a k s i r a n A k t i v i t i J a s m a n i , S u k a n d a n

    K o k u r i k u l u mP e n t a k s i r a nP s i k o m e t r i k

    Pentaksiran kti*iti /asmani" Sukan dan Kokurikulum (P/SK. Kedua-dua bidang ini memberi

    pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif

    yang berasaskan sekolah (#embaga Peperiksaan Malaysia" +,+.

    Ra+a% , Komponen PBS

    PENTAKSIRAN SEKOLAH

    Pentaksiran sekolah (PS merujuk pentaksiran yang dirancang" dibina" ditadbir" diperiksa" di

    rekod dan di lapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Pentaksiran sekolah dilaksanakan secaraformatif dan sumatif bagi melihat perkembangan pembelajaran murid serta menambah baik

    pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajarandan pembelajaran (PdP. 0ontoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja"

    pemerhatian" kui%" senarai semak laporan tugasan" tugasan rumah dan ujian. Manakala

    pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran" penggal" bulan dan tahun.PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning dan pentaksiran

    tentang pembelajaran (assessment of learning. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk

    pembelajaran (assessment for learning dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment oflearning. PS mempunyai ciri-ciri berikut)

    a. 1olistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dankemahiran yang dicapai oleh murid

    b. Berterusan iaitu akti*iti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP

    c. &leksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan

    murid.

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    3/15

    d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

    (#embaga Peperiksaan +,2

    a) Standard -restasi

    Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan

    seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. 3alam satu tempohpembelajaran" murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark yang terdapat dalam

    standard prestasi. 4uru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan

    akti*iti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus. Standard Prestasi juga menjadisumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak

    langsung seperti murid" guru" ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan

    dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Selain itu" standard prestasijuga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara

    berbanding negara lain. /adual menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan

    tafsirannya. 3engan menggunakan Standard Prestasi)

    a Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai" apa yang ditaksir dan

    kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

    b 4uru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah" apa yang

    ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

    c Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas

    melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

    d Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui

    sistem pendidikan negara.

    /adual Standard Prestasi dan !afsirannya

    PERN.ATAAN TA/SIRAN

    BAND

    Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang

    disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahappenguasaan murid

    STANDARD

    Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu

    dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap

    penguasaan murid.

    PERN.ATAAN

    STANDARD

    Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang

    tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah ) !ahun hingga !ahun5 dan Sekolah menengah rendah ) !ingkatan hingga !ingkatan 2 dan

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    4/15

    digubal berdasarkan bjektif Mata Pelajaran berkenaan.

    DESKRIPTOR

    3eskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan

    boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam

    Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. 3eskriptor setiappernyataan standard adalah berbe%a bagi setiap tahun pembelajaran

    E0IDENS

    1M$rid2

    Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara

    yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.

    E0IDENS

    1Ba%an2

    Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang

    melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. 6*iden

    boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto" grafik" artifakdan laporan

    INSTRUMEN

    lat yang digunakan untuk menguji penguasaan7pencapaian murid bagi

    sesuatu domain seperti 8jian bertulis" 8jian lisan" 3emonstrasi" 8jianamali" Pemerhatian" Kajian #apangan dan sebagainya

    #) Do($'en Standard Prestasi

    3okumen Standard Prestasi dibangunkan oleh #embaga Peperiksaan (#P. 3okumen yangdibangunkan ini mengandungi panduan untuk mentafsir pencapaian murid mengikut tahap-tahap

    pencapaian seperti yang dihasratkan dalam 3okumen Standard Kurikulum. 3okumen StandardKurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum yang mengandungi perkara-

    perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses PdP. /adual + menunjukkan

    contoh 3okumen Standard Prestasi yang mengandungi pernyataan deskriptor dan e*iden bagi

    mata pelajaran Sains tingkatan Satu.

    /adual + 3okumen Standard Prestasi

    BAND PERN.ATAAN

    STANDARD

    DESKIPTOR E0IDENS

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    5/15

    ,

    !ahu

    B,

    Mengetahui konsep dan

    prinsip asas sains

    B,D,

    Menyatakan kerjaya dalam

    sains

    B,D3

    Mengenal pasti sel sebagai unit

    asas kehidupan

    B,D4

    Menyatakan tentang benda-

    benda di sekeliling

    B,D,E,

    Menyenaraikan kerjaya dalam

    bidang sains

    B,D3E,

    Menyatakan sel sebagai unit asas

    kehidupan

    B,D3E3

    Menyenaraikan pelbagai jenis sel

    manusia

    B,D4E,

    Menyenaraikan benda-benda yang

    mempunyai isim dan memenuhi

    ruang.

    AMALAN DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH

    4uru merupakan pihak utama yang bertanggungja9ab dalam pentaksiran pengajaran dan

    pembelajaran pelajar" oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amatdiberi perhatian. !ujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat

    tentang kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar (McMillan" +,,:. Pentaksiran dalam bilik

    darjah merangkumi akti*iti-akti*iti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi(performance assessment" penggredan" mentafsir skor peperiksaan" memberi maklum balas

    tentang hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan. $amun"

    guru seharusnya merancang sebelum pentaksiran dilakukan supaya pentaksiran yang dilakukan

    lebih terancang dan telus. 4uru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP denganmelakukan perancangan berikut;

    a. memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata

    pelajaran yang terdapat dalam 3okumen Standard Kurikulum (3SK.

    b. tentukan kaedah pengajaran serta mengenal pasti kaedah pentaksiran seterusnya

    menyediakan bahan-bahan pengajaran

    c. menyampaikan kandungan mata pelajaran kepada murid dengan menggunakan pelbagai

    strategi mengikut kreati*iti guru

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    6/15

    Guru pilihstandardkurikulumyang akandiajar

    Guru rancangpengajaran,pembelajaran danmenyediakankaedah

    pentaksiranPilih standardkurikulum yangbaru danlaksanakanpengajaran,pembelajaran danpentaksiranseterusnya

    Belummencapaitahappenguasaan

    Telah

    mencapaiTahappenguasaan

    Guru menilaiprestasi murid,

    merekod danmelaporberdasarkanevidens

    Gurumelaksanakanpengajaran danpembelajaran

    danpentaksiran

    Pemulihan

    MULA

    d. menaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar dan melaporkan tahap prestasi

    murid berdasarkan e*idens yang dikemukakan oleh murid.

    4uru melakukan pentaksiran dan sentiasa memastikan berlaku penjajaran strategi dan

    instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Pentaksiran bolehdilakukan secara tidak formal sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian iaitu guru

    menilai murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu" faham dan boleh buat. Pelajar

    pula boleh memberikan e*iden untuk dinilai dalam bentuk proses" produk atau diri murid itu.Sekiranya pelajar telah mencapai standard yang ditetapkan" guru akan meneruskan PdP

    kandungan berikutnya dalam 3SK. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan

    guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Pemilihan strategipengajaran penting bagi membantu murid mendapat pengalaman pembelajaran yang sejajar

    dengan 3SK. 'ajah + menunjukkan 0arta alir penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran

    Sekolah.

    'ajah + Penggunaan

    Standard Prestasi dalam

    Pentaksiran Sekolah

    PELAPORAN

    Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang

    diajar berdasarkan deskriptor yang terdapat dalam 3SP. Pelaporan boleh dilakukan secaraformatif dan sumatif.

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    7/15

    a. Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid melaporkan perkembangan murid dalam

    pembelajaran berdasarkan pentaksiran secara formatif (rujuk 'ajah

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    8/15

    'ajah < Pelaporan sumatif

    ISU DAN CABARAN PBS DALAM KALANGAN GURU

    Ketida(5a(inan 6$r$ dala' -enta(siran

    =alaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalammenaksir murid. Kekurangan pengetahuan" kemahiran dan sumber material menambahkan lagi

    ketidakyakinan mereka dalam pentaksiran. 1al ini pernah diutarakan oleh 'aden (+,,: di mana

    guru mengimpikan latihan yang profesional dalam pentaksiran bagi mendapatkan pengetahuandan kemahiran pentaksiran agar mereka boleh melaksanakan PBS dengan jayanya. 4uru-guru

    mahu dibekalkan dengan sumber material seperti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid

    (PPPM" Manual Pentaksiran" contoh instrumen" contoh pemarkahan dan sebagainya. #atihandan bengkel ini sangat penting untuk memberi kemahiran dan keyakinan kepada guru untuk

    merangka bentuk dan pelaksanaan PBS. Sebahagian ibu bapa juga mempertikaikan cara setiap

    guru mata pelajaran membuat pentaksiran. 3i sebabkan sikap campur tangan ibu bapa yang

    hanya menuding jari" menambahkan lagi ketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.

    Kajian soal selidik #P yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara

    dalam talian (online pada September +,+ mendapati guru kurang memahami mengenai caramelaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran

    formatif. 1al ini adalah kerana" kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai

    bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian muridmenggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.

    Ketida(s$n66$%an 6$r$ dala' Penta(siran

    PBS berperanan menguji dan menilai prestasi murid dari semua segi secara keseluruhan.

    Pentaksiran merangkumi prestasi akademik" kokurikulum dan sahsiah sepanjang murid

    menjalani proses PdP. 4uru yang bertanggungja9ab dan berperanan menjalankan proses PBS iniperlu mengikuti semua langkah dan prosedur pentaksiran. $amun begitu" ketidaksungguhan

    guru dalam menaksir akan menjejaskan seluruh sistem pentaksiran. Kualiti pentaksiran boleh

    dipertikaikan oleh semua pihak jika guru mengambil sikap acuh tidak acuh semasa menaksir

    pelajar. Sekiranya perkara ini berlaku" di bimbangi berlaku ketidakadilan" ketelusan dankeseragaman dalam membuat pentaksiran terhadap murid" sedangkan amalan ini merupakan

    salah satu elemen yang penting dalam menentukan murid mendapat gred yang menepati apa

    yang diusahakan dan diperoleh sepanjang PdP. Perkara ini berlaku kerana kurang pemantauandari pihak atasan. Perkara ini telah dibincangkan dalam kajian !an i Mei (+,, di mana

    kurang pemantauan akan menjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan

    pentaksiran. leh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satu pia9ai atau standardpentaksiran yang sah dan sesuai digunakan terhadap murid. Manakala kajian 0han (+,,>

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    9/15

    mendapati +?@ guru mengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir dan tiada kerjasama

    dengan guru senior dan pihak pentadbir juga tak hiraukan pelaksanaan PBS mereka hanya

    mahukan keputusan sahaja. Perkara ini berlaku juga disebabkan pemarkahan yang telahditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan guru menaksir sambil le9a. !idak bersungguh-

    sungguh kerana rasa tidak puas hati menyebabkan pemarkahan tidak telus

    A'alan Biro(rasi Dala' Penta(siran

    1asil temu bual !an i Mei (+,, dalam kajian beliau dengan guru PBS" mengatakan baha9a

    guru diminta secara am memberi gred yang baik kepada pelajar. rahan ini secara tidak langsung

    mendorong pengurusan PBS ke arah sekadar mengisi keperluan markah" khasnya dalammemberi gred yang baik kepada pelajar. Perkara ini berlaku disebabkan pemantauan dari pihak

    atasan hanya untuk melihat Ahitam putih. Penyataan ini turut disokong dalam kajian !an i Mei

    yang mendapati baha9a pihak /abatan Pendidikan $egeri (/P$ mahupun Pejabat Pendidikan3aerah (PP3 ada membuat pemantauan tetapi hanya secara bertulis iaitu memeriksa laporan-

    laporan yang telah pun difailkan. Menurut !an lagi pemantauan secara amali atau semasa proses

    pelaksanaan PBS kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Pemantauan secara amali ini penting bagimelihat sendiri pelaksanaan PBS oleh guru-guru dan mengkaji di mana cacat celanya. Ini kerana

    jadual pemantauan telah pun disediakan di a9al tahun lagi namun pelaksanaannya tidak

    mengikut seperti mana yang dijadualkan. Menurut !an lagi" pemantauan pelaksanaan PBS oleh

    pihak #P dan /P$ yang sekadar berfokuskan kepada laporan penulisan telah banyakme9ujudkan isu mengenai akauntabiliti penilaian berkenaan. ntaranya meliputi isu perbuatan

    penipuan termasuk pembentukan sikap murid yang tidak serius terhadap projek dan kerja lisan

    yang dijalankan. Ini berlaku kerana pemantauan yang tidak dijalankan pada tahap amali" ataupun penekanan tidak diberi oleh pentaksir terhadap pemantauan pada peringkat proses.

    Per'asala%an G$r$ Se-an+an6 Mela(sana(an PBS

    Sepanjang melaksanakan PBS banyak keluhan guru diluahkan melalui media cetak mahu punmedia sosial. Pernyataan ini bertambah kuat apabila kajian secara Aonline yang dijalankan oleh

    KPM untuk melihat persetujuan guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir C?@ guru

    setuju ia dihapuskan. Ini juga terbukti lagi apabila 9ujud laman diAfacebook yang inginmemansuhkan PBS. Ia disokong oleh lebih C, ribu orang guru

    (https)77999.facebook.com7KamiMahuSPPBS3imansuhkan. !ambahan pula pihak KPM telah

    memberhentikan pelaksanaannya buat seketika pada bulan &ebruari +,2 bagi mengkaji semulasemua rungutan guru tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru. Berikut adalah

    permasalahan yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan PBS)

    Be#anan 6$r$ 5an6 #erta'#a%

    Baru-baru ini Pentaksiran !ingkatan !iga (P!2 membuatkan guru yang mengajar tingkatan tiga

    lebih terkesan dengan bebanan kerja. Ini adalah kerana mereka perlu mengajar" menaksir dan

    https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkanhttps://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan
  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    10/15

    memberi skor kepada pelajar. Sebelum ini Penilaian Menengah 'endah (PM' yang dijalankan

    guru hanya mengajar dan guru luar terlibat dalam penandaan kertas ja9apan dan memberi

    markah kepada pelajar. Bebanan semakin bertambah apabila guru memegang ja9atan-ja9atanpenting di sekolah yang memaksa guru keluar sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi

    tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-tugasan penting. Secara tidak langsung" guru

    tertinggal banyak masa untuk mengajar dan mentaksir pelajar. cara atau akti*iti di sekolah jugasedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru dalam melaksanakan PBS.

    CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS DALAM KALANGAN GURU

    PERBAN.AKAN LATIHAN DAN BENGKEL DALAM PENTAKSIRAN

    Ilmu pentaksiran sangat penting kepada seseorang guru bagi melaksanakan pentaksiran yang

    telus. 3engan ilmu ini pentaksiran guru akan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yangtinggi. Kajian Stiggins (+,,? juga mendapati tidak ramai guru yang betul

    betul bersedia dalam

    melakukan pentaksiran bilik darjah kerana mereka tidak berpeluang untuk mempelajari teknik

    teknik dan amalan pentaksiran yang betul. Selama ini 9akil setiap sekolah akan dihantar untukmendapatkan ilmu tersebut dan akan menyampaikan semula kepada guru-guru sama ada secara

    formal atau tidak formal. Kesannya" maklumat yang disampai mungkin bukan sepenuhnya atau

    mungkin berlaku kesilapan penyampaian maklumat. 3engan dapatan kajian !an (+,, yangmendapati guru kurang yakin melaksanakan PBS disebabkan kurang pengetahuan dan

    kemahiran" maka pihak /P$ harus turun ke sekolah-sekolah secara berperingkat untuk memberi

    pendedahan yang secukupnya. 4uru boleh bersoal ja9ab dan berkongsi masalah yang dihadapiserta mendapat maklum balas serta-merta. Penyampaian ilmu ini mungkin boleh dibuat dua kali

    setahun memandangkan masalah akan timbul setelah melalui proses pelaksanaan. Maka proses

    pentaksiran akan berjalan dengan lancar apabila semua permasalahan telah dapat diselesaikan"9alaupun secara perlahan-lahan.

    PEMANTAUAN .ANG KONSISTEN DAN BERMATLAMAT

    Pihak /P$7PP3 mahu pun pentadbir sekolah seharusnya memantau semasa proses pentaksiranberlaku dan bukan memantau guru-guru dari segi lisan yang bertulis. Ini adalah kerana laporan

    bertulis mungkin boleh direka dan bukan dalam keadaan sebenar. Maka sebaiknya pemantauan

    perlu dilihat sendiri oleh pega9ai yang bertanggungja9ab sejauh mana pelaksanaannya. Ia juga

    berguna untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses pentaksiran berlaku.

    3engan itu penambahbaikan boleh segera dibuat bagi mengatasi segala permasalahan yangditanggung oleh guru. Kekerapan pemantauan juga boleh menjamin kualiti sesuatu pentaksiran.

    Ini adalah kerana guru-guru perlu sentiasa bersedia dengan proses sebelum" semasa dan selepaspentaksiran. Kajian secara online yang dibuat oleh #P pada September +,+" mendapati >,@

    guru tahun " + dan 2 serta :2@ guru tingkatan " tidak jelas tentang konsep pentaksiran. 4uru-

    guru ini menyatakan pentaksiran dilakukan selepas pengajaran sedangkan pentaksiran bolehdilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Stiggins +,,?. Maka dengan adanya

    pemantauan" masalah sebegini boleh dikesan dan tunjuk ajar boleh diberikan secara langsung.

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    11/15

    KURANGKAN GANGGUAN DALAM PENTAKSIRAN

    Program sekolah harus dikurangkan supaya tiada gangguan semasa pentaksiran dijalankan. Pihak

    pentadbir perlu memberi kerjasama dengan tidak terlalu membebankan guru dengan tugasanyang bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana guru perlu lebih masa

    untuk yang melibatkan akti*iti pentaksiran di mana guru perlu merancang dengan teliti danmenepati objektif pengajaran yang telah ditetapkan di a9al pengajaran dan pembelajaran.

    Program sekolah yang kerap diadakan di 9aktu persekolahan sedikit sebanyak mengganggu

    perancangan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Kalau dilihat rasional kepada perlunya

    pelaksanaan PBS adalah (King D Brath9aite" >>)

    i. ia menaksir sesuatu objektif yang tidak dapat ditaksir melalui ujian bertulis biasa.

    ii. ia memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan atau kemahiran yangmereka kuasai.

    Maka dengan ini perlunya guru dan pelajar beri penumpuan penuh kepada akti*iti pengajarandan pembelajaran untuk memastikan kualiti pentaksiran mencapai pia9aian yang ditetapkan.

    RUMUSAN

    4uru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalam pentaksiran supayakeseragaman dan kejituan dalam memberi skor. Pihak sekolah perlu mengurangkan akti*iti-

    akti*iti yang mengganggu guru dalam PdP. Pihak atasan juga perlu memantau dan sentiasa

    memberi penekanan dalam akti*iti pentaksiran. Pelajar dan ibu bapa perlu diberi pendedahantentang kepentingan PBS supaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    12/15

    BIBLIOGRA/I

    0han Euen &ook +,,2. Pendektan Penilaian:satu tinjauan dari aspek kesesuaiannya dalam

    penilaian program latihan. /urnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Institutminudin Baki 2() 5?-:

    0han Euen &ook" 4urnam kaur Sidhu" Md 'i%al Bin Md Eunus +,,>. School-based Assessment.nhancing !no"ledge and best Practices. 8ni*ersity Publication 0entre 8!M Shah

    lam.

    /. Braith9aite" >> #he $riminal $lass and the %aking and &reaking of Australia'ustralian

    and $e9 Fealand /ournal of 0riminology" +>-,

  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    13/15

    !an i Mei +,,Pentaksiran &erasaskan Sekolah (P&S* di %alaysia. !esediaan ,uru' Isu dan

    Panduan Pelaksanaan. 4erak Budaya 6nterprise" Kuala #umpur. !esis 3oktor &alsafah.

    8ni*ersiti Kebangsaan Malaysia" Bangi

    BIODATA DAN ALAMAT PENULIS

    Noorzeliana IDRISmerupakan seorang pemegang biasis9a Ph3 Kementerian Pendidikan

    Malaysia yang sedang mengikuti &alsafah Kedoktoran dalam bidang Penilaian Pendidikan di

    &akulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia" 8ni*ersiti Pendidikan Sultan Idris" MalaysiaBeliau merupakan guru Matematik yang berpengalaman selama 5 tahun di sekolah rendah

    dan menengah sebelum mengikuti Ph3. Beliau juga memiliki Sijil Perguruan sas (Sains D

    Matematik di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka" Ija%ah Sarjana Muda

    Pendidikan Matematik di 8ni*ersiti Pendidikan Sultan Idris" dan Ija%ah Sarjana PendidikanMatematik di 8ni*ersiti Kebangsaan Malaysia.

    $oor%eliana I3'IS

    &akulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

    8ni*ersiti Pendidikan Sultan Idris

    !anjung Malim" 2?>,, Perak

    Malaysia

    6-mail ) elly2,Gyahoo.com

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    14/15

    Norazila"ati ABDULLAHmerupakan pensyarah kanan di &akulti Pendidikan danPembangunanManusia" /abatan Pengajian Pendidikan 8ni*ersiti Pendidikan Sultan

    Idris" Malaysia. Beliauadalah seorang guru sebelum berkhidmat sebagai pensyarah

    di 8ni*ersiti Pendidikan SultanIdris" Perak. Pendidikannya sebagai pelajar

    Sarjanamuda Sains 3engan Pendidikan iaituPendidikan (Sains adalah di 8ni*ersitiKebangsaan Malaysia(+,,+" peringkat Sarjana- Pendidikan (Sains 8ni*ersiti

    Kebangsaan Malaysia(+,,? dan 3oktor &alsafah (Ph.3 -Pendidikan (Sains8ni*ersiti Kebangsaan Malaysia(+,,. Kajian-kajian beliau banyak dibentangkan di

    peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga mendapat beberapa anugerahantaranya !okoh Perkhidmatan 0emerlang dan Pingat Perkhidmatan m"

    K6S!8$ ==S$ $8S$!'" +,2.

    $ora%ila9ati B38##1

    8ni*ersiti Pendidikan Sultan Idris

    &akulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

    !anjung Malim 2?>,, Perak

    M#ESI

    6. Mail)noraGfppm.upsi.edu.my

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/26/2019 Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

    15/15

    Sania% SEMBAK merupakan pelajar Ph3 secara sambilan dan berkhidmat sebagai

    guru di sekolah menengah di Melaka. Beliau adalah pelajar di &akulti Pendidikan dan

    Pembangunan Manusia" 8ni*ersiti Pendidikan Sultan Idris" Malaysia dalam bidang

    Pengajian Kurikulum. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 5 tahun

    dan telah menamatkan Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi di 8ni*ersiti

    Pendidikan Sultan Idris pada tahun +,,< serta Sarjana Pendidikan Sains +,di

    8ni*ersiti Kebangsaan Malaysia.

    Saniah S6MBK

    8ni*ersiti Pendidikan Sultan Idris

    &akulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

    !anjung Malim 2?>,, Perak

    M#ESI

    6. Mail) sannHsanny5C5Gyahoo.com

    mailto:[email protected]:[email protected]