isu sosial atau isu moral ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau kesemua anggota masyarakat

Upload: azri-seongsaengnim

Post on 09-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    1/9

    Isu sosial atau isu moral ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau

    kesemua anggota masyarakat, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dan

    dianggap sebagai masalah, kontroversi yang berkaitan dengan nilai moral, atau kedua-

    duanya sekali. Ia termasuk persoalan kemiskinan, keganasan, pencemaran,

    ketakadilan, penindasan hak asasi manusia, diskriminasi, dan jenayah, selain daripada

    keguguran, perkahwinan homoseksual, kawalan senjata api, dan pergolakan antara

    penganut sesuatu agama dengan penganut agama yang lain. Isu sosial juga berkait

    dengan struktur masyarakat, termasuk konflik kepentingan antara anggota komuniti,

    dan berada di luar kawalan mana-mana individu.

    Di dalam subjek isu-isu moral untuk semester ini, kami semua telah diberikan

    tugasan untuk menjalankan kajian seterusnya membuat satu laporan berkaitan dengan

    isu-isu moral. Sebelum menjalankan kajian ini, kami semua telah dibahagikan kepada

    beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan pergerakan disamping memastikan

    keselamatan masing-masing terjamin semasa melakukan kajian tersebut. Antara

    masalah yang dikaji oleh kumpulan kami ialah berkaitan dengan isu berkaitan

    gelandangan, eksploitasi budak-budak, peminta sedekah dan vandalisme. ami telah

    melakukan kajian ini di sekitar kawasan uala !umpur iaitu di sekitar "asjid #amek,

    $asar Seni dan $etaling Street.

    Sebelum kami melakukan kajian ini, kami semua telah melakukan satu

    perjumpaan untuk bersama-sama berbincang tentang masalah apa yang hendak dikaji

    dan tempat kajian. Setelah mendapat kata sepakat mengenai masalah, masa dan

    tempat kajian, kami semua beralih kepada topik lain dengan membincangkan mengenai

    masalah pengangkutan. "enerusi hasil perbincangan, kami semua telah mendapat

    kata sepakat dengan memutuskan bahawa bas akan menjadi pengangkutan utama

    kami untuk bergerak ke tempat kajian.

    $ada hari kejadian,iaitu pada hari sabtu bersamaan %& mac '(%) kami semua

    terlebih dahulu berkumpul di depan *A+ lama untuk menaiki bas untuk ke tempat

    kajian. Setelah hampir sejam perjalanan, akhirnya kami semua tiba di uala !umpur

    iaitu di perhentian bas ! Sentral. Setelah selesai bersarapan, kami semua telah

    bergerak untuk menuju ke tempat kajian yang telah ditetapkan sebelum ini. Sepanjang

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    2/9

    kajian ini dilakukan, kami semua telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temu

    bual untuk mendapatkan maklumat tentang isu-isu moral yang kami kaji. Setelah

    hampir seharian kami membuat kajian, akhirnya kami berjaya mendapatkan banyak

    bahan bukti tentang isu yang dikaji seperti gambar dan video temubual antara

    penduduk di sekitar tempat kajian. Setelah objektif kajian tercapai, kami semua

    berkumpul kembali untuk melihat bahan bukti yang kami berupaya dapatkan. Setelah

    berpuas hati dengan bahan bukti tersebut, kami semua telah mengambil keputusan

    untuk pulang semula ke tanjung malim.

    Selepas kajian dijalankan, kami sekali lagi mencari satu tarikh yang sesuai untuk

    membincangkan bersama ahli kumpulan lain tentang hasil kajian yang telah dilakukan.

    Dalam perbincangan ini, kami semua membincangkan tentang cara untuk membuat

    laporan tentang kajian yang telah dijalankan untuk dihantar pada minggu yang ke tujuh.

    Semasa perbincangan ini dijalankan, kami semua telah mengumpulkan bahan bukti

    yang diperoleh semasa kajian dijalankan bagi memastikan setiap ahli kumpulan

    melampirkan bahan bukti dalam setiap laporan yang dibuat oleh ahli. Setelah selesai

    perbincangan, kami semua pulang ke rumah masing-masing untuk menyiapkan laporan

    masing-masing.

    Sebagai kesimpulannya, kajian yang telah dilakukan oleh kami boleh dikira

    sebagai berjaya kerana matlamat sebenar kajian telah tercapai. Di samping itu, dalam

    mengatasi masalah berkaitan dengan isu-isu moral ini, semua pihak perlulah

    berganding bahu dan tidak hanya meletakkan beban ini kepada pihak kerajaan sahaja.

    ita sebagai masyarakat "alaysia perlulah sentiasa peka akan isu-isu moral ini dan

    perlu memberikan bantuan semampu mungkin untuk mengatasi masalah ini.

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    3/9

    LAMPIRAN

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    4/9

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    5/9

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    6/9

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    7/9

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    8/9

  • 7/22/2019 Isu Sosial Atau Isu Moral Ialah Perkara Yang Mempengaruhi Kebanyakan Atau Kesemua Anggota Masyarakat

    9/9