kajian sekolah masyarakat

23
KAJIAN TERHADAP PENGARUH PERSEKITARAN BILIK DARJAH TERHADAP PENCAPAIAN PMR DARIPADA PERSEPSI PELAJAR Amizah Binti Yusof 1) Siti Hijariah Binti Osman 2) Siti Maizura Binti Ismail 3) Siti Rohayah Binti Sheik Omar 4) Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengkajisejauh mana pengaruh persekitaran bilik darjah mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam PMR. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran bilik darjah dari aspek penyertaan pelajar, interaksi guru dan pelajar dan keterampilan pengajaran guru. Kajian ini dijalankan di tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang melibatkan empat buah sekolah. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 200pelajar tingkatan empat dan limadengan menggunakan instrumen soal selidik. Hasil daripada dapatan ini menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam perbincangan dalam bilik darjah, hubungan baik antara guru dan pelajar,dan peranan guru menyatakan isi- isi penting dan memberi lebih tumpuan pelajar amat mempengaruhi tahap pencapaian pelajar di dalam PMR.Faktor-faktor inilah yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam PMR. Kajian ini adalah untuk memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan dan dapat menjalani kehidupan yang cemerlang.

Upload: siti-rohayah-shik-omar

Post on 03-Jul-2015

1.727 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KAJIAN TERHADAP PENGARUH PERSEKITARAN BILIK DARJAH TERHADAP PENCAPAIAN PMR DARIPADA PERSEPSI PELAJAR

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian sekolah masyarakat

KAJIAN TERHADAP PENGARUH PERSEKITARAN BILIK DARJAH TERHADAP

PENCAPAIAN PMR DARIPADA PERSEPSI PELAJAR

Amizah Binti Yusof 1)

Siti Hijariah Binti Osman2)

Siti Maizura Binti Ismail3)

Siti Rohayah Binti Sheik Omar 4)

Fakulti Pendidikan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkajisejauh mana pengaruh persekitaran bilik darjah

mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam PMR. Objektif kajian ialah untuk

mengenalpasti pengaruh persekitaran bilik darjah dari aspek penyertaan pelajar, interaksi

guru dan pelajar dan keterampilan pengajaran guru. Kajian ini dijalankan di tiga buah negeri

iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang melibatkan empat buah sekolah. Reka bentuk

penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang

melibatkan 200pelajar tingkatan empat dan limadengan menggunakan instrumen soal selidik.

Hasil daripada dapatan ini menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam perbincangan

dalam bilik darjah, hubungan baik antara guru dan pelajar,dan peranan guru menyatakan isi-

isi penting dan memberi lebih tumpuan pelajar amat mempengaruhi tahap pencapaian pelajar

di dalam PMR.Faktor-faktor inilah yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam

PMR. Kajian ini adalah untuk memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan dan dapat

menjalani kehidupan yang cemerlang.

Page 2: Kajian sekolah masyarakat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan

rapi, sistematik dan holistik. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif dalam kalangan warga

pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi meletakbetulkan

(reposition) dan merekayasa (reengineer) sistem pendidikan kita supaya berkualiti dan

berjaya melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri. Pemantauan, penilaian dan

penambahbaikan akan terus menjadi elemen yang akan ditekankan dalam kitaran

perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara (PIPP, 2006, p. 4).

Sesungguhnya peranan guru adalah untuk menghadapi dan memenuhi cabaran.

Sekiranya asas ini berjaya dibentuk melalui pendidikan, dengan sendirinya individu itu dapat

menyerapkan nilai-nilai dan etika yang luhur dalam kehidupannya, masyarakat dan negara.

Berdasarkan asas yang kukuh, masyarakat penyayang yang bermula dengan keluarga dapat

dibina.Pendidikan adalah wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat

terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, dan berfungsi sebagai wacana yang

kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsadan negara. Pendidikan yang

mampu menghadapi cabaran dan tuntutan seharusnya mempunyai paksi atau teras yang

kukuh iaitu keTuhanan. Jadi, adalah arnat wajar bagi pendidik untuk melakukan perubahan

dalam sistem pendidikan, agar pengubahsuaian, serta pemantapan dapat dilakukan untuk

menyelamatkan agama, umat dan negara selaras dengan kehendak Wawasan 2020.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam

semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi.

Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai dengan

usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal dengan cemerlang.

Kecemerlangan tidak akan datang bergolek, ia hanya dapat dimiliki dengan usaha dan susah

payah.

Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar-pelajar haruslah berusaha

mencari ilmu yang banyak. Tanpa ilmu, hidup manusia tidak akan sempurna dan akan

ketinggalan daripada orang yang mempunyai ilmu yang banyak. Bagi pelajar yang berilmu

sudah tentu akan mencapai kecemerlangan hidup. Dalam kajian ini, faktor yang

Page 3: Kajian sekolah masyarakat

mempengaruhi persekitaran bilik darjah mempengaruhi tahap kecemerlangan akademik

pelajar. Sekiranya faktor-faktor ini tidak ditangani dengan segera maka pencapaian akademik

pelajar terus merosot.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Proses pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Hal ini kerana terlalu banyak

perkara yang berlaku secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ).

Masalah yang dikaji terdiri aspek penyertaan pelajar dalam bilik darjah, interaksi guru dan

pelajar serta keterampilan pengajaran guru dalam bilik darjah.

Proses pembelajaran berlaku dalam masyarakat sama ada masyarakat sekolah dan

juga masyarakat umum. Penyelidik juga turut meninjau apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi tahap pencapaian PMR pelajar? Selain itu, penyelidik juga telah meninjau

sejauh mana penglibatan antara guru dan pelajar dalam bilik darjah? Penyelidik juga

meninjau sejauh mana keberkesanan ketrampilan guru dalam bilik darjah?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat ini melibatkan sekolah aliran biasa yang melibatkan tiga buah negeri iaitu

Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.Soalan soal selidik yang dibuat ialah seperti berikut:

1.Latar Belakang Pelajar

Melibatkan jantina,keturunan,gred PMR dan pencapaian ibu bapa.

2.Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah

Melibatkan soalan penglibatan pelajar dalam perhatian guru,perbincangan isu

semasa,peluang yang diberikan guru kepada pelajar,guru menggalakkan penyertaan

pelajar secara individu dan guru menggalakkan pelajar mengemukakan idea sendiri.

3.Interaksi Guru dan Pelajar

Melibatkan jalinan hubungan yang baik dengan guru,kesungguhan guru memahami

masalah pembelajaran,penglibatan guru dalam membantu pembelajaran dan

penghargaan yang diberikan oleh guru terhadap usaha pelajar.

4.Keterampilan Pengajaran Guru

Soalan yang dikemukakan seperti adakah guru menyatakan objektif pelajaran dengan

jelas,pengajaran guru mengikut sukatan pelajaran,adakah guru menyampaikan

pengajaran dengan jelas dan adakah guru mengaitkan isi pelajaran dengan contoh dan

gambaran yang berkesan.

Page 4: Kajian sekolah masyarakat

1.5 BATASAN KAJIAN

Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa batasan kajian yang dihadapi oleh penyelidik.

Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga kaedah yang diguna pakai. Hal ini

akan memberi kesan kepada penyelidikan yang dilakukan. Batasan tersebut adalah seperti

berikut :

i. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala

maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik.

Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan

keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.

ii. Kesukaran penyelidik untuk mendapatkan responden kategori cemerlang PMR kerana

kebanyakan responden yang cemerlang telah memasuki sekolah asrama penuh.

iii. Dari segi kos, kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh penyelidik. Maka ianya akan

menjadi bebanan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini.Ini disebabkan oleh

elaun pengajian yang tidak diperolehi lagi. Penyelidik terpaksa berulang-alik dari

tempat pengajian iaitu Tanjung Malim ke sekolah-sekolah yang terlibat seperti

Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Berkat kesungguhan dan kerjasama yang

diberikan oleh semua ahli kumpulan, penyelidik dapat menyiapkan kajian dengan

masa yang telah ditetapkan

iv. Kesukaran untuk mencari waktu yang sesuai untuk menjalankan kajian. Kebanyakan

pelajar semasa kajian dibuat berada dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Jadi pihak penyelidik tidak boleh menganggu proses P&P tersebut dan

terpaksa menunggu sehingga kelas tamat. Karenah dari pihak pentadbiran juga tidak

kurang hebatnya. Terlalu banyak prosedur yang terpaksa penyelidik patuhi.

v. Selain itu, salah seorang daripada ahli kumpulan kami menghadapi masalah keluarga.

Ayahandanya sakit dan terlantar dihospital. Beliau terpaksa berulang-alik dari

hospital. Tetapi berkat kesabarannya rintangan tersebut dapat diharungi oleh beliau.

Page 5: Kajian sekolah masyarakat

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar dalam PMR dari aspek persekitaran bilik darjah. Dalam kajian ini, faktor

yang dikaji ialahlatar belakang pelajar yang melibatkan jantina,keturunan,gred PMR dan

pencapaian ibu bapa. Faktor kedua ialah pengaruh persekitaran bilik darjah daripada aspek

penyertaan pelajar, interaksi antara guru dan pelajar dan keterampilan pengajaran guru.

Aspek–aspek ini dianggap sebagai aspek yang penting dalam meningkatkan pencapaian

akademik pelajar dalam PMR.

Kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada guru betapa pentingnya peranan

guru kepada pelajar dalam bilik darjah dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kajian

ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran kepada pihak guru dan sekolah tentang

kelengkapan dan keperluan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Hasil dapatan daripada kajian ini akan memberikan satu garis panduan kepada gurut

betapa pentinganya persekitaran bilik darjah yang mampan kepada pelajar. Kajian ini juga

merupakan satu alternatif meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar dalam usaha

membentuk insan yang berjaya dan berkualiti.

1.7 PENUTUP

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian. Untuk mencapai keseimbangan dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakan

program yang berpotensi member bantuan serta bimbingan kepada pelajar dalam usaha

menjadi individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

Page 6: Kajian sekolah masyarakat

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan memerlukan guru

yang memiliki kemahiran-kemahiran yang merangkumi, boleh mengembangkan keupayaan

untuk memahami dan mempunyai visi; mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang

berkesan; memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; memahami bilik darjah

adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. Bagi

menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankan tiga

pendekatan iaitu Pendekatan Eksekutif; Pendekatan Empati; dan Pendekatan Liberal.

Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilik darjah yang

mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan

sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti peranan

kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan

mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif

pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah dengan merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil

pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terserlah

dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama

murid-murid ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Peranan kepimpinan guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang,

memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai

matlamat. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya mengubah penakulan

tingkah laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian matlamat. Agenda

bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan peranan kepimpinan guru.

lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosial

murid-murid. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunci utama dalam agenda bilik

darjah iaitu hak, tanggungjawab, peraturan dan rutin. Ketika mengaplikasikan teori

kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan satu respon yang jelas, yang boleh

disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah laku

murid. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh murid pada situasi

tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah

dipersetujui dan dipatuhi dari segi empat hak asasi murid iaitu; hak murid untuk belajar; hak

Page 7: Kajian sekolah masyarakat

guru untuk mengajar; hak setiap individu untuk aspek keselamatan dari segi fizikal dan

psikologi; dan hak setiap individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan.

Hook dan Vass (2000), telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara

mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah iaitu; mencari

keseimbangan antara dorongan dengan teguran, membangunkan interaksibersama murid;

melibatkan murid dengan aspirasi dan harapan; mengekalkan hubungan kerja yang sempurna,

mengamalkan cara membuat pilihan yang bererti; memberi jaminan faktor keselamatan dan

keyakinan; meletakkan diri murid sebagai sebahagian daripada bilik darjah; fokus kepada

perkara baik yang dilakukan; dan ketrampilan guru. Glickman (1990) menegaskan bahawa

peranan kepimpinan guru akan dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya pemimpin

tersebut mempunyai tiga kategori utama iaitu keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang

luas; tugasan dan tanggungjawab; dan keperluan mempraktik kemahiran dan kepakaran.

Seorang guru yang mengajar di sekolah wajib menguasai pengetahuan yang

mendalam dalam bidang yang hendak diajar untuk memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan, guru dapat

memberi respon yang positif dan memenuhi keperIuan ingin tahu murid yang mana

keyakinan diri murid dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada murid, guru harus

menekankan pada matlamat setiap tugasan dan murid pula patut memahami prosedur

menimba ilmu dangan penemuan diri. lni bermaksud murid dalam keadaan positif dan

berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahli-ahli

kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik. Seterusnya, murid berfikir untuk

penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif

pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang

bercorak-heterogen membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam

usaha mencari penyelesaian masalah, murid perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan

sesi eksperimen serta mencari rujukan samada daripada medium guru, buku atau internet.

Dalam konteks ini, guru sebagai pemerhati dan fasilitator menilai proses

pembelajaran murid serta hasil tugasan mereka. Dengan kaedah pendekatan ini, murid

berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan dan keyakinan diri khususnya dalam

penerokaan pencarian fakta atau urutan sejarah dari setiap penemuan dan aktiviti yang

dilakukan. Di akhir sesi, guru harus memberi pujian dan sokongan serta ganjaran ke atas

usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam penglibatan mereka dalam proses pembelajaran

yang aktif dan memanipulasi ruang bilik darjah sebagai sumber berinteraksi yang berkesan.

Page 8: Kajian sekolah masyarakat

Kajian-kajian lepas yang telah dibuat berkaitan dengan tajuk ini lebih fokus kepada

peranan kepimpinan guru dan keberkesanan pengajaran dalam iklim bilik darjah.Isu yang

masih belum selesai dibincangkan ialah berkenaan memartabatkan profesion keguruan ke

arah guru mendokong pekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik bersedia

mendukung aspirasi negara.Guru juga berperanan sebagai agen perubahan dan kepimpinan

dalam pendidikan yang bermula dalam bilik darjah melalui proses pendidikan formal atau

informal seterusnya diperluaskan di sekolah,masyarakat dan negara.Di samping itu,isu

mengenai kemahiran ICT dan teknikal yang masih tidak dikuasai guru dalam meningkatkan

minat pelajar menguasai ilmu masih menjadi kekangan untuk guru menyampaikan maklumat

kepada pelajar dengan cara berkesan.Guru perlu memperbanyak penggunaan alat bantu

mengajar seperti menggunakan komputer,projektor LCD,video,carta dan kemahiran ICT

supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih berinteraktif dan kepelbagaian.Dalam masa

yang sama guru boleh menggunakan borang,bahan edaran serta keratan akhbar untuk

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan mencabar.Permasalahan

wujud apabila terdapat permintaan dan kekurangan guru ,guru yang tidak mempunyai opsyen

yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran tertentu,saiz kelas yang besar dan

sebagainya.Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan

diri dalam aspek peranan kepimpinan guru di samping kepimpinan pendidikan.

Menurut kajian Porter dan Brophy(1998) terhadap pengajaran,terdapat penentu utama

guru yang berkesan iaitu dapat mencari maklumat akademik dan sosialisasi,mempunyai

penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam,penerangan yang jelas dan

terperinci,menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat,membetulkan salah

faham permahaman fakta atau konten dalam kalangan murid,memperkembangkan

pengalaman murid dan mendambakan diri sebagai seorang guru yang reflektif.

Page 9: Kajian sekolah masyarakat

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kaedah di dalam kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang

dikehendaki diperoleh penyelidik. Kaedah dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian

dan mempengaruhi hasil dapatan yang akan diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan dalam

“Kajian Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah Terhadap Pencapaian PMR Pelajar” ini ialah

kaedah soal selidik. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan

pendidikan ini. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta – fakta,

kepercayaan , perasaan, kehendak dan sebagainya.

Menurut Mohd. Majid Konting ( 1993 ), soal selidik lebih praktikal dan berkesan

digunakan untuk populasi yang besar. Beliau juga berpendapat bahawa dengan menggunakan

kaedah soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden

terhadap rangsangan soalan yang diberikan.

Umumnya terdapat dua jenis soal selidik. Pertama, soal selidik jawapan dipilih di

mana subjek dikehendaki memilih jawapan tepat terhadap soalan atau rangsangan yang

dikemukan. Kedua ialah soal selidik jawapan diberi. Dalam kajian ini penyelidik telah

menggunakan kaedah soal selidik yang pertama iaitu soal selidik jawapan dipilih. Kaedah ini

akan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat data yang dikehendaki dan

sekaligus mendapat hasil yang memuaskan. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik

membuat analisis bagi kajian yang dijalankan.

3.2 MASA DAN TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah berlainan di tiga buah negeri sebagai sampel.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya, Pulau Pinang,

SMK Seri Intan, Machang, Kelantan, SMK Seri Gunung, Alor Setar dan Kolej Sultan Abdul

Hamid, Alor Setar, Kedah. Para responden adalah terdiri daripada latar belakang yang

berbeza - beza. Seramai 200 orang pelajar dari pelbagai bangsa yang berada di tingkatan

empat dan lima telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa kajian yang

diperlukan untuk membuat penyelidikan pada musim cuti pertengahan semester.

3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Kepentingan reka bentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik menjalankan kajian

dengan lebih teratur. Pada peringkat permulaan kajian, data – data yang berkaitan dengan

Page 10: Kajian sekolah masyarakat

tajuk kajian telah dikumpul dan dianalisis. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan

ialah kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Sebelum kajian dijalankan

perkara seperti latar belakang , objektif, kepentingan kajian telah dikenal pasti.

Kajian ini merupakan satu kajian deskriktif dengan menggunakan kaedah

pengumpulan data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih

murah dan masa yang diperuntukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh

memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat,

responden berada di tempat dan mempunyai masa mereka yang sesuai. Di samping itu juga,

soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih

mudah untuk dianalisis. Data kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal

selidik. Melalui kajian ini, ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.

3.4 PROSEDUR KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini melibatkan pelajar-pelajar lepasan PMR samada yang berada di

tingkatan empat danlima sebagai sampel. Sebelum membuat kajian penyelidik perlu meminta

kebenaran daripada pihak yang berkaitan. Kajian berbentuk soal selidik ini dijalankan di

sekolah. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang yang

mempengaruhi pencapaian PMR para pelajar kesan daripada pengaruh persekitaran bilik

darjah daripada persepsi pelajar. Segala perbincangan ini adalah berlandaskan kepada

persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukan dalam Bab 1.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Menurut Azhar Harun ( 2004 ), instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk

mengumpulkan maklumat seperti soal selidik. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang

dibina sendiri oleh penyelidik. Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, kajian rintis

telah dijalankan.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama.

Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan kepada para responden. Soalan soal selidik

kajian ini terdiri daripada 16 soalan yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A terdiri

daripada pernyataan yang bertujuan untuk mengenalpasti ciri – ciri demografi manakala

bahagian B meliputi 15 pernyataan mengenai punca kelemahan pembelajaran. Penyataan ini

kemudiannya akan dianalisis.

Page 11: Kajian sekolah masyarakat

3.6 PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokuskan kepada sumber

data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data

primer dan maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik.

Dalam kajian ini, data – data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik

yang diedarkan kepada responden yang terpilih. Data ini merupakan sumber maklumat yang

terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil

penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas. Bagi mendapatkan bahan dan maklumat

untuk kajian ini, rujukan telah di buat di Perpustakaan Tunku Bainun ( UPSI ). Selain itu,

sumber bagi data sekunder ini juga turut diperolehi daipada jurnal – jurnal, buku rujukan dan

juga maklumat daripada laman web.

Tempoh yang diberikan untuk memulangkan borang soal selidik adalah selama lima

hari. Hasil kajian itu kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting. Hasil

kajian seterusnya dianalisis oleh penyelidik.

Page 12: Kajian sekolah masyarakat

A. Latar Belakang (Sila bulatkan pada nombor yang berkenaan)

1. Jantina : 1. Lelaki 2. Perempuan

2. Keturunan : 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Bidayuh

5. Kadazan 6. Dayak

3. Gred Subjek PMR: Gred

1. Bahasa Malaysia - _________

2. Bahasa Inggeris - _________

3. Matematik - _________

4. Sains - _________

5. Sejarah - _________

6. Geografi - _________

7. Pendidikan Islam - _________

8. Kemahiran Hidup - _________

9. Lain-lain, sila nyatakan: - _________

10. Lain-lain, sila nyatakan: - _________

4. Pencapaian akademik tertinggi ibu-bapa anda: (sila gariskan yg berkenaan)

1. Bapa - SRP/SPM/STPM-Diploma/Ijazah/Sarjana/Kedoktoran

2. Ibu - SRP/SPM/STPM-Diploma/Ijazah/Sarjana/Kedoktoran

Tajuk Kajian Soal Selidik:

Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah Terhadap Pencapaian

Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah: Persepsi Pelajar

Bahagian I: Latar Belakang Pelajar

Page 13: Kajian sekolah masyarakat

(Arahan: Sila gunakan skala di bawah dan bulatkan pada nombor yang berkenaan pada

setiap soalan)

Skala:

5 - Sangat Setuju (SS)

4-Setuju (S)

3-Agak Setuju (AS)

2-Tidak Setuju (TS)

1-Sangat Tidak Setuju (STS)

B: Penyertaan Pelajar

Perkara-perkara berikut mempengaruhi pencapaiansaya dalam pembelajaran

di peringkat Penilaian Menengah Rendah:

No

. Penyataan STS TS AS S SS

1. Perhatian dan tumpuan guru terhadap saya 1 2 3 4 5

2. Perbincangan isu semasa ketika pengajaran guru di bilik

darjah 1 2 3 4 5

3. Guru memberi peluang kepada setiap pelajar dalam

kelas untuk menyertai perbincangan 1 2 3 4 5

4. Guru menggalakkan penyertaan individu. 1 2 3 4 5

5. Guru menggalakkan pelajar mengemukakan idea sendiri 1 2 3 4 5

C: Interaksi Guru Dan Pelajar

Perkara-perkara berikut mempengaruhi pencapaiansaya dalam pembelajaran

di peringkat Penilaian Menengah Rendah:

No Pernyataan STS TS AS S SS

1. Jalinan hubungan yang baik dan bersefahaman dengan

guru 1 2 3 4 5

2. Kesungguhan guru untuk memahami masalah

pembelajaran saya 1 2 3 4 5

3. Penglibatan guru dalam membantu menyelesaikan

masalah pembelajaran saya 1 2 3 4 5

4. Penglibatan guru menggunakan lebihan masanya untuk 1 2 3 4 5

Bahagian II:

PengaruhPersekitaranBilikDarjah

PengaruhPersekitaranBilikdarjah

Page 14: Kajian sekolah masyarakat

membantu pembelajaran saya

5. Penghargaan yang diberikan oleh guru terhadap usaha

saya dalam bentuk kata-kata 1 2 3 4 5

D: Keterampilan Pengajaran Guru

Perkara-perkara berikut mempengaruhi pencapaiansaya dalam pembelajaran

di peringkat Penilaian Menengah Rendah:

No. Pernyataan STS TS AS S SS

1. Guru menyatakan objektif pelajaran dengan jelas 1 2 3 4 5

2. Guru menyampaikan pengajaran mengikut sukatan

pelajaran 1 2 3 4 5

3. Guru menyampaikan pengajaran dengan jelas 1 2 3 4 5

4. Guru menyatakan isi-isi penting dan memberi lebih

tumpuan 1 2 3 4 5

5. Guru mengaitkan isi pelajaran dengan contoh-contoh

dan gambaran dengan berkesan 1 2 3 4 5

Page 15: Kajian sekolah masyarakat

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada dua bahagian iaitu:

a) Analisis maklumat peribadi responden

b) Analisis pandangan dan pendirian responden

4.1 Analisis maklumat peribadi responden

Untuk menganalisa maklumat peribadi responden, penyelidik hanya melihat kepada jantina,

bangsa, gred PMR dan tahap pendidikan ibu bapa.

Item (Jantina) Bilangan Peratus Min SP

Lelaki 110 55 0.8 0.275

Perempuan 90 45 0.65 0.224

Jumlah 200 100 1.45 0.499

Jadual 3.1 Taburan jantina responden

Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 200 orang telah dipilih untuk menjawab borang

soal selidik. Daripada jumlah tersebut, seramai 90 orang perempuan atau 54% manakala

lelaki seramai 90 orang atau 44.8% telah menjadi responden. Peratusan pelajar perempuan

lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai berbanding

pelajar lelaki yang menjadi responden kajian ini.

Item (Bangsa) Bilangan Peratus Min SP

Melayu 165 82.5 0.99 0.379

Cina 30 15.0 0.18 0.069

India 5 2.5 0.03 0.011

Jumlah 200 100 1.2 0.459

Jadual 3.2 : Taburan bangsa responden

Jadual ini menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan responden ialah 200 orang atau 100%.

Responden yang berbangsa Melayu adalah 165 orang atau 82.1%, Cina adalah 30 orang atau

14.9% dan India adalah 5 orang atau 2.5%. Min responden yang tertinggi adalah berbangsa

Melayu iaitu 0.99 dan terendah ialah berbangsa India iaitu 0.03.

Page 16: Kajian sekolah masyarakat

Item (Gred

PMR) Bilangan Peratus Min SP

9A 2 1.0 0.05 0.033

8A 10 5.0 0.25 0.167

7A 17 8.5 0.44 0.284

6A 13 6.5 0.34 0.217

5A 14 7.0 0.36 0.234

4A 19 9.5 0.49 0.318

3A 17 8.5 0.44 0.284

2A 26 13.0 0.67 0.435

1 A 37 18.5 0.95 0.620

Tiada A 45 22.5 1.17 0.754

Jumlah 200 100 5.16 3.352

Jadual 3.3 Taburan gred PMR responden

Jadual ini menunjukkan bahawa keputusan gred PMR berdasarkan bilangan A dalam setiap

matapelajaran. Responden yang mendapat bilangan gred PMR yang cemerlang iaitu

7A/8A/9A adalah 29 orang atau 14.5% manakala bilangan gred PMR yang paling rendah

iaitu tiada A adalah seramai 45 orang atau 22.5%. Daripada dapatan ini jelas menunjukkan

taburan pelajar yang berada di sekolah biasa adalah dikalangan pelajar sederhana kerana min

tertinggi adalah pelajar yang tiada A iaitu 1.17.

Item

(Pendidikan Ibu) Bilangan Peratus Min SP

Kedoktoran 1 0.5 0.01 0.007

Sarjana 7 3.5 0.08 0.051

Ijazah 17 8.5 0.18 0.124

Diploma 8 4.0 0.09 0.058

STPM 18 9.0 0.19 0.131

SPM 61 30.5 0.66 0.445

Page 17: Kajian sekolah masyarakat

SRP 88 44.0 0.95 0.642

Jumlah 200 100 2.15 1.459

Jadual 3.4: taburan pendidikan ibu respondan

Jadual ini menunjukkan taburan pendidikan ibu responden. Daripada jumlah itu, item yang

paling tinggi ialah tahap pendidikan SRP iaitu 88 orang atau 44% dan item yang paling

rendah ialah kedoktoran iaitu seramai 1 orang atau 0.5%. Taburan ini menunjukkan tahap

pendidikan tertinggi bapa responden adalah SRP dengan min 0.95 dan sisihan piawai 0.642

manakala tahap pendidikan terendah bapa responden adalah kedoktoran dengan min 0.01 dan

sisihan piawai 0.007.

Item (Pendidikan

Bapa) Bilangan Peratus Min SP

Kedoktoran 1 0.5 0.01 0.007

Sarjana 7 3.5 0.08 0.052

Ijazah 21 10.5 0.24 0.156

Diploma 13 6.5 0.15 0.097

STPM 12 6.0 0.14 0.089

SPM 75 37.5 0.87 0.558

SRP 71 35.5 0.82 0.529

Jumlah 200 100 2.32 1.489

Jadual 3.5: Taburan pendidikan bapa responden

Jadual ini menunjukkan taburan pendidikan bapa responden. Daripada jumlah itu, item yang

paling tinggi ialah tahap pendidikan SPM iaitu 75 orang atau 37.5% dan item yang paling

rendah ialah kedoktoran iaitu seramai 1 orang atau 0.5%. Taburan ini menunjukkan tahap

pendidikan tertinggi bapa responden adalah SPM dengan min 0.87 dan sisihan piawai 0.558

manakala tahap pendidikan terendah bapa responden adalah kedoktoran dengan min 0.01 dan

sisihan piawai 0.007.

Page 18: Kajian sekolah masyarakat

4.2 Analisis pandangan dan pendirian responden

Bahagian B: Pengaruh Persekitaran Bilik Darjah

Bil Pernyataan STS TS AS S SS Min SP

1 Perhatian dan tumpuan guru terhadap

saya 2.0 6.5 31.5 35 25.0 3.75 0.972

2 Perbincangan isu semasa ketika

pengajaran guru di bilik darjah 2.0 7.5 22.0 36.5 32.0 3.75 0.934

3 Guru memberi peluang kepada setiap

pelajar dalam kelas untuk menyertai

perbincangan

1.0 5.5 25.5 36.0 32.0 3.79 0.979

4 Guru menggalakkan penyertaan

individu 1.0 4.5 19.0 42.0 33.5 3.58 0.958

5 Guru menggalakkan pelajar

mengemukakan idea sendiri 1.0 6.0 23.5 39.0 30.5 3.72 0.998

Jadual 3.6 : Taburan peratus, Min dan Sisihan Piawai Bahagian B

Jadual di atas menunjukkan peratus, min dan sisihan paiwai untuk soalan bahagian B iaitu

Penyertaan Pelajar. Min yang paling tinggi adalah guru memberi peluang kepada setiap

pelajar dalam kelas untuk menyertai perbincangan iaitu 3.79 atau sisihan piawai adalah

0.979. Min yang paling rendah adalah guru menggalakkan pernyertaan individu iaitu minnya

ialah 3.72 dan sisihan paiwai ialah 0.958.

Bahagian C: Interaksi Guru dan Pelajar

Bil Pernyataan STS TS AS S SS Min SP

1 Jalinan hubungan yang baik dan

bersefahaman dengan guru 1.0 7.0 25.5 31.5 35.0 3.93 0.987

2 Kesungguhan guru untuk memahami

masalah pembelajaran saya 1.0 8.0 32.0 27.5 31.5 3.80 1.006

3 Penglibatan guru dalam membantu

menyelesaikan masalah pembelajaran saya 1.0 4.0 31.0 33.0 31.0 3.89 0.929

4 Penglibatan guru menggunakan lebihan

masanya untuk membantu pembelajaran

saya

2.0 9.5 30.5 33.0 25.0 3.69 1.027

Page 19: Kajian sekolah masyarakat

5 Penghargaan yang diberikan oleh guru

terhadap usaha saya dalam bentuk kata-

kata

3.5 4 36.5 35 21 3.66 0.696

Jadual 3.7 : Taburan peratus, Min dan Sisihan Piawai bahagian C

Jadual di atas menunjukkan taburan peratus, min dan sisihan paiwai untuk item bahagian C

iaitu keterampilan pengajaran guru. Min yang paling tinggi adalah untuk item1, iaitu jalinan

hubungan yang baik dan bersefahaman dengan guru. Minnya adalah 3.93, manakala sisihan

piawai adalah 0.987. Min yang paling rendahnya pula adalah untuk item 5 iaitu penghargaan

yang diberikan oleh guru terhadap usaha saya dalam bentuk kata-kata. Minnya ialah 3.88 dan

sisihan paiwai ialah 1.035.

Bahagian D: Keterampilan Pengajaran Guru

Bil Pernyataan STS TS AS S SS Min SP

1 Guru menyatakan objektif pelajaran

dengan jelas 1 10.5 22.5 31.5 34.5 3.88 1.035

2 Guru menyampaikan pengajaran

mengikut sukatan pelajaran 2 7.5 22 36.5 32 3.89 1.006

3 Guru menyampaikan pengajaran

dengan jelas 1 5.5 25.5 36 32 3.92 0.940

4 Guru menyatakan isi-isi penting dan

memberi lebih tumpuan 1 4.5 19 42 33.5 4.03 0.894

5

Guru mengaitkan isi pelajaran

dengan contoh-contoh dan gambaran

dengan berkesan

1 6 23.5 39 30.5 3.92 0.932

Jadual 3.8 : Taburan peratus, Min dan Sisihan Piawai Bahagian D

Jadual di atas menunjukkan taburan peratus, min dan sisihan paiwai untuk item bahagian D

iaitu keterampilan pengajaran guru. Min yang paling tinggi adalah untuk item 4, iaitu guru

menyatakan isi-isi penting dan memberi lebih tumpuan. Minnya adalah 4.03, manakala

sisihan piawai adalah 0.894. Min yang paling rendahnya pula adalah untuk item 1 iaitu guru

menyatakan objektif pelajaran dengan jelas. Minnya ialah 3.88 dan sisihan paiwai ialah 1.035

Page 20: Kajian sekolah masyarakat

4.3 Cadangan penambahbaikkan

Melalui hasil dapatan kajian ini, seorang guru itu perlu memberi perhatian dan tumpuan

terhadap pelajar. Melalui perbincangan isu semasa ketika pengajaran guru di bilik darjah juga

dapat membantu pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. Guru juga perlu

menggalakkan penyertaan setiap individu ketika sesi p&p berjalan.

Dalam pada itu, kesungguhan guru untuk memahami masalah pembelajaran pelajar

amat membantu para pelajar untuk membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar. Penglibatan

guru dalam membantu menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar akan meningkatkan

hubungan baik antara guru dan pelajar bagi menjana persekitaran pembelajaran yang lebih

kondusif. Penglibatan guru menggunakan lebihan masanya untuk membantu pembelajaran

pelajar membantu pelajar lemah untuk memantapkan pemahaman mereka dalam sesuatu

subjek. Guru juga perlu lebih kerap memberi kata-kata penghargaan terhadap usaha yang

ditunjukkan oleh para pelajar tanpa mengira bulu. Guru yang bercita-cita untuk menjadi

pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani

murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dan

kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan

pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru

berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang,

perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.

Selain itu, bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran

maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan,

penilaian dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan

rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.

Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar,

merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan

yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan

pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila

bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.

Guru perlu menyatakan objektif pelajaran dengan jelas, menyampaikan pengajaran mengikut

sukatan pelajaran, menyatakan isi-isi penting dan memberi lebih tumpuan serta guru mampu

mengaitkan isi pelajaran dengan contoh-contoh dan gambaran dengan berkesan.

Page 21: Kajian sekolah masyarakat

BAB 5

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kekuatan pelajar yang mempengaruhi pencapaian PMR mereka

disebabkan oleh beberapa faktor dalam bilik darjah iaitu penyertaan pelajar dalam

perbincangan di bilik darjah, interaksi antara pelajar dan guru, dan keterampilan pengajaran

guru itu sendiri. Pada hakikatnya, untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian PMR para

pelajar ini memerlukan guru yang menggalakkan penyertaan pelajar secara individu dengan

melibatkan semua pelajar dalam kelas, guru perlu menggunakan lebih banyak alat bantu

mengajar di kelas seperti alat elektronik, OHP dan sebagainya. Para pelajar juga perlu

mengubah sikap dan pemikiran mereka daripada pemikiran negatif, ambil mudah dan “ tidak

apa ” kepada pemikiran yang lebih positif, bersungguh-sungguh dan berdaya saing, dan juga

mempunyai jati diri yang tinggi dalam diri mereka. Untuk meningkatkan pencapaian PMR

para pelajar, strategi ke arah memperkukuhkan penguasaan kemahiran asas pembelajaran dan

perubahan minda pelajar adalah keutamaan bagi semua pihak.

STRATEGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR

Strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi pencapaian PMR memerlukan

anjakan world view penggubal dasar dan masyarakat Melayu. Dalam merangka langkah bagi

menangani kelemahan pelajar, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan. Anatara langkah

yang perlu dilaksanakan ialah celik belajar.

Celik belajar adalah kebolehan seseorang pelajar mengetahui bagaimana memperoleh

dan memanfaatkan ilmu pengetahuan (learn, unlearn, and relearn). Kebolehan ini cuma

boleh dikuasai jika seseorang pelajar itu memahami kepentingan pendidikan, mempunyai

keinginan untuk menimba ilmu dan mempunyai sikap yang positif terhadap pencarian ilmu

serta tahu bagaimana untuk belajar.

Celik belajar ini memerlukan strategi yang menggabung teori dan praktik, supaya

guru dan pelajar dapat menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar

memerlukan pembelajaran yang merangkumi dunia yang luas daripada apa yang berlaku

dalam bilik darjah dan guru perlu menjadikan pengalaman sebenar pelajar sebagai inti pati

bagi setiap pelajaran. Selain itu, daya konsentrasi di antara pelajar permpuan dan lelaki

adalah berbeza. Menurut Zalizan (2001), daya konsentrasi pelajar perempuan adalah lebih

tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Bagi mencapai celik belajar di kalangan pelajar

lelaki, guru perlu lebih prihatin kepada mereka iaitu dengan menggunakan pendekatan

mengajar yang lebih sesuai kepada “ learning style of boys ”.

Page 22: Kajian sekolah masyarakat

Pelajar luar bandar dan pelajar miskin paling ketandusan bimbingan dan cita-cita.

Hidup mereka sentiasa di kalangan mereka yang senasib dan dengan itu sukar untuk melihat

peluang mereka keluar daripada serba kekurangan. Sifat cintakan ilmu dapat membuka minda

seseorang. Contohnya, mencintai ilmu menyebabkan seorang buta, Abul Hasan at - Tamimi,

memperoleh ilmu hanya melalui pendengaran sahaja sehingga menjadi ulama fiqh mazhab

Shafi’e yang terkenal. Kejayaan dan ketinggian ilmu oleh beberapa tokoh Islam diberi contoh

yang jelas oleh Wan Mohd. Nor (1988), dan memperlihatkan kecelikan minda para ilmuan

bertitik tolak daripada sifat cintakan ilmu. Pelajar Melayu perlu mencontohi bagaimana para

ilmuan awal menimba ilmu walaupun dalam suasana perang, kemiskinan dan kekurangan

kemudahan, dan berpindah - randah. Perancangan dan pembangunan celik minda pelajar

perlu mencontohi proses pendidikan.

Selain itu, peranan pelajar juga penting dalam meningkatkan tahap pendidikan

mereka. Pelajar perlu sedar peranan utama mereka sendiri dalam penguasaan ilmu

pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan akademik. Antaranya ialah :

a) Pelajar perlu mengulang kaji sebelum pelajaran, konsentrasi semasa pelajaran, dan

mengulang kaji selepas pelajaran.

b) Pelajar perlu berperanan untuk menghampiri ibu bapa mereka dan cuba menarik

perhatian ibu bapa mereka terhadap pelajaran mereka di sekolah. Ibu bapa yang sibuk

memerlukan kesungguhan anak, sekolah dan masyarakat untuk mengejutkan mereka

terhadap tanggungjawab mereka.

c) Pelajar perlu mempunyai sifat malu untuk melakukan perkara negatif seperti malas,

ponteng kelas / sekolah, tidak mementingkan masa, melakukan aktiviti yang “tidak

berfaedah”, dan tidak menghormati guru.

Page 23: Kajian sekolah masyarakat

Senarai Rujukan

APJEE_25_04_Nurahimah (53-71).pdf. Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran dan

Pembelajaran di Bilik Darjah dengan Efikasi Guru. Diperolehi pada 10/5/2012

Jurnalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf. jurnal pendidikan 30 (2005)93-111 pretasi akademik

mengikut gender diperolehi pada 4/5/2012

Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin (2005). Peranan Kepimpinan Guru

Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.